Sunday, 3 January 2016

PERTEMUAN ZAM LIM KIT SIANG DI FIREFLY PENANG

PAK TAM PENARIK BECA PEMINAT BLOG



Pak Tam, penarik beca di Penang 

Saya tidak merasa bangga jika diperkenalkan atau dikenali sebagai mantan menteri tetapi segar ceria  bila sesaorang mengenali saya sebagai wartawan,penulis buku atau blogger.

Kebanyakan orang tidak terus menegur saya kerana tidak pasti tetapi bila saya tersenyum pada sesaorang yang memerhatikan saya bekali-kali  maka dia akan bertanya "Ini Zainuddin Maidin Zamkata ke?",Ya kata saya dan jawapan yang selalu saya terima" Kami takut nak tegur,takut salah orang"

Saya telah bersara sebagai Menteri Penerangan lebih 7 tahun tetapi saya yakin  orang tidak lagi akan mengenali kalau saya tidak terus  menghubungi mereka  menerusi  penulisan saya. Walaupun tidak lagi boleh menulis di Utusan Malaysia atau Mingguan Malaysia di bawah pemerentahan  Demokrasi Ala Najib tetapi saya masih boleh bernafas  menerusi blog Zamkata

Saya tidak terkejut  jika kalangan profesional,pegawai tinggi kerajaan ,orang koporat dan sebagainya  mengenali saya sebagai penulis tetapi saya terkejut, terharu dan berbangga bila baru -baru ini seorang penarik beca di Pulau Pinang memberitahu dia mengikuti blog saya.

Namanya Din tetapi katanya orang panggilnya Pak Tam kerana dia hitam.Dia benar-benar hitam sehingga bila diambil gambarnya, saya tidak dapat mengenali wajahnya menyebabkan saya terpaksa mengulangi pengambilannya.

Ceritanya bagini: Bila saya keluar dari Hotel Bayview George Town  untuk menyewa sebuah beca yang kelihatan di hadapan hotel itu saya mendapati penariknya tidak ada.

Saya bertanya mana tuannya pada seorang lain yang bila melihat saya terus mendekati saya dan bertanya ini Maidin Zainuddin ke? Jawab saya bukan. "Ini Zainuddin Maidin" dan penarik beca yang tadinya tidak kelihatan muncul dari sebalik pokok besar dan berkata kepada kawannya  " Eh hang tak kenal ini  Zamkata."

Itu nama blog saya. Saya  bangga dan terus bertaya" Hang baca blog aku?. "Bila rehat-rehat bacalah,"katanya bersahaja  dan saya tersedar betapa kesilapan penilaian saya terhadap kualiti manusia berasaskan kepada kerja mereka .

"Orang kata blog aku anti Najib?",kata saya kepadanya "Tak adalah Tan Sri, Saya tak  rasa bagitu, saya rasa  Tan Sri tak terikat dengan sesiapa, Tan Sri bebas,"
Saya semakin mengkagumi pandangan waras seorang penarik beca  yang tidak terbawa oleh sentimen.

Selama dua hari di Penang saya menggunakan penarik beca ini  untuk  membawa saya melalui lorong-lorong kecil di pulau ini yang telah banyak bertukar rupa menjadi lorong-lorong yang romantik,cantik, bersih dan artistik dengan studio 3D di sana sini yang menampakan kerativiti seni dan inovasi kerajaan negeri untuk menjadikannya lebih menarik disamping mendatangkan rezki kepada pengusaha.

Dinding-dinding kedai lama di sani sini dihiasi  dengan lukisan dan rekaan bentuk logam yang  menarik untuk kamera para pelancong.

Hari kedua setelah mendapat  upah kecil dari saya , Pak Tam datang dengan pakaian lebih kemas dan bersih,bercermin mata hitam yang menambahkan hitamnya dan bercincin batu hitam besar.

"Hebat Pak Din hari ini,"kata saya dan dia tersenyum lebar. Saya tanya Pak Din  dah khawin ke?.Dia bercerita  tak pernah khawin kerana tidak  pernah mempunyai perkerjaan tetap sejak muda, dari pemandu  lori, menjadi pengawal dan membuat   berbagai-bagai kerja lain lagi sehinggalah berakhir sebagai penarik beca.

