Sunday, 14 February 2016

TUN MAHATHIR DI BELAKANG OPERASI DEMOKRASI (GKCM) PECAHKAN UMNO

Bolehkah pucuk pimpinan UMNO memandang sepi terhadap kebangkitan Gerakan Ketua Cawangan  Malaysia (GKCM) yang akan mengumpul kekuatan semua cawangan UMNO yang menolak  kepimpinan Najib untuk menjalankan operasi demokrasi berstrategi bagi  menggulingkan Najib.

Ahli- ahli cawangan  atau akar umbi UMNO pastinya akan mudah  menyertai cawangan Malaysia yang tidak lagi memerlukan pengesahan keahlian mereka kerana mereka sudah pun menjadi ahli yang sah.

Tentunya bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir bersetuju untuk menjadi penaung  kepada gerakan ini setelah membuat perhitungan yang semasaknya akan keberkesanannya dan juga implikasi dari segi Perlembagaan UMNO.

Ini boleh dianggap sebagai suatu gerakan teratur dalam UMNO untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib menerusi hak demokrasi  ahli UMNO seperti hak demokrasi  yang dimiliki oleh Presiden UMNO   untuk menggunakan parti untuk menumpaskan  Tan Sri Muhyiddin, Mukhriz Mahathir dan beberapa orang lagi pemimpin UMNO yang menentangnya.

Gerakan ini akan melahirkan parti dalam parti  menerusi demokrasi dan akan dapat menggerakkan langkah yang berkesan dalam menyatukan semua cawangan yang menjadi api dalam sekam  UMNO sekarang.

Berbanding dengan penubuhan Semangat  46 yang dijuarai oleh Tengku Razaleigh yang  gagal untuk gulingkan  Tun Mahathir kerana  datang dari kepimpinan tertinggi tetapi GERAKAN  ini datang dari akar umbi UMNO yang tidak percaya pada Najib dan ketika  keraguan  rakyat pada kredibiliti Najib terus membara di seluruh negara.

Najib berjaya mengawal kesetiaan  bahagian-bahagian  UMNO tetapi   cawangan-cawangan UMNO hanya  menanam tebu  di tepi bibir terhadap ketua bahagian.Saya bercakap dengan banyak ahli  UMNO cawangan. Mereka berpegang kepada ajaran Allahyarham Nik Aziz Tok Guru Pas" beri wang ambil" tapi sokongan dalam pilihanraya umum kelak hak masing-masing.

Cawangan -cawangan UMNO  ini sedang menunggu untuk menyertai  suatu gerakan yang benar-benar  meyakinkan mereka untuk menamatkan pemerintahan Najib  dan dengan Tun Mahathir mengambil tanggungjawab di belakang gerakan ini  maka tentunya akan sedikit sebanyak meyakinkan  mereka.

Keadaan akan lebih mengancam  jika gerakan ini disertai oleh Tengku Razaleigh, Tan Sri Muhyiddin, Mukhriz Mahathir dan lain-lain pemimpin UMNO yang masih bepengaruh dalam UMNO yang telah disingkirkan oleh Najib 

Perpecahan besar pastinya akan berlaku dalam UMNO jika Datuk Seri Najib gagal untuk mencegah gerakan ini dengan pantas yang akan merebak menjadi suatu kebangkitan dalaman dalam UMNO.

Bagaimanapun Tun Mahathir menganggap ini sebagai suatu gerakan  penyatuan semula yang akan membantu parti yang hilang kepercayaaan ahli dan masyarakat umum terhadap UMNO yang dilanda masalah kepimpinan yang meruncing. Mahathir  percaya hanya dengan  pengunduran Najib akan memulihkan UMNO.

Kepada Tun Mahathir inilah peluang terakhir baginya untuk menyelamatkan UMNO dan beliau tidak akan menyokong  gerakan ini jika tidak nampak cahaya dihujung terowong.

