Thursday, 31 December 2015

KENYATAAN AHMAD MASLAN SESUAI KEARAH MENJADI SEBUAH NEGARA GAGAL

Apapun penjelasan yang diberikan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berhubung dengan kenyataan umumnya  rakyat negara ini harus menjalankan dua pekerjaan tidak lagi boleh memperbaiki kesan kerosokannya kepada pemikiran umum.

Tentunya kakitangan dan pegawai - pegawai kerajaan juga mengira diri mereka termasuk dalam golongan  yang dimaksudkan oleh beliau  kerana  pendapatan mereka semakin kurang dengan perbelanjaan  semakin besar kerana kenaikan harga barangan dan  sebagainya.

Ahmad Maslan  tidak menyedari kesan kenyataannya itu  boleh meruntuhkan nilai -nilai yang yang cuba dipertahankan dan diperkuatkan lagi  di kalangan kakitangan kerajaan.

Sikap berkerja kakitangan  kerjaaan sekarangpun  telah merosot bagitu jauh jika dibandingkan  dengan era Tun Dr.Mahathir dan Tun Daim sebagai Menteri Kewangan

Kita sekarang boleh melihat bagaimana kakitangan kerajaan lepak dalam masa kerja di kedai-kedai mamak  terutama di Putrajaya kecuali jika diketuai oeh ketua-ketua jabatan yang diketahui  benar-benar tegas dan keras.

Kenyataan Ahmad  Mazlan itu jelas memperlihatkan  sebilangan  menteri-menteri  tidak memahami  nilai-nilai yang diperlukan untuk mengekalkan tradisi pentadbiran kerajaan bagi  membangunkan masyarakat yang diperlukan untuk menjayakan wawasan 2020.

Hal ini memerlukan penerusan pemupukan nilai -nilai baik yang telah membangunkan maruah negara selama lebih 50 tahun merdeka terutama dalam memantapkan displin kerja dan penggunaan masa kakitangan kerajaan.

Malaysia tidak seharusnya memiliki imej kakitangan kerajaan yang tidak bergaji cukup dan terpaksa membuat kerja-kerja sambilan untuk menambah pendapatan seperti kakitangan kerajaan di  Indonesia atau Thailand.

Inilah gambaran yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan itu  terhadap cara berkerja  kakitangan kerajaan Malaysia sekarang dan bukan lagi imej bermaruah yang diwarisi dari sejak pemerentahan British.

Ahmad Mazlan telah membuat kenyataan yang tidak secara langsung menjejaskan imej terhormat kakitangan kerajaan selama ini.Ia juga menunjukan nilai pemikiran kepimpinan negara yang sedang dalam keadaan terdesak untuk menghadapi masalah keruntuhan ekonomi dengan berbagai-bagai teori baru yang terlintas difikiran dan mengikut sedap mulut.

Di  Indonesia  kebanyakan kakitangan kerajaan  hanya datang berkerja di waktu pagi dan hilang  di waktu  petang untuk membuat kerja sampingan yang lain.

Saya telah hidup dari sejak zaman pemerintahan Soekarno di Indonesia  dan memahami keadaan masyarakatnya  yang terpaksa membuat dua tiga kerja sehari yang berlanjutan hingga ke era Jukowi sekarang ini.Inilah yang digalakan oleh Ahmad Maslan untuk dicontohi.

Kenyataan Ahmad Mazlan itu tidak membantu untuk membangunkan  masyarakat dengan kualiti yang diperlukan oleh Wawasan 2020 sebaliknya melonggarkan  displin kakitangan dan pegawai kerajaan terutama di kalangan guru yang sekarang pun ramai terlibat dengan kelas tuisyen dan berbagai-bagai perniagaan sambilan.

Kita sedang menambah kriteria untuk melayakan diri menjadi  sebagai  sebuah negara yang gagal.( A Failed Nation)

Tuesday, 22 December 2015

NAJIB DAN HAJI HADI MESTI BERUNDUR DEMI UNTUK PERPADUAN MELAYU DAN ISLAM

Kerjasama kearah perpaduan Melayu menerusi Pas dan UMNO mungkin telah melampaui zaman terutama dengan wujud suatu kesedaran baru diatas ketidakyakinan orang Melayu terhadap kepimpinan negara dan ketidak sefahaman antara parti-parti pembangkang.

