Monday, 11 January 2016

PAS AKAN MENJADI PARTI ALTERNATIF KEPADA UMNO

KOMEN:
I am no umno but the Idealism in umno is now dead no one listen to its fore neither nor take heed as what the forefather leaders that laid it's foundation foresight
My perspective is different from TS. PKR, bukan PAS, adalah alternative untuk pengundi umno/bn yang dah muak dengan umno. Take into account sarawak and sabah voters too. And take into account yang pengundi2 pun dah tahu yang PAS ni cakap lebih, kelantan cam tu jugak

Jika orang Melayu dan Islam melihat kerjasama Pas dan UMNO pada pilihanraya akan datang sebagai suatu perkembangan kearah  perpaduan Melayu dan Islam maka itu adalah konklusi yang  berasaskan  sentimen tanpa memperhetongkan  fakta-fakta yang mendorongkan  kerjasama ini.

Media arus perdana UMNO dan juga media sosialnya cuba  menggambarkan perkembangan ini  menuju kearah  perpaduan Melayu tetapi sebenarnya ia merupakan usaha untuk menyelamatkan Perdana Menteri Malaysia Najib dan kepada Pas adalah untuk survival jangka panjangnya.Dalam situasi ini, PAS berada dalam keadaan lebih advantage dalam keadaan UMNO hilang sokongan

Hakikat yang tidak mahu diakui oleh pemimpin-pemimpin UMNO  ialah orang Melayu di luar UMNO  tidak lagi melihat UMNO sebagai parti yang mewakili orang Melayu sebaliknya mereka melihat PAS sebagai parti  alternatif kepada   UMNO kerana pemimpin-pemimpin UMNO telah terpalit dengan kehilangan kredebiliti pemimpin mereka.

UMNO sekarang berada keadaan "syok sendiri" sendiri di bawah pimpinan yang tiap hari suaranya adalah suara self denial yang tidak lagi didengar atau dipedulikan oleh orang ramai.Kenyataan terakhir Najib bahawa isu 1MDB hampir selesai dan tidak menggunakan tabung awam tidak memberi kesan untuk memulihkan moral politiknya yang jatuh kepada taraf yang sangat rendah.

Buatlah kajian yang jujur di lapangan dari penjawat awam tinggi dan rendah, bermula dari pemandu-pemandu kereta kerajaan hingga setingginya dan dari kalangan  rakyat biasa dintepian jalan atau di kampong-kampong. Mereka  tiada lagi keyakian kepada UMNO.

Di mana-mana saya pergi akan ada orang bertanya atau akan menyekat saya untuk bersuara tentang keadaan sekarang. Terakhir seorang pegawai kerajaan dari Johor yang menegur saya di Alamanda Putrajaya semalam yang terus bertanya : Apakah akan jadi pada cucu cicit kita akan datang? Tan Sri tak bolehkah  buat sesuatu ? dan saya bertanya pada diri saya sendiri" Siapa saya?

Sebenarnya rakyat berada dalam kehilangan keyakinan kepada pucuk pimpinan negara yang tidak pernah mereka rasakan sejak zaman Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman hingga ke Tun Mahathir.Orang Melayu mahu lari dari keadaan ini,mahu lari dari UMNO kerana mereka tidak lagi nampak ada pemimpin yang berkeupayaan.

Pas walaupun  berada dalam krisis kredebiliti ,umum melihatnya sebagai parti yang bermoral dan berintegriti yang lebih baik dari UMNO.

Keyakian President Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang  bahawa Pas akan terus kekal sebagai sebuah parti politik walaupun tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak dan tidak tergugat dengan pembentukan kerjasama   PKR,DAP dan PAN ,lebih meyakinkan dari kenyataan Najib tentang masa depan UMNO.

PAS pasti  mendapat maklumat bahawa penyokong-penyokong UMNO dan juga orang Melayu pada keseluruhannya sekarang melihat PAS sebagai alternatif kepada UMNO dan bersedia untuk mengubah undi kepada PAS.

PAS akan lebih mudah dan berkesan  untuk menarik sokongan Melayu  dan Islam kiranya perubahan drastik dilakukan dengan penyusunan semula kepimpinan PAS , mengembalikan kedudukan mereka yang pernah suatu masa dicampak keluar sedangkan mereka berpontensi  untuk membina  masa depan PAS.Panggillah mereka kembali.

