Wednesday, 29 April 2015

MASA UNTUK MAHATHIR HENTIKAN KEMPEN GULINGKAN PM DAN NAJIB BERUNDUR


NAJIB KENA UNDUR
2 MEI 2015
JIKA UNDI PKR TIDAK  MEROSOT  DI PILIHANRAYA KECIL PERMTANG PAUH  ATAU BN TIDAK BERJAYA MENGURANGKAN MAJORITINYA  DAN MEROSOT PULA UNDI BAGI BN DI ROMPIN MAKA NAJIB TIDAK LAGI BOLEH YAKIN BAHAWA SOKONGAN KETUA-KETUA BAHAGIAN KEPADANYA ADALAH SOKONGAN RAKYAT.TIDAK ADA APA-APA LAGI YANG BOLEH MENUTOP KELEMAHAN BN DAN UMNO. NAJIB MESTI BERUNDUR- MOHD AKASAH .

Kiranya calon Barisan Nasional “Menang Dalam Kalah’ atau menang mutlak  di PRK  Permatang Pauh pada 7 April ini, maka Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir mestilah memikirkan samaada wajar atau tidak untuk meneruskan kempen bagi menggulingkan Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib .

Dan jika BN kalah di Rompin maka wajiblah bagi  Najib meletakan jawatan.

Ini dua kemungkinan yang  tidak akan berlaku tetapi besar kemungkinan majoriti undi kemenangan kepada “Anwar Ibrahim” di Permatang Pauh akan merosot.

Saya kira sebagai kemenangan walaupun kalah  sekiranya  BN dapat mengurangkan majoriti mantap 13,388 yang    di perolehi oleh Wan Azizah pada Pilihanraya  2008  dan  15,671  oleh suaminya Anwar Ibrahim dalam PRK yang dianggap sebagai  Mother Of All By Election  pada   26 Ogos 2008 bagi menggantikan Wan Azizah.

PKR telah menang beterusan  Pilihanraya Parlimen di kawasan ini sejak 1999.

Jika berlaku  peningkatan undi BN atau pengurangan  kelebihan undi PR  maka berarti  BN telah berjaya  merobek  tembok kekebalan imej Anwar Ibrahim dan ketegohan moral politik  pembangkang di seluruh negara.

Amat pentingnya PRK ini kepada DAP , ternyata apabila Ketua Menteri Pulau Pinang  mengistiharkan cuti awam pada hari pembuangan undi itu .

Kemenangan  menjadi matlamat setiap parti yang bertanding dalam pilihanraya tetapi mustahil akan dapat dicapai oleh BN di Permatang Pauh tetapi kejayaan mengurangkan undi majoriti PKR sudah cukup untuk memulehkan   imej BN  kerana ia merupakan   The Battle of The Decade  setelah The Mother Of All by Election.

Jika ini berlaku maka tidak dapat tidak ia akan memberangsangkan UMNO dan memberikan semangat baru kepada  penyokong UMNO dan BN di seluruh negara terutamanya dalam keadaan  pucuk  pimpinannya tergugat dengan kegawatan politik,ekonomi  dan peribadi  yang semakin meruncing oleh asakan dan tekanan  bertubi –tubi   Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir.

Saya tidak terfikir Tun Mahathir sendiri mahukan kekalahan BN di Permatang Pauh kerana Anwar Ibrahim  merupakan musuh terbesar dalam sejarah politiknya tetapi kekalahan BN akan terlihat sebagai beliau  turut memberikan sumbangannya jika beliau  menyerang Najib dalam tempoh  kempen pilihanraya itu.Kabarnya belia akan berucap di USM Pulau Pinang esuk( 30 April)

Apakah Mahathir tidak akan turut bergembira dengan peningkatan undi BN di Permatang Pauh kelak  yang  akan menaikan moral UMNO dan tidak hanya Najib?, Tidakah jika Mahathir meneruskan kempen menjatuhkan Najib, akan juga melemahkan UMNO yang nampak harapan baru?( Jika undi PKR merosot di Permatang Pauh)

Penurunan undi kepada “ Anwar Ibrahim” di Permatang Pauh  akan menutop kelemahan kemenangan di kawasan Parlimen Rompin jika berlaku kemerosotoan undi  kepada BN kerana Rompin bukan suatu kawasan Parlimen yang diwakili oleh seorang Ketua Pembangkang yang paling gagah , tokoh nasional yang paling tersohor didalam dan di luar negara, kebal dan hangat  dengan kontroversi dan hobi luar biasa..

Pengurangan undi pembangkang di Permatang Pauh ini  memberikan arti yang sangat besar kerana yang bertanding pada hakikatnhya bukan Wan Azizah tetapi  calun didalam penjara Anwar Ibrahim yang mengutus surat kepada pengundi -pengundi dari penjara dan mengingatkan rakyat dengan gambarnya terpampang di mana –mana.

