Sunday, 28 February 2016

ANTARA GURKHA DAN TENTERA TERHORMAT


KOMEN:
NAJIB PUN PERNAH JADI GURKHA MAHATHIR

AsSalam TS Zam ..
Apa yg TS katakan itu adalah satu hakikat . Apa2 pertubuhan mesti ada Front Liner ( istilah TS ialah Gurkha ) . Mereka ini tunggak pertahanan sesuatu organisasi .
Dalam isu ini ahli majlis tertinggi telah melakukan tanggung jawab saperti dikehendaki .
Perlu dinyatakan bahawa DS Nagib pernah jadi gurkha pada Tun M semasa krisis Umno dulu .
Masa sekarang gurkha pada Tun M adalah DS Muhyiddin , Khairuddin , Mathias , AKJ , OSTB ...
Nampaknya sekarang gurkha DS Nagib berjaya mempertahankan kebenaran .
Gurkha Tun M asyik tertembak kaki jo ... mana tak eh .. Tun M terlalu kuat dendam terhadap DS Nagib hinggakan Tun M sanggup sacrifice anak sendiri . Akhirnya kono check mate .
ANTARA GURKHA .....
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengakui  tindakan menggantung Tan Sri  Muhyiddin dari jawatan Timbalan Presiden UMNO akan menimbulkan masalah politik di Johor.

Katanya" Saya mengakui di Johor akan berdepan dengan cabaran sangat besar dan saya percaya kita perlu meletakan keutamaan dan UMNO perlu bekerja keras"

Ini adalah suatu pandangan yang berani,tidak melulu, terus terang,ikhlas, ,bermuhasabah,berhemah dan tidak hanya memikirkan kepentingan diri sebaliknya  mewakili pandangan seluruh  orang Melayu  yang realis,cintakan UMNO.

Masalah besar bukan sahaja akan dihadapi di Johor tetapi di seluruh negara kecuali Sarawak.Bagaimanapun di Sarawak juga orang Sarawak tidak mahu melihat bayang-bayang pemimpin UMNO dalam masa kempen pilihanraya kelak.

Dan ini adalah pandangan gurkha-gurkha dibandingkan dengan pandangan realis MB Johor.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil:Wanita UMNO terkilan dengan kegagalan Tan Sri Muhyiddin menghadiri mesyuarat ahli MKT  untuk menggantung jawatannya.

Datuk Seri Ahmad Bashah MB  Kedah: Muhyiddin tidak menjalankan tugas Timbalan Presiden yang membantu Presiden untuk memperkasakan  parti.

Datuk Seri Mahadzir Khalid:Kalau Timbalan Presiden tidak bersama dengan Presiden parti ,kenyataan bercanggah, jadi macam mana nak bekerja.

Datuk Salleh Said Keruak :Keputusan MKT menggantung jawatan Muhyiddin Yassin dibuat bukan bertujuan untuk memecahbelahkan parti tetapi bagi menentukan anggota UMNO terikat dengan disiplin parti.

Sebenarnya ketidak hadiran Muhyiddin di MKT itu adalah untuk memberi peluang kepada mereka ini bagi bebas lepas  membuktikan diri mereka benar-benar sebagai gurkha kepada Presiden UMNO. Dengan kehadiran Muhyiddin tentu mereka rasa segan dan malu.Mereka inilah juga yang percaya penuh Najib tidak campur tangan langsung dalam penyingkiran Muhyiddin.

Bagaimanapun pemerhati-pemerhati politik agak hairan dan tertanya-tanya adakah penggantungan Muhyiddin itu turut  disokong oleh seluruh pemuda UMNO dan Puteri UMNO, dua sayap kanan yang penting dalam UMNO.

Pertanyaan ini timbul oleh kerana tidak terdengar suara Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan juga suara Ketua Puteri UMNO seperti suara Shahrizat atau suara gurkha-gurkha  yang lain.

Barangkali mereka mempunyuai rasa kehormatan diri dan rasa terhina untuk meletakkan diri  mereka sebagai Gukrha  yang  generalnya adalah  Nazri Aziz yang kesetiaannya tidak pernah berbelah bagi kepada semua perdana menteri yang beliau pernah berkhidmat di bawah mereka.

