Wednesday, 3 February 2016

NAJIB MEMBAWA AIR DALAM KAIN

IF UMNO THROWS MUKHRIZ OUT.....
A well calculated move by Mukhriz and his father. They have taken the variables, put them into an equation, calculated and made the variations before making their move months ago.

Therefore for the Mahathirs, nothing would stop them now from going forward and talking more about Najib. They do not have anything to lose anymore and Mukhriz is all clear to talk. The only thing that would stop him would be his Umno membership. However, according to the calculations, it will be something advantageous for Mukhriz if Umno throws him out because there are similar examples done before. Yes, more than one example exists. Check your history book and you should find it although this sounds mathematical !

Di bawah ini  dua komen dari pengikut setia ZAMKATA - Zainudin Maidin.
 
Pru13, Najib hanya dapat 47% majoriti. Dengan pelbagai isu sekarang adakah najib mampu menarik minat pengundi yang dulunya mengundi pembangkang untuk undi BN? 

Tindakan Najib memecat, mengantung dan melucutkan jawatan dalam UMNO apakah dapat mempertahankan jumlah undi yang terdahulu. Sekiranya tergelincir 10% undi maka BN akan tumbang. 

Sayang ahli pada UMNO/BN ada hadnya. Najib sekarang umpama membawa air dalam kain. Setiap saat air menitis keluar. Setiap saat Najib menimbulkan kebencian pada ahli umno. Dari sayang kan parti menjadi benci berbaur dendam kesumat. 

Suami isteri yang ada anak pun boleh bercerai, inikan pula sekadar parti. Dah tentu tak berkudis kalau ahli UMNO bercerai dengan UMNO. Apa pun PRU14 adalah penentu telahan ini.


MASIH ADA PEMIMPIN UMNO YANG UTAMAKAN PERJUANGAN RAKYAT
Pucuk pimpinan UMNO tersalah langkah apabila mahu "membeli" prinsip Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dengan menawarkan jawatan Timbalan Menteri dengan syarat meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Pucuk pimpinan itu berbuat demikian kerana sebahagian besar pemimpin-pemimpin UMNO boleh dibeli dengan jawatan. Sudah tentu dia arif sangat dengan gempar keling pemimpin UMNO, bila diberi jawatan boleh buat pusingan U bila-bila masa sahaja.

Tetapi ternyata tidak semua tidak bermoral seperti itu. Buktinya Mukhriz lebih menjunjung prinsip dari diperkotak katik oleh pucuk pimpinan. Mukhriz antara dua tiga pemimpin UMNO yang berani mempersoalkan tentang skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion kepada seorang bernama Najib bin Razak.

Mukhriz bukan tidak tahu apa kesannya mempersoalkan dua skandal itu yang menjadi tabu kepada pucuk pimpinan UMNO. Muhyiddin Yassin dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Shafie Apdal dipecat dari Menteri, kedua-duanya kerana mempersoalkan skandal yang menjadi buah mulut rakyat.

Kalau Mukhriz memikirkan kedudukan (bukan prinsip kebenaran) dia boleh sahaja terima tawaran menjadi Timbalan Menteri. Jawatan itu juga menjadi rebutan banyak pemimpin UMNO. Zahid misalnya tidak menolak apabila ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, bekas Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed terima tawaran menjadi Timbalan Menteri yang secara automatiknya dia tidak boleh lagi menjadi pengerusi PAC dan menjalankan siasatan ke atas 1MDB.

Pucuk pimpinan UMNO patut malu apabila dimalukan oleh Mukhriz yang menolak tawarannya. Kalau Mukhriz menerima tawaran itu, dia sudah tidak boleh lagi bercakap mengenai skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion. Dia tahu muslihat ditawarkan jawatan berkenaan. Kita wajar bersyukur kerana masih ada pemimpin UMNO yang mengutamakan perjuangan untuk rakyat daripada perjuangan mengekalkan pemimpin yang dicurigai amanahnya.

Malah menurunkan Mukhriz juga sebagai memberi amaran kepada Dr. Mahathir yang menjadi pengkritik tegar Najib bin Razak dalam isu skandal 1MDB dan derma misteri RM2.6 bilion. Ahmad Bashah Hanipah tidak akan ada keberanian luar biasa (kalau bukan mendapat isyarat Najib) untuk menggugat kerusi Mukhriz. Bashah hanya alat sahaja kerana dia sendiri pun dengan rela diperalatkan.