Rakyat diakar umbi malah di kalangan rakyat biasa menengah dan atas  yang melihat politik dari luaran sahaja tidak sedar betapa kotornya permainan politik dan sikap  immoral pemimpin-pemimpin  kerana lebih percaya kepada rhetoric mereka.

Mereka terus  berada dalam idealisme untuk melihat sebuah kerajaan utopian yang bersih,cekap  amanah dan sempurna.Walaupun ini sangat ideal tetapi  tidak boleh perkecilkan kerana jika idea ini mengumpulkan perpaduan pemikiran dan harapan maka ia boleh menjadi tsunami yang boleh meruntuhkan tradisi,convention dan kerajaan.Kesedaran ini semakin meluas terutama di kalangan generasi baru.

Orang Melayu melihat gerakan kearah perpaduan Pas dan Umno sekarang  ini lebih kerana dorongan  kepentingan survival masing-masing dan bukan untuk memenuhi idealisme dan  mimpi rakyat .

Saya tidak menolak anasir  survival ini sebagai suatu rahmat atau blessing ekoran dari runtuhnya   nilai-nilai ideologi masing masing.Mempastikan keselamatan kerusi bagi parti masing-masing adalah lebih utama dari idealisme perpaduan dan agama.

Ketamakan kuasa dan kebencian melulu Pas terhadap UMNO telah menjerumuskannya   kelembah kehinaan politik  dengan penggadaian  prinsip-prinsip utamanya,penjualan maruah parti,bersekongkong dengan pemimpin yang tidak bermoral dan tidak Islamic.

Timbalan Presiden Pas sendiri Tuan Ibrahim masih mendabik  dada terhadap kerbersihan partinya tanpa menyedari ekornya bergelomiang dengan najis.Dia melihat UMNO sebagai biawak tetapi tidak melihat diri Pas sebagai ular berkepala dua.

Kelemahan kepimpinan negara dan UMNO  sejak Abdullah Badawi hingga kepada Najib telah meruntuhkan prinsip prinsip negara yang sejak merdeka mengebarkan bendera kebijaksanaan dan kehormatan  bangsa dan agama bermaruah.

Apapun cerita  disebarkan  samaada bersifat fitnah atau benar terhadap kepimpinan Tun Dr. Mahathir, tidak akan dapat menutup suatu era pimpinannya yang tersohor,bergelora dengan kebanggaan dan semangat tinggi  rakyat dan negara mendapat sanjungan luar.

Sebaliknya  sekarang rakyat merasa kehinaan  diri atas beberapa isu terutama sekali keadaan ekonomi.Contoh paling kecil hakisan ringgit dari hari kehari sedangkan PM membuat beberapa kali janji ringgit akan naik semula.Sekarang beliau tidak lagi berani mengulangi kenyataan ini.

Rakyat amat terasa hakisan moral negara pabila mereka mahu berbelanja di luar negara. Di Thailand mereka  diminta oleh pekedai supaya menukarkan  mata wang Malaysia kepada mata wang  lain lebih dahulu pada hal sebelum ini mata wang Malaysia menjadi rebutan.


Membangkitkan  cerita Tun  Mahahtir menulong saudara maranya dan menyalahgunakan wang negara adalah menelanjangkan cyber troopers Najib setaraf dengan media sosial lain yang sering dikecam  oleh kerajaan sendiri kerana  tidak menghormati  etika kewartawanan.

Mereka tidak mengambil kira samaada tindakan itu memberi kesan atau tidak sebaliknya lebih bertujuan untuk membalas dendam sedang dari segi journalisme, sejarah  tidak menarik minat ramai  berbanding dengan berita semasa seperti IMDB atau RM2.6.Bahlol-bahlol ini mahu menarik perhatian ramai dengan berita anjing menggigit manusia.

