Thursday, 30 July 2015

NAJIB HADAPI JALAN BUNTU UNTUK SINGKIRKAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Presiden UMNO Datuk Seri Najib menghadapi jalan buntu untuk menyingkikran Tan Sri Muhyiddin dari kedudukannya sebagai Timbalan  Presiden UMNO yang sepatutnya dilakukannya  dengan pantas setelah menyingkirkannya dari Timbalan Perdana Menteri.

Ini terdedah  apabila mesyuarat MKT yang dipanggilnya esuk disamping Taklimat Presiden UMNO  mengenai penyingkiran itu dibatalkan kerana dibimbangi akan menimbulkan kekecohan.

Walaupun Muhyiddin dan Shafie Afdhal  yang menjadi mangsa pemecatan tidak berpotensi untuk menimbulkan kekacauan tetapi kenyataan mereka untuk hadir di MKT sudah cukup mengancam perasaan Najib.

Ini berbeza dengan  Tun Dr. Mahathir  yang walaupun tidak pasti sokongan  terhadapnya tetapi  telah  memanggil mesyuarat MKT sebaik sahaja  memecat Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri  tetapi Najib nampaknya tidak berani mengambil risiko walaupun  beliau pasti sebahagian besar anggota MKT menyokongnya.

Saya tidak boleh membayangkan  apa akan terjadi pada UMNO sekiranya Muhyiddin terpaksa dikekalkan kedudukannya hingga mesyuarat Perwakilan UMNO akan datang.

Dalam tidak menemui alasan yang kuat , Najib mungkin akan membuat kenyataan beliau tidak bermaksud untuk memecat  Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO tetapi sekadarkan Timbalan Perdana Menteri sahaja.

Jika keadaan ini berterusan maka  Najib akan  menghadapi cabaran yang lebih besar kerana mesyuarat-mesyuarat Bahagian UMNO  yang sedang dipanggil  di seluruh negara pastinya yang akan menjmput Muhyiddin dan  tidak akan sepi dari perbincangan mengenai pembuangannya dan akan  membuat keputusan mengenainya.

Beliau tentunya tidak segera memanggil mesyuarat MKT jika beliau tidak mempunyai keyakinan bahawa semua proses penyingkiran Muhyiddin akan berjalan dengan lancar dengan didahuli mesyuarat MKT untuk pemecatan Muhyiddin dan dikuti dengan  taklimat kepada ketua-ketua UMNO.

Tetapi pembatalan kedua jadual ini membuktikan bahawa Najib telah mebuat salah perhetongan yang menambahhkan lagi jumlah kesilapannya   sekian banyak yang sedang dihetong oleh rakyat.

Jika belaiu  takut berhadapan  dengan wakil-wakil UMNO  di majlis taklimat maka  bagaimakah jika beliau dijemput untuk merasmikan mesyuarat -mesyuarat  UMNO bahagian?. Apakah beliau akan bersifat selective dengan menghadiri hanya mesyuarat UMNO bahagian yang diketahui menyokongnya?

Kenyataan  Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin (Utusan Malaysia hari ini) meminta semua ahli UMNO menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO miskipun disingkirkan dari Timbalan Perdana Menteri tidak memberikan mesej yang baik kepada Datuk Seri Najib.

Akibat kelewatan tindakan Najib itu maka ada kemungkinan desakan-desakan akan datang dari bahagian-bahagian UMNO   supaya kedudukan Muhyiddin di kekalkan sebagai Timbalan Presiden

Malah  seorang veteran UMNO, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO dan  juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Aziz telah memberi amaran tidak secara langsung kepada  Najib bahawa beliau  akan dipersalahkan jika UMNO musnah dan hancur dari tindakannya menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Katanya seperti yang dilaporkan oleh The Star"Tindakan terhadap Muhyiddin boleh memusnahkan parti"

Datuk Khaled  juga menyatakan tidak akan menghalang mana-mana bahagian di Johor untuk menjemput Muhyiddin merasmikan mesyuarart bahagian masing-masing.

Tindakan penyingkiran  Mahyuddin mungkin  akan memanjangkan hayat kedudukan Najib  sebagai Perdana Menteri tetapi belaiu tidak akan dapat menyekat cabaran-cabaran besar yang akan dihadapi dari  dalam parti akibat tindakannya yang tegesa-gesa.

Tidak ada jalan lain lagi bagi Datuk Seri Najib untuk  menyelamatkan dirinya kecuali dengan menambahkan tindakan-tindakan yang bersifat authoritarian.

Nota: Maafkan saya jika terdapat banyak kesilapan ejaan atau menggunakan ejaan lama- Zam


Timbalan Pengerusi Tetap Umno Datuk Mohamad Aziz memberi amaran bahawa rombakan kabinet, termasuk pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri, boleh memusnahkan parti.

“Ini tidak baik sama sekali untuk Umno yang mana tindakannya pada depan depan akan memusnahkan parti.

“Jika ia berlaku kita tahu siapa yang harus dipersalahkan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh TheStar.

Mohamad juga speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mengingatkan Najib bahawa kedudukannya, seperti Muhyiddin, dikecapi hasil sokongan akar umbi.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno semalam digugurkan sebagai timbalan perdana menteri, tindakan yang dilihat penganalisis susulan kenyataan kritikalnya dalam isu 1MDB.

Menyentuh tentang syarikat pelaburan negara itu, Mohamad mempertikaikan apa salahnya seorang timbalan perdana menteri bercakap tentang “isu ang membimbangkan rakyat”.

“Najib patut tahu apa lebih penting – 1MDB atau kelangsungan Umno,” beliau dipetik sebagai berkata oleh harian berbahasa Inggeris itu










Wednesday, 29 July 2015

MELIHAT KABINET BARU NAJIB SECARA RASIONAL

TOKOH2 BERKALIBER BESAR DARI SABAH

Perimbangan dan kualiti dalam perlantikan  Kabinet Baru menampakan pertimbangan dan pemilihan  yang rapi telah lama dibuat  tetapi pengumumannya dengan tergeas-gesa sehingga menapikan keperluan menyiapkan  segera laporan 1MDB,  telah  menampakan kepada rakyat survival Datuk Seri Najib lebih diutamakan.

Orang ramai nampak keperluan Najib menyegerakan rombakan  itu kerana beliau  telah nampak bahaya yang  datang dari kenyataan  Muhyiddin yang mengancam mengenai 1MDB di UMNO bahagian Cheras.


Jika Najib mengambil berat terhadap  kepenatan penantian rakyat terhadap laporan 1MDB  maka tentulah beliau menangguhkan dahulu pengumuman kabinet barunya  yang memerlukannya mengambil tiga orang yang sedang menjalankan tugas menyiapkan laporan hasel siasatan  itu .Demikianlah juga penyingkiran Peguam Negara Ghani Fathil yang terlibat dalam tugas yang sama.