Kini Mukhriz juga dijauhi oleh wartawan-wartawan yang dulunya sangat rapat dengannya. Sejak seminggu lalu banyak wartawan menulis supaya Mukhriz memberi laluan kepada penggantinya sebagai Menteri Besar Kedah. Malah ada antara mereka yang menganggap Mukhriz adalah punca pergolakan politik UMNO Kedah. Pendek kata semua tidak baik tentang Mukhriz. Itu bukan suara mereka, tetapi itu adalah suara pucuk pimpinan. Mereka hanya tukang ajuk sahaja. Maka mereka pun tulislah krisis politik UMNO Kedah berakhir. Mudahnya membuat kesimpulan. Tunggulah kalau nak tahu berakhir atau tidak....

65 comments:

  1. ADUN yang seorang atau dua orang yang sokong Mukhriz itu patut letak jawatan,agar diadakan pilihanraya kecil.Kita tengok siapa yang menang.Kita patut lawan kemungkaran Najib dengan apa kelebihan yang kita ada.Saya yakin perjuangan rakyat yang sejati tidak memerlukan duit dedak.Semasa berkempen nanti kita tengok,....minum tek tarik,kopi o,milo ais...kami bayaq sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh macam tu sebab sekarang dah lebih dari separuh penggal pilihanraya. SPR boleh isytihar tidak perlu adakan PRK jika tempoh tinggal separuh atau kurang. Ianya sepertimana peruntukan Perlembagaan Malaysia. Faham?

      Delete
    2. Mukhriz telah membuat keputusan yang tepat. Letak jawatan - mendapat simpati - berjuang semula. Mukhriz akan BERJAYA.

      Jangan membuat kesilapan macam Anwar Ibrahim.

      Delete
    3. Asyik ponteng je patut pun kena letak jawatan. Anak Bapak.

      Delete
  2. Saya syor azeez rahim ganti zeti di bank negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju,....atau pun Arul Kanda pun boleh juga.

      Delete
    2. Tumpor yeop .... **??? $$$.

      Delete
    3. saya pun 'SETUJU'. paling baik ahmad maslan. huhuhu...

      Delete
  3. ( KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Pada ketika kelompok masyarakat yang memerlukan di negara ini tidak mampu mengharapkan apa-apa untuk meringankan beban hidup, tiada siapa yang peduli, tetapi kini bila mereka dihujani dengan pelbagai bantuan kerajaan, yang mengejutkan, ada pula yang berkata langkah ini tidak betul!

    Pemberian kerajaan ini bermula dengan bantuan khas persekolahan sebanyak RM100 untuk setiap pelajar sekolah, yang dibayar November lepas, baucar buku RM200 untuk pelajar Tingkatan 6 dan pelajar Institusi Penganjian Tinggi dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diagihkan kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan, pada Januari.

    BR1M terutamanya menarik perhatian negara kerana ia melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion dan dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah, iaitu kira-kira 80 peratus daripada jumlah isi rumah di Malaysia.

    Rakyat beratur panjang di seluruh negara untuk memohon bantuan itu dan sekali lagi berbuat demikian ketika menerima baucar tunai pembayaran itu mulai Ahad (15 Jan).

    Apapun ramai juga yang begitu yakin bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia itu sebagai muslihat untuk memancing undi dan tindakan yang tidak pernah dilakukan kerajaan ini dianggap penunjuk jelas bahawa Pilihan raya Umum ke-13 sudah begitu hampir. ).......maka renung-renunglah kita semua atas apa yang diputar belit fakta sekarang ini...di mana letaknya integriti seorang pemimpin besar negara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baiklah diberikan kepada 5.2 juta isi rumah daripada nuat jambatan bangkok.

      Delete
    2. Pemikiran anda sama maksudnya dapat gaji bagi kat anak. Anak ada 5orang satu orang bagi 200. Alangkah lebih bijak bapanya kalau beli benih pisang dan suruh anak2 tanam di belakang rumah. Dapat hasil bagi sama banyak..

      Delete
    3. Bagi pendapat saya....pemberian BR1M inilah bermulanya permasalahan dlm mengurus perancangan kewangan negara sejak Najib mula menabur janji konon akan meringankan beban rakyat...yang pasti teori yg gagal...memang baik membantu rakyat dengan memberi sumbangan, cuma caranya saja tersilap percaturan kewangan....setiap tahun BR1M Najib kena tunaikan juga walau dlm keadaan apa sekali pun.....bagi saya, hanya mengawal kenaikkan harga barang, mengawal cukai secara berhemah, mengawal subsidi kerajaan secara berhemah dan teratur pasti akan berhasil ....pelabur2 kini sudah teragak2 untuk masuk melabur dlm negara malaysia kerana keadaan ekonomi negara tidak menentu....nilai matawang semakin meningkat atau menurun di paras masih kategori tinggi....mengimport barang asas untuk menghasil barangan untuk dieksport terlalu tinggi...meningkatkan pengaliran sumber kewangaan yg tinggi....bila dieksport pada paras nilai matawangsa luar tinggi, bermakna pendapatan hanya diparas sama nilai dengan nilai import barangan asas dibawa masuk....tiada keuntungan yg melebihi paras 37.9% pendapatan per kapita syarikat negara atau luar yg melabur di malaysia....

