Thursday, 3 March 2016

HANYA BANGANG ANGGAP TINDAKAN MAHATHIR KELUAR PARTI SIA-SIA


TUN M TAK SAMA MACAM DULU

KOMEN:
Mohon maaf TS Zam .
Tun M sekarang tak sama dgn Dr Mahathir yg kita kenali dahulu .
1) Dr Mahathir adalah pejuang bangsa , agama dan negara .
2) Dr Mahathir akan lakukan apa saja demi mempertahankan Rukun Negara .
3) Perjuangan beliau dalam meningkatkan image negara sebagai negara islam yg terserlah bolih dilihat dgn penubuhan UIA , Perbank islam dan juga penbentukan mahkhamah syariah sama taraf dgn mahkhamah sivil .
Malangnya , disebabkan dendam yg mendalam terhadap PM DSN , Tun M telah hancurkan semua legasi yg ditinggalkan olih Dr Mahathir .
1) Tun M telah membelakangkan syiar islam dgn bersekongkol dgn gulungan LGBT .
2) Membelakangkan undang2 dgn bersekongkol dgn kumpulan kuning untuk menjatuhkan kerajaan yg sah dipilih rakyat melalui pemilihan demokrasi .
3) Bersekongkol dgn kumpulan anti islam untuk tutup Jakim .
4) Tun M tidak menunjukkan rasa simpati terhadap rakyat marhein dgn desakan beliau supaya pemberian BRIM olih PM DSN itu dihapuskan .
5) Tun M bersikap super negatif dalam semua aspek kenegarawan hinggakan tidak dapat dijadikan teladan kepada anak2 muda . Ini bertentangan dgn Dr Mahathir dahulu yg mengalakan usaha2 dan idea2 yg positif .
Olih yang demikian siapo yang bangang ?
Dr Mahathir atau Tun M ?

HANYA BANGANG........
Banyak orang termasuk "bangang-bangang" dan "gurkha -gurkha"  UMNO yang sinis dengan  tindakan Tun Dr Mahahtir keluar parti   seolah-olah tindakan yang sia-sia semata tanpa dapat melihat kesan positifnya.

Jika mereka mahu melihat dari segi kejayaannya maka mereka pasti akan turut bimbang kepada kedudukan Datuk Seri Najib. Bila berbunyi loceng Mahathir keluar parti kali ini maka itu adalah loceng  untuk Najib dan bukan untuk orang lain.

Tanpa tindakan mahathir keluar partri pada tahun  2008 untuk menekan Pak Lah supaya berhenti maka apakah  Najib Tun Abdul Razak akan menjadi Perdana Menteri dengan merelakan dirinya menunggangi  Muhyiddin dan kemudian"menembak" Muhyiddin untuk suvivalnya dan isterinya?

Pada hakikatnya tindakan itu juga yang memberi peluang kepada hamba sahayanhya  terutamanya Nazri  Abdul Aziz yang hanya laku  di kawasan pilihanrayanya dan tidak diterima lagi oleh parti untuk terus  menjadi Menteri.

Demikianlah juga tindakan penyingkiran Mahathir  dari parti selepas peristiwa 13 Mei 1969 oleh kerana "menderhaka" pada Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman  yang  menjadikannya  lebih disanjung dari sebelumnya dan menyebabkan Tun Razak melihat,menilai dan  memilihnya sebagai Perdana Menteri.

Dalam beberapa perisitiwa  trajis terhadapnya  dan penuh dengan kotroversi dan sensasi yang dihadapinya ,Mahathir keluar sebagai wira kerana rakyat melihatnya sebagai penyelamat dan nampak jelas akan kebenaran-kebenarannya.

Adakah rakyat dan orang UMNO sendiri mahu Pak Lah terus jadi Perdana Menteri?Tidakah tindakannya keluar dari parti sesuai dengan citarasa rakyat dan keseluruhan ahli UMNO pada masa itu yang tidak mahu  negara  terus berada di bawah pimpinan yang lemah?.

Apakah jika kemudiannya Najib membawa negara kepada kemusnahannya  setelah  membelakangi Muhyiddin maka Mahathir juga harus di salahkan?

Kenapakah orang-orang UMNO  tidak berterima kasih kepadanya dan hanya melihat  dari keburukan kepada  parti dan tidak dari segi  menyelamatkan UMNO, rakyat dan negara?

Maka itu tindakan Mahathir keluar parti kali ini demi untuk menggulingkan Perdana Menteri Najib  tidak boleh dipandang ringan dan diperkecilkan sebagai tidak memberi kesan.

Tidak pernah dalam sejarah negara semua part-parti pembangkang  bersatu untuk memberikan sokongan kepada bekas Perdana Menteri dari UMNO yang pernah menjadi musuh utama  mereka.

Sokongan mereka  adalah oleh kerana kepercayaan kepada keikhlasannya dan demikian juga kesediaan Mahathir untuk bersama mereka adalah kerana beliau berada dalam keyakinan yang sama " Negara Mesti di Selamatkan".Mahathir  lebih menilainya  kerana beliau yang banyak membinannya.

Mahathir akan terhutang budi kepada semua parti pembangkang.Walaupun beliau tidak lagi bersedia untuk mengetuai mereka tetapi beliau  akan menjadi pendorang utama kearah meruntuhkan tembok-tembok  halangan kearah membangunkan suatu perpaduan nasional parti-parti politik untuk menggantikan Barisan Nasional yang tidak berarti lagi.(MIC dan MCA hanya tinggal nama sahaja)

Yang pastinnya  tindakan Mahathir keluar UMMO akan memberi sumbangan besar dalam menukar strukutur  politik negara kearah yang lebih progresif,dinamik dan sezaman yang melampaui batas kaum dan agama.

Matlamatnya adalah suci untuk menegakakan  sebuah kerajaan yang bersih, menerusi penysunan semula imej  politik negara yang memerlukan  pengorbanan dari setiap parti politik untuk membuat penyesuaian.

Bagaimanapun matlamat utama yang akan didahulukan ialah penyingkiran  Najib sebelum menubuhkan perpaduan yang konkrit .

