Monday, 29 June 2015

BUKAN HANYA SARAWAK REPORT SUMBER MAKLUMAT TUN DR. MAHATHIR.

Twitter:

BUKTI SEOLAH - OLAH DIRANCANG

Kenyataan saya di Malaysian Insider mengatakan tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo yang  didakwa membocorkan makluman yang ada kaitan dengan 1MDB seolah-olah dirancang untuk membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah tidak lengkap

Berita itu tidak menyebutkan beberapa perkara  lagi yang boleh menimbulan keraguan orang ramai tetapi yang disebut hanya fakta mengenai wartawan NST siap menunggu di Bangkok  untuk liputan  tangkapan itu  yang menampakan sebagai terancang.

Sebenarnya saya menyebutkan tentang suatu peluang keemasan yang boleh digunakan untuk membersihkan nama Najib telah disiasiakan apabila exploitasi dan menipulasi berita itu tidak distratijikan secara halus dan bijak.

Apa yang  berlaku jentera komunikasi parti dan porpagandis Najib secara serentak menampakan seolah -olah mendapat peluang besar untuk menjalankan "oprerasi pembersihan"  yang menyebabkan orang ramai merasakan mereka  dianggap  mudah untuk diperbodohkan.

Adalah tidak bijak  bagi menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO memberikan reaksi serta merta bahawa sekarang  1MDB telah  bersih,tidak salah,tidak ada kesilapan dilakukan kerana semuanya berdasarkan laporan   Sarawak Report  yang dipalsukan.

Dengan kata-kata lain beberapa pihak termasuk Tun Mahathir sendiri   mengunakan laporan palsu untuk memburuk dan menjatuhkan Datuk Seri Najib dari jawatan Perdana Menteri.

Dari awal lagi stratijinya adalah tidak bijak. Sepatutnya Bernama digunakan sebagai punca atau penyebar berita mengenai tangkapan Justo itu  atau menggunakan  agensi berita asing yang juga boleh diupah seperti  upahan besar yang diberikan kepada penulis-penulis  blog tertentu. Akan lebih berkeredebiliti jika tidak datang dari akhbar yang diketahui umum terarah dan terkawal.

Jika kritikan dibuat terhadap Tun Dr.Mahathir kerana membuat berbagai tohmahan tanpa  menunggu lebih dahulu hasel siasatan PAC dan juga Ketua Audit Negara ,maka demikianlah juga yang kelihatan kepada umum apabila beberapa orang Menteri dan orang-orang  Najib menggunakan isu tangkapan Justo.

Bagaimanapun harus diingatkan kedudukan Mahathir adalah sebagai rakyat biasa berbeza dengan kedudukan menteri-menteri kerajaan yang berada pada kedudukan berauthoriti, rasmi dan sah dalam kata-kata  dan tindakan mereka yang melibatkan kerajaan.


Saya sendiri telah memberitahu Malaysian Insider  bahawa saya selamanya meragukan laporan  Sarawak Report yang mempunyai ajenda sendiri terutamanya dalam usaha untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud bagi kepentingan hak hak asasi manusia  dan juga bagi merongkaikan cengkaman bumiputra keatas tanah pusaka di Sarawak supaya mudah jatuh ketangan taukeh-taukeh balak.

Tetapi adalah salah samasekali jika pihak menteri-menteri,pemimpin-pemimpin tertentu  atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib memikirkan bahawa Tun Dr.Mahathir hanya bergantung kepada laporan Sarawak Report untuk mendedahkan beberapa penyelewengan yang dikatakan telah dilakukan oleh 1MDB.

Sebagai seorang Perdana Menteri selama lebih 22 tahun,semua orang tahu malah orang yang berkerja  sekelilingnya lebih tahu bahawa beliau mementingkan fakta yang benar dalam sesuatu isu yang dibangkit dan didedahkannya bagi kepentingan negara.

Dalam kes Anwar Ibrahim beliau tidak mahu percaya tentang kelakuannya yang diadukan oleh beberapa pihak termasuk oleh Ketua Polis Negara sendiri sehinggalah orang yang mengalaminya bercerita sendiri kepadanya.

Saya berkeyakinan Tun Mahathir masih menyimpan banyak lagi "rahsia benar " mengenai 1MDB  yang akan didedahkan satu demi satu dan bila perlu akan didedahkan semuanya. Bukan hanya Sarawak Report sumber maklumatnya.


Saturday, 27 June 2015

ANCAMAN BARU PADA NAJIB KETUA PEMUDA UMNO LETAK JAWATAN

SYOR ISTANA AMBIL ALIH PIMPINAN PEMUDA JOHOR
Komen: 27 Jun 2015 :Jika Ketua Pemuda UMNO Johor terus sepi membisu atas tindakan mendadak naibnya Datuk Khairul letak jawatan maka seluruh anggota pemuda Johor harus memikirkan jalan untuk menyerahkan kepimpinan Pemuda  kepada TMJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Sudah sampai masanya kepimpinan politik diambil alih oleh orang dari Istana yang berjiwa rakyat demi maruah bangsa Johor- Amir JB

ANCAMAN BARU PADA NAJIB.....
Tindakan orang kuat Pemuda UMNO Johor Datuk Khairul  Anwar Rahmat meletakan semua jawatannya dalam UMNO Johor ekoran tuduhan berkonspirasi dengan Tun Mahathir untuk memalukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib menerusi  pengajuran forum Nothing2 Hide, pastinya akan mengundang tindakan susulan dari ketua-ketua UMNO yang mendiamkan diri selama ini.

Tidak juga boleh dinapikan ini suatu ancaman baru yang menambah masalah kepada Datuk Seri Najib.

Walaupun Khairul memberikan alasan perletakan jawatannya untuk menumpukan kepada perniagaan guamannya tetapi seluruh negara tahu selain dari tuduhan itu ,beliau juga baru baru ini menyokong titah TMJ yang mahu pemimpin negara  bertindak atas hasrat rakyat dan bukan ideologi parti.

Dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh Malaysian Insider hari ini Khairul mengumumkan perletakan  jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang,Naib Ketua Pemuda Johor dan juga Ketua Setiausaha Biro Guaman UMNO.Beliau jug adalah aktivis Persatuan Sukarelawan Peguam Malaysia(SukaGuam).

Berikutan dengan kegagalan forum Nothing2Hide ,dalam suatu interviu dengan  Malaysiakini  Khairul mengatakan  orang di JPM melakukan sabotaj  tanpa  menyebutkan sesiapa tetapi didedahkan oleh seorang blogger Raja Petra  Kamaruddin yang dimaksudkan  ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri ,Datuk Khairun Aseh(NST 8 Jun 2015).