      Delete
    4. Mungkin suadara tak faham apa duit senang dapat Dan di belanjakan, Cuba kita tengok dengan pemberian brim Rakyat akan belajakan Wang itu Dan ekonomi berkembang, ketika Rakyat berjimat2 cermat takut kerisis ekonomi, dengan ada brim Rakyat berlanjakan nya untuk merangsang ekonomi tempatan. Cuba sudara tengok bulan jan golongan sederharna dah tak berbelanja selepas habis Wang digunakan pada bulah Dec untuk beli keperluan sekolah sebelum adanya brim itu. Saya lihat selepas ada brim Rakyat berbelanja wanga brim itu pada 28 Jan untuk merangsang ekonomi Dari golangan sederharna itu. Kalau tak tahu ekonomi anggap brim pembaziran Dan memanjakan rakyat, tujuan kerajaan bagi untuk merangsang ekonomi golongan bawahan untuk berbelanja . lagi satu jika duit kita turun ,syarikat malaysia akan export barang itu keluar negara sebab barang kita boleh bersaing dengan barang Dari Thailand itu, orang yg suka bawa masuk barang import tak suka nilai ringgit jatuh Dan orang suka melancong ke luar negara tak suka nilai ringat kita jatuh ada faham

      Delete
    5. Beri rakyat berbilion melalui brim. Pungut balik berbilion dpd gst. Kalau tak de brim tak de le gst kot.pi mai pimai tang tu.

      Delete
  4. TS Zam ,
    Sebenarnya malaysia sekarang mengalami masalah kepimpinan yang sekarang bergelut untuk menyelamatkan diri ,buat waktu ini Najib tidak ada masa memikirkan hal negara dan rakyat kerana dari hari ke sehari rakyat melihat dan merasakan isu meyelubungi mereka seperti kos hidup dan lain lain macam tiada di hiraukan kerajaan kerana tiada tumpuan diberi seban hari asyik isu kemelut politik dan skandal penyelewengan najib dan kuncunya,macam mana najib cuba nak tutup isu ini mesti timbul isu baru berkenaan skandal beliau,ini bermakna Najib seorang yang lemah dan beliau sepatutnya letak jawatan,kesemua adalah dari kesilapan beliau sendiri sejak mula menjadi PM kerana dah mula mencari masalah dengan menjalankan urusan yang tidak betul niatnya sebagai pemimpin negara.Jadi sekarang kita lihat saja sampai bila najib boleh bertahan,kerana semua di sekililingnya itu menyokongnya sebab diberi imbuhan jadi apabila kantung sudah kering ini lah masa akan tamatkan hayat kuasanya,kalau dikelilingi oleh perasuah dan munafiq sampai bila dia boleh tahan dengar wang pun dah banyak dibekukan sana sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas rejim Najib dijatuhkan nanti,...kembalikan I.S.A.

      Delete
    2. Org yg paling suka ketika ini bila akta hasutan tak jadi di batalkan adalah DSN...
      ISA memang perlu ada cuma patut di tambah baikkan...

      Delete
    3. Kembalikan sprm kepada bpr senang sikit kita nak tangkap ikan bilis Dan jerung dilepaskan he.he.he. itu cadangan utama aku pada golongan fanatik itu

      Delete
  5. Saya bagitu tertarik dengan ulasan saudara KU Seman,mungkin juga tranfomasi yang dilakukan oleh NR dalam semua bidang jangan melebehi keupayaanya.Boleh dikatakan "one man shows"-kebanyakan umur bersara dinaik kan supaya boleh dengar cakap.

    ReplyDelete
  6. Najib sekarang ni dah at the "all in" stage Tan Sri. Itu yg dah gila talak tu. Too bad dia ceraikan orang yg baik instead of the real culprit yg buat dia money crazy.

    Pada saya bagus Mukhriz kena pecat. Rakyat wants more vocal voice from MY, SA and now MM. Najib's government is a sinking ship anyway. All his present cabinet be it from UMNO, MCA or MIC are at best not trusted by rakyat or at worst hated and ridiculed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua terdiam sekarang kerana fail SPRM tebal. Bekas penyamun2 juga.

      Delete
    2. Jika bpr bagi balik fail lama di korak di jabatan pedana menteri mereka disiasat Dan bagi fail lama pada sprm untuk menyasat habis golongan fanatik protun itu termasuk proliwat (a) itu

      Delete
    3. dah korek dah pun. masalahnya tak jumpa apa pun. tu yang pening kem Najib.

      kamu tertinggal keretapi ke anon?

      Delete
  7. Leader: SPM
    Followers: UPSR

    Ok apa....

