Tuesday, 2 February 2016

SEBAB UTAMA MUKHRIZ MESTI DISINGKIRKAN SEGERA

"MAHU TUTUP MULUT  SAYA DARI JADI SUARA RAKYAT (lihat kenyataan penuh Mukhriz di bawah)

Komen: Zahid - 3 Febuari 2016: Tepat ramalan Zam, Mukhriz tersingkir juga akhirnya.Dalam politik samada dibunuh atau membunuh.Najib dan Rosmah tentu tak mahu masuk penjara- Zahid 


Apakah sebab utama sebahagian besar  anggota BN Dewan Undangan Negeri Kedah mahu MB Mukhriz  disingkirkan sebelum sampai masanya. Kerakusan tindakan ini dengan alasan  tipis menghina tidak sahaja  kemampuan berfikir rakyat Kedah tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Kerakusan ini juga semakin mendedahkan kepada rakyat kerakusan politik Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib sehingga mencetuskan suatu krisis perlembagaan di negeri Kedah yang melibatkan Istana.

Ini adalah politik do or die bagi Najib dan juga penyokong-penyokong setianya di negeri Kedah.

Mukhriz mesti disingkirkan dengan pantas untuk menjamin kumpulan  yang mahu menyingkirkannya tidak tersingkir dari pencalonan bagi DUN dan juga  Parlimen  Kedah dalam pilihanraya umum akan datang. Mukhriz pastinya tidak akan mengekalkan mereka.

Jika Mukhriz kekal sebagai MB dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah maka pastinya muka-muka lama dan tua ini tidak lagi berpeluang untuk menjadikan politik sebagai profesyen seumur hidup.Walaupun beliau tidak mempunyai kuasa sepenuhnya dalam hal ini (Kuasa pemutus di tangan Presiden) tetapi beliau  sedang  memantapkan kedudukan politiknya  di kalangan pemuda yang sukar bagi Najib untuk menolak suaranya kelak.

Banyak pemuda UMNO Kedah yang secara diam-diam memberikan sokongan kuat kepada Mukhriz. Mereka telah  sekian lama dinafikan peranan  untuk turut memberi sumbangan menjalankan sebuah kerajaan negeri berjiwa rakyat yang dinamik,bervisi dan cekap. Mereka melihat pendekatan Mukhriz ke arah ini dan Mukhriz telah memberikan harapan baru kepada mereka.

Inilah yang ditakuti  oleh kumpulan yang mahu menyingkirkan Mukhriz.

Kegagalan Mukhriz dalam menjalankan pentadbiran dan pengurusan politik negeri Kedah adalah kerana kumpulan ini menjadi duri dalam daging dan tidak membantu Mukhriz dalam melaksana visi dan  perancangannya di Kedah. Mereka memburuk dan memperkecil  rancangan  Mukhriz untuk membangunkan lapangan terbang antarabangsa baru di Kulim.

Mereka menjalankan kerja-kerja sabotaj dengan memburukkan Mukhriz di kalangan rakyat Kedah dan sekarang mereka menuding jari kepada Mukhriz untuk menutup kesilapan dan keburukan mereka sendiri.

Kepada rakyat Kedah, Mukhriz tidak lemah tetapi yang lemah adalah mereka yang mahu menyingkirkannya.

Di bawah ini adalah kenyataan penuh Mukhriz Tun Mahathir berhubung dengan perletakan jawatannya:












51 comments:

  1. Meteka sangkakan begitu mudah untuk melucutkan Mukhriz dan akhirnya melakukan dalang sehingga sepatah ayat pun belum keluar.

    Kononnya mahu digambarkan yang menolak Mukhriz datangnya dari Ketua Bahagian yang mewakili rakyat Kedah, susah kalau muka dah tebal. muka tembok, muka tampal kulit....

    Apabila di sekelilingnya pemakan dedak disangka rakyat Kedah pun sama..

    Dan hari ini pelbagai kepercayaan diberi kepada pemimpin dari kelantan dengan pelbagai perlantikan gara gara dilihatnya ada sekor yang setia membabi buta terjun perigi buta untuk menyelamatkannya.

    Musuh sebenar adalah dirinya sendiri dan siapa di sebelahnya pada malam hari.