Saya katakan padanya" banyak orang tak kerja  tetap pun  tetapi khawin juga. yang betulnya hang ni kaki rumbu masa muda sampai lupa nak khawin, betul tak?" Dia ketawa besar dan memberitahu bahwa 80% penarik beca tidak khawin,tidak mempunyai rumah tetap,tidur dibeca atau berkongsi bilek yang disewa bersama kawan-kawan.

Pak Din biasanya tidur diatas beca sahaja tapi jarang sekali sakit demam,tak ada darah tinggi atau kencing manis. Pencarian cukup makan.Di belakang becanya saya lihat  tergantung berbagai-bagai bungkusan makanan yang diberi orang.

Dari penarek beca ini dan juga dari seorang  pembawa teksi dari Lapangan Terbang  Pulau Penang ke hotel, saya mendapati banyak  cerita tentang pendekatan kerajaan negeri yang menjijak hati rakyat dengan berbagai bantuan   yang mungkin tidak diketahui atau tak dipedulikan  oleh orang-orang UMNO atau BN seperti bantuan tetap tahunan kepada pemandu-pemandu teksi,kepada nelayan-nelayan untuk tukar pukat enam bulan sekali,kepada ibu ibu  yang melahirkan anak dan berbagai lagi yang tidak pernah kita dengar di bawah pemerentahan Gerakan(BN) dulu.

Saya bimbang kerana caranya adalah lebih berkesan dari BRIM dan berlaku secara senyap tetapi meresap di hati rakyat biasa.

Ketika di  Lapangan Terbang  Pulau Pinang saya bertembong dengan bapa Ketua Menteri Pulau Pinang,anggota Parlimen DAP "tergantung" , Lim Kit Siang dan keluarganya  yang hendak  menaiki Firefly bersama saya untuk pulang ke Kuala Lumpur. Lama saya tidak berjumpa dengannya.

Katanya kepada saya " Ini orang merbahaya, Najib makin kuat". Saya tertawa.Siapa saya?

"Kuatnya hanya dengan sokongan padu pemimpin-pemimpin  UMNO dan tidak di kalangan rakyat.Tetapi itulah caranya untuk memelihara perpaduan parti. Saudara lebih tahu" kata saya dan Kit Siang nampak  bersetuju kerana dia lebih maklum tentang rahsia menguasai perpaduan parti dengan caranya yang  dianggap sebagai dictatorial.

Asyik bercakap ,lupa saya hendak bergambar dengan pemimpin besar pembangkang itu  untuk disiarkan dalam blog saya yang  pastinya akan  menjadi bahan spekulasi media social  "Konspirasi Baru Zam Lim Kit Siang" setelah konspirasi dengan Tun Mahathir dan Tun Daim.






47 comments:

  1. Salam sejahtera Abang Zam,

    Bagaimana kalau bertemu Abang Najib dalam kapal-terbang? Tak mungkin. Dia pakai jet peribadi sendiri. PM Singapura dan Pak Jokowi pernah pakai kapal terbang komersial dengan rakyat. Abang Najib ??? Mesra rakyat? Pernahkah Abang Najib duduk sama rakyat dalam kempen bolasepak piala dunia (saya ingat Abang Muhyiddin pernah ada pergi stadium)? Wow! Ada gambar PM Singapura duduk berbual sama PM India dalam restoran minum teh tarik masa di KL. Wow! ada gambar PM UK Cameron duduk sama Presiden China di kelab kecil di ENgland. Najib??? Tak mainlah. Kena minum di hotel mewah.


    Kalau Abang Zam bertemu Abang Hj Hadi dalam kapal terbang? Mungkin cerita pasal pelarian Syria ke Eropah kot....tanya Abang Hadi kenapa pelarian Syria tidak menuju negara Islam seperti Arab Saudi?

    Kalau Abang Zam bertemu Abang Ahmad Maslan? Mungkin cerita pasal pelbagai jenis kerja boleh buat.E-daganglah, e-busineslah.. Hi. Hi.

    Kalau bertemu Tok Pa? Agaknya panjang lebar cerita pasal TPPA?