Pas mempunyai  ramai  pemimpin- pemimpin muda yang berkaliber besar,bersih dan berintegriti.

Pas akan lebih menarik sebagai parti alternatif orang Melayu sekiranya Haji Hadi berundur walaupun kedudukannya  tidak seburuk Najib,malah perletakan jawatan nya akan menampakan keikhlasannya kepada rakyat bahawa beliau lebih memetingkan pemulihan  PAS dari kepentingan diri.

Tindakan ini juga dan akan menjadi suatu cabaran besar kepada Datuk Seri Najib  yang mahu terus bertahan walaupun tidak lagi dikehendaki oleh  rakyat.

PAS tidak perlu melakukan pembersihan dalaman kerana makhluk-makhluk perosak dan kotor   telah melakukan pengasingan diri  yang tanpa disedari oleh mereka sendiri, banyak membantu memulihkan semula   keperibadian asal PAS disamping pemodenan yang dialaminya dalam proses penyesuaian diri dengan   politik semasa negara.

PAS berada dalam situasi yang lebih baik dari UMNO  untuk menjadi pilihan kepada orang Melayu dan Islam di negara ini bagi menggantikan  UMNO yang berpotensi akan hancur pada Pilihnarya Umum akan datang.

PAS menyedari hakikat ini dan pastinya  tidak akan memberi laluan mudah kepada UMNO  sekiranya UMNO mahu memainkan sentimen Melayu dan Islam untuk menyelamatkan Najib. Pas tidak akan dapat diperkudakan untuk menyelamatkan Najib dan Rosmah.

PAS berada pada kedudukan yang lebih baik dari UMNO berasaskan perubahan sikap rakyat diakar umbi dan PAS sekarang adalah parti alternatif kepada UMNO dan kerana itu mempunyai kuasa tawar menawar yang lebih besar dari UMNO sekiranya UMNO mengharapkan kerjasama dengannya.

Nota:

Maaf sekiranya terdapat banyak kesilapan ejaan yang belum diperbetulkan.


25 comments:

  1. bro... minta semak fadil umno serdang minta duit dari pibg sekolah kalau nak pm datang lawat sekolah itu

    ReplyDelete
  2. Cukup-cukuplah ZAM sampai bila hang nak jadi kuda tunggangan Tun.

    Bila hang kalah di Sg. Petani terus hang tinggal orang2 yang tunkus lumus bantu hang macam tu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan Sri Zam, Ini bukan orang Merbuk.Ini anak haram Merbuk.Jika Tan Sri sering datang kawat Merbuk tentu orang kata Tan nak bertanding semula disini walapun dah tak diterima. Orang Merbuk tak mahu Tan Sri tinggalkan mereka tetapi Tan Sri dipindahkan dengan mengejut hanya dua hari sebelum penamaan calun 2008 tapi Tan Sri tak bantah,ikut ke arahan ke Sg Petani.Kami membantah. Jasa Tan Sri di kawasan ini dan kerapatan dengan rakyat disini tak akan dilupa.
      Kami hargai kerana Tan Sri terus balik kunjungi orang Merbuk dari masa kemasa. Orang tahu Tan Sri. Jangan peduli anak haram Merbuk ini.

      Delete
  3. I am no umno but the Idealism in umno is now dead no one listen to its fore neither nor take heed as what the forefather leaders that laid it's foundation foresight

    ReplyDelete
    Replies
    1. Similar case with PAS. Burhanuddin Helmi was a Malayan nationalist who taught in Madrasah Aljunied, Singapore - the famous ahl sunnah wal jamaah school of Nusantara. Come Yusuf Rawa in the 70s with his Saudi Islamist influence and PAS began to preach radical politics, up to this day.

      Delete
  4. Ideally PAS should project themselves as the alternative to UMNO and make effort towards it. Just forget about this merger/alliance as suggested by many UMNO current leadership team.

    ReplyDelete
  5. panglimo potaseh12 January 2016 at 08:05

    UMNO saya melihatnya semacam zombie .. atau mayat hidup .. Zombie ini banyak diceritakan dalam filem barat, saya kira tempoh hayat hidup zombie ini agak lama juga.

