Friday, 22 January 2016

TINDAKAN GULING MUKHRIZ GUGAT BN DI PILIHANRAYA SARAWAK

ITS WRONG TIMING WHEN SARAWAK IS FACING ELECTION

Saya telah menerima sebuah mesej dari seseorang yang sangat berpengaruh dalam kerajaan  Sarawak dan penyokong kuat kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Adenan Satim yang saya kenal lama dan sangat saya hormati( Bagi saya dia adalah paling layak untuk gantikan Datuk Seri Najib).

Mesej ini saya terima berikutan dengan tindakan gopoh gapah pemimpin -pemimpin UMNO Kedah dengan diketuai oleh Ahmad Bashah yang  mahu menggulingkan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah untuk beliau  menggantikannya.

Mesej itu berbunyi: As'Salam Tan Sri,apa dah jadi dengan UMNO Kedah?

Jawapan saya : Najib sedang menggali kuburnya sendiri dengan bantuan rakan-rakan.Sedih.Dia tidak sedar ramai orang hanya berpura-pura setia padanya termasuk pegawai-pegawai kerajaan sendiri.Kesetiaan politik hanya kerana kepentingan  diri masing-masing. Ahmad Bashah dah tak sabar nak jadi MB. Baginya do or die dan demikian juga rakan-rakannya kerana jika Mukhriz terus jadi MB harapan mereka punah samasekali  di Kedah pada pilihanraya akan datang. Tak ada peluang  nak jadi calun pun.

Jawapan yang saya terima: It is a wrong timing when Sarawak is facing election.

Saya pun baru tersedar ada kaitannya dengan Sarawak yang merupakan fix deposit  BN.Apatah lagi dengan orang yang gila nak jadi menteri besar dan juga Najib yang hendak selamat sebagai PM. Tentunya  tidak mengambil kira perasaan orang Sarawak dan juga KM Sarawak dan kesannya kepada Pilihanraya Negeri Sarawak kelak.

Saya baru ke Sarawak  dan saya amat malu ketika berjalan kaki bersama kawan-kawan di bandar  Kucing, ada orang berteriak dg kuat kepada saya  dari seberang  jalan : Datuk Bila Najib nak  turun, suruh dia turun cepat lah.Kawan-kawan saya ketawa.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah proses sama yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin negara yang hendak menyelamat  diri pada saat-saat terakhir.

Najib dalam keadaan panik, hilang perhetongan dan kewarasan walaupun nampak tenang dengan denial sydrom nya tetapi tindaknya adalah menampakan kepada rakyat  dirinya yang sebenar.

Dia lupa kepentingan Adenan Satem,dia  lupa Sarawak sebagai fix deposit dan dia ingat hanya UMNO  boleh selamatkannya.

Salam hormat dan simpati saya kepada Adenan Satem.


Nota:  Maaf jika terdapat  sebarang kesilapan ejaan.

50 comments:

  1. The following is what you can get out there if there was a complete honesty coming from those who hold positions: -

    1. They support Najib because they will remain if Najib remains. They are afraid once Najib goes, they no longer will remain too.

    2. They support him because of the power and money he has. They do not realise or care if it is the Country and Peoples' money. Loyalty has a price and the price keeps going up. So where do you get the money to pay for the rising prices ?

    3. They are forced to pretend in front of him and agree with him because they have no choice. Don't agree ? Then become Muhyiddi-nised !

    The bottom line is that these fellows survive because Najib survives. And Najib knows once he is out, then these people will turn against him to save themselves. Therefore Najib does not want to go, cannot go and he is made not to go. Yes, he is made not to go !

    ReplyDelete
    Replies
    1. He will go to his grave soon and they will go with him - one big party headed for Hades.

      Delete
  2. salam tan sri..segala mcm cara telah digunakan utk menyelamatkan diri dan segala mcm benda telah dipaut utk mengelak dpd jatuh..tanpa ada sedikit pun rasa malu, walaupun malu kpd diri sendiri.

    sepatutnya, sementara masih ada kuasa bolehlah diikhtiarkan kaedah untuk mencari jalan keluar dan meletak jawatan secara bermaruah dan selamat dari cemar. kerana ditakdirkan pembangkang jadi kerajaan selepas pru 14 nanti, tentulah keadaannya dan cara penyelesaiannya sudah berbeza.. dia mungkin diberi malu apabila didakwa dan dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari, berselipar buruk dan memakai pakaian lokap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TIDAK ADA TERCATIT DALAM SEJARAH DUNIA PEMIMPIN JAHAT DI LINDUNGI ALLAH......TUNGGU DAN LIHAT TAKDIR ALLAH TENTUKAN.

