Saturday, 16 January 2016

PERJALANAN ROH ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK

DI MAKAM PAHLWAN KAU TERBARING SEPI
Seorang rakyat biasa yang tidak dapat menahan kesedihannya ketika menziarahi jenazah Allahyarham Tun Abdul Razak di Masjid Negara( Dari buku Tun Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot oleh Zainuddin Maidin )

Pada persepsi orang, saya adalah  rapat dengan Tun Mahathir Perdana Menteri yang keempat dan Tun Abdul Razak Perdana Menteri yang kedua. Ini tidak benar tetapi saya boleh mendakwa rapat dengan jiwa mereka,menghayati  dan memahami visi dan inspirasi mereka kerana menjejaki jejak-jejak  mereka dari sejak awal.

Anggapan orang ramai mungkin berasaskan kepada dua buah buku  hasil karya saya : Tun Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot dan Mahathir Di Sebalik Tabir.

Saya mendapat kepuasan yang tinggi  dalam penulisan kedua buku itu kerana mengenai Tun Abdul Razak diberikan kepercayaan oleh Lembaga Amanah Yayasan Tun Razak untuk saya menulisnya dan Mahathir Di Sebalik Tabir mencapai jualan tertinggi.

Lebih dari itu ialah oleh apabila mereka yang membaca memberitahu banyak mendapat maklumat tersembunyi dan latar belakang yang mereka tidak pernah tahu dari kedua buah buku itu.Ini adalah kepuasan seorang penulis.

Tun Razak sebenarnya tidak rapat dengan semua para wartawan seperti Tun Mahathir kecuali dengan wartawan yang sebaya denganya seperti Tan Sri Samad Ismail (NST) dan Tan Sri Melan Abdullah  (Utusan ) dan Wahab Majid( Bernama). Kami wartawan-wartawan muda dikenalinya kerana sering meliputi tugasnya dan mengikutinya keseluruh pelusuk tanah air yang ketika itu masih dalam keadaan mundur  dan miskin. 

Beliau adalah seorang pemimpin yang ketokohannya digeruni dan disegani tidak sahaja oleh kami tetapi juga pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Pendekatan kami dengannya lebih bersifat rasmi dan tidak dalam suasana santai.

Bagaimanapun kami lebih dapat menyelami keperihatinannya terhadap masyarakat kampung,caranya berkerja  dan keupayaannya menggembelingkan pegawai-pegawai kerajaan berkerja dengan penuh komitmen dan dedikasi untuk membawa perubahan dengan perancangan dan strategi yang berkesan di kalangan rakyat yang mundur. 

Kami tidak dapat melupakan betapa beliau dari pagi hingga larut malam melawat dari kampung ke kampung   tanpa  kelihatan letih dan bosan untuk mengetahui masalah rakyat dan mengatasinya.

Dalam politik,kami mengkagumi  kebijaksanaan dan kehalusannya mengendalikan krisis seperti menarik benang dalam tepong.Pengurusan politiknya penuh berhemah dan  berperadaban  tinggi termasuk   yang melibatkan cabaran terhadap dirinya sendiri.

Sudah terlalu banyak air  mata saya menitis untuknya walaupun dia bukan saudara saya tetapi terharu bila  pemergian abadinya  di London dan pada setiap majlis memperingatinya. 

Saya tidak dapat mengawal perasaan ketika  sembahyang ghaib jenazahnya di Malaysia Hall  London sebelum jenazahnya di bawah pulang ke tanah air.Titisan air mata tidak terhenti. Saya tidak tahu kenapa tetapi pada ketika itu saya teringat kembali jejak-jejaknya yang telah saya ikuti sekian lama bersama rakan -rakan wartawan.

Saya terharu  ketika menyampaikan ucapan mengenainya di Seminar Legasi Tun Abdul Razak di Pusat Konvesyen Sime Darby pada 16 Jun 2007 anjuran Pemuda UMNO Malaysia dan demikian juga dalam suatu program RTM ketika saya masih menjadi Menteri Penerangan.

Semua ini berlaku kerana penerusan rasa kehilangan yang besar yang tidak pernah kunjung padam kerana dalam hidupnya yang singkat  banyak  asas pembangunan bangsa dan negara yang  ditinggalkannya.

