Saturday, 13 February 2016

TAHNIAH UTUSAN MALAYSIA DEDAHKAN KELEMAHAN KERAJAAN NAJIB

  1. Dari Tweeter
  2. Dlm dedahkan Ibu Negara sbg pusat peminta sedekah sebenarnya Utusan Malaysia dedahkan kelemahan k'jaan Najib. Bijak!
  3. UM terus dedahkan KL sbg surga peminta sedekah. Dedahkan juga gelandagan berumah tangga depan Masjid Negara utk bersihkan imej PM Najib


Dengan segala hormatnya saya menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan laman Masjid Negara dan sekitarnya pada setiap awal pagi dipenuhi dengan gelandangan. Dulu bilangannya kecil tetapi sekarang bertambah kerana kunonnya ada bantahan dari NGO dan kerajaan pimpinan Najib menerusi Menteri Wilayahnya memikirkan kesan politik jika tindakan tegas diambil.

Mereka ini menajiskan pandangan indah rangkaian bangunan warisan sejarah sekitarnya seperti Stesen Keretaapi ibu pejabatnya dan Hotel Majestic.Mereka akan mulai hilang sekitar jam 8.

Pandangan ini juga menjatuhkan maruah Datuk Bandar Kuala Lumpur yang tunduk kepada tekanan politik.Berbagai alasan akan diberikan yang menunjukan kelemahan dan ketidak tegasan pentadbiran negara. Alasan ini semua telah jemu didengar oleh rakyat.

Saya lihat dengan mata kepala saya sendiri pencemaran ini setiap pagi Ahad bila menuju ke Jalan Masjid India untuk minum teh tarik.

Kesan poltiknya dari pendedahan Utusan Malaysia ini, ialah kelemahan Najib dan BN akan kalah teruk dalam pilhanraya akan datang kerana banyak bertolak ansur untuk mencari kemenangan politik.

Semua masaalah ini dianggap kecil kerana PM Najib sibuk dengan masaalah lebih besar RM 2.6 Billion dan kaitannya dengan IMDB yang rakyat belum dapat menerima penjelasan AG mengatakan Najib bersih dari sebarang dosa.

31 comments:

  1. Don`t worrylah ZAM. Saya sendiri setelah mengalami kepedihan hidup akibat semua benda naik dengan 5 orang anak masih bersekolah dan pendapatan isi rumah hanya RM3000 KALI ini akan mencuba kerajaan rakyat yg baru pula pada 2018.

    Masa itu mungkin PM Najib akan main taichi dengan mengurangkan balik kos kehidupan 6-12 bulan sebelum PRU 14 tetapi kita sudah masak dengan penipuan tersebut.

    Saya teringat setiap pagi dan petang naik keretapi utk ketempat kerja dan balik terpampang iklan besar didinding gerabak yg berbunyi `Saya memahami kesusahan rakyat` pada tahun 2012-13. Ayat itu menyebabkan saya dan kawan2 lain mengundi BN.

    Kali ini lu fikirlah sendiri!

    ReplyDelete
  2. Minta penulis zulkifli bakar ulas dengan tulisan berapi beliau....jangan malukan utusan ye!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zulkifli bakar ni mengulas utk mengampu lg ada

      Delete
    2. zul bakaq wartawan berintegriti dan lebih memahami dan meyayangi orang melayu yang marhaen dari mereka mereka yg mengaku pejuang melayu

      Delete
  3. Kawasan sekitar pembinaan MRT bukit bintang penuh dengan peminta sedekah yang saya yakin bukan rakyat tempatan. Mungkin Rohingya. Pelik pelik sbb bertahun-tahun macam itu juga.

    Satu lagi ialah di Stesen bas TBS yang moden. Sejak setahun ni dah mula ada golongan peminta sedekah duduk meminta simpati di jejantas penghubung TBS dan sistem LRT/Komuter/ERL.