Masa depan BN amat gelap jika UMNO tidak dapat membaca langkah politik Mahathir yang nekat dan berani ini.Mahathir mahu mengubah UMNO dari luar.

60 comments:

  1. Tepat sekali.bangang2 ni tau tp buat2 tak tau talian hayat mareka dah nak sampai hujung.nazri Aziz awas km...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya yang keluar parti tu yang bangang dan nyayuk.

      Delete
    2. ...nazri aziz @ najib's Doberman...x yah ceritalah pasai dia....cemuih

      Delete
    3. Salah tu! JKKK aka Jadi Kuda Kayu Kampung dan UMNO aka U' Must Not Object... tu sbb Tun keluar? sbb nak tubuh PMBM - Pertubuhan Melayu Bersatu Malaysia apa macam setuju ke? wahai Melayu yang taat-setia.

      Delete
  2. Salam Tan Sri,
    Macam mana pulak dengan 'The Three Musketeers' - Tan Sri Mahyidin,
    Syafine Afdal & Mukhriz', Tan Sri....???.
    Adakah bagus mereka nak fight injustice dari dalam......????
    Tidak mungkinkah ketiga-tiga mereka akhirnya akan ditendang
    keluar.....?????

    ReplyDelete
  3. Tun Mahathir membuat keputusan yang amat tepat untuk menyelamatkan maruah negara dari tangan-tangan UMNO yang sudah kotor dengan mendewakan Perdana Menteri. Mereka memuja PM seperti manusia yang sempurna dan tidak akan membuat salah-silap.
    Kebiadapan kaki-kaki kipas dan media massa yang memperTuhankan Najib menyebabkan rakyat merana. Suara-suara kecil mahupun besar dipadamkan dengan tohmahan dan cacian oleh tukang-tukang Jilat Najib. Maka rakyat diperbodohkan berkali-kali.
    Ketokohan Tun Mahathir dan jutaan insan mahu melihat negara aman, damai dan diperintah oleh manusia yang amanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak siapa bertuhankan najib Dan umno ITU hanya kau pujian melambung tinggi di blog che det sampaikan orang tun m dimainkan oleh pembangkang haramjadah itu. Aku sokong umno bukan bertuhankan protun Dan probugis ITU. Ada faham.
      Bagus juga pakatan haramjadah menang ,bolehlah bawa tun m kau bangga ITU ke penjara, jangan salah orang jika kemenang pakatan haramjadah ITU boleh bawa seluruh keluarga tun m ke penjara bamboo river, aku nak sangat tengok tun m dimasukan ke penjara kebangangan dia sendiri Dan tepengangruh dengan kroni fanatik bailout dia

      Delete
    2. mahadir dah makan taik muhyidin.Muhyidin berangan nk jadi PM.lembik

      Delete
    3. Apakah asas tuduhan kamu terhadap Tun?Kalau benar dulu lagi dia sudah dijatuhkan.Anwar kata dia ada bukti berkotak-kotak kesalahan kerajaan Mahathir.Sampai sekarang simpan tak buka-buka.Dia sudah 2 kali masuk penjara.Kau bawa semua bukti yang kau ada pergi jumpa Apandi,gerenti Najib pun suka Tun masuk penjara.Nanti Najib lantik kau jadi Menteri Hal Ehwal Derma Dan Dedak.

      Delete
    4. Alahai anwar kaki pembohong macam2 Cara boleh buat tun m masuk ke dalam bombu river, tak kau tak faham taktik dia. Dengan Ada keluarga kappa dia mampu bawah tun m ke Bambo river Ada faham. Ingat tak 'anwar arah polis hentikan siasat buka 50dalil ketika tun m marah pada anwar, tun mendapat tahu anwar Cuba menyekat siasatan. Cuba banyangkan kuasa polis di bawah pembangkang macam bukti palsu bakal dibuat.
      Macam INI kotak dicakap oleh anwar telah berjaya di rampas oleh polis ketika anwar nak adakah sidang akbar ketika zahid hamidi Ada dekat situ.
      Ketika zahid hamidi berjaya bawa pulang kotak itu, zahid hamidi telah berjaya pada Malaysia ini. Cuba bayangkan tun m kotak jatuh ke tangan puak anwar ITU. Lupa zahid tak penah dibuang oleh tun m malah dibagi kerja di bank bsn ITU jasa dia pada umno ITU.

      Ingat di zaman tun m siapa lawan bos dia diarahkan berhenti, tun musa pun diarahkan berhenti tun m kalau tak tun m akan buka rahsia tun musa ITU, ITU Cara tun ugut tun musa

      Delete
  4. Makin terok dah umno ni. Hakikatnya, kalu Pakatan tak nak join Tun pun, dia orang boleh menang PRU nanti. Rakyat biasa dah meluat dengan umno. Masa PRU 13 dulu, kata umno dah transform, dah pulih, tak ada lagi budak2 tingkat 4, tarak skandal lagi, BN Menang Rakyat Senang. Sekarang apa jadi? Buat taik lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi ikut pembangkang ITU lepas mereka tawan puterajaya
      Jangan heran kalau Anak melayu kahwin sejenis, jangan heran Anak melayu mendewakan anwar seperti pemimpin kim jong Korean utara itu ,

      Delete
    2. Betul tu Anon 23.20, kalau ikut Umno ITU, maka tiadalah herannya di mana ada bugis, adalah jugak sesudahnya di mana mana boleh dimakan segala taburan apa jua dedak, janji umno ada kuasa. Tiada apalah sangat sekadar satu billion, dua atau tiga billion, di mana mana, boleh selepas curi curi curi, marilah ke saudi, adanya arab yang sanggup INI? DAN?

      Delete
    3. Cetek nya pandangan...

      Delete
  5. Keluarnya mahathir dari umno kali ini tidak akan membeti impak yang besar kepada umno...muhyidin pun boleh baca senario ini sebab itu beliau meneksn brek..begitu juga mukhtiz dan afdal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak setuju. Sekali lagi pengunduran TDM akan jadi loceng maut untuk Najib sepertimana yg terjadi pada PakLah. Tentu dah orang seperti Anon 18.45 tak rasa apa2 sebab hal AhJib Go korup pun dia tak rasa apa2.

      Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie Afdal mahu bertahan dalam UMNO pun elok juga. Biar menyala sumbu dari dalam dan luar UMNO. Biar satu dunia perhati sama ada MT nak pancung mereka atau tidak.

      Sama ada di dalam dan diluar UMNO, semua rakyat semakin bersatu padu utk jatuhkan AhJib Go. Harapnya UMNO sendiri yg ambil tindakan singkirkan AhJib Go secepat mungkin agar UMNO dan BN ada masa lagi utk betulkan saf sebelum PRU 14. Jika AhJib Go masih bergayut hingga PRU 14, nampaknya UMNO akan tersungkur. Banyak calon bebas yg akan menang. Aku tak nampak DAP boleh menang besar. Begitu juga PKR atau PAN. Begitu juga PAS jika masih condong ke arah AhJib Go.

      PRU 14 akan jadi 'de best ever election' yg rakyat Malaysia dapat lihat sepanjang hayat.

      Delete
    2. Saya risau bila memperkatakan mengenai PRU14. Maklumlah, Najib mempunyai kuasa lebih dari YDPA selepas akta MKN digubal baru-baru ini.

      Katakan PRU14 akan diadakan 2 minggu lagi. Tiba-tiba DBKL 'terjumpa' bom ditepi jalan bersama bendera Daesh. MKN terus istihar darurat. Maka berputih matalah Rakyat Malaysia yang sangat-sangat teruja mahu keluar mengundi. Maka jadilah Malaysia seperti Filipina zaman Marcos bila dia istihar 'darurat'. PRU tertangguh sampai 20 tahun lebih, sehingga Marcos digulingkan.

      Delete
  6. Masing-masing ada pandangan dan strategi sendiri. Kita tengok nanti siapa yang kena.

    ReplyDelete
  7. Mahathir adalah seorang pejuang bangsa, negarawan yg Sgt hebat, Sgt berani Dan ikhlas dlm perjuangan, sebab itu setiap halangan yg dihadapinya Dan merintanginya tidak dpt melemahkannya to sebaliknya akan membuatnya kelihatan semakin hebat. INI semua dgn izin Allah.Allah akan tolong org yg betul2 ikhlas dlm perjuangan. Org yg dlm hatinya byk penyakit pergilah depan kaabah byk kalipun tak akan direstui Allah.begitu jg dgn org yg pakai kopiah, serban jubah Dan ckp berdegar3 tentang agama tp dlm hati Ada penyakit akibatnya sama juga Allah akan dedah juga keburukannya kpada rakyat umum. Hanya org yg tak mau guna akal Dan suka ikut nafsu sj yg tak mau nampak kebenarannya.yg dia tau memaki hamun, syok sendiri, perasan bagus, org lain masuk neraka, dia Dan golongannya sj yg blh masuk syurga.ingatlah masuk syurga ITU adalah dgn rahmat Allah Dan redhanya. Kalau dgn maki hamun Dan tak tau berterimakasih terhadap jasa2 org Tu Ada harapan masuk syurga ke? Bawalah berfikir sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan pandangan Anon 21:17.

      Mungkin Dr.M telah beri 'nasihat' kepada Muhyiddin, Shafie & Muhkriz supaya tidak keluar UMNO. Sekurang-kurangnya mereka bertiga boleh juga mewakili ahli politik UMNO yang 'bersih' dan 'jujur' terhadap Rakyat, jika mereka keluar UMNO, yang tinggal sudah tentu haprak belaka. Lagi pun mereka masih Member Parliament & ADUN BN/UMNO. Boleh juga mereka cuba jatuhkan Najib dari dalam.

      Jika usaha Dr.M memperkudakan Kit Siang dan PAN berjaya menjatuhkan Najib, sekurang-kurangnya Muhyiddin & Shafie boleh mengantikan kepimpinan tertinggi UMNO.

      Delete
    2. Jangan lupa lepas perkudakan kit siang lebih banyak lagi tanah orang melayu di jual seperti di penang Dan Selangor dijual pada cina2 Singapore,hongkong Dan taiwan itu ,sebab kebijaksanan tun m guna kan anwar untuk jatuhkan paklah itu main tarik tali guna kroni cina dia, cina hanya mahu Malaysia sikit demi sikit, ITU tak sedari oleh tun m ITU. Lupa APA tun m buat kembalikan tanah rizab melayu dipenang tak Ada dia hanya sebuk untuk naikkan Anak dia itu. APA tun m buat semasa dalam proton jualan dia pun jatuh dia sebuk nak jatuhkan najib ITU. Sampai kerosakan bertahun kereta exora pun dia gagal kesan. Korang tahu sebab APA tun m diarakan berhenti tun gagal memajukan 30%ekonomi bumiputera dia mebiak nya kroni cina sehingga tak terkawal dan rizab negara kita hanya 20bilion usd menyebabkan ahli veteran umno memaksa tun m berhenti.

      Mungkin INI pembalasan tun m buat pada tunku dulu konon tulis buku Malay deliema Dan dia cakap tunku kroni cina

      Nasihat aku pada tun m dekat diri pada surau Dan masjid ITU lebih naik tinggalkan rakan2 bailout merosakan tun m itu

      Delete
    3. Anon 01:15.

      Jho Low, Melayu ke?
      Deepak Carpet, Melayu ke?
      Mereka Pegawai Kerajaan ke?
      Yang saya nampak Najib ada seorang je kroni Melayu yang paling 'berjasa'. Nama dia Razak Baginda. Selaku Menteri Pertahanan, Najib lantik dia sebagai 'orang-tengah' untuk berurusan, bagi-pihak Rakyat/Kerajaan, berunding dengan pembuat kapalselam. Akibatnya Altantuya, cilok-masuk dan peras-ugut untuk dapatkan sebahagian 'durian-runtuh' hasil komisen. Selepas lebih 10 tahun, Altantuya masih menghantui Kerajaan Najib. Setiap kali PRU, Altantuya dan sekarang Sirul pula boleh dijadikan bahan kempen kepada DAP dan pembangkang.