Walaupun saya sedang berkabong ekoran pengumuman kabinet baru itu tetapi saya cuba untuk melihatnya secara rasional dari sudut-sudut positif  untuk mengeluarkan diri saya dari kesedihan.

Pertama: 

Kabinet baru ini  akan memberikan  semangat dan kekuatan baru kepada Datuk Seru Najib untuk memanjang hayatnya sebagai Perdana Menteri  sehingga Pilihanraya Umum akan datang.

2- Perlantikan Datu Dr. Ahmad Zahid Hamidi  ini akan membantu  memastikan  laluan mudah bagi  sepupunya Datuk Seri  Hishamuddin  Hussein untuk mengambil tempat sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri pada masa yang sesuai.

3- Dengan popularitinya  yang  tertinggi dalam parti  dan latar belakang pelajaran ugamanya serta kelebihan sebagai seorang orator  yang baik maka pemilihan Datuk Dr. Ahmad  Zahid Hamidi  sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan dikekalkan sebagai Menteri dalam Negeri menambahkan  aura  kekuatannya  untuk memulihkan imej nasionalisme UMNO  dan keyakinan di kalangan  orang Melayu dan Islam dengan langkah-langkah keselamatan yang seimbang.

Pegangan kepada kedua jawatan ini pernah disandang oleh Allahyarham  Tun Dr. Ismail selepas pemerintahan Majlis Gerajan Negara. Timbalan Perdana tanpa jawatan yang lain tidak menampakan kekuatan dan  penguasaan. 

Walaupun hubungan lalu antara  Zahid  dan Anwar Ibrahim sering  diperkatakan tetapi keyakinan Najib kepada Zahid menunjukan bahawa beliau tetap setia kepada Najib walaupun berada  di bawah Anwar.

(Dalam pada itu harus diingatkan pada masa itu untuk survival,semua orang mempunyai hubungan baik dengan Anwar termasuk Mahyuddin dan Najib sendiri tetapi oleh kerana melihat potensi Zahid maka beliau dilimpahkan beberapa kelebihan)

4- Perlantikan Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Timbalan Menteri di JPM   dengan imejnya sebagai aktivis moderate Islam, seorang modenis Islam dan intelektual Islam  yang dihormati fikiran dan kebolehannya  akan dapat membantu penerapan nilai -nilai keterbukaan  dan progresif Islam dalam menghadapi cabaran yang semakin agresif dalam politik liberalisme dan globalisai masyarakat berbilang kaum di negara ini. 

Dalam hal ini ,Asraf dan Zahid boleh saling membantu dalam menghadapi dan mematahkan provokasi terhadapi nilai-nilai agama dari segi keselamatan dengan secara logik, rasional dan terpelajar. 

Mungkin mereka  juga akan dapat membantu dalam pendekatan kearah yang lebih meyakinkan rakyat berbilang kaum jika diperlukan kerjasama antara PAS dan UMNO untuk kestabilan dan ketenteraman negara. Orang agama lebih mudah bercakap dan memahami bahasa agama antara mereka.

5-Pengekalan dan perlantikan  tokoh tokoh  politik yang berkalibar  besar dari Sabah yang terbukti dalam keupayaan mereka mempertahankan Najib  dengan fakta dan rasional akan memperkuatkan lagi sokongan rakyat Sabah kepada BN. 

Walaupun Shafie Afdal tersingkir tetapi  penggantiannya dengan Datuk Seri  Salleh Said Keruak sebagai Menteri Komunikasi dan Multi Media  akan memerlihatkan peningkatan sumbangan  Sabah dalam politik negara. Saya mempunyai keyakinan Salleh berupaya menjalankan tugasnya dengan berkesan. 

Walaupun saya tidak bersetuju dengannya tetapi saya mengakui kemampuannya menangkis serangan dengan pantas berasaskan fakta-fakta sejarah yang kuat dan benar dalam mempertahankan Najib dan tidak seperti kebanyakan ulaq ayaq yang digunakan oleh TV3.

Dua lagi  Menteri dari Sabah ; Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan ,Datuk Abdul Rahman Dahalan  dan Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman  telah terbukti tidak mengecewakan. Abd Rahman dan Salleh  tidak sahaja berkeupayaan dalam pendekatan  politik tetapi juga dalam penulisan.

Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah adakah  perlantikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri hanya bersifat sementara bagi memberikan laluan ke puncak kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin yang juga peranah menjadi Menteri Dalam Negeri dan banyak menyimpan rahsia-rahsia penting kementerian itu.

Apapun  dalam politik tidak ada perancangan dan  janji yang kekal. Nasib Zahid dan Hsihamuddin dalam kedududkan sebaga Perdana Menteri akan ditentukan  oleh pemilihan MKT UMNO  selepas Pilihnaraya Umum  akan datang sekiranya BN atau UMNO masih berkuasa dan sekiranya Najib merasa perlu untuk berundur.

Bagaimanapun yang jelas sekiranya Khairy Jamaluddin terus bermain politik untuk survival dan tidak mempunyai keberanian untuk mengambil risiko daam keadaan-keadaan yang diperlukan oleh rakyat maka harapannya untuk menjadi Perdana Meneri dalam usia muda adalah semakin jauh terutama dengan cabaran yang semakin terserlah dari bakat bakat besar politik dari Sabah..


Tuesday, 28 July 2015

MUHYIDDIN JUG AKAN DIPECAT SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN PARTI

ADAKAH MUHYIDDIN AKAN HADIR?
Berita dikemaskini 28 julai 2015:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri tetapi belum memecatnya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Pemecatan Muhyiddn sebagai Timbalan Presiden akan mendapat sokogan sepenuhnya  pada mesyuarat MKT Jumaat ini kerana beliau  telah melanggar displin parti.

Adakah Muhyiddin akan hadhir untuk mempertahankan dirinya di mesyuarat MKT itu  seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim semasa beliau mahu dipecat oleh Tun Dr.Mahathir yang hampir meletuskan kekacauan besar di PWTC?


MUHYIDDIN SELAMAT  DISINGKIR

Saya tidak mahu percaya berita yang disebarkan oleh beberapa portal mengatakan Tan Sri Muhyiddin akan disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam penysunan  semula kabinet yang akan berlaku pada bila-bila masa  sahaja.

Amaran-amaran kepada Muhyiddin  telah pun diberikan oleh blog - blog UMNO dan juga Speaker  Sabah Salleh Said Keruak dan sebuah NGO  yang memperkecil Muhyiddin sebagai melakukan beberapa kegagalan sebagai Menteri Pelajaran dan mempersoalkan kesetiannya terhadap Najib.

Takkan Speaker Sabah bagitu berani sekali menghina dan mencabar  Muhyiddin supaya berhenti jika beliau tidak mendapat signal.( Salleh telah dilantik jadi menteri)

Spekulasi ini menepati ramalan saya , maka nyatalah Datuk Seri Najib nikat dan berani mengambil risiko paling tinggi yang akan melibatkan masa depan UMNO dan negara demi untuk survivalnya-ZAM.