    Kalau bertemu Nurul Izzah dalam kapal terbang? Jangan ambik gambar. Nanti heboh Wanita/Puteri UMNO nanti....

    Kalau bertemu Abang Mat Sabu??? Mungkin cerita berkenaan amanah kepada rakyat...

    Saya suka baca blog Abang Zam yang sangat menarik dan membuka minda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TPPA = TOK PA PUNYA AGREEMENT

      Delete
  2. Salam Tan Sri , apa salahnya berkawan dengan penarik beca . Mereka pun manusia semacam kita juga . Ular susur akar tidak pernah hilang bisa. Antara kawan baik saya sewaktu belajar di maktab mahmud tahun 1960an adalah penarik beca . Siang dia belajar malam dia tarik beca. Habis belajar di maktab mahmud masuk universiti lepas.itu keluar jadi ustaz . Dia meninggal beberapa tahun lalu.

    ReplyDelete
  3. Saya tidak pernah terpisah dari gulongan rakyat bawahan ini sebab saya juga datang dari bawah dan tidak hanya pergi minum di kedai rakyat hanya pada masa pilihanraya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya sesiapa pernah rasa susah hidup (bukan susah itu negatif, cuma sebagai pendidikan jati diri dan kenal erti hidup susah) maka bila mereka jadi orang besar pasti tahu keadaan orang bawah)

      Banyak contoh di sekeliling kita. Mahathir Che Det pernah jual goreng pisang sewaktu remaja dulu. P.Ramlee keluar dari kampung dari P.Pinang menuju ke Singapura mencari kehidupan. Dan banyak contoh tak terkira.

      PM Najib tidak pernah rasa susah semenjak dri buaian. Senantiasa hidup senang. Senang makan-minum, senang pergi luar negeri, senang masuk universiti di England, senang masuk politik ... segala-galanya senang. Senang di puji.

      Sebab itu, Najib semacam tidak mengerti susah hidup rakyat.

      Cuma tidak senang Najib ialah bila di kritik. Pantang di beri nasihat. Pantang di beri sepatah dua kata.

      Delete
    2. Cakap hang tu memang betoi.
      Hidup dia tak pernah susah.
      Dia tak pernah rasa apa tu susah. Sebab tu dia terpisah dari hati nurani rakyat.
      Dia cuma tahu cash is king.

      Delete
  4. Tan Sri, barisan kepimpinan UMNO dan BN Penang lemah dan lesu. Pengerusi Perhubungan UMNO dah 2 kali kalah pilihanraya. Patutnya ada Timbalan yang muda boleh beri nafas baru, tapi sama juga. Mungkin beliau sibuk dengan 2 bininya, mana satu nak round dulu tiap malam...Tak ada pendekatan berbeza. Inilah saf kepimpinan Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penang...is dap chinese infested my friend !!! Wake up pleased...next is sabah and sarawak.

      Delete
  5. Zam janganlah terputus hubungan dgn pak tam. Kasihan orang seperti dia. Walau pun penarik beca dari cerita zam dia seorang yg mulia. Berapa ramai lagi manusia spt pak tam ? Tiada rumah tangga. Tidur tak tentu hala.
    Tapi orang besar di negara kita terus mewah malah banyak lakukan pembaziran. Fikirkan juga mereka yg merempat dan gelandangan.
    Apa pun zam satu cerita dan posting yg menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan Sri Zam
      Tidak adakah pegawai dari Pusat Zakat yang datang untuk bantu Pak Tam ni ?

      Delete
  6. Wow! Zam tak cerita pak tam pakai smart fon atau tablet? Mana dapat wifi?
    Pak tam ni bukan sembarangan.
    Lepas ni tv 1 tv 3 sure pi interbiu.

    ReplyDelete
  7. Banyak mesej yang disampaikan oleh Zam dalam posting yang ringan ini:
    1- MP DAP Lim Kit Siang bersama keluarga terbang dengan kapalterbang tambang murah Firefly dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur walaupun dia juga bapa kepada KM Pulau Pinang.
    2-Ingatan kepada BN bahawa DAP mendekati rakyat dengan berbagai -bagai cara untuk mengekalkan kedudukannnya di Pulau Pinang.
    3- Kerajaan DAP P.Pinang lebih baik dari BN dahulu
    3- Sikap Najib terhadap media walaupun dia menekankan jaminan kebebasan media berulang kali.
    4- Tahniah zam kerana telah menyampaikan suatu coretan yang sinis,tajam dan pedas untuk mereka yang dapat memahaminya.

