Friday, 19 February 2016

PEGAWAI-PEGAWAI MENTERI DI HIMPUNAN SUARA KERAMAT DI ZAM NEWSROOM CAFE


Tan Sri Zam bersama Datuk Khalid Yunus, Datuk Raja Ahmad Niza dan Tan Sri Johan Jaafar memotong kek Buletin Suara Keramat yang dibawa oleh Professor Faridah dari UKM yang juga bekas anggota Utusan Melayu.
Dari kiri Zahari Affandi  Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Ghani, Haji Usulludin Jamil, Hamid Yahya, Hanafiah Man  Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak dan Rosle Azmi
Astora Jabat bekas penulis agama Mingguan Malaysia yang penuh kontroversi yang  tiba tepat pada masanya di perhimpunan Suara Keramat  dengan mengayuh basikal dari Pattani.Beliau dalam misi berbasikal untuk mempromo keamanan dan kedamaian  bagi  wilayah-wilayah Selatan Thailand .


Suara Keramat adalah Utusan Melayu (Utusan Malaysia) yang telah menjadi suara perjuangan rakyat sejak 1939.

Dengan tujuan untuk memberikan penghayatan kepada pekerja Utusan Melayu dari generasi ke generasi, maka saya telah menulis lirik lagu Suara Keramat yang digubah oleh Datuk Ahmad Nawab untuk menjadi lagu Korporat Utusan Melayu.

Semangat ini ternyata meresap  di kalangan seluruh perkerja Utusan Melayu apabila Tan Sri Johan Jaafar mengambil inisiatif membuka Buletin Suara Keramat di WhatsApp yang secepat kilat mendapat sambutan hangat dari para veteran Utusan Melayu yang kebanyakannya putus hubungan sama sekali.

Menerusi Buletin ini juga maka diketahui siapa yang masih ada dan siapa yang sudah tiada.

Johan Jaafar menginisiatifkan buletin ini setelah bersara sebagai Pengerusi Media Prima dan tentunya beliau sendiri tidak menyangka ia akan mendapat sambutan sepantas kilat dari seluruh veteran Utusan Melayu.

Johan adalah suatu lagi bukti kekeramatan Utusan Melayu. Sesiapapun yang pernah berada di bawah bumbungnya walaupun sekejap tetapi lebih mengingatkannya dari tempat kerja mereka yang lain.

Allahyarham Tan Sri Samad Ismail lebih lama berkhidmat di ST dan NST setelah berhenti dengan Utusan Melayu di Singapura, tetapi beliau lebih banyak bercerita tentang kenangan manis dan pahitnya di Utusan Melayu seolah-olah seluruh hidupnya di Utusan Melayu. (Lihat Journalism and Politics oleh Cheah Boon Kheng)

Pemergian abadi ABI (Haji Ahmad Idris) mantan Pengarang Mingguan Malaysia yang rapat dengan para pekerja Utusan mungkin menjadi dorongan utama kepada Johan Jaafar untuk mendekatkan kembali mereka yang telah berpisah menerusi komunikasi moden yang selama ini telah disia-siakan sebagai jambatan persahabatan.

Berikutan dengan itu, suatu rombongan besar telah mengunjungi beberapa orang veteran Utusan yang sedang uzur. Antaranya  Taib Ahmad bekas Pengurus Jabatan  Pengarang Utusan Melayu dan juga dua orang lagi anggota Jabatan Pengarang; Omar Manan dan Fauziah Rauf.

Hal ini juga mendorong saya menjemput seluruh veteran Utusan bertemu ke Cafe saya untuk bertahlil bagi kakitangan Utusan Melayu yang telah kembali ke Rahmatullah di samping membaharui rasa setia kawan antara yang masih hidup.

Di samping majlis tahlil, pertemuan hari ini dimeriahkan dengan pembacaan sajak oleh Johan Jaafar, Pyan Habib dan nyanyian dari Pendaki Gunong, Datuk Khalid Yunus dan lebih dari itu ialah kehangatan Suara Keramat.

Turut hadir memeraihkan majlis ini ialah pegawai-pegawai khas beberapa orang menteri dan juga Kamal Zailani Ketua Pengarang UMNO ON LINE.

Mereka yang ditugas untuk menyiasat mengenai majlis ini boleh mendapat maklumat  yang berkredibiliti mengenainya  dari mereka ini.Majlis ini semata-mata untuk menemukan semula para veteran Utusan Melayu.

9 comments:

  1. Mengimbau nostalgia jln 5. Menyusuri kenangan manis yg tak mungkin terpadam dlm lipatan dairi denyut nadi kehidupan. Tqvm boz ts zam!

    ReplyDelete
  2. TS saya doakan semoga majlis yg mulia ini di rahmati allah aammiiiinnn

    ReplyDelete
  3. subky latif mai ka....

    ReplyDelete
  4. Saya berbesar hati jika saudara Subky Latif dapat menyertai perhimmpuan kita hari ini. bukunya juga menghiasi cafe saya.Tidak ada jemputan rasmi dibuat kepada sesiapapun. Veteran Utusan yang ingin sertai dipersilakan.

    ReplyDelete
  5. Bagaimana kalau kita mulakan majlis hari ini dengan lagu korporat Suara Keramat?

    ReplyDelete
  6. Tahniah TS diatas penganjuran ini apabila TS kata ramai penyiasat2 menteri yg hadir tanpa diundang ini bererti menteri yg ada pd hari ini seolah2 mereka takut pd bayang2 sendiri dan mengandaikan setiap perjumpaan itu ada agenda tersembuyi maka mereka menter2 ini harusla bersangka baik tethadap rakyat ingatlah pada tuhan yg maha esa aaammmmiiiinnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak kata ramai penyiasat-penyiasat menteri hadhir di majlis Suara Keramat tetapi ramai pegawai-pegawai menteri yang pernah berkerja dengan Utusan Melayu turut hadir.
      Tetapi jika nak siasat mengenai majlis ini maka bertanyalah sahaja kepada orang-orang menteri atau orang UMNO yang turut hadir supaya tidak timbul sebarang prasangka buruk

      Delete
  7. Salam Tan Sri,....komen saya agar kakitangan Utusan bertindak keatas rejim Najib tidak disiar.Saya kata Tan Sri ada peranan dalam hal ini.Persoalannya,adakah Suara Keramat ini masih relevan,dan sudah selesaikah perjuangannya?

    ReplyDelete
  8. Tan Sri..saya pernah berkhidmat dgn Utusan Msia kurang lebih 2 tahun sebagai Cadet Reporter jenayah. Saya memohon untuk dimasukkan sebagai ahli group whatsapp Buletin Suara Keramat. Bagaimana caranya atau terus boleh jadi ahli. Sebarang komunikasi dgn saya boleh melalui email saya acpyusoft@saito-college.edu.my. Terima kasih dan wassallam.

    ReplyDelete