    Menteri Wilayah tak da masa agaknya sbb dia sekarang lebih menumpu tugasnya sbg Setiausaha Agung UMNO yang akan memghalal dan mengiyakan saja apa yg bos besar mahu.

    ReplyDelete
  4. Tan Sri
    Yang menjadi kerisauan pengundi atas pagar ialah bagaimana sekiranya Najib masih menerajui UMNO menjelang PRU 14. Apakah pilihan yang ada kepada yang benci Najib dan tidak suka pada pembangkang yang ada sekarang?. Saya ingin cadangkan agar Mukhriz, Mahyudin, Ku Li, Shafie serta ahli ahli GKCM menubuhkan parti baharu

    ReplyDelete
  5. boleh harap ke zulkifli bakar? dia sama macam Hassan Cari Makan je...

    Kalu Ku Seman boleh la...tapi dah kena gam pulak..

    ReplyDelete
  6. Tok Zam, the WHOLE world knows he's guilty as hell!
    Save Malaysia!

    ReplyDelete
  7. Saya rasa kita ni asyik marahkan Najib. Hampir setiap hari cerita pasal Najib... sehingga budak sekolah rendah pun sudah semacam jijik melihat gamabar Najib terpampang di sekolah.

    Bagi saya yang masalah bukannya Najib. Najib tidak bersalah. Itu dia sendiri kata.

    Yang salah dan memang bersalah ialah :

    1. Pengundi-pengundi di kawasan Najib. Apa jenis DNA "sebahagian" kaum Melayu yang tidak kenal erti perompak di siang hari. Kata-kata "Biar pimpinan Melayu korup, asalkan bukan bangsa lain memerintah." INilah penyakit virus minda dalam segelintir golongan umat Melayu semenjak zaman tahun 1500. Inilah penyakit yang menjatuhkan maruah bangsa Melayu itu sendiri. Banyak lagi saf-saf kepimpinan Melayu lain yang lebih berkaliber walau anak tukang sapu jalanan.

    2. Pengundi-pengundi BN secara amnya seluruh Malaysia. Dalam keadaan sekarang yang tidak menentu di Malaysia ini, apakah dalam pikiran pengundi BN di mana wakil rakyat mereka (pro-Najib) tidak ada suara berani dalam menyatakan kebenaran. Benar tetap benar. Takkanlah pengundi wakil rakyat pro Najib masih tidak mengerti apa itu korup, rasuah, penipu dalam kamus hidup. Kita pengundi ada maruah dan jati diri. Di Korea Selatan, negara maju sebgai contoh, menteri bangsa Korea yang korup akan di tolak rakyat. Di negara haram Israel, bekas Perdana Menteri sendiri dihadapkan ke mahkamah.

    3. Stesen TV tempatan. Malu. Malu saya. Stesen TV jiran kita Indonesia, stesen TV Afrika, stesen TV Papua New Gunea, stesen TV Bangla, stesen TV USA, UK semuanya beri peluang kepada pihak pembangkang berceramah/berdebat live dalam TV. TV kita, semacam meluat melihat telatah pengacara yang terlalu mengampu pak-pak Menteri BN. Sedangkan pihak TV harus bersikap orang tengah dan berani bersuara. Siapa bayar gaji pekerja TV kalau bukan dari rakyat jelata.

    Mungkin kerana sudah terlalu marah dan meluat melihat sendiri betapa lemahnya segelintir kaum Melayu dalam bersuara maka terjadilah cerita baling mikrofon di atas pentas.

    Selagi ada darah Melayu, tidak kira Melayu campur India, Melayu campur Cina, Melayu campur British dll, maka jagalah maruah bangsa Melayu di tanah kita tercinta kita iaitu ..... Malaysia.

    Jangan rasa risau sangsi, orang Cina, India dll akan sokong kita 100% kalau kita jadi bangsa Melayu yang bermaruah ada jati diri. Lihat kekuatan pasukan bolasepak Malaysia sekitar 70an dan 80an.