 SOKONGAN JOHOR PD MUHYIDDIN TINGGAL SEBAGAI KENANGAN.

Telah bangkit gelombang yang tidak mungkin dapat di tahan lagi. Nampaknya UMNO Bahagian Cheras menjadi pantai bertolaknya riak kecil  dari tiupan Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir  yang kemudiannya menjadi gelombang apabila disambung tiupannya  oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Gelombang ini menunjukkan tanda-tanda akan menjadi  ribut apabila  negeri kelahiran UMNO telah menyertai  bersuara berani yang dijuarai oleh Mukhriz, Muhyiddin, dan Reezal Merican.

Suara  dari Utara ke Selatan ini  adalah senada dalam rentak  lagu kegelisahan dan kemarahan rakyat di akar umbi.

Desakan dari UMNO Johor datang ketika suara Tan Sri Muhyiddin dibenamkan   oleh Utusan Malaysia( Utusan Melayu) yang sebelum ini tersohor  sebagai bersuara berani  orang Melayu dan suara rakyat.

Jika suara Timbalan Presiden UMNO pun dibenamkan maka apakah lagi suara ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, suara ketua-ketua Bahagian UMNO di seluruh negara  dan suara rakyat jelata?

Namun semangat rakyat telah bangkit apabilaKetua Perhubungan UMNO Negeri Johor yang juga Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin  tidak mempedulikan tindakan  Utusan ini sebaliknya menyambung  luahan perasaan rakyat  di akar umbi yang mahu suara mereka didengar segera kerana telah terlalu lama mununggu dan penat mendengar nasihat bersabar.

Inilah kenyataan UMNO Johor:

Umno Johor mahu suara akar umbi didengari bagi tangani cabaran parti









Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai sebuah parti yang terbuka, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan menahan sesiapa untuk menyuarakan pandangan masing-masing. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2015.Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai sebuah parti yang terbuka, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan menahan sesiapa untuk menyuarakan pandangan masing-masing. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2015.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor Datuk Seri      Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai sebuah parti yang terbuka, Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan menahan sesiapa untuk menyuarakan pandangan masing-masing.
"Pokoknya, saya percaya pelbagai pihak ada pandangan dan ingin menyuarakan pendapat masing-masing.
"Malah sebagai sebuah parti yang terbuka, kita tak akan menahan sesiapa daripada berkata apa sahaja... kita ambil sikap terbuka," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian usahasama pembangunan hab latihan kemahiran teknikal dan vokasional yang bakal dibangunkan di daerah ini, di Kota Tinggi hari ini.
Mohamed Khaled, yang juga menteri besar Johor, berkata demikian ketika mengulas cabaran politik yang sedang melanda Umno dan kerajaan BN terutama berkisar isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap menutup mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras, menggesa kerajaan segera memberi penjelasan muktamad berhubung kontroversi membabitkan 1MDB bagi menamatkan kekeliruan rakyat dan memastikan isu itu tidak menjadi beban kepada Umno. – Bernama, 27 Julai, 2015.





zamkata:
SALAHKAH SAYA JIKA MEANGGAP SUARA KETUA PERHUBUNGAN NEGERI JOHOR INI SEBAGAI SOKONGAN KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN DALAM MENCURAHKAN PERASAAN ORANG UMNO  DI AKAR UMBI YANG SEDANG MEREBAK SEPERTI API DALAM SEKAM DI SELURUH NEGARA?.SALAHKAN SAYA KALAU MEANGGAP KENYATAAN INI ADALAH  MEMBANTAH SUARA SUMBANG SPEAKER SABAH SALLEH SAID KERUAK MENDESAK MUHYIDDIN LETAK JAWATAN KERANA TELAH  MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI ORANG KEDUA TERKUAT  DALAM PARTI YANG MENJADI TEMPAT PERGANTUNGAN UTAMA RAKYAT DALAM KRISIS KEPIMPINAN  SEKARANG?











Monday, 27 July 2015

RUMAH TANGGA ADUN DAN PARLIMEN PEMBELOT PAS DALAM KEADAAN ZINA. HUKUMAN MAJLIS FATWA DITUNGGU

Lihat posting sebelum ini MKT UMNO pecah

Umat Islam di Malaysia sedang   menghadapi  ujian  terhadap keyakinan  dalam pegangan agama  yang tidak pernah dialami sebelum ini akibat dari ajaran sesat yang di tinggalkan oleh Tok Guru Pas yang boleh mengakibatkan keruntuhan   institusi kekeluargaan Islam dengan bagitu mudah.

Ini tidak boleh dilihat sebagai hanya masalah orang Pas kerana jika Bai'ah dilaksanakan seperti kehendak Tok Guru maka pastinya pandangan bukan Islam terhadap Islam bagitu rendah sekali. Maruah Islam tercabar,tidak ada keadilan terhadap wanita dalam Islam kerana mereka boleh dijadikan bahan permainan politik.

Dalam Interviu dengan Mingguan Malaysia semalam Setiasusaha Agung Pas yang baru Datuk Takiyuddin Hassan mengakui bahawa semua calun Pas berbai'ah tetapi di Kelantan lebih berat lagi kerana kena ceraikan isteri bila jadi pembelot atas kehendak Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya" Semua negeri ada bai'ah tetapi di Kelantan ada talak. Itu saya nak tegaskan kehendak Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dia menjadi saksi. Jadi kepada mereka yang sekarang mempersoalkan bai'ah seolah mempersoalkan Tok Guru"

Nampak jelas bahawa SUA Pas ini walaupun seorang yang terpelajar tetapi  juga fanatik dan taksub pada ajaran Tok Guru ini tanpa mempersoalkan dari segi logik kemanusiannya.

Saya percaya   anggota -anggota  Parlimen  atau Dewan Negeri Pas yang terlibat sekarang menyesali perbuatan mereka itu yang  tidak Islamic dan melampau kerana mereka tentu lebih sayangkan isteri,anak - anak  dari  ajaran Tok Guru  yang bersifat kejam dan tidak berperi kekamusiaan.Mereka menjadi rasional dan keluar dari ajaran  Islam Pas yang unIslamic.

Nasib isteri-isteri yang bakal diceraikan itu jika suami mereka merasakan berada dalam keadaan zina jika terus bersama , telah pun mendapat perhatian dari wanita-wanita Islam dan bukan Islam di negara ini.

Setakat  ini Yang Dipertua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (Pertiwi) Tan Sri Dr. Rafiah Salim telah pun menyatakan" Tidak sepatutnya sebuah parti politik berbuat demikian dalam memastikan kesetiaan ahli parti tidak berbelah bahagi."