Cerita- cerita lama adalah  berita lapuk apatahlah lagi bila rakyat menyedari motifnya  untuk menunjukan Mahathir lebih kotor dari Najib tetapi  tidak dapat membersihkan pekong Najib . Pekong lama  telah kering dan tidak berbau lagi tetapi bau bangkai baru membusuk di seluruh negara kerana sukar untuk dikeringkan.

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim menghidu bangkai ini seperti bangkai biawak.

Menilai semua keadaan ini maka yang  menjadi penghalang besar kepada penerimaan rakyat  diakar umbi kepada usaha   perpaduan PAS dan UMNO ialah kepimpinan negara itu sendiri yang dicemarkan oleh masalah  isu  1MBD dan juga RM2.6 b yang terdedah ketika keadaan ekonomi merosot.

Apapun penjelasan tidak akan diterima dengan baik oleh rakyat kerana pasukan pengurusan media Najib telah melakukan  kesilapan dari awal lagi sehingga memberikan kesan kepada merosotnya penonton berita TV3.

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim adalah memberikan gambaran  yang sebenar  harti nurani rakyat   apabila  beliau menegaskan Pas  tidak mahu menangung biawak  hidup dalam  perpaduan dengan UMNO.

Menteri Besar Pas Kelantan menyatakan  kesediaan    Pas untuk memaafkan kesilapan  UMNO di masa lalu tetapi rakyat di kalangan Pas dan juga UMNO malah rakyat  di luar kedua parti ini tidak dapat melupakan  kesilapan baru UMNO dan juga pemimpinnya dalam isu 1MDB dan  RM2.6b.

Jalan penyelesaian kepada permasalahan ini dan demi  untuk menjayakan perpaduan PAS UMNO dan  perpaduan Islam di negara ini maka  Datuk Sri Najib mestilah  berundur dari kepimpinan negara dan demikian juga Haji Hadi harus meletakan jawatan  Presiden Pas kerana kedua mereka sudah hilang kredebiliti dan tidak mempunyai kekuatan untuk  menjadi asas perpaduan Pas dan UMNO  untuk pemulihan maruah bangsa dan agama dan ekonomi negara.


Sunday, 20 December 2015

KERJASAMA UMNO PAS ANCAM MATLAMAT DAP JAMIN MASA DEPAN MCA

IBRAHIM ALI TIDAK REALISTIK

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali meramalkan kerjasama politik UMNO dan PAS  mustahil akan berlaku kerana perbezaan ideologi.

Dalam hal Ini, saya kira Datuk Ibrahim  Ali tidak realistik .Bukankah Pas boleh berkerjasama  dengan DAP dan PKR sekalipun dari segi ideologi Islamnya jauh berbeza sebaliknya lebih banyak titik pertemuan dalam soal-soal dasar negara; agama,  integriti  dan identiti nasional antara Pas dan UMNO.

Sebenarnya Presiden Pas, Haji Haji Hadi bukanlah lagi  hardcore Islam

Pendirian ideologinya  telah pun dicemarkan sejak bersekongkong dengan Anwar Ibrahim dan DAP  untuk menjatuhkan kerajaan BN yang dianggap menjijikan.

Tidak ada penjualan prinsip  Pas yang lebih  lebih besar selain  dari kesanggupan Hadi berdakap dengan pemimpin homoseksual,leberalis  dan pemimpin yang sah kafir dari UMNO yang dikafirkan.

Kekuatan Pas sejak dari sebelum merdeka adalah diatas imej militan, ketaksuban fahaman dan rhetoric kefanatikan  yang membakar semangat dan  tidak sesoai dengan masyarakat majmuk Malaysia. Maka itu  kita saksikan  perbuatan mockery nya amat jelas sejak penyelewengannya.

Yang dahsyat sekali sumpah Bai'ah  yang menghukum  penyeleweng-penyeleweng sebagai melakukan  zina  tetapi telah menjadi keharusan dan didiamkan kerana kepentingan politik.Apabila agama menjadi ideologi politik maka inilah akibatnya. Dosa boleh diampunkan atas hukuman politik.