Kiranya berlaku peningkatan undi BN di kawasan ini dalam jumlah yang berarti maka ini akan menjadi tanda aras  kepada penghakisan yang berterusan nilai  Anwar Ibrahim sebagai peraih undi  dalam pasaran politik PR malah langsung tidak akan laku lagi dalam Pilihanraya Umum akan datang.  

Dengan penurunan majoriti  ini  juga akan  menghakiskan lagi keyakinan  orang Cina terhadap PR khususnya permuafakatan  DAP  dengan PAS kearah Putrajaya  kerana ketakutan kepada  negara Islam  seperti juga kekalahan DAP  di Teluk Intan kerana kemarahan orang Cina  kepada DAP kerana memberikan peluang kepada calon Melayu di kawasan yang boleh dimenangi dengan undi Cina..

Penghakisan undi pembangkang di Permatang Pauh, menampakan orang Cina kecewa dengan ajenda tersembunyi PAS untuk menegakan Negara Islam  di sebalik peristiharan dasar baru  Negara Kebajikan yang diyakini oleh  DAP.

Dalam isu ini, DAP sehingga ini tidak menunjukan pendirian tegas terhadap PAS sebaliknya terus bersekongkong dengan PAS.

BN  dari sejak asalnya  PERIKTAN  tidak pernah mengasaskan dasarnya  dengan ajenda keugamaan yang tersembunyi,tidak pernah menyembunyikan Islam sebagai agama rasmi negara yang di maktubkan  dalam  Perelmbagaan Negara  dengan terang dan nyata atas persetujuan bersama semua  parti- pari komponennya.

Ajenda negara Islam Pas terdedah di sebalik Negara Kebajikan sebelum pun PR berkuasa.Sekarang orang bukan Islam  mulai tersedar bahawa disebalik pemansuhan perjuangan negara Islam PAS yang digantikan dengan Negara Kebajikan ,rupa-rupanya masih ada Hudud.

Isu hudud inilah  yang akan mengurangkan undi kepada PR dalam PKR  Permatang Pauh.


Sunday, 26 April 2015

TSUNAMI CINA AKAN BERTRUKAR MENJADI TSUNAMI MELAYU.

SUSAHLAH KALAU PEGAWAI JASA PUN TAK FAHAM.

Seorang pegawai JASA mendakwa saya meramalkan Tsunami Melayu akan berlaku pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dan juga Rompin (lihat Malaysian Insider) . Susahlah kalau pegawai JASA memberikan komen diatas sesuatu yag tidak difahami dengan betul. Maksud saya ialah kemungkinan berlaku pada Pilihanraya Umum akan  datang yang alamatnya atau tanda-tandanya akan dapat dibaca pada  kedua pilihanraya kecil itu.Takkanlah kekalahan dua pilihanraya kecil boleh dikatakan tsunami - zam.

TSUNAMI MELAYU...
Memang benar  tulisan  wartawan bebas dan berkredibiliti Joceline Tan di akhbar Sunday Star hari ini bahawa  kedudukan Datuk Seri Najib dalam parti adalah  mantap berbanding dengan Abdullah Badawi ketika menghadapi tekanan  dari  bekas Perdana Menteri Dr.Mahathir.

Keagungan  kemenangan terbesar BN di bawah PM Abdullah Badawi pada Pilihnarya  Umum 2004 runtuh  dalam pilihanraya 2008 yang dihadapinya  dengan keyakinan penoh kepada penerusan sokongan  rakyat sehingga beliau berani menaikan harga minyak dan tidak  memberikan manifesto kepada rakyat.

Abdullah tidak mempedulikan ancaman yang didatangkan oleh Dr. Mahahir yang melantiknya malah melakukan tindakan- tindakan yang menyakitkan hatinya termasuk membayar ganti rugi berjuta ringgit kepada hakim untuk menunjukan ketidakadilan Mahathir  dan membatalkan beberapa projek meganya.

Abdullah  percaya kemenangan besar 2004  itu seolah-olah kerana popularitinya tetapi sebenarnya berasaskan keyakinan rakyat kepada kemantapan  ekonomi dan maruah tinggi negara yang diwariskan oleh Dr. Mahathir.

Maka itu saya menyalahkan Dr. Mahathir diatas kemerosotan merudum  sokongan pada Pak Lah setelah beliau mengistiharkan kesilapan melantiknya sebagai Perdana Menteri.

Najib sekarang berada dalam keyakinan tinggi untuk mengekalkan pemerentahanya sehingga habis tempohnya diatas sokongan padu dari ketua-ketua bahagian dan anggota-anggota  MKT walaupun Mahathir menarik balik sokongan terhadapnya.

Najib tidak merasa terhutang budi kepada Mahathir  untuk  meneruskan projek yang pada Mahathir bersifat maruah negara (Jambatan Bengkok).  Beliau juga meruntuhkan tunggak kekuatan negara ISA yang keperluannya dirasakan kembali dengan menggantikannya dengan POTA. Kelihatannya sekarang  sebagai cuba memasak semula nasi yang sudah menjadi bubur.