      Mengapa Najib asyik membelakangkan KPDNKK yang sedang berjihad memerangi orang-tengah? Membazir WANG Rakyat bayar komisen berbillion ringgit.

      Tanah-pusaka yang dikhaskan untuk bina 'Pusat Perniagaan Melayu' tu, Najib dah jual ke? Selain TH ada ke jutawan Melayu ke yang beli tanah 1MDB...ops..tanah Rakyat?

      Tanah 1MDB di Pulau Pinang yang didiami ramai setinggan tu dah terjual ke? Kalau dah, siapa yang beli? Melayu ke?

      Asset IPP yang Najib gadai untuk merasionalisasi hutang 1MDB, jatuh ketangan orang Melayu ke?

      Delete
    4. Sirul dah keluarkan video di YouTube, cakap Ada orang politik di Malaysia Cuba fitnah najib. Kau cakap APA pulak sirul luar negara, kalau polis Australia bawah kementerian dalam negari malaysia lain cerita.
      Tun m boleh percaya dengan cerita pembangkang haramjadah

      Delete
  8. Mohon maaf TS Zam .

    Tun M sekarang tak sama dgn Dr Mahathir yg kita kenali dahulu .

    1) Dr Mahathir adalah pejuang bangsa , agama dan negara .

    2) Dr Mahathir akan lakukan apa saja demi mempertahankan Rukun Negara .

    3) Perjuang beliau dalam meningkatkan image negara sebagai negara islam yg terserlah bolih dilihat dgn penubuhan UIA , Perbank islam dan juga penbentukan mahkhamah syariah sama taraf dgn mahkhamah sivil .

    Malangnya , disebabkan dendam yg mendalam terhadap PM DSN , Tun M telah hancurkan semua legasi yg ditinggalkan olih Dr Mahathir .

    1) Tun M telah membelakangkan syiar islam dgn bersekongkol dgn gulungan LGBT .

    2) Membelakangkan undang2 dgn bersekongkol dgn kumpulan kuning untuk menjatuhkan kerajaan yg sah dipilih rakyat melalui pemilihan demokrasi .

    3) Bersekongkol dgn kumpulan anti islam untuk tutup Jakim .

    4) Tun M tidak menunjukkan rasa simpati terhadap rakyat marhein dgn desakan beliau supaya pemberian BRIM olih PM DSN itu dihapuskan .

    5) Tun M bersikap super negatif dalam semua aspek kenegarawan hinggakan tidak dapat dijadikan teladan kepada anak2 muda . Ini bertentangan dgn Dr Mahathir dahulu yg mengalakan usaha2 dan idea2 yg positif .

    Olih yang demikian siapo yang bangang ?
    Dr Mahathir atau Tun M ?

    Penyokong tegar Dr Mahathir .

    Waghih .

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS dan PKR adalah kafir,sekarang UMNO ikut sama jadi kafir,...sampai kiamat pun tetap menyalahkan Mahathir.Kau tak payah lah membandingkan Tun dulu dan sekarang.Apa kau faham tentang Mahathir kalau kau tak suka membaca perkara yang membina minda.

      Delete
  9. Protun bangang berganda ditambah sebab nak peralatkan pembangkang ITU, zam mereka dah belajar Dari kesilapan dimana tun m gunakan pas untuk kepetingan dia akhir sekali dia hina pas. Dap Dan pkr akan gunakan tun m cukup2 yg dimana golongan fanatik tun m akan undi pakatan haramjadah, kalau pembangkang menang kita akan lihat aliran ideologi nepotism utara Dan demokasi LGBG Rome empayar dipelopori dap Dan pkr ketika ITU keluarga tun m di sumbat masuk me penjaran kerana kebangangan tun m sendiri, ketika ITU menangis pun tak guna hanya marina tun m dilepaskan sebab dia seorang menbawa ideologi LGBT Rome empayar ke Malaysia INI, jangan heran jika Anak kita kahwan sejenis di sebab kemarahan terhadap najib oleh golongan fanatik protun ITU, ketika ITU menyesai pun tak guna. Aku sokong umno bukan sebab pro bugis ,protun ITU. aku sokong umno disebab ajenda orang melayu diperjuangkan,umno mejalankan agenda dia dia akan petingkan melayu Dan islam ,umno bukan parti penting individu seperti protun Dan pro bugis ada faham. umno memetingkan agenda melayu Dan islam, selagi ITU aku akan menyokong nya. Kalau kita ikut perasanan silakan tun m beri sokong pada pakatan haramjadah ITU.

    Lepas ITU kita akan lihat aliran ideologi pekara pelik dibawah oleh soroskini
    1)ideologi nepotism utara
    2)ideologi demokasi LGBt Rome empayar.
    3)kahwin sejenis
    4)puak murtad
    5)islam liberal
    6)kahwin beza agama
    7)macam2 ideologi pelik di bawa ke Malaysia,

    saya tahu disebab kemarahan pada najib seorang ,anda musnah seluruh malaysia Dan as as negara yg di bina tunku ITU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr. M bukan bersekongkol dengan DAP! Kita patut bersatu atas Prinsip yang Benar. Itu kita mesti pastikan: Adakah Prinsip kita benar atau palsu, pada masalah rumit yang melandakan kita sekarang?

      Delete
    2. Anon 23.16, jika Protun itu adalah dibuatnya sekadar ada atau tidak tahu, INI? Dan sesudahnya Rome sangat diperbaharui di mana tiada Tun? Jika nepotism utara sangat selamat di mana ada ITU? DAN jika kahwinya juga murtad disejeniskan di mana ada pulak Bugis? Sila jawab!

      Delete
    3. Protun tu wujud sebab dedak percuma dah berkurangan.

      Delete
    4. Anon 23.16 kau tulis dalam bahasa bangla, pas tu pakai google translate kerr?