60 comments:

  1. pendapat saya buat masa ni tiada gerakan yang boleh menjatuhkan najib kecuali pilihanraya...tapi belum Cuba belum tahu...kami rakyat berharap kepada anda!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga perjuangan ini akan beroleh kejayaan. sy akan ikut Tun

      Delete
  2. Mesti coba d daerah n kawasan Pekan Pahang dahulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai rakyat Pekan,Pahang yang terang mata hati dan sayangkan pertiwi,di tangan kamu itu ada satu amanah dan kuasa yang dapat merubah keadaan negara tercinta ini.Gunakan lah kelebihan ini demi Allah pada PRU 14 nanti.

      Delete
  3. Dalam negara Malaysia pada hari ini,sudah tidak wujud lagi pihak berkuasa yang melaksanakan amanah dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Ini bermakna Perlembagaan diketepikan,dan Raja-Raja Melayu juga gagal memainkan peranan.Pemegang kuasa tertinggi negara adalah Pahlawan Bugis yang bermaharajalela dengan slogannya 'Cash is King'.Ketua Turus Angkatan Tentera,Ketua Polis Negara,Peguam Negara,dan Ketua Setiausaha Negara semuanya gagal dan dilihat tidak lagi beramanah.Ini adalah satu tragedi kepada Malaysia,dan hakikatnya negara sedang diserang.Menjatuhkan Najib adalah kewajipan setiap rakyat yang sayangkan tanahair ini.Najib adalah ancaman lebih buruk daripada Malayan Union.

    ReplyDelete
  4. Salam tan sri.
    Memang benar apa yang dinyatakan oleh tan sri. Majoriti ahli dicawangan sudah menolak najib. Ada yang dah mula bosan dengan pihak atasan umno sebab gagal menyelesaikan kemelut ini. Wakil yang pergi ke PAU pun terpaksa melalui pelbagai tapisan. Hanya yang pro najib saja yang akan membolosi tapisan tersebut.
    Sekiranya dimulakan diperingkat cawangan oleh GKCM, adalah lebih mudah untuk ahli akar umbi bangun menyatakan yang benar. Ketua bahagian tidak boleh lagi menipu bos mereka kononnya semua ahli menyokong, sikit saja yang menentang, semua terkawal bos, kita boleh menang besar pru14 dan sebagainya.
    Semua ahli masih sayangkan parti. Terlalu sedikit ahli dan penyokong yang berani memilih pembangkang dalam pru. Atas dasar itu najib berani memperlakukan apa saja keatas parti.
    Harapan saya supaya swmua ahli umno bangkit kerana najib sudah tidak boleh lagi dibiar menjadi presiden umno. Percayalah, sekiranya setiap ahli umno takut dan mengalah, maka najib akan terus mara kehadapan dengan rakusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tak penah hidup zaman protun boleh cakap kalau , ada satu soalan aku Tanya pada tun m itu kenapa BPR badan pencegah rasuah di letakkan di bawah jabatan pedana menteri sebelum ia ditukar nama pada sprm Dan beri kuasa mutlak Dibawah kuaSa suruhanjaya. apakah BPR ini salah satu penipuan puak protun itu sila jawab sehinggakan kes besar dapat di tipu Rakyat Malaysia ini.

      Tun m pasti ulang kesilapan seperti tun hussia onn sokong ku li itu, betul itu hukum karma.

      Anak tun m ulang kesilapan sama dulu hampir tangkap pihak Singapore sebab hutang, sekarang bakal tangkap sebab menipu, sepatutnya tun m bersikap seperti Jackie Chan biar Anak buat kesalahan dihukum Dan penjarakan, tun m terlalu sayangkan ini jadinya
      Hukum karma telah belaku pada tun m itu ,walau pun orang islam tak harus percayai nya sebab hukum agama Hindu, sikap tun m tak nak pelajari sejarah dia kena Dan buat pada orang lain.