Seperti juga Pak Lah,Najib berani memperkenalkan dasar -dasar yang mencabar rakyat seperti GST, menurun dan menaik harga minyak untuk populariti dan keuntungan sementara,cuba menaikan umur kelayakan mengeluarkan caruman  KWSP,menubuhkan National Unity Consultative  Council yang tidak berfungsi (memakan diri sendiri) dan slogan  1Malaysia yang tidak  tersemat di hati rakyat seperti " Malaysia Boleh", malah menimbulkan kemarahan orang Melayu.

 Pada pertimbangan dan  pandangan saya,  rakyat Malaysia termasuk yang tinggal di luar bandar yang berkemampuan melancong keluar negara ( ke Bandung,  Vitenam,  Korea Selatan,  China, berulang alik ke Umrah dan lain-lain) dan  pagi petang di kedai mamak membuktikan mereka mempunyai wang yang lebih dari keperluan asas,malah apabila harga minyak  naik ramai membeli minyak yang lebih mahal ( R 97) sehingga stesen kehabisan minyak. Artinya  mereka mampu untuk membayar GST.

Maka itu kenapakah bantahan timbul di seluruh negara  bagitu hebat ?. Sebab utama ialah kerana rakyat hilang keyakinan kepada pengurusan kewangan negara . Apabila kerajaan hendak menaikan umur kelayakan mengeluarkan wang caruman KWSP, cakap-cakap di kedai mamak ialah kerajaan tidak ada wang  dan 1MDB telah meracuni pemikiran rakyat sehingga ke peringkat yang sukar untuk dipenawarkan.


Jentera jentera komunikasi  dan penerangan kerajaan tidak lagi berkesan kerana terlihat tidak profesional,hilang kebijaksanaan malah jentera yang sepatutnya terlihat bebas seperti JASA(Jabatan Hal Ehwal Khas)  telah menunjukan sikap bias dalam krisis parti UMNO. Umpamanya apabila Pengarah JASA secara langsung menunjukan sikap penglibatan terang-terangan  dalam  politik maka rakyat tidak melihatnya sebagai bebas dan hilanglah keberkesanannya.Bukanlah peranan JASA untuk mendapat sokongan  dalam parti tetapi rakyat di lapangan.

Ketika saya menjadi Menteri Penerangan,saya tidak membenarkan pegawai-pagawai JASA aktif dalam politik. Maka  apabila  Ketua Pengarah Jasa sendiri berpolitik,tidak mungkin dia  akan mendapat laporan  yang bebas dari pegawai-pegawainya  kerana mereka takut menjadi mangsa prajudis politik.

Mungkin pandangan saya ini dianggap sebagai tidak berasas  tetapi dalam kehidupan  sebagai rakyat biasa , pengunjung kedai mamak  setiap hari pagi dan petang , menemui manusia yang berbagai disamping masih mempunyai sumber sumber maklumat yang  boleh dipercayai , maka saya
 mahu memberithau Datuk Seri Najib dengan sejujurnya bahawa  keyakinan rakyat kepadanya  berada pada tahap yang amat membimbang dan  dan amat menyedihkan perasaan saya.Saya nampak akan kemungkinan berlakunya Tsunami Melayu pada Pilihanraya Umum akan datang.

Saya bimbang pada nasib UMNO dan saya tidak bimbang pada nasib Najib. Sayang  sekali kepincangan parti-parti pembangkang sekarang tidak menjadi suatu peluang bagi membangkitkan semula kekuatan UMNO dan BN

Mungkin keputusan dua pilihanraya kecil Parlimen:  Permatang Pauh dan juga Rompin boleh dijadikan sebagai ukuran atau panduan samaada benar atau tidak maklumat dari saya. Jika berlaku kemerosotan undi BN di kedua kawasan parlimen itu maka Datuk Seri Najib  harus memberikan perhatian yang serius terhadap hala tuju beliau dalam perjuangan politik, samada untuk menyelamatkan diri dan isteri  atau parti.

Saya berdoa agar kedua pilihanraya ini tidak memberikan alamat bahawa Tsunami Cina akan bertukar menjadi Tsunami Melayu dan dengan itu,berasaskan hukuman  demokrasi Datuk Seri Najib boleh meneruskan kepimpinannya.







Tuesday, 21 April 2015

AKHBAR AKHBAR PERDANA ANGGAP MUHYIDDIN SOKONG MAHATHIR.

Akhbar-akhbar perdana yang mendukong parti pemerentah tidak menyiarkan ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri  Muhyiddin Yassin yang menujukan  kepada Mantan PM Mahathir" Tun tidak kesaorangan"( You ere not alone Sir)

Beberapa pihak mempertikaikan bahawa kata-kata itu sebagai menyokong Mahathir dalam perjuangannya  untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana  Muhyiddin menyatakannya   dalam kontek pendirian Mahathir mengenai isu- isu antarabangsa di  Forum Antarabangsa Menjenayahkan Perang.