    ReplyDelete
  8. Nasib baik kit siang tak naik bas. Kalu dia naik bas mampuih bn di pru nanti.

    ReplyDelete
  9. Bulan disember kenduri kahwin sampai tak terkejar...belum lagi majlis yang kecil kecil...makanan dan kemeriahan...keseronokan melimpah ruah.Begitu juga tempat tempat peranginan serta percutian dipenuhi orang ramai berserta keluarga...terpancar keseronokan dan kemeriahan di wajah masing masing. Jalan raya penuh dgn kenderaan yang bertol maupun tak bertol...pasar malam...shopping komplek pun macam tu juga...tak ada langsung ciri ciri failed state !!!...balik rumah buka blog semua keseronokan dan kemeriahan bertukar menjadi keresahan yang tak berkesudahan...keseronokan dunia realiti dan kerunsingan di alam maya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal kenduri aku no komen, kahwin mesti ada jamuan..pasal tempat peranginan penuh sesak tu, tau kenapa? Sebab free, tak ada entrance fee, majoriti pi day trip untuk jimat kos. KL tower yang kena bayar, lengang. Hotel2 kita tak pernah penuh, walau christmas atau new year eve. Yang pi cuti overseas, berapa kerat yang mampu? Walhal kita sepatutnya negara berpendapatan tinggi. Sebab tu ramai self drive pi haadyai, border bkt kayu hitam dan padang besar sesak time cuti, dapat jugak pi overseas tanpa naik flight. Singaporean waktu cuti penuh kat Sydney, HK, auckland, etc. Banyak2 kereta atas jalan tu, majoriti masih hutang bank, selalunya max 9 tahun. Kereta mewah hanya tokay and sons yang mampu beli. Berapa ramai executive syarikat mampu milik BMW, Benz, camry? Banding dengan executive di singapore dan thailand, ramai mampu camry dan accord class. Shopping complex penuh, tapi berapa ramai bawa shopping bag? Window shopping ramai lerr, sebab free. Begitu sedikit golongan sektor swasta yang ada balance cantik dalam bank akaun. Keseronokan dunia realiti adalah privilege sektor awam yang tak perlu dibincangkan...mereka selamat sampai usia pencen. Kerja macam taik pun dapat bonus.

      Delete
    2. Duit BRIM masih ada............KIHKIHKIH.
      Lagipun baru dapat dividen ASB. HAHAHAHA.
      Tapi, INDEX BSKL jatuh menjunam 40 point hari ni.
      Sepatutnya hari ni disambut dengan dentuman kenaikan Index BSKL sebagai menyambut tahun baru yang berjaya kerana hutang 1MDB sudah langsai dan penentang-penentang Najib semua sudah surrender. Najib sudah menang besar tapi hairan bin ajaib apasal Indek Komposit jatuh 40 point...............????.
      Apasal pelabor-pelabor semua melepaskan pegangan masing-masing??????...Dan esok mungkin akan turun lagi dan akhirnya bila Index turun ke bawah aras penanda 1500 - tahulah kita, ekonomi sudah leborrrrrrrrrrrr.Matawang pun dijangkakan akan turun ke Rm5.00 to 1USD

      Delete
    3. You cannot damn put everything in 1 basket Dude 13:04. The least you could do is give a proportion out of 30 million people,

      -Percentage point that were at the shopping mall,
      -At a certain hours and day,
      -How many did actually could afford a holiday?
      -Where and when and how, 1-Star/5-Star or simple camping by the beach?

      Being poor should not stop people from at least enjoying themselves by the beach or go 'window-shopping'!

      Those were just a few percentage point you could with your pea-brain analysis giving an outlook based upon your cheapskate observation!

      Zam had tabled a street-story that clearly showed 'REAL' situation and you Anon 13:04 don't have a clue that people are indeed without housing and a proper place to even go to bed, such absence of empathy from your part dude!

