Wednesday, 30 September 2015

PELARIAN KERANA DUNIA ARAB BUKAN LAGI PUSAT KETAMADUNAN MANUSIA

BAHASA ARAB TELAH BEKU SEBAGAI BAHASA ILMU

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Saya telahpun membangkitkan persoalan di ruangan ini beberapa minggu yang lalu tentang mengapakah orang Islam Syria lari ke negara Eropah dan tidak ke Arab Saudi di mana terletak Mekah yang dianggap sebagai pintu syurga, sedangkan Eropah dianggap sebagai pintu neraka.

Saya membangkitkannya setelah mendengar khutbah Jumaat yang mensifatkan Eropah sebagai musuh Islam yang menyebabkan saya tertanya pada suatu pagi kenapa orang Syria menyabung nyawa lari ke Eropah.

Apakah ini menggambarkan musuh Islam adalah orang Islam sendiri dan orang Islam sendiri tidak senang lagi dengan negara-negara Islam.

Sultan Perak, Raja Nazrin Muizzuddin Shah telah membangkitkan pekara yang sama dalam ucapannya di Sidang kemuncak Pemimpin-pemimpin Universiti Negara Islam Dunia di Putrajaya baru-baru ini berasaskan kenyataan seorang pelarian Syria, bahawa mereka akan memberitahu anak-anak mereka, bahawa pelarian Syria lari ke negara Eropah sedangkan Mekah dan bumi Islam lebih hampir dengan mereka.

Kenyataan seorang pelarian Syria yang menyamakan Canselor Jerman, Angela Merkel dengan pemimpin Habsah, Raja Negus yang terkenal sebagai pelindung umat Islam semasa hijrah Nabi Muhamamad SAW telah menyentuh perasaan Raja Nazrin.

Raja Nazrin mahu umat Islam menangani isu pelarian Syria dengan lebih baik dan tentunya dengan menganalisinya secara positif.

Pertanyaan saya tentang mengapakah hal itu berlaku telah disanggah oleh seorang yang pro Arab Saudi dengan mendakwa Arab Saudi juga memberikan perlindungan kepada orang Syria sejak sekian lama tetapi tidak dibesar-besarkan oleh media Barat dan juga difitnah oleh Iran.

Kita harus sedar, bahawa negara-negara Eropah menjadi pusat tumpuan orang Islam termasuk dari Malaysia selain dari kerana kemakmuran dan keselamatannya disana juga pusat segala ilmu yang mencipta sejarah pemodenan dan penciptaan sejarah-sejarah baru dalam keupayaan akal manusia bila bebas digunakan sepenuhnya.

Mekah dan negara-negara Arab lain, bukanlah lagi pusat ilmu sezaman, kecuali untuk mendalamkan ilmu agama.

Dari pembacaan saya sekian lama, kemunduran ilmu di negara-negara Islam Arab adalah oleh kerana para akademik Islam terkemuka dan terbuka (ulama-ulama) dan bijak pandai yang progresif dan dinamik telah melarikan diri oleh  kerana ditekan dan dikafirkan oleh ulama-ulama taksub yang menjadi ulama-ulama Istana.

Bagaimanapun pelarian beramai-ramai orang Islam ke Eropah ada baiknya untuk kepentingan perkembangan Islam dan ekonomi Islam jika mereka bersikap persabahatan dan bukan menjadikan orang-orang Eropah sebagai musuh. Sikap Yahudi dalam hal ini sehingga membolehkan mereka menguasai Barat khususnya Amerika Syarikat harus dijadikan pelajaran.

Sikap persabahatan dan kebijaksanaan dalam hal ini telah ditunjukkan oleh  pemimpin-pemimpin Melayu dan generasi Melayu terdahulu yang mendapat pendidikan Barat. Contoh utama ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail  dan ramai terpelajar Melayu yang pernah belajar di UK yang menyebabkan orang Melayu di sayangi oleh orang-orang Inggeris.

Mereka juga memanfaatkan kepakaran Inggeris sehingga selepas merdeka dengan mengekalkan pegawai-pegawai tinggi Inggeris untuk membantu negara dari segi pentadbiran, pembangunan, keselamatan dan perekonomian.

Bagaimanapun generasi baru Melyu tidak bergaul dengan orang Inggeris seperti generasi Melayu sebelum merdeka oleh kerana pemikiran negatif dan jumud terhadap Barat telah ditanam sebelum mereka ke Eropah.

Di samping itu, sikap orang-orang Inggeris di UK terhadap orang asing juga telah berubah kerana masaalah yang mereka hadapi dari pendatang seperti masalah yang kita hadapi di Malaysia. Mereka yang kita anggap sebagai sedarah sedaging menjadi perompak dan penyamun di negara kita di samping yang berkerja dengan baik menyebabkan kita hilang perasaan sentimental.