Nazri mempunyai kekuatan dan kebijaksanaan  untuk berkhidmat terus  sebagai General Gurkha sehingga hari kiamat dan sewajarnya menjadi contoh kepada semua yang mahu menyelamatkan diri dan parti.

39 comments:

  1. TS Zam, umur saya kini lewat 40an. Ayah saya 73. Masa ayah di zaman remaja, katanya malaya dengan singapore sama jerr standardnya. Cuma singapore lebih urban, macam penang. Sekarang singapore dengan kita jauh beza. Padahal singapore has nothing. So, apa yang dia orang buat betul sampai jadi 1st world country? They created BRAINS, through education. Now they have nothing but brains. They have 1st class politicians and civil servant who help to create a first world society.

    We have lots of things, but few brains. Budak oxford pon sama tarafnya dengan budak LCE. Lawyer belajar tinggi tinggi pon tak tau nak bela lembu, tapi sanggup dilembukan. Itulah bezanya singapore dengan kita. Anak cucu saya akan menghadapi masalah yang lebih teruk dari generasi saya, yakni orang yang sanggup dilembukan dan dikerbaukan menawar diri untuk memimpin, penjawat awam yang sanggup menggadai maruah bangsa demi wang rasuah, negara terus ditahap dunia ke tiga. Kita akan mencapai tahap keupayaan indonesia dan bangladesh tak lama lagi. Tahniah umno!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdra,
      Amat mudah until sdra memperlekeh Msia bila di banding dgn S'pura.
      Tetapi sudahkah anda kaji lipatan sejarah terbentuknya S'pura?

      LKYew mula perintah S'pura dengan penduduknya hampir 80% bangsa Cina , tetapi M'sia pula 55% penduduknya pribumi.

      Amat mudah bagi LKYew laksanakan meritrokasi secara total tetapi M'sia pula dibelenggu elemen bangsa, bahasa, agama dan ekonomi jika diambil pendekatan serupa.

      Tanya sajalah LGEng, mampukah beliau laksana di P Pinang apa yang PAP lakukan di S'pura?

      Cuba haramkan corong pembesar suara di masjid dan surau, tengok apa yang akan terjadi.

      Sdra hanya perlu tinggal di S'pura sebulan dua untuk merasa betapa peritnya jiwa rakyat S'pura yang tinggal di hutan batu.

      A frist world society they are, but is it worth the while when the daily grinding and chores of seeking materialistic wealth will always be the norm.

      Yes, a lot of M'sians work there but will they want to stay there? Many M'sian (Chinese) with PR status being offered S'pore citizenship but the majority refused.

      Sdra amat menghina Indonesia kerana tahap keupayaan negara itu. Memang tahap materialisms tidak setanding S'pura terapi semangat patriotisma jauh lebih tinggi dari rakyat S'pura.

      S'pura have created brains, but have we not? Atau sdra sengaja tutup mata tentang kehadhiran pakar bedah, pakar sakit jantung, karyawan pelbagai bidang yang berkulit sawo matang di bumi M'sia ini!

      Sdra mungkin di senakkan dengan keadaan politik carca marba Msia kini.

      Politician comes and goes, but the dignity of the bangsa should not be ridiculed with overhyped generalisation by people like you.

      Delete
    2. Kot ya pun kita tak boleh laksana meritokrasi secara lebih menyeluruh takkan lah sampai jauh sangat kena tinggal. Lagi mau cerita pasal dignity

      Delete
    3. Saudara johormali, saya anon 12.07. Saya tak sentuh pun pasal meritrocacy, agama dan bangsa. So i wont address those issues.

      Saya sentuh pasal pendidikan, dan kaitannya dengan tahap pemikiran ahli politik, dan soal delivery penjawat awam (ada baca laporan ketua audit negara?) Bila pemimpin cakap merapu, what dignity bangsa lagi mau cerita ( anon 19.06 is right).