Dalam pada itu prasangka timbul kerana  Muhyiddin juga menyatakan bahwa memang merupakan trademark Mahathir  dalam keberaniannya menyatakan sesuatu yang benar  sejak masa mudanya dalam perjuangan politik UMNO.

Bagaimanapun persepsi  itu telah menjadi opinion dan  kebenaran apabila akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia,Berita Harian dan NST  tidak menyiarkan berita itu  kerana pengarang-pengarang mereka sepakat berpendapat lima perkataan Muhyiddin itu bersifat  menyokong Mahathir atau itulah kemungkinan  pandangan yang  mereka dapat dari JPM.

Ramai pula orang  UMNO  berpendapat bahawa Muhyiddin perlu membuat  kenyataan serupa  itu untuk menenangkan ketegangan dalam parti.Siapa kata Muhyiddin tidak  licin dan licik bermain berpolitik?



22 April 2015
TEKANAN NUR AZLAN PULA KE ATAS NAJIB

Anggota Parlimen Pulai dan Ketua UMNO Bahagian Pulai Nur Azlan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib dikelilingi oleh panasihat-penasihat yang lebih mementingkan perut dan mahu mendapat projek dan bukannya untuk mempertahankannya  dari  serangan yang dihadapinya.

Beliau membandingkan dengan kabinet Dr.Mahathir  yang diangotai oleh  menteri-menteri  yang berkesan keatas rakyat .

Dalam entry terbaru blognya Nur Azlan yang diketahui selama ini sebagai seorang yang tidak selari dengan Mahathir  hari ini  memberikan pendapat yang selaras dengan Tun Mahathir dalam beberapa hal.

Beliau  menuntut Najib untuk memberikan jawapan segera terhadap persoalan hartanya. Sikap mendiamkan diri akan membawa melapetaka kepada UMNO,katanya.

Soal kekayaannya katanya perlu dijelaskan  untuk menenangkan ahli ahli UMNO sebelum rakyat  mengaitkannya dengan  dengan 1MDB.

Star  telah memetik entry terbaru Nur Azlan itu dengan Tajuk Ahli UMNO Mesti Memileh Ketua atau Parti.
Adakah pemimpin atau parti yang patut dipertahankan? tanya beliau.












Saturday, 18 April 2015

PEGUAM MAHU MAHATHIR SUBHAT DENGAN BANDUAN GULINGKAN NAJIB


Alhamdulillah.. akhirnya TPM indirectly keluar statement support TDM.
ReplyDelete

Cadangan seorang peguam dan Bekas Menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim supaya  Tun Dr.Mahathir berganding bahu dengan banduan Anwar Ibrahim untuk menggulingkan Najib adalah suatu penghinaan terhadap nilai moral Tun Dr.Mahathir dan meletakannya sebagai political animal yang sangat liar.

Mahathir dianggap boleh berkawan dengan penjenayah dan memaafkan perogol lelaki demi untuk mencapai matlamat politiknya

Dalam tulisan terkininya Zaid   dengan mudah  mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad berbaik semula dan bekerjasama dengan  musuhnya  itu bagi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Zaid  mahu orang ramai melihat pertemuan yang dikatakan berlaku antara  Azmin Ali(Menteri Besar Selangor)  dengan Dr Mahathir(betul ke?) dan  Mahathir menziarahi pengkebumian bapa Anwar  sebagai  langkah Mahathir untuk berbaik-baik  semula dengan Anwar dan memaafkan kesilapannya.

Ini adalah khayalan liar  Zaid Ibrahim yang dibuai sentimen dan kefanatikan kepada Anwar Ibrahim ke pringkat mengenepikan kedaulatan undang-undang  sehingga  ternampak banduan sebagai panglima jihad.Apa yang halal bagi kita sekalipun haram belum tentu halal bagi orang yang berpegang  haram tetap haram.

Sewajarnya Zaid sebagai seorang peguam lebih seimbang dalam membuat penilaian  dan lebih realistik .Jika benar pertemuan itu berlaku maka ia harus dilihat sebagai usaha Mahathir untuk mengenepikan Anwar Ibrahim  dari PKR  dengan Azmin diminta merintis usaha  ini untuk membolehkan kerjasama  UMNO dengan PKR..