      Delete
    5. Bugis puak bukan ideologi. Didalam budaya demokasi Rome empayar lepas mereka menyuarat atau kejayan mengkuasai kawasan taklukan mereka pada malam hari Ada parti LGBT Dan sembah dewa LGBT . Adakah kita nak budaya demokasi nya, Marian tun m Cuba bawa bawa budaya ITU me Malaysia. Adakah tun m tak penah menberi teguran pada Anak dia sendiri. Daripada beri teguran pada najib. saya rasa lebih baik tun m terguran Anak dia sendiri. Penah satu ketika NGO yg pelopori oleh Marian tun m Cuba minta peruntukan kondom percuma pada kerajaan nasib naik kerajaan tak meluluskan nya. Betulkan Anak sendiri dulu ,baru betulkan negara, kalau Anak sendiri tak betul macam betulkan negara, lihat negara pancasila Indonesia ikut hormati semua agama Dan semua agama sama adakah boleh kahwin lain agama sila jawab.

      Macam INI ingat kata pujanga jika tak nak negara rosak tengok keluarga tersebut. Asas pembinan keluarga menbetuk negara berjaya. Keluarga tun m sendiri telah rosak macam mana betulkan negara

      Delete
    6. Nepotism utara di amalkan komunis Korean utara, memilih pemimpin parti komunis sepatut di jalankan secara undian palimen satu parti, hanya Korean utara, pkr Dan dap je tak benar orang bukan keluarga berkuasa dalam parti mereka

      Delete
  10. The good...the bad...and the ugly.Where does the malay fits into?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I would add another category....the ignorant. Until today, many so called "educated" class of people still do not seek to read materials that can enlighten them on derma and 1MDB issues. No wonder umno fellows are happy to bela kerbaus and lembus within the party.

      Delete
    2. We have been reading every day but most of the materials are half truth.

      Delete
    3. Which materials are telling half truth?

      Delete
  11. Tan Sri,
    Kenape posting kali ni terlalu byk "react" dr "respond"?
    Melenting xtentu psl dan nmpk sgt taksub pada Tun M?

    1) "bangang2 dan gurkha" - perlu ke TAN SRI menggunakan perkataan ni semata2 kerana tak sokong TUN M?

    2) "Najib tunggang dan menembak Muhyideen demi survivalnya dan isteri" Dia belum jd PM tp hanya TPM, lepas pak lah turun, mmg giliran dia lah jadi PM. Atau TAN SRI yg nk sgt TSMY jd PM smpai xpuashati babitkan isteri Najib?

    3) "Tun Razak melihat,menilai dan memilihnya sebagai Perdana Menteri." Apa jawatan Tun Hussein Onn waktu tu?

    4) "Najib membawa negara kepada kemusnahannya setelah membelakangi Muhyiddin " - Musnah teruk smpai bankrup k? Setau sy ekonomi kita bertambah pulih walaupun perlahan. Ini bukan repair kereta yg boleh repair seminggu. Ini negara, paling cepat perubahan adalah 5tahun utk melihat hasilnya. 1mdb tu hanya tanah yg tergadai...xde effect ekonomi dan msia belum smpai bankrup .

    5) Mmg lah belum pernah pembangkang sokong Tun M...tp skrg TUN M beri peluru pada mereka semua. Takkan TAN SRI xleh baca pembangkang? Berapa lama TAN SRI dlm politik?

    6) "Mahathir lebih menilainya kerana beliau yang banyak membinannya." Msia ni TUN M punya ke? Kalau ada rasa ke"aku"an terhadap UMNO BARU dan BN, terus kan lah memerintah mcm LKS.

    7) Matlumat "suci" TUN M utk menegakkan kerajaan yg "bersih" - Topik ni nnt sy akan senaraikan kerja bersih pemerintahan TUN M yg mana TAN SRI masih berjawatan dlm kerajaan.

    8) Masadepan BN akan gelap jika UMNO xdpt baca langkah "nekat" ("nekad" ye TAN SRI) TUN M ini. Sy baca langkah nekad TUN M ni hanyalah kerana dendam peribadi.

    9) Oleh itu,sy tak sokong.







    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa lah mamat ZAM ni kerana dah lama jadi ' anjing suruhan' or 'barking dog' Mahathir. Tanpa Mahathir dia tak ada benda. Jadi tak hairan le 'blind loyalty' tu ada pada Zam. Nak buat macm mana kerana dah laku di zaman Pak Lah. Dengar cerita hari2 datang ke Angkasa Puri walaupun dah kena tendang oleh Pal Lah.

      Delete
    2. Ketika kes anwar, beliau dipanggil membela diri dalam mensyuarat mt. Apabila mt tidak berpuas hati dwngan jawapannya, mt membuat keputusan supaya anwar melepaskan jawatan kerana UMNI TIDAK MAHU TERLIBAT dwngan masalah peribadi beliau. Bila anwar engkar maka keahlian anwar dilucutkan yang menyebabkan anwar hilang jawatan secara automatik.
      TETAPI berbeza dengan kes najib, semua ahli parti dikehendaki mempertahan presiden. Kenapa mesti diheret umno kedalam masalah peribadi najib?? Apakah umno sudah mempunyai "pil"yang boleh mengubah minda rakyat.
      Zaman telah berubah, sekarang ini perjuangan rakyat bukannya minta lembu, kerbau, paip air, elektrik, jalan tar dan sebagainya. Tapi rakyat telah melihat lebih jauh dari itu, mungkin melepasi pemikiran pemimpin itu sendiri.