    ReplyDelete
  2. Blog A Kadiaq Jasin melaporkan 15 Adun pembangkang sokong Mukhriz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enemy of my enemy is my friend...pembangkang sekarang ni memang pandai buat lawak...dulu buat lawak dekat Selangor.Bahan lawak Khalid Ibrahim.Laa ni Mukhriz la pulak!

      Delete
  3. Tan Sri Zam....
    MUKHRIZ dah tau la ni APA ITU dan SAPA ITU 'JEMUAN'...
    Tahniah...

    mat insun b. mat baloh b. mat jenun

    ReplyDelete
  4. Rakyat menolak kepimpinan cara 'I'll make him an offer he can't refuse.'

    ReplyDelete
  5. TS Zam,
    Ini lah bahananya kalau buat keputusan guna kepala But.. bukan kepala otak atau akal ,kepimpinan Najib memalukan negara baik didalam dan diluar negara .

    ReplyDelete
  6. Zaman sekarang orang bajak sawah menggunakan trektor,tetapi maseh lagi nak guna kerbau untuk membajak lu orang fikirlah.Sebab itu umno sekarang dikelola orang-orang yang kurang cerdik dari orang lalu.Bila ada saja yang baru cerdiknya melebihi mereka maka terpaksalah cari jalan untuk mencantas.Patut dalam politik pun mesti dikuat kuasa umur pesaraan.

    ReplyDelete
  7. tuan, tempohari pernah saya bayangkan hingga ada yg sinis mengatakan burung kakak tua pun boleh berkata bila saya tidak mendaftarkan agenda yg halus ttp kejam akan berlaku.. rujuk para 3 ..[do or die bg najib... ini bukan antara yg dimaksudkan. kita tunggu selepas date hari kekasih... ahli mt mereka akan.... dari putrajaya ke selatan tanahair. kita tunggu sikit lagi sebab mukriz bukan antara itu.

    ReplyDelete
  8. Pembangkang kedah sokong mukhriz? Rasanya tidak. Pembangkang kedah cuma tak sokong cara mukhriz cuba disingkirkan. Saya fikir pembangkang lagi takut kalau mukhriz disingkirkan dari umno.

    Dia ni macam anwar, ada cult status. Sekarang nama dia dah capai household name. Dulu awal zaman reformasi pembangkang jv dengan anwar. Sekarang PKR adalah senior partner, yang lain cuma bertaraf associate.

    Mukhriz boleh jadi third force di semenanjung. Umno pun dah nak lingkup, Pakatan tunggang langgang...tunggu apa lagi bro?

    ReplyDelete
  9. Ha ha budak oxford diam, ketua budak budak tembam pink pun diam...macam ni nak memimpin? Pemimpin kena berani bersuara, bukannya jenis kena cucuk hidung dengan tali dan ditarik masuk keluar kandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KJ sendiri adalah si kitul yang mengambil biasiswa hak bumiputra untuk diberi kepada cina.Seorang ahli politik dayus dan bermuka-muka.Hanya layak menggantikan bang non.

      Delete
    2. kj senyum psl x pyh pg berperang...soo ttp mulut dn perati...hehehe ade can jd pm psnie

      Delete
  10. Tan Sri sebenarnya pemimpin umno di kedah ni takut kpd bayang2nya sendiri mereka takut hilang kuasa dan dah terlalu lama dlm politik maka bayang2 mukhriz amat mengerunkan mereka yg pztut diganti bukannya mokhriz tetapi adun2 umno yg dah terlalu lama ni hidu mokhriz kami berdoa agar anda diberikan kekuatan oleh allah aammiiinnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedah tak perlu MB part-time atau pakai remote control dari KL. Kena full time bersama orang Kedah.

      Delete
    2. Kelayakan MB: lulus sekurang kurangnya Tingkatan 3.

      Delete
    3. Dalam politik samada yang pandai, kurang cerdik dan sebagainya semua berguna.

      Delete
  11. ketua ketua bahagian tua dan lama ini sangka mereka sangat popular dan berpengaruh di kalangan rakyat kedah sedangkan yang sebenarnya mereka adalah tidak lebih daripada mayat hidup atau zombie....