Menurut Raja Petra yang mempunyai hubungan khas dengan JPM" sebab mengapa Khairun (SUP) menasihatkan Najib  memulaukan dialog itu  kerana Khairul sebenarnya telah membuat pakatan sulit dengan Mahathir supaya hadir untuk  membolehkannya memalukan Najib"

Raja Petra Kamaruddin yang dipercayai berada dalam senarai penulis bangang telah menuduh penganjur Nothing2Hide dan Malaysiakini  berkonspirasi untuk menghina dan memalukan Najib.

Khairul sejak itu tidak mahu membuat sebarang komen kerana  beliau  mendakwa telah menerangkan segalanya kepada Perdana Menteri.

Maka itu,  tindakannnya meletakan  semua jawatan dalam UMNO Johor dengan mengejut pasti  mengundang beberapa persoalan  dan membawa kemungkinan kepada berlakunya tindakan yang sama di beberapa bahagian lagi di negeri itu.Beliau adalah seorang yang berpengaruh dan  dihormati di kalangan pemuda UMNO Johor.

Jika ini berlaku ,tidak akan membantu perancangan Presiden UMNO Datuk Seri Naib yang  menanguhkan pemilehan MKT UMNO  tahun  depan untuk memperkukuhkan perpaduan UMNO bagi menghadapi pilihanraya umum.

Penerimaan ramai lebih buruk lagi kerana  hal ini berlaku sebaik sahaja pengumuman itu  dibuat dan ketika Najib bagitu bersemangat  mencari kekuatan baru diatas penangkapan seorang eksekutif PetroSaudi untuk membersihkan dirinya dari kekotoran 1MDB.

Meanwhile in response to the announcement, businessman and former New Straits Times group editor-in-chief Kalimullah Hassan congratulated Khairul for his courageous act.
"A brave decision. Wish there were more like him in BN," he tweeted this morning.


Twitter @ zainudinmaidin
@Serentak menteri,pemimpin dan porpagandis gunakan tangkapan pegawai PetroSaudi untuk bersihkan 1MDB . Nampak seperti terancang. Be profesional lah.
@Kata Najib 1MDB bangunkan semula Masjid Kg Baru. Bukankah ini tanggungjawab kerajaan?Ini cerita pahala agama nak tutup dosa dunia.

Sunday, 21 June 2015

JAWAPAN KEPADA SULTAN JOHOR

TIDAKKAH USAHA THE STAR INI  BERUPA HASUTAN?
Komen 22 Jun 2015:
Zam telah memberikan fakta yang jelas tentang usaha berterusan akhbar The Star untuk menghapuskan Sekolah Kebangsaan.
Menuntut penghapusan sekolah Cina boleh dituduh di bawah Akta Hasutan maka tidakkah  menuntut penghapusan sekolah Melayu( Sekolah Kebangsaan) menjadi kesalahan di bawah akta yang sama?.UMNO membisu,Perkasa diam,NGO Melayu tunggu upahan.
Saya harap seluruh rakyat  membuka mata terhadap usaha halus dan jahat The Star ini yang  sangat sensitif dan bersifat  hasutan untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat- MAHZAN

Penghapusan Sekolah Kebangsaan
(Merujuk kepada interviu The Star dengan Sultan Ibrahim pada 12 Jun 2015)

Oleh Zainuddin Maidin

DYMM Sultan Johor,
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sebelum kemerdekaan, orang Melayu mengharapkan kemerdekaan akan memberikan kedaulatan kepada mereka sebagai bumiputra, kedudukan raja-raja raja Melayu, pengiktirafan Bahasa Melayu dan kedudukan tertinggi agama Islam.

Sebagai pejuang kemerdekaan di barisan depan dan bukan sebagai penumpang, maka mereka dibakar sentimen nasionalisme yang menegakkan Sekolah Kebangsaan dengan pengantar Bahasa Melayu dari peringkat rendah hingga menengah yang melihat penghapusan Sekolah Inggeris, walaupun sekolah-sekolah aliran lain dibiarkan hidup.

Dalam kata-kata lain, Sekolah Cina dan Tamil tidak dihapuskan, tetapi Sekolah Inggeris dihapuskan, walaupun tidak menjadi ancaman kepada negara.

Walaupun sikap ini tidak rasional dan menghadapi berbagai-bagai masalah, terutama sekali ketiadaan buku teks dalam bahasa Melayu di peringkat menengah dan universiti, tetapi dengan langkah nekat dan drastik serta semangat yang tinggi atas keyakinan "cetuskan masaalah dan selesaikan masaalah" akhirnya, mencapai beberapa kejayaan besar dan menakjubkan dalam mengatasi masaalah kemasukan dan kekurangan anak-anak Melayu di universiti dan college awam dibandingkan dengan anak-anak di bandar.

Pada tahun 1970 bilangan siswa-siswa Melayu dalam Fakulti Sains Universiti Malaya hanya 20 orang dari 493 orang, seorang daripada 71 orang di Fakulti Kejuruteraan  15 orang daripada 40 orang dalam Fakulti Pertanian dan hanya 4 orang daripada 60 orang dalam Fakulti Perubatan. (Ucapan Tun Abdul Razak membentangkan rang undang-undang pindaan Perlembagaan di Dewan Rakyat pada 23 Februari 1971)

Bagaimanapun perkembangan proses Dasar dan Sistem Pelajaran Kebangsaan ini yang rancak dan positif pada peringkat awal, telah menghadapi kemerosotan keyakinan di kalangan bukan Melayu oleh kerana terdapat anasir xenophobia yang terasa oleh anak-anak bukan Melayu sebagai hendak meMelayukan dan mengIslamkan mereka dan bukan hendak mengkebangsaankan mereka.

Dalam kata-kata lain berlaku pendekatan bersifat melampau, sempit dan tidak mesra yang menyebabkan bukan Melayu merasa terasing di peringkat rendah dan menengah. Fahaman nilai politik masyarakat berbilang kaum dan agama tidak dihayati dengan fahaman yang luas oleh para pendidik.

Persaingan politik dalam parti, tekanan politik dan survival politik Umno sendiri telah menyebabkan pemimpin-pemimpin UMNO  berpendidikan Inggeris dan bersikap rasional terpaksa tunduk kepada sentimen Melayu yang sempit.

Pada satu peringkat pakaian kebangsaan Melayu hendak dipaksakan ke atas bukan Melayu untuk upacara konvokasi Maktab Teknik Jalan Gurney yang menimbulkan bantahan dari masyarakat Cina dan menyebabkan Menteri Pelajaran, Datuk Hussein Onn terpaksa campur tangan untuk menyekatnya.