    Mana dia ranking bola sepak Malaysia sekarang? Tahun 60an, 70an, 80an tidak hairan melihat anak Cina bermain bola bersama anak Melayu di padang setiap petang. Sekarang? Ada nampakkah penonton Cina dalam Liga Malaysia? Penonton India pun susah. Melainkan datangnya Manchester UNited ke Stadium Bukit Jalil, barulah nampak ramai kelibat orang Cina. Salah siapa? Salah anak Cina, INdia? Saya pasti ramai anak Cina pandai main bola, mungkin lebih bijak mengelecek bola dari bintang bolasepak Melayu sekarang. Cuma dalam mencari talent seluruh negara kenapa susah sangat nak jumpa anak Cina, anak Kelabit, anak Dusun bijak main bola. Adakah kerana ada unsur racis/favoritism atau hanya anak Melayu sahaja pandai main bola?

    Hanya renungan saya di tepi padang bola waktu petang. Rindu mengenang kembali keriangan zaman remaja akhir 70an.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelab bola Cina Ipoh, Melaka, Penang dan KL dah pupus. Pemain bola Singapura pun semua Melayu dan Indian Muslim.

      Delete
    2. Inilah yang sedia saya dan kwn2 perkatakan.perkara dasar dan asas pun tak terbuat,apatah lagi pelan masa depan kita.

      Saya ssangat setuju Najib berhenti kerja sbb dia tak buat kerja dan tak tahu buat kerja.masalah derma 2.6,1mdb dan mcm2 tu satu hal la.

      La ni sapa yang rasa bangga dengan 1Malaysia dan mr Najib?Kalau ikut logik,memang Najib langsung tak terpakai.


      Talian hayat dia ialah pak dia.
      Malang Tun Razak ada anak mcm ni.

      Aku malu kalau nak sembang politik atau sebagainya dgn cina atau india.Realitinya Najib mengotorkan sejarah politik melayu yang dikagum dunia dan rakyat Malaysia.

      Kalaulah Najib tak dpt dijatuhkan dlm pru14 sekalipun,keadilan akan tetap ada.Moral of the story,Tuhan ada dan balasan sudah menunggu.Doakan episod kotor ini berakhir segera

      Delete
  8. Salam tan sri..
    (Peminta sedekah telah "update" kepada peminta derma. Termasuk guna tabung, ayat2, dan sbgainya..)
    Satu dunia tahu yang pm malaysia, najib bin abdul razak telah menerima derma sebanyak 2.6b dari seorang arab. Memecah rekod penerima derma sedunia. Jadi tidak hairanlah sekiranya ibu negara malaysia atau mana2 bandar dimalaysia dibanjiri peminta derma. Mungkin peminta derma itu pun bercita2 untuk memecah rekod yang dipegang oleh najib. Lagipun pemberi derma mempunyai alasan yang kukuh untuk derma kepada rakyat malaysia.
    Sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan, tentunya najib akan merasa malu sebab dia juga adalah peminta derma.

    ReplyDelete
  9. Masalah di Malaysia berakar umbi dari sikap malas membaca. Jadi bila ada pihak yang menawarkan diri untuk menjadi pemimpin, intelek, ilmuan agama, politikus, penjawat awam, semua kata2 mereka dipercayai. Tiada keberanian untuk menyanggah, kerana tiada keyakinan dengan tahap ilmu diri sendiri. Majoriti graduan tiada pengetahuan am yang luas, jesteru Malaysia adalah batasan kerjaya mereka. Penguasaan bahasa inggeris jauh sekali, jesteru ilmu diperolehi cuma bersandarkan paparan utusan , rtm, tv3 dan rancangan maharaja lawak. Di abad ke 21, lulusan Form 3 dan Form 5 terus dijunjung sebagai pemimpin. Inilah harga mahal dibayar apabila malas membaca, permasalahan sejak turun temurun, terutamanya di kalangan masyarakat desa. Apabila masyarakat berpendidikan tinggi bandar bersuara, dikaitkan pula dengan pembangkang, bagaikan satu dosa besar. Penjawat awam selesa dengan jawatan, kerana penentuan dan perlaksanaan dasar kini hak mutlak orang politik. Apa yang berlaku di persekitaran masjid negara adalah contoh kecil manifestasi tahap keupayaan sebenar pegawai2 DBKL dan orang2 politik terlantik yang berkuasa terhadap 2 juta warga KL. Dari Perlis ke Johor, Kuching ke Lahad Datu, sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah di Malaysia ialah rasuah.Semua sedia maklum.