    ReplyDelete
  12. Things are moving fast down south after a few words from the grand old man. Whatever happens up north is irrelevant now; battles fought, winners' integrity smashed, loser's status elevated and celebrated. Expect sunny summer at the alps. Stormy days ahead in middle kingdom. Bila laaa nak habis ni?

    ReplyDelete
  13. Bukan najib yang kecundang tapi anak mahathir......bila la najib nak resign ni Pak Zam. Agak2 kempen Pak Zam n d geng berjaya tak tumbangkan najib. Kalau berjaya syukurla. Kalau tidak.. boleh tak Pak Zam buat analisis atau ramalan mengenai tidak ini, Apa akan berlaku pada pru14 nanti pastinya ulasan mengenai Si Kitul2 paling menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pru13, najib hanya dapat 47% majoriti. Dengan pelbagai isu sekarang adakah najib mampu menarik minat pengundi yang dulunya mengundi pembangkang untuk undi bn? Tindakan najib memecat, mengantung dan menlucutkan jawatan dalam umno apakah dapat mempertahankan jumlah undi yang terdahulu. Sekiranya tergelincir 10% undi maka bn akan tumbang. Sayang ahli pada umno/bn ada hadnya. Najib sekarang umpama membawa air dalam kain. Setiap saat air menitis keluar. Setiap saat bajib menimbulkan kebencian pada ahli umno. Dari sayang kan parti menjadi benci berbaur dendam kesumat. Suami isteri yang ada anak pun boleh bercerai, inikan pula sekadar parti. Dah tentu tak berkudis kalau ahli umno bercerai dengan umno. Apa pun pru14 adalah penentu telahan ini.

      Delete
    2. Najib pakai kain pelikat teflon bukan dari India atau pun Indon.

      Delete
  14. Hang x caya...Jawatan UMNo hanya untuk tok uban.yang inginkan jawatan seumur hidup.Yg dah beruban..sanggup pulak dye rambut mcm nan ku..

    ReplyDelete
  15. Saudara zam,
    Nampak gayanya najib semakin tertekan. Tidur tak lena mandi tak basah. Bala kaldainya gagal melaksanakan tugas dengan baik. Najib gagal membina kekuatan sokongan walaupun dia memecat orang2 yang menentangnya dari kabinet. Dimana pun muhyidin dan shafie berada dan berucap, masih ramai rakyat yang turut serta. Malah sokongan pada mereka makin bertambah. Kini giliran muhkriz pula mahu disingkirkan tapi majoriti rakyat kedah bangun membantah. Malah mengurangkan lagi sokongan pada najib.
    Apa yang saya nampak najib amat terdesak untuk mempartahankan jawatannya suapaya dapat mempengaruhi siasatan dan tindakan undang2 keatas dirinya. Tanpa jawatan pm najib tak akan selamat. Semakin hari semakin banyak bukti2 y.ang timbul dan makin ramai pihak yang tampil menjelaskan tentang penyelewengan dalam 1mdb. Penipuan najib semakin terancam dan semakin menghimpit dirinya. Rakyat semakin nampak isu ini dengan jelas.
    Memperlihatkan keadaan ini maka adalah tepat dan adil apabila pihak istana turut menggunakan kuasa yang ada bagi menyanggah najib.

    ReplyDelete
  16. Kalau diikutkan cara orang-orang lama tu, lebih baik dari cara mamak kerala. Majoriti ketua-ketua bahagian masih menyokong MB yang dilantik, tiba-tiba dilucutkan jawatan ganti dengan Sanusi. Mungkin cara mamak kerala tu yang paling bertamadun untuk ganti orang kot. Cara pemimpin lain kalau buat begitu tak bertamadun, malah nampak zalim. Hanya mamak kerala je boleh lakukan apa sahaja. Admin blog pasti puja habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni ganti dengan azeez rahim. Dia belajar tinggi, ada MBA dari Preston College, USA!

      Delete
    2. azeez rahim bukan mamak. saja ja dia sapu cat hitam kat muka dia. sebenaqnya dia putih melepak....

      Delete
    3. Orang Kedah ni kan banyak darah campuran dari Madras.

      Delete
    4. Jgn macam tu.. ayah dia memang boleh buat pada orang lain tapi anak dia jangan di kacau...