      That is the moral of the story as compared to the jetsetting PM and his entourage which could not table the significance of attraction of FDI into the country as oppose to the mileage accrued over his flying time and distance and frequencies!

      Wake up dude!

      BTW, thanks to ZAMKATA for such down-to-earth posting and may Allah give all the blessing to you and the penarik becas like Pak Tam, Amin!

      Melayu di America.

      PS. I will host you anytime if you're ok with lepak-kampung style in North America TS ZAM, In Sya ALLAH.

      Delete
    4. encik oii, orang pi shopping complex berhibur lah, jln2 dgn family ada duit cukup makan. Hang tengok brapa ramai yg serious shopping.Ni cuti sekolah kan, klu hang duduk rumah flet, 2 bilik, tentu sekali baik bawa budak2 pi mall. Dapat juga merasa aircon. Tak mampu melancung keluar negara (toksah lah kata pakai private jet), tu lah sebab nampak ramai kat shopping complex.

      Delete
    5. I also hate to say this: Penang lebih cantik sekarang. Dan bersih dari dulu. Tengok Penang Hill. Cantik bhai. Mcm rasa kat cape town, table mountain tu.
      I never thought I'd be able to say this: Pandai juga guan eng ni buat kerja

      Delete
    6. Semalam persekolahan bermula.Ramai murid darjah satu yang mendaftar masuk.Rata rata ramai dari mereka yang seronok kesekolah.Terpancar keseronokan dan kegirangan diwajah mereka. Terdapat juga sorang dua yang menanggis dan tak suka nak ke sekolah.Tak tau kenapa.Ibu bapa tak kurang juga yang gembira melihat keletah anak masing masing.Alhamdulillah nampaknya sistem pendidikan yang ada masih berfungsi.Kereta ibu bapa memenuhi setiap inci ruang yang ada didalam maupun kawasan luar sekolah.Kemudian pergi melawat hospital bersalin.Hospital kerajaan.Anak buah dapat anak lelaki.Comel dan sihat.Anak dan ibu.Hospital baru nampak bersih dan terurus.Alhamdulillah sistem penjagaan kesihatan yang ada nampak masih berfungsi.Balik rumah buka dan baca blog...tak tau what went wrong.

      Delete
    7. Sistem pendidikan masih berfubgsi? Ada pi tanya guru2 kat sekolah, berapa ramai tau cakap orang putih? Berapa ramai graduan sekolah tu yang tau cakap english? Berapa ramai alma mater sekolah tu yang dapat kerja dengan blue chip MNCs? Berfungsi, yes...but what about quality? Balik rumah buka dan baca blog and donno what went wrong? You must be a civil servant enjoying a good life.

      Delete

    8. 09.37

      Tang civil servant tu baik-baik sikit cakap ha. Jangan ikut sedap hati jer.

      Delete
    9. Tang civil service bukan cakap ikut sedap hati. Tapi berlandaskan laporan ketua audit negara.

      Delete
  10. thn50an..100%politik
    thn60an..80%politik20%niaga
    thn70an..70%politik30%niaga
    thn80an..50%politik50%niaga
    thn90an..80%niaga20%politik
    thn2000..95%niaga05%politik
    evolusi politik wang dan politik utk kepentingan peribadi.perlu ada anjakan pemikiran ahli2 biasa yg mahu UMNO terus praktikal dan releven utk menjaga kepentingan org melayu seperti yg termaktub dlm perlembagaan UMNO.bangunlah utk genarasi selepas kita.

    ReplyDelete
  11. Betul TS.. Saya anak kelahiran P. PINANG dan berkerja dengan kerajaan negeri P. PINANG tetapi tingaal di kedah. Kerajaan Negeri banyak mengindahkan Georgetown, sangat berlainan dari dulu. Pemberian tahunan warga emas, anak emas, pelajar emas, ibu tunggal dan bermacam lagi memberi kesan dihati rakyat. Kerajaan negeri hanya membuat publisiti pada permulaan pelancaran sahaja, lepas itu diteruskan pemberian tahunan tanpa lagi publisiti. Tidak seperti kerajaan pusat yang membuat pubisiti setiap kali bagi Brim. Rakyat bukan bodoh nk di beli. Sebab itu saya setuju bila Allahyarham Nik Aziz kata bagi Brim macam bagi ayam makan dedak, tidak nampak keikhlasan. Saya walaupun bukan penyokong DAP ataupun P. Harapan mengaku kerajaan negeri DAP lebih baik dari dahulu. Saya tak tahulah apa yang ada dalam pemikiran pemimpin umno hari ni terutamanya Najib. Tidak menjiwai hati rakyat macam zaman Tun dahulu. Semuanya publisiti.

