Tuesday, 23 February 2016

KISAH SEBENAR DI SEBALIK 40 TAHUN AHLI UMNO

Kakitangan sebuah korporat negara  yang berada di Restoran Kudu, Jalan Tuanku Abdul Rahman mengambil kesempatan  untuk bergambar dengan kami
Saya bukan lagi seorang menteri tetapi seorang rakyat biasa yang  mengisi masa lapang sebagai penulis blog zamkata.

Saya  rasa  blog  ini  lebih  mempopularkan  saya  dari  zaman  saya  sebagai  menteri. Setakat  ini  telah  di kunjungi  oleh  lebih  3 juta, tetapi  ini  bukanlah  suatu  angka  besar  yang  boleh  dibanggakan  jika  dibandingkan  dengan  portal  berita  atau  blog  yang  lain.

Pembaca  saya  meningkat  bila  sesuatu  tulisan  saya  dipetik  oleh  lain-lain  portal  berita  atau  media  sosial  yang  popular  terutama  Malaysiakini. Pengunjung  Malaysiakini  semakin  bertambah  setelah  ramai  mengetahui  bahawa  Malaysian Insider  walaupun  bijak  bersandiwara  tetapi  telah  dibeli . Wartawan  berpengalaman  mengenali  talam  dua  muka  dan  dapat  menciumi  pencemarannya.

Kunjungan  ke blog  saya  mungkin  bertambah  kerana  suara  saya  telah  diharamkan  di Utusan Malaysia (Mereka diberitahu apa perlunya disiarkan tulisan dan komen Zam.Siapa dia?).

Cerita  yang  lebih  menarik  baru-baru  ini  seorang  pegawai  RTM  meminta  saya  membantu  dalam  penulisan  skrip  program  mengingati  bapa  Datuk  Seri  Najib, Allahyarham  Tun  Abdul  Razak  dan  saya  juga  ditemuramah  lebih  dari  sejam  selain  dari  beberapa  orang  lagi  tetapi  komen  saya  disiar  hanya  sesaat  sahaja  berbanding  dengan  pemimpin  upahan.

Dalam  pada  itu  seorang  wartawan  Utusan Malaysia  menelefon  saya  meminta  komen  mengenai  Akta Rahsia  Rasmi  pindaan  untuk  mengenakan  hukuman  berat  pada  wartawan  berikutan  dengan  komen  mengenainya  tersiar  di Harian Sinar, Akhbar Perdana  yang  cuba  menunjuk  bebas  walaupun  tangan  terikat.

Wartawan  Utusan  ini  berkata  dia  tidak  mahu  memetik  dari  Harian Sinar. Saya  beritahunya  tak  usahlah  buang  masa  kerana  Utusan  tidak  akan  menyiarkan  tetapi  kerana  rayuan  berulang  kali  saya pun  bercakap,  tetapi  seperti  diduga  tidak  sepatahpun  disiarkan. Pengarang  Utusan Malaysia  mesti  keluarkan  larangan  rasmi  jangan  lagi  minta  sebarang  komen  dari  Zam. Membuang  masa  saya  dan  membuang  masa  mereka.

Sebenarnya  setelah  Najib  anak  Tun Razak  dibersihkan  dari  sebarang  dosa  oleh  AG, saya  pun  dah  jemu  untuk  menulis  kerana  saya  rasa  semua  orang  sudah  percaya pada  apa  juga  kata  AG.

