Sunday, 31 May 2015

AWASI ANASIR SURBERSIF DI MEDIA CETAK UMNO ARUS PERDANA

Tunku Aziz Tunku Ibrahim
Terima kasih kepada Wartawan NST yang menonjolkan intro Former DAP Vice Chairman Tunku Abdul Aziz Ibrahim has urged the goverment to reopen past cases of financial scam dalam berita bertajuk: Tunku Aziz: Reopen past cases of financial scams NST 30 May 2015. (Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz menyeru kerajaan membuka semula kes penyelewengan kewangan negara).

Intro ini dengan sekaligus menidakkan authoriti dan kredebiliti Tunku ini dalam menjuarai benteng pertahanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dari serangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang mahu menggulingkan Najib dari kedudukan Perdana Menteri.

Intro ini sekaligus mengingatkan seluruh orang Melayu bahawa pada suatu hari, suatu saat seorang Melayu dari keturunan raja negeri Kedah, telah mencatitkan sejarah hitam untuk bersama dengan parti cauvanis Cina bagi menghancurkan kuasa Melayu, kuasa UMNO dan BN yang dipandangnya sebagai kotor, rasuah, tidak adil dan tidak demokratik kerana dia berkongsi dengan nilai dan idealisme DAP untuk menegakkan sebuah kerajaan Malaysian Malaysia yang bersih dan adil pada semua.

Inilah seorang Tunku yang sedang berhempas pulas hendak mencemarkan Tun Dr. Mahathir dengan membangkitkan semula kelemahan dan kesilapan Dr. Mahathir yang terkini  menuduhnya melakukan skandal kewangan yang paling jahat "The most notorious financial scandal of all".

Tunku ini sangka, dengan latar belakangnya sebagai seorang profesional dan diplomat dan taraf dirajanya, maka rakyat akan percaya kepada kata-katanya dan melupakan dosa besarnya kepada bangsa dan terus melupakan jasa pahala Dr. Mahathir dalam meningkatkan maruah bangsa dan mempertahankan ekonomi negara ini dari "High and Dry" seperti yang didakwanya akan berlaku.

Dia buta sejarah, dia tidak dapat membilang sejarah negara atau dia tidak langsung menghayati dan mempunyai perasaan sebagai seorang Melayu dan Malaysian yang bersama dalam getar nadi hati rakyat setiap kali Dr. Mahathir mengangkat maruah rakyat dan menggempar dan mengkagumkan dunia dengan tindakan-tindakan beraninya dalam pemerintahannya selama lebih 22 tahun.

Dia tidak tahu serangan waktu subuh (down raid) di pasaran saham yang mengembalikan lebih 200,000 ekar ladang getah,kelapa sawit dan koko ke tangan anak negeri yang sebelumnya dimiliki sepenuhnya oleh British.

Tunku ini tidak menghayati Buy British Last yang menyebabkan akhbar-akhbar British meminta maaf kepada Malaysia (ketika itu saya berada di London). Dia buta terhadap langkah Dr. Mahathir mematahkan serangan Soros penyangak mata wang yang berkemungkinan membengkrap negara.

Dr. Mahathir membangunkan Putrajaya sebuah bandar Islam terindah di Asia dengan wang Petronas dan Menara Petronas KLCC yang menyebabkan orang Singapura datang mendongak kepala di Kuala Lumpur dan tidak lagi orang Malaysia pergi mendongak kepala di Singapura yang menyebabkan Lee Kuan Yew merasa besar kapala (Adakah Tunku ini faham tentang keperluan pembangunan self esteem dalam pembangunan jiwa bangsa?).

Mata hati Tunku ini dibutakan dengan sikap prejudis, dendam kesumat, kecetekan politik sehingga hilang perimbangan fikiran sebagai seorang intelektual dan mungkin oleh kerana terlalu lama berada di luar negara maka dia tidak bersama dengan perasaan rakyat di akar umbi.

Seorang yang menyertai politik negara dengan perasaan marah dan benci terhadap UMNO dan kepimpinan UMNO dan berkongsi dengan nilai dan idealisme DAP sekarang diharapkan oleh Datuk Seri Najib untuk membersihkan namanya dan memulihkan kekuatanya. Ini adalah sokongan yang membawa bala.

Dalam keadaan ini saya bersyukur kerana dia media arus perdana, dalam NST yang didokong oleh UMNO dan dikuasai oleh Unit Komunikasi JPM masih ada wartawan-wartawan  yang merupakan anasir-anasir nasionalisme yang sedar, pintar dan licin  bergerak dalam keadaan tertekan memainkan peranannya untuk menyedarkan rakyat terhadap pejuang tulin dan pejuang celup-celupan.
Secara halus wartawan NST ini memberitahu pembacanya, yang bercakap ini adalah bekas pemimpin besar Melayu dalam DAP.

Mungkin saudara akan dianggap sebagai anasir surbersif dalam NST, mungkin saudara akan dipanggil oleh Ketua Pengarang, tetapi jasa saudara sangat besar, walaupun nampak kecil dalam usaha mengingatkan orang ramai dan para pembaca supaya tidak terkeliru oleh mereka yang mahu menjadi oportunis dalam krisis keyakinan rakyat













Wednesday, 27 May 2015

WAJARKAH NAJIB DEDAHKAN SOKONGAN ISTANA KEPADANYA

MB DAN PEMIMPIN UMNO AKAN IKUTI LANGKAH INI 


Saya tidak faham mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib berasa perlu untuk mendedahkan sokongan Sultan Pahang ketika  beliau telah pun mendapat sokongan ribuan rakyat  di mana-mana  juga dalam menghadapi cabaran hanya dari seorang sahaja supaya meletak jawatan.

Beliau sendiri telah mengistiharkan  di mana-mana beliau pergi ribuan rakyat menunjukan sokongan kepadanya, Di Tawau lebih 40,000, di Johor lebih 15,000, di Gopeng lebih 25,000, di Kuantan 12,000 dan perhimpunan rakyat yang  lebih besar sedang menunggunya di mana-mana .

Jika beliau telah yakin dengan sokongan rakyat yang kuat dan hebat  maka kenaapakah beliau perlu mendapatkan sokongan dari Istana? Apakah sokongan dari Istana walaupun dari hanya seorang Sultan lebih besar dari sokongan ribuan rakyat?.

Rakyat memberikan penghormatan tertinggi kepada Sultan dan  Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan tetapi apabila Raja di bawa ke dalam kencah pertarungan politik antara rakyat maka dibimbangi akan menjejaskan penghormatan terhadap raja. Jika menang baiklah tetapi jika kalah orang yang di sokongnya bagaimana?