    ReplyDelete
  12. I too have been to Penang some months back. You can tell that the state is working to woo tourists. They have invested to attract investments and spending in the state. The economy grows when people spend, not keep too much money.

    Even if they gave away crony projects (I could be wrong) as some have claimed, the state still developed and many jobs were created. I have decided to dump all those negative statement I had read in mainstream media on the DAP government after I witnessed what they have done in the state. Seeing is believing !

    Back to the topic that caught my interest is this Pak Tam must carry on working and ferrying the people who need his services. This is where he will reap his investment of a Beca and the money will flow in with just his strength, energy, hard work and of course the Beca.

    That sounds a very much better business model than that multi-billion monkey business run by a college boy and advised by his ..... I just don't know what to call this man anymore !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penang voters have voted out 3 incumbents ketua menteri. Tiga orang dah! Guan eng knows what to do...and more importantly, he knows what not to do in penang. Thats why he is popular, and well respected in penang. Penang Umno and Gelakan should now that penang is gone...they better do some other things, like going to kota belud to sabung ayam or lumba kerbau.

      Delete
    2. See.....when a leader knows how to appreciate a LEGACY. So different from the BN's top leaders. World class legacy are condemmed as burden or shit!!!!!
      Time for us to change our legacy of 60 years.

      Delete
  13. Tan sri kenyataan Ts amat dalam maknanya kita selalu lupa rumput di bawah n hanyamendongak dilangit jangan lupa mereka yg terpinggir ini juga mengikuti pekembangan pemimpin negara n undi mereka adalah mahal dan org ini akan menentukan masa depan pemeritah jadi awaslah...

    ReplyDelete
  14. gambar ni mcm di jalan masjid kapitan keling..

    ReplyDelete

  15. Terima kasih Saudara Zam kerana coretan hari ini sangat menyentuh perasaan saya.

    Di sebalik coretan yang begitu simple dan straight forward, terselit makna dan maksud yang mendalam.

    Itulah hasilnya jika kita dapat bergaul dan bermesra dengan rakyat marhaen. Kita dapat merasai denyut nadi dan menyelami perasaan mereka. Kita akan menghargai pengorbanan dan cabaran mereka. We will understand their fears and their hopes.

    Alangkan baiknya jika seorang pahlawan yang satu itu dapat melakukan perkara yang sama, mengetahui dan memahami hati dan perasaan rakyat di bawah ini, mendengar rintihan mereka. Bukannya duduk di istana kayangan dan menunggu berita daripada pelapor-pelapor palsu.

    Itulah bezanya jika kita berasal dan bermula dari bawah. Bukannya ditatang bagaikan minyak yang penuh dalam kalangan bangsawan dalam istana.




    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau seseorang itu ada emphaty tak kira la dia berasal dari golongan mana pun dia akan tetap rasa "denyut nadi rakyat"
      pahlawan bugis tu ada ka emphaty

      Delete
  16. Being poor should not stop people from at least enjoying themselves by the beach or go window shopping...by Anon 19.23...very true indeed!!!...and please say this to those people from a war torned country...they might cry and weep...and say this to you...hargai lah keamanan yang ada pada negara anda...and that is what Pak Tam,and me are enjoying at the moment...and this does not come easy!!!

    ReplyDelete
  17. Satu catatan realiti yang iklas dari Zam. Terimakasih tuan.
    Ahli marhaen UMNO memang hendak berubah dan banyak yang telah berubah tetapi yang berkuasa, yang di atas dan di puncak sana yang masih menebalkan muka yang cakap tak serupa bikin. Untuk orang di atas sana sedar sedarlah..anda semua bagaikan "Abu di atas tanggul". Kami pula kadang kadang bagaikan "Makan Buah Simalakama". Wallahuaklamm.