Tetapi  masalah  yang  saya  hadapi  ialah  bila  saya  tidak  update  blog  saya  maka  orang  mendatangi saya  di gerai-gerai  teh  tarik  atau  restoran-restoran   mamak  dan   bertanyakan  kenapa? dan kebanyakannya  akan  meminta  saya " teruskan perjuangan"

Perjuangan  apa? tanya  saya  dan  saya menyatakan  apapun  komen  saya  tidak  akan  memberi  apa-apa kesan  dan  saya  bertanya  siapa  saya?  dan  mereka  menjawab  Tan Sri  bekas  Menteri  Penerangan. Saya  ketawa  besar  dan  berkata  "suara  bekas  Timbalan  Perdana  Menteri  pun  tak  di dengar,  suara Mantan  Perdana  Menteri,  Mahathir  pun  tidak  dihiraukan. Rafidah  Aziz  pun  dianggap  oleh  Menteri Besar Kedah  yang  baru  sebagai  tidak  berpengalaman,  inikan  pula  suara  saya"

Orang-orang  yang  menemui  saya  tanpa  segan  silu  atau  takut  memperkenalkan  diri. Mereka  bukan sembarangan  orang  malah  dari  berbagai  peringkat  masyarakat  termasuk  para  profesional, peguam, doktor, ahli perniagaan  besar  dan  pegawai-pegawai   kerajaan.

Kebimbangan  dan  ketidakyakinan  mereka  adalah  sama. Semuanya  setuju  tidak  pernah  merasakan kehilangan  kepimpinan  negara  seperti  sekarang  ini  sejak  merdeka. Inilah  suara  silent majority  yang  berani, jujur  dan  rasional.

Dalam  forum  Pelancaran  buku  Tan  Sri  Nor  Mohamed  Yakcop  yang terkini "Pushing The Boundries" (Stories from Putrajaya Years) baru-baru  ini  yang  membincangkan  peranan  profesional  dalam  pengurusan  ekonomi  negara,  ternyata  mereka  juga  lebih  mengenangkan  Era  Mahathir  sebagai  era  teragung  yang  penuh  dengan  keterujaan  dalam  sejarah  negara. Mereka  hampir  tidak  menyebutkan  langsung  era  sekarang  seolah-olah  sesuatu  yang  sensitif.

Tiap  mereka  merasa  bangga  dapat  bekerja  dalam  era  yang  penuh  dengan  keberanian  tindakan,  kepintasan  melakar  maruah  yang  menjadi  institusi  gemilang  dalam  sejarah  pembangunan  ekonomi negara  untuk  dikenang  dan  diabadikan.

Tanpa  sedar  nama  Mahathir  timbul  sebagai  jaguh  yang  memegahkan  kebesaran  negara  yang  kebijaksanaannya  memberikan  rasa  kepercayaan  dan  kebanggaan  kepada  setiap  profesional  yang pernah  berkhidmat  di bawahnya.

Perserta-perserta  forum  yang  terdiri  dari  tokoh-tokoh  besar  yang  berada  di belakang  tabir  pengurusan  ekonomi  negara  ketika itu  bercerita  pengalaman  masing-masing  dengan  bangga  tanpa  bermaksud  untuk  memperkecilkan  pemimpin  yang  ada  sekarang,  tetapi  itulah  yang  dirasakan  oleh para  hadirin.

40 tahun  Najib  sebagai  ahli  UMNO  tidak  dapat  menghakiskan  20  tahun  kegemilangan  Mahathir walaupun  tidak  dipentaskan.

Tan Sri  Johan Jaafar  dan  saya  yang  terdidik  mendengar  dan  mengenali  hati  nadi  rakyat  terutama  ketika  berada  dalam "Suara Keramat"  dapat  merasakan  debaran  hati  rakyat  yang  semakin  bimbang  terhadap  masa  depan  bangsa  dan  negara  sekalipun  pementasan  warna-warna   indah  cuba  dipancarkan  di kaki  langit  dari  masa  ke  semasa.

Lebih  terasa, baru-baru  ini  apabila  kumpulan  dari  "Suara Keramat"  (bekas-bekas  pekerja  Utusan Melayu)  menjamu  selera  di Restoran  Nasi  Kandar  Kudu  di Jalan  Tunku  Abdul  Rahman.

Kami  disertai  juga  oleh  orang  kuat  Najib,  Datuk  Dahan  yang  dapat  menyaksikan  betapa  orang ramai berbangga untuk bergambar dengan kami walaupun mengenal siapa kami . Mereka tidak anggap berbahaya.