Pembacaan dan juga pengalaman saya menyakinkan saya bahawa orang-orang Inggeris sangat senang dengan orang Melayu, kerana sikap mereka yang lemah lembut, jujur dan tidak kasar malah mereka menganggap orang Melayu sebagai Gentelman Of  The East.

Terserahlah kepada kita untuk berfikir, adakah kita hendak memandang Eropah sebagai pusat segala kejahatan dan maksiat atau pintu ke neraka atau menghadapi realiti secara positif dan bahawa Eropah sekarang adalah pusat segala keilmuan, peradaban dan kemanusiaan (Kebinatangan mereka tersembunyi dengan bijak dan halus).

Dari segi perwatakan dan ke Islaman yang tidak ke Araban, orang Melayu mempunyai kualiti diri, imej dan keupayaan bagi menggambarkan Islam sebagai agama persaudaraan, tetapi saya amat bimbang dengan kecendorongan orang Melayu untuk menggambarkan diri mereka sebagai ke Araban dan bukan ke Melayuan dan ke Islamanan sebenar.

Dalam hal ini para ustaz dan ustazah, alim ulama kita terutama yang berceramah di TV, berhentilah dari menggambarkan Barat sebagai musuh Islam kerana sebenarnya ketamadunan Islam sekarang bergantung kepada keupayaan orang Islam untuk menimba ilmu dari Barat dan menyesuaikan diri dengan Barat.

Negara-negara Arab bukanlah lagi pusat ilmu, malah Bahasa Arab sendiri adalah bahasa yang telah beku dan jumud dari segi ilmu, kecuali dari segi keagamaan.Yang tinggal hanya kegemilangan zaman silamnya.

Tuesday, 29 September 2015

ANIFAH MARAH NAZRI CEROBOH WISMA PUTRA BELA DUTA CHINA

  • TEH TARIK MINUMAN NASIONAL MALAYSIA 
  1. Najib tak akan ambil tindakan pada Nazri campurtangan dalam tugas Wisma Putra hingga cemarkan imej maruah negara demi untuk jamin pelancong China. Kenyataan GBN Zeiti sebabkan ringgit jatuh seperti yang didakwa oleh 1MDB lebih berat.
  2. Semalam ada berita Nazri is flying to Rome to see Najib on China envoy isue. His concern only tourism not the pride of nation. Anifah angry
  3. Nazri said Deputy Foreign Minister Reezal did not follow protocol. Now who is intruding into other ministry and not following norm?
  4. Anifah tick of ministers for butting into Chinese envoy matter . One of them must be Nazri who is known as defender of China
  5. Nazri Aziz dakwa Reezal Naina tak hormati protokal panggil Duta China pasal isu melawat Petaling Street .Maka itu Nazri flew to see Najib in Italy. Have happy days and nice shopping.

  6. Terkini: Naina kata dah beritahu Najib lebih dahulu sebelum duta itu dipanggil. Don't worry Nazri ,you are a good friend of Najib. Fully utilised your time in Rome, the night is still young.
  7. Zainuddin Maidin
    Menteri sama menteri dah bergaduh pasal tindakan panggil Duta Cina. Ini masalah negara nak tunjuk besar dlm keadaan lemah.Jadi lebih kecil lagi

Nazri admits mistake in dealing with diplomatic flap

I had no intention to interfere in the affairs of Foreign Affairs Ministry, says  culture and tourism minister- MALAYSIAKINI.

Syabas Nazri: Ini kekuatan saudara- ZAM

  1. Hari ini kita rasmikan TEH TARIK sebagai minuman nasional Malaysia kerana telah menjadi budaya rakyat. Tak perlu promosi macam kopi minuman yg nak mati. Hihup Tea!
  2. Hari ini dipromokan Hari Kopi Antarabangsa. Mana boleh lawan Teh Tarik Jalan Masjid India. Kena segelas hilang ketagih seminggu
  3. Hari ini kita istiharkan  Hari Teh Tarik Malaysia  kerana ia  telah menjadi minuman rakyat seluruh negara melampaui kelas  dan kaum dari kampung ke bandar, dari darat hingga ke udara. Hidup seharian rakyat Malaysia  tak sempurna tanpa Teh Tark. Maka itu kopi yang tak laku terpaksa dipromosikan sebagai minuman antarbangsa kerana dalam negara  dah tak laku.

Gambar -gambar  hardcores Teh Tarik Jalan Masjid India. Mereka berhimpun setiap minggu. Pelancaran buku Datuk Jaafar Rahim bekas anggota  Dewan Bahasa di gerai Teh Tarik.