Pas telah belajar menjadi lebih pragmatik dan menerima keharusan-keharusan politik  dari pengalaman kerjasama dengan  DAP dan PKR yang telah pun menjadi amalan UMNO dari sejak awal lagi.

Pas juga harus belajar dari  Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali  yang lebih practical dalam politik demi untuk mencapai matlamat.

Adalah lebih baik jika kerjasama politik  antara Pas,UMNO  ini merangkumi Perkasa.Ini  akan membenamkan Malaysian Malaysia DAP yang mendapat dukongan kuat dari  akhbar The Star .

MCA tidak akan menghalang  kerjasama Pas UMNO  kerana masa depannya juga akan  lebih terjamin jika berlaku kerjasama UMNO dan Pas.

Tuesday, 15 December 2015

SULTAN JOHOR DAPAT SOKONGAN MORAL DARI SINGAPURA

Nampaknya macam ada persafahaman antara Sultan Johor dengan Kerajaan Singapura  dalam langkah mengharamkan vape,sekurang-kurangnya dapat difahami oleh negara itu  bahawa negeri  Johor tidak mahu mengganggu rakyat Singapura dengan asap vape.

Sultan Johor yang tidak mendapat  sokongan dari kerajaan persekutuan dalam hal ini tentunya merasakan sokongan moral dari Singapura terutama dalam melihat tidak hanya jerebu dari Indonesia sahaja yang merbahaya tetapi asap vape lebih merbahaya lagi

Dari segi moralnya Singapura   lebih mementingkan kesihatan rakyat dari kepentingan wang kerana ia tidak berpegang kepada  falsafah "Money Is The King" sebaliknnya rakyat adalah "King of the King"

Menurut suatu kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura,pengharaman produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape di negara itu berkuat kuasa mulai hariini.

Mereka yang didapati melanggar pengharaman itu  boleh dikenakan denda sehingga S$20,000(RM61,328) atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua -kedua sekali.

Di Malaysia,Kemenetrian Kesihatan juga berhasrat mengharamkan vape tetapi kuasa  Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  lebih besar dan lebih kuat kerana beliau mahu menyelamatkan  ekonomi bumiputra dari kesihatan rakyat pada keseluruhannya.

Nota:
Terima Kasih kepada yang menegur.Memang saya tersilap. Yang sebenar dimaksudkan ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob-Zam.

Saturday, 12 December 2015

BUKAN CERITA BARU UMNO TERIMA SUMBANGAN DANA PILIHANRAYA.

BANGSA BERMARUAH TINGGAL SEBAGAI KENANGAN UNTUK DITANGISI

Sumbangan kepada dana pilihanraya UMNO atau BN bukanlah suatu pekara baru yang seharusnya menimbulkan kegemparan oleh kerana telah pun berlaku dari sejak kepimpinan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman.

Dari pengalaman saya sebagai wartawan, di era Tunku UMNO banyak bergantung kepada sumbangan dari taukeh-taukeh MCA pada pilihanraya pertama dan seterusnya ketika bertanding atas nama Perikatan (UMNO, MCA dan MIC).

Maka itulah Tunku terpaksa mengimbangi kepentingan taukeh-taukeh Cina dengan kehendak dan sentimen Melayu dan beliau dikorbankan oleh orang Melayu kerana dasar ini.

Ini dapat dilihat dalam penolakan beliau  terhadap langkah Menteri Pertanian Aziz Ishak mahu  mendirikan kilang baja uria tempatan yang  menyebabkan persengketaan besar dalam UMNO dan  Aziz Ishak disingkikran.

Tunku juga terpaksa menolak langkah Aziz Ishak mahu  menghapuskan orang tengah  dalam pasaran ikan bagi membantu para nelayan Melayu.

Tradisi menerima sumbangan ini  berterusan sehingga  BN menggantikan Perikatan dibawah pimpinan Tun Abdul Razak tetapi tidak menampakan Tun Razak tertakluk kepada orang Cina terutama sekali setelah Tun Tan Siew Sin tidak lagi menjadi Menteri Kewangan.