Bila diizinkan mereka terlalu gembira. Beberapa  orang  memberitahu  saya  bahawa  mereka sering mengikuti  blog  saya.

Ini  bukan  sahaja  kerana  kebanggaan  mereka mengetahui kami sebagai penyokong UMNO tetapi mungkin kerana mereka dapat menyelami bahawa kami lebih menjiwai dan memahami maruah dan roh UMNO tulen berbanding dengan mereka yang berada  lebih 40 tahun dalam UMNO tetapi tidak mengenali antara kehancuran dan  pembangunan integriti negara, antara pementasan dan kepalsuan  kisah dan wajah sebenar negara sekarang.


23 comments:

  1. Zam, saya dilahirkan pada tahun 1984, baru berusia 32 tahun. Dalam era terkini, saya hanya membaca berita online seperti Malaysiakini, Sinar Harian, Malaysia Insider dan Harakah. Untuk blogger, saya minat pada blog CheDet, Zamkata, Shahbudin Blog, Kadir Jasin dll. Saudara tidak merasakan suara saudara didengar oleh pemimpin tp saya anggap tulisan anda masih diperlukan untuk rakyat. Bukankah pena lebih bahaya dari senjata? Teruskan Zam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu je zam suka blog zamkata ini tak pujian melambung tinggi macam blog che det itu, pujian melalut-lalut menyebab tulis blog che det rosak, berani terima kritikan menBina, zam tak betul aku kritik zam itu, di banding blog che det pujian melambung tinggi menyebab dia rosakan tulisan dia. Jenis aku tak suka memuji orang melambung tinggi untuk merosakan orang lain, baca jenis orang mengikuti tulisan che det ADA puji melambung tinggi Dan ADA tak masuk akal dalam beri pemdapat pada tun m ITU

      Delete
    2. Senang je, tak suka toksah masuk.
      I am just a silent reader, Tan Sri.
      Saya masuk semua blog, termasuk yang
      menyanjong pembangkang.
      Tapi kalau sanjungan keterlaluan atau mengeji
      Tun Det atau Tan Sri Mahyidin keterlaluan, saya
      tak masuk lagilah ke blog itu.

      Delete
  2. Jangan risau....umno akan popular semula apabila mat rempit dibenarkan berlumba halal di jalan2 sekitar KL.

    ReplyDelete
  3. Salam TS ,
    walaupun saya tidak berpelajaran tinggi, tapi saya bangga menjadi salah seorang rakyaat yg dpt merasai pengalaman yg TS gambarkan dizaman pemerintahan TDM.

    ReplyDelete
  4. assalamuaialkum dato.

    kebimbangan itu benar dato.
    ancaman itu juga benar, kalau tidak masakan hati sentiasa gundah gulana dan tidak tenang.
    Pada saya satu sahaja..PM Najib mesti berjiwa lagi besar dan bertanggungjawab.

    sekian.

    ReplyDelete
  5. That was a damn good 'throw out' no holds barred yet very subtle but still to the point!

    Thank you

    MLN - Bekas Ahli UMNO luar negara

    ReplyDelete
  6. Teruskan perjuangan Tuan. Perjuangan menyampaikan maklumat dan ilmu tidak terlingkup pada golongan guru atau para akademik. Ilmu dan maklumat yang benar dan berguna bermanafaat dibelakang hari. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  7. Kita kna tgk situasi n fenomena jib. Kalau seseorg PM buat betoi2 mengikut apa itu sains politik, jg kebajikan rakyat n betoi2 buat yg baik pd rakyat, bila ada isu ia tak memberi kesan kalau dikritik oleh pihak lawan atau org dlm sendiri sbb rakyat boleh menilai contohnya seperti Tun. Tp kalau buat byk yg tak baik bg rakyat contohnya mengamalkan kemewahan, anak n isteri bermewah ia memberi kesan dihati rakyat. Jd bila timbul lg isu yg xbaik, seseorg itu akan rs cemas dan mula utk sekat, singkir org yg kritik utk melindungi diri sbb dia tahu rakyat xsokong dia. Salah diri sendiri tp nk jugak berkuasa. Ni lah org yg xtau malu.