      Delete
    5. Kedah ni kan banyak salur galur madras, kerala dan India mari.

      Delete
  17. Assalamu'alaikom Tan Sri,
    Ka’ab bin Ujrah Radiallahuanhu berkata bahawa Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam menzahirkan kebimbangan terhadap masa hadapan ummah apabila terdapat pemimpin yang menyisihkan aspek kebenaran dan amanah, dengan bersabda yang bermaksud;

    “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umat ku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).” Na'uzibbillah Min Zalik.

    Adakah Ahli UMNO yang "mendukung" diperlihatkan sebagai tidak lagi takut kepada Allah SWT?

    ReplyDelete
  18. Wan Zam, sebab depa singkiaq Mukhriz hanya kerana tak istihar sokong ajaib. Jemuan2 ajaib tak puas hati dan org yg tak puas mmg lah tak kan bagi kerjasama. Kalau dilihat punca semua penolakan pada ajaib adalah punca dari dia sendiri. Banyak cara ajaib yg memburukkan perkara hingga hilang kepercayaan pada UMNO. Mcm mana org nak sokong. Bila tegoq dia nak buang org tapi tak tengok pada diri sendiri. Isu derma, kalau betoi untuk pilihanraya kita rasional. Dah tugas dia cari dana dan kita jugak tau DAP pun turun dana yg banyak. Tapi cara dia urus isu lemah

    ReplyDelete
  19. Kalau tangani isu pun lemah mcm mana nak urus negara. #ajaib yang perlu diturunkan

    ReplyDelete
  20. ASSALAMUALAIKUM DARI LUAR NEGARA.....POLITIK MALAYSIA DAN PEMIMPIN NEGARA MALAYSIA DAH DIPERKATAKAN SELURUH NEGARA SAYA MENETAP INI....SEMAKIN PARAH KEADAAN SENARIO POLITIK MALAYSIA YG BERTERASKAN UMNO .....KEPIMPINAN ( BUKAN DATUK SERI )DATU MOHD NAJIB TUN RAZAK DAH TERLALU MENGARUT DAN MEMBELOT TERHADAP NEGARA SECARA SENYAP DAN SOPAN.....SEPATUTNYA SEMUA AHLI2 KEPIMPINAN BELIAU DI GANTI PADA PILIHANRAYA KE 14 NANTI AGAR MALAYSIA LEBIH BERDAYA SAING DAN MAJU DAN MARUAH NEGARA KEMBALI PULIH BERKAITAN ISU POLITIK DI BAWAH KEPIMPINAN DAN PENTADBIRAN SEKARANG.....BUAT KENYATAAN DAN TANDATANGAN SELURUH WAGRA POLITIK DAN RAKYAT UNTUK MENOLAK KEPIMPINAN SERTA PENTADBIRAN Yg Amat BerHormat DATU SURI MOHD NAJIB B TUN AB RAZAK SERTA MERTA.....UNDI TIDAK PERCAYA PUCUK PIMPINAN BELIAU.....APA MACAM ???????

    ReplyDelete
  21. Negeri Kedah Darul Aman cuba kembali ke zaman kegemilangan Merong Mahawangsa dengan pemimpin KEDAH TUA.

    ReplyDelete
  22. Zaman arwah ayahanda diwujudkan Mageran utk selamatkan negara & rakyat. Zaman anak diwujudkan Majlis "keselamatan" Negara. Utk apa? Utk jaga "keselamatan" & diri sendiri serta keluarga ali baba 40 penyamun. 1 Malaysia Boleh.

    ReplyDelete
  23. Mukhriz adalah MB yang amat 'balog liat'. Otak dia cangkat sangat. Nampak macam orang bijak pandai, hebat dan style gila. Ucapan atau komen dia takdak isi. Komen standart MB takdak langsung. Kerja buat sebagai MB 'out' terus. Kalau biar lama tegulin seluruh negeri seba tu depa gulin dia dulu. Bukan dia diganti sebab dia kritik najib sangat pon sebab kritikan dia tumpul, najib tak bercalar pon inikan pula nak luka. Sebab dia di ganti adalah kerana dia MB 'Ngong'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm takat tu je la level hang berbahas...sian kat hang ni jasmeen ooi..