      Delete
  10. taik sembelit pun salah najib

    ReplyDelete
  11. Zam ni perut dia tak elok... ulasan yg tak membantu. Ahli 'the ANC gang' yang kalau adatnya bakal-bakal jenazah yang duduk di rubin lubang dah. Tun, Zam, Kodir jasin, sanusi, dll. diakhir ajal hidup dalm penuh kebencian terhadap najib. hampa semua terimalah.. nanti atau ada masa boleh tobat sebab kita nak hidup kekal di sana nun..
    padan ka nak dok bagi tunggin langgang negara?. Dosa besar kot. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau adalah lebih hina daripada pelacur.Hati sudah digelapkan,...yang terang lagi bersuluh pun kau tak nak terima.Dasar munafik.Kau mungkin seekor lembu jantan.

      Delete
    2. Jasmeen awak perlu bermuhasabah diri. Kenali baik dan buruk dalam diri sendiri. Ketahuilah hukum syarak: halal dan haram; makruh dan mubah.

      Delete
    3. Suroh Najib bertaubat baru betul

      Delete
    4. Sebaik baik pengakhiran ialah biar tua, mati berjuang utk kebenaran dan rakyat.

      Delete
    5. Ini lah geng2 orang tua yang dikatakan nak jadi council of elders sebagai punaisihat PM.

      Delete
  12. Sebenarnya siapa perdana menteri pun boleh pilih untuk berkhidmat kepada rakyat atau membelakangkan rintihan rakyat. Cakap aje tak guna. Kena buat dan kena nampak dilihat rakyat perdana menteri buat seikhlasnya. Bila sesuatu yang dibuat itu ikhlas maka hasilnya berkat dan kekal dan kebarangkalian perdana menteri kekalkan kuasa politik tak payah jadi tajuk kedai kopi.
    Malaysia dah ada 6 Perdana Menteri termasuk yang sekarang. 3 Perdana Menteri Penggerak jentera kerajaan dengan amat berkesan memerhati dan bertindak mengutamakan kepentingan rakyat dan kemajuan ekonomi. Yang perdana menteri sekarang HANYA pandai bercakap tapi TAK BUAT apa yang dia cakap. Jadi tak ikhlas lah apa yang dia cakap. Apa 1Malaysia nya ? Apa Rakyat didahulukan ? Bagi BR1M tu rakyat didahulukan ke ? Tak ada jalan pintas. Perdana Menteri dulu dulu jaga keharmonian suoaya segala apa yang bakal diushakan kerajaan boleh dikongsi rakyat tanpa memandangkan kulit. Kemahuan Malaysia hari ini bukan mula tahun 2000 tapi tahun 1960. Sedikit sedikit diusahakanà. Sekarang kita ada 2 syarikat perladangan besar tetapi sedang runtuh setelah dibina lebih 50 tahun. Sebaiknya perdana menteri zaman ini seharuanya lebih bijak dari yang sebelumnya sebab kemudahan dah tersedia. perdana menteri hari ni jaga pun tak reti. Tak pakai kebijaksanaan sendiri. Kena upah consultants bayar berbilion ringgit tapi hasilnya mengecewakan. Masalah yang ada tidak diselesaikan. Masalah yang terang terang dicari lebih merosakkan dari masalah sedia ada.