      Lupa kami tak tukar kepimpinan Dan kerjasama pada puak protun itu, atas alasan tun m sudah nyanyok

      Delete
    2. hoi Anon 13.28 kamu ini banyak telan cerita cerita RPK yang menjadi pemakan dedak paling agung bagi blogger projib ,elok la tu percaya la cerita cerita pemakan dedak ,pemakan dedak ini bukan saja ayam .babi pun akan juga bro.

      Delete
    3. Anon 12.38
      Sekiranya seorang yang baru keluar penjara datang memberitahu orang ramai disurau bahawa ada beberapa orang sedang cuba pecah rumah, apakah kita akan ketawa dan halau banduan itu balik??
      Bagi saya, menghina dia kerana banduan tidak akan menyelamatkan keadaan sekarang. Sebetulnya kita kena menyiasat samada dakwaannya itu benar atau pun tipu muslihat.
      Persoalannya sekarang, dimana ketulusan siasatan yang boleh menyakinkan khalayak??? Isu ini umpama air laut, nampak tenang diatas, tapi deras dibawah.
      Tidak ada alat didunia yang boleh "penjarakan" fikiran manusia dari kebenaran. Hanya keegoan manusia itu saja yang menolak kebenaran difikirannya.

      Delete
    4. Allo bro ...
      90% ketuo cawangan sokong ketuo yang ado . Adakah yang 10% tu akan membawa apo perubahan .
      Analogi ... 9 orang dayong kedepan dan 1 orang dayong kebelakang ..
      Kan sia2 namo tu ...
      Tapi klu ado yang nak teruskan dayong belakang .. teruskanlah sampai putih mato ...

      Waghih

      Delete
  5. Gerakan parti dlm parti....macam api dlm sekam! Menang jadi arang kalah jadi abu.Self destructive...kemanakah arahnya kuasa politik orang melayu..mungkin untuk menguatkan musuh mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni bukan isu kuasa politik orang melayu lah. Tun nak selamatkan malaysia. Satu dunia gelak kat kita, masih nak bicara tentang kuasa politik melayu. Habis dalam kepimpinan umno sekarang orang apa? Cina? Iban? ... perghhhh...

      Delete
    2. Masa zaman Tun perintah...dunia panggil negara kita Barbaric Nation!!! Masa tu ada orang masih hisap botol susu agak nya...perghhh

      Delete
    3. Hahaha...tepat!

      Delete
    4. Masa zaman Tun M perintah...ramai pemimpin politik yang kena tahan terutama dari kalangan pembangkang.Ramai tahanan penjara yang kena hukuman gantong.At the end of the day it is all about power and money.Tak kira anda di sebelah mana!

      Delete
    5. Ini cerita pos lalang, tahun 1988 , anon 8.58 untuk pengetahuan pada tahun 1981 bila Tun m mual jadi PM dia juga pemimpin malaysia yang bebaskan banyak tahanan politik ISA pada tahun itu ,pasai opps lalang itu nak buat camna memang ada plan nak huruharakan negara terpaksa lah ekoran isu pergolakan umno tahun 1987, biar berfakta.

      Delete
    6. Tolong senaraikan mereka yang Tun kenakan hukuman gantung tu.Bapa kau penyokong kuat si peliwat,..,.dia tipu kau pasal Tun sebab dia juga suka main belakang atau memang dia bangang tak tahu berfikir .Bapa kau juga penyokong kuat si hadi xxx,...Kau belum lahir masa tu.Tolong baca fakta sebenar daripada Tun Haniff Omar sendiri,yang jadi KPN masa tu.PAS dan PKR adalah kafir,...dan sekarang Najib sertai kamu.