    ReplyDelete
  8. Selain Mukhriz yang berprinsip, tahniah juga patut diberikan kepada Dato Aminuddin Omar dan Suraya Yaacob . Kedua duanya juga ada prinsip . Aminuddin mewakili DUN Jitra, manakala Suraya Yaacob mewakili DUN Sungai Tiang dalam Parlimen Pendang. Saya orang Pendang . Pada keseluruhannya kawasan Parlimen Pendang bukan milik BN.Kemenangan calon BN baik di peringkat DUN mahupun di peringkat Parlimen bukan sebab umno /BN.tapi sebab peribadi diri calon. Jadi kalau silap letak calon bungkus terus umno . Sekarang ini pun satu lagi kawasan DUN dlm.Parlimen Pendang milik pembangkang . Sama sama kita tunggu pilihanraya yang akan datang.

    ReplyDelete
  9. Di Malaysia pemimpin diangkat berasaskan parti mengikut jawatan yang disandang. oleh itu, nilai keperibadian seseorang itu adalah bukan menjadi keutamaan dalam kepimpinan sekarang.
    Pemimpin yang dipimpin oleh penasihat sepatutnya dihadkan tempoh perkhidmatannya kerana negara kita memerlukan seorang pemimpin yang mampu berfikir sendiri, berotak bijaksana serta berprinsip untuk memajukan rakyat dan negara.
    DS Najib bukanlah dari kalangan orang yang bijak mentadbir malah dirinya sendiri terpaksa dipimpin oleh penasihat, pemandu dan ramai lagi individu yang berkepentingan. Kelebihan DS Najib adalah bijak main politik, itu saja yang rakyat nampak.
    Malang bagi negara kita punyai pemimpin tertingi seperti hari ini. Memberi gula gula kepada rakyat terutama golongan susah, dalam waktu yang sama pelbagai coklat yang mahal hanya dinikmati oleh mereka yang berkepentingan sahaja. Malahan rakyat yang susah semakin terhimpit dengan bebanan kos barangan yang meningkat dan cukai yang terpaksa ditangggung selagi GST masih ada. Bantuan gula gula ini memang disukai oleh rakyat negara ini, namun akhirnya rakyat juga yang merana setelah mengidap penyakit kencing manis apabila kerajaan tidak mampu mengubatinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inflasi 2015 dah tinggal 2.1%. Orang dah tak beli barang yang tidak diperlukan dan juga beli di kedai yg menawarkan harga patut.

      Delete
  10. Tan Sri...
    Najib dan puak juaknya adalah contoh pemimpin yg teramat ketinggalan zaman. Itu sahaja.Perosak tegar kpd umno serta pemusnah bangsa yg jelas.Kita dijatuhkan bukan dari luar....dari dlm pimpinan hari ini yg buta kpd RINGGIT dan KUASA....yg mana PASTI akan di tinggalkan.Perjuangan yg sesat.

    ReplyDelete
  11. Datuk Zam, all that's happening to this country at the hands of Najib Razak is a BAD joke on the suffering rakyat.

    ReplyDelete
  12. Banyak yang telah di perkatakan Dan di persoalkan. Hala tuju terencat. TDM TSMY DSA membisu.
    Hanya umno warlords yang mampu menyingkirkan DSNj. Face the facts.
    PRU 14 sahaja satu peluang untuk menyingkirkan PM. ITU pun sekiranya ringgit tidak pulih Dan ekonomi merundum. Faktor undi Sabah Dan Sarawak menjadi penentuan. Dan kini semua memihak BN. Jika Pakatan Harapan mampu memperolehi 10 kerusi daripada 82 yang dipertandingkan semasa PRN nanti, itu saja keberangkalian kerusi parlimen yang mungkin di menangi PRU 14.
    IMPP adalah satu kaedah mengkoordinasikan pencalunan secara bebas menghadapi PRU 14. Tidak terikat kepada parti. Apakah TSMY DSA DMM TRH TKI akan tersenarai sebagai calun?
    No! IMPP menyediakan platform untuk di atas bertanding. Calun calun yang berkemampuan dicari daripada sekarang untuk mentadbir negara. Comes PRU 14 we are ready to contest and serve the people.
    Yang penting mencari seorang berwatakkan Khalifah Umar menjadi PM. Adakah diatas layak?
    The monies will come in to support these causes. Malaysia needs corrections. Its time those eligible to step in. Together u and I can make this great nation a well deserved land for us and our children to live.
    U can scroll my fb 17/1 Ku Sufian to understand IMPP. Salam.

    ReplyDelete
  13. Kulim bndr bharu seat akan tukar balik utk pru 14.UMNO akan kalah.Dahulunya kerusi ini amat kenal.Letak tunggul kayu pun bolih menang.Tetapi masa dah berubah sekarang.Pengundi kawasan ini lebih bijak walaupun bndar bharu tidak maju juga walau berhampiran dengan prt.buntar dan nibong tebal.