      Singapore ada 5 juta orang, 1 government. Kita ada 30 juta orang, 15 governments (1 pusat, 13 negeri, 1 DBKL). Dari segi rationya, kita patut mendapat perkhidmatan kerajaan yang lebih bagus. Open your eyes and mind, look around, talk to common people, especially graduates who cannot even speak simple english. Dont you feel their frustration? The sad thing is, the majority of them are anak anak desa yang berhutang puluhan ribu dengan PTPTN. Apa nak jadi 20, 30 tahun akan datang?

      Delete
    4. Singapore angap negara Kristen walau pun mejoriti nya beragama buddah sampai konset madona mesti minta pemdapat gereja apa kah APA gereja lebih berkuasa Dari agama buddah dan kerajaan singapore ITU .Anda fikirkan ia, tapi dap pulak àngap malaysia negara liberal LGBT anda berfikir lah, sedangkan mejoriti cina di Malaysia beragama buddah mereka tak mahu Kristen dimalaysia ini mereka hanya perbodohkan orang dengan tipu daya mereka ITU. Dap hanya pandai jual tanah di pada Singapore ITU Dan dap hanya tahu berkawan dengan puak setan berselindung pasal hak asasi manusia yg Cuba perkenalkan LGBT di Malaysia ini anda lihat tindak tanduk dap ITU sendiri, dap akan adakan Octoberfest minum Arak Dan pasta mandi buih, aku rasa heren pun jika satu nanti dap akan adakan pesta gay pulak, cuba anda perhati peguam dap ITU Cuba Bela golongan pondan di mahkamah dengan menbantu NGO ITU. Tak APA maju di Penang nak kata lrt bina dengan penang pun tak nampak, Tran di bukit bendera pun hasil bantuan kerajaan pusat. Mana terowang bawah laut pun tak jalan lagi projek, dap gagal melaksanakan tugas dia, dap hanya tahu mejual tanah pada Singapore ITU, dap hanya mahu bina kondo mewah untuk Rakyat Singapore Dan hongkong. Dap hanya tahu bermewah2 hasil derma NGO setan berselindung agenda hak asasi manusia

      Delete
    5. Kalau nak tahu, ini yang Singapura buat betul dan mungkin bagus untuk kita tiru, terutamanya pemuja Singapura yang percaya mereka ini 1st world society. hah!

      https://takemon.wordpress.com/2016/02/28/singapore-black-money-capital-of-the-world/

      Delete
    6. Anon 02.03, DAP jual tanah kat singapore satu kilo berapa ringgit?

      Delete
    7. Topik perbandingan Tanah Melayu dengan Singapura, pada saya amat menarik untuk dibincangkan. Ia pertembungan panjang antara dua ekologi kaum ia itu melayu dan cina.

      Pertembungan ini lebih panjang dari perang salib .. perang salib berlaku tatkala tamadun islam sedang berada di persada dunia .. perang itu secara fizikal islam yang menang .. dan tamadun islam seolah terhenti disitu.

      Sebaliknya kaum kristian telah bangkit dan terus menyebarkan ugamanya disamping memacu ekonomi dan menyusun mayarakat.

      Islam yang terus menabik dada sebagai ugama semesta alam, gagal menemui alam baru yang terletak walaupun didunia ini, ia itu tanah Amerika utara, tengah dan selatan. Benua baru ni yang berganda lebih besar daripada benua Arab, telah di salibkan sekali gus.

      Bagaimana jika satu hari nanti misi kafir ini menemui planet baru yang ada penghuninya. Pada masa sama ustaz kita masih syok menjual ceramah pada orang yang sejak lahir dah islam. Bila lagi kita nak sebarkan islam keseluruh pelusok dunia ia seakan misi mustahil.Tangkap jin lebih mudah dan lebih komersil agaknya.

      Begitulah keadaan nya secara simbolik jika ada perbincangan prihal Tanah Melayu dengan Singapura. Singapura tiap masa terus kedepan dari segi ekonomi, sosial dan integriti. Kita pula asyik menepis yang itu tak betul, ini tak kena, mereka berwilayah kecil sehinggalah kita menggatakan tuhan bagi can pada orang kafir didunia ini sebab lepas ini mereka akan miskin dan dibakar dineraka nanti .. foolstop.