Najib telah dilihat oleh rakyat melakukan kesilapan dalam menghapuskan ISA dan rakyat bangkit  menyekatnya dari menghapuskan Akta Hasutan dan dalam hal dakwaan Sultan menyokongnya , Najib terlihat sebagai mahu melanggar pindaan perlembagaan yang jelas membataskan kuasa raja-raja sebagai Raja Perlembagaan untuk memurni dan  memuliakan kedudukan mereka.

Jika Sulan dilibatkan dengan percaturan poltik kepartian, maka apakah  pemimpin -pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO tidak melihat ini sebagai suatu permainan politik yang tidak sihat yang akan menjejaskan kuasa demokrasi di tangan rakyat dan mahu membina feudalisme  dalam UMNO.

UMNO  ditubuhkan diatas atas perjuangan rakyat dan untuk rakyat!

Dengan Perdana Menteri sendiri membawa sokongan Istana ke dalam politik,maka bagaimanakah pula jika Menteri-Menteri Besar atau pemimpin-pemimpin UMNO  yang hampir dengan Sultan-Sultan  di setiap negeri mendakwa Sultan atau Raja masing-masing  menyokong mereka dalam pertandingan merebut kedudukan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Dengan pendedahan Najib  bahawa Sultan Pahang menyokongnya  maka yakinlah rakyat ada  kebenaran dalam bisik-bisik selama ini  mengatakan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendapat sokongan Istana dalam persaingannya dengan Mukhriz Tun Mahathir  untuk merebut jawatan Naib Presiden  UMNO yang lalu.

Saya tidak disokong atau mendakwa sokongan Tun   Dr.Mahathir dalam memberikan padangan ini dan rakyat hendaklah melihatnya sebagai pandangan tulus ikhlas  dari seorang wartawan,dari rakyat biasa, dari seorang ahli UMNO   yang ingin melihat UMNO kekal diatas kekuatan  rakyat yang bebas dan demokratik  tanpa campur  tangan luar dalam menentukan hak dan masa depan rakyat.

Monday, 25 May 2015

KADIR JASIN SALAH : NAJIB AKAN TERUS BERKUASA

TERKINI: ADIK NAJIB JUGA MARAH(lihat berita di bawah)
NAJIB'S DAYS AS PM IS ACTUALLY NUMBERED
Anonymous25 May 2015 at 13:35
Najib's days as PM is actually numbered. No doubt he has a rib with a strong character behind him but the people's sentiment of hatred against the couple has come to a boiling point. Paid supporters cannot be an indication of support. And palace backing for Najib is not across the board. It may be confined to only a single state. Not all palaces would want to smear their good name and dignity by getting involved in politics. Those in Umno are now in dilemma. With Najib still as PM will see support for Umno and BN dwindle. As for others, they will not support Umno and BN. The next general election will see bad luck for Umno and BN if Najib still sits on the political throne.. Thus, just heed what Mahathir says. Najib should leave and Umno be led and rejuvenated by a better leader. Mahathir loves Umno more than any individuals. Malays do not lack capable leaders among them. Why all the acrimony then? Take away the feudal element in Umno and go for a more acceptable leader. This can be done amicably within the party.
ReplyDelete
NAJIB AKAN TERUS BERKUASA
Rakan saya Datuk A.Kadir Jasin yang juga bekas seorang wartawan yang berpengalaman dari  sejak era Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman meramalkan sorak sorai  sokongan kepada Datuk Seri Najib untuk kekal sebagai Perdana Menteri akan lenyap dalam sekelip mata.

Dalam posting terkini di blognya , beliau berkata  sejarah akan berulang, apa yang berlaku  kepada Tunku Abdul Rahman dan juga kepada Abdullah Badawi akan berlaku pada Najib sekalipun sokongan ditunjukan oleh rakan-rakan setia mereka hingga ke saat terakhir.Akhirnya mereka berundur juga dengan secara terhormat.

 Pada pandangan saya Kadir membuat perhetongan yang salah. Di belakang Tunku  dan Abdullah Badawi tidak ada kuasa,tidak ada kuasa di sebalik kuasa, isteri Tunku ,Sharifah Radiah  hanya menjadi peneman Tunku di majlis-majlis, Isteri Abdullah Badawi , Tun Hendon Mahmud walaupun aktif dalam kerja-kerja socio budaya tetapi membataskan aktivitinya.

Mereka tidak pernah  membayangi kuasa sehingga timbul cerita ada dua Perdana Menteri di Malaysia.

Toh Puan Raha isteri Tun Abdul Razak( ibu kepada Najib) melambangkan sifat seorang wanita yang  sederhana kepada rakyat di desa dan di kota walaupun beliau adalah dari keturunan bangsawan.

Saya dan rakan rakan wartawan tidak akan dapat melupakan apabila  mengikuti Perdana Menteri Tun Abdul Razak melawat ke Ulu Tembeling  sebuah kampong terpancil di kawasan Pilihanraya Parlimen Lipis  Pahang di mana Tun Puan Raha menemani Tun menemui orang kampong sehingga   lebih jam1 pagi di awal tahun 70an.

Isteri Tun Dr.Mahathir, Dr. Asmah walapun sejak dari menjadi Pegawai Kesihatan di Alor Setar aktif dalam mengatasi masalah kematian bayi di kampong-kampong  tetapi tidak aktif dalam penunjolan diri semasa suaminya menjadi Perdana Menteri.


Tidak ada isteri seorang Perdana Menteri sehebat  Rosmah Mansor seorang wanita pertama yang perwatakannya sezaman dengan globalisasi dalam melambangkan hak persamaan,kebebasan,keberanian,kegagahan dan kepintaran seorang wanita  didalam dan luar negara.

Beliau tidak sahaja aktif dengan Permata nya di dalam negara malah mengatasi populariti Ketua Wanita UMNO dalam kerja-kerja keibuan dan kemanusiaan. Apabila  Wisma Putra gagal untuk menyelesaikan masalah pemindahan pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir ke Arab Saudi ketika terancam ,beliaulah wanita yang tampil ke hadapan menjadi juara penyelamat.

Pengaruh Rosmah sangat hebat,malah dilihat dan dipercayai oleh pemimpin-pemimpin politik, pengusaha-pengusaha dan aktivis di berbagai bidang   sebagai mempunyai pengaruh yang lebih besar dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri. Jika Perdana Perdana Menteri sebelum ini dilihat  mempunyai kuasa mutlak tetapi persepsi berbeza  terhadap  Perdana Menteri sekarang.

Dengan itu kepercayaan Datuk Kadir Jasin bahawa Najib  akan tumbang dalam sengketanya dengan seorang Perdana Menteri Persara yang sudah tua yang umurnya mencapai  90 tahun akan meleset.Najib akan terus bertakhta.

Masalahnya  Mahathir tidak mahu beri peluang  kapada orang muda untuk memimpin negara  kerana beliau sedar dan  tahu kata-katanya walaupun hanya sepatah di kaca TV, di media sosial atau di akhbar perdana  tetap dibaca oleh berjuta tetapi kata-kata Najib biar penuh indah bermadah dan berirama tetapi tidak dibaca dan tidak dihirau.