Dibawah menteri kewangan Melayu, selain dari sumbangan terus kepada Perdana Menteri atau bendahari UMNO ramai pula yang menjadi ejen-ejen tidak rasmi  menjalankan pungutan sumbangan dari syarikat atau individu yang memberikan kepada mereka  kerana mengetahui mereka sebagai orang "menteri" atau kawan baik menteri.

Ejen-ejen ini pula tidak menyampaikan sepenuhnya pungutan  kepada menteri dan menjadi kaya-raya selepas pilihanraya malah seorang rakan menteri dikatakan cuba melarikan RM5 Juta keluar negara dan di tahan  di lapangan terbang Subang tetapi dibebaskan atas rayuan kerana dia kawan baik menteri.

Saya tetap ingat kata -kata Tun Mahathir kepada saya apabila saya mengadu kepadanya tentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Katanya, "Zam,nabi pun tak boleh betulkan dunia ini".

Bagaimanapun  soal sumbangan kepada parti tidak diambil pusing oleh ahli-ahli UMNO asalkan mereka dapat wang yang cukup untuk jalankan kerja-kerja  kempen. Dalam hal ini kita harus berani berterus terang bahawa baik di kalangan pembangkang atau kerajaan,menafikan money politic adalah hipokrasi yang paling besar.

Dalam masa Anwar Ibrahim berada dalam UMNOlah kejadian ini berlaku secara blatant sekali tetapi kerana imej agamanya maka pemimpin Pas pun menghalalkan pembelian  diri mereka termasuk Harakah.

Maka itu kerana apakah kita gemparkan sumbangan RM2.6 billion kepada poket Najib untuk pilihanraya?

RM 2.6 billion  luar biasa kerana selain dari jumlahnya yang sangat besar dan dimasukan dalam akaun persendirian tetapi diakui  datang dari luar negara.

Pengakuan itu sekali gus menyebabkan sesiapapun tidak yakin bahawa pemberian itu adalah sedekah yang ikhlas  dari penderma atau penderma-penderma asing.

Cerita Menteri Dalam Negeri bahawa kita tidak terikat apa-apapun dengan penderma atau penderma-penderma itu bukan sahaja tidak dipercayai oleh orang-orang yang bersekolah, malah yang tidak bersekolah pun mentertawakan ini apatah lagi orang Melayu yang berpegang kepada "Ada ubi ada batas, ada budi ada balas"

Boleh juga difikirkan mungkin negara-negara Arab yang  memberikan sumbangan ini adalah proxy kepada kuasa-kuasa besar. Dari sejak sebelum dan sesudah merdeka pun Malaysia adalah proxy  kuasa Barat  tetapi tidaklah didedahkan sumbangan mereka dalam bentuk kewangan sebaliknya dilindungi oleh dasar kemanusiaan dan ketenteraan.

Pendedahan RM2.6 Billion oleh Najib Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO Ini adlah suatu pendedahan yang sekaligus dianggap sebagai melibatkan penjualan maruah bangsa dan negara dan menjustifikaksikan kepada rakyat perbuatan rasuah secara terang terangan.

Jika seorang pemimpin  negara yang berkuasa mencorakan dasar luar negara dan ekonomi boleh menerima sumbangan dari negara asing untuk kepentingan parti maka apakah  salah jika pegawai tinggi kerajaaan menerima sumbangan berjuta ringgit atas alasan untuk membantu pemimpin negara  mendapatkan sokongan pegawai-pegawai dibawahnya.

Tidaklah boleh dinafikan bahawa UMNOlah yang menjuarai ketulusan dalam  menerima sumbangan pilihnarya dari luar negara walaupun dahulu disembunyikan dengan menuding jari kepada orang lain.

Rakyat masih berada dalam prasagka atas tuduhan terhadap  parti-parti pembangkang menerima  sumbangan dalam pilihanraya dari luar negara tetapi UMNO mendedahkan perbuatanya yang niat asalnya mahu disembunyikan tetapi menjadi kes terlalu berat apabila dikaitkan dengan 1MDB.