Monday, 28 September 2015

TUN DIANUGERAH THE STAR OF SOEKARNO

Empat tokoh dunia dianugerahi The Star of Soekarno

 | 3.975 Views
Empat tokoh dunia dianugerahi The Star of Soekarno
Pendiri Yayasan Pendidikan Soekarno (YPS) Rachmawati Soekarnoputri (ketiga kiri) berjabat tangan dengan Mantan Perdana Menteri Malaysia Mahatir Mohamad (kedua kiri), Duta Besar Republik Kuba Nirsia Castro Guevara (kanan), Duta Besar Republik Bolivarian Venezuela Darwin Tovar (kedua kanan) dan Kuasa Usaha Sementara (Charg'd'Affaires) Republik Rakyat Demokratik Korea Ri Hyong Ju (kiri) usai penyerahan Anugerah Tanda Kehormatan Star of Soekarno kepada di Jakarta, Minggu (27/9). YPS memberikan tanda kehormatan kepada Mahathir Muhammad, Hugo Chavez, Kim Jong Un, Fidel Castro, Raja Muhammad VI dan Hassan Rouhani sebagai bentuk atas kerjakeras dan sumbangsih dalam proses meraih kemerdekaan, perdamaian dan Hak Asasi Manusia. (ANTARA FOTO/Muhammad Adimaja/pd/15)

Jakarta (ANTARA News) - Empat tokoh dunia menerima penghargaan The Star Of Soekarno karena dinilai berjasa dalam bidang keadilan, kemerdekaan dan kemanusiaan.

Mereka adalah mantan perdana menteri Malaysia Tun Mahathir Bin Mohammad, mantan presiden Kuba Fidel Alejandro Castro Ruz, mantan presiden Venezuela Hugo Rafael Chavez dan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

"Terima kasih atas kesediaan Anda menerima The Star Of Soekarno. Penganugerahan ini diharapkan memperkuat persahabatan dan persatuan dunia," kata Pendiri Yayasan Pendidikan Soekarno, Rachmawati Soekarnoputri, di Jakarta, Minggu.

Ia mengatakan, penghargaan yang pertama kali dianugerahkan pada 2001 itu diberikan tidak hanya untuk menghargai kontribusi Soekarno pada Indonesia tetapi juga pada dunia.

Tun Mahathir Bin Mohammad yang mewakili para penerima anugerah menyampaikan apresiasinya dan bercerita sejak kecil telah mengikuti kiprah Soekarno.

"Jasa Soekarno tak boleh dilupakan. Ia memiliki kharisma dan mampu berpidato di depan ribuan orang serta menularkan semangatnya," kata dia.

Penghargaan diberikan langsung kepada Mahathir, sementara penghargaan Fidel Castro diwakilkan pada Duta Besar Kuba Nirsia Castro Guevara, untuk Hugo Chaves diwakilkan pada perwakilan Kedutaan Besar Venezuela Darwin Tovar dan untuk Kim Jong Un diwakilkan oleh Ri Hyong Ju.

CATATAN: Mohon maaf saya terpaksa delete komen yang telah tersiar oleh kerana menggunakan berita dari Antaranews.com- ZAM

Sunday, 27 September 2015

DUTA CHINA AKAN LAWAT KUBUR CHIN PENG...


        “I learned that courage was not the absence of fear, but the triumph over it. The brave man is not he who does not feel afraid, but he who conquers that fear.” Nelson Mandela



      DARI TWITTER

    KITAR SEMULA DRAMA KLASIK ANWAR IBRAHIM
       
      
  1. Prasangka ditimbulkan semula terhadap rawatan doktor kepada banduan Anwar Ibrahim. Cukuplah kitar semula dan replay drama klasik. Penonton dah meluat
  2. Datuk Zahid Hamidi: Saya ingin tahu salah ke jika kita bersatu tunjuk perasaan bantah jerebu? Biar Indonesia dapat mesej keras kita
  3. BN akan hadapi protes jika laksana skh satu aliran. Biar jadi masalah pembangkang terutama DAP bila tak dapat pertahankan.UMNO tak rugi.Forget MCA
  4. Berhimpunlah seluruh rakyat Malaysia dlm suatu tunjuk perasaan paling besar protes jerebu dari Indonesia
  5. Nasib baik mayat Chin Peng Ketua PKM tak dikebumi di Malaysia. Jika tidak Duta China dan simpatisan Cina M'sia akan ziarah.Right decision.
    1. Syabas kp bekas Naib president MCA yg nampak bahaya campurtangan Duta China kp keharmonian kaum di negara ini.Apakata Kit Siang? Ini bersih ke?

  6. Republic Of China should call back it ambbasador because blatant interference in Malaysian affairs and replace with more matured deplomat.
  7. Duta Komunis China buat kenyataan seolah-olah orang Cina Malaysia rakyatnya.Lawat Petaling Street pun very undeplomatic.Cemarkan Cina Malaysia.