Bekas Pengerusi Persatuan Jaringan Wanita Bumiputera Malaysia(WENA)  Nuraizah Shamsul Bahari berkata" Tidak sepatutnya politik dikaitkan dengan amanah Allah "

Ketua Penerangan UMNO Rosni Zahari berkata " Pekara ini tidak sepatutnya berlaku,bai'ah sampai jatuh talak tiga terhadap isteri jika lompat parti menunjukan mereka memperdagangkan maruah isteri masing-masing demi kepentingan politik.

Berapa banyakkah lagi  fatwa-fatwa dari ulama-ulama sempit,jumud dan taksub yang tidak seimbang  dengan  dengan kehendak akliah atau kata seorang pemimpin Pas terpelajar yang  " tidak mempunyai analytical mind" yang telah menyesatkan umat Islam di negara ini.

Malangnya kita telah sekian lama  mempunyai Ulilamri di negara ini yang takut untuk menegur ,mencabar atau mengambil tindakan berani   menghalang ajaran ajaran sesat ini kerana kebanyakan guru ajaran sesat ini menyerupai mereka,berjubah,berserban,berkupiah putih,berjanggut dan sebagainya.

Berapa banyakkah  buku-buku Nik Aziz dan Haji Hadi yang berada bebas di pasaran yang tidak pernah diambil berat oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam negeri,Ikim, Jakim dan sebagainya  atau oleh Majlis Fatwa untuk diselidik  dan dan dikaji ,dihalusi samaada bertentangan atau tidak dengan ajaran Islam.

Apa yang mereka takut adalah pandangan rasional dari gulongan terpelajar Islam,buku- buku yang berunsur intelektualisme agama,fikiran-fikiran Islam yang dinamik dan progresif  tetapi pandangan sempit lagi  menyesatkan  dan membodohkan orang Islam dari ulama-ulama politik dibiarkan bertebaran dan bersebaran dengan luas dalam pasaran. di masjid-masjid, di surau surau dan sebagainya.

Berapa juta umat Islam yang telah disesatkan oleh ajaran Tok Guru, dikafirkan dan tidak disahkan amalan sembahyang  mereka kerana penilaian politik,  Bai'ah hanya suatu contoh kecil tetapi  satu demi satu akan  timbul apabila lebih ramai orang Islam dari Pas kembali kepada Islam yang sebenar.

UMNO telah berada di landasan benar  dalam soal agama dari awal penubuhannya dengan tidak mencampur adukan agama dengan politik  sampai kepada peringkat  UMNO dikafirkan.

Maka itu UMNO  menolak dengan tegas homosexual dari menjadi ketua mereka tetapi Pas menerimanya atas fatwa Tok Guru  demi kepentingan kuasa  dan akhirnya  memecahbelahkan parti itu atas hukuman Allah  kerana penyelewengan mereka dari prinsip Islam dan kerana dosa  sekian  lama membodohkan umat Islam di negara ini.

Yang ditunggu oleh seluruh umat Islam di negara ini sekarang ialah apakah hukum Bai'ah Tok Guru Pas ini  boleh dipakai, sah  haram,sesat dan menyeleweng dan sebagainya.

Jika bekas penderhaka Pas tidak dapat menerima hukuman bai'ah ini ,maka apakah Majlis Fatwa masih takut untuk memberikan fatwa yang sebenar ataun mengharamkannya  bagi menyelamatkan wanita-wanita Islam dari terus menjadi mangsa politik agama? Ini perlu disegerakan kerana melibatkan maruah umat Islam di negara ini.


Saturday, 25 July 2015

HOW TO MAKE SURE YOU ARE NOT BLOODY FOOL WHEN YOU ARE POWERFUL

LIHAT DI BAWAH  ANGGOTA MKT SOKONG MUHYIDDIN
Alat jentera kerajaan digunakan sepenuhnya untuk menggambarkan keadaan ekonomi yang sihat( rosy picture of economy) walaupun  wabak sebenarnya telah  dirasakan oleh rakyat dari atas ke bawah.

Gambaran ini diberikan oleh Bank Negara dengan simpanan luar negara yang kukuh selain dari berita-berita  kemungkinan penanaman modal asing,keuntungan syarikat- syarikat, projek-projek baru,kenaikan ringgit ( walaupun tidak stabil) )  dan berbagai lagi. Peranan memberikan rosy picture of economy ini dijalankan oleh agensi berita kerajaan  Bernama.

Perdana Menteri dan juga lain-lain jentera  ekonomi negara  yang pastinya tahu keadaan sebenar mestilah   berterus terang kepada rakyat supaya mereka dapat menyesoikan diri dengan keadaan dan tidak terlalu marah dalam menghadapi realiti  sebenar.

Ini pernah dilakukan oleh Singapura apabila menghadapi ancaman ekonomi suatu masa dahulu dan rakyat menurut nasihat kerajaan tentang apa yang mereka harus lakukan untuk membina ketahanan ekonomi negara.

Sebagai  rakyat bawahan saya dengan ikhlas ingin  memberikan feedback  tanda-tanda ancaman ekonomi yang sedang berlaku sekarang yang tidak mewajarkan lagi bagi Perdana Mengteri untuk berada dalam keadaan Denail Sydrom atau kata orang kedah " Buat Dak". Saya harap feedback ini tidak dianggap sebagai fitnah dan Najib tidak seharusnya lagi percaya kepada feedback ekonomi yang bersifat politik atau membuat kenyataan ekonomi berunsur politik.

Dalam politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib  boleh berpegang  kepada kata kata hikmah Allah Yarham Azman Atar Tokoh Lawak Politik UMNO  bahawa " If your are in power make sure you are powerful otherwise your are bloody fool " tetapi  kata-kata ini hanya terpakai untuk politik tetapi tidak untuk ekonomi. Orang-orang UMNO tidak boleh membantu Najib memperkasakan kedudukannya dalam ekonomi negara.

Apa yang saya kemukakan ini adalah bunga-bunga keruntuhan ekonomi yang membimbangkan. Mungkin  dianggap  fitnah dari saya tetapi kerajaan yang ikhlas yang mempunyai segala jentera berkeredibiliti boleh membuat kajian dan siasatan untuk mencari kebenaran.