      Delete
    2. MB separuh masa je la. Duduk KL lagi baguih.

      Delete
    3. pandainya berkata2....sti skolah pai darjah 2 ni...

      Delete
  24. Najib sebenarnya telah melakukan jenayah terancang bersama2 isterinya....termasuk juga pemimpin yang membontot diri Najib agar selamat dari tuduhan rasuah dan jenayah.....Najib tersalah percaturan politik sejak mula2 ambil alih tampuk kepimpinan negara dan umno serta BN daripada TUN ABDULLAH BADAWI...beri janji kepada rakyat jika milih beliau dan umno akan diberi bantuan mcm2...salah satu nya BR1M.....Beliau guna duit dari segenap sumber setiap tahun untuk BR1M sejak memerintah lagi...itulah punca beliau kehilangan sumber kewangan sampai terpaksa pusing cerita utk sembunyikan rahsia di sebalik rahsia terpakai duit rakyat untuk BR1M.....menubuhkan 1MDB untuk aspa sebenarnya ? untuk selindungi segala perbuatan silapnya saja.....sebenarnya 1MDB tidak berasas lansung untuk menguruskan pelaburan negara....negara ada Khazanah Nasional menguruskan syarikat hak milik kerajaan untuk melabur di dlm dan luar negara.....Pengkalan TUDM Sg Besi digadai semata2 untuk buat bandar baru KL x payah sebenarnya...atlast....tergadai kepada syarikat negara luar....apakah logik Najib harus bertasbih dengan lantang untuk pertahankan jawatan PM ? Kepada pro Najib.....maka samalah anda semua dengan Najib....kepada yang anti Najib...perbanyakkan kerja keras untuk diri sendiri jangan pedulikan kehendak kerajaan sekarang....buat demi bangsa dan negara serta raja-raja Melayu....bukan untuk pemimpin sekarang terutama PM /FLOM & TPM sekarang nie....renung2kanlah dan buat pilihan yang telus demi bangsa, agama dan negara Malaysia yang tercinta....

    ReplyDelete
  25. Mukhris sebenarnya tak BERSALAH sebagai Menteri Besar Kedah....yang BERSALAH BESAR...adalah Ahmad Basah sebab dia adalah LEMBU TUA yang dicucuk hidung dan telinga....bersama keldai jantan dan betina dlm Kepimpinan UMNO Kedah sekarang nie......Rakyat di kKedah dah tak berkuasa....tapi kena tunggu PRU14...buktikan kekuatan dan kekuasaan sebenar rakyat dlm menentukan kerajaan yang Muda, Remaja dan Terbaik ....ramai2 jatuhkan Najib & Rosmah, Zahid Hamidi & Ahmad Bashah serta ADUN sedia ada dgn yang baru lagi segar bugar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang salah Pak dia.

      Delete
  26. Pucuk pimpinan UMNO tersalah langkah apabila mahu "membeli" prinsip Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dengan menawarkan jawatan Timbalan Menteri dengan syarat meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Pucuk pimpinan itu berbuat demikian kerana sebahagian besar pemimpin-pemimpin UMNO boleh dibeli dengan jawatan. Sudah tentu dia arif sangat dengan gempar keling pemimpin UMNO, bila diberi jawatan boleh buat pusingan U bila-bila masa sahaja.

    Tetapi ternyata tidak semua tidak bermoral seperti itu. Buktinya Mukhriz lebih menjunjung prinsip dari diperkotak katik oleh pucuk pimpinan. Mukhriz antara dua tiga pemimpin UMNO yang berani mempersoalkan tentang skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion kepada seorang bernama Najib bin Razak.

    Mukhriz bukan tidak tahu apa kesannya mempersoalkan dua skandal itu yang menjadi tabu kepada pucuk pimpinan UMNO. Muhyiddin Yassin dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Shafie Apdal dipecat dari Menteri, kedua-duanya kerana mempersoalkan skandal yang menjadi buah mulut rakyat.

    Kalau Mukhriz memikirkan kedudukan (bukan prinsip kebenaran) dia boleh sahaja terima tawaran menjadi Timbalan Menteri. Jawatan itu juga menjadi rebutan banyak pemimpin UMNO. Zahid misalnya tidak menolak apabila ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, bekas Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed terima tawaran menjadi Timbalan Menteri yang secara automatiknya dia tidak boleh lagi menjadi pengerusi PAC dan menjalankan siasatan ke atas 1MDB.