Saya tidak tahu apakah Perdana Menteri Dr.Mahathir juga pernah menerima sumbangan untuk dana pilihanraya  dari luar negara tetapi kecendorongan untuk mengungkit kesilapan dan keburukan Tun Mahathir bagi menutup atau menjustifikasikan kesilapan Najib tidak akan dapat mempengaruhi rakyat kerana jasanya sangat besar kepada negara dan agama  yang menyebabkan rakyat tidak mahu melihat dosanya.

Dasar bebas luar negara Tun Mahathir yang dipelupori oleh Tun Abdul Razak telah menggoncangkan dunia dan Malaysia dihormati  walaupun berada dalam blog Barat. Dalam keadaan ini pun ekonomi negara maju terus berbanding dengan sekarang walaupun menjadi anak emas baru US.

Dari dulu hingga sekarang dasar negara tetap menentang gerakan militan tetapi tidak terlihat kerana menerima bantuan kewangan dari negara-negara Arab yang menjadi proxy Barat tetapi sekarang sokongan kita telah jelas kepada dunia terutama kepada puak militan kerana kita disogokkan dengan wang dan bukan kerana dasar asal atau kejatian diri kira.

Maka itu kita menjemput bahaya yang besar kepada keselamatan negara kerana imej kita setaraf dengan negara-negara Arab yang menjadi alat kepada dasar Amerika.

Kebijaksaan, kehalusan dan ketertiban diplomasi telah runtuh dan maruah sebagai sebuah negara bebas dan berkecuali telah musnah kerana kerakusan dan ketamakan.

Inilah harga yang sedang dibayar oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang telah hilang perhitungan maruah dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Kepintaran Allahyarham Tun Abdul Razak dan keberanian kecekalan Tun Mahathir dalam membina maruah bangsa tinggal sebagai kenangan untuk ditangisi oleh anak anak bangsa.

Tuesday, 8 December 2015

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN TIDAK BERSALAH.

Komen:
PENDERMA RM2.6 BILLION BERNAMA ALADDIN
Penderma RM 2.6 Billion dari Negara Arab yang dirahsiakan selama ini sebenarnya bernama Aladdin. Wang tersebut diperolehi oleh Aladdin melalui jin dari lampu ajaib. Walaupun sukar diterima akal logiknya tetap ada memandangkan cerita Aladdin dan Jin Lampu Ajaib telah diterima di seluruh dunia.
TIMBALAN PRESIDEN UMNO AKAN DIPECAT
Besar kemungkinan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin akan dipecat  sebelum perhimpunan Agung UMNO Khamis ini  atau atas suatu usul  oleh seorang wakil yang akan dibincangkan di perhimpunan itu untuk menunjukan betapa demokratiknya Datuk Najib Presiden UMNO.

Pemecatan ini akan dibuat berasaskan ucapannya di Sultan Sulaiman Kelab yang dianggap sebagai melanggar atau mensabotaj parti. SUA UMNO Tengku Nan mungkin memikirkan Muhyiddin termasuk dalam perangkapnya tetapi Muhyiddin pun telah mendapat  maklumat awal, maka kerana itu beliau ambil sikap do or die.

TIDAK BERSALAH
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyidin Yassin tidak bersalah dalam  memberikan ucapan Pra Perhimpunan Agung UMNO Khamis  ini  kerana beliau telah dilarang untuk berucap di perhimpunan itu.

Tentunya berjuta orang menyaksikan siaran langsung ucapan itu dari Sultan Sulaiman Kelab malam tadi berbanding dengan hanya orang UMNO yg akan dengar ucapan Presiden Najib.