    ReplyDelete
  14. Tan sri tahniah biat dato mukhriz kerana menolak jawatan tim menteri yg ditawarkan najib tetapi berapa ramai org umno begitu maruah lebih penting bukan wang klu org sabah ditawarkan jawtan tu selain ds shafie dah tentu melomapat terimanya begitu juga ahli umno yg lain cash is king bukan ke begitu

    ReplyDelete
  15. Kenapa ramai yg membelasah Najib bila menggantikan Mukriz. Mengata macam2. Tapi senyap membisu bila PKR mengantikan Tan Seri Khalid dengan Azmin ebagai MB Selangor. Majority rakyat Selangor ketika itu menyokong TSKI. Tak da pun yg bersuara PKR akan jatuh dalam PRU akan datang. Semua yg berpandangan negatif ni cuma ada satu saja. Hati busuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elehhh....buat buat tak tau pulak pasal apa khalid ibrahim kena tendang dari pkr, dan pasal apa rakyat selangor tak bising (kecuali orang2 umno). Ok i give you the benefits of the doubt, i assume that you really dont't know because you only read nst, bh, utusan, and only watch tv3. This is what you should do.....just google search under "bank islam saman khalid ibrahim".....tonnes of articles there. Read. Just read.

      Delete
    2. Hang ni kuat-terlena macam Mat Bashah ka, Saudara Esa Adam?

      Perebutan MB Selangor adalah masaalah Party keluarga kaki-pungkoq. Kerajaan Selangor dibawah PKR. Oleh itu, Najib & UMNO tidak ada kena mengena dengan siapa yang akan ganti TS Khalid. Pasal tu kami tak belasah Najib ketika itu.

      Kami yang ramai membelasah Najib adalah penyokong UMNO, terutamanya di Kedah. Malah seluruh Negara tidak suka pada Najib, lebih-lebih lagi di Johor dan Sabah setelah TS Muhyiddin dan DS Shafie Afdal dipecat dari jawatan kabinet. PAS Kedah pun ramai yang sokong Mukhriz. Dulu kata UMNO nak berbaik-baik dengan PAS?

      Dulu Najib janji nak jadikan Mukhriz MB jika BN menang. Anak-anak muda cukup gembira dan keluar beramai-ramai untuk menangkan BN. Kata nak meremajakan UMNO. Tapi yang tua-banga kaki-tido juga yang Najib suka. Dia buang yang cerdik dan ganti dengan yang bodoh.
      Mula-mula Najib kata Bashah tiada dalam senarai 3 nama yang dikemukakan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah. Last-last orang tua-bangka yang mengetuai geng penyamun itu juga yang Najib pilih untuk ganti Mukhriz. Mana kami tak marah. Dalam kes 1MDB, dia tipu kami dah berapa banyak kali dah, sampai tak terkira.
      Kalau kami hati busuk, sudah tentu kami sokong dan angguk saja apa yang Najib lakukan. Nak gadai Negara pun kami tak kisah. Lagi cepatlah UMNO bungkus PRU nanti. Biarlah Negara jatuh kepada pemyamun yang lebih gelojoh.
      Orang yang kata 'busuk-hati' ni, satu sen pun saya tak terima, dari sesiapa. PC dan Internet pun kami guan duit sendiri kerana kami sayangkan UMNO. Sekarang, setelah Mukhriz yang 'bersih' pun Najib singkir, tiada lagi harapan untuk UMNO di'pulih'kan dari gejala RASUAH. Oleh itu, saya umumkan bahawa saya sudah bakar-jambatan dengan UMNO, selagi Najib tidak turun atau ditangkap oleh Kerajaan Malaysia ataupun kerajaan lain diluar Negara.

      Delete
  16. Wan Zam, diantara pilihan bagi brim atau kos sara hidup rendah,saya percaya rakyat pilih kos sara hidup rendah. Sebab itu bila diberi brim rakyat tetap menuntut kos sara hidup diturunkan. Jika saya ditempat najib, saya akan gunakan peruntukan brim untuk turukan harga barang dari memberi tunai. Rakyat nak bantuan untuk jangka panjang, bukan hari ni bagi esok dah habis. Rakyat akan lebih mengenang itu dari brim. Saya tak tau samaada najib memang bongok atau tidak ataupun kerana dia tak pernah merasa susah yang menyebabkan dia hanya memahami kesusahan tetapi tak pernah merasai, ataupun beliau sangat percaya kepada cash is king dapat menawan hati rakyat sebagaimana pendirian dia dan rosmah pada wang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahap kemiskinan 2009 - 3.8%. Sekarang dah tinggal 1%. BRIM perlu diteruskan untuk yang layak sahaja.