Dengan Anwar berada dalam penjara maka usaha murni ini lebih mudah untuk dilakukan.
Zaid tidak seharusnya mencemarkan perjuangan Mahathir untuk membetulkan kepimpinan negara dengan gambaran kesanggupannya bersubhat dengan seorang yang dimuktamadkan oleh Mahkamah sebagai penjenayah homosexual.
Seorang peguam tidak sewajarnya  membiarkan sentimen peribadi menguasai diri sehingga beliau membuat suatu pembacaan politik yang salah meletakan Tun Dr.Mahathir sebagai political animal yang sangat liar ,seolah-olah Mahathir  tidak mempunyai nilai moral dalam politik.
Apakah Zaid memikirkan Mahathir  sanggup memaafkan  orang yang  telah memporakperandakan  orang Melayu dan mengotori imej  Islam di negara ini?
Tulisan ini menyerlahkan  mengapa Zaid tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam  pemerentahan Mahahtir .Beliau terus  tidak dapat menjiwai perjuangan  Mahathir dan masih tidak dapat membaca nilai politik Mahathir.
Bahawa  Mahathir menziarahi jenazah bapa Anwar Ibrahim bukanlah berarti Mahathir memaafkan dosa besar Anwar kepada UMNO dan orang Melayu tetapi adalah kerana menghormati rakan lamanya dalam politik.
Allahyahham Pak Ibrahim adalah juga kawan saya kerana semasa beliau menjadi anggota Parlimen ,saya adalah pemberita yang sering meliputinya  . Allahyarham adalah seorang anggota Parlimen yang terbilang dan  berkualiti dan seorang sahabat baik kepada Dr.Mahathir.
Apakah kerana anaknya yang jahat maka seorang kawan tidak seharusnya menghormati sahabatnya?

Thursday, 16 April 2015

SITI NURHALIZA MERBAHAYA KEPADA DATUK SERI NAJIB

Datuk Siti Nurhaliza
SILA LIHAT ENTRY TERKINI  Rocky's Bru nasihat TV 3, NST: DO NOT DEMONIZE DR M TO DEFEND NAJIB.

Datuk Ahirudin: Terima Kasih. Saudara nampak bahaya yang saya nampak,tapi jika nasihat tak dipakai,biarkanlah si luncai terjun dengan labu-labunya- Zam

SITI NURHALIZA........
Sokongan penyanyi No 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza kepada Tun Dr. Mahathir dengan katanya
"Tun Tidak Keseorangan" yang tersebar luas dalam media sosial, tidak tersiar dalam mana akhbar-akhbar arus perdana Malaysia hari ini.

Saya telah membeli semua akhbar arus perdana pagi ini untuk melihat dugaan saya benar atau tidak. Ternyata benar!. Saya hanya agak terkejut apabila akhbar The Star dan Sinar Harian yang saya anggap sedikit bebas, juga tidak menyiarkannya.  The Star hanya siarkan oneline tetapi inilah cara The Star menyampaikan berita-berita sensitif.

Saya juga mempersoalkan sikap akhbar Sinar Harian, tetapi fikiran saya maafkannya, kerana ia tidak juga mempromosikan sokongan kepada Najib seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia semuka penuh yang tentunya tidak dibaca ramai kerana sama sahaja ceritanya.

Akhbar NST yang edarannya telah jatuh dengan teruk, menyiarkan berita sokongan dari orang sudah tidak ada kedudukan dalam parti. Masa saya jadi Pengarang Berita Utusan Malaysia dahulu, journalisme mengajar membakul sampahkan berita-berita orang yang tidak berauthoriti dalam parti kecuali Pengerusi atau Setiausaha, malah cakap ahli jawatankuasa sahaja pun tidak dipakai, tetapi barangkali nilai journalisme akhbar cetak juga telah berubah mengikut rentak media sosial.

Semalam NST menyiarkan sepucuk surat pembaca menuduh Tun Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menekan seorang penyanyi dari Singapura kerana bertanya "Siapa Mahathir.”

Saya terlibat secara langsung dalam hal ini ketika menjadi pengarang di Utusan Malaysia. Pertanyaan penyanyi ini iaitu M. Nasir “Siapa Mahathir” menimbulkan kemarahan di seluruh negara seolah-olah memperkecilkan Mahathir yang ketika itu berada dipuncak kesayangan rakyat dan bukannya sokongan yang dipentaskan seperti kepada Najib sekarang.

Rozita Che Wan
Utusan telah menyiarkan reaksi kemarahan rakyat ini kerana mereka mengetahui M. Nasir rakyat Singapura dan masa itu rakyat Malaysia sedang marah pada Singapura dan Menteri Penerangan Mohd Rahmat terpaksa membendung kemarahan rakyat dengan menGgamkan M .Nasir buat sementara dari muncul di RTM.

Kalau “bahlol" dalam sejarah tak usah tulislah untuk menipu atau mengelirukan orang ramai . Hanya tambah menjatuhkan maruah NST yang menyiarkannya.

M. Nasir tidaklah merbahaya kepada Dr. Mahathir seperti apa yang sedang berlaku kepada Najib dengan sokongan ikhlas dan penuh berhemah dari Siti Nurhaliza dan juga pelakon jelita Rozita Che Wan kepada kepada Tun Dr. Mahathir. Jika tidak "Merbahaya” sokongan ini, masakan semua akhbar diminta membenamkan berita ini. Bodohkah semua Ketua Pengarang akhbar sehingga tidak nampak nilai berita ini?

Bagaimanapun harus diingatkan berjuta orang telah membaca berita ini menerusi media social. Sokongan Siti Nurhaliza seorang sudah lebih dari cukup untuk menutop ribuan  sokongan kepada Najib dari seluruh bahagian UMNO,Pemuda UMNO, NGO dan lain-lain  sokongan yang dipentaskan.