      Delete
  6. Marilah kita rakyat Malaysia sekelian berdoa semoga usaha ini akan beroleh kejayaan. Kalau tujuan kita untuk mengembalikan nilai utama Islam seperti amanah, kejujuran, keikhlasan dan memberi keutamaan kepada pendidikan berkualiti di negara kita, Insya Allah, akan diberkati. Tetapi, hendaklah berhati-hati dan mengatur langkah dengan bijak. Ingatlah, Najib, walaupun tidak bijak dalam mentadbir ekonomi, menambah pelaburan yang menguntungkan negara dan menguatkan perpaduan, teatapi sangat pandai memilih Peguam Negara, ketua penerangan dan panglima lain yang dalam apa keadaan sekalipun akan melindungi dan mempertahankan nya. Faktor yang perlu diberi penekanan termasuklah memilih masa yang bertetapan untuk tindakan yang sesuai, mengelak dari termasuk ke dalam perangkap, memastikan sokongan yang padu. Ingatlah tujuan utama adalah mengembalikan Islam yang sebenarnya ke Malaysia. Kami kebanyakan rakyat biasa mengharapkan kejayaan anda.

    ReplyDelete
  7. TSZ
    Seandainya CGCM berjaya dengan matlamatnya, cuba bayangkan kesudahan UMNO sesudah itu.

    ReplyDelete
  8. Datuk Zam,
    Ah Jib Gor lagi bernafas atas kepulauan 300 ketua bahagian yang di piara dgn dedak. Tak sedarkah dia UMNO itu lautan Melayu?!

    ReplyDelete
  9. Ketua2 cawangan lulus apa? UPSR? SRP? Mereka tak faham isu 1MDB, derma, YAPEIM, Tabung Haji, 1.5 juta bangla nak masok, perbicaraan scorpene di france, isu2 lain yang hangat sekarang. Mereka tak tau baca sarawak report, Malaysiakini, TMI, blog OSTB, TS Zam, Shahbuddin, bloomberg, cnbc, wsj. Majoriti ahli2 biasa pun sama, tak faham apa yang berlaku kat malaysia. Dah dapat BR1M, happy sepanjang tahun, boleh bayar bill astro tengok drama seperti adenan sempit, timah tong gas dan tah apa apa lagi. Isu lembu NFC pun makcik2 umno tak faham, ni kan pula isu duit billion billion. Nothing will happen. I think Tun knows this, and i think he has other grand plan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Bro isu 1MDB ,tabung haji malah isu kapal selam sudah pun menjadi viral diperingkat akar umbi ,sekarang ini disebabkan peringkat bahagian masih mencengkam diperingkat permukaan memang nampak macam orang ramai masih tak faham sebenar nya salah ,isu isu ini sudah pun banyak diperkatakan diperingkat bawah secara meluas terutama Wang RM2.6 billion ,cuma menjadi kebiasaan rakyat negara ini yang suka berdiam diri dan perhati dari jauh ini yang bahaya kerana kalau keadaan dak terkawal ia akan jadi gunung berapai seperti 13 mei,tapi kali ini terhadap najib dan kuncu kuncunya,
      Elok juga Tun M memandu dan menyokong kumpulan Cawangan umno ini kerana masih ada ruang untuk meyuruh najib turun dengan UMNO tidak terus lingkup ,tapi sekiranya mereka tak berjaya ,percaya la dimasa mendatang ini sekiranya sentimen terhadap pemimpin umno tak terkawal seperti sekarang bukan setakat najib dan kuncu kuncu yang beriman dengan beliau saja terlingkup saya rasa dengan umno sekali mungkin pupus tak relevan kalau sentimen seperti sekarang terhadap umno tidak di tamatkan dan najib masih dipuncak kuasa.

      Delete
    2. Saudara roslan, i hope i am wrong, and you are right. Thank you.

      Delete
    3. Tun dah expired, kebih baik selamatkan anak2 nya dulu.

      Delete
    4. Tun tak pernah expired. Kalau dia expired, menteri2 umno takkan buang masa hentam dia. Kalau pak lah, yerr lah, tak dak langsung menteri ulas tentang komen2 dia. Selamatkan anak2 nya dari siapa? Siapa yang sedang nak selamatkan jawatan masing2 sekarang?