      Delete
    2. ..aduiii siap keluar data kemiskinan pulak dah.. brim mengurangkan kadar kemiskinan?
      lantak ko le

      Delete
    3. pikir kos Sara hidup gaji 500rm ketika era tun m harga ayam 7Rm sekiloh menasabah akal ke? He.he.he. nasib baik ada orang bijak dalam bn ketika itu import ayam Dari Thai harga kembali seperti biasa 5Rm .
      Zaman sekarang harga ayam 7rm-7.50sen sekiloh tak mahal sangat sebab gaji 1k.
      Kalau pakatan berkuasa pun belum tentu harga barang tak naik. Ketika anwar meteri kowangan pun harga ayam naik sampai 7rm itu he.he.he

      Delete
  17. Untuk menang pilihanraya kita cuma perlu kepada apa itu politik dan tujuan politik sebagaimana yang telah diasaskan oleh Plato, Aristotle serta juga Montesqueue

    ReplyDelete
  18. Hati busok macam Najib kat dmm

    ReplyDelete
  19. Well Najib Game Over!!!...Since skandal2 seperti 1mdb dan lain2...Dan terbaru Mukhris Tun Mahathir digugur sbg MB Kedah...saya, Ibu & Ayah tercinta, abg & ipar, adik & ipar semuanya pengundi di Kedah dah decided NO MORE VOTE BN FROM US ALL!!..No Regret..

    ReplyDelete
  20. Selepas nama ahmad bashah diumumkan, pemimpin2 umno mengeluarkan kenyataan seolah2 memperlekehkan kemampuan rakyat berfikir. Sekarang saya percaya ramai pemimpin umno dah termakan nasi kangkang

    ReplyDelete
  21. A well calculated move by Mukhriz and his father. They have taken the variables, put them into an equation, calculated and made the variations before making their move months ago.

    Therefore for the Mahathirs, nothing would stop them now from going forward and talking more about Najib. They do not have anything to lose anymore and Mukhriz is all clear to talk. The only thing that would stop him would be his Umno membership. However, according to the calculations, it will be something advantageous for Mukhriz if Umno throws him out because there are similar examples done before. Yes, more than one example exists. Check your history book and you should find it although this sounds mathematical !

    ReplyDelete
  22. Sepatutnya ajak tun m pulih akan nilah ringgit macam 1996 1usd bersamaan Rm 2.50sen boleh tak, kita tengok najib hanya jatuh 60sen je. tun m bersama Anak didik dia anwar jatuhkan nilah sehingga ringgit jatuhkan nilai 1usd to Rm 4.88sen.
    Najib 60sen vs tun m 1.30sen
    Petronas dah tak mampu bagi subsidi pada Rakyat, macai2 pkr boleh ikut idea rafizi kenakan cukai saham ,habislah dividen saham asb terpaksa banyar cukai, bertambah marah warga tua macam zam yg tak ada pencin kerajaan, nasib baik zam cepat masuk jadi dun bn dulu ,kalau tak zam pun akan marah sama rafizi jika pakatan haramjadah berkuasa

    Zam jangan marah bergurau

    ReplyDelete
  23. Kepada Kadir Jasin : Masalah nya bukan pasal SRP si Basah nie. Ingat Rasulullah pun tiada ijazah tapi mempuyai akhlak yang termulia. Jadi hanya punya Sijil SRP tiada lah menjadi hal. Yang menjadi hal ialah kalau pemimpin tiada etika dan kahalusan akhlak itu yang buat macam2 hal datok. Eh berapa besar punya haram lah kalau tak nampak ....P Ramlee kata pulok.....

    ReplyDelete
  24. Nyawa kuasa UMNO SEMAKIN menipis dan nazaknya sudah tidak terbendung selagi ketuanya adalah Mohd Najib yang sudah buat UMNO macam parti dirinya sendiri. Pengampu Mohd. Najib akan dapat balasan di bumi Malaysia ini juga selepas PRU 14. Baiklah mereka sedar sekarang sebelum terlambat dan berdozen-dozen akan "masuk dalam." Bertaubatlah sedikit dengan menolak kepimpinan Mohd. Najib dan moga mereka akan "terselamat" selepas PRU 14 nanti dan seterusnya boleh bertaubat penuh di rumah, bukan di "dalam."

    ReplyDelete
  25. Aku nasihat pada golongan fanatik ini

    Ketika Dr mahathir berkuasa dulu kenapa golongan fanatik tak boleh terima perubahan
    Ketika najib berkuasa kenapa golongan golongan fanatik tak boleh terima perubahan.
    Ketika itu golongan muda mahu perubahan

    Nanti bila najib jatuh macam pak lah sebab sikap Rakyat malaysia tak mahu terima perubah, sampai bila kita agong zaman 22tahun memerintah Tampa melihat masa depan pemimpim baru nak cipta nama, biarlah 22tahun sejarah di kenang . Kita asyik nak lihat kejayaan yg lepas tapi kita tak mahu cipta kejayaan baru. Kita menbiarkan kita leka dengan kejayaan 22tahun itu, Negara kita tak akan kemana2 jika agongkan kejayaan lepas.