Suara Siti Nurhaliza dicintai berjuta manusia dan kejelitaan Rozita dalam kesederhanaannya menutup kejelitaan wanita-wanita yang berpakaian atau berbarang kemas berjuta ringgit. Sokongan dalam pilihan raya tidak hanya berasaskan kepercayaan politik.

Barangkali wajah artis-artis rakyat ini digeruni kerana suara dan wajah mereka berada di lubuk hati sanubari rakyat seperti lagu Singkong dan Keju yang meresap, membakar dan membangkitkan perasaan marah rakyat Indonesia kepada keluarga Presiden Soeharto sehingga membawa kepada kejatuhannya.

Inilah liriknya:


 SINGKONG & KEJU 

KAU BILANG CINTA PADAKU...
AKU BILANG FIKIR DULU...
SELERA KITA...
TERLALU JAUH...BERBEDA...

BAJU MU DARI PARIS...
SEPATU MU DARI ITALY...
KAU BILANG DEMI GENGSI...
SEMUA SERBA...LUAR NEGERI...
OHH MANA KAH MUNGKIN...
KU IKUTI CARA MU...
YANG PENUH HURA HURA...

AKU SUKA JAIPONG...
KAU SUKA DISKO...OHH OHH OHHH.....
AKU SUKA SINGKONG...
KAU SUKA KEJU...OHHH OHH OHHH....

AKU DAMBAKAN...SEORANG GADIS...
YANG SEDERHANA...
AKU INI...HANYA...ANAK SINGKONG...
AKU...HANYA...ANAK SINGKONG....






PEMINAT TETAP HURUNG TUN MAHATGHIR( Pic dari Malaysiakini)

Walau mengadu “keseorangan” tanpa penyokong, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tetap dihurung para peminat di Masjid Negara hari ini.

Video yang dimuatkan seorang bekas wartawan, Firdaus Abdullah menunjukkan bekas PM itu gembira dengan layanan sedemikian.

Selain berjabat tangan, Mahathir turut memenuhi permintaan para peminatnya untuk bergambar-
Malaysiakini.







Published: Sunday April 19, 2015 MYT 1:10:00 PM
You’re not alone, Muhyiddin tells Dr Mahathir

“Telling the truth and standing up has been your trademark since you were a young doctor and an ordinary Umno member.

Dr Mahathir and Muhyiddin chatting before the start of the forum at PWTC on Sunday
“Let me assure you, sir that you are not alone,” said Muhyiddin during his keynote speech at at anti-war forum at the Putra World Trade Centre on Sunday which was attended by Dr Mahathir and his wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
He added that Dr Mahathir had always stood up for what he believed in and saluted the former prime minister for having the guts to stand up to world superpowers in making a stand against war- STAR ONLINE..
























Sunday, 12 April 2015

BUKAN SAHAJA NAJIB TETAPI MAHATHIR JUGA AKAN DITANGKAP BILA PEMBANGKANG MENANG

KHAIRY PLAYS POLITICAL CARD VERY WELL

KOMEN:
Johari 15 April 2015:

Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia:  I have this to say to you: Your are playing your political card very well in advising "orang UMNO" not pressure Mukhriz to resign.Proven that your are better then Mukhriz but both of you are an asset to Y generation in UMNO. Keep it up.


BUKAN SAHAJA NAJIB.....
Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir memberikan nasihat secara implicit tetapi keras dan pedas  kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib bahawa beliau akan dihadapkan di mahkamah sekiranya pembangkang (maksudnya Pakatan Rakyat)  mengambil alih kerajaan dari Barisan Nasional.

Beliau mempunyai keyakinan hal ini akan  berlaku sekiranya Najib tidak meletakan jawatan dari sekarang untuk  memberikan  masa yang cukup  kepada BN  memulehkan keyakinan rakyat (Lihat video klip Youtube temubual dengan Mahathir )

Tentunya  bila PR menang Anwar Ibrahim  akan dibebaskan seperti Mahathir membebaskan 21 orang tahanan ISA sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri  tetapi  Dr.Mahathir sendiri yang dianggap sebagai authoritarian akan  ditangkap dan di tahan lebih dahulu  dan disusuli dengan tangkapan keatas  Najib dan lain- lain  untuk  didakwa atas tuduhan penyalahgunaan kuasa,  skandal 1MDB atau lain lain.

Maka itu dalam memberikan amaran yang lembut tetapi keras ini, tersirat amaran  Dr.Mahathir tidak sahaja kepada  Najib tetapi juga kepada dirinya sendiri. Amaran ini adalah merupakan amaran untuk keselamatan bersama.