      Delete
    8. Topik perbandingan Tanah Melayu dengan Singapura, pada saya amat menarik untuk dibincangkan. Ia pertembungan panjang antara dua ekologi kaum ia itu melayu dan cina.

      Pertembungan ini lebih panjang dari perang salib .. perang salib berlaku tatkala tamadun islam sedang berada di persada dunia .. perang itu secara fizikal islam yang menang .. dan tamadun islam seolah terhenti disitu.

      Sebaliknya kaum kristian telah bangkit dan terus menyebarkan ugamanya disamping memacu ekonomi dan menyusun mayarakat.

      Islam yang terus menabik dada sebagai ugama semesta alam, gagal menemui alam baru yang terletak walaupun didunia ini, ia itu tanah Amerika utara, tengah dan selatan. Benua baru ni yang berganda lebih besar daripada benua Arab, telah di salibkan sekali gus.

      Bagaimana jika satu hari nanti misi kafir ini menemui planet baru yang ada penghuninya. Pada masa sama ustaz kita masih syok menjual ceramah pada orang yang sejak lahir dah islam. Bila lagi kita nak sebarkan islam keseluruh pelusok dunia ia seakan misi mustahil.Tangkap jin lebih mudah dan lebih komersil agaknya.

      Begitulah keadaan nya secara simbolik jika ada perbincangan prihal Tanah Melayu dengan Singapura. Singapura tiap masa terus kedepan dari segi ekonomi, sosial dan integriti. Kita pula asyik menepis yang itu tak betul, ini tak kena, mereka berwilayah kecil sehinggalah kita menggatakan tuhan bagi can pada orang kafir didunia ini sebab lepas ini mereka akan miskin dan dibakar dineraka nanti .. foolstop.

      Delete
  2. Saya tercari-cari perkataan/perumpamaan sebagai definasi yang tepat untuk para hulubalang palewan buhjis tersebut -GURKHA-,tksh TSZ

    ReplyDelete
  3. Saya fikir nama-nama yang Tan Sri sebutkan itu terlalu banyak sangat memakan dedak, dah jadi udang. Tidak dapat hendak dibezakan yang mana tahi dan yang mana otak. Kedua-dua di kepala. Lagi pun mereka terhutang nyawa politik dengan Najib, takkan berani nak melawan walaupun disuruh terjun dalam longkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nah, inilah wajah Tentera Melayu terhormat!

      Delete
    2. Saya tepok tangan bersetuju. Azalina Othman pon samalah. Dulu Najib buang dia tahun 2009, 2015 Najib kutip semula. Yang nama Shahrizat jangan cakaplah. Mmg nyawa politik dia si Najib. Saleh Keruak tiba2 muncul, Ahmad Bashah kita semyum ajalah

      Delete
    3. Saya tertarik dengan analogi ungka di dalam kolum saudara di MM hari ini. Sangat sinis.

      Delete
    4. Tahniah Ku Seman pasai tulih kisah ungka.Kabinet sekarang adalah kabinet beruk mak ye'.

      Delete
  4. Inilah tingkah laku jeneral gurkha najib

    Lantikan Nedim Nazri Aziz Hak Saya
    Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata hak mutlak beliau sebagai seorang menteri untuk melantik kakitangannya tidak boleh dipersoalkan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan berhubung anaknya, Nedim, yang disenaraikan sebagai seorang “pegawai khas” di kementeriannya.
    “Ia kementerian saya, saya boleh letak nama sesiapa sahaja,” kata Nazri kepada pemberita. “Dia anak saya dan saya gembira kerana lantik dia sebagai pegawai khas saya,” katanya.
    Sumber : Bernama
    Ps/ Kata Nazri Aziz, anak dia ada banyak kereta mewah. Lagipun Nazri Aziz sendiri mengaku beliau orang kaya. Jadi lebih daripada mampu untuk membayar gaji anaknya sendiri sebagai pegawai khas Kementerian Pelancongan Malaysia.
    Baru-baru ini, Nedim Nazri Aziz datang pejabat bersama-sama dengan 4 biji sports car pengiringnya. Hebat…

    ReplyDelete
    Replies
    1. There, U see......untungnya jadi gurkah.
      Kalau jadi REBELL, ditolak ke tepi, apa
      hasilnya....????
      Itu sebavb Malaysia kekal sebagai negara
      dunia ketiga.
      Pemimpin semua bertarap GURKAH - suka makan dedak.