    Apa perlu nya perdana menteri macam yang ada ni ? Di negara Thai, Jepun, Taiwan Perdana Menteri yang gagal mentadbir melepaskan jawatan. Di Malaysia ni parti umno ni dah jadi terlampau kuat dan bongkak sampai sebahagian besar ahli parlimen kita parti pemerintah hanya mampu jadi pak turut. Kalau lawan kena buang. Maha bwrkuasa ketua pemerintah ni ! Kalau gunakan kuasa untuk kepentingan rakyat macam PM ke 4 kita semua mesti sokong. Tapi yang kita lihat kuasa untuk kepentingan diri dan parti (ini pun hanya cakap). Duit 2,600,000,000 ringgit pun buat diam diam aje sampai dah kecoh baru nak bagi macam macam alasan yang tidak masuk akal.

    Walau macamana pun rakyat dah tak percaya lagi kepemimipinan kerajaan. Tak boleh bagi peluang kedua. Perdana menteri sepatutnya tahu ni. Apa yang dia sumpahkan depan Agong bila dilantik ? Boleh jadi dan dirumuskan sumpah tak IKHLAS. BAHANA JADI NYA.

    ReplyDelete
  13. Uncle zam,
    Nak buat macamana, PM kita pun mintak sedekah rm2.6b jugak.. satu geng lah tu. Suruh dia duduk situ jugak jumpa kenkawan dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 1000% Tuan.

      Datok Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak ADALAH PEMINTA SEDEKAH NOMBOR SATU MALAYSIA.

      Adalah wajar pengikut pengikutnya semakin ramai. Almaklum
      Pemimpin lah katakan. Bini dia pun Rosmah Mansor perasan dia tu FIRST LADY OF MAlAYSIA.

      SEMUGA ALLAH MEMBALAS KEJAHATAN MEREKA BERDUA DENGAN AZAB YANG SANGAT PEDIH. ZAHIR DAN BATINNYA.YA ALLAH MUSTAJABKAN PERMOHONAN
      SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
      AM8N.?..

      Delete
  14. Saya setuju dengan Pak Zam berkenaan aktiviti peminta sedekah yang semakin berluasa .. tak tau dari mana datangnya peminta sedekah ini. Gelangdangan tempatan pula, pada saya ianya punya masalah yang ada kaitan dengan ekonomi sekarang ini.

    Tapi yang lebih merisaukan saya, ialah keadaan landskap KL seakan sedang gostan kebelakang .. Pak Zam tentu ingat pada hujung 70 an dan awal 80 an pabila KL dipenuhi dengan warung-warung comot, yang terletak di merata tempat. Tapi pada masa tu, ini boleh dimaafkan sebab KL baru mula merasa pengalaman dibanjiri migran bumiputera.

    Setelah 30 tahun berlalu KL dah jadi bandaraya moden tanpa warung comot .. tapi kebelakang ini warung comot itu tumbuh balik yang kebanyakan pekerja nya adalah orang asing .. contohnya di Medan Tuanku, warung ini telah mencacatkan pemandangan, saya ada lihat penguasa DBKL lalu-lalang tapi kerjanya untuk saman kereta tak bayar parking .. adakah warung comot ini ada kelulusan DBKL atau dapat perlindungan daripada penguasa DBKL.

    Kemunculan semula pengemis, gelangdangan dan warung comot ini jelas mengambarkan sistem pentadbiran kita yang kacau bilau .. virus penyakit kacau bilau ini adalah rasuah .. rasuah sedang berlaku disemua peringkat .. dari kepala hingga ke ekor, sedikit masa dulu Utusan pernah melapurkan 95% Pentadbir Awam korup .. kepala tertinggi negara pula sedang menghadapi berbagai tuduhan perlakuan korup. Tapi anih nya perlakuan korup ini tidak nampak surut nya. Lepas ni apa pula .. mungkin setinggan akan berluasa kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan orang kita. Terima kasih Malaysia.