Dan  Kadir Yasin  mesti ingat kuasa adalah kuasa malah kuasa ini adalah dua kuasa dan mendapat sokongan dari Istana pula.



ADIK NAJIB NAIK MARAH PADA PEGAWAI TINGGI 1MDB 
Sementara Perdana Menteri Datuk Seri Najib berada dalam lawatan luar negara, keyakinan kepada cara pengurusan masalah 1MDB semakin  tergugat apabila  adiknya sendiri Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Tun Abdul Razak mengecam Ketua Ketua Penting CIMB kerana tidak mengambil berat untuk hadir  segera  siasatan PAC dan disamping itu Saham TNB jatuh merudum sehingga kerugian RM 6 billion dalam masa enam hari kerana dikaitkan dengan rancangan pembelian asset kuasa 1MDB -LIHAT BERITA TERKINI DI BAWAH:
FROM THE STAR
Nazir Razak slams 1MDB board on Instagram
PETALING JAYA: It is unacceptable that 1Malaysia Development Berhad (1MDB)’s top executives are unable to attend the Public Accounts Committee (PAC) inquiry, says Datuk Seri Nazir Razak (pic).
In a post on Instagram on Tuesday, Nazir, the younger brother of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, slammed 1MDB’s president and group executive director Arul Kanda Kandasamy as well as its former CEO Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi for not being able to attend the PAC inquiry.
The CIMB group chairman had posted a picture of the front page of a financial news daily with the comment: “Your company has triggered a national crisis and you can be too busy to face Parliament? Unacceptable.”
On Monday, the PAC set a new date for Arul and Shahrol to appear.
The two have sought a month’s extension before they face the committee, which had been set to meet them on Tuesday.
The PAC was notified by the Finance Ministry that Arul and Shahrol were unable to attend as they were away on official business.
PAC chairman Datuk Nur Jazlan Mohamed told the media on Monday, “They requested 30 days ... We may give them less.”
SAHAM TNB JATUH MERUDUM
(The Star) – The mere speculation of purchasing the power assets under 1Malaysia Development Bhd (1MDB) had caused Tenaga Nasional Bhd (TNB) to lose some RM6bil in value over the last six trading days.
On the back of poor sentiment affecting the stock market, TNB’s shares had lost RM1.06 since May 18, largely due to the dominant electricity provider being touted as one of the possible purchasers of 1MDB’s power generation assets.

The counter continued its losing streak yesterday, shedding 46 sen, or 3.36%, to close at RM13.24 – its lowest since mid-December 2014 and off its intra-day low of RM12.98 yesterday – and erased 3.36 points off the benchmark FTSE Bursa Malaysia KL Composite Index.

Last week, TNB president and chief executive officer Datuk Seri Azman Mohd had said that the company would not pay a premium for 1MDB’s power assets. But it had not stopped the market from viewing the possible deal negatively.

“Given the sensitivities surrounding the 1MDB issue, having anything linked to the fund will somehow bring about a not-so-positive response until valuations become clear,” an analyst with a local bank said.

“It goes to show how sensitive the market perception towards 1MDB is,” he explained.

Reports emerged about the possibility of TNB taking over 1MDB’s power generation assets last Friday in a deal that could be worth RM16bil.
According to the reports, the buyout would be followed by a proposal calling for the unbundling of TNB’s business into three separate entities – power generation, transmission and distribution. The plan is expected to be tabled for discussion by the Cabinet next month.









Sunday, 24 May 2015

PUAD ZARKASHI NAPI JADI TUKANG KAPAK (GEDEBE) MENTERI KOMUNIKASI

MUHYIDDIN DIKECAM MALAS KERANA TAK SEJALAN
Ketua Pengarah Jasa yang  juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Puad Zarkashi menapikan bahawa beliau mengecam  Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri Malas  atas arahan dari Menteri Komunikasi dan Multi Media Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Dalam Facebooknya beliau menapikan kenyataan itu ada kena mengena dengan kedudukannya  sebagai Ketua Pengarah JASA.

Soalnya bolehkah seorang Ketua Jabatan yang terlibat secara langsung dalam perang saraf memisahkan percakapan polItiknya dari jawatannya terutama ketika berlaku keraguan terhadap perpaduan dalam pucuk pimpinan parti.

Tidakkah perkataan "Malas" itu terucap kerana marahkan Tan Sri Muhyiddin tidak sejalan dengan Datuk Seri Najib dalam melengahkan tindakan mengenai 1MDB? 


Adakah ini suatu tindakan yang bijaksana dari seorang"DR"untuk memulihkan keyakinan rakyat dan parti?

Jawatan Ketua Pengarah JASA dari sejak sebelum saya Menteri Penerangan adalah merupakan jawatan terbuka tetapi membataskannya kepada hanya mereka yang tidak mempunyai kedudukan atau memegang jawatan dalam parti.

Dengan pengecualian yang di berikan oleh Perdana Menteri kepada bekas Timbalan Menteri Pelajaran dan juga anggota MKT Puad Zakarshi maka ini berarti beliau bebas dari telunjuk menteri dan dengan itu kita boleh percaya sepenohnya penapian beliau bukan sebagai  tukang kapak Menteri Komunikasi dan Multi Media?

Beliau mendakwa beliau menimbulkan masalah keadaan sekolah yang buruk itu kerana simpatinya kepada  pengaduan dan penderitaan rakyat  . Soalnya apakah  kerana itu beliau harus menyelar Menteri sebagai Malas. Tidakkah  lawatan ke sekolah itu juga merupakan tugas beliau sebagai Timbalan Menteri Pelajaran atau pembahagian tugas?.

Saya ingin bertanya kepada Puad dan juga kepada semua orang UMNO, semua  Ketua-Ketua Jabatan kerajaan wajarkah  seorang pegawai keajaan menunjukkan sikap memihak dalam krisis politik parti, wajarkah Perdana Menteri membebaskan  sekatan mereka yang mempunyai kedudukan politik dalam parti untuk menjadi   Ketua Pengarah Jasa

Tidakkah kenyataan Ketua Pengarah Jasa itu yang menuduh Timbalan Perdana Menteri  malas telah menimbulkan masalah kepada PM sendiri dan juga kepada Menteri Komunikasi? dan tidakkah kerana ini telah menyebabkan rakyat meanggap sudah berlaku perang terbuka antara Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri dengan Jasa berada di pihak PM?

Tidakkah ini merupakan  lanjutan dari nasihat-nasihat  yang salah ke atas Perdana Menteri,umpamanya supaya dalam mempromosikan diri sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO maka Datuk Seri  Najib harus mendabik dada mengatatan " aku kerturunan Bugis." "Aku Disayangi",  "I love you" dan penggunaan ulak ayak atau hantu raya untuk membelanya di TV3 (lihat tulisan Ku Seman di ruangan Anekdot Ahad di Mingguan Malaysia hari ini).