      Delete
    2. Nazri Menteri pelanconan menteri perakhir ia sesuai untuk nya bagi aku nazri kurang sesuai untuk jadikan menteri lain sebab nya mulut celupah dia cakap pakai lepas je, aku masih ingat lagi satu kes dimana nazri cakap pemandu taksi muka macam jamban, sehinggakan najib terpaksa betulkan kesilapan nazri dengan bagi tayar percuma pada pemandu taksi, bagi aku nazri kurang sesuai jadi menteri utama, menteri pelanconan menteri paling rendah sakali paling sesuai untuk dia he.he.he

      Delete
    3. Menteri Pelacuran paling sesuai.

      Delete
    4. Saya berpendapat, berdasarkan kepada kecenderungan Nazri sejak akhir-akhir ini memberi komen; amat lah sesuai dan tepat pada masanya Najib mewujudkan satu lagi kementerian khas khusus untuk nazri dan beliau menjadi menteri yg pertama..KEMENTERIAN ZOO NEGARA

      Delete
  5. AsSalam TS Zam ..

    Apa yg TS katakan itu adalah satu hakikat . Apa2 pertubuhan mesti ada Front Liner ( istilah TS ialah Gurkha ) . Mereka ini tunggak pertahanan sesuatu organisasi .
    Dalam isu ini ahli majlis tertinggi telah melakukan tanggung jawab saperti dikehendaki .

    Perlu dinyatakan bahawa DS Nagib pernah jadi gurkha pada Tun M semasa krisis Umno dulu .

    Masa sekarang gurkha pada Tun M adalah DS Muhyiddin , Khairuddin , Mathias , AKJ , OSTB ...

    Nampaknya sekarang gurkha DS Nagib berjaya mempertahankan kebenaran .

    Gurkha Tun M asyik tertembak kaki jo ... mana tak eh .. Tun M terlalu kuat dendam terhadap DS Nagib hinggakan Tun M sanggup sacrifice anak sendiri . Akhirnya kono check mate .

    Pawn to K4 .

    Waghih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib kata Cash is King. Saya tambah satu lagi Power is also a king.

      Gurkha TDM asyik tertembak kaki! Kenapa? Sebab TDM tidak ada power untuk beri dedak!

      Gurkha Najib selalu secssess! Kenapa? Sebab Najib sekarang ada power. Wait and see bila Najib TERSUNGKUR dari kuasa

      Jadi Gurkha siapa yang lebih ikhlas dan setia? My 100% bet, Gurkha TDM!

      Tunggu Najib tersungkur. Macainya yang paling kental seperti Nazri Aziz yang akan dulu meninggalkannya.

      TDM bukan kaki ampu untuk menjilat jubur Najib supaya Mukhriz terus menjadi MB Kedah. Malah masa dia PM pun dia tidak promote anaknya.

      TDM tidak sacrife anaknya. Jadi untuk kata TDM kena check mate tidak tepat sekali. Malah Najib yang tidak mengenang BUDI. TDM dan Mukhriz dijadikan umpan untuk menawan Kedah!

      Dalam politik orang yang tidak mengenang budi TIDAK PANJANG HAYAT Politiknya. Banyak contohnya!

      Delete
    2. Dalam politik tak do sesiapo yang panjang hayat . ONCE OUT YOU ARE GONE .
      Sementara ado kuaso make the best out of it .

      Tengok Penang ... LGE peruntukan 20 % sahaja pembeli rumah mampu milik untuk orang melayu . Bangsa cina diperuntukan 50% . Lain2 30 % . That is power .