      Delete
    5. Orang berkuasa pasti ada orang cemburu, tun m sedang lakukan kesilapan sama seperti tun hussin onn memang betul sejarah ulang kembali, tapi satu kena ingat ahli umno tak biarkan sejarah ulang kembali. Satu je aku nasihatkan tun m jangan Cuba selamat Anak jadilah warganegara hormati undang2 ,contohi pelakon hongkong Jackie Chan itu 'Jackie chan biarkan Anak di tangkap selepas Anak dia lakukan kesalahan isap dadah Dan simpan dadah untuk kegunaanya.

      Delete
    6. Anak dia kayo rayo. Duit belakang banyak masyuuk.

      Delete
    7. Sorryla Roslan, makcik pakcik kt felda2 tu n kt pekan semua masih nk sokong Najib sbb suka sgt tgk tv3suku. xtau ape crite sbenanr klu xcaya pegila buat survey kt kg2 tu.

      Delete
  10. Syukur Alhamdulillah.
    Kesedaran dan sayang kepada UMNO tetap sebati dalam jiwa Melayu.
    Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) merupakan mercu tanda kebangkitan UMNO yang sebenar.
    Bukan mudah untuk membeli ketua-ketua cawangan UMNO seluruh Malaysia berbanding Ketua Bahagian UMNO yang sayang kepada harta, Jawatan dan Kuasa.
    Kebangkitan GKCM amat dialu-alukan demi kepentingan UMNO dan rakyat Malaysia.
    Saya yakin gerakan ini akan mendapat kepercayaan seluruh umat Melayu yang sayang kepada negara Malaysia.
    Saya yakin majoriti rakyat Malaysia keturunan Cina, India, Siam, Kadazan dan lain-lain bangsa amat sayang kepada Malaysia, demi melihat negara dibawah kepimpinan yang prihatin dan sayang rakyat, amanah dalam menjalankan pentadbiran negara dan bercakap benar. Bukan macam Najib dan kaki putar, kaki belit, kaki ampu, kaki kipas, kaki bohong yang cinta kepada wang, kuasa dan jawatan.
    In syaa Allah gerakan ini akan berjaya mengangkat kembali Malaysia yang dipandang hina dimata dunia.
    Rakyat sedar penipuan, demi penipuan untuk menutup bangkai yang sudah busuk.
    Maka gerakan ini diharap dapat membasuh bangkai tersebut supaya rakyat dapat hidup aman-damai.

    - Luahan rasa, Kami Cawangan-cawangan UMNO di Kedah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa'a kan agar gerakan ini akan berjaya ,demi Malaysia dan Melayu.

      Delete
  11. Semoga gerakan ini menjadi satu permulaan utk perjuangan menjatuhkan pemberi dedak.. Luahan rasa, kami cawangan UMNO johor

    ReplyDelete
  12. Semoga gerakan ini menjadi satu permulaan utk perjuangan menjatuhkan pemberi dedak.. Luahan rasa, kami cawangan UMNO johor

    ReplyDelete
  13. Zam, saya fikir gerakan ini tidak berjaya. Pada hemah saya, Dr Mahathir buat pakatan dengan Wan Azizah untuk jatuhkan Najib. Lantik Muyidin jadi PM dan Azmin Ali jadi TPM. Anwar lantik sahaja jadi TYT Pulau Pinang. DAP dan PAS tidak diperlukan. Mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada penyayang Anwar lagi rupanya.

      GKCM adalah gerakan di dalam UMNO, nak singkirkan presiden yg dah tersesat (sebagai permulaan). Tak ada kena mengena dengan Anwar atau Azizah.

      Mahathir juga akan sesat jika mahu libatkan Anwar dan Azizah, BERSIH dan lain2 NGO yang berpaksikan pihak pembangkang.

      Delete
    2. Hang ni merapu,.....lebih baik Azwan Ali jadi Agong.

      Delete
  14. I follow.... tolong hebahkan mcm mana nak join.

    Sokong buang Najib !!!

    ReplyDelete
  15. Time to act before the country is ruined. Mahathir has done the right thing to become the patron of this group - Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM). Soon, many more senior Umno leaders will join in the fray. This is going to work and they will get the support of majority Malaysians.