Sekolah-sekolah Inggeris di zaman penjajah tidak menampakan hasrat dan pendekatan untuk mengInggeriskan orang Melayu dan bukan Melayu, tetapi setelah sekian lama berakar umbi di negara ini, akhirnya banyak rakyat Malaya yang berfikiran Inggeris dan mengamalkan cara hidup atau budaya orang Inggeris termasuk di kalangan keluarga di raja.

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bimbang, penubuhan UKM dengan pengantar Melayu akan melahirkan orang-orang Melayu yang berfikiran sempit, introvert, tidak bersifat universal dan tidak mempunyai kemampuan sosial, tetapi beliau kalah dalam persaingan politik antara pemimpin-pemimpin UMNO sendiri dan tekanan sentimen Melayu.

Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail, Mohd Khir Johari dan lain-lain pemimpin UMNO walaupun nampak kesan negatif kecendorongan ini, tetapi demi survival politik Melayu, terpaksa tunduk kepada tuntutan tekanan persatuan guru-guru Melayu, persatuan penulis Melayu dan golongan nasionalis Melayu dan intelektual Melayu, terutama dalam menjadikan Melayu sebagai pengantar di universiti.

Kebimbangan Tunku menjadi kenyataan, apabila kegiatan sosial dan politik pelajar dan pensyarah UKM terasing dari arus perdana,tidak dapat  umenghayati falsafah pimpinan UMNO dan negara. UMNO dilihat tidak Islamic dan tidak cukup Melayu.

Melihat perkembangan melampau ini di UKM, saya sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu  telah mensifatkan UKM sebagai Universiti Kampung Melayu(UKM) dalam pojok Awang Selamat apabila pensyarah dan siswa sehingga membantah konsert Sudirman diadakan di UKM.

Bagaimanapun, terdapat tenaga UKM dan siswa-siswa yang sedar, telah menyahut cabaran dengan sikap positif disebalik pelbagai tekanan negatif untuk memberi nailai sezaman kepada UKM, walaupun dalam keadaan serba kekurangan dari segi tenaga pengajar yang berkualiti dan juga buku bahan-bahan rujukan dalam Bahasa Melayu.

Tidaklah dapat dinafikan, UKM kini telah meningkat maju dan telah memberikan sumbangan yang besar dengan menyalurkan revolusi sentimen dan emosi kepada tindakan-tindakan yang realistik bagi meningkatkan kualitinya di bidang akademik dan juga dalam tanggungjawab pengisian jurang kekurangan anak-anak Melayu sebagai tenaga pengajar di universiti-univesiti awam dan juga  di berbagai-bagai bidang profesional.

Pernahkah kita memikirkan bagaimana universiti-universiti tempatan dapat mengatasi masalah tenaga pelajar dari anak negeri sendiri?

Sementara itu seorang jurutera Melayu, Tan Sri Ainuddin Wahid dari Jabatan Kerja Raya yang ditukarkan oleh Perdana Menteri, Tun Razak menjadi pengetua Maktab Teknik Kuala Lumpur telah menukarkan nisbah pengambilan anak Melayu dari hanya 52.7% kepada 91% bagi sesi 70/71 (interviu dengan penulis untuk buku Jejak Bertapak Tun Abdul Razak terbitan Yayasan Tun Razak dan UP % D  1997). 

Keluaran maktab ini ramai yang telah berjaya mendapat kedudukan tinggi dalam perkhidmatan Awam dan juga di pelbagai bidang kejuruteraan di negara ini.

Kejayaan anak-anak Melayu dari sekolah rendah Melayu yang terpaksa melalui kelas peralihan untuk mengambil peperiksaan MCE dalam bahasa Inggeris, sewajarnya dilihat sebagai kemampuan mereka untuk menyahut cabaran dalam keadaan yang memaksa, kerana ketika itu ketiadaan buku-buku teks dalam Bahasa Melayu.

Dan demikianlah juga keadaan yang dihadapi oleh anak-anak Melayu dari SPM, apabila melanjutkan pelajaran ke luar negara, walaupun telah mengikuti kelas-kelas pra universiti. Tetapi mereka bukanlah anak-anak yang bodoh.

Di samping pensyarah-pensyarah Universiti yang berasal dari SPM, yang mengambil ijazah lanjutan di luar negara, ramai pula anak-anak dari kelulusan SPM yang dihantar belajar keluar negara dan berjaya dengan cemerlang.

Walaupun Bahasa Inggeris mereka lemah, tidak boleh bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik, tetapi mereka dapat mengikuti kuliah dengan baik dan berjaya, tidak menghampakan harapan negara.

Selain dari bidang kedoktoran, ramai yang berasal dari SPM menjadi jurutera yang kini sedang berkerja di beberapa buah negara Arab dengan pendapatan tidak kurang antara RM 30,000 hingga 50,000 sebulan. Anak-anak mereka pula bersekolah di sekolah-sekolah Inggeris Antarabangsa. Suatu proses mengantarabangsa dan memodenkan anak-anak Melayu yang di luar perancangan kerajaan.

Kelulusan bidang perubatan UKM yang pernah dihina oleh DAP dalam Parlimen sebagai tidak berkualiti, akhirnya dapat melahirkan bukan sahaja doktor Melayu, tetapi juga doktor Cina yang ramai di terima berkhidmat di Singapura.

Walaupun permulaannya tidak begitu menyakinkan, UKM telah melalui proses kematangannya, penambahbaikan kualiti tenaga akademiknya, penambahan pelbagai bidang akademik, hasil kajian dan ciptaan yang inovatif di berbagai-bagai bidang yang diakui di peringkat antarabangsa.

Semuanya adalah hasil dari program kilat, pantas dan nekad tanpa mengutamakan kualiti dalam keadaan yang mendesak, tetapi akhirnya memberikan sumbangan yang besar kepada pengisian tenaga profesional Melayu yang ditingkatkan kualiti mereka menerusi program latihan, pendedahan dan lanjutan ijazah dan sebagainya. Kita melahirkan yang berkualiti dan yang tidak berkualiti dan sekarang dalam proses untuk membanyakkan lagi yang lebih berkualiti terutama di bidang perubatan.

Generasi pendidikan Inggeris  zaman penjajah, tidaklah boleh mengharapkan generasi baru lancar berbahasa Inggeris sebaik mereka, tetapi mereka telah memberikan sumbangan yang besar dalam mengatasi kekurangan tenaga Melayu, terutama di bidang kedoktoran dan kejuruteraan, perakaunan dan lain-lain bidang profesional mengikut perancangan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara.

Dari masa ke semasa, timbul soal rating universiti-universiti awam di negara ini yang jauh lebih rendah dibandingkan dengan negara-negara lain di dunia. Yang sering menonjolkan hal ini ialah akhbar The Star.