      Delete
  12. Jangan cepat membangang, nanti sendiri yang bangang

    https://www.youtube.com/watch?v=yXx1jtCPmAU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah teori "bangang"saya...pada perkiraan Tun M pada PRU akan datang BN akan kalah.Pembangkang akan berjaya menguasai Putra Jaya dan Al Juburi akan make a comeback with a vengence!!! And on top of his vengence list will be Tun M anak beranak or perhaps semua keturunan dan juga "rakan rakan" Tun M.Jadi apakah pilihan yang Tun ada? Look like if you can't win them...joint them! Itulah option yang dipilih olih Tun. Dengan itu Tun akan memasti jika pun Anwar berjaya make a comeback tentu lah waktu tu Tun telah pun mempunyai pengaruh yang kuat dan telah pun menjadi pujaan dikalangan pakatan pembangkang and theoritically motif utama Tun and his accomplice hanyalah utk checkmate Anwar and to contain his vengence!!! Tun M dan rakan rakan nya hendak menyelamatkan rakyat malaysia dari kemusnahan dan kehancuran...maaf saya masih sangsi! Politician memang bijak mengambil peluang.Pakatan Harapan dan juga Tun and the gang.Smart polical manourvers from both side isn't it!!!. Namun kelemahan ketara mereka mereka ini obviously adalah dengan menganggap musuh musuh mereka semuanya bodoh dan bangang bangang belaka...in a rule of war never never undermine your enemy.So does all this make sense now!!!

      Delete
    2. He.he.he pembangkang akan masuk tun m dalam penjara,mereka tahu Sumber kowangan pakatan haramjadan anwar,tun m boleh ke tun m hapuskan golongan fanatik anwar berada dalam pakatan haramjadah jawapan berikan telah dalam rusuhan bersih 04 tun m di hina, lupa orang anwar pasti kan sumbatkan tun m ITU selepas dia gunakan tun m ITU,pemimpin pakatan haramjadah pandai berpura2, ITU tak baca oleh tun m ITU, anwar seorang kaki dendam Dan sangup gunakan siapa siapa saja, faham je nanti puak protun menanggis sebab tun m masuk penjara he.he.he.

      Delete
    3. Penangruh kuat kena he.he.he ingat APA maksud pertukaran sama nilai, ketika tun m gunakan dap Dan pkr mereka akan kuasai kerusi penting pengaruh mereka lebih kuat'ketika itu kita lihat macam mana Anak tun m akan pinggirkan Dan keluarga tun m akan penjarakan,parasite protun mesti dibuang ITU dalam pemikiran mereka 'selepas mereka kuasai putera jaya , lihat APA belaku pada pas gagal buang parasite Ada pro nepotisma anwar ITU. Lepas Proanwar kuasai puteraya mereka akan Cari peluang kenakan protun cukup2 seperti mana pas terkena dengan dap ITU dalam isu mb ITU.

      Bagi aku tun m sedang bermain dengan dap dan pkr terkenal sifat pura2 mereka, kami dah nasihatkan ,kalau terluka lebih teruk jangan salahkan orang lain.

      tun m sedang bermain pisau bermata dua
      1)Cuba penangruhi golangan fanatik protun dalam umno
      2)Cuba penagruhi golongan fanatik anwar Dan keluarga lim ikut sama
      Jika tersalah guna pisau bermata dua tun m akan lukakan diri dia, luka dia kena lebih parah disebab dia bermain pisau bermata dua

      ITU je nasihat aku pada puak protun,jangan ingat mereka senang gunakan, lihat pas Cuba guna dap Dan pkr, dap Dan pkr Cuba guna pas, akhirnya siapa terkena pas juga, tun m tak penah berlajar Dari kesilapan pas ITU.

      Delete
  13. "3)Bersekongkol dgn kumpulan anti islam untuk tutup Jakim."

    Mukmin yang terbaik adalah dia yang berakhlak mulia. Ia akan melawan sifat2 tercela - tamak, dengki, khianat, sombong dan bodoh ... Pada masa yang sama ia akan cuba menanam sifat2 mulia dalam dirinya seperti: kemurahan hati, tawadduk, reda, berani dalam kebenaran, sentiasa mencari hikmah.

    ReplyDelete
  14. Seperti Anon 3 March 2016 at 23:30 cakap 'Tak siapa bertuhankan najib...' Begitu jugak tak ada sesiapa patut bertuhankan TDM. Masing2 ada kelemahan dan kesilapannya.

    Aku seronok bila lihat kedua2 belah pihak bagi pendirian dan pendapat walaupun berbeza. Tak patut kita memaksa sesiapa setuju dgn pendapat kita. Yg kita boleh buat hanya cuba beri keyakinan apa yg kita utarakan itu benar dan jujur itu intrepitasi kita.

    Dan kita jgn lupa dengan tajuk perbincangan. Yg diperkatakan ialah isu semasa. Bukan menilai semula sejarah silam. Yg sedang hangat diperkatakan ialah tuduhan ke atas AhJib Go! Jika ada cerita dan berita yg katakan semua itu salah dan fitnah semata2, sila maklumkan supaya fitnah tak tersebar, dan kita kembali berbaik sangka terhadapnya. Kita bercakap pasal AhJib Go! sebab dia Perdana Menteri Malaysia sekarang, yg menyebabkan maruah negara tercemar di mata dunia. Itu saja fokus utama kita. Bukan TDM, bukan TSMY, bukan DSMM atau DSSA ataupun TSZam sendiri. Mereka dan ramai individu2 lain hanya watak2 sampingan saja.

    Kalau nak cari jugak cacat dan cela TDM, TSMY, DSMM DSSA dan individu2 yg terlibat itu, jangan lupa korek juga cacat cela dan salah silap mak bapak kita sendiri. Pasal apa aku suruh masukkan mak bapak sendiri? Sebab dema yg asuh kita jadi manusia yg tak pandai berfikir.



    ReplyDelete
  15. panglimo potaseh4 March 2016 at 14:26

    Akhirnya Chedet keluar sekali lagi dari UMNO. Perkara ini saya dah agak akan berlaku sebab Najib tampak semakin hari semakin merapu, berbelit dan degil. Hari ini Najib kata itu, esoknya kata ini tanpa rasa bersalah dan malu pun. Najib perlu disedarkan bahawa dia sedang memimpin sebuah negara .. negara islam contoh pulak tu.

    Keadaan keluarnya Chedet daripada keluar yang dulu tak sama. Maka matlamatnya pun berbeza. Dulu beliau dibantu Muhiyudin untuk nyuruh Pak Lah turun dan bagi Najib naik. Ironiknya Najib dan Rosmah masa tu nengok je lenggok silat Chedet dan Muhiyudin membubuh Pak Lah .. sebijik macam cerita kartun 70an "hong kong phuii" kucing yang buat kerja anjing dapat habuan.