      Delete
  3. Sdr Zam?
    Kenapa hingga saat ini presiden UMNO sunyi sepi dan langsung tiada komen tentang krisis di Kedah. Nampak sangat kelemahan macam orang tiada biji.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wan Zam. Saya amat tertanya tanya dan hairan pada pemimpin umno sekarang. Apa perjuangan umno bagi mereka. Kenapa mereka menampakkan punyai hati yang jahat dan busuk. Seolah olah tidak ada Islam dalam diri mereka, seperti Machiavelli. Sebab itulah ramai yang menyanjungi Tun Mahathir, tidak sokong atau lawan pun beliau tetap tidak kisah dan tidak pecat orang malah melantik menggantikan beliau sebagai PM. Hati yang mulia

    ReplyDelete
  5. BUKU HIJAU VS BUKU MERAH.......

    ReplyDelete
  6. In a campaign leading up to GE 13 in 2013, there were talks that Mukhriz will be installed as MB should BN succeeded in wrestling the state from Pas. In short Mukhriz factor was the main reason which led to BN massive electoral victory and the downfall of Pas in Kedah. After Kedah is comfortably secured in BN hand, now they want to kick Mukhriz out and replace him with another power hungry 'lanun chief'. What a way to show your gratefulness!!..
    Calling all orang-orang Kedah, you know what to do in the next general election. Please return the state back to Pas!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, I agree with Anon 1239.

      Mukhriz was the main factor that enables BN to regain Kedah. That too was because Najib had, as he usually did, sort-of 'mentally bribed' the people of Kedah, with a promise that he would made Muhkriz MB if BN wins. But the one thing that people did not realized was that Najib had allocated Ayer Hitam, a PAS stronghold, for Mukhriz to contest. Many had the impression at that time, that it was a ploy to eliminate Mukhriz from Kedah's political scene, altogether. Had Muhkriz lost, Najib cannot be blamed if he could not make Mukhriz as MB, since an MB must be an ADUN.

      To Najib's surprise, Mukhriz had won with a 2446 majority, regaining 7 more seat lost in 2008, under former-MB, Mahadir Khalid. But now these scumbags of the ex-MB who have caused BN's downfall in 2008 wanted to pull the rug under Mukhriz feet and hijacked the 'glory' that they have once tasted and squandered.

      Delete
    2. masa PRU lepas, Najib selalu sebut 'we want a WINNABLE CANDIDATE!'..

      now bila dah WIN kedah, depa nak buat kecoh pulak..

      Delete
  7. Don't worry Mukhriz. Come to papa..

    ReplyDelete
  8. Umno Kedah menggali kuburnya sendiri..

    ReplyDelete
  9. Saya tak rasa pertukaran MB pada waktu ini mendapat restu dan sokongan rakyat Kedah. Jika ianya belaku, pengganti Mukhriz akan menjadi MB yang hanya gah pada nama dan kedudukan. MB yang syok sendiri sama macam bos dia di Putrajaya. Menjadi ketua tanpa sokongan dan mandat. Sampai waktu dan ketikanya, apabila sudah tidak dapat berpaut lagi pada jawatan, pemimpin seperti ini akan jatuh dengan sungguh hina.

    ReplyDelete
  10. Dalam keadaan yang sangat nazak sekarang ini UMNO Kedah ternyata belum insaf apabila masih mencantas dalam kalangan sesama sendiri, bukannya saling bertautan antara satu dengan yang lain. Sekelompok ketua sayap UMNO Kedah yang diketuai olah Ahmad Bashah Hanipah secara terbuka menuntut Presiden UMNO, Najib Razak memecat Mukhriz Mahathir dari jawatan Menteri Besar.

    Walaupun semasa sidang akhbar Ahmad Bashah menggesa Najib menggantikan dengan pemimpin lain (sudah tentu dia sendiri) tetapi dalam kalangan UMNO mereka percaya Ahmad Bashah dipergunakan oleh Najib untuk menyingkir Mukhriz. Hujahnya Ahmad Bashah tidak akan berani membuat sesuatu yang tidak disukai Najib.