KOMEN 24 Mei 2015

NAJIB KURANG BERNASIB BAIK

OLEH: KHAIRIL ANWAR

Najib Razak kurang bernasib baik dikelilingi mereka yang accident prone. Awal tahun ini TV3 dikerahkan Habibur Rahman menyerang tokoh2 dari era Dr Mahathir. Itu strategi shock and awe supaya pengkritik tutup mulut.
Usaha Habibur Rahman ini menyebabkan kumpulan penyokong Najib berkurangan manakala yang mengkritik pula bertambah.
Dibandingkan dengan Habibur Rahman dan Lim Kok Wing, Puad Zarkhasi lebih memahami denyut nadi orang Umno dan rakyat dibawah walaupun gagal mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat.
Berkat kegigihan beliau mengeluarkan kenyataan Puad dilantik ahli lembaga pengarah Media Prima seterusnya Ketua Pengarah Jasa.
Puad Zarkashi seterusnya mendapat sokongan akarumbi Umno bagi menanggotai  Majlis Tertinggi parti. Syabas.
Malang nya baru baru ini Puad Zarkhasi menyalak penuh sensasi. Seminggu dua setelah Najib meminta ditingkatkan harmoni dan ketenteraman dalam parti, serta ingin kerap berbicara hati ke hati dengan orang No 2 beliau, Muhyiddin Yassin, Puad menuduh Muhyiddin malas.
Terdahulu luahan hati Muhyiddin di satu majlis tertutup di Janda Baik diedarkan pada khalayak.
Muhyiddin tidak mengengkari parti malah mahu memperkukuhkan parti. Ini kesimpulan yang dibuat oleh semua yang mengikuti ucapan beliau.
Jangan pula Puad disingkir dari jawatan jawatan beliau kerana tulisan Facebooknya. Beliau seharusnya meminta maaf pada Najib kerana menimbulkan isu yang tak sepatutnya berbangkit.
Najib pastinya ingin mengelak keadaan di mana satu demi satu orang keliling beliau mengetuai usaha menyerang rakan rakan seperjuangan Najib.


Friday, 22 May 2015

MENTERI KOMUNIKASI ARAH JASA SERANG TAN SRI MUHYIDDIN

BEKAS PEGAWAI JASA MUAL
KOMEN:
Syed Saifuddin23 May 2015 at 18:59
Saya bersetuju dengan pandangan TS Zainuddin Maidin bahawa JASA tidak sepatutnya mengeluarkan KENYATAAN membidas Timbalan Perdana Menteri secara terbuka. JASA sepatutnya memainkan peranan yang lebih berkesan menarik keyakinan rakyat dan Pengundi untuk kembali menyokong Kerajaan dan bukan menambah luka yang sediaada. Dalam KONTEK ini, Saya selaku Mantan Panel Pemikir JASA melihat gerakn Gerak Saraf JASA berada dalam situasi yang amat memualkan.
MENTERI KOMUNIKASI ARAH......
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Ahmad Shaberi Cheek telah mengarahkan Ketua Pengarah JASA,Mohd Puad Zarkashi melancarkan serangan terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berikutan pendedahan klip video ucapannya  yang menyanggah  cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib menguruskan masalah  kewangan  1MDB yang melibatkan lebih RM 40 billion.

Logiknya Ketua  Pengarah JASA terletak  secara langsung di bawah Menteri yang berkenaan dan jika ini dilakukannya bersendirian maka berarti Menteri tidak lagi mempunyai kawalan keatas pegawainya yang juga anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Puad Zakarshi telah mengecam   Muhyiddin dalam facebooknya  sebagai Menteri Pelajaran yang malas  mengadakan lawatan berbanding dengan beliau ketika menjadi Timbalan Menteri Pelajaran yang sanggup  melawat ke sekolah -sekolah  di daerah terpancil.

Katanya sikap Muhyiddin  itu menyebabkan  pegawai-pegawai juga bersikap tidak mengambil berat dan  semuanya hanya nampak elok dari luar sahaja.

Inilah pertama kali dalam sejarah sejak wujud JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas)Ketua Pengarahnya  yang terletak  di bawah Menteri  Komunikasi dan Multimedia mengecam seorang Timbalan Perdana Menteri . Ini mungkin oleh kerana  perlantikan Puad Zakarshi terkecuali dari syarat mesti dari seorang yang tidak mempunyai kedudukan politik. Beliau  berkedudukan sebagai anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Bagaimanapun ramai orang dengan mudah membuat persepsi dan konklusi oleh kerana tugas utama  jabatan itu merangkumi perang saraf politik maka pengarahnya tidak mungkin akan bertindak sendirian tanpa arahan politik khusus nya dari menterinya sendiri. .

Maka itu orang ramai dengan mudah membuat konklusi bahawa tindakan Dr Puad Zarkashi itu adalah dengan rastu atau arahan dari Menteri Komunikasi dan Multimedia  terutama ini berlaku berikutan dengan pendedahan video TPM yang mencabar cara tindakan Perdana Menteri.


Ini dilihat sebagai bermula perang terbuka antara penyokong -penyokong Najib dengan penyokong-penyokong Muhyiddin berikutan serangan tertutup tetapi terbuka oleh Muhyiddin terhadap Najib.

Tanpa pendedahan video sensitif itu pun tentunya Muhyiddin dapat menelah bahawa ucapannya akan diketahui oleh Najib kerana turut hadhir ketika beliau memberikan ucapan kepada ketua-ketua UMNO di Janda Baik  Pahang  beberapa orang Menteri dan juga Menteri Besar Pahang.

Maka itu samaada video ini senghaja di sebarkan untuk memburukan Muhyiddin supaya beliau dikesampingkan sebagai Timbalan Presiden yang tidak setia atau  sebagai pembongkaran untuk mendapat sokongan ahli-ahli UMNO terhadap Muhyiddin  tidaklah menjadi persoalan kerana ucapan itu pasti terdedah.

Saya mendapat maklumat dalam mesyuarat MKT yang lalu , Puad Zakarshi adalah  yang paling kuat bersuara membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib di samping Tan Sri Muhyiddin memberikan pandangan terus terang  dan  amaran  keras  mengenai keloh kesah rakyat di akar umbi terhadap 1MDB.

Selain dari penyebaran klip video yang meluas ,ucapan  Muhyiddin yang pedas itu  juga  telah disiarkan oleh semua akhbar  perdana hari ini kecuali Utusan Malaysia.