Apakah motif The Star? Ia adalah sebahagian dari perjuangannya yang berterusan untuk merendahkan Sistem Pelajaran Kebangsaan dan kualiti universiti-universiti tempatan yang menggunakan pengantar Bahasa Melayu, walaupun penekanan kepada pengajaran dalam Bahasa Inggeris sedang ditingkat dengan giatnya dari peringkat rendah hingga ke universiti. The  Star tidak akan berpuas hati selagi Sekolah Kebangsaan tidak dihapuskan.

Terakhir The Star cuba menjustifikasikan perjuangannya dengan menggunakan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mahu diwujudkan hanya  sekolah pengantar Inggeris sebagai jambatan perpaduan rakyat negara dan dihapuskan sekolah kebangsaan (Lihat The Star12 Jun 2015) dengan mencontohi dasar pelajaran Singapura.

Ini adalah suatu pandangan yang tidak diimbangi dengan sejarah kebangkitan bangsa dari sejak sebelum merdeka dan selepas merdeka. Hasil kemajuan pelajaran negara tidak sahaja boleh diukur dari pencapain penguasaan bahasa Inggeris sedangkan ribuan pelajar kita yang berasal dari pengantar Melayu yang kebanyakan dari luar bandar telah dapat mengisi keperluan bagi pembangunan negara pada keseluruhannya.

Merekalah yang memenuhi hasrat utama Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan matlamat DEB untuk menghapuskan identiti Melayu hanya sebagai petani dan nelayan dan pekerja kampong yang miskin.

Lebih 80,000 pelajar kita yang terbaik dari sekolah-sekolah negara ini sedang menuntut di luar negara akan kembali untuk mengisi keperluan negara di pelbagai bidang atau mungkin tidak akan kembali, kerana mereka juga laku di pasaran luar negara.

Sebenarnya yang menghadapi masalah besar untuk memasuki arus perdana bidang  pekerjaan dan sosial  di negara ini ialah pelajar-pelajar keluaran sekolah Cina yang menjadi mangsa dari sikap kecinaan dan perkauman mereka. Bukan sahaja bahasa Inggeris mereka lemah tetapi bahasa Melayu mereka juga masih bahasa pasar yang mengasingkan identiti mereka sebagai Malaysian. 

Masalah kualiti aliran Melayu yang dibesar-besarkan oleh The Star, sebenarnya selain dari simpatinya kepada masalah nilai sekolah Cina, ialah perasaan terpendam tidak mahu mengiktiraf dan menerima supremacy bahasa Melayu di negara ini.

Dalam hal ini saya suka menarik perhatian umum terhadap berita NST pada 11 Jun 2015 muka 24 yang bertajuk "Rangking not true  measure of success, The Best Students should be proud of local higher institutions dari pandangan Naib Chanselor Open Universiti Malaysia (OUM) Professor Emiritus Tan Sri Anuwar Ali dalam ucapannya kepada kepada Institute of Marketing Malaysia baru-baru ini. (berita ini tidak disiarkan oleh The Star)


Katanya "Chasing ranks among Malaysia's Higher Education Institute(HEI) is a misguided culture and quality.


"Malaysia HEIs were listed with those from the United Kingdom,the United States and Australia because Malaysian spoke " a bit of English" while the much better HESs in Japan and Europe were non-English speaking countries.


"The true measure of succes should be your students quality. If chasing of ranks is being pushed ,the quality of teaching will decline because lecturers' main concern would be to produce impressive research papers and not teaching their students."


Anuwar noticed how graduates would tell people that they came out of " just  a local university," instead of proudly saying that they were the product of University Kebangsaan Malaysia,Universiti Malaya or Universiti Putra Malaysia.


The are 80,000 of our studens studying overseas and these are the best students from  our schools.



"They are probably studying in mediocre overseas college when they could be in the best of our own HEIs.


Langkah sebaiknya untuk memulihkan imej dan nilai Sekolah Kebangsaan, ialah dengan perlaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan menjalankan apa juga langkah drastik untuk meningkatkan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar ( Umpamanya mewajibkan berbahasa Inggeris di kelas tertentu) tanpa perlu menghapuskan Sekolah Aliran Kebangsaan.

Saya diberitahu oleh orang penting dari parti Gerakan yang ikhlas dan jujur "Inilah yang paling di bimbangi oleh sekolah-sekolah Cina" tetapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Kho Tsu Koon menyatakan kepada saya dalam suatu penerbangan ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur ketika saya menjadi menteri penerangan "Kita mesti mempertahankan Bahasa Ibunda Kita" ketika cadangan mengInggeriskan matematik dan Sains sedang hangat diperbincangkan tetapi saya faham "Bahasa Ibunda Kita" yang dimaksudkannya bukannya bahasa ibunda negara ini.




Friday, 19 June 2015

WAYANG CINA DAP DAN DRAMA AGAMA PAS

twitter@zainudinmaidin: TV3 terus kutuk Mahathir di bulan puasa bagi pihak PM reaksi dri serangan Tun. Dua2 sama sahaja.Tun Nampak muka Najib sembunyi muka.

PKR BERPERANAN SEBAGAI PENGARAH


Oleh Amir Firdaus Khas              

Umno-BN belum mendapat manfaat dari perpecahan Pakatan. Umno hanya akan untung dari perpecahan ini sekiranya berlaku perubahan sikap pengundi parti-parti dalam Pakatan.

Pas, DAP dan PKR semestinya sudah merencana format kerjasama baru diatas keruntuhan yang sedang berlaku sekarang. Skrip nya barangkali berbunyi begini - Pas dan DAP masing-masing sangat membenci dan memusuhi pihak kerajaan. DAP meluatkan Pas dan Pas melihat DAP sebagai musuh Islam. Sikap permusuhan ini bakal meningkatkan 'appeal" DAP pada pengundi Cina dan electability Pas dikacamata orang ramai.

UMNO melihat krisis dalam Pakatan Rakyat sebagai keuntungan politik. Media UMNO atau BN  mengexploitasinya dan mereka mendapat ruangan yang lebih luas dan lebih kerap dalam national media.

Pemimpin-pemimpin DAP dan Pas akan diwawancara TV3 dan Utusan memandangkan approach politik mereka yang kini lebih baik dan lebih "berfaedah" bagi Umno. DAP dan Pas akan mendapat visibility baru bagi menentukan agenda pementasan politik negara.

Tiba PRU14 nanti PKR akan berperanan sebagai orang tengah mendamaikan DAP dan Pas melalui electoral pact ala Angkatan Perpaduan Ummah pada 1990.