    Jangan lupa Mukhriz juga mempunyai pengaruh dalam kalangan pemimpin UMNO di Kedah. Ini dibuktikan apabila beberapa pemimpin sayap UMNO mendedahkan bahawa mereka seolah-olah tertipu apabila diminta datang mesyuarat sedangkan Ahmad Bashah mahu mengumumkan "semua" pemimpin Kedah menolak Mukhriz.

    Ini menunjukkan UMNO Kedah telah berpecah dua. BN Kedah hanya majoriti enam kerusi, 21 BN dan 15 pembangkang. Keadaan sekarang, tidak kira sama ada Ahmad Bashah atau Mukhriz menjadi Menteri Besar hakikatnya UMNO berada di ambang pepecahan. Peluang Pas untuk menguasai Kedah pada pilihan raya umum akan datang adalah cerah.

    Politik Kedah agak unik kerana sebahagian besar pengundi tidak taksub kepada sesuatu parti. Ini memperlihatkan kematangan berpolitik berbanding kejumudan politik yang terus memberi undi sekalipun kepada tunggul kayu yang dipakai dengan baju parti. Orang Kedah telah membuktikan mereka menolak Menteri Besar UMNO yang tidak berkualiti, Mahdir Khalid diganti dengan Allahyarham Azizan Razak dari Pas.

    Kalau Ahmad Bashah menaruh impian mahu menjadi Menteri Besar, dengan izin Najib dia mungkin menjadi Menteri Besar sehingga pilihan raya umum dua tahun lagi. Ini kerana pemilihan Ahmad Bashah bukan melalui pilihan raya. Tetapi selepas pilihan raya umum, Ahmad Bashah mungkin terpaksa bungkus kerana peluang Pas semakin cerah untuk menguasai Kedah.

    Pada pilihan raya umum yang lalu, sekiranya tanpa pengaruh Dr. Mahathir yang turut berkempen untuk UMNO, Kedah mungkin terus diterajui Pas. Faktor kemenangan UMNO adalah Dr. Mahathir. Pilihan raya umum akan datang sudah tentu Dr. Mahathir tidak akan berkempen untuk UMNO kecuali Najib meletak jawatan atau tidak bertanding.

    Oleh yang demikian, semua ini menunjukkan UMNO tidak pernah insaf dengan keadaannya yang nazak, terpaksa pula menagih simpati dari Pas kononnya demi memperjuangkan Islam tetapi hakikatnya untuk memancing pengundi Melayu - Islam pada pilihan raya umum akan datang. Walaupun begitu Pas telah menegaskan bahawa kerjasama dengan UMNO tidak melibatkan politik, maknanya Pas dan UMNO tetap musuh politik.

    Jadi, tidak mungkin Pas tidak akan bertanding di kawasan UMNO di Kedah. Dalam keadaan UMNO yang sarat dengan pelbagai isu integriti dan bersekongkol dengan tindakan-tindakan yang membelakangkan integriti, membuatkan dalam kalangan akar umbi UMNO juga sudah mula mempersoalkan keadaan ini. Sementara Pas pula sudah bersih daripada anasir sekular apabila sebahagian daripadanya keluar Pas dengan menubuhkan parti Amanah.

    (kayangdailypost.blogspot.com)

    ReplyDelete
  11. Kalau dah begitu gelojoh caranya penjilat Najib mahu merampas jawatan MB Kedah, lebih baik Dato Mukhriz kowtim dengan 5 @ lebih ADUN yang sehati-sejiwa dengannya, kemudian istihar BEBAS dan berunding dengan PAS untuk tubuh 'Kerajaan Bebas' di Kedah. PAS sekarang ini, tidak terikat dengan mana-mana pihak. 'Ada'kan jawatan MB2 dan jika PAS izinkan, Mukhriz boleh terus menjadi MB sehingga PRU14.* Harap-harap, tak lama lagi.