Sebagai seorang lelaki saya tidak sewajarnya menangis dihadapan umum. Kepada orang cina menangis di depan umum adalah menampakkan kelemahan seorang lelaki. Maka itu PM Singapura ,Lee Kuan Yew, tidak pernah menangis di depan umum seperti kerapnya Mahathir menitiskan air mata kecuali pada hari perpisahan Singapura dari Malaysia yang memusnahkan harapannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Bagaimanapun titisan air mata saya setiap kali mengenang kembali pemergiannya, saya tidak anggap sebagai kelemahan saya tetapi terbit dari rasa ikhlas penilaian terhadap kebesaran kejayaannya menukarkan haluan dan identiti bangsanya,menukar  kampung menjadi bandar, menebus marauh bangsa dan negara diatas tragedi dan peristiwa berdarah dengan kebijaksanaannya mengatur langkah dan stratiji yang adil. 

Beliau mengenali dengan tepat punca masalah ketidakstabilan negara dan mencegahnya dari menjadi lebih buruk  dengan melaksanakan dasar  ekonomi seimbang dengan dukungan seluruh parti politik kecuali parti perkauman DAP.

Diatas tanah hutan rimba beliau bangunkan kehidupan bangsanya,menukar orang kampung yang miskin menjadi petani yang berjaya,menjadikan anak-anak mereka terpelajar dan orang profesional. 

Apapun langkah yang diambilnya dalam menghadapi cabaran politik terhadap dirinya namun beliau tidak hilang pertimbangan  dan tidak menampakan tangannya dalam tindakan mahkamah dan sebagainya  kecuali berlaku sesudah kematiannya. Beliau tidak terlihat sebagai seorang pemimpin murahan yang kehilangan peradaban,menjadi panik dan mengambil tindakan undang-undang kepada siapa sahaja yang mencabarnya.

Beliau tidak menjadikan tindakan  saman malu sebagai senjata untuk  menutup mulut musuh politiknya seperti yang dilakukan oleh PM  Singapura, Lee Kuan Yew kerana menyedari  akan  menampakan ketakutannya kepada demokrasi setelah mengembalikan demokrasi di negara ini selepas perisitiwa 13 Mei.

Beliau menjadikan bangsanya berani mengambil risiko dengan menggalakan penghijrahan  mereka secara teratur tidak sahaja ke tanah-tanah hutan rimba tetapi juga  ke bandar -bandar untuk memperjudikan hidup  dan beliau tidak menjual tanah Melayu di bandar kepada orang asing setelah mendakwa membangunkan organisasi  untuk meluas dan mengekalkan aset Melayu di bandar. 

Dalam mengingati semula permergiannya selama 40 tahun, saya berhasrat untuk menyepikan diri  untuk  kerkabung atas keruntuhan sebuah   legasi agung yang ditinggalkannya.

Tanpa wasiat  yang ditinggalkannya,Tun  Mahathir  tidak akan menjadi  Perdana Menteri. Mahathir adalah legasi Tun yang terakhir tetapi Mahathir telah mewariskan negara ini kepada satu demi satu  tangan yang salah.

Tun Razak  tidak pernah mahu menerima Anwar Ibrahim ke dalam UMNO (Tanyalah dengan Sanusi Junid)tetapi Mahathir memberi kepercayaan yang besar kepadanya yang diikuti dengan pemilihan yang salah hingga kepada Datuk Seri Najib.

Di hari ulang tahun pemergian Tun Abdul Razak ini, titisan air mata saya kali ini bukanlah lagi kerana kebanggaan atas keagungan warisannya tetapi atas kecemaran, kehilangan dan kehancuran  maruah  kemuliaan suatu bangsa yang b yang sekian lama dihormati oleh dunia yang bertolak dari kesanggupan sebatang dian membakar dirinya sendiri sehingga saat menutup matanya.

Sanjungan yang ada hari ini hanyalah  diatas hipokrasi pemimpin-pemimpin yang tidak percaya kepada apa yang mereka ucapkan. Kemusnahan ini tidak mungkin akan dapat diperbaiki lagi.

Seperti kata Rafidah Aziz jika Tun Razak masih hidup, Allahyarham juga akan kecewa.Pandangan ini dikongsi oleh hampir seluruh rakyat dari berbagai lapisan kecuali mereka yang percaya kepada politik denial syndrom dan  hipokrasi sebagai kebenaran.