UMNO juga mungkin meninjau stratiji politik yang mungkin sekarang dianggap mustahil berlaku, senario lain masih boleh berlaku. Contohnya Umno-BN pula bekerjasama dengan DAP dan Pas dalam skop tertentu.

Di UK, Parti Conservatives dan Liberal Democrats bergabung dalam Kerajaan Campuran tapi masih bertekak di arena politik. Umno-BN tidak terkecuali dari meninjau strategi baru ini.
.
Bagaimanapun secara logiknya pengundi Pakatan akan menyokong Pakatan kerana bencikan Umno-BN. Mereka dididik sedemikian. Jika disuruh mengundi orang yang dibenci agaknya mereka mengamuk. Pengundi DAP tak sukakan Pas juga tapi tahap kebencian tak setinggi perasaan anti Umno-BN.

Makanya Umno-BN perlu melakukan perubahan besar-besaran mulai sekarang. Free up SPRM. Mungkin seorang tokoh Universiti yang sangat dihormati layak mengepalai SPRM. Ketua Satu SPRM tidak menerima arahan dari Kerajaan. Apa-apa yang hendak ditanya dan siasat panggil saja Ketua.SPRM ke Parlimen. Bagi mengelak suasana lynching dari  DAP dan Rafizi Ramli mengambil kesempatan meraih undi ,sesuai agaknya jika tidak ada kes-kes restrospective yang disiasat oleh SPRM.

Buka buku baru. Capai ketulusan baru. Siapa saja yang rasuah pasti kena. Proses ini bakal mengkekang cronyism dalam Umno. Pemimpin-pemimpin yang bergantung pada struktur yang elaborat dengan mempunyai wakil di setiap bahagian dan pelusuk kenalah merangka platform lain.

Paling bagus ialah dengan cara membicarakan idea polisi baru serta berdebat dikhalayak. Siapa yang disokong rakyat harus disokong oleh Umno. Kini terdapat mismatch. Pemimpin yang sangat popular dalam Umno kini tidak semestinya dilihat sebagai outstanding oleh rakyat.

Langkah penutupan political tap ini barangkali tidak digemari sesetengah operators dalam Umno. Mereka mungkin menyertai PKR. Silakan. Biar Azmin pening kepala. PKR ambil alih Umno liabilities.

Sekian sekadar pandangan

Tuesday, 16 June 2015

SANDIWARA BATALKAN JUALAN TANAH 1MDB TABUNG HAJI DI PARLIMEN


BERSATU DALAM SYAHDU PUASA 
Dalam kecamukan perasaan, mulai esuk kita  disatukan dalam damai kesyahduan  berpuasa kerana Allah. Ku kenang kampung halaman  dan kawan-kawanku  yang ada dan tiada  dalam rindu sayu. 
 SELAMAT MENYERTAI RAMADHAN

SANDIWARA.....

Gesaan ditimbulkan dalam Dewan Rakyat supaya dibatalkan cadangan penjualan Tanah Tabung Haji yang dibeli dari 1MDB seluas 0.63 kepada sebuah syarikat hartawan  besar Indonesia kerana sekarang terfikir akan mendatangkan keuntungan yang besar di masa depan.

Ini adalah suatu pementasan kesepakatan sandiwara politik di Parlimen  yang jelas kepada rakyat  untuk membetulkan keputusan penjualan itu yang  dibuat dalam keadaan panik untuk menyelamatkan kehilangan kepercayaan penabung  kepada Tabung Haji dan juga menyelamatkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang dianggap berada di belakang  pembelian itu.

Dalam keadaan panik keuntungan masa depan telah tenggelam.

Maka itu langkah untuk memulihkan keyakinan penabung dibuat dengan penjualan kepada hartawan  yang  dikatakan terkaya dari Indonesia yang muncol tiba-tiba dalam keadaan Tabung Haji terdesak.Semuanya berlaku dengan kelamkabut sekali.

Maka apakah jika  cadangan penjualan itu yang digembar- gemburkan dengan publisiti besar-besaran dibatalkan tidak melibatkan imej negara dan tidak akan menghakiskan keyakinan pelabur asing terutama dari Indonesia sendiri ?

Adakah anggota -anggota Parlimen yang disepakatkan  utuk mementaskan sandiwara di Parlimen itu memikirkan akibat ini semata-mata kerana hendak menunjukan Tabung Haji telah membuat suatu urusan perniagaan yang betul dengan IMDB yang sedang menghadapi krisis keyakinan negara sekarang? atau demi untuk memulihkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengikut nilai pemikiran Menteri Agama.

Apakah dengan desakan ini tidak menjejaskan  Imej  Pengerusi Tabung Haji yang juga anggota Parlimen dan juga Lembaga Tabung Haji yang membuat keputusan penjualan itu?. Siapakah yang melantik pengerusi ini jika terdapat ketidak kebijaksanaan dalam keputusan Lembaga Tabung Haji  yang melibatkan keyakinan penabung?  Atau ini langkah untuk membersihkan semula imej Lembaga dan pengerusinya   supaya beliau terus kekal sebagai Pengerusi Tabung Haji?

Pekara utama yang harus difikirkan dan diutamakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom Agama yang dikatakan bagitu emosi dan terharu dengan  sokongan untuk membatalkan penjualan  itu   ialah: Emosi keugamaan dan ke Islaman Penabung- Penabung Tabung Haji . Mereka tidak mahu Tabung Haji terlibat dengan sebarang kecemaran 1MDB  yang melibatkan kecemaran tabungan mereka. Mereka mahu kesucian sepenuhnya wang mereka.

Ingatlah dalam keadaan panik dengan prasangka buruk terhadap 1MDB mereka mahu  mengeluarkan  tabungan mereka dari Tabung Haji. Adakah Tabung Haji mahu kembali kepada keadaan ini dengan mengekalkan tanah TRX yang dibeli dari  1MDB.

Adakah Jamil Khir memikirkan dengan langkah pembatalan penjualan itu keyakinan penabung Tabung  kepada 1MDB telah dipulihkan seperti mudahnya Najib mengembalikan keyakinan NGO dan ketua-ketua UMNO baru-baru ini?

Sesungguhnya amat menarik sekali untuk menunjukan betapa naturalnya pementasan sandiwara kesepakatan di Dewan Rakyat  ini dengan menjadikan Datuk Liang Teck Meng(BN- Simpang Renggam) sebagai pelakon utama. Siapakah pengarahnya?.

Sayang  seorang Menteri Ugama Jamil Khir pun memikirkan rakyat masih bodoh.