Dari Star onlie
Published: Thursday May 21, 2015 MYT 9:32:00 PM
Updated: Thursday May 21, 2015 MYT 11:53:40 PM

Puad Zarkashi slams 'lazy' Muhyiddin

One of the photographs uploaded on Puad's Facebook
One of the photographs uploaded on Puad's Facebook
PETALING JAYA: An Umno supreme council member has criticised Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin for being "lazy" to check on the condition of schools nationwide some of which are in a deplorable state.
Dr Puad Zarkashi, a former deputy education minister, said because Muhyiddin, also Deputy Prime Minister, did not visit schools, the officers on the ground did not bother to do so and "everything look rosy from the top."
Attaching a photograph of a classroom in a deplorable state at a school in Keningau, Sabah, Puad said on his Facebook:
"The people posting picture of my school in Keningau are too weak. The cause of this is because officers in charge did not come down to the school.
"Why didn't they visit? Because the Minister and Deputy Minister are lazy to come down."
Puad said in his three years as deputy, he had visited almost 70% of rural schools.
"There is also a school where I had to walk eight hours to get to, that is a school in Saliliran in Nabawan Sabah," said Puad, who heads the Special Affairs Department.
Puad said that the Government had spent billions on 1BestariNet but its effectiveness is still unproven.
He also stated the terrible state of dormitories and teachers' quarters in the interior of Sabah and Sarawak as problems.
“Muhyiddin, who has been Education Minister for two terms, should do something about these schools in the Sabah and Sarawak interior that are in poor conditions,” he said.
Muhyiddin is assisted by Education Minister II Idris Jusoh, and two deputies Mary Yap and P. Kamalanathan.











Thursday, 21 May 2015

MESYUARAT TERGEMPAR MAJLIS KERJA TERINGGI UMNO

MUHYIDDIN ATAU NAJIB TERPAKSA BERUNDUR

Komen: 22 Mei 2015:  Sesiapa juga yang melihat klip video ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin akan dapat memahami mengapa Utusan Malaysia langsung tidak menyiarkan berita mengenainya walaupun telah menggemparkan orang-orang UMNO di seluruh negara.

Pendedahan ini benar-benar menukarkan hari siang PM Najib kepada malam, hari ini tidak sama dengan semalam dan esok belum pasti - Mazlan.

MESYUARAT TERGEMPAR....
Mesyuarat tergempar Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) hendaklah dipanggil segera bagi mengesahkan ikrar taat setia kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dalam MKT baru-baru  ini berikutan dengan kenyataan terkini Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menimbulkan keraguan terhadap ikrar itu di kalangan pemimpin-pemimpin  UMNO dan ahli-ahli UMNO seluruhnya.

Tan Sri Muhyiddin jelas menampakan beliau bersama dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahthir tidak mahu Najib menunggu siasatan Ketua Juruaudit Negara ke atas 1MDB, malah sebaliknya, mahukan Anggota Lembaga Pengarah 1MDB segera letak jawatan dan disiasat polis.

Mesyuarat tergempar ini juga perlu diadakan bagi membincangkan samada Tan Sri Muhyiddin wajar dipecat dari MKT seperti yang dilakukan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMMO terhadap Dr. Mahathir Mohamed pada 26 September 1969 setelah Tunku mendedahkan ada pihak pelampau hendak merampas kuasa dalam parti.

Sekiranya Muhyiddin tidak dipecat, maka jalan penyelesaian mestilah dicari bagi memastikan kesepaduan UMNO jika salah seorang; iaitu Muhyiddin atau Najib terpaksa berundur.

Kenyataan Muhyiddin ini walaupun secara tertutup tetapi video mengenainya yang terdedah serentak dengan pengumuman RM11 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Dewan Rakyat hari telah menjadi viral yang lebih menarik perhatian rakyat dari RM11.

Dengan itu Najib tidak lagi dapat mengekalkan keyakinan rakyat dengan dakwaan beliau mendapat sokongan dalam parti dan rakyat berasaskan sokongan MKT dan ketua-ketua bahagian yang dipentaskan.

Dengan kenyataan Muhyiddin itu, membuktikan tidak ada perpaduan dalam parti menghadapi ancaman Tun Dr, Mahathir, 1MDB, krisis politik dan ekonomi sekarang.

Pendirian tegas Timbalan Presiden UMNO mengenai 1MDB tidak boleh diperkecilkan kerana beliau juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti. Ia telah menimbulkan kegemparan dan menggoncang keyakinan dalam parti UMNO dan juga rakyat.

Muhyiddin tidak lagi dapat berselindung di sebalik sehelai lalang atas sokongannya terhadap Tun Dr. Mahathir yang mahukan kekotoran 1MDB dibersihkan sebelum wabaknya menghancurkan UMNO dan kerajaan.

Kenyataan Muhyiddin, bahawa Najib tidak mahu dengar cakapnya mengesahkan cakap-cakap Tun Dr. Mahathir dan juga beberapa pihak, bahawa Najib tidak mahu dengar cakap orang.

Keraguan rakyat terhadap kesepaduan pucuk pimpinan dan kestabilan parti berkuasa tidak boleh dibiarkan terus berlaku sehingga Pilihan Raya Umum akan datang, kerana wabaknya sedang merebak  melibatkan kestabilan ekonomi negara dan juga masa depan UMNO.

TUN MAHATHIR LANGGAR ETIKA KERAHSIAAN CETUSKAN GERAKAN REFORMASI PARLIMEN

Kalaulah Tun Dr. Mahathir tidak mendedahkan Pandikar Amin Mulia mahu meletakan jawatan Speaker yang perbuatan itu dianggap melanggar etika kerahsiaan, maka tidaklah akan tercetus desakan supaya segera diadakan Reformasi Parlimen.

Jika Dr. Mahathir tidak menggunakan isu remeh temeh seperti perabot yang buruk yang menyebabkan beliau mahu meletakan jawatan, maka tidaklah akan timbul kegemparan yang boleh menarik perhatian umum kepada tujuan utama perletakan jawatannya.

Di sebalik ini seluruh rakyat tahu, bahawa Pendikar Amin juga telah mencurahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap pimpinan dan pentadbiran sekarang di samping layanan buruk terhadapnya.

Tidaklah dapat dinafikan bahawa keghairahan Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Najib juga menjadi pendorong kepada pendedahan itu yang mendatangkan sokongan moral kepadanya.

Tanpa pendedahan Dr. Mahathir itu mungkin Pandikar Amin masih merahsiakan perasaan tertekannya sebagai seorang Speaker yang terpaksa bertugas dalam keadaan tidak bebas dan tidak mendapat penghormatan tertinggi di Parlimen.

Dalam kata-kata Pandikar sendiri, tujuannya hendak meletakan jawatan ialah "Untuk menghilangkan persepsi rakyat bahawa Institusi Parlimen dan Speaker bertugas atas arahan pihak kerajaan sebagai Badan Eksekutif yang bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa. Beliau mahu jawatan Menteri di Jabatan Perdana yang menjaga hal ehwal Parlimen dihapuskan.