    *(Itu pun jika Najib aka MKN tidak istihar darurat atas alasan 'ancaman IS' dan PRU tertangguh, sampai tak-tahu-bila. Kalau ikut kelaziman: PAU, laporan AG & PAC, nak saman SR/WSJ...juga boleh tangguh-tangguh sampai tak-tahu-bila)

    Mukhriz & geng tak perlu istihat keluar UMNO pun. Katakan bahawa mereka masih sayang pada Party, tapi tiada pilihan dan terpaksa 'BEBAS'kan diri mereka dari 'maklok-perosak' demi memulihkan kredibility Bangsa, Agama & Negara. Bahawa mereka masih mahu berbaik-baik dengan UMNO dan juga PAS. Biarkan saja SUA UMNO pecah-kepala fikir, buat keputusan dan keluarkan kenyataan bangang seperti biasa.
    Lagi pun, kroni-kroni 'Cash is King' yang mulakan tindakan gelojoh & tamak-haloba, mahu merampas jawatan MB Kedah. Lebih-kurang sama jugalah dengan langkah Kajang yang dilakukan peliwat dengan niat merampas jawatan MB Selangor dari Khalid Ibrahim.
    Mungkin kerana Mukhriz 'kedekut' dan kroni Ahmad Bashah tak boleh 'cari-makan' di Kedah. Kalau Ahmad Bashah jadi MB, sudah tentu kroni-kroninya 'kenyang'. Maka gemuklah 'perut' mereka seperti yang terdapat di PWTC, kebanyakannya gemuk-gemuk belaka.

    Berbalik kepada 'Kerajaan BEBAS(KB)' Kedah, antara Geng Mukhriz dan PAS:-
    Ia adalah cara dan kaedah terbaik, demi menjimatkan WANG & tidak buang-masa Rakyat. Jika DUN dibubar dalam keadaan ekonomi yang meleset sekarang, sudah tentu banyak WANG dan masa dibazirkan untuk berkempen-politik yang sudah tentu memecah-belahkan lagi perhubungan-kaum yang sudah pun teruk. Daripada membuang-masa dan WANG, lebih baik KB terus berbakti kepada Rakyat Kedah. Secepat mungkin, hentikan berpolitik sepanjang-masa demi 'tempolok' ahli-politik semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat menarik saranan dari RD dan ini bolehlah difikirkan oleh DS Mukhriz dan berundung dgn puak puak PAS bila najib and the geng gigit jari.

      Delete
    2. Sangat menarik saranan dari RD dan ini bolehlah difikirkan oleh DS Mukhriz dan berundung dgn puak puak PAS bila najib and the geng gigit jari.

      Delete
    3. Harap Tan Sri dapat panjangkan cadangan yang baik ini kpd DS Mukhriz..... Majoriti rakyat memang dah tersangat meluat tahap gaban dgn drama bodoh umno yg 'hero'nya suka lari pintu belakang.....

      Delete
    4. Esok, selasa 2/Feb./16, giliran ADUN PAS pula dititah mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah, setelah tiada kata-putus terhasil dari pertemuan Baginda dengan 21 ADUN BN. Harap-harap apa yang saya syorkan diatas menjadi kenyataan. Maka gigit-jari lah Geng penjilat Najib.

      Mukhriz pun khabarnya, sudah menolak 'tawaran' (habuan?) pusat supaya melepaskan jawatan MB. Namun beliau menolak dengan alasan tidak sanggup mengkhianati harapan Rakyat Kedah yang mahukan tampok Kerajan Negeri yang Ikhlas & Bersih.

      Delete
  12. Salam TS
    Ini adalah satu contoh terbaik mengwujudkan IMPP sepertimana saya sarankan.
    Sokongan kpd umno sebenarnya 40% sahaja sekarang. Rakyat akan undi Mereka Yang layak sahaja, bersih Dan amanah. Pasti banyak undi rosak.

    ReplyDelete
  13. Orang Melayu sejati Johor banyak kuat pro UMNO walau tak pernah jadi ahli rasmi. Kami pantang diusik anak Johor dan apa saja yg ada label Mahathir !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketuanan Melayu yang dulu mulia dan beramanah kini di mainkan Najib Gor menjelma jadi jahiliyyah puak bangsatwan Quraish - zalim dan penindas.

      Delete
  14. Sarawakians will kick BN out. Full stop.