    ReplyDelete
  18. Anonymous5 January 2016 at 07:21
    Semalam persekolahan bermula.Ramai murid darjah satu yang mendaftar masuk.Rata rata ramai dari mereka yang seronok kesekolah.Terpancar keseronokan dan kegirangan diwajah mereka. Terdapat juga sorang dua yang menanggis dan tak suka nak ke sekolah.Tak tau kenapa.Ibu bapa tak kurang juga yang gembira melihat keletah anak masing masing.Alhamdulillah nampaknya sistem pendidikan yang ada masih berfungsi.Kereta ibu bapa memenuhi setiap inci ruang yang ada didalam maupun kawasan luar sekolah.Kemudian pergi melawat hospital bersalin.Hospital kerajaan.Anak buah dapat anak lelaki.Comel dan sihat.Anak dan ibu.Hospital baru nampak bersih dan terurus.Alhamdulillah sistem penjagaan kesihatan yang ada nampak masih berfungsi.Balik rumah buka dan baca blog...tak tau what went wrong.

    ReplyDelete
  19. Itulah adalah jiwa seorang penulis sebenarnya. Penulis sejati ialah penulis yang 'merakyatkan' jiwa dan kalbunya untuk rakyat kerana Allah SWT. @ TIUB BOCOR BLOGSPOT.COM



    ReplyDelete
  20. Itulah perubahan di Penang... semoga Penang terus maju...

    ReplyDelete
  21. Guan Eng punya benchmark for Penang is Singapore...bukan kl, baling atau kota belud. Dia buat kerja senyap2 jerrr. Dia tau kalau bising2, kena buang nanti. Buat kerja senyap2, kalau hasil bagus, orang akan ingat. Masuk paper dan TV3 selalu tapi hasil kerja tarak, pasti kena buang macam koh tsu koon. Rakyat penang tak layan janji kosong dan retorik. Perubahan di Penang dimulakan oleh rakyat, lama dah. Kalau kita semua berfikiran macam tu, semua politicians pun kena berubah. Kita tak perlu taat pada parti dan pemimpin. Kita perlu berani berubah. Berani buang yang lama kalau dah tak bagus, tak kira lah datuk ke, tan sri ke, naib presiden ke , ketua tu ketua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 22.40...cuba siasat isu laluan pejalan kaki sedia ada yang telah di cat dgn warna hijau untuk laluan berbasikal...laluan basikal dan laluan pejalan kaki dalam satu lorong...ulangan...cat warna hijau dlm lorong pejalan kaki yang telah sedia ada dgn kos mencecah RM30 juta !!!.Ramai rakyat dan pelancong yang merungut kerana ia membahaya kpd pejalan kaki dan juga yang berbasikal...dan banyak lagi isu isu yang lain. Benchmark mereka adalah singapore...tepat sekali!!! itulah apa yang tersurat dan tersirat...

      Delete
    2. Anon 08.35, Dont worry about Penang, it is in good hands. If you are a BN supporter, you should be worried about melaka and N9. They will fall next GE.

      Delete
    3. Anon 22:01...I am not a BN supporter anymore.You want to know why? Because MCA and Gerakan are full of double face people and back stabber.Depan cakap lain...belakang buat lain.Luckily they are all already in the so called "safe hand".Safe hand with a cunning brain!!!.A mind of super ultra kiasu.Winners take all attitude.What had happen to almost all the malay kampong in penang..amat merisaukan saya.I love my kampong very much.So for now Umno+Pas is my only choice.Good day mate!!!

      Delete
    4. Anon 08.09, i notice 2 glaring contradictions in your post.

      First, you claim Gerakan and MCA are backstabbers. Yet your choice is UMNO + PAS, a party led by Hadi, who used to kafirkan umno. Kafirkan your fellow muslims are even worse than backstabbing someone, no?

      Secondly, you claim that the safe hand (the DAP) has winner takes all and ultra kiasu attitude. Yet in umno, najib & co takes all, muhidyin was not allowed to speak at umno AGM. His posters were not even there!!!. Debaters were screened, critics sacked. Isnt this is exactly winner takes all attitude, no?