    ReplyDelete
  8. Kalau engan terima Cara pentakbiran baru macam mana negara maju, Negara kita akan berada tokok lama lah, kita perlu permikinran baru, kalau dulu kenapa kenapa boleh terima Cara pentakbiran Dr mahathir sebabnya ahli umno mahukan perubahan, ADA juga golongan penetang Dr mahathir ITU tak suka Cara pentakbiran baru Ketika era 80an itu,
    1)Kita tak boleh ikut Cara 80an ITU wujutkan Era golongan fanatik tun.
    2)suka beza Era tun razak dengan Dr mahathir.

    Saya akui Dr mahathir maju malayisa 22tahun tapi bukan tun mahathir majukan kan malaysia ,
    ADA soalah'' ADA kerana pangkat tun ITU seorang ajar penangikut lawan pemipin.
    Mana kata2 permemtaati pemimpin yg di pilih ITU di dalam umno di laungkan Dr mahathir, penah Tak tun mahathir ikut cakap dr mahathir ITU taat pada pemimpin ITU. Mana janji tun mahathir sebagi ahli umno pada Dr mahathir taat pada pemimpin ITU .

    Mungkin zam pening kata2 saya ini ia ADA masuk tersirat

    Dr mahathir Dan tun mahathir ADA dua watak berbeza, seorang baik Dan seorang jahat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya kurang arif... apa isunya?
      Pembaharuan apa yang pemimpin sekarang bawa?
      Pembaharuan yang membawa kepada kebaikan?
      Imampun bila salah perlu di tegur!

      Delete
    2. Hang lulus takat SRP ka?

      Delete
    3. Seorang baik dan seorang jahat.
      Dr.Jekyll And Mr.Hyde lah tu.
      Orang sama, watak berlainan.
      Apakah Zam mempunyai watak sama
      seperti Dr.Jekyll And Mr.Hyde?
      Kalau ditanya pada saya, ada.

      Delete
    4. Sudah tentu Pak Zam pening dengan tulisan anon 16.55 tu .. ejaan dan ayatnya lintang pukang .. macam Bangla yang baru masuk Malaysia. Baik dan jahat sesuatu perwatakan itu bergantung dengan siapa kita depani.

      Delete
  9. Para badut kini muncul seorang demi seorang memperagakan sokongan kepada ketua dengan kebodohan yang sangat ketara. Tetapi jangan bimbang rakyat tahu apa di dalam hati mereka kerana sebelum ini mereka adalah lalang. Rakyat juga bagai nak muntah dengan kenyataan-kenyataan yang penuh dengan kepalsuan.

    Biarlah para badut itu bergembira dengan sandiwara mereka. Sebenarnya mereka tidak tahu yang rakyat kini mempunyai akses maklumat dari pelbagai sumber. Ini zaman liberalisasi maklumat yang membuktikan tidak ada seorang pun yang boleh menafikan orang lain mendapat maklumat untuk dijadikan perbandingan.

    Mereka cuba menyekat maklumat dengan cadangan meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA). Mereka juga mahu meminda Akta Komunikasi dan Multimedia untuk mengenakan hukuman berat kepada penyebar maklumat yang mereka tidak mahu rakyat tahu. Mereka juga mahu melesenkan blog dengan tujuan untuk memantau.

    Biarkan. Biarkan. Sejarah telah membuktikan dua pengarang besar Nusantara, Pramoedya dan Said Zahari yang dipasung tanpa bicara berbelas tahun tetapi gagal memenjarakan semangat dan pemikiran pengarang. Suara Pramoedya dan Said Zahari tidak pernah hilang. Sebaliknya suara-suara dan kelakuan angkuh badut-badut akan hilang dan tidak meninggalkan kesan.