    ReplyDelete
  15. KEPIMPINAN UMNO/BN KEDAH MUKHRIZ MAHATHIR (MM)

    1. Berapa kalikah MM datang ke bangunan UMNO Kedah sepanjang beliau menjadi
    Pengerusi Perhubungan OMNO Negeri?
    Jawabannya: 2 kali dalam 3 tahun

    2. Berapa kalikah MM mengadakan Mesyuarat Pengurusan UMNO Kedah?
    Jawabannya: Tidak Pernah

    3. Berapa kalikah Mesyuarat Perhubungan UMNO Kedah diadakan di Kedah?
    Jawabannya: 2 kali semua diadakan di luar Kedah (KL).

    4. Berapa orang kakitangan pejabat UMNO Kedah yg MM kenal dan sebut nama?
    Jawabannya: 2 orang dari 26 orang.

    5. Berapa orangkah Setiausaha Bahagian yg MM kenal?
    Jawabannya: tiga orang dari 15 orang.

    6. Berapa orangkah Ketua Wanita Bahagian yg MM kenal dan ingat nama?
    Jawabannya: seorang sahaja iaitu Ketua Wanita Jerlun.

    7. Berapa orangkah Ketua Pemuda Bahagian yg MM kenal dan ingat nama?
    Jawabannya: Mungkin Ketua Pemuda Jerlun dan negeri sahaja.

    8. Berapa orangkah Ketua Puteri Bahagian yg MM kenal dan ingat nama?
    Jawabannya: Ketua Puteri Jerlun dan negeri sahaja.

    9. Berapa kalikah MM bertemu sayap-sayap parti?
    Jawabannya: tidak pernah.

    PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI

    1. Berapa kalikah MM bertemu PM untuk pembangunan negeri Kedah?
    Jawabannya: tidak, sebab dia suka hentam PM

    2. Berapa kalikah MM membuat perjumpaan khas dgn KCS sejak 2013?
    Jawabannya: tak pernah malah kutuk depa kot atas lagi adalah.

    3. Berapakah DEFISIT belanjawan negeri tahun 2013, 2014 dan 2015?
    Jawabannya: terok sangat

    4. Berapa kalikah MM bercuti setahun?
    Jawabannya: Sangat Banyak kali.

    5. Apakah program besar dan hebat untuk rakyat Kedah yang MM buat sejak 2013?
    Jawabannya: Yahana Na Yahana Na – 2 kali.

    RUMUSAN

    Mukhriz bukanlah seorang leader atau politician. Dia tak tau nak memimpin politik
    UMNO dan negeri Kedah. Segala senarai yang digariskan dalam manifesto BN Kedah
    dulu belum satu pon ditunaikan. Mukhriz tinggal di KL. Dia berulang 4 hari d iKL
    3 hari di Kedah. Kadang-kadang berulang hari hari Kl - Kedah. Nak jumpa teramat
    susah. Balaci keliling dia lebih camca dari sudu. Rakyat Kedah dah rugi pembangunan
    8 tahun, 5 PAS, 3 tahun MUkhriz lunyaikan Kedah. Cukup-cukuplah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6. Adakah Umno Kedah membawa perkara-perkara tersebut kepada perhatian MM dan berbincang dengan MM dari hati ke hati?

      Jawabnya: Tak pernah

      Delete
    2. Bagus la..buang lah mukhriz...pilih lah pemimpin yang hebat, yang direstui outrajaya, selalu masuk tv3 dan utusan seperti azeez rahim, jamil khir bahrom, atau mahdzir jadi mb. Mereka ini pemimpin2 tahap nasional yang berintegriti tinggi, bijak pintar, bebas dari sebarang skandal, berpelajaran tahap menara gading (tanya azeez dia lulus U mana?), tak makan dedak atau nasi kangkang..yeahhh kedah akan maju kalau geng2 azeez dan mahdzir jadi mb...jangan lupa jada jasa mahdzir masa jadi mb dulu, dia telah bawa kedah ke tahap global. Nasib tak baik kena reject dengan warga kedah sendiri!

      Delete
    3. Kalau Mukhriz amalkan dasar 'Cash is King' seperti mana yang dilakukan Najib, mungkin ramai akan 'kenal' Mukkriz, walaupun Mukhriz buta dan tak kenal sesiapa.