      Camno tu ...

      Waghih.

      Delete
  6. I may say that Najib is bad, but today I see Tun M and TSMY is even worse. Privatization policy is a failure and there are many more, it's only benefit the cronies, the burden is borne by the rakyat. Tun M and company now attack Najib from all angles because he is very very desperate. Kroni dan bunyi, Tun M nak sembunyi mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really, privatization policy Tun M is a failure.....????
      You must be nut if u think 1MDB is a success.
      HAHAHA - joke of the year.
      Kalau tak pandai menari, leave the floor.
      Give it to someone else who can dance to the tune.
      Stupid people shuld just stand aside.
      Tengok je orang menari cha-cha and romba.
      Dumb shit.

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Saudara Joe Harry: Saya sedia siarkan pandangan saudara jika di buang perkataan "penjenayah" kerana ini adalah tuduhan yang sangat berat.Kawallah perasaan dan sampaikan pandangan secara lebih rasional.

    ReplyDelete
  9. Tok Zam, adakah anda merentuhkan martabat Gurkha yang bertapa berani dan lurus menjalankan tugas kalau dia sudah baiah dgn tuan majikan? Memperumpamakan dgn jibby dan barisan macai nya yang pengecut dan sombong bodoh perangai mereka?

    ReplyDelete
  10. Shahrizat mesti pertahan bos lama laki dia, dia tak lupa bos laki dia dikementerian asas tani 'laki dia ITU bagi dia kerja, laki dia bersama Muhyiddin kementerian asas tani pun buat kerja tak semengah mengagal projek fnc lembu ITU

    Yg aku kasihan laki Shahrizat kena lindung kesalahan gagal projek NFC ITU, bos mesti telepas, untuk habis cerita bos mesti lambat mati macam cerita Hollywood, akhir sekali kena juga
    He.he.he

    ReplyDelete
  11. Mingguan melaporkan kerajaan rugi berbilion ringgit dalam urusan pembelian besi.Kenapa kerajaan kini suka buat benda-benda yang membawa kepada kerugian berbilion ringgit....kabinet sedang merompak negara sendiri kah?Rejim ini layak digulingkan.

    ReplyDelete
  12. TS Zam..saya ahli umno tegar dan lahir dan menetap di batu paha, johor. Mula mengundi di pru sejak 1974 dan umno bn adalah pilihan saya. Tetapi sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, darah saya mendidih melihat perangai dan tingkah laku para pemimpin umno dari presiden, amt dan ketua bahagian. Semuanya telah rosak akhlak dan tidak mungkin umno boleh dibaiki lagi disebabkan oleh mereka semua itu. Mulai pru yg akan datang ini, minta maaflah kalau saya katakan, kalau dulu saluran 1 adalah saluran fixed deposit umno/bn, tetapi kali ini umno/bn boleh get lost. Selagi orang yang penuh dengan pelbagai skandal itu terus berada di situ, pendirian saya, keluarga dan rakan-rakan, tidak akan berubah..kami akan memberi undi kami kepada pihak lain pula. Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup memang penuh risiko, En.abd halim.
      Kalau tak berani ambil risiko, kita selama-lamanya takkan berubah. Hadaplah berPMkan Lanun Bugis yang tak pandai melayarkan kapal. Sama-samalah kita karam bila dia labohkan sauh dan kembangkan layar time ribut melanda.Kecuali kita mengambil risiko, melompat ke kapal lain atau ke belakang ikan paus. Untung batu, tenggelam. untung sabut timbul - inilah risikonya.

      Delete
  13. Salam TS,

    Saya syurkan jawatan timbalan perdana menteri diasingkan daripada jawatan Timbalan Presiden. Maksudnya kedua dua jawatan itu disandang oleh individu berlainan bukan macam selama ini . Jawatan TPM dilantik oleh PM dari kalangan naib presiden. Jawatan Timbalan Presiden dipilih dlm mesyuarat agung melalui pertandingan . Umno patut ubah tradisinya , barulah tidak kecoh sangat macam sekarang . Buat transformasi. TPM boleh pengerusikan mesyuarat kabinet manakala TP boleh pengerusikan mesyuarat MKT apabila ketiadaan PM atau presiden . Barulah nampak beza antara organisasi politik dan organisasi kerajaan. Usia umno sudah 70 tahun sudah patut berubah .