    Pucuk pimpinan UMNO patut malu apabila dimalukan oleh Mukhriz yang menolak tawarannya. Kalau Mukhriz menerima tawaran itu, dia sudah tidak boleh lagi bercakap mengenai skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion. Dia tahu muslihat ditawarkan jawatan berkenaan. Kita wajar bersyukur kerana masih ada pemimpin UMNO yang mengutamakan perjuangan untuk rakyat daripada perjuangan mengekalkan pemimpin yang dicurigai amanahnya.

    Malah menurunkan Mukhriz juga sebagai memberi amaran kepada Dr. Mahathir yang menjadi pengkritik tegar Najib bin Razak dalam isu skandal 1MDB dan derma misteri RM2.6 bilion. Ahmad Bashah Hanipah tidak akan ada keberanian luar biasa (kalau bukan mendapat isyarat Najib) untuk menggugat kerusi Mukhriz. Bashah hanya alat sahaja kerana dia sendiri pun dengan rela diperalatkan.

    Kini Mukhriz juga dijauhi oleh wartawan-wartawan yang dulunya sangat rapat dengannya. Sejak seminggu lalu banyak wartawan menulis supaya Mukhriz memberi laluan kepada penggantinya sebagai Menteri Besar Kedah. Malah ada antara mereka yang menganggap Mukhriz adalah punca pergolakan politik UMNO Kedah. Pendek kata semua tidak baik tentang Mukhriz. Itu bukan suara mereka, tetapi itu adalah suara pucuk pimpinan. Mereka hanya tukang ajuk sahaja. Maka mereka pun tulislah krisis politik UMNO Kedah berakhir. Mudahnya membuat kesimpulan. Tunggulah kalau nak tahu berakhir atau tidak....

    (petikan: kayangdailypost.blogspot.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada Ajiya, Opcom dan reliance pacific yang lagi besaq dari negeri Kedah. apa nak heran.

      Delete
  27. Mukhriz punya standard tak sama dengan ahmad maslan, azeez rahim, rahman dahlan..tu pasai kena buang. Kalu dia turunkan standard dia, baru ketua2 bahagian suka.

    ReplyDelete
  28. DAH JADI BAHAN SEJARAH MUKHRIZ. PATUT SOKONG AHMAD BASHAH SEBAGAI MB. PEMIMPIN DATANG DAN PERGI. INGAT JAWATAN MB BUKAN LANTIKAN RAKYAT TAPI LANTIKAN PM. SENDIRI MAU INGAT LA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Bashah.Hanya dengan Sijil Rendah Pelajaran sahaja beliau sampai ke tahap ini.Saya rasa kita patut lupakan saja pakar motivasi seperti Dr. Fadhilah Kamsah,Anthony Robin,Sheikh Muzaffar dan yang lainnya, kerana kejayaan beliau adalah satu pencapai hebat di abad ke 21 ini.Oleh itu Menteri Pendidikan patut bukukan perjalanan perjuangan Bashah untuk dijadikan buku teks di sekolah.Saya yakin PM tidak ada masalah untuk menyokong usaha murni ini,kerana kos tak la mahal sampai berbilion-bilion.Bashah juga patut dijemput untuk memberi ucaptama di universiti-universiti tempatan.Universiti Utara Malaysia patut segera mengambil peluang ini,dan cepat-cepat beri anugerah Ijazah Kehormat kepada Bashah supaya rakyat Kedah dapat lupakan hakikat yang beliau hanya berkelayakan SRP sahaja (....mana tau depa fitnah dia sekolah takat SRP je....jangan-jangan dalam diam dia ada MBA dari Kanada).Saya juga berdoa agar Bashah mencuba potensi diri untuk menjadi calon sekurang-kurangnya Timbalan Presiden UMNO selepas ini.Jika berjaya,jawatan MB Kedah boleh diberi kepada Lebai Sudin pulak.Negeri Kedah akan terus mencipta sejarah tersendiri.