    Najib dan Rosmah dilihat seakan telah mempasak wakil UMNO untuk bersetia dengannya setakat ini .. ada orang kata wakil UMNO ini dah diberi dedak, di ilmu hitamkan dan ada juga gurau yang ngatakan Tuan Guru Hadi dan geng uztadnya dah bacakan doa penerang hati pada orang UMNO tersebut. Orang kuat UMNO yang melawan hanya ada beberapa kerat je .. tapi baru saje nak bukak langkah dah di terajang oleh Najib.

    Kali ini Chedet tak punya penyokong dari kalangan orang besar UMNO .. semuanya dah dilondehkan. Chedet terpaksa mengalih pada semua nyawa yang inginkan Najib diturunkan .. semata-mata kerana sayangkan negara ini .. majoritinya dari kalangan kiri atau pembangkang. Kalau dah melibatkan pembangkang, ini bermakna dengan UMNO sekali perlu di turunkan. Ini satu pengorbanan besar .. korban itu telah digambarkan oleh Pak Zam iaitu dengan penyusunan semula imej politik negara. Matlamat utama untuk singkirkan Najib, kemudian tubuhkan perpaduan baru yang lebih konkrit.

    ReplyDelete
  16. Anon 08.46, kalu nak bagi teori bangang pon, pi la cek cerita betul2. Baca berita dari pelbagai sumber, baru tau cerita sebenar. Hakikatnya, Tun tak join pembangkang, pembangkang yang join Tun. Bermula dari Mahfuz, kemudian Zaid....lepas tu Kit Siang datang jumpa Tun, lepas tu Pakatan buat statement sokong hasrat Tun...bila Tun join pembangkang? Statement engkau if you cant win them, join them, lebih sesuai untuk pembangkang, bukan Tun. Lagi pun, lebih logik kan kalau pembangkang biar najib terus jadi PM sampai PRU, sebab mereka terus ada isu najib untuk diceramahkan dan diketawakan? Anyway, aku sokong apa Tun dan pembangkang buat. Dah meluat dengan umno. Sejak isu 1MDB didedahkan oleh WSJ, barulah orang umno nak ungkit pasal islam, nak kerjasama dengan PAS, cybertroopers umno mula cakap pasal islam dan bangsa melayu. Panik la tuuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSJ kenal dengan penipuan Dan permasuan dekomen tak kan anda tak sedar contoh perang Iraq 2 .konon Iraq memiliki senjata biological, WSJ digunakan oleh bush dekomen palsu untuk yakin Rakyat amerika perang iraq jatuhkan rejin sadam, saya yakin amerika Ada orang tentu diguna WSJ untuk berbohong Rakyat Malaysia INI.
      Kalau 1mbd menyelewang Mana dekomen 1mbd dia selewang
      Dulu WSJ tulis najib terima derma Dari Arab, Sekarang di ubah cerita duit Dari abudabi use lepas ITU ubah cerita Dari src, mana satu betul INI? tak salah aku isu derma salah satu parti isreal dijatuhkan sebab terima derma Dari yahudi amerika untuk mendapatkan projek sehingga parti politik di jatuhkan mungkin Cara ITU WSJ dapat idea untuk jatuhkan najib. Kalau orang rajin menbaca tak kenapa tipu WSJ soros ITU.
      Ingat WSJ penah cerita penyelewangan tun m malah siapa di bukukan lagi, mungkin zam selaku wartawan pun Ada buku ITU Ada ahli umno percaya, kami diajar seledik segala maklumak satang Dari liar negara, ingat kata2 hadis nabi, jika datang seorang fasik selidik berita nya.

      Bagi aku mula2 najib bagi penerangan isu 1mbd salah sepatut dia pangil CEO 1mbd sebab dia diberi tangjawab ITU kesilapan dia Ada ahli umno beri terguran pada najib sepatut isu ITU CEO 1mbd yg jawab,najib mendengar nasihat ahli umno ITU. Pendana menteri mana tahu perjalaan syarikat Petronas Dan 1mbd dia hanya boleh data je kita mesti tahu perjalan syarikat melalui CEO 1mbd itu.

      Macam INI WSJ,serawak repot, Malaysia insider mula dia laporkan najib terima derma Dari Arab, kemudian boleh pulah ubah cerita terima ambil Wang 1mbd, ubah lagi cerita Wang ITU Dari uea. Dan ubah lagi cerita dapat Wang dari src di berikan pada 1mbd, Ada pulak tulis najib curi Wang Dari SRC ITU masuk akaun peribadi.

      Cerita cartoon di oleh pihak pembangkang Dan protun bailout tun m ITU. Mana satu betul ini kalau movie boleh ubah skrip.

      Delete
  17. Tan Sri,

    Harap Tan Sri dapat bersabar dan bertenang atas drama terkini politik negara. Agak terperanjat dengan nada Tan Sri kali ini.

    Pemahaman saya dlm isu 'pemberontakan' Tun ini:

    1) Jika kali pertama dahulu di zaman Pak lah, saya agak teruja utk lihat isu ini namun bila kali kedua ini, saya jadi tidak peduli.

    2) Semasa saya graduate tahun 1988, ekonomi merosot jatuh. Ringgit juga sama bergoncang. kami tiada pekerjaan disebabkan krisis ekonomi melanda negara. Namun saya sabar dan tabah kerana memahami bahawa saya perlu bersama PM utk memastikan negara pulih. Saya kesal kerana dlm keadaan ekonomi sekarang ini, Tun gagal untuk menjadi rakyat yg baik..

    3) Saya ingin lontarkan pertanyaan yang selama ini saya tanyakan pada sahabat pembangkang, dan sekarang ini saya tanyakan pada Tan Sri..

    siapa PM jika najib kita jatuhkan?
    - Anwar Ibrahim yg Tun M dapati dan sahkan sebagai peliwat itu?
    - Azmin Ali?

    4) Rakyat yg tun jual namanya utk jatuhkan PM Najib juga perlu tahu apa perancangan Tun setelah usaha ini berjaya.