      "MUkhriz lunyaikan Kedah"

      Kenyataan sebegini, boleh dikira mengarut. Kedah jatuh ketangan PAS pada 2008, ketika Mahadzir Khalib jadi MB. Hari ini orang yang sama mahu kroni beliau Ahmad Bashah, ganti Mukhriz sebagai PM. Tak ke bangang, bila kelompok yang pernah menyebabkan BN/UMNO kalah, mahu dikembalikan semula menerajui kerajaan Negeri. Kalau di Negara kafir, kelompok yang pernah gagal sebegini, langsung tidak akan diberi tempat sebagai pemimpin. Hanya ketua yang bangang memilih pengikut yang lebih bangang dari dia. Nak tanya: Ahmad Bashah, SRP dapat pangkat apa ya?

      Hakikat sebenarnya; Semasa kempen PRU13, Najib telah berjanji kepada Rakyat Kedah bahawa beliau akan melantik Mukhriz sebagai MB, jika BN menang. sebagai cabaran, Najib letak Mukhriz bertanding di Ayer Hitam, kubu-kuat PAS. Najib sendiri pun terkejut Mukhriz boleh menang dengan
      majority 2446. Sebab itulah dia terpaksa tunai janji dan lantik Mukhriz sebagai MB.
      Moralnya; Mukhriz adalah ikon 'penarik-undi', terutama kepada anak-anak muda, yang menjurus kepada kejayaan BN/UMNO merampas Kedah dari PAS pada PRU13.

      Delete
    4. Panjang lebar ulasan jasmeen..

      Namun, yg paling penting adalah jika majoriti rakyat kedah suka dgn corak pentadbiran dan pendekatan mukhriz dlm menerajui ngri kedah.. itu sudah cukup utk mengekalkan beliau sbgai mb kedah..

      Ini kerana pemimpin harus bkerja demi rakyat dan bkn nya bkerja utk pemimpin kpd pemimpin..!!!

      Jika rakyat menyukai mb tersebut maknanya rakyat bpuas hati dgn hasil kerja mb tsebut..!!!

      Sebaliknya jika pemimpin bkerja utk pemimpin tetapi rakyat menolak pemimpin tsebut... tiada guna!!! Kerana pemimpin jenis ini akan hya bfikir ttg kelangsungan pimpinannya dlm erti kata bkerja utk memuaskan hati pemimpin lain lebih daripada memuaskan hati rakyat.. malah apatah lagi jika pemimpin tsebut tlibat dgn pelbagai kontroversi dan terpalit dgn pelbagai skandal.. lagi la teruk!!!

      Fikirkan..

      Delete
    5. kononnya MM gagal menyatukan UMNO Kedah.

      Tapi bolehkan personaliti seperti Ahmad Bashah selaku MB @ Pengerusi Perhubungan Negeri cakapnya, arahannya dipatuhi oleh personaliti seperti Azeez Rahim, Johari Baharom, Mahdzir Khalid, Othman Aziz @ Ghazali Ibrahim (suami Noriah Kasnon).

      Jawabnya: jangan haraplah !!!!!

      Delete
    6. Anon 15:31

      Analisis anda sangat tepat sekali.Umpamanya dgn apa yang telah berlaku pada MB Khalid Ibrahim sebelum ini.Adakah rakyat selangor tidak menyukai kepimpinan beliau? Adakah beliau tak pandai mengurus negeri selangor? Tiada cacat celanya beliau dimata rakyat selangor pada masa tu.Bukankah MB yang menggantikan beliau juga penuh dgn kontroversi dan terpalit dgn berbagai skandal!Cara KI di tendang adalah lebih hina dan teruk dari analisis anda terhadap apa yang berlaku di Kedah ketika ini.

      Delete
    7. HATI KITA BIAR CELEK(TIDAK BUTA) SUPAYA DAPAT BEZAKAN PEMIMPIN BAIK DAN JAHAT.