Monday, 15 June 2015

ORANG JOHOR JANGAN TERLALU EMOSI PUNCANYA MB DAN PM

Orang Johor jangan terlalu emosi dalam menyokong Tengku Mahkota. Memang benar kata Menteri Pelancongan, Istana tidak boleh campurtangan politik tetapi selepas era Tun Mahathir yang mempekuatkan Pindaan Perlembaan untuk mempeteguhkan Raja Berperlembagaan kelonggaran kepada pematuhannya telah berlaku di Johor sendiri kerana ketidak tegasan MB dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib sehingga ternampak campurtangan di raja dalam urusan pemerintah.

Kita menanggung akibatnya sekarang.Kata-kata Nazri adalah mengangisi nasi yang sedang menjadi bubur. Akuilah puncanya  dari kelemahan kepimpinan pusat , dari kesilapan penghapusan ISA hingga kepada penodaan kuasa rakyat yang terjamin dalam Perlembagaan.Sedih sekali- 
ZAM

DEMO BANTAH NAZRI DAN SOKONG TENGKU MAHKOTA

Ramai orang dari NGO dan juga secara persaorangan berkumpul di hadapan perkarangan Istana Bukit Serene Johor  petang ini 16 June 2015 untuk menujukan sokongan kepada Tengku Mahkota dan membantah sikap Nazri Aziz tidak hormarti baginda.(pic- Malaysiakini)







Sunday, 14 June 2015

TV3 STESEN TELEVISYEN BERJIWA RAKYAT DAN WARTAWAN KAYU HULU KAPAK

Twitter @zainudinmaidin:
1- Tidak semestinya Muhyiddin ganti Najib.Apa salah Hishamuddin.Penggantian  urgent.Populariti Najib merudum, Bencian pada Rosemah dikait dg Najib. 
2-Late PM Tunku end his career though still popular,Perikatan leaders still supporting him but he respects Malays feeling. As compromise accept Hisham.

TV3 STESEN.......
Ruangan Cuit-Cuit  Zaini Hassan  Penulong  Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malayu yang juga Presiden Persatuan Alumni UITM( PAUiTM)   yang biasanya muncol di Utusan Malaysia setiap hari Rabu telah lenyap dan tidak mungkin akan muncul semula.Rencana Zaini terakhir  dikeluarkan ketika hampir dicetak yang amat menyinggong perasaannya sebagai Penulong KP.

Datuk Zaini baru sahaja dipileh semula sebagai Presiden PAUiTM yang mempunyai ahli lebih 600,000 orang di seluruh negara.

Semuga kolum Anekdot Ahad oleh Pengarang Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussain yang diminati ramai kerana kritikal, keterbukaan dan intelektualitinya  tidak pula lenyap  dari  Mingguan Malaysia.
  
Sekalipun  ketika menjadi  Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu saya  menerima berbagai-bagai  tekanan  dari Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang diberi kuasa oleh Perdana Menteri mengawal media masa itu tetapi tidaklah sampai kepada peringkat ini- zam.

Bacalah " Alkisah kayu hulu kapak,nasihat Cikgu dan Proton"(Mingguan Malaysia 14 Jun 2015)
Oleh: Ku Seman Ku Hussain
kuseman kuhussain's profile photo
Pengarang Mingguan Malaysia

Saya memulakan catatan hari ini dengan ucapan syabas dan tahniah kepada
Proton kerana diberi "publisiti" besar-besaran selama tiga hari berturut-turut oleh TV3 baru-baru ini.

Bukan mudah untuk mendapat peluang "keemasan"begitu. Sebenarnya dengan rating TV3 tertinggi, "iklan percuma" pada waktu perdana yang diberikan itu terlalu tinggi nilainya.

Nasib baik TV3 memberikan secara percuma. Kita wajar menyanjung sikap pemurah yang ditunjukkan itu.

Kita juga wajar berbangga kerana stesen televisyen ini berjiwa rakyat dan mendengar "rintihan" pemilik-pemilik teksi yang mengadu kualiti kereta Proton terlalu rendah.

Pemilik teksi dikira bernasib baik kerana mempunyai TV3 yang mengutamakan keluhan mereka walaupun kereta Proton dijadikan teksi sudah hampir tiga dekad lalu.

Janganlah ditanya kenapa dan mengapa rintihan itu dilayan ketika ini. Elok
sangatlah media tempatan seperti TV3 memberikan "iklan percuma" kepada
khazanah negara seperti Proton ini.

Kalau hendak diharapkan media Barat seperti The New York Times atau The Washington Post, tidak adalah nampaknya. Lagi pun jangan percaya sangat dengan media Barat kerana mereka lebih cenderung untuk meruntuhkan daripada melestarikan yang sudah ada.

Proton bagi kita adalah sebatang pokok yang bertaraf balak. Mengambil masa berpuluh tahun untuk matang, tegap dan teguh menahan ribut dan taufan. Kalau dulu orang Melayu dihina oleh penjajah kerana tidak mampu membuat jarum,tetapi sejak tiga dekad lalu, kita sudah boleh membuat kereta. Proton dan beberapa lagi yang menjadi mercu tanda kecemerlangan dan legasi
bangsa adalah sebatang balak yang mengambil masa lama untuk berada seperti
yang kita lihat sekarang.

Bercakap tentang pokok balak, ingatan saya pantas melayang ke kampung
halaman ketika mula-mula menjadi wartawan di Utusan Melayu 30 tahun lalu.Di kampung ada seorang tua, guru pencen yang terus kekal dengan panggilan
hormat "Cikgu" dalam kalangan orang kampung. Cikgu pencen ini seorang
pembaca setia akhbar Utusan Melayu bertulisan Jawi.Dia sangat berbangga apabila saya bekerja di Utusan Melayu sebab dia kagum kepada tokoh wartawan, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).

Dia terkedu apabila saya memberitahu bekerja satu pejabat dengan Pak Sako. Dia kata, kalau Pak Sako menyertai UMNO, sudah lama Pak Sako menjadi menteri. Entahlah, saya tidak tahu cerita ini tetapi Pak Sako memang hebat, antara anak Melayu awal pernah jadi majistret zaman penjajah Inggeris.

Suatu hari apabila saya bercuti di kampung,Cikgu datang ke rumah dan berbual
panjang di tepi sawah tentang hal ehwal di Kuala Lumpur. Dia kelihatan ternganga apabila saya menceritakan tentang operasi di Jabatan Pengarang
Utusan Melayu yang bingit dengan bunyi mesin taip.

Cikgu banyak memberi nasihat kepada saya, antara yang saya tidak lupa ialah jangan sama sekali menjadi kayu hulu kapak.Ketika itu saya tidak faham sangat dengan kiasan-kiasan.Pening memikirkan kayu hulu kapak. Puas mencari maksud tersurat dan tersirat. Kata Cikgu, kayu hulu kapak itu dikiaskan kepada orang yang menjadi pengkhianat.