    The whole nation, in truth be told, want Najib to step down as prime minister. This is an open secret. No Malaysians will believe the lies after lies being told by Najib and his sycophants. Propping Najib as an “angel” that has not done no wrong with the 1MBD and SRC debacles plus the huge amount of money found in his personal accounts has backfired. Umpteen lies have been told to the people as a cover-up. Alas. Najib and his sycophants have misjudged the people.

    The people today are not stupid to swallow all the lies being told thus far. Government-controlled media and paid bloggers can spin what they desire but this is not going to help convince the people. The social media of today has awakened the people to see and know the truth behind all the lies being propagated by the unscrupulous media and sycophants.

    Malaysians of all races have lost faith in Najib's leadership and they are in the majority. And Umno being the linchpin in Barisan Nasional is facing a serious dilemma today all because of their leader. This dilemma has trickled into the Barisan coalition and has affected the image of the coalition as a whole. The people are going to reject the coalition in the next general election all because of “one person”.

    As Mahathir mentioned, this has become a national issue and not confined to Umno alone. The country has to be saved. The country is more important that any one person. The world is not talking positive about the country today and this has affected, among others, the inflow of investors, capital outflow, drop in the ringgit and share prices, the acquisition of national assets by foreigners, high cost of living, unemployment, mistrust in the judiciary, low morale among law-enforcers and government servants and so forth.

    Hope there will be changes in the country. Mahathir and those who love the country irrespective of their political party affiliations, race or religion should now put the interest of the nation first and foremost. The people have had enough – no one can go round telling lies to all the people all the time. Please stop insulting the people’s intelligence. Wish Mahathir and GKCM all the best.

    ReplyDelete
  16. Ts sebenarnya ahli umno ni mrmang dah banyak mula memprtsoalkan pm mereka ini silent killer umno dan bn yg heboh menyokong pm ialah ketua bahagian kerana mereka dapat habuan jabijika GKCM dan Tun bersatu insyaallah pm akan tumbang dlm pru14 nanti amiin

    ReplyDelete
  17. Kalau Berjaya, Alhamdulillah...

    Kalau tidak? Pilihan yang ada ialah antara Ah Jib Gor dengan DAP - Jawapannya DAP!

    Hijau Kunin

    ReplyDelete
  18. Kalau di zaman pejuang tulen seperti Mat Kilau dulu,ketua-ketua bahagian ini akan lari tak cukup tanah diburu satu persatu.Zaman dah berubah,maka seluruh ahli UMNO akar umbi jangan takut untuk bergerak bersama-sama GKCM.Wujudkan OMBAK BAHARU perjuangan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudahlah, sejak tun ikut gerakan bersih dah ramai ahli umno istihar tun m sudah nyanyok, jadi buat apa kami ikut tun m, kalau dulu kami ikut sebab pemikiran idea boleh pakai ketika mental dia masih baik, mungkin sebab tun m sudah tua berfikir sudah nyanyok kami layan je, ahli umno semua sudah faham dengan penyakit tun m itu jadi kami tak akan menyalahkan tun m,kami maaf kan je tun m sebab penyakit nyanyok itu , cuma puak protun masih tak faham lagi penyakit tun m itu

      Delete
    2. Hang yang nyayok.Si pencuri menuduh orang yang nak hadap dia ke muka pengadilan sebagai nyayok adalah lebih jahat lagi.

      Delete
  19. YB Tan Sri, Kita berdoa yang GKCM berjaya. Nampaknya Tun M masih mahu menolong kita. Saya harap Tan Sri akan menunjukkan sokongan terbuka. Nyatakan pendirian dengan jelas.
    Masalah yang dihadapi sekarang ialah ahli UMNO takut untuk menyatakan sokongan terbuka kepada Tun M atau GKCM. Kalau semua orang nyatakan dengan jelas, kita akan melihat perubahan sebelum Ramadhan tahun ini. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tahu sejarah tak akan ulang kesilapan yg sama seperti sokongan tun hussia onn sokongan ku li itu, anda tahukan kebanyakan orang umno tak kan menyokong atas sebab masalah ekonomi melada seluruh dunia Malaysia masih terselamat.