      Delete
  15. Salam Tan Sri Sam,

    Sebab adanya pengemis kerana adanya penderma cuma kita tak dapat pasti yang mana dulu ada, pengemis ke penderma . Di Malaysia kebelakangan ini pengemis ada di mana mana, bukan sahaja di kuala lumpur , di putrajaya pun ada, di kedah pun ada bahkan boleh dikatakan setiap negeri ada . Cuma banyak atau sedikit, besar atau kecil yang mereka dapat, bergantung daripada siapa yang mereka mengemis .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kita ni murah rezeki sebab tu lah senantiasa membantu orang yang nampak susah.

      Delete
  16. Kalau Nj terus PM baik x payah keluar undi. Buat penat Dan buang masa jer. PM wajib seperti Khalifah Umar Al Khatab. Baru boleh aman sejahtera bumi Malaysia. Ada sesiapa.... Yang paling hampir TS Khalid Ibrahim..

    ReplyDelete
  17. Macam ini ceritanya zam, macam ini di zaman 80an ,orang kita ada minta sedekah, kalau ada orang kita potong tangan disuruh minta sedahkah malah kes itu tak selesai mungkin diselesaikan oleh polis. Bila malaysia jadi negara maju sikit warga asing minta sedekat tangan Dan kaki mereka potong, ingat tak kes perlarian Myanmar di sepadan Thai sebenarnya zaman tun m punca segala nya tun m tak bersungun2 tangkap Myanmar minta sedekah Dan mereka tak berikan perkerjaan Dan dan kad unscr tak beri kan kes pelarian myanmar dah lama, mungkin orang tun m buat bodoh kot, masalah pelarian Myanmar dah lama terjadi sebelum najib jadi pm lagi ia berlaku pada zaman tun m lagi, pelarian myammar telah di pergunakan Dan mereka di cacat akan untuk meminta sedekat, zam kalau tahu laluan tikus di Thai ke Malaysia itu dari zaman tun m lagi, zam buat kajian, saya hidup zaman tun m 'saya juga tahu apa belaku pada pelarian Myanmar sebab saya penah bergaul dengan mereka. Kalau zam tak percaya zam boleh boleh Tanya pelarian Myanmar itu terutama mereka orang myammar telah tua, Tanya mereka bila mereka tiba di malaysia, pasti mereka jawab zaman tun m itu,sebelum. Mereka tiba ke Malaysia apa perkerjaan mereka mereka pasti jawab minta sedekah jika mereka tak manpu banyar hutang pejalanan ke Malaysia ini, zam pasti terkejut dengan jawapan di berikan itu. Perkara dah jadi parah sebab kita dulu tak kawal sepatan Thai Malaysia menyebab laluan, zaman tun m sehingga ke zaman najib lambakan peminta sedekah myammar di Malaysia ini,

    saya nak Tanya ini laluan tikus di Thai itu bermula Dari mana zaman mana, tak salah saya lambakan peminta sedekah bermula Dari zaman tun m itu banyar warga Myanmar minta sedekat pada 90an apa bila ekonomi kita meninkat jadi pasti laluan tikus thailand ke malaysia itu bermula zaman tun m lagi

    ReplyDelete
  18. Bro ..
    Apa yang dibangkitkan olih UM itu amat bertepatan . Peminta sedekah ni kian bertambah bukan saja dari kalangan pendatang tapi juga dari kalangan orang kita sendiri .

    Tapi isu ni bukan isu politik dan semestinya bukan isu PM Najib . Ini adalah isu pengurusan pihak2 yang dipertangungjawabkan .
    Komentar dari UM itu ditujukan kepada pihak2 tersebut ... supayo jangan duduk ofis sajo .

    Tapi ... pado yang nak bakar kelambu tu
    Tak dapek nak nolong doo...

    Waghih.

    ReplyDelete