      Delete
    2. Bila program motivasi kepada pelajar SPM atau IPTA apa yang Ahmad Bashah nak cakap...nak cakap soal ekonomi global, pelaburan negeri, pertumbuhan ekonomi negeri ishhhh kalut sungguh nooo. Bila ada majlis konvo dok ataih pentas dgn Canselor/vice, Dekan Prof...aku nak sembang apa pun tak tau hmmmm .

      Delete
    3. Contoh ucapan MB Kedah kepada pelajar yang lulus SPM,...."saya ingin ucap tahniah kepada semua yang lulus SPM di seluruh negeri Kedah ni,dan bagi yang gagal dan tak minat lagi nak mengaji,kamu jangan sedih dan kecewa kerana di masa hadapan kamu masih ada peluang untuk menjadi Menteri Besar atau Timbalan Menteri."

      Delete
  29. Assalamualaikum semua baik pro Najib atau anti Najib...ambillah petikan kata-kata Najib Razak semasa membuat kenyataan pada tahun 2009 ..yang kini benarlah jadi kenyataan kucar kacir perjalanan UMNO dan BN selama Najib memegang tampuk pemerintahan....dah siap sedia dengan keinginan peribadinya.... ( BN mempunyai tugas untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan bagi meraih kemenangan meyakinkan pada pilihan raya umum akan datang berbanding keputusan pilihan raya lepas pada 2008.

    Najib tidak menolak kemungkinan dengan konsep 1Malaysia, BN, satu hari nanti akan menjadi satu parti tanpa komponen seperti UMNO, MCA atau MIC, tetapi beliau menegaskan belum tiba masanya.

    " Apa-apa boleh berlaku, tetapi rakyat dan masyarakat kita mesti bersedia."

    " Kalau orang dah sedia menerima, segala-gala kemungkinan boleh berlaku tapi bukanlah masa sekarang, tengok trend akan datang," katanya. ).....inikah yang kita semua harapkan dari seorang Perdana Menteri yang tak punya intergriti diri benar....?????


    ReplyDelete
  30. Salam Tan Sri dan pengkomentar sekalian,

    Krisis politik di Kedah akhirnya diselesaikan dengan cara yang menjelekkan apabila Lembaga Jemaah Pemangku Sultan Kedah terpaksa campur tangan dek kerana kerakusan segelintir pemimpin UMNO yang kemaruk kuasa.

    Walaupun hasrat mereka menggugurkan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir tercapai, hakikatnya impak yang terhasil daripada kemelut ini akan membawa kepada ketewasan BN/UMNO di Kedah pada PRU akan datang.

    Sebahagian besar rakyat Kedah menolak pelantikan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai MB Kedah yang baru, walaupun para pendokongnya mendakwa Ahmad Bashah berkeupayaan dalam mengemudi parti, hakikatnya tidak sebegitu.

    Dalam keadaan UMNO semakin goyah terutama Presiden parti itu yang berhadapan pelbagai skandal, isu-isu tertunggak masih belum diselesaikan khususnya yang berkait rapat dengan rakyat, episod pemecatan anak Tun Dr. Mahathir Mohamad itu menjadikan keadaan semakin buruk bagi UMNO.

    Rakyat sebenarnya merasa muak dan jijik dengan segala tindakan bersifat 'autokratik' Dato' Sri Najib Tun Razak yang dilihat bertujuan mengukuhkan kedudukan beliau di kerusi nombor satu negara.

    Maka agenda menjatuhkan Datuk Seri Mukhriz menambahkan lagi kemarahan mereka kepada pucuk pimpinan kerajaan serta UMNO. Ada di antara mereka beranggapan Dato' Sri Najib mahu membalas dendam terhadap 'serangan' bertali arus bapanya, sehingga beliau tidak senang duduk.

    Apa pun, “the damage has been done”. UMNO is helpless and beyond repair. Benar kata Tun Dr. Mahathir bahawa “UMNO is rotten to the core” dan UMNO kini hanya dianggotai orang yang bodoh sahaja. Buktinya pelantikan Datuk Seri Ahmad Bashah yang hanya memiliki kelayakan akademik yang rendah boleh dilantik menggantikan seorang pemimpin berpendidikan tinggi serta berkarisma.

    ReplyDelete