Maka itu  Najib perlu membuat keputusan  yang sewajarnya kerana hakikat sebenarnya di lapangan amat membimbangkan dan tidak meyakinkan sekalipun Najib telah cuba menunjukan the brave face di TV3 .
Yang  tersembunyi ialah kemuncolan Najib  yang tergesa-gesa tanpa promosi pengumuman lebih awal di buat menerusi media cetak dan lain-lain media  seperti yang biasa  dilakukan terutama untuk  meyampaikan mesej yang sangat penting kepada rakyat.

Ia lebih bersifat untuk memenuhi  seruan dari dalam parti  sendiri terutama dari Ketua Pemuda UMNO  Khairy Jamaluddin dan Anggota Parlimen Shahrir Samad yang mahu Najib  memberikan jawapan langsung kepada Mahathir namun kepada umum tidak ada jawapan.Pementasan sokongan tidak menggambarkan keadaan yang sebenar.

The Powers of Incumbency mestilah digunakan dengan bijaksana  atau  secara profesional,jika tidak ia lebih mendedahkan keadaan  yang panik disebalik wajah tenang dan berani.Inilah kesan negatif yang telah berlaku.

Saturday, 4 April 2015

SUARA BERANI KHAIRY JAMALUDDIN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA

KHAIRY MAHU PM NAJIB JAWAB SENDIRI KRITIKAN TUN MAHATHIR.

SYABAS KHAIRY! ENGKAU TELAH BANGUN BERSUARA TEPAT PADA MASANYA.

SUARA BERANI BAGINILAH YANG DITUNGGU OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA PEMUDA UMNO SENDIRI.

KOMEN:
KHAIRY TIDAK LAGI KESAORANGAN
Nazmi 6 April 2015
Pengerusi  Kelab Penyokong Kerajaan  Barisan Nasional  Shahril Samad  juga telah meminta Perdana Menteri Najib menjawab sendiri beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Tun Dr.Mahathir. Maka sekarang Khairy tidak lagi kesaorangan dan yang akan kesaorangan kelak ialah Setiausaha Agung UMNO Tengku Nan.
Ini tidak berarti anggota-angggota  BN dalam Parlimen tidak menyokobg Najib tetapi mengetahui sikap Najib yang lebih suka mendiamkan diri selama ini,maka desakan Kelab Penyokong kerajaan ini adalah tekenan kepada Najib.
Tidak cukupkah dengan tekanan yang sedang dihadapinya sekarang.Kehilangan dua Setiusaha Sulit dalam masa hanya berselang hari dan juga kehilangan seorang kawan karib yang banyak membantu.

Anonymous4 April 2015 at 22:43
We hope Encik Khairy is worth his Oxford salt, and his be true repentance for whatever was unruly of him in the past. Amin.
DARI MALAYSIAN INSIDER
Jangan buat tak tahu kritikan Dr Mahathir, kata Khairy






Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata persoalan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dijawab supaya masalah tidak terus meruncing lagi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 April, 2015.Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata persoalan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dijawab supaya masalah tidak terus meruncing lagi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 April, 2015.Pelbagai isu yang dibangkitkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu segera dijawab Putrajaya bagi mengelak masalah yang dibangkitkan menjadi lebih meruncing, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menteri belia dan sukan itu berkata, pandangan Dr Mahathir sebagai seorang bekas perdana menteri tidak boleh diabaikan kerana isu yang dibangkitkan adalah isu yang mendapat perhatian ramai.
"Sebagai seorang bekas perdana menteri, kita harus mendengar dan menghayati apa yang ditulis beliau. Bagi saya, kita tidak boleh buat tidak tahu saja apa yang dibangkitkan Dr Mahathir.
"Kita perlu selesaikan masalah itu. Apa yang Dr Mahathir bangkitkan kita perlu jawab walaupun kita rasa jawapan sudah diberikan, kena jawab lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Universiti Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.
Khairy berkata sama ada isu syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pembelian jet kerajaan atau dakwaan pembunuh warga Mongolia Altantuya Sharibuu, Putrajaya perlu bersedia menjawabnya.
Katanya, apa yang dimahukan Dr Mahathir ialah semua persoalan dijawab Najib sendiri supaya lebih berkesan.
"Saya fikir itu yang Dr Mahathir mahu. Kita boleh buat penjelasan tetapi pada pandangan saya, yang paling berkesan apabila perdana menteri sendiri memberi penjelasan tersebut," katanya.
Dr Mahathir pada Khamis menyenaraikan pelbagai tuduhan terhadap Najib selama ini, dan mengatakan tiada satu pun antaranya dijawab sempurna.
Katanya, ia termasuk pembunuhan Altantuya dan dakwaan oleh salah seorang yang disabitkan, bekas komando Sirul Azhar Umar, iaitu bekas pengawal peribadi Najib.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-buat-tak-tahu-kritikan-dr-mahathir-kata-khairy#sthash.RzQN8uYc.dpuf

DARI MALAYSIAKINI:
Dr M: Muhyiddin boleh jadi PM, tapi saya tak pasti...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah yang paling layak untuk mengambil alih jawatan perdana menteri, tetapi beliau enggan mengesahkan sokongan kepadanya.