    ReplyDelete
  14. What wrong did Muhyiddin @ TSMY do to deserve a suspension from his elected Deputy President post ?

    1. Was there large amount of money found in his bank account ?
    2. Did any Government agency channel money into his bank account without him knowing ?
    3. Did he establish an agency and borrow large amounts of money ?
    4. Did he transfer large sums of money out from his bank account to another account ?
    5. Was he subjected to any investigations by our enforcement agencies or foreign agencies for any crime ?
    6. Did he work with the opposition to undermine BN and Umno with the intention to cause harm to the country and people ?

    Unfortunately TSMY did commit some wrongs:

    1. He asked questions.

    2. He listened to some people who came crying to him to speak up.

    3. He is not a king of cash !

    Despite majority of SC members, Division chiefs, Branch leaders and members turning their back against him, very little know what TSMY has with him to have opened his mouth in the first place. While Gurkha can come and go, the truth will stay forever !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang din pun bekas penyamun di Johor dulu.

      Delete
  15. Zam, adakah Mahathir dan penyokongnya tak berani tubuh partai baru?

    Bolehkah bila berkempen nanti mahathir terangkan apakah pembaharuan yang mahu dia laksanakan?

    Apa katakan Zam?

    ReplyDelete
  16. Dont worry be happy!.Saudara Ahmad Maslan,TDM keluar umno bukan benci umno tetapi tak boleh sekongkol dengan "cash is king' yang dibawa oleh DSN dan cengkaman-cengkaman yang berlaku.Mungkin selepas pru 13 mereka-mereka ini ada perancangan untuk menambahbaik bagi kedudukan dan jawatan dalam umno bagi diri mereka dan tolak tepi pencabar.Cuba selak balik keputusan-keputusan dalam MA umno yang lepas dan kenapa MA tahun ini ditunda hingga 2018?.Ketakutan yang nayta apa-apa pun boleh berlaku.

    ReplyDelete
  17. Anon 12.07:Saya tak berapa faham politik atau sistem kewangan atau perbandingan dunia ketiga.Saya bukan org cerdik.Tapi apa yg saya faham dan alami perbedaan Msia(terkini dan dari segi masyarakat).6 thn lalu anda mungkin jarang lihat ferarri,lotus,lambogini dan setaraf berjejer di Plaza Indonesia,Senayan City,Mall Kelapa Gading,Pondok Indah Mall,Tapi sekarang dah macam parade mobil jauh lebih byk dari Kuala Lumpur dan macam biasa2 saja.Saya waktu berniaga di Malaysia payahnya lah nak buat business,apatah lagi bermula tahun 2008(waktu itu sy sudah ulang alik Jakarta-Kuala Lumpur)akhirnya saya tutup business di Malaysia dan mulakan yg baru di Indonesia.Alhamdulillah mobil(kereta saya juga termasuk yg tersenarai kereta yg saya sebut diatas)Betul juga kita perlukan otak dan kepintaran yg jujur dlm bangunkan diri sendiri.Politik telah sy lupakan di Malaysia.TAPI saya tetap akan berdoa dan sedia bantu bangsa melayu di Malaysia setakat termampu saya.Indonesia dah makmur berbusiness,barangkali ramai dari kita org Malaysia berfikiran kalau buat business di Indonesia asyik kena tipu.Tapi saya rasa tidak kalau kita tidak terlalu ego.Saya.Alhamdulillah tanpa gunakan 'cable'kuat,tanpa connection kuat,saya tembus business di Indonesia.DAN jika pemerintah Malaysia asyik sibuk berpolitik tak jujur,korupsi besar,pentingkan diri sendiri dan rakan2.Maka saya takut tanahair Malaysia jauh ketinggalan dari Malaysia dan telah ketinggalan sekarang dibelakang.

    ReplyDelete