      Delete
  16. Ikutlah macam Najib,....paling kerap buat perjumpaan tertutup UMNO dan orang UMNO juga suka pi sana pi sini bekerja untuk diri sendiri,bukan untuk rakyat.Malah UMNO sekarang sibuk bekerja untuk Najib,bukan untuk negara.Hasilnya Malaysia dalam kerugian.Orang politik tidak suka apabila ada pemimpin disenangi rakyat kerana amanahnya.Mukhriz sudah jadi pengacau daun,line sudah jadi tak clear,susah nak cari makan dengan cara songlap.Mukhriz sampai ke peringkat ada dikalangan yang menyokongnya di Kedah jadi risau kerana dia langsung tak keluarkan duit untuk kempennya,....dia menang juga....pemimpin UMNO jiwa songlap tak suka cara ini.Kita mengaku Islam,..dari kecil diajar jadi orang baik budi pekerti.Bila besar,sifat jujur,amanah dan ikhlas bertukar menjadi dosa besar.Bayangkan lah sekiranya orang yang amanah menjadi Perdana Menteri Malaysia.Sudah pasti ini akan merosakkan padang permainan ahli-ahli politik.Ahli politik Malaysia rata-rata adalah umpama pemakan bangkai,...bonus imbuhannya pula adalah dedak.Tidak pernah berlaku dalam negeri Kedah seumur hidup saya,bila pengurusan sampah,longkang dan semak samun di kawasan perumahan diurus dengan baik sekali.Hilang semua bau busuk entah ke mana.Ini yang pemakan bangkai tak suka.Di hari raya juga sampah diangkat.Ini sangat berkesan,bersamaan dengan cara di negara maju.Sebagai rakyat,kami menikmati 'standard'ini.Sehingga ke hari ini tidak nampak pun gambar Mukhriz turun ke dalam longkang.Hanya tipikal pemakan dedak akan masuk longkang.Najib juga belajar di luar negara sejak sekolah rendah lagi,tetapi dia gagal untuk melihat semua itu.Ini jelas menunjukkan yang dia bukan seorang yang kyasaf.Jadi mana mungkin dia mampu mendengar denyut nadi rakyat.Akhirnya "Najib didahulukan,pemakan dedak diutamakan".Negara dan bangsa dalam gerhana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buat sacara terbuka korang buat fitnah dah menambah cerita itu cara dap gay, ingat tak kes mahnyuddin buat bahawa isu 1mbd perjumpaan ahli umno di selangor secara tertutup Akhir dia di senkirkan walau dibuat mesyuarat cara tertutup. Kami tahu dap gay menyamar jadi ahli umno kemudian merakan perjumpanan tertutup supaya melaga2 kan ahli parti semua kami tahu. Semua kami tahu cara dap itu ayam . kami tahu cara permain dap itu tokong insider kami dah bankrap apa kau buat. padan muka, itulah allah adil orang fitnah telah pendapat balasan nya. Aku juga tentera cyber tahu dap mengintp mana2 individu tahu mengkritik perkatan haramjadah ia ayam. Dah kalah berdebat aku kau lari tempat lain ayam dap gay

      Delete
    2. Hang melalut DAP pasai apa?Makan dedak juga ka?

      Delete
  17. JF,.....berapa duit dedak yang Najib bayar?

    ReplyDelete
  18. Dua tahun bawah Ahmad Basah lagi kering kontang,
    Baik tak baik, bukit pun terus gondol

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana cik minah tahu. Boleh ramal ka kedah jadi teruk kalau ahmad bashah jadi mb. Yg aku tahu tak nampak pun apa yang mukriz buat. Hanya bola dan melawat saja. Yg lain tak nampak pun

      Delete
  19. Ribut salji besar melanda US. Ramai mati. Tak dak ka pemimpin kita yang nak jenguk students kita kat sana? Tak kan la pi masa summer jerr. Pi la masa winter jugak..ada snow, best wooooo...kedah tak dak snow. Tak dak yayasan mana mana nak sponsor trip kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang suruh Azeez Tabung Haji la pi jenguk depa.

      Delete
  20. Macam ini 14 Bahagian umno suruh Mukhriz berhenti hanya satu berkecuai, apa Mukhriz boleh lakukan. Dalam demokasi majority lebih peting dari menoriti. Kalau zam atau saya duduk tempat mb dah tentun saya juga akan berhenti sebabnya tak mendapat kerjasama dengan umno bahagian. tak kan nak harap satu umno bahagian itu ia kan merosakan umno pada pada masa pru akan datang..
    Umno kalau mojoriti tak suka dia dalam umno tak suka dia' baik dia berhenti 'sebelum dia merosakan umno itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dalam "demokasi" (ayat awak sendiri) umno kedah, 14 bahagian tak mau mukhriz, sebab dia tak amalkan "demokasi", dia tak kasi wang (kalau dia kasi, sure kena cekup dah). Lebih baik dia keluar umno, jangan rosakkan budaya "demokasi" umno.