    Di alam melayu pula, sememang nya wujud sosok badan yang tidak bernyawa, tapi badannya digerakan oleh makhluk halus dan jangka hayatnya untuk mati kaku sekali lagi hanya memakan masa dua tiga hari sahaja sebab secara lahiriah badan simati semakin membengkak dan mereput.

    Apa pun saya melihat keadaan UMNO hari ini condong pada keadaan zombie. Zombie seperti yang kita tonton didalam filem Mamat Khalid atau dalam siri tv terkini "The Walking Dead" yang mengandungi berpuloh episod itu, tampak ramai jumlah bilangannya, dilihat membentuk satu kumpulan seakan bersatu dan sentiasa berbaris ketika bergerak .. seolah-olah didalam organisasi zombie ini dilihat sangat teratur, harmoni dan tidak ada masalah, tetapi realitinya zombie ini semakin membengkak, berkudis , bernanah dan mereput.

    PAS pula dilihat seperti serpihan sekumpulan binatang liar yang sesat didalam sebuah penempatan. Kumpulan binatang liar ini, sedang mencari tuan untuk membelanya dan rela menjadi binatang ternakan .. seperti biasa akan disembelih dan dijual dagingnya .. tapi penempatan ini di huni oleh zombie. Jadi cuba tuan-tuan terke apa kesudahannya.

    ReplyDelete
  6. Dalam situasi semasa, UMNO sendiri sedang merendahkan martabatnya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan PAS, PKR dan AMANAH...
    Adalah tidak wajar untuk menyatakan mereka yang mengasingkan diri dari PAS terdiri dari golongan makhluk perosak.

    Saudara Zam, tuan sendiri kena turun padang untuk melihat realiti, jangan jadi seperti pemimpin UMNO syok sendiri...

    AMANAH sedang mendapat sambutan hebat walaupun Mat Sabu jadi Presiden. Yang sertai AMANAH majoritinya golongan bertenaga dan merupakan penggerak PAS dulu. Yang tinggal di PAS sekarang kebanyakan tunggul atau kayu yang sudah jadi arang.

    Gerakan AMANAH sudah hampir mencapai 1 juta keahlian dalam tempoh beberapa bulan, menyamai jumlah ahli PAS yang sudah berkurun lamanya.
    Bewrapa ahli yang tinggal di PAS sekarang (?)

    Setengah juta lagi dari pelbagai peringkat termasuk ahli UMNO akan menyeberang sertai AMANAH jika PAS tandatangan memorandum persefahaman dengan UMNO.

    Walaupun Mat Sabu dilabel dalam pelbagai bentuk gelaran atas skandal peribadinya tetapi statusnya kini kalau tak tinggi pun, masih baik sikit dari Mat Sapu dalam UMNO yang terpalit skandal rakyat.

    ReplyDelete
  7. My perspective is different from TS. PKR, bukan PAS, adalah alternative untuk pengundi umno/bn yang dah muak dengan umno. Take into account sarawak and sabah voters too. And take into account yang pengundi2 pun dah tahu yang PAS ni cakap lebih, kelantan cam tu jugak

    ReplyDelete
  8. Kerjasama Pas dengan Umno tidak menguntungkan Pas. Tidak akan wujud situasi menang - menang. Pas mungkin akan hanya menjadi kambing hitam selepas PRU akan datang . Menang Umno , bukan bermakna menang orang Melayu secara keseluruhan tetapi hanya untuk individu tertentu sahaja. Pas kena sedar perkara ini. Pas kena matlamat dan cara perjuangan . Zaman sebelum alaf baru Pas menggunakan strategi perjuangan serampang dua mata . Satu untuk tegak syiar Islam dan kedua untuk membela orang Melayu . Sebab itu Pas dilihat malah dianggap sebagai alternatif kepada Umno . Tapi selepas kematian Dato ustazah Fadzil Noor perjuangan Pas telah terarah kepada tegak syiar Islam semata dengan menolak sentimen bangsa Melayu kononnya untuk tarik bukan Melayu sokong Melayu dan nak dakwah kaum Islam . Idealisme ini gagal dan Pas dipersenda dan dinyahkan . Sepatutnya semua ini pengajaran oleh pimpinan Pas untuk tidak termakan pujuk oleh sebuah parti yang semakin hilang kepercayaan ramai. Pemimpin Pas kena cerdik dan kembalikan perjuangan sama seperti sebelum alaf baru.