Cikgu menghuraikan, hulu kapak itu diperbuat daripada kayu yang asalnya sebatang balak. Kemudian dibuat hulu tempat memegang untuk digunakan bagi menebang pohon yang "sebangsa" dengannya.

Dalam lain perkataan,kiasan kayu hulu kapak ialah orang yang dipergunakan
oleh pihak lain untuk menumbangkan legasi atau khazanah milik bangsanya
sendiri. Ini adalah gambaran orang yang hilang maruah dan integriti kerana
sanggup menjadi alat untuk menghancurkan sesuatu yang menjadi milik bangsa.

Saya agak terkilan kerana ketika itu tidak mengambil endah sangat dengan
nasihat orang tua-tua. Pernah sekali itu Cikgu memberi amaran kepada saya,
katanya, “Aku tak mau dengar hang jadi wartawan kayu hulu kapak,
dipergunakan untuk meruntuhkan bangsa,”.

Saya terkedu. Sampai hati Cikgu kata saya "wartawan kayu hulu kapak". Tetapi
setelah lama bergelumang dalam dunia wartawan, melihat warna peribadi
pelbagai manusia termasuk yang menjadi sesumpah dan rama-rama, barulah saya sedar nasihat Cikgu sebenarnya sangat berharga.

Saya bertemu dengan banyak manusia seperti hulu kapak, mereka dipergunakan untuk menumbangkan pohon bangsanya sendiri kerana mengejar habuan dan
kedudukan. Mereka melakukan tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Oleh kerana Proton diumpamakan sebatang balak yang sudah mempunyai teras,
janganlah pula ada manusia yang berperangai seperti kayu hulu kapak yang
dipergunakan untuk menebang legasi kebanggaan bangsa itu.

Saya percaya tidak ada. Kalau ada, itu tandanya nilai integriti dan maruah mereka lebih rendah daripada sekeping roti yang basi.


Friday, 12 June 2015

TV3 BURUKAN PROTON ATAS ARAHAN JPM

PROTON TARIK BALIK IKLAN DARI TV3 YANG DIPULAUKAN RAMAI (lihat di  bawah)
UNTUK NAJIB TINGGALKAN LEGASI 1MDB

Saya memileh hanya sebuah komen yang tersopan diantara berpuluh lagi komen yang kebanyakannya mencurahkan perasaan marah,benci,mengutuk dan  memaki hamun TV3 berhubung dengan kempennya memburukan industri automotive yang dibangunkan di era pemerintahan Tun Dr. Mahathir.
  1. Tan Sri,
    Mungkin TS boleh komen pasal sekarang ni dah 3 malam berturut-turut TV3 menyiarkan keburukan kereta Proton bila digunakan sebagai teksi. Kenapa ada yang tergamak untuk mematikan industri kereta kita. Saya pengguna setia Proton dari tahun 1997 sehingga sekarang. Masalah mmg ada cuma boleh diatasi dgn berjumpa dengan mekanik yg betul. Yang penting servis ikut jadual. InsyaAllah semuanya boleh berjalan dgn lancar. Terima kasih.

Sementara itu   dinturtle.blogspot.com 11 June 2015 di bawah  tajuk TV3 Serang Proton-Apa punya bangsat  TV3 Ni !  berkata " Spin baru TV3 sudah dua malam berturut-turut  menyerang salah satu ikon kebanggaan Malaysia iaitu kereta Proton .Terkejut saya sampai ketahap itu sekali.

"Adakah itu yang dimaksudkan oleh penasihat terbaru Najib....... sebagai menghapuskan legasi Tun Mahathir.?

"Adakah Proton itu legasi Tun Mahathir seorang? Proton itu adalah legasi seluruh rakyat Malaysia dan menjadi kebanggaan negara Malaysia. Bukan hanya  legasi atau kebanggaan Tun Mahathir."

Saya tidak mahu menyalahkan kawan -kawan di  TV 3 dalam hal ini kerana mereka adalah  hamba setia yang menerima perintah  dari penasihat-penasihat di JPM.

Apa yang mereka lakukan adalah langkah paling efektif , penuh etika dalam nilai baru profesionalisme TV3  untuk membangunkan  maruah 1MDB sebagai legasi teragung Datuk Seri Najib Perdana Menteri  yang akan mengatasi kebesaran ,kemuliaan dan kehebatan Putrajaya, Menara Petronas, KLIA, Lebuh Raya,Jambatan Pulau Pinang  dan lain-lain lagi.

Syabas Pahlawan Bugis Teragung di abad ini.

PENJELASAN TV3 
Editor Urusan Kumpulan (berita, isu semasa dan jaringan TV) Media Prima Bhd, Datuk Mohd Ashraf Abdullah diminta mengulas dakwaan bahawa TV3 diarah memburukkan Proton kerana ia legasi Mahathir.

“Tiada kena mengena dengan keadaan politik dalam negara sekarang ini, dan bukan juga cubaan secara langsung atau tidak langsung untuk menyerang mana-mana individu,” kata Ashraf dalam kenyataannya kepada Malaysiakini.

“Hanya pihak yang baca banyak sangat laporan ini yang buat kesimpulan sebegini,” katanya.

Ashraf berkata stesen itu memang dikenali sering mengetengahkan masalah rakyat, termasuk aduan daripada pemandu teksi.

“Mereka juga berhak didengar,” katanya.
Malaysiakini 12 Jun 2015.







Saturday, 20 June 2015


Avoiding TV3

First, let me say that I don't watch too much TV, except the Astro's cinema and cooking channels during weekends.

I hardly watch the free channels.

TV3 is now running a smear campaign against national car Proton or to be more truthful, trying to destroy the legacy of former PM Tun Dr Mahathir Mohamad.


Do excuse me as I feel the need to be direct to that point.

However, it's so stupidly and tastelessly done that I think it will only further reduce the support for DS Najib Razak whom Dr Mahathir was trying to remove from the PM office.

"Ini mesti Najib yang suruh TV3 buat sebab nak lawan Mahathir," the orang kampung would probably remarked.

Well, too bad for you Mr PM. Your people in TV3 are too lazy to do things properly...or is it that they are so lacking in talent that they don't know how to do it better.

I cringed when someone showed me a clip of the TV3's Bulletin Utama on how it was done.

Now I wouldn't say that I don't watch TV3 anymore, but instead I'm avoiding it completely.

Sorry to the ordinary folks who work in TV3, but I just can't bear watching the whole thing.

I totally agree with what Rocky wrote here,

No "balik kampung" ad for TV3 this year

While TV3 is losing advertisement revenue, that development should also mean that Proton lost advertisement airtime.

So, for Proton, I decided that I'm giving it a bit of free advertisement on this blog page..