Pemimpin dan mereka yang percaya bahawa keadaan kita berada pada keadaan yang diharapkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak  adalah terdiri dari mereka yang  tidak menjiwai perjuangan dan perjalanan rohnya  seperti yang dimadahkan oleh penyair Sabda S dalam buku saya: Tun Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot:

PERJALANAN ROH

Ketika aku mengucap 
Ina lilallah wa ina ilaihi rajiun
Kau bukan mati perdana
tetapi sekadar istirehat

Dari makrifat sebuah zat

dari perjalanan  semalam
yang penuh perjuangan

Siapapun bakal kembali

menghadapi Ilahi

Yang tidak terduga bila serunya


Ketika air mata gugur berderai

kami bukan menangisimu pahlawan
sekadar manifestasi selamat tinggal
menuju ke pengadilan yang maha tunggal

Di Makam Pahlawan kau terbaring sepi

berceritalah tentang perjuangan dan pembangunan
Ssesungguhnya Allah maha mengetahui

Al Fatihah


Sabda S
Kuala Lumpur
15 Januari 1976.



21 comments:

  1. Al - Fatihah...

    Moga2 akan muncul kembali sifat pemimpin seperti Tun Razak dan Tun Dr Mahathir.

    ReplyDelete
  2. Bapa mencipta legasi, anak menghancurkan legasi. Dalam kes isi peribahasa 'ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi' tidak terpakai.

    Sekarang anak terpaksa menempek kepada legasi ayah untuk terus berkuasa seolah-olah rakyat perlu membalas jasa si ayah dengan menyokong si anak.

    ReplyDelete
  3. Datuk Zam, may Allah rest his soul. But whatever happened to instilling moral values in children?

    ReplyDelete
  4. Semoga roh beliau mendapat tempat yang sewajarnya,amin!.Adakah Allah SWT memanjangkan usia TDM untuk beliau melihat sendiri kemusnahan yang dilakukan oleh orang yang beliau pilih /wariskan bagi mentabhir Malaysia sekarang?.Jika benar bertapa hancurnya hati beliau.Mata tak tutup rapat apabila .....?.

    ReplyDelete
  5. All fatihah. Talkin untuk umno.

    ReplyDelete
  6. Najib berada di fasa terakhir untuk menyelamatkan diri daripada kerosakkan yang dia sendiri lakukan kepada negara.TV dan radio sekarang sedang mendendangkan kisah kejayaan bapanya dulu.Lebih-lebih lagi TV & Radio Keruak."Rakyat Didahulukan" sudah jadi "Rakyat DiPerbodohkan" oleh si anak derhaka ini.Ini adalah kisah anak derhaka dalam dunia Melayu moden yang sepatutnya boleh dijadikan asas kepada pembentukan semula sistem perundangan,pemerintahan,politik dan sosial demi kelangsungan bangsa dan negara Malaysia berdaulat.

    ReplyDelete
  7. sori saya x baca pun sebarang artikel mgenai tun razak sbb meluat dgn najib.
    dan saya bpendapat ulangtahun ini dikenang tahun ni sbb nak cuci image najib yg teruk.
    takkan berjaya la....

    ReplyDelete
  8. Setuju dengan kata-kata "sekiranya Tun Razak masih hidup beliau akan menangis". Sekiranya sambutan dibuat secara tidak ikhlas saya amat sedih terhadap ruhnya. Beliau seorang pemimpin yang baik dan berintergriti, malanglah baginya sekiranya sifat mulia yang dimilikinya diperalatkan .

    ReplyDelete

  9. Seingat saya kita tidak pernah menganjurkan program sedemikian besar untuk memperingati kepulangan Perdana Menteri kedua, Razak Hussein seperti yang ke 40 tahun baru-baru ini. Tidak ada pula program besar-besaran sempena tahun ke 20 atau tahun ke 30. Tetapi kenapa ke 40 sangat menonjol hingga diadakan seminar dan segala bagai?

    Jujurkah mereka yang terlibat dengan penganjuran program memperingati kepulangan Razak ke 40 tahun ini? Kalau mereka berkerja atau membuat kerja dengan menganjurkan program ini tidak jujur, kita mahu gelarkan mereka ini sebagai manusia jenis apa? Bagi saya sangat baik kita memperingati pemimpin. Tetapi kenapa sebelum ini tidak disambut seperti tahun ini?

    Adakah ini kerana faktor Najib sebagai Perdana Menteri ketika ini? Masa ulang tahun ke 20 atau ke 30, Najib belum menjadi Perdana Menteri maka penganjur yang bermuka-muka itu pun tidak menganujurkan kerana Najib bukan Perdana Menteri. Tahun ini kerana Najib menjadi Perdana Menteri maka dianjurkan segala macam program memperingati bapa Najib.