Antara faktor yang saya temui sendiri ialah:

1- Program berbuka puasa di hotel-hotel besar dan sederhana tahun ini di seluruh negara anjuran kooporat atau syarikat perniagaan berkurangan.  Pasar-pasar Ramadan juga tidak semeriah  tahun lalu.
2- Penjualan berbagai pengeluaran hasil kering laut  yang popular di Tanjung Dawai Merbuk Kedah telah jatuh dengan teruknya. Penjualan  tak sampai 50% dari jualan cuti Hari Raya tahun lalu.( Saya dimaklumkan oleh beberapa peniaga yang saya kunjungi setiap tahun)
3- Banyak kereta baru yang dirampas kerana kegagalan bayaran ansuran  dan kereta-kereta  ini sukar  pula dapat dijual semula. Sila tanya dengan polis tentang pekara ini kerana laporan polis dibuat oleh" penarik kereta."
5- Kutipan zakat tahun ini  telah merudum dibandingkan dengan tahun lalu kerana ramai orang Islam yang hilang pekerjaan dan kekurangan hasil perniagaan.
6- Maruah  Ringgit Malaysia jatuh. Biasanya peniaga-peniaga di Mekah dan Madinah  terus menerima  ringgit Malaysia tetapi ramai jemaah yang menunaikan umrah di bulan Ramadan telah diiminta menukarkan ringgit  ke Saudi Rial lebih dahulu dan demikian juga di Thailand diminta tukarkan ke Bath lebih dahulu.
7-  Ramai orang  berebut-rebut mencari Singapore Dollar sehingga sukar untuk dapat dibeli di pasaran kerana mejangka ringgit Malaysia akan jatuh lagi dan mereka akan dapat membuat keuntungan.
8- GST tidak dapat di kawal dengan berkesan. Semalam saya minum teh tarik segelas RM1.80 di sebuah kedai mamak di  Presint Deplomat Putrajaya berbanding dengan kedai lain ditempat yang sama.
9- Penerbit-penerbit terpaksa memberhentikan pengeluaran majallah kerana GST( Sila siasat masalah yang dihadapi oleh Utusan , Berita Publishing, Karangkraft dll)

K'jaan mesti terima pandangan Muhyiddin

Oleh Reezal Merican( Dipetik dari Malaysiaikini)


Sebagai pemimpin Nombor 2 di dalam parti dan kerajaan, sudah pastilah Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai pandangan dan kekhuatiran sendiri mengenai apa yang sedang berlaku mutakhir ini.

Pandangan ini, sama sekali tidak wajar diangkat sebagai asas atau percikan bahawa berlakunya pertembungan pemikiran di antara pemimpin Nombor 1 dan  Nombor 2.

Saya benar-benar mengharapkan agar kita tidak terlalu cepat melihat “teguran dan pandangan” Tan Sri Muhyiddin ini sebagai mesej bahawa berlaku masalah dalaman di peringkat parti.

Saya juga mengharapkan agar kita dapat menyantuni teguran Tan Sri Muhyiddin ini dengan komitmen dan tekad baru untuk memperteguh semula kepercayaan rakyat.

Saya ingin menzahirkan rasa kesal kerana ada portal dan platform media baru yang sudah memberikan label dan gelaran kurang sesuai kepada pandangan Tan Sri Muhyiddin ini. Pada saya, ini tidak wajar berlaku.

Jangan kita terlalu cepat menggelar pemimpin kita itu dan ini. Biarkan pandangan dan teguran kekal sebagai nasihat demi kelangsungan parti. Tidak ada alasan dan sebab untuk kita bersikap kurang adab dalam mendepani pandangan seorang pemimpin utama di dalam parti.

Pokok pangkal kepada semua yang berlaku ini adalah persepsi buruk rakyat kerana kurangnya informasi dan perincian yang tepat mengenai isu 1MDB. Pada saya, ianya sedang ditangani dengan baik dan telus oleh kerajaan. Siasatan sedang berlaku, malahan beberapa individu telahpun ditahan untuk membantu siasatan.

Mungkin, apa yang dicadangkan oleh Tan Sri Muhyiddin itu boleh dijadikan sebagai asas awal untuk menyelesaikan isu kekurangan maklumat ini. Saya bersetuju benar jika laporan awal berkaitan isu 1MDB itu dibuka untuk nilaian dan pandangan rakyat.

Kita tidak boleh ada jurang masa yang terlalu lama dalam mengisi pengharapan dan keinginan rakyat. Mereka mahukan informasi, dan ianya wajar diberikan melalui laporan awal tersebut.

Sementara itu, siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas (Special Task Force) dan pihak lain wajar diteruskan tanpa sebarang sekatan dan gangguan. Laporan awal tidak bersifat konklusif – maka dengan itu ianya masih terbuka untuk dianalisis dengan sekomprehensif mungkin apabila siasatan lain sudah lengkap nanti.

Keberanian kerajaan untuk membuka dapatan kajian ini pastinya memberikan dimensi dan perspektif baru kepada isu ini. Sudah barang tentu, sukar untuk mana-mana pihak untuk melakukan putar belit kepada sebuah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan. Yang penting, kita dapat menenangkan sedikit kekhuatiran yang sedang bermain di minda rakyat.


DATUK SERI REEZAL MERICAN ahli majlis tertinggi Umno dan MP Kepala Batas.
Tulisan Reezal  Merican ini menunjukan tidak solid lagi sokongan terhadap Najib dalam MKT walaupun Reezal sendiri meminta rakyat jangan anggap teguran DPM  Tan Sri Muhyiddin  sebagai tanda akan ada masalah dalam parti. Jika tidak diciumi masalah masakan PMO keluar kenyataan minta Muhyiddin bersabar dan Utusan bakul sampahkan ucapannya yang penting.

Sunday, 19 July 2015

CUBAAN CETUSKAN 13 MEI GAGAL KERANA KEJAYAAN DEB

NEP has little to show but this poor boy(Malaysiakini)

















Anak Muda Sharul Anwar Abdul Aziz yang tidak mengaku bersalah atas tuduhan mencuri telefon bimbit di Low Yat bersama dengan peguamnya.
Image result for Pic Khairy jamaluddin
Khairy Jamaluddin

Berasaskan kepada kenyataan Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar, seorang penulis di Malaysiakini membuat konklusi mudah bahawa Melayu yang menjadi pencuri talipon bimbit di Low Yat adalah mangsa kegagalan Dasar Ekonomi Baru(NEP)

Kiranya benar anggapan ini maka perbuatan jenayah  kecil itu tentunya telah mencetuskan suatu rusuhan kaum yang akan menjadi 13 Mei yang kedua.Kali ini bukan di kawasan eksklusif Melayu tetapi di kawasan Cina sendiri.

Hal ini tidak berlaku kerana orang Melayu juga memerlukan keselamatan dan ketenteraman untuk menjamin harta benda mereka dan pencarIan hidup  mereka berbanding dengan kemiskinan sebelum 13 Mei  1969.

Memahaminya dengan mudah situasi ini ialah sekarang ini di Kuala Lumpur, jika kereta Cina terbakar kereta Melayu juga akan turut terbakar, Jika rumah Cina terbakar rumah Melayu juga turut  terbakar.

Setelah lebih 40 tahun peristiwa  berdarah itu berlaku,orang Melayu sedikit sebanyak telah  mempunyai  perkongsian ekonomi  dalam pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur dan sekitarnya  kerana langkah-langkah perimbangan ekonomi yang dilakukan dengan drastik,dinamik dan berani di bawah perancangan bervisi Dasar Ekonomi Baru.

Ketika meletusnya peristiwa 13 Mei,pendudukan orang  Melayu hanya  tertumpu di kampong -kampong di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, hanya sejumlah kecil tinggal di Petaling Jaya. Mereka tinggal seperti rumah setinggan di Kg Baru dan Datuk Keramat.