    Dulu aku sokong Dr mahathir sebab suka cipta kejayaan baru Sekarang aku lihat dia seoleh2 suka Dan leka kejayaan lepas dia sendiri, ini tak baik untuk negara
    Jika najib satu hari nanti najib jadi veteran macam tun mahathir itu leka kejayaan lepas dia aku tak akan sokong najib itu untuk merosakan kepimpinan baru dan aku menyokong kepimpinan baru.

    Kalau asyik ingat kejayaan 22tahun tak kemana negara kita. silap2 boleh jatuh sebabkan agongkan kebangaan lepas.

    Ingat penah berlaku sejarah Islam ketika era saidina usman ketika orang Islam bertanya pada saidina ali zaman abu bakar alsiddiq zaman aman damai bila ke zaman kalifar usman hura-hara jawapan saidina Ali bagi pada orang Islam itu sikap kamu meroskan dan tak ada sikap pengikut abu bakar di zaman usman memerintah.
    Setelah saya baca sejarah pemerintahan usman, ketika usman memerintah umat islam tak mahu menerima perubahan di buat usman
    Dan suka menbeza-bezakan pemerintahan abu bakar al saiddiq dengan usman.
    Masalah sama sedang berlaku di Malaysia ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benarkah tak Usman pernah ambil harta baitul mal dgn kurang muhasabah utk memesrakan ahli kaumnya sendiri hingga dimurkai sahabat2 Rasulullah s.a.w. yang lain?

      Delete
    2. Awak ni meroyan ke?...
      Nak terima perubahan ape ke bende di zaman Najib ni? Ape kemajuan yg Najib buat utk kita rakyat Malaysia? Yg dia buat ialah bagi kemaluan yg besar kepada kita apabila satu dunia mentertawakan Malaysia yg...lu pikirlah sendiri..

      Delete
    3. La ni zaman internet bukan lagi zaman perang guna pedang dan berkuda. Bukan kah 200 tahun selepas Wafat Nabi Muhammad SAW wafat, muncul fahaman Syiah dan Sunni, kemudian berpecah pula brbagai makzab antara mereka, kerana telalu banyak 'orang-Agama' dan mereka tidak dapat berhubung antara satu dengan lain dengan lebih efektif.

      Delete
    4. Hang jadi terencat akal sebab banyak makan dedak ke.....sudah bersunat ke belum?Berapa umur kau masa era Mahathir?Apa kejayaan Najib?Kau menganut agama sesat,fikiran pun jadi tak betul.

      Delete
    5. 22 tahun beb dah terlalu kenyang. cukup2lah.

      Delete
  26. anon 1.09

    ini bukan soal legasi sapa2.

    ini soal pemimpin yang menyeleweng. penyelewengan yang boleh menghancurkan negara.

    hakikatnya kalau pemimpin yang terdahulu gilakan legasinya sudah tentu namanya mahu diletakkan di mana2 sahaja seperti Lebuh Raya Mahathir, Jambatan Mahathir, Menara Mahathir dan segala macam lagi.

    Faktanya ialah hanya ada dua tempat di Malaysia yang ada nama Mahathir iaitu Rumah Kelahiran Mahathir dan Kursi Mahathir di UUM (itu pun tak pasti ada lagi ke tidak).

    Adalah menjadi rahsia terbuka bahawa dia menegah sesiapa yang mahu menggunakan namanya untuk bangunan atau jalan atau apa sahaja.

    Jadi tidak timbul persoalan mengenai legasi kejayaan dia.

    ReplyDelete
  27. Zam kalau dapat offer jadi menteri balik, dia pun nak jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori lah ya...Zam bukan jenis pemakan dedak.

      biarlah tak berduit tetapi bebas daripada berselaput dengan dedak tetapi nak cakap 'no' pun tak berdaya macam awak !

      Delete
    2. Bekas pemakan dedak tetap ketagih walaupun bekalan dedak dah terpotong.