I know it's not much but I'm trying my best to support the national car.

As for TV3, I don't think it needs the help of an insignificant anonymous blog like mine.

It's big, strong and powerful.

It can survives even if no one is watching it....at least that's what the powerful media bosses, advisers and consultants thought.

They must have thought that it's a channel where they can air all the garbage and the orang kampung will swallow it all.

Very clever of them.



DARI  ROCK' BRU

Proton hits back at TV3 "smear campaign". So you won't see any "balik kampung" Proton commercial in TV3 this year, no thanks to the television station's mysterious series of unflattering reporting about the national car in the past week or so. 

I hear Proton spends quite a bit on TV3 - the benefit of a long-standing relationship and the same political qibla - so this is going to pinch the management on the cheeks. If Proton's retaliation extends to the Media Prima group that owns several other TV stations, radio channels, newspapers, billboards and digital platforms, we will be talking about millions down the drain, and with 2015 already a challenging year even before all this mess, pinch could turn into punch.

Proton Ertiga?
Proton, the Malay acronym for Perusahaan Otomobil Nasional,  is the brainchild of Tun Dr Mahathir Mohamad when he was Prime Minister; now he's chairman of the company that has sold some 4 million cars since the first Saga back in July, 1985. Proton has lost a lot of market share and quite a bit of our special affection in recent years due to various reasons, mostly quality and apathy issues, but a lot of people I talk to have no love whatsoever for whatever it was the TV3 bosses thought they were trying to do for themselves or thier political masters by running down the national car during prime time news.

To be fair, TV3 (and Media Prima) journalists are not answerable to the government or any politician, but to their editors; in fact, there are quite a few supporters of the late Pakatan Rakyat making an honest living in Balai Berita and Seri Pentas. Only the very top editors are answerable to the Prime Minister's Office. I can say for a fact that PM Najib Razak provides these editors all the latitute in the world but trouble is, sometimes special directives come from powerful go-betweens.  Whether they are doing it for themselves or on behalf of their Boss, I can't say.

What's clear is that propaganda 70s style doesn't work anymore. You gotta be subtle, savvy and smart. Which the exissting go-betweens are not.







.

Thursday, 11 June 2015

BUKAN SEMUA PENYOKONG NAJIB SAMPAH

LIHAT BERITA TERKNI DI BAWAH:ADA PENGKHIANAT DALAM KABINET NAJIB
Komen: 11 Jun 2015: Dengan tajuk "Nothing to Hide" maka tiada siapapun menyangka forum itu tertutup dan hanya untuk NGO.Maka itu ramai wartawan hadir disamping Tun Dr.Mahathir sendiri.Tujuan  porpagandis Najib untuk menunjukan keterbukaannya  tetapi sebaliknya berlaku ketertutupannya yang memalukan Najib sendiri- Tan Melaka      

HORMATILAH PROTOKOL JOURNALISME

Komen   blog  rocky's bru 3 june 2015 menggambarkan saya meanggap semua penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebagai sampah. Ini tidak benar.

Mereka yang saya maksudkan ialah orang-orang yang di luar dunia kawartawanan yang memang diketahui  oleh rakyat Malaysia dan penduduk setempat sebagai bekas-bekas parti, mempunyai record sebagai penyeleweng atau popular di kalangan penduduk setempat sebagai hanya" ulak ayak,"  mudah dibeli dan tidak lagi mempunyai sebarang kedudukan.


Mereka ini  dikemukakan sebagai penyokong utama  Najib dan diberikan keutamaaan  dan kekerapan penyiaran akhbar dan TV lebih dari personaliti berintegriti dari UMNO sendiri.

Tidakkah penduduk setempat yang  mengetahui mereka akan ketawa besar bila melihat mereka di TV atau di Utusan Malaysia,Berita Harian NST dan sebagainya dan tidakkah ini bertentangan dengan journalisme yang berasaskan reliability dan authority?

Samasekali  saya tidak maksudkan   penulis dan wartawan profesional dalam media sosial atau akhbar kawalan kerajaan atau sukarelawan penyokong Najib sebagai sampah.Cuma menjadi pertanyaan saya apakah kriteria dan etika penilaian kewartawanan  oleh Ketua-Ketua Pengarang.Adakah profesioalisme tidak lagi menjadi panduan dalam memberikan tempat kepada mereka ini?

Nak cari bantuan carilah  orang yang berintegriti  untuk diletakan di barisan depan dan bukannya muka-muka yang menyebabkan orang tutup TV sehingga rating penonton berita  jatuh bagitu teruk.

Saya tahu dalam perjuangan,parti parti politik tidak boleh memileh penyokong, tetapi letakkanlah mereka di tempat yang sesuai.Janganlah penunjolan mereka menyamai orang-orang parti yang berintegriti sehingga kerana seorang dua menyebabkan  penyokong Najib kelihatan seolah olah lebih banyak sampah.Maka itulah saya bimbang Najib akan ditenggelami oleh timbunan sampah.

Ini samalah seperti menjadikan komen politik banduan sebagai berita utama muka  satu.

Hormatilah "Protokol Journalisme".


TERKINI DARI MALAYSIAKINI(13June 2015)

SIAPA PENGKHINAT DALAM KABINET NAJIB?

PM: Cadangan kenaikan tol dibocor pengkhianat


Pihak yang membocorkan maklumat mengenai cadangan kenaikan tol lebuh raya telah mengkhianati kepercayaan diberi kabinet, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi, beliau berkata, perbuatan itu menyebabkan berlaku sentimen negatif terhadap pentadbirannya.

Perdana menteri juga menegaskan keputusan menaikkan kadar tol berkenaan belum dimuktamadkan.

"(Kabinet) membincangkan isu ini (semalam) tetapi butirannya seperti bagaimana ia dilaksanakan, akan diputuskan pada beberapa minggu mendatang.

"Justeru apa yang terbocor dari kabinet belum muktamad.

"Malangnya berlaku kebocoran melalui media sosial dan perkara ini digembar-gemburkan," katanya.

Najib juga kecewa apabila ada pihak tertentu yang dianggap tidak beretika serta mengkhianati kepercayaan kerajaan kerana membocorkan maklumat berkenaan.

Sementara itu sumber memberitahu Malaysiakini, majoriti anggota kabinet bersetuju menaikkan kadar bayaran tol untuk 16 daripada 19 lebuh raya di negara ini.

Begitu juga dengan laporan Berita Harian yang menyatakan kadar bayaran tol untuk 16 lebuh raya akan dinaikkan antara 20 sen hingga RM1 mulai Ogos ini.

Bagaimanapun jurucakap pemegang konsesi lebuh raya memberitahu Bernama mereka tidak tahu menahu mengenai perkara berkenaan.