      Delete
    2. Dengan kaedah 'Cash is King', ditawarkan imbuhan atau jawatan yang bergaji lumayan*, ugutan dan gertak akan digugur dari jawatan, sudah tentu yang 'lemah-semangat' akan termakan godaan dan menyerah. Sebab itu 14 KB sain SD.

      Rakyat Kedah, bukan 'buta' seperti Anon 1204. Suasana lebih baik dari zaman BN dahulu. Setiap rumah di taman-taman dibekalkan tong-sampah, seperti di Selangor. Rumput tepi jalan di potong dengan kerap. Sampah dikutip, walaupun ketika Hari Raya Puasa. Peniaga kecil-kecil dibantu, seperti di Selangor.

      *Nota:-
      - Ketua PAC I ditawarkan jawatan Timbalan Menteri, tertangguh laporan PAC.
      - Peguam Negara baru dilantik sebagai Pengarah di Tabung Haji. Faham-faham saja lah.
      Mat Sabu pun pernah menjadi 'Pengarah' di PBAPP - Lembaga Perbadanan Air Pulau Pinang atas ikhsan Lim Guan Eng. Lama lah juga dia pegang jawatan Pengarah. Apa yang dia arah di PBAPP, saya pun tak tahu.

      Delete
    3. Politik baharu.Pemimpin untuk pemimpin,demi pemimpin.Sokong Najib batalkan pemilihan dalam UMNO dan juga Pilihanraya Umum.Boleh jimat banyak duit dan juga dapat selamatkan UMNO daripada kerosakkan.

      Delete
  21. yang tak sokong dan anggap bn akan tumbang boleh percaya ka? Saudara zam sendiri pun kalah pilihanraya dulu.Adakah saudara zam sendiri ditolak oleh rakyat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kabinet pun ramai yang pernah kalah piliharaya (ditolak Rakyat) di'angkat' Najib sebagai Timbalan Menteri. Sekarang ini pun, geng yang pernah menyebabkan BN Kedah tumbang (ditolak Rakyat) kepada PAS pada 2008, mahu di 'angkat' kembali untuk merajui pemerintahan Negeri Kedah.
      Kerana tamak dan hanya mahu membodek Najib, langsung mereka lupa bahawa Istana juga memainkan peranan penting dalam perlantkan MB. Kehendak Istana dan Rakyat, mereka terus terlupa, sebelum mengadakan sidang-akhbar. Dimanakah perginya 'Rakyat di Dahulukan' seperti yang dilaung-laungkan oleh boss-Najib? Sebelum PRU saja kah?

      Delete
  22. Salam Tan Sri...komen sikit pasal tindakan MCMC sekat blog-blog yang tak puji DS Najib. Dah jadi macam Korea Utara pula Malaysia ni.

    ReplyDelete
  23. Pasai apa lama tak update???Rakyat dah tak tahan,penjahat semakin berkuasa.Bila Raja-Raja Melayu masih membisu,bererti tiada maknanya lagi raja sebagai payung kepada rakyat.Maka,Najib telah berjaya buang Raja-Raja Melayu secara tidak rasmi.Sekarang Zahid Komedi juga adalah seorang raja.Malaysia dalam gerhana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utusan pun sudah ternampak tidak lagi menghormati Raja-Raja Melayu demi mempertahankan Najib.
      Hari ini, pada huraian tajuk utama:

      " -14 ADUN di 'panggil' mengadap..."

      Sepatutnya, bila mengatakan mengenai 'Raja-Raja', disebut/tulis, 'dititah mengadap'...."

      Dalam laporan lain, Utusan juga tidak mematuhi seranan Kerajaan Najib supaya mengantikan penggunaan istilah 'IS' kepada 'Daesh' untuk mengelak nama Islam terpalit dengan keganasan.

      Nampaknya, demi mempertahan Najib, Utusan sendiri pun, sedikit demi sedikit, kehilangan kewibawaan dan kredibiliti.

      Delete
    2. Selepas Najib jatuh nanti,kedua-dua wartawan Utusan yang bernama Zulkifli boleh pindah ke akhbar PKR dan PAS.

      Delete