Mungkin benar kenyataan Pendikar Amin, bahawa pendedahan Dr. Mahathir itu telah memalukan dirinya sendiri dan telah melanggar etika kerahsiaan antara individu, tetapi kepada rakyat, tindakan Dr. Mahathir itu menjadi anjakan sokongan moral yang sangat besar kepada perjuangan Speaker untuk menaikan maruah Parlimen atau mempercepatkan Reformasi Parlimen.

Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) yang diketuai oleh Sharir Abdul Samad, hanya nampak "Speaker tanpa kuasa dan penghormatan" setelah didedahkan oleh Speaker kandungan suratnya kepada Perdana Menteri yang tidak dibuka. Beliau segera mendapat simpati tidak sahaja dari penyokong kerajaan tetapi juga pembangkang, NGO dan orang ramai di luar Parlimen.

Memang dalam sejarah perjuangannya, Dr. Mahathir banyak bertindak yang di luar etika dan tidak mengikut budi bahasa cara orang Melayu (meminjam kata-kata Rais Yatim yang mahu penyelesaian krisis Mahathir Najib secara berbudi bahasa) tetapi cara tidak berbudi, tidak berbahasa inilah yang telah banyak membina maruah bangsa dan negara.kepada Dr. Mahathir biar mati adat, jangan mati anak.

Apakah Dr. Mahathir bersalah dalam meminda Perlembagaan untuk membataskan kuasa raja-raja setelah rakyat dipukul dan dihina dengan begitu mudah? Apakah beliau bersalah dalam "revolusi senyap" yang mendorongkan perletakan jawatan Perdana Menteri Pertama, Tungku Abdul Rahman dan digantikan oleh Tun Abdul Razak? Apakah beliau bersalah menyingkirkan Anwar Ibrahim, mengundurkan Abdullah Badawi dan sekarang menutut perletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib?.

Bagitu mudah bagi mengatakan bahawa Mahathir telah menjatuhkan beberapa orang Perdana Menteri untuk menimbulkan persepsi sebagai suatu kesilapan lagi bila beliau mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib. Tetapi apakah semua tindakan Mahathir itu membawa kepada keburukan atau kebaikan kepada rakyat dan negara? Apakah faedah kepada dirinya sendiri?

Rakyat tidak seharusnya terkejut jika Dr. Mahathir dalam kempennya untuk menjatuhkan Najib akan turun kepada taraf yang serendah-rendahnya, melayan kritikan penyamun, penipu dan 'ulak ayak' yang tiba-tiba menjadi berguna kepada Journalisme akhbar arus perdana dan TV3 walaupun mereka menidakan kredibliti media sosial yang liar.

Dr. Mahathir memang memberikan perhatian kepada yang remeh temeh.ketika menjadi Perdana Menteri beliau menelefon Datuk Bandar Kuala Lumpur, Elias Omar kerana lampu-lampu jalan ke Parlimen penuh dengan insect dan selepas melawat Muzium Negara telah menelefon Pengarah Muzium Negara, Datuk ShahromYob kerana terdapat banyak sampah kertas pembalut ice cream di belakang muzium.Mereka telah memberitahu saya.

Itulah perwatakan Mahathir. Itulah juga sikap Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew sehingga sejenis pokok merayap yang diarahkannya untuk digunakan bagi menutup rumah-rumah haram di Singapura dalam tahun 60an, dikenali sebagai pokok LKY (Boleh dibeli di Sungai Buloh). Pemimpin hand-on adalah pemimpin yang berkesan dan disayangi rakyat.

Untuk mengetahui perwatakan Dr. Mahathir orang ramai boleh mendapatkan buku saya "Mahathir Di Sebalik Tabir" yang diterbitkan pada September 1994 yang  telah terjual lebih 60,000 naskhah dalam berbagai-bagai bahasa tetapi sayangnya naskhah bahasa Melayu telah habis di pasaran tetapi naskhah Bahasa Inggeris The Other Side Of Mahathir masih dapat dibeli di kedai GEMLIKE  di sebelah Zam Newsroom Cafe di Ayer@8 D-G-3A Block D,Presint 8, Putrajaya.

Saya telah meminta Utusan Melayu Malaysia Berhad mencetak semula naskhah bahasa Melayu Mahathir Di Sebalik Tabir kerana telah lama kehabisan dalam pasaran walaupun telah dicetak beberapa kali tetapi dalam keadaan Dr. Mahathir tidak lagi begitu penting kepada Utusan Melayu,maka mereka tidak lagi menghiraukan pemintaan saya ini.


MUHYIDDIN SAHKAN TUNTUT ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH 1MDB DIPECAT

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, video yang tersebar menyatakan beliau memberikan pandangan supaya anggota lembaga pengarah syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat adalah pandangan beliau dalam satu pertemuan tertutup.

Beliau berkata, perkara itu juga bukan perkara baharu, sebaliknya ia sudah pun dibangkitkan di luar pertemuan tertutup itu.
"Itu pandangan pertemuan tertutup dan kursus politik dibuat oleh biro latihan Umno. Itu padangan saya dan rakan-rakan perhimpunan politik supaya lebih faham. "Ini bukan suara baru, sudah disuarakan di luar dan kita tentukan penyelesaian tentang perkara yang tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen selepas sessi pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), hari ini.
Muhyiddin dalam video berkenaan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memecat lembaga pengarah 1MDB dan membawa masuk polis menyiasat syarikat yang sarat dengan hutang itu.
Muhyiddin berkata, sekiranya Najib yang juga perdana menteri dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB tidak bertindak, tidak mustahil Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
"Saya beritahu perdana menteri, pecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka. Buanglah, pasal mereka, perdana menteri terpaksa menanggung, tetapi tidak dibuang lagi,” katanya dalam satu program Keris yang diadakan Jumaat lalu, dan dihadiri pemimpin kanan Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Buanglah. CEO ni buang. Bukan buang sahaja, panggil polis siasat," kata Muhyiddin disambut sorakan pemimpin tertinggi Umno, dalam video yang turut dimuatnaik di YouTube.
Muhyiddin berkata beliau berasa hairan bagaimana dalam tempoh yang singkat syarikat milik Kementerian Kewangan itu menanggung hutang sehingga RM42 bilion.
Katanya, isu 1MDB perlu segera diselesaikan kerana ia hanya menjadi liabiliti kepada kerajaan dan menyebabkan Umno tidak dipilih rakyat.

Tuesday, 19 May 2015

"JANGAN KACAU TELOQ AKU"

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak being carried by Umno Youth members during a recent show of support held at the PWTC. Former information minister Tan Sri Zainuddin Maidin says the PM may be hit by a ‘Malay tsunami’ in the next general election. – The Malaysian Insider pic, April 27, 2015.