    Saya fikir mereka ini tidak jujur, mereka membuat sesuatu kerana ada alasan lain bukan secara jujur memperingati Razak. Adakah mereka tidak malu dengan ketidakjujuran yang mendasar dalam diri mereka? Atau adakah Najib yang mengarahkan ulang tahun ke 40 dibuat secara gilang gemilang kerana dia yang berkuasa ketika ini?

    Kita jangan menyanjung Razak kerana Najib. Razak telah kembali ke rahmatullah 40 tahun lalu tetapi baru kali ini program memperingati Razak diadakan secara besar-besaran. Bagi saya Razak jauh lebih besar malah tidak wajar dibandingkan dengan Najib dalam apa segi sekalipun. Maka sepatutnya memperingati Razak tidak perlu menunggu Najib menjadi Perdana Menteri. Itu pun kalau "kita" bukan pengampu yang beriya-iya menjulang kembali Razak ketika ini.

    Dalam soal ini saya melihat Tokoh Wartawan Negara, Zainuddin Maidin (Zam) jauh lebih jujur daripada sebahagia besar mereka yang terlibat dalam menjulang semula Razak ketika ini. Lebih kurang sepuluh tahun lalu Zam menulis buku Jejak Patriot yang memfokuskan perjuangan Razak membangunkan bangsa dan negara.

    Zam menulis buku ini bukan kerana hendak mengampu Najib kerana ketika itu Najib adalah menteri Kabinet biasa dan belum ada bayangan akan menjadi Perdana Menteri. Zam adalah wartawan semasa Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri. Malah ketika ini Zam tetap menyanjung tinggi Razak tetapi pada masa sama menjadi pengkritik tegar kepada Najib.

    (Dari: kayangdailypost.blogspot.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah ini satu bentuk gerak dan perang saraf untuk melenyapkan delegasi PM lain dalam ingatan rakyat ? .....jika itulah hakikatnya saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan masyarakat kita dan dari segi jangka panjang akan tiada lagi jasa pemimpin kita dikenang oleh generasi akan datang, termasuk pemimpin masa kini. Jadi pendekatan begini bukan sesuatu yang baik untuk negara dan bangsa yang merdeka dan berdaulat .

      Delete
    2. 1. Amat bersetuju dengan pandangan KS berhubung sambutan “luar biasa” yang dibuat terhadap TR dan agenda tersembunyi kepimpinan negara.

      2. Kini kecelaruan fikiran pemimpin politik negara turut menjangkit kepada pemimpin agama Islam di negara ini.

      3. Kita telahpun mendengar bagaimana pemimpin agama terlibat dalam menyalahguna dana zakat dan derma institusi agama Islam untuk kepentingan peribadi sedangkan ramai lagi orang Islam yang fakir miskin dan anak-anak yatim lebih memerlukannya.

      4. Kini wujud pula sebuah institusi agama Islam di sebuah negeri yang pernah menjadi serambi Makkah turut menggajikan orang kafir untuk bekerja dalam institusi tersebut. Beliau diberikan jawatan tinggi dengan pendapatan yang lumayan dan pelbagai kemudahan yang tidak mungkin dinikmati oleh pegawai Melayu Islam dan tugas beliau hanyalah menguruskan pengeluaran pinjaman dan biasiswa.

      5. Apakah tidak ada lagi orang Melayu Islam yang mampu menjalankan tanggungjawab tersebut sehingga terpaksa menggajikan orang kafir barat. Kalau setakat kelulusan yg menjadi asas, ramai guru dan pensyarah Melayu Islam yang memiliki kelulusan PHD dalam pelbagai bidang dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan dan kewangan.

      6. Apakah sebuah institusi agama Islam yang berfungsi dengan dana zakat dan derma orang Islam dibenarkan menggajikan orang kafir untuk menguruskan hal ehwal agama dfan orang Islam.

      7. Negara telahpun lama merdeka namun masih wujud pemimpin agama yang berfikiran kolot dan mengagungkan penjajah inggeris hatta dalam tugas yang sebegitu mudah. Atau mungkinkah ada agenda tersembunyi dalam pelantikan orang kafir dalam institusi agama Islam ini terutama apabila mr

      8. Ramai kakitangan institusi tersebut yang menyedari kehadirannya lebih membawa keburukan termasuk mengadu domba kepimpinan institusi tersebut namun mereka tidak berani bersuara kerana “kuasa besar” yang dimiliki oleh kafir inggeris dan pemimpin agama yang berkuasa di belakangnya.