      Tun m hanya menyelamat kroni Dan Anak dia je. Ingat kata2 pujaga: jika Anak lakukan kerosakan dia biarkannya lalu menambah kerosakan tersebut maka berlaku rosak besar pada negara

      Delete
    2. Tun menyerang najib bila mula?Dmm di jatuhkan bila?...tun m kepunyaan rakyat bukan hanya untuk keluarganya...faham makna pemimpin

      Delete
  20. Satu teori untuk difikirkan...

    1MDB & 2.6 bilion ni sebenarnya dah lama mula sejak 2009 & 2013 lagi. Tapi kenapakah sejak Anuar dikirim ke penjara Sg. Buluh barulah cerita-cerita mengenainya timbul dan dijadikan isu serta tajuk bual rakyat Malaysia. Kononnya Mahathir vs Najib...

    Najib tak pernah pun 'bersungguh sungguh' halang Tun M dan Tun M sendiri pun seperti tak berapa nak 'bersungguh sungguh' bawa bukti ke pihak berkuasa. Kedua duanya hanya menyeru dan menyuruh orang lain yang buatkan kerja untuk mereka. Di sebelah pihak muncul lah barisan 'macai pemakan dedak yang nak cari makan' dan di sebelah yg lain 'perjuangan alif ba ta berani kerana benar'.

    Setahun dah berlalu 'perlawanan' Mahathir vs Najib, tanpa ada pemenang tapi yang terkalah teruk adalah Anuar Ibrahim. Bintang yang semakin malap dan makin dilupakan. Hinggakan genap setahun 365 hari bertapa di Bamboo River, majoriti ahli PKR pun tak tersedar...

    Fikir fikirkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teori untuk menyelamatkan towkay dedak dan pemakannya. Ini bukan isu tun vs najib. Ini banyak isu; rasuah, salah guna kuasa, integriti kerajaan dan institusi. Transaksi wang berbillion melibatkan singapura, Swiss, US, UAE, cayman island, hong kong , dan entah berapa negara lagi. Kecuali Swiss, negara lain tak banyak komen. Singapore pun diam diam ubi. Paling ketara diamnya ialah US. Kalau negara asing tahu rahsia pemimpin negara, maka kedaulatan negara boleh terancam. Lu fikir sendiri laaa. Jangan fikir pasal PKR, tanpa anwar pun, dia orang semakin menjadi.

      Delete
  21. R A H M A N lepas N abjad apa pula ..

    Apa pun saya lihat UMNO ini sebagai satu lembaga tua yang berpenyakit .. katakan UMNO ini sebagai seorang tua yang berkudis badannya, tapi bila dipakaikan baju cantik maka molek lah kelihatannya.

    UMNO telah terlalu lama duduk di persada, sejak merdeka lagi .. jalan untuk kehadapan sudah kabur, perkara terbaik yang ia boleh buat adalah gostan .. nak kekiri atau kekanan takut jatuh gaung.

    Belum ada lagi mana-mana parti politik memerintah selama UMNO .. mungkin salah satu watak Melayu adalah malas untuk berfikir .. maka jadilah macam kerbau dengan talinya. Sememangnya UMNO banyak merubah nasib Melayu, tapi itu dulu .. sejak sepuloh tahun kebelakangan ini UMNO dah gostan, tak kehapan lagi .. UMNO di jadikan mesin untuk mengisi tombolok .. lebih teruk lagi Melayu, Cina dan India dah tak bercampur lagi .. Melayu dengan budaya Arabnya, Cina lebih selesa ikut cara Tongsannya.

    Kewujudan GKCM pada saya adalah seperti mencungkil kudis tadi dan ditampal dengan kulit bahagian lain pada badan yang sama .. badan tua yang dah tiada "antibody".