TUNKU YANG DIJULANG BIMBANG AKAN TUMBANG

DALAM suasana ketegangan politik negara sekarang ini, eloklah jika saya mencatitkan anekdot lucu dari pengalaman meliputi berita politik di masa lalu yang diharap dapat menenangkan perasaan semua.

Gambar Pemuda UMNO menjulang Datuk Seri Najib, mengingatkan saya semula kepada peristiwa itu yang  berlaku ketika saya sebagai pemberita Utusan menunggu keputusan Pilihan Raya Umum pada 19 Ogos 1959 di Balai Besar Alor Setar.

Wartawan-wartawan menunggu  di sebuah bilik yang disediakan di bahagian bawah dan dewan besar di atas untuk pemimpin-pemimpin besar Parti Perikatan dan calon-calon Perikatan serta rakan-rakan mereka.

Perdana Menteri Pertama Tunku  Abdul Rahman menunggu di anjung yang mengadap ke jalan raya dan juga Padang Mahkamah (Padang Court) di mana ramai orang berhimpun untuk turut menunggu keputusan.

Saya telah diarahkan oleh Pengarang Berita Utusan Melayu di Kuala Lumpur, Salim Kajai supaya menemui Tunku sebaik sahaja Perikatan dapat membentuk kerajaan.

Pada jam kira-kira 2 pagi, saya terus pergi menemui Tunku seorang diri. KataTunku "belum tahu semua lagi bagaimana saya nak komen" tetapi saya meyakinkan Tunku "dah cukup kerusi untuk bentuk kerajaan." Tunku terus menyatakan" Saya bersyukur kepada Allah SWT yang beri kemenangan pada kita, Perikatan akan bentuk semula kerajaan.........".

Tidak lama kemudian setelah sah Perikatan dapat membentuk kerajaan, Tunku turun menemui penyokong-penyokong yang sedang bersorak riang  menyambut setiap kemenangan kerusi calon Perikatan yang diumumkan. Saya ikut turun.

Penyokong-penyokong mengangkat Tunku dan menjulang ke atas.Tunku senget ke kiri, senget ke kanan, Dalam keadaan yang tidak seimbang ini, Tunku berkata "Ooi hampa nak angkat; angkatlah, tapi janganlah kacau teloq aku" yang menyebabkan mereka yang menjulangnya ketawa riuh rendah. tetapi nasib baik dalam keadaan geli hati, mereka tidak terlepas dari memegang Tunku.Jika tidak Tunku betul-betul jatuh ke bawah.

Bagaimanapun, mungkin Tunku yang sedang dijulang juga bimbang akan jatuh dan berseloroh untuk menenangkan hatinya.

Tunku hanya jatuh setelah Pilihan Raya 1969, setelah rakyat bumiputera tidak lagi menerima dasarnya yang pro Barat dan banyak bertolak ansur dengan orang Cina dan digantikan oleh Tun Abdul Razak yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru dan memperkukuhkan lagi ISA dan Akta Hasutan.

Saturday, 16 May 2015

SPEAKER LETAK JAWATAN BERITAHU MAHATHIR DAN TIDAK BERITAHU PM NAJIB

JIKA DINAFI ADAKAH PANDIKAR BOHONG PADA TUN?

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah mengumumkan perletakan jawatannya sebagai speaker Dewan Rakyat.
"Speaker sudah berhenti. Dia datang jumpa saya dia kata dia hendak berhenti. Dia tak mahu dah. Sekarang yang jadi pengerusi dewan, dia punya timbalan," katanya dalam satu program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak hari ini.
Seorang kawan segera menalipon saya dan bertanya mengapa  dia memberitahu Mantan Perdana Tun Mahathir dan tidak memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib ?

Sekiranya berita ini tidak benar maka reputasi Tun Dr.Mahathir juga akan terjejas. Menurut  Timbalan Speaker Ronald Kiande ini hanyalah spekulasi.

TAMBAHAN:
Seorang kawan lagi menalipon bertanya kenapa  Speaker Tan Sri Pandikar Amin tidak menapikan beliau sendiri telah memberitahu Tun Mahathir untuk meletakan jawatan.Saya tidak berfikir Mahathir berbohong. Mahathir mana tahu dia hendak membatalkan hasratnya. 

Mengapa Pandikar memberitahu Mahathir sedangkan beliau tahu  hubungan Najib dengan Mahathir berada dalam keadaan tegang. Perbuatan ini boleh menjejaskan imej Najib dan  memberi faedah politik kepada Mahathir. Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluh isu menaiktaraf badan Parlimen Malaysia masih tidak dilaksanakan sejak beliau memegang jawatan itu tujuh tahun lalu.

6:00PM - 19 May 2015

Pandikar mahu dimansuh jawatan menteri Parlimen

Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluh isu menaiktaraf badan Parlimen Malaysia masih tidak dilaksanakan sejak beliau memegang jawatan itu tujuh tahun lalu.

"Semua perkara ini adalah tekad saya sejak saya dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 2008. Jika selepas tujuh tahun, saya tidak boleh lakukan, baik saya tinggalkan jawatan ini," katanya kepada wartawan di kediaman rasminya di Kuala Lumpur hari ini.

Antara transformasi yang beliau mahukan ialah memansuhkan jawatan menteri hal ehwan Parlimen, yang kini dipegang Tan Sri Shahidan Kassim.

Menurut beliau transformasi itu akan membantu memulihkan persepsi awam terhadap kebebasan seorang Speaker Dewan Rakyat.

"Untuk menghilangkan persepsi rakyat bahawa institusi Parlimen dan Speaker bertugas atas arahan pihak kerajaan sebagai Badan Eksekutif bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa, makanya jawatan

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen ditiadakan," kata beliau.

Pandikar turut menyatakan luahan beliau kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad mengenai keadaan perabot pejabatnya bukanlah perkara remeh, sebaliknya berkaitan prinsip perjuangan beliau untuk memartabatkan institusi Parlimen.

Beliau menyatakan kemudahan dan pejabat Parlimen itu perlu dinaiktaraf kerana statusnya yang menjadi tempat 222 pemimpin terbaik dari kalangan rakyat yang menerajui sistem negara.

"Kalau eksekutif ada Putrajaya, dan kehakiman ada Istana Kehakiman, mengapa Parlimen tidak (sedarjat)," katanya.

-DARI MALAYSIAKINI









Friday, 15 May 2015

PIMPINAN ULAMA PAS PERLUKAN BANTUAN UMNO UNTUK KEKALKAN KUASA


PROVOKASI  KIT SIANG BAGI  MENANGKAN FORCE OF MODERATION

Serangan Penasihat DAP  Lim Kit Siang  terhadap rancangan hudud Pas dihadapan  lebih 1,000 orang anggota Pas di  Kota Baharu harus dilihat sebagai usaha  bagi membebaskan Pas dari cengkaman ulama Pas yang mahu terus mengekalkan kuasa diatas kejumudan, ketaksuban dan kefanatikan pengikut-pengikut yang menjadi duri dalam daging dalam pakatan rakyat.