Siaran langsung ucapan Presiden UMNO menerusi  diberbagai siaran TV perdana kelak  tidak akan dipedulikan oleh orang ramai kerana beliau adalah seorang Presiden yang  berada dalam keadaan integritinya dipersoalkan malah ucapan Muhyiddin  malam tadi telah mengotorkan semula usaha pembersihan yang dilakukan dengan  gopah gapah untuk membantunya

Dakwaan Najib bahawa isu IMDB dipolitikan untuk menimumbulan anggapan negatif terhadapnya mungkin benar tetapi cara pengurusan krisis dalam isu ini  dan tindakan-tindakan yang diambil  dengan menggunakan kuasa Presiden Parti dan  PM yang dipileh oleh rakyat  amat sukar untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadapnya.

Ya! Muhyiddin telah dianggap melanggar keputusanUMNO  tetapi jika perbuatan beliau diangap sebagai bersalah maka salah juga keputusan MKT di bawah penguasaan sepenuhnya  Datuk Seri Najib melanggar tradisi yang dihormati  dan dipraktikan sekian lama untuk menunjukan pendemokrasian dalamannya dan juga untuk menunjukan UMNO sebagai contoh parti politik paling demokratik di negara ini

Kesilapan Najib adalah lebih besar kerana tangannyalah yang menghancurkan perjalanan demokrasi mulia dan suci yang berjalan dengan cara berbudaya didalam UMNO selama ini.

Yang jelas kepada umum  "by hook or by crook" beliau sanggup lakukan untuk survivalnya. Adakalanya rakyat merasakan mereka dianggap sebagai terlalu bodoh dari seorang yang meanggap dirinya sebagai bangsawan Bugis dan dari gulongan elitis.

Bahawa lain lain pemimpin UMNO juga tidak akan diberikan peluang untuk berucap tidak boleh mengesahkan larangan kepada Muhyiddin.Kepada umum yang cerdik sudah terang lagi bersuloh kerana matlamatnya adalah untuk menutup demokrasi bagi  Muhyiddin.

Berucap di luar adalah cara  terhormat bagi Muhyiddin yang telah diinanyai dan inilah stratiji  beliau  yang bijak yang telah dimaklumkan kepada  saya ketika bertandang ke Cafe saya Zam Newsroom Cafe di Putrajaya baru baru -baru ini.

Ternyatalah  kecekapan penggunaan tekonologi Muhyddin telah mendahului Presiden dan lebih berkesan.Muhyiddin lebih bijak dari Najib yang sedang dalam kelemasan.

Ternyata cyber troopers Najib juga  tidak bersedia untuk menjawab serentak atau lain-lain cara untuk menyekat  sertamerta   ucapan Muhyiddin yang amat meyakinkan rakyat .

Tidak dapat dinapikan selain dari kehadiran beribu orang  di Sultan Sulaiman Kelab , maka berjuta lagi menyaksikannya dan juga mendengar  ucapan Muhyiddin menerusi youtube  dan lain lain khidmat TV sukarela yang tidak mahu ketinggalan memberikan peluang kepada rakyat mendengar suara kebenaran.

Langkah  menyekat  Muhyiddin berucap ternyata suatu keputusan yang tidak bijaksana malah telah  mememberi kelebihan kepada Muyiddin.

Kehadiran Muhyiddin   ke Perhimpuan Agung UMNO Khamid ini  tentunya dengan  aura  yang lebih besar kepada  kepada rakyat dan kepada perwakilan UMNO walaupun mereka berada dalam keadaan tertekan dan tak boleh bertepuk tangan tetapi beliaulah suara berani rakyat yang sanggup mengorbankan dirinya demi  untuk kebenaran dan demokrasi.

Perwakilan UMNO tidak akan meneriakan Hidup Muhyiddin seperti teriakan palsu kepada Najib di Perhimpunan Agung UMNO itu  tetapi teriakan lebih ikhls adalah  didalam hati sebahagian besar  perwakilan UMNO dan rakyat seluruh negara yang diringi dengan perasaan berkabong  atas kematian demokrasi dalam UMNO sempena dengan Perhimpunan itu.

Nota:
Saya mohon maaf atas kesilapan tarikh Perhimpunan Agung Umno 
dan banyak kesilapan ejaan dan sebagainya dalam posting ini  kerana di poskan dalam keadaan untuk mengejar masa.