    Ok Tan Sri..

    ReplyDelete
  18. Tun m sedang main pisau bermata dua
    1) tun m harapkan mahayuddin and the gang menyerang najib
    2) tun m harapkan pembangkang menyerang najib dengan bagi senjata pada mereka

    Kita akan lihat siapa akan menang nanti Dan situasi selepas Pru 14 nanti bayangan aku ini
    1)seluruh keluarga tun m akan penjarakan
    2)najib berundur Dan jadi ketua pembangkang
    3) dap akan beri kuasa luas
    4)pelembagaan akan ubah
    5)dasar bumiputra dihapuskan
    6)menbanyak pro LGBT
    7)dap akan mengambil jawatan menteri penting,menteri kowangan,petahanan Dan kementerian dalam negeri,
    8)anwar hanya simbol pm tak berguna
    9)segala dasar untuk pro murtad Dan pro LGBt
    10)segala dasar kroni cina dap Dari Singapore

    ReplyDelete
  19. BN MENANG BANGLA SENANG

    ReplyDelete
  20. TS, ramai yang tak nampak politik Tun. Macam yang TS cakaplah Tun yang paling banyak membangunkan negara. Jadi, sebagai pemimpin yang paling berpengalaman dan hebat, hanya Tun saja yang memahami tindak tanduk yang boleh membawa kerosakan atau kebaikan.Orang biasa tak kan nampak. Sudah tentu Tun menilai cara najib membawa kerosakan terutamanya 1mdb dan 2.6billion.Tun seorang politician yang sanggup buat apa saja untuk negara, rakyat dan umno. Jadi tak perlulah nak ingatkan Tun tentang legasi atau status negarawan sebab Tun tak pedulikan semua tu terutama bila negara kearah kemusnahan. Bagi Tun, legasi atau negarawan tak boleh menyelamatkan negara. Sebab tu Tun tak kisah masuk penjara atau semua orang akan benci beliau asalkan dapat selamatkan negara dan rakyat. Salah seorang idola Tun adalah Mandela yang dipenjara berpuluh tahun demi Afrika. Kepada pengkritik Tun, kata lah apa pun Tun tak peduli semua tu, tak dapat ubah pendirian Tun. Tun jenis tak perlukan orang kenang apa yang beliau buat, tak perlulah susah payah ingatkan Tun tentang legasi atau negarawan. Kalau orang lain sudah h tentu tak sanggup kehilangan legasi atau status negarawan. Saya hairan kebanyakkan orang yang pernah bekerja dibawah Tun tak dapat memahami politik Tun, asyik dok ingatkan Tun tentang legasi dan negarawan. Tun adalah seorang ahli politik sejati atau pun the real politician. Sepatutnya kebanyakkan ahli politik perlu macam Tun.

    ReplyDelete
  21. Sikit-sikit guna agama,guna bangsa. UMNO berkuasa dari Merdeka sampai sekarang.LBGT ada juga. Apa UMNO boleh buat. Guna agama dan Melayu untuk dapat kuasa.Lepas tu jadi kaya raya.Penyokong bertungkus lumus bergelut untuk meneruskan kehidupan.Mereka menyalak kalau rasa kedudukan mereka tergugat. Cukuplah.Biarlah guna formula baru untuk Malaysia yang lebih sejahtera.Kukuhkan perlembagaan dan daulatkan Raja-Raja Melayu supaya Islam dan Melayu terjaga.Bukan UMNO atau mana-mana parti yang jaga.

    ReplyDelete
  22. Tu laaa umno, perlekehkan Tun...korang tengok dia punya power. Busuk busuk setengah juta undi BN hilang hari ni.

    ReplyDelete
  23. Apa yang saya nampak,segala tindakan TDM adalah untuk memastikan UMNO akan kekal berkuasa selepan PRU14 nnt,sokongan terhadap DSN dan barisannya semakin jelas ditolak rakyat marhaen,sekiranya perkara ini berterusan,tak mustahil Putrajaya akan berpindah milik...

    ReplyDelete
  24. bukan takat bunyi loceng tan sri...!

    ini bunyi siren tsunami...!

    ReplyDelete
  25. Perhatikn pas dlm kemelut skrg..berdiam diri bkn bermakna takut ataupun berkecuali..2 3 tokoh pas ada juga dlm sidang media semalam.Tak rugi jika mereka mengambil jalan tengah asalkn jgn bersekongkol dgn dsn dan umno sudahlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11:47
      2,3 org pas tu adalah mereka2 yg nk cari platform bru kot2 Tun buat party baru. PAS terang2 xsokong deklarasi yg merugikan melayu dan Islam ni.

      Delete
    2. Dengar cerita President PAS dah termakan dedah Najib. Maka kita faham dan Rakyat sudah nampak PAS pun sudah terpalit 'kekotoran' Cash is King. Inilah yang lebih merugikan Melayu dan Islam, jika PRU diadakan dan PAS juga sudah menjadi seperti UMNO. Maka orang Melayu sudah tiada pilihan lain, kecuali tidak keluar mengundi. Akibatnya DAP yang untung.

      Saya rasa Melayu tak rugi apa-apa dalam Deklarasi 'Selamatkan Malaysia' itu. UMNO kekal menerajui Kerajaan. DAP pun nampaknya tak yakin PRU14 akan diadakan 2 tahun lagi, jika Najib terus jadi PM. Jika diadakan PRU14, Najib tahu BN akan kalah. Jika kalah sudah tentu di masuk jel. Oleh itu, dengan apa cara pun Najib mesti kekal PM. Maklumlah Najib 'pegang' MKN. Hanya perlu cari 'alasan' untuk istihar darurat.

      Yang rugi hanyalah Melayu yang telah banyak menikmati kemakmuran dari Najib. Kalau Najib jatuh, susahlah sikit mereka nak 'cari-makan'. Contohnya: Pembekal & Pembuat kueh-raya, kain 1Malaysia, helmet 1M4U, pembekal tupperware-kueh bergambar Najib & isteri, pembuat bunting 'I Luv PM' dan lain-lain.

      Delete