DAP  mahu mempastikan kemenangan barisan kepimpinan modenis Islam  yang merupakan The Force Of Moderation  dalam Pas kerana menang atau  kalah mereka akan juga menentukan nasib masa depan DAP di negara ini.

Serangan  dalam  kubu  Pas  paling kebal di Malaysia itu  juga suatu  provokasi  paling berani Kit Siang untuk  memulihkan keyakinan  kalangan masyarakat Cina yang tergugat  dengan  kerjasama DAP PAS.

Kit Siang bukannnya menghina hukum hudud tetapi bercakap dari segi tuntutan  realiti dan keberangkalian hukum itu menganggu keharmonian  perjalanan undang-undang negara yang memisahkan kuasa hukuman mahkamah Syriah dan Civil  yang telah  mententeramkan masyarakat pelbagai kaum dan agama dan diterima pakai sekian lama di negara ini.

Sokongan masyarakat Cina kepada UMNO sebelum PAS menyertai pakatan rakyat  adalah oleh kerena ketakutan mereka kepada pendekatan PAS yang keras  dan tidak berdiplomasi untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hukuman  jenayah..

Pas menyekutukan identitnya dengan kebangkitan Islam  Iran yang membenihkan kebangkitan gerakan militan Islam dalam berbagai bentuk di negara ini  yang menyusup  di kalangan pelajar -pelajar universiti sehingga  membenci kerajaan. Mereka  tidak mempunyai daya befikir analisis( Analytical mind) sebaliknya lebih berpandukan  wahyu.   .

Imej ini bertukar dengan drastik apabila Pas   membenamkan  Negara Islam dan memeluk Negara Kebajikan yang meyakinkan  bukan Islam terutamanya orang Cina bahawa Pas telah menerima realiti masyarakat majmuk Malaysia  sehingga mereka  memberikan undi bagi kemenangan Pas dalam pilihanraya.

Pas seterusnya bertolak ansur dalam soal perjudian ,penjualan arak dan menunjukan simpati kepada bukan Islam dalam isu-isu yang dilihat sebagai menekan bukan Islam walaupun berasaskan  kepada Perlembagaan Persekutuan.Pemimpin-pemimpin Pas yang mahu berkeras dalam soal ini disingkir.

Permainan politik Pas ini sehingga menampakan  UMNO yang dari awal kemerdekaan mengorbankan cauvanisme Melayu dan menentang  fanatisme agama sebagai parti rasis dan tidak adil kepada bukan Islam.
..
Sekarang kepimpinan ulama merasa perlu kembali ke identiti asalnya  setelah terlihat oleh pengikut pengikutnya  Pas semakin hanyut  malah maruah ulama-ulama Pas telah dipijak  dan lebih dahsyat lagi mereka dicabar oleh gulongan secular dan sederhana dalam Pas yang realis yang melihat survival Pas bergantung kepada penerimaan nilai-nilai kebebasan dan  penyesoian dengan proses globalisasi.

Mereka berundur ke belakang dan menemui kembali hudud yang dilihat sebagai penawar paling mujerab untuk memulihkan semangat penyokong-penyokongnya dan  memperbaiki semula pandangan  umat Islam terhadapnya.

UMNO yang berada dalam keadaan lemah  merasa perlu untuk  memberikan sokongan kepada pemulihan imej Pas ini walaupun menentang hudud  Pas di bawah  pimpinan Perdana Menteri Dr.Mahathir.

UMNO telah   mengendurkan peranan  untuk mewaraskan Pas supaya mengamalkan pendekatan Islam yang sederhana  kerana  peranan ini telah diambilalih oleh the force of moderation dalam Pas sendiri.Mereka mengkritik pimpinan ulama Pas seperti kritikan yang pernah dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno.

Mereka ini dibarisi oleh orang-orang seperti Khalid Abdul Samad,Mohamad Sabu,Husham,Mohd Hatta Ramli, Sallahuddin dan beberapa orang lagi..

Lebih menggemparkan lagi seorang dari pimpinan ulama Pas, Ahmad Awang  yang dikenali lebih keras dan lebih ekstrim  dari Haji Hadi Awang  telah  menyertai gulongan voice of moderation untuk mengetuai tentangan terhadap Haji Hadi dan bagi  menggulingkan kepimpinan ulama. Ini merupakan pertarungan  terbesar dalam sejarah pertandingan merebut  pucuk pimpinan Pas.

Tertekan oleh keadaan ini ,pimpinan ulama  Pas amat  menghargai sokongan UMNO kepada langkahnya  menghidupkan kembali perjuangan menegakan  Hudud. Inilah isu yang paling popular dan paling berkesan bagi  mengekalkan kedudukan  Haji Hadi  sebagai Presiden Pas  sekalipun implimentasinya besar kemungkinan sekadarkan  di peringkat  negeri Kelantan .Pertanyaan timbul bagaimana kalau BN kembali berkuasa di negeri Kelantan?

Tidak heranlah jika Haji Hadi mengstiharkan sokongan kepada penerusan Najib sebagai Perdana Menteri.

Kerjasama ini harus dilihat dari segi kepentingan peribadi  kepimpinan kedua  parti yang berada dalam keadaan tercepit dan tercabar dan bukan untuk matlamat politik nasional  atau agama .Bagaimanapun saya sendiri tidak mahu melihat  hanya  dari aspek negatif  kerana kepentingan peribadi  berkemungkinan melimpahkan kesannya kepada beberapa lapisan pimpinan kedua parti hingga keakar umbi.
.
Akhbar akhbar  perdana  Melayu; Berita Harian dan Utusan Malaysia  menjeritkan sebagai berita utama muka satu  sokongan Haji Hadi kepada Najib  kerana ia merupakan  sokongan moral yang sangat diperlukan oleh Najib dalam keadaan tertekan. Mereka mungkin tidak nampak bahawa  Haji Hadi  nampak keuntungan bagi penerusan  kepimpinan UMNO yang lemah.

 Timbalan Presiden Pas Mohamed Sabu dalam menyatakan sokongan yang sama melihat Najib akan   terpaksa bergelut  menyelesaikan masaalahnya  dan pemimpin - pemimpin PKR lebih berterus terang dengan menyatakan keyakinan bahawa pemimpin UMNO yang bermasalah akan memudahkan laluan mereka ke Putrajaya.

Dengan UMNO terlihat sebagai menyokong hudud  maka semakin sukar baginya untuk mendapat kembali sokongan orang Cina dan  sekiranya force of Moderation  Pas berjaya merampas kepimpinan dari Ulama Pas  maka akan memulihkan kerjasama Pas dengan DAP dan PKR,tidak ada lagi duri dalam daging dan terbukalah jalan yang lebih licin ke Putrajaya.




i.