      Delete
    5. Anon 22:35,Yes...i did claimed mca and gerakan are back stabber because Dap can't simply create a tsunami by themselves.As for Hadi and Pas...by now they must have realise who are the real kafir!.After the smart mutual understanding which has create the tsunami, dont you thing that Umno+Pas is also a smart political manouvers.For every action there will be equal and opposite reaction.

      As for Muhiddin,he should have known the consequences for his action and whatever action that has been taken onto him is well within perlembagaan Umno i supposed.

      The great Kajang moves is cunningly created and it is a stab straight to the heart of Hadi and Pas.A front stabbing shall i say! Pity for Khalid Ibrahim for not realising that there's a knife on his back! He is supposed to be a good MB.

      Is there still any glaring contradictions,No?

      Delete
    6. Since you are ok with Hadi and PAS which never pull back the amanat kafirkan umno; since you are ok with umno which sidelines muhidin yassin for asking the right questions about derma 2.6b and 1mdb...since you are ok with umno which never give straight forward answers about derma 2.6b and 1mdb, then i should leave you with pas + umno. Good luck.

      Delete
    7. Thank you very much for your good luck wishes.Leaving me, pas and umno by ourselves!...ummph...anyway good luck to you too.

      Delete
  22. KISAH Penarik beca ini...mengingatkan saya kisah pemimpin terkemuka islam Saidina Omar Al khatab melihat sendiri kesusahan rakyatnya tanpa sesiapa pun menyedari siapa dirinya.Baginda terus hiba dan menangis.Jiwanya terlalu dekat dengan rakyatnya.Itu lah pemimpin sejati.

    Teruskan penulisan yang menyentuh hati rakyat ,ibarat senjata menikam kalbu.Sapa yang terasa..tidak senang duduk.Pandangan yang tajam dari seorang pejuang masyarakat.Itulah yang di katakan tentang perjuangan Tan Sri oleh TS Lim kit Siang.Walaupun telah bersara tapi masih berjuang sekalipun hanya dengan sentuhan jari(PENA).

    Dari dulu saya pencinta akhbar harian yang ada di Malaysia. Penulisan, Idea dan isu isu semasa amat menarik minat saya untuk membaca..tak pernah sekali pun saya rasa curiga dan sangsi.Tapi ntah bila dan sejak bila..., saya tercari cari kebenaran dalam setiap isu isu semasa negara dalam akhbar harian.Saya rasa membuang masa..jadi saya mencari penulisan yang bernas di mana mana..Menilai dan mengamati setiap penulisan.Membaca setiap tulisan bekas bekas pemimpin masyarakat dan negara.Saya yakin ,tiada sekatan minda dalam jiwa mereka.

    Kini, Tiada siapa yang BAHAYA, tetapi yang dalam bahaya adalah Anak anak Malaysia.

    Teruskan menulis Tan Sri..
    Jasamu di kenang anak bangsa.

    ReplyDelete
  23. Baguih sangat lah Cina tu. Jangan dok puji kerana kecantikan Penang mau pun Bukit Bendera.

    Kenapa tak bangungkan Kampung2 Melayu jadikan kediaman elit seperti di Singapore barulah orang Melayu Penang puji melangit Guan Eng sepanjang zaman.

    ZAM dengan Tun M sama spesis suka dipuji tak suka dibantah. Bila kalah cabut lari merajuk. Umpama watak2 dalam filem Tamil.

    Orang Merbok dan Sungai Petani kenal sangat dengan ZAM ni. Bila Pak Lah tak pilih dia bertanding semula di Merbok dia tinggal penyokong2 dia. Dia tak tau UMNO Sg Petani ada agenda lain. Akhir Kalam dia pun bungkus di Sg. Petani.

    Nasihat kamilah orang yang kalah bertanding duduk diam diam jaga cucu. Jika kita betul-betul seorang yang hebat letak dimana pun tak akan kalah. Merbok dengan Sg. Petani ibarat rumah berkembar.

    Lebih-lebih lagi awak tu Menteri Kanan, Penerangan pulak tu.

    ReplyDelete