      Delete
  10. bagi mereka yang tidak sempat mengenali dan menghayati Tun Razak, bersedialah untuk situasi yang sama malah lebih banyak lagi air mata yang akan mengalir ketika pemergian Tun Dr Mahathir lebih lebih lagi ketika negara di tangan yang salah

    menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya - peringatan kepada semua pemimpin umno.

    ReplyDelete
  11. Semua pm ada jasanya.
    Tapi orang tak boleh menerima cara pentakbiran baru itu masalah nya itu teradisi yg di teruskan oleh umno dari zaman tun hussen onn sehingga zaman tun m dan pak lah sampai ke zaman najib ,kalau dulu veteran umno tak boleh cara pentakbiran Dr mahathir,. Tun m meneruskan teradisi yg sama veteran tak suka pada cara pentakbiran yg baru,
    Mungkin zam tak perhatikan apa cakap ini, tun m ulang sejarah veteran2 umno, itulah teradisi umno.

    ReplyDelete
  12. Tan Sri ZAM,

    Komen saya ialah....

    Bapa pandai.... Anak BANGANG!!!

    Period.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. Agak2nya PM Kali layak dgelar BAPA APA ya?

    ReplyDelete
  15. Zam, Najib seperti Megawati Soekarnoputri, mantan Presiden Indonesia yang kuat hanya pada nama di hujungnya.

    Tunggu sahaja keputusan PRUN Sarawak nanti, samada Najib akan kekal atau tidak terpulanglah pada UMNO itu sendiri. PBB tidak perlukan UMNO jika kalah PRU14 tapi akan beralih pada pembangkang jika Pakatan Harapan menawan Putrajaya.

    Lang Buana

    ReplyDelete
  16. Zam, Najib seperti Megawati Soekarnoputri, gah pada nama orng tuanya.

    Sarawak tetap Kubu kuat pemerintah di Putrajaya walaupun Pakatan Harapan menang PRU14. Sudah pasti PBB akan menjadi salah satu parti dalam Pakatan Harapan.

    Biarlah UMNO jadi seperti PAS kekal menjadi pembangkang.

    ReplyDelete
  17. BAPA PEMBANGSAT BANGSA

    ReplyDelete
  18. Saya anak pramerdeka yang banyak memperoleh manfaat hasil kecekapan dan keikhlasan semasa era Allahyarham Tun Razak. Felda telah menghasilkan ribuan siswazah bumiputera dan memberi impak ekonomi bumiputera. Mengapa tanah hutan yang masih luas tidak dibuka lagi untuk peneroka baharu? Sedih kita kini telah melahirkan ramai pemuda Melayu yang menjadi "penjenayah, penagih dadah, mat-mat rempit dll." Semasa Tun Razak meninggal dunia, saya berada di Tingkatan Enam yang elit ketika itu. Saya adalah salah seorang anak perintis DEB, DPK, DKK.....Semasa Allahyarham meninggal dunia saya ada menulis sebuah puisi "DIA YANG PERGI" dan puisi tersebut termuat dalam antologi puisi dengan judul yang sama pada tahun 1976. Dari mula titik itu saya terus menulis dan belajar bersungguh-sungguh. Tun Razak telah banyak memberi inspirasi dan motivasi kepada saya sebagai anak muda dalam sebuah negara yang membangun. Walaupun pada era kemudiannya saya belajar tanpa BIASISWA tetapi semangat Tun Razak telah membuahkan azam berterusan hingga saya menampak daripada memiliki sijil dan diploma terus meraih sarjana muda, sarjana (master) dan Ph.D. lnilah semangat juang yang telah ditiupkan kepada kami. bagaimana pula anak-anak muda kini?
    TIUBBOCOR.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. Salam brader Zam. Samasa zaman sekolah saya dulu, gambar2 Tun Razak selalu nya menunjuk beliau sedang berjalan2 di kampong2, di sawah padi. Memantau masaalah2 rakyat kampong. Takde pulak gambar or berita beliau berjalan2 di NY, London, Paris.

    Nama2 seperti Tun Razak/Toh Puan Rahah, Dr Mahathir/Siti Hasmah amat seronok di sebut2 oleh org Melayu..dgn penuh kebanggaan, di sanjungi, murni.

    ReplyDelete