    Biarlah mereka saling memuji sesama sendiri. Berikan masa secukupnya untuk mereka menikmati kuasa yang dipinjamkan. Apabila pementasan berakhir mereka akan turun dari pentas sebagai orang biasa, tanpa watak dan tanpa kuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul saudara Ku Seman
      Masaalah nya sekarang ni mereka mereka yang telah turun atau diturunkan dari pentas kuasa,yang telah hilang kuasa dan tidak punya watak lagi dalam pementasan ini berkelakuan seperti orang gila talak...duri dalam daging...api dalam sekam...dulu cakap lain sekarang cakap lain...dulu lawan sekarang kawan...oops terlupa pulak pentas politik macam ni lah kan.Tajuk dan jalan cerita belum tentu bolih diterima dik akal!

      Delete
  10. Terima kasih Tan Sri.
    Berani kerana Benar.

    ReplyDelete
  11. Zam bergambar bersama kakitangan Petronas,....junior saya yang hebat Muriz Che Rose, anak Pulau Mutiara pun ada sama.....pekena nasi kandaq....duduk tersandaq,lepas tu hampa tangkap gambaq.

    ReplyDelete
  12. TMI dah kena blok. Dia orang ingat rakyat malaysia boleh dikerbaukan. Orang kota belud boleh laaa

    ReplyDelete
  13. Saya cadangkan agar kumpulan utusan meningkatkan angka jualan harian (circulation) dengan menjual surat khabarnya secara longgok kepada penanam sayur di cameron highlands.

    ReplyDelete
  14. Sokong Ahmad Bashah jadi TPM. Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal ketiak.

    ReplyDelete
  15. Mereka2 yg berjiwa kotor shj akan menyokong najib.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikom Tan Sri,
    Walaupun kegemilangan UMNO tercalar dek kerana kepincangan namun bagi saya UMNO masih di sayangi oleh bangsa melayu tulen.Melayu di dalam UMNO sekarang tidak ada perasaan kecintaan terhadap anak bangsa yang baru nak celik mata atau anak anak yang bakal mewarisi pusaka tanah air.
    Teruskan perjuangan TS,teruskan menulis kisah sebenar apa itu erti perjuangan UMNO.Biar bangsa melayu faham makna UMNO itu, bukannya singkatan namanya sahaja.
    Perjuangan tidak mengenal erti penat,kecewa ataupun sedih tapi perjuangan menjurus ke arah kemenangan.Kemenangan terhadap "kebebasan" UMNO bergerak mengikut landasan asalnya.

    UMNO sendiri di gengam,di konkong,di ikat,di calarkan dan seterusnya menerima akibatnya.

    Siapa yang tidak sayangkan bangsa,dia kejam tapi siapa yang tidak sayangkan UMNO dia lupa bahawa itulah nadi perjuangan bangsa melayu untuk kejayaan Malaysia.

    Sejarah membuktikan kita bersepakat menuntut kemerdekaan.Tiada salahnya Tun meninggalkan UMNO yang semakin nazak.Tiada salahnya Anwar memperjuangkan pakatan rakyat .Begitu juga Semangat 46 pernah menjelma.Yang salahnya apabila bangsa melayu menjadi keliru,leka dengan hamparan harta dunia,bermewah ,beraja di hati,kejam dan berhenti berjuang menegakkan kebenaran.Kerana itu lah MARUAH dan MARTABAT sesuatu kaum.

    Jika UMNO berlayar tanpa kemudi yang cekap,karam lah ia..tapi jika ianya kembali semula ke pelabuhan,ia masih boleh di baiki atau di perbaharui.

    Hingga saat ini,seperti tiada kesudahan terhadap kepimpinan yang telus.Negara seperti kehilangan pejuang melayu sejati seperti MaT Kilau,Dato Bahaman,TokJanggut dan lain lain yang berani bertindak untuk mempertahankan martabat raja ,hak dan bumi melayu.

    Saya berbangga dengan TS kerana masih meneruskan perjuangan walaupun di hujung jari...wslm.

    ReplyDelete