      Delete
  28. Don't worry. Mukhriz will triumph eventually. He chose to resign and this won him the support of Malaysians. One step down will not deter him from politics. Muhkriz will make a come back and he will one day become the prime minister of Malaysia. He's still young and has all the potentials. Being sacked does not mean that his career is finished. He now gets more support from Malaysians, irrespective of their race or religion. Umno with its present leadership has failed the people and will have to pay for this fiasco. At the moment Najib's popularity is terribly low. The whole country are not happy with his leadership and it's just a matter of time he will have to leave the scene. His sycophants too will not be spared. There was a time when the people were divided by parties, race and religion. With the country's scenario today and the premature move on Mukhriz the people have forgotten all these differences. They are now in one voice - they are not happy with Najib. The Mukhriz episode is a starter now - a triggering point. Mukhriz will for sure get the backing of Malaysians. We shall then see a united Malaysia under Mukhriz's leadership. Mukhriz must play smart. Stop all the race and religious rhetoric. Go smart by roping in ALL Malaysians to reject leaders that are disliked by the people now. He will win the hearts of Malaysians.

    ReplyDelete
  29. Raja-Raja Melayu pendirian mereka konsisten.Sebab sikap konsisten itulah Dato' Onn Ja'afar menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) pada tahun 1946 untuk melawan Malayan Union.Sir Harold MacMichael adalah utusan Inggeris yang berjaya mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu.PEKEMBAR menentang persetujuan Raja-Raja Melayu itu,yang mana kemudiannya Raja-Raja Melayu yang berasa sedar dan kesal mendakwa mereka diperdaya oleh MacMichael.Masalah negara kini,...apakah Raja-Raja Melayu akan sedar serta kesal,dan kemudiannya mendakwa mereka diperdaya oleh si Pahlawan Bugis pula?

    ReplyDelete
  30. Pls refer blog -
    http://limsiansee.blogspot.my/2016/02/does-tun-m-still-have-moral-authority.html?m=1

    ReplyDelete
  31. He he..ayo yo kadawale...ini soal penyelewangan la...bukan soal sapa banyak buat jasa....worang yg baik tara mau dikenang jasa dia itu...worang tara baik selalu ungkit jasa

    ReplyDelete
  32. Tan sri..tan sri bekas wartawan.sunyi je.kan xde idea nk tulis?masih duduk bawah tempurung atau tak ambil tahu perkembangan negara??

    ReplyDelete
  33. SEBENARNYA PEMIKIRAN FEUDAL ORANG MELAYU YANG MENYEBABKAN MEREKA TIDAK BOLEH MEMBUAT SUATU PENDIRIAN TEGAS WALAUPUN JELAS MELIHAT PEMIMPIN YANG LEMAH. ORANG MELAYU AKAN TERUS MUNDUR DENGAN SIKAP FEUDAL BEGINI.

    LIHAT APA YANG BERLAKU PADA HARTANAH NEGARA SEKARANG. KERANA 1MDB BANYAK BENDA YANG TERPAKSA DIJUAL KEPADA NEGARA ASING. LIHAT SIAPA YANG MEMILIKI HARTANAH STRATEGIK NEGARA SEKARANG? KERANA KELEMAHAN PEMIMPIN MELAYU MAKA BANYAK HARTA TANAHAIR TERGADAI.

    SIAPA DIA PENIPU DAN KUNCU-KUNCUNYA? MEREKA PANDAI PUTAR BELIT KERANA MELIHAT PEMIMPIN MELAYU LEMAH DAN KURANG BIJAK. MEREKA TELAH KEBAS BERBILIYON WANG 1MDB. SIAPA YANG MENGURUS 1MDB? MELAYU. BEGINILAH NASIB NEGARA YANG MALANG....

    YANG HAIRAN KENAPA PEMIMPIN YANG LEMAH INI MASIH MAHU MENEGAKKAN BENANG BASAH? KENAPA PULA ADA ORANG MELAYU MASIH MEMBERI SOKONGAN KEPADA PEMIMPIN YANG LEMAH INI?

    SEDARLAH WAHAI ANAK BANGSAKU. KITA SEBUAH NEGARA YANG KECIL. KAMU KITA TIDAK RAMAI DAN RATA-RATA MASIH MISKIN. KAUM MELAYU/BUMI AKAN MERANA JIKA PEMIMPIN YANG ADA TIDAK UNDUR.

    BUANGLAH MENTALITI FEUDAL YANG MASIH TESEMAT DALAM FIKIRAN KITA. MEMTALITI INILAH PUNCA KITA MUDAH DITIPU DAN DIPERGUNAKAN. BANGKITLAH DAN CARILAH PEMIMPIN YANG BARU YANG BOLEH KEMBALIKAN MARUAH BANGSA DAN NEGARA.

    TENTU SEKALI ADA PEMIMPIN MELAYU YANG JAUH LEBIH BERWIBAWA YANG BOLEH MENGGANTIKAN "DAHAN" YANG SUDAH REPUT..... SEDARLAH DAN BANGKITLAH.....

    ReplyDelete
  34. Kalau taada 1MDB pun tanah Melayu pun tergadai juga. Bukan mentaliti feudal tapi mentaliti semua nak percuma. Mana boleh nak berdikari dan maju seperti bangsa lain.

    ReplyDelete