    ReplyDelete
  9. PKR akan jadi parti yang paling banyak kerusi Parlimen pd PRU 14 dengan syarat BN masih berTuan Besarkan Mohd Najib Abdul Razak. Kerusi2 PKR bertanding adalah kerusi "mixed" yang pastinya BN alan terjunam habis. 95% non Bumi pangkah PKR dan sekalipun hanya 30-35% Melayu pangkah PKR maka BN terjunam. Kawasan PKR bertanding juga banyak di semi-urban yang tidak hulu sangat. Habis ranap UMNO dan BN

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Kaum Melayu sebenarkan tidak punya pilihan. Parti-parti Melayu yang ada semuanya berasaskan kepentingan peribadi atau berkiblat kaum lain.

      2. UMNO hanya untuk najib dan orca, PKR untuk Anwar dan Jijah dan tungangan untuk DAP. Begitu juga PAN yang sealiran dengan PKR sebagai kuda tungangan DAP untuk pecah belahkan undi kaum Melayu. PAS pula hanya sebuah parti yang menggunakan Islam untuk kepentingan politik.

      3. Yang pasti kuasa politik orang Melayu semakin terhakis. Mungkin ada yang berpendapat ini rasis dan menggunakan DAP sebagai alasan namun lihatlah sejarah kerjasama DAP-PKR-PAS sebelum ini. Apa yang orang Melayu peroleh dari kerjasama tersebut?

      4. Jika masih tidak wujud apa-apa perubahan drastik dalam kepimpinan dan arah tuju parti-parti Melayu terutamanya UMNO dan PAS, terdapat kemungkinan ramai orang Melayu yang memutuskan untuk tidak keluar mengundi. Mereka sebenarnya sudah bosan dengan drama, retorik dan putar belit politik parti dan pemimpin Melayu terutamanya dalam UMNO.

      Delete
    2. Maaf tuan...realitinya saya tak fikir keaadaan nya adalah lah seteruk dan separah seperti apa yang tuan gambarkan.Ianya adalah hanya character assasination yang telah dilaksanakan secara stratejik sekali olih musuh musuh orang melayu,UMNO khususnya untuk melemahkan kuasa politik orang melayu.Bukankah mereka ini telah mendapat khidmat nasihat pihak pakar iaitu israel khusus dalam hal ini.

      Strateji mereka ini telah menampakkan hasilnya iaitu apabila tuan sendiri serta kebanyakan orang melayu lebih lebih lagi anak anak muda melayu telah mula menjauhkan diri dari apa jua yang berentitikan melayu.Bukahkah Mara,LTH,Felda,Yapeim,UiTM,Jakim,Kakitangan Kerajaan dan banyak lagi...bahkan Umno,Pas,PKR dan hampir semua pemimpin pemimpin melayu telah digambarkan buruk olih mereka.Malangnya ramai orang melayu yang telah termakan umpan mereka ini.Apa yang tersurat tak sama dgn apa yang tersirat!Jadi senjata terakhir orang melayu...BERUBAH dan BERSATU!!!

      Delete
    3. Kalau ramai orang melayu memutuskan untuk tidak keluar mengundi pada PRU 14 nanti maka nampak gayanya golongan minoriti lah nanti yang akan memerintah golongan majoriti!.Dengan kuasa politik yang mereka perolehi di tambah lagi dengan kuasa ekonomi yang memang telah pun di tangan mereka rasanya melayu yang ada sekarang akan di sumpahi olih anak anak serta cucu cicit keturunan kita yang akan datang.

      Delete
  10. PASkah..... UMNOkah.... sudahlah. Dinosaur, masuk muzium lagi bagus untuk pengajaran dan pelajaran bagi anak cucu kita di masa depan. Kita tidak mau lagi ciri-ciri/fikiran "zaman batu" diserap ke dalam minda rakyat.

    Abad ke21 ini memerlukan fikiran yang progresif tidak lari dari prinsip Quran, tapi jangan ikut fikiran mullah, taliban, ISIS yang menghancur kemanusiaan.

    Sekarang .... lihatlah apa jawapan menteri UMNO bila ada isu ekonomi?