Perancangan dinamik dan berani Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris  di bawah PKNS membolehkan orang Melayu  membuat pinjaman mudah dan membina rumah batu di Datuk Keramat dan Kampung Baru dan PKNS membina kawasan kediaman  teratur di Ampang Jaya, Datuk Keramat, Kg Congo dan lain-lain.

Tun Abdul Razak menggerakan penghijrahan ribuan orang Melayu secara teratur  dari luar bandar terutama Melayu miskin dari  Pantai Timur  ke Kuala Lumpur yang mengwujudkan beberapa buah lagi perkampongan Melayu sekitar Kuala Lumpur.

Pembanguan pelajaran menyaksikan sekarang ribuan pelajar Melayu berada di Universiti-Universiti sekitar  Kuala Lumpur disamping kediaman Melayu yang bertaraf tinggi di Shah Alam, Bangi,Putrajaya, Taman Tun Doctor Ismail dan lain-lain.

Sebagai seorang wartawan yang dapat merasai denyut nadi orang Melayu sejak lama sebelum 13 Mei dan berada di tengah-tengah letusan  kejadian itu, saya melihat ini sebagai trajidi  dari keliaran mulut mereka yang menghayati Malaysian Malaysia yang ditinggalkan oleh Lee Kuan 5 tahun sebelumnya.

Mereka mempersoalkan hak orang Melayu sedangkan pada masa itu  orang Melayu merasakan tidak mempunyai apa-apa hak kecuali Raja dan hak yang hanya tertulis diatas kertas Perlembagaan.

Mereka tidak memahami kenapa mereka  di halau balik kekampong sedangkan mereka  hanya  menumpang hidup dipinggir pinggir kota Kuala Lumpur milik orang lain.

Malaysian Malaysia membangkitkan semangat revolusi orang  Melayu yang mendorongkan kepimpinan Melayu  yang  waras dan bijak mengevolusikan sikap mereka dengan dasar perimbangan ekonomi  yang adil, bervisi,dinamik, praktik dan konkrtik  yang dijalankan dengan pantas, tegas dan bijak  untuk menjamin ketenteraman  masa depan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Walaupun tidak mencapai kejayaan sepenuhnya tetapi kegagalan untuk mencetuskan 13 Mei kedua di  Plaza Low Yat membuktikan  orang Melayu merasakan keadaan mereka  lebih selamat  sekarang dari sebelum peristiwa 13 Mei kerana sedikit sebanyak mereka telah mempunyai perkongsian dalam pembangunan ekonomi negara yang akan turut merugikan mereka jika berlaku kekacauan.

Bukan sahaja penduduk Melayu di Kuala Lumpur bertambah tetapi cerdik pandai Melayu meningkat dan ribuan anak -anak Melayu berada  di pusat -pusat pengajian tinggi berbanding dengan sebelum 13 Mei, hanya  seorang dua di Universiti Malaya dan  di Technical  College Jalan Gurney Kuala Lumpur. UTM dan UKM belum wujud.

Gagalnya Low Yat menjadi   tapak letusan 13 Mei kedua  dari hanya suatu kejadian jenayah kecil  adalah oleh kerana keyakinan diri yang meningkat oleh suasana persekitaran yang berubah yang  merasionalisasikan perasaan mereka dengan bukti jelas kejayaan beberapa  dasar  DEB terutama di bidang pelajaran.

Walaupun pencapaiannya masih kecil tetapi sekurang-kurangnya mereka merasakan bahawa mereka memerlukan keselamatan kerana mereka juga telah ada perkongsian hidup di Kuala Lumpur.

Perasaan mereka tidak lagi mudah  digugat oleh sentimen kebencian,hasutan, ancaman,kabar angin dan sebagainya sekalipun pemimpin politik yang degil dan dengki masih dirasuk hantu cauvanisme terus mercuni pemikiran mereka.

Racun ini lebih liar  disebarkan di bawah perlindungan kebebasan internet setelah ISA dihapuskan dan di bawah  kepimpinan negara yang kebaratan yang   lebih  liberal dari Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj,  yang bukan sahaja tidak menjiwai Mahathir tetapi tidak mewarisi semangat Bugis bapanya sendiri.

Orang Melayu dan kerajaan harus bersikap positif apabila orang Cina atau bukan Melayu tidak dapat melihat pencapaian bumiputra setakat ini  dan melihatnya sebagai kegagalan DEB.

Ini akan menjustifikasikan peruntukan yang  lebih besar dan tindakan  lebih dinamik  dan drastik jika diambil oleh kerajaan dengan  DEB  diberikan pengertian baru sebagai  Dasar Ekonomi Berontak yang akan memberikan semangat baru untuk mendorongkan perancangan dan tindakan yang lebih inovative.

Segelintir  orang Cina suka mengulangi rhetoric  mendiang Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura bahawa DEB tidak memberikan keadilan kepada orang Melayu sendiri.(Memang ada juga kebenarannya tetapi ribuan anak Melayu di pengajian tinggi dalam dan luar negara  bukan keadilankah?)

Benih kebencian dan hasad engki kepada  Melayu yang ditaburkan oleh LKY menerusi racun  Malaysian Malaysia berkembang sehingga mencetuskan Tsunami Cina  yang hanya berani disebutkan sekali sahaja oleh PM Najib kerana beliau cepat percaya kepada slogan I Love You dan 1M4U

Sayangnya Jambatan Bengkok yang diilhamkan oleh Mahathir  untuk mengingatkan rakyat Malaysia tentang  negara jiran yang telah cuba membengkokkan dasar Perlembagaan Negara  tidak jadi dibina.Najib tidak nampak patriotisme dan nasionalisme dalam Jambatan Bengkok ini.

Demi kesejahteran masa depan rakyat Malaysia ,DEB dengan istilah baru tidaklah seharusnya terlalu memfokuskan kepada  metrialisme, yang mempercayai kelahiran beberapa  jutawan Melayu akan mengembangkan taburan ekonomi yang lebih luas  di kalangan orang Melayu.(Taburan yang lebih jelas berlaku ialah isteri yang diceraikan mendapat lima enam juta ringgit)

Semangat metrialisme  telah menyebabkan orang Melayu  dari peringkat bawah hingga ke Istana berlumba-lumba  untuk menjadi  lebih kaya dari yang kaya yang semakin meluaskan jurang perbezaan ekonomi dalam masyarakat yang kaya,melahirkan orang Melayu yang merasa miskin kerana mahu lebih kaya. (Aku masih miskin kerana aku memakai Proton tetapi engkau memakai Jaguar walaupun telah mendapat asas kemudahan yang sama)

Perasaan tidak puas hati yang wujud sekarang ialah bukan kerana ketidakcukupan makan tetapi kerana melihat  model kehidupan pemimpin dan isteri pemimpin yang melampaui batas kehendak ketuhanan.