    ReplyDelete
  22. Tun tak perlukan GKCM lagi. New York post lapor hari ni mungkin ada Congressional hearings berkenaan 1 MDB. Ramai mat salleh kat Wall Street dah panas bontot, sorang dah lari dari malaysia. Umno bakal ditumbangkan, bermula dari Capitol Hill.

    ReplyDelete
  23. Salam semua....@panglimo potaseh : Apa teori selepas RAHMAN ? Lepas Najib yakni terakhir tu N adalah teori Ahmad Maslan 6%.....sebenarnya tiada yg layak dlm senarai kabinet sekarang...Melainkan ada sistem penggiliran mcm Yang DiPertuan Agong beri peluang setiap 5 - 6 tahun...adil dan saksama serta lebih demokratik n praktikal tak kira Party mana. Di situ baru rakyat dapat menilai keberkesanan dan kejujuran serta ketelusan sesebuah kerajaan pemerintah merancang dan melaksanakan perjalanan halatuju negara...mesti ikut cara pentadbiran negara maju...tak kira parti lawan atau kawan semua ada hak untuk dilantik menjadi Perdana Menteri selagi berkelayakan dan mampu mentadbir negara dengan telus dan berwawasan demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Pemimpin yang benar2 ingin memajukn negara dan menyatupadukan rakyat jelata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Anon 12.09 .. teori RAHMAN tu terbit sejak awal 80 an lagi .. takde kaitan dengan Maslan Kontot, sebab teori ni tak tercapai dengan fikirannya.

      Teori ni, tak silap saya dikenalkan lepas Hussien, bila M naik, masa eranya Chedet ada Musa dan Kuli sebagai penolong tapi masa sama ada geng nama mula A seperti Gapar dan Anuar .. tapi yang naik Pak Lah, mula dengan A juga, lepas tu PM kesayangan kita N Najib, sebelum tu ada juga yang meramalkan Nik Aziz.

      Firasat saya UMnO akan direhatkan selepas N .. satu parti baru akan naik dan parti ini akan diadili pula pada PRU15. Mungkin sistem dua parti bermula .. lepas tu kita akan jadi negara maju dari segi ekonomi, sosial, persekitaran dan pemikiran setaraf Singapira pada 90an.

      Delete
  24. R A H M A N lepas N abjad apa pula ..

    Najib kata N A J I B.
    Hangpa fikiaq la sendiri siapa selepas Najib sendiri. Najib kan power, boleh atur mana menteri mana mb yg boleh duduk bawah ketiak dia. Ingat! Ini dinasti baru UMNO makan dedak.

    ReplyDelete
  25. Ha ha ha pemakan dedak tak ada jawapan tentang isu2 semasa, so nak divert dari menjawab, serang Tun...taktik tak menjadi. Serang laaa Tun pagi sampai malam, selagi tiada jawapan pak arab mana derma, siapa kat SRC lulus duit masok akaun PM, selagi tu orang tak caya kat umno.

    ReplyDelete
  26. Satu trend yang jelas...umno/BN tak mampu jawab dengan yakin isu derma, 1MDB,YAPEIM, TH, nilai RM jatuh, kenyataan AG Swiss, 1.5juta bangla. So, pak pak menteri dan macai2 cuba spin/divert hantam Tun. Hanya graduan universiti umno yang percaya.

    ReplyDelete
  27. Lepas era Najib....Malaysia dah x wujud lagi agaknya....dah banyak digadai dan dijual kat orang luar....si adik setempurong dia Jahid pun toya bawa sedara dia dari Bangladesh masuk nak ganti melayu....anak dara dua2 ekor ne nak dikahwinkan free kat Bangla....Maka jadilah negara MALDESH .... No more Malaysia atau Melayu....Sultan Al Najibor dan Megat Jahid Kutilapam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kot keberapa kali gamaknya nak ganti Ketua Penerangan UMNO ni yang di cawangan pulak takan diam saja

      Delete
  28. Sy menyokong penuh gerakan ni...

    ReplyDelete