    "Kalau tak nak makan ikan, makan ayam. Kalau tidak hendak terperangkap dalanm trafik jam, keluar rumah waktu suboh. Kalu gaji kecik, buat dua kerja.." dan macam-macam lagi ....

    ReplyDelete
  11. PAS itu anggota Islamism ala saudi-wahhabi. Ikut amanat presidennya Hadi Awang, semua orang Melayu yang tidak sokong fahaman politiknya adalah "kafir". Maka cara "takfir" ini tidak di izinkan Raslullah s.a.w. pada zamannya. Oleh sebab itu pastilah PAS telah terjerumus kedalam amalan bidaah dalalah! Amalan yang sandar kepada akal dan nafsu amarah mereka sendiri.

    ReplyDelete
  12. Pak Zam bercakap apa yang dirasainya sekarang, PAS adalah parti alternatif UMNO, itu yang dirasakannya kini. Sama seperti situasi yang dilalui oleh Mat Taib, KJ, Tamrin dll, tp bila dah berada di dalam? Mana mereka sekarang?

    Saya setuju dengan Pak Zam sebab itulah alternatif sesuai utk saya juga

    Azimo

    ReplyDelete
  13. APA korang bangga sangat, pas dengan umno tak akan berkerjasama, bagi pendapat aku pas Dan umno hanya berkerjasama untuk pertahankan agama Islam Dan orang melayu. Mereka tak kan berkerjasama Dari segi ideologi Ada faham, kalau tak ada pembangkang melayu, siapa tegur kerajaan Dari segi agama Dan kepentingan orang melayu, kalau harap dap hanya beri tegurah untuk pertahankan golangan LGBT Dan golongan murtad itu sama macam satu geng ITU Anak tun m Marina hanya perjuangkan golongan LGBt, marina tun m INI berfaham ideologi demokasi ala empayar ROM LGBT itu

    ReplyDelete
  14. Salam Tan Sri,......RTM saban hari kini,menyiarkan kisah kehebatan Tun Razak,samada di TV dan radio.Ternyata para penasihat politik kepada Pahlawan Bugis masih bermimpi di siang hari.Rakyat Diperbodohkan,1MDB Dimuliakan.Sampai bila kamu hendak menutup kerosakkan yang kamu bawa dengan kisah kejayaan orang tua kamu?

    ReplyDelete
  15. Najib menziarah Haji di IJN, kalau tak dihebohkan oleh Najib, lagi bagus. Buat apa la nak heboh-heboh. Lagi pun hanya Haji Hadi yang mahu berbaik-baik dengan UMNO yang sudah busuk. Timbalan President PAS pun tak mahu 'mendukong biawak hidup'.

    Imej PAS yang sudah 'bersih' akibat tersingkirnya semua parasit akan kembali 'busuk' jika berkawan dengan UMNO. Lebih baik pujuk bekas ahli yang 'terbuang' akibat mahu menjaga-hati DAP dahulu.

    Lebih baik kedua-dua President letak jawatan dan biarkan penganti mengorak langkah, jalin perpaduan untuk menghadapi PRU14. Tidak semestinya berpakat secara rasmi. Secara senyap-senyap, lagi elok.

    ReplyDelete
  16. Kalau pas bijak pandai alim ulama sunggul meh jumpa aku. Umno is dying

    ReplyDelete
  17. apa dah jadi dgn UMNO.semua blog..platform pertukaran pendapat asyik membincangkan alternatif kpd UMNO.semua ahli umno dpd peringkat bawah hingga ke atas bertanggungjawap dgn apa yg terjadi pada UMNO sekarang.secara langsung maupun tidak langsung.wang..cai...atur kepimpinan..cantas.inilah hasilnya sampai berada dlm keadaan xleh buat apa2 kecuali lihat pada alternatif.sedih sungguh menyedihkan

    ReplyDelete
  18. Saya bukan org politik tapi pengundi melayu. Sebelum ini saya undi UMNO...tapi UMNO bukan pilihan saya utk PRU akan dtg kerana UMNO skrg ni pentingkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  19. PKR akan jadi alternatif yang berkesan jika PKR dapat memisahkan diri dari keluarga Anwar Ibrahim. Rasanya Azmin juga fahm dan hadam akan hakikat ini.

    ReplyDelete