Bagaimanapun  dari segi positifnya semakin pesat perkembangan ekonomi metrialisme  akan lebih cepat menyuburkan penerimaan  perjuangan politik sosialisme  yang sihat di Malaysia untuk dianuti oleh  semua kaum   yang majoriti   berada dalam perasaan yang sama.

Pastinya sosialisme ini tidak boleh  berasaskan kepada komunisme, cauvanisme atau agama yang menjadi identiti hitam  DAP atau Pas.Sosialisme ini bukan berarti penghapusan Raja Raja Melayu.( Di beberapa  negara-negara Barat, Raja Raja masih di kekalkan supaya Presiden atau  Perdana Menteri tersekat hasrat untuk  menjadi Raja)

Sayangnya  saya tidak nampak pun sekarang ini seorang  Melayu yang  berkaliber besar  dan berkarisma megnatik seperti Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO  untuk diberikan tugas suci   perjuangan ini diatas  keyakinan bahawa masa depan UMNO sudah tidak ada lagi di bawah pimpinan konservative yang ada sekarang kecuali kebangkitan suatu revolusi dari dalam.

Dan untuk itu Khairy mestilah sanggup untuk mengorbankan kekayaannya yang dikumpulkan semasa bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri.

TWITTER
 
Wajarkah KPN mempunyai FB utk mesra rakyat sebaliknya menghilangkan protokol fear dan hormat awam. Tujuan baik tapi impak negatif. Stop pls


Thursday, 16 July 2015

INGAT VIDEO SEX DAN JAM TANGAN OMEGA YANG TIDAK DIPERCAYAI RAKYAT


SUKAR UNTUK YAKINKAN YANG BAIK PADA NAJIB
KOMEN:
Anonymous17 July 2015 at 00:29
Saya fikir level of TRUST of the public kepada Ah Jib Gor must be at its lowest now kerana as a last resort dia sekarang terpaksa mengguna musuh musuh HARDCORE tradisi UMNO untuk membela dari 'serangan'Dr M.

Kita boleh menlihat bekas2 hardcore DAP dan PKR di kaca TV3 hari hari mengutuk DR M dan cuba divert dari isu kelemahan dan pembohongan dia. These assistance from these anti UMNO zaman Dr M MUST come at a cost and the sacrifice of UMNO's well being. Pelik Pahlawan Bugis ni sanggup menggadai MARUAH UMNO supaya diri nya TERSELAMAT!
SUKAR UNTUK YAKINKAN.....
Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan seolah-olah mendapat suatu tangkapan besar apabila mendapat video dari bekas Pengarang Sarawak  Report yang mendedahkan pemalsuan dokumen berkaitan dengan 1MDB.

Beliau tentunya berharap hal ini dapat membantu  mententeramkan  perasaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti keghairah  seorang menteri mendahuli pengumuman  AG  mengatakan  1MDB bersih untuk tujuan yang sama.

Tidaklah semudah itu untuk  menukar persepsi negatif hampir keseluruhan rakyat berbagai kaum dan berbagai lapisan  terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib sama seperti sukarnya untuk menukarkan persepsi baik terhadap  Anwar Ibrahim sebagai pemimpin besar Islam kepada pengamal sex bebas.

Biarpun video sexnya  diperlihatkan oleh TV dan media social disamping jam tangan Omega sebagai bukti tetapi rakyat tetap tidak mahu percaya kerana keyakinan kepadanya  berakar umbi di kalangan rakyat biasa.Imej isterinya yang sederhana dan merendah diri membantu simpati kepadanya.

Dalam kes Anwar sukar untuk meyakinkan yang buruk terhadapnya tetapi dalam Kes Najib kita sukar untuk meyakinkan rakyat  yang baik terhadapnya  kerana   Najib tidak datang dari rakyat biasa.

Betapun Najib cuba untuk menunjukan sifat kerakyatanya tetapi imej elitis kedua suami isteri mengatasi imej semula jadi  rakyat biasa yang ada pada Anwar Ibhrahim, Abdullah Badawi dan Mahathir Mohamad.

Zaman kepimpinan yang bersifat kebangsawanan telah berakhir selepas Tun Hussein Onn.

Dahlan mungkin seorang intelektual  dari Sabah yang mempunyai kalibar besar berpontensi untuk kepimpinan masa depan  tetapi jika beliau menyangka bahawa pembersihan 1MDB akan memulihkan imej Najib  terutama menerusi video maka itu adalah perhetongan yang salah,keyakinan yang menolak realiti sebenar di akar umbi

Ini adalah oleh kerana Najib tidak sekadarkan 1MDB tetapi Najib adalah bayang-bayang penghapusan ISA yang menimbulkan  berbagai masalah dalam keretakan hubungan kaum sekarang dan kegagalan kawalan keatas media internet.

Najib adalah flip flop Akta Hasutan, Najib adalah ketidak setabilan ekonomi, Najib adalah kejatuhan ringgit , Najib adalah GST, Najib adalah harga minyak,Najib adalah Lahad Datu, Najib adalah Obama, Najib adalah Rosmah.

Ya Allah ! hambamu  bermenung sedih pilu dalam menyambut Hari Raya ini. Aku  tidak pernah kehilangan keyakinan seperti ini walaupun  dalam krisis di era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir dan Tun Abdullah Badawi.

Dalam gema takbir yang syhahdu ini, Ya Allah  Ya Rahman  terimalah doa yang ikhlas suci  dalam harapan menggunung tinggi dari umat Melayu dan Islam negara ini. Negara ini telah sekian lama  berada di bawah lindunganMu dan rahmatMu dalam damai dan dalam  krisis di masa lalu.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI KEPADA YANG BENCI ATAU YANG MEMINATI SAYA. MOHON MAAF DIPINTA

TAKBIR ITU

Takbir itu bergema lagi
Membawa hiba rindu sayu
Pemergian Ramadan yang syahdu
Kedatangan syawal yang mengharumkan kenangan.

Tahun depan masihkah aku menyedut udaramu.

Takbir itu melambaikan zaman kecilku
Kampung,sungai dan laut biru
Menunggu ibu memakaikan serba baru
Hanya sehelai baju,songkok dan sepatu
Terlupa hidup kurang serba serbi 
Dalam riang sersalin setahun sekali.

Mundar mandir keliling kampung
Dari pagi hingga petang
Sepatu baru menggigit tumit
Melompat walau dapat hanya seduit

Betapa anak dan cucu 
Tak pernah bertanya 
Tentang kampung yang sepi
Bagaimana boleh  sampai kesini
Melimpah rezki  berbaju baru setiap hari
Merasa  miskin kerana  mahu lebih kaya lagi.

Anak dan cucuku
Tidak aku salahkan kamu
Terbawa arus nilai negara
Mengejar  bahagia pada benda
Pemimpin jadi contoh  tamak haluba

Nilaiku kuno kekampongan 
Sedang negara pantas kehadapan
Bila takbir itu datang lagi
Dan aku sudah pergi
Masihkah kamu dalam syahdu  kebesaran Tuhan?
Atau  kiblatmu  hanya kebendaan? 