Dr Mahathir berkata beliau telah "hilang kepercayaan" selepas dua penggantinya tidak sepertimana yang diharapkannya.

"Anda tahu, saya telah hilang kepercayaan pada orang. Sebelum mereka dilantik, mereka adalah orang yang paling bersih di dunia," katanya sambil menambah bahawa apabila mendapatkan kuasa, mereka berkelakuan tidak baik.

Thursday, 2 April 2015

SULTAN PERAK SEPATUTNYA MURKA KEPADA MB DAN SETIAUSAHA KERAJAAN

MB PATUT MINTA AMPUN DARI SULTAN
Komen:
zamry 5 April 2015
Patutnya Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr, Zambary Abdul Kadir dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mengadap Sultan Nazrin untuk meminta ampun diatas kelalaian mereka sehingga tercemar Istiadat Perasmian Dewan Undangan Negeri Perak. 


SULTAN PERAK......
Siapakah yang bersalah dalam kekecohan anggota pembangkang menghadiri  Istiadat Pembukaan  Rasmi Dewan Undangan Negeri Perak oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tanpa berpakaian istiadat sebaliknya hanya  berpakaian serba hitam.?

Menteri Besar  Perak  Datu Seri Dr. Zambary Abdul Kadir mendakwa Sultan Perak murka terhadap sikap wakil -wakil rakyat pembankang itu.

Apakah Sultan hanya murka terhadap pembangkang dan tidak kepada Menteri Besar dan juga anggota- anggota Dewan Undangan Negeri  Barisan Nasional  dan juga Polis Bantuan yang tidak menyekat kemasukan mereka itu tanpa berpakaian rasmi mengikut arahan pada kad atau surat jemputan.

Sewajarnya MB dan  anggota- anggota BN bersama menyekat kemasukan mereka dengan bantuan Polis Bantuan sekalipun boleh menimbullkan kekecohan yang akan menggangu upacara perasmian itu tetapi dari segi moral  ini adalah lebih baik dari kejayaan anggota pembangkang menggambarkan sewaktu keadaan  tidak hormat kepada Sultan Perak .

Berita kekecohan mempertahankan kehormatan Sultan sebelom diceroboh  adalah lebih baik dari berita membelanya  setelah diperhinakan.

Sekiranya mereka ada "kelakian" maka tentulah mereka akan  menyekat anggota-anggota  pembankang itu  bersikap biadab,menyekat mereka masuk ke dalam Dewan Negeri   dipintunya tetapi setelah nasi jadi bubur barulah ditangisi dan mengajak orang lain juga turut  menangis bersama.

Apakah Setiausaha Kerajaan Negeri tidak mengingatkan pegawai-pegawainya terutama Polis Bantuan tentang tugas mereka terutama bagi suatu upacara Istiadat rasmi.Tidak ada SOP ke?

Perlu disebutkan dalam awal tahun 60an telah berlaku kekecohan di pintu masuk Parlimen Malaya apabila Singa UMNO Syed Jaafar Albar dan   beberapa orang lagi anggota Parlimen Perikatan  telah menahan  anggota-anggota pembangkag dari Barisan Sosialis Rakyat Malaya yang diketuai oleh V.David dari masuk ke bangunan  Parlimen kerana hanya berpakaian biasa,tidak memakai kot dan tali leher.Tetapi "kelakian" ini  sudah tidak ada lagi sekarang  di kalangan anggota- anggota DUN Perak atau mungkin di negeri- negeri lain. Semunya hanya tersimpan dalam seluar.

Apa yang  berlaku di DUN  Perak memang memalukan kerana menunjukkan kelemahan semangat BN sekarang yang  tidak mampu untuk menunjukan komitmen yang tegas dan berani walaupun sah dari segi undang-undang dan  pada masa yang sesoai dan bila diperlukan.

Tidaklah sewajarnya Perkasa dan juga lain- lain pertubuhan  NGO membiarkan diri mereka diperalat  untuk menutop kelemahan orang lain.


HUBUNGAN  MAHATHIR DAN NAJIB DI PERINGKAT PALING GENTING.

Apabila membaca posting terkini Tun Mahathir Chedet hari ini yang menyentuh tentang hubungan kes pembunuhan Altantuya dengan bekas Pengawal Peribadi Datuk Seri Najib maka saya sebagai seorang tua yang mengenali peribadi Mahathir dari dekat sekian lama dan juga mengetahui peribadi Datuk Seri Najib gementar dengan perasaan bahawa hubungan antara  mereka telah sampai ke peringkat paling genting dan tiada lagi jalan yang cerah di hujung terowong.

Apakah ini reaksi dari kenyataan Najib mengatakan ada jemuan di Kedah menyebabkan Mahathir benar -benar mahu membuktikan dirinya sebagai jemuan. Saya tahu Mahathir sanggup untuk jadi apapun dan  sedia untuk apapun terjadi kepadanya kerana kepercayaannya.