ZAM,

Monday, 13 July 2015

DR MAHATHIR: AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI

 SAJAK TERKINI TUN DI BAWAH SEKALI

COMMON DENOMINATOR BETWEEN ANWAR IBRAHIM AND NAJIB :

- Denial, Never Admission of Guilt, one is already proven, the current one will probably fall on his own sword, they don't die but live to fight a prolonged and losing battle!

- When Anwar fell, a good proportion of the rakyat were with him (blindly or not), remember the REFORMASI-Basi!

- Same scenario, Najib drummed his bugis, and warrior blood bla, bla, bla and gets good backing from the MT and Cabinet (Kitchen that is) but, totally disregarding the rakyat will just invite a total wrath from the rakyat and UMNO will be sent into oblivion and chances of being reborn (or Regrouped in that sense) will just be like dust annoying the people within and without! Don`t be so sure you can withstand the onslaught from the rakyats.

To Bugis and his footlickers and bootlickers, you are defending a crumbling Fort, only matter of time that Total Collapse going to happened!
-TAN MELAKA


SAJAK TERKINI DARI TUN DR MAHATHIR

AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI

Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015











Sunday, 12 July 2015

NUR JAZLAN (PAC) JUGA AKAN JADI MENTERI KABINET

Berasaskan sikapnya yang non confrontational dan percaya kepada constructive engagement, maka tidaklah mustahil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam penyusunan semula kabinetnya selepas Hari Raya Aidilfitri kelak akan melantik orang-orang parti yang berpontensi menjadi bahaya besar kepadanya.

Saya meramalkan di antara muka baru yang dalam kategori ini, ialah Nur Jazlan Mohamed, Pengerusi PAC (Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) yang setakat ini telah menampakan sikapnya yang non partisan dalam siasatan mengenai perbelanjaan jabatan-jabatan kerajaan dan sebagainya.

Dalam blognya bertarikh 16 Jun 2015, Nur Jazlan telah berikrar untuk menjalankan tugasnya dengan adil, telus serta berakauntabiliti dalam siasatan terhadap 1MDB yang dikatakan berhutang RM 47 billion yang membangkitkan kritik dan komen meluas orang ramai terhadapnya dan juga kerana kedudukan bipartisan jawatankuasanya di bawah Parlimen Malaysia.

Setakat ini orang ramai nampak kesungguhan dan keberaniannya, tetapi sebagai manusia UMNO tidak mustahil beliau akan menerima tawaran yang akan dikemukakan kepadanya dengan keyakinan akan lebih berkesan untuk membetulkan penyelewengan dari dalam.

Ini bergantung kepada nilai dirinya, sama ada berpegang kepada akaun diri atau akaun rakyat atau sama ada beliau percaya Najib masih lagi ada masa depannya atau akan tamat segera. 

Tweets & replies

Photos & videos
Zainudin Maidin ‏@ZainudinMaidin  5m5 minutes ago
Tahniah pd PM Najib jika benar berani lantik Sharir Samad jadi menteri. Lebih berani jika dilantik jadi TPM atau Menteri Dlm Negeri.

Zainudin Maidin ‏@ZainudinMaidin  29m29 minutes ago
Jika benar,saya alukan Sharir Samad tokoh  besar egoistik politik terpendam berabad kembali ke kabinet dlm krisis. Teruskan integriti berani
Zainudin Maidin ‏@ZainudinMaidin  6h
Pas Dap sah terputus. Akibat nafsu besar ulama kahwin kafir yg belum masuk Islam. Dah puas berzina lahirkan ramai anak haram. Bertaubatlah

Saturday, 11 July 2015

GABENOR BANK NEGARA DR.ZETI WAJAR LETAK JAWATAN

KOMEN

Whatever, hebat lagi Auntie Rosie dari suaminya ya. Cepat je dia bertindak bagi ultimatum kepada Zeti. Suami dia biarkan tuduhan liar terhadapnya drag on berbulan-bulan. If so, it's confirmed she's more powerful than hubby. Anyways saya rasa kemasukan wang $2 juta ke akaun dia tu palsu. Takkanlah bank masih terima ic lama. I bukanlah fan aunty tu. Tak sukapun kat dia. But if it's wrong, it's wrong.
ReplyDelete

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor  bertindak dengan pantas menerusi peguamnya meminta Bank Negara menyiasat apabila akaunnya di Afffin Bank yang dikatakan menerima simpanan RM2 juta terdedah.Beliau mahu pembocoroan itu disiasat dalam masa 72 jam.

Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang dengan sekaligus menyebabkan  orang ramai terfikir  bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu.

Rosmah memang mempunyai akaun di bank itu sejak 1984 ketika beliau bekerja dengan Island & Peninsular Sdn Bhd, tetapi samaada benar atau tidak kemasukan simpanan RM2 juta itu dipersoalkan oleh orang ramai.

Hanya atas kewujudan akaun itu, awam juga  membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain  SR juga adalah benar walaupun sedang dipertikaikan.

Menerusi peguamnya ,Rosmah memberikan tempoh 72 jam  kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya yang kejadian ini melanggar Akta Perkhidmatan Bank 2013.

Saya  kurang ariff apakah isteri  seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerentahkan Bank Negara  untuk kes peribadi  disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah?
.
Pada pandangan saya integriti dan reliability Gabenor Bank NegaraTan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz  yang selama ini dihormati di dalam dan di antarabangsa  yang  ternama sebagai di antara Ketua Bank Pusat Terbaik di Dunia, sekarang berada dalam keadaan tercabar yang melibatkan keyakinan kepada Bank Negara dan juga pandangan dunia kepada Malaysia.

Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya pengurusan kewangan negara yang di ketuai oleh Menteri Kewangan telah berjalan dengan cekap dan bijak.

Soal yang berbangkit sekarang kenaapa Pasukan Petugas Khas  yang menyiasat 1MDB  hanya mengakui mengetahui wujudnya akaun Rosmah itu  setelah pendedahan dibuat oleh Sarawak Report?. Jika alasannya  masih dalam siasatan maka kenaapa  tidak berpegang pada prinsip ini sehingga tamat penyiasatan?.

Sentimen saya kepada Dr. Zeti  sama seperti sentimen saya  kepada bapanya  Pak Ungku Aziz seorang ahli akademik terulong negara dan ibunyaKak Azah  (Allahyarhamah ) sebagai s budayawan negara tersuhur   yang mendorogkan saya menulis buku biograpi bergambar Tun Abdul Razak untukYayasan Tun Abdul Razak.

Zeti  tidak seharusnya turut tercemar dalam suatu misi yang telah menimbulkan keraguan orang ramai dan sewajarnya meletakan jawatan sebelum pergi lebih jauh  dalam mission impossible