Sunday, 29 March 2015

LEE KUAN YEW TIDAK JADI PERDANA MENTERI JIKA TIDAK KERANA KESETIAAN OTHMAN WOK.

Hari ini tertutuplah suatu era yang terhebat dalam sejarah Singapura. Mayat Arkitek Utama Pemodenan Singapore  dan Mantan  Perdana Menteri Lee Kuan Yew di bakar dan abunya  disemadikan dengan abu isterinya seperti menurut wasiatnya.

Tetapi Lee Kuan Yew tidak akan menjadi Perdana Menteri Singapura jika  tidak ada kesetiaan beberapa orang pemimpin Melayu PAP kepadanya dalam saat -saat yang sangat genting,sejarah Singapura tidak akan bertukar jika tidak kerana Othman Wok membawa sokongan Melayu kepadanya.

Di dalam buku Men In White The Untold Story Of Singapoire's Ruling political Party, dicatitikan tribute  Lee Kuan Yew dalam majlis meraikan  ulangtahunnya yang ke 75 kepada Othman Wok bekas menterinya dan bekas Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu:

Dalam air mata LKY meneyentuh bagaimana Othman  berdiri teguh ketika menghadapi tahun- tahun keributan politik dalam Malaysia dan ketika rusuhan  perkauman di Singapura  dalam tahun 1964. Katanya:

"Because of the caourage and leadership you showed ,not singale PAP Malays leader wavered. That made a difference to Singapore"

Kepada seoarang lagi rakan setianya Rahmat Kenap Lee berkata" I cannot forget that  as long I live  Your never wavered. I was fortunate to have you a staunche,stout-hearted and loyal comrade" (Muka 285)

Lain lain pemimpin Melayu yang dianggap wira oleh LKY ialah  Rahim Ishak,Yaacob Mohamed,Buang Omar Junid,Mahmud Awang dan Mohammed Ariff Suradi.

Maka itu tidak heranlah jika ada orang Melayu yang berteriak bunuh Othman,bunuh Othaman Wok dalam rusuhan perkauman Singapura.Sejarah akan menilai samaada Othman telah mengambil jalan yang benar.

Friday, 27 March 2015

KALAU TIDAK KERANA LEE KUAN YEW,YUSOF TIDAK JADI PRESIDEN PERTAMA SINGAPURA

Wajah Yusof Ishak diabadikan pada semua mata wang kertas
Singapura
Kalau tidak kerana Lee Kuan Yew. Yusof Ishak Pengasas Utusan Melayu di Singapura, tidak akan menjadi Yang Di Pertuan dan juga Presiden Singapura yang pertama dengan sokongan dari Othman Wok, Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu yang menjadi  kawan setia Lee Kuan Yew (LKY) sehingga ke akhir hayat.

Mata wang kertas Singapura berwajahkan Yusof  Ishak hingga sekarang. LKY juga membantu mematahkan mogok golongan kiri Utusan Melayu pada 1961. Sebaik sahaja tersingkir dari Utusan Melayu kerana tidak dapat mengawal tekanan golongan kiri yang anti UMNO dalam Utusan Melayu, LKY telah mengambil Yusof untuk menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura.

Hubungan Yusof dengan  LKY bermula bila beliau menjadi Peguam Pertama Utusan Melayu di awal tahun 50an.

LKY amat menghormati Yusof kerana kerja keras dan juga kejujurannya walaupun Yusof seorang sosiaslis, tetapi beliau mengenali sempadan dengan komunis. Dalam berulang-alik dengan keretapi antara  Singapura dan Kuala Lumpur semasa menjadi Pengarah Urusan Utusan Melayu, beliau hanya menaiki kelas ekonomi. (Untuk mengetahui sepenuhnya, bacalah Di Depan Api Di Belakang Duri Kisah Sejarah Utusan Melayu oleh Zainuddin Maidin)

Walaupun Othman Wok berjasa besar pada  LKY  kerana menukar sejarah Singapura dengan membawa sokongan orang Melayu kepadanya, tetapi LKY marah apabila Othman Wok berkahwin dua tanpa memberitahunya,

Lee Kuan Yew menyuruh Othman "bungkus" jika dia tidak dapat menyelesaikan masalahnya yang telah diketahui oleh LKY. Ketika itu Othman bakal menjadi Duta Singapura ke Indonesia (Halaman 218  Never In My Wildest Dreams oleh Othman Wok). Mungkin Othman dilucutkan dari jawatan menterinya kerana telah berkahwin dua.

Dalam ketegasan LKY tidak mempedulikan sekalipun kawan. Inilah bezanya antara LKY dan Dr.Mahathir Mohamed.

Monday, 23 March 2015

WASPADA: LEE KUAN YEW AKAN BANGUN DARI KUBURNYA

MEMBURU PAK SAMAD DAN UTUSAN MELAYU HINGGA KE MALAYSIA





KOMEN:
EX IGP RAHIM NOOR SALUTES LEE KUAN YEW

TAN SRI RAHIM NOOR 24 MAC 2015:

TS.Just read your article on LKY. It's an excellent overview of LKY'S political carriers from day-one. He was not only acutely intelligent but as focused in his political leadership as he was ruthless in dealing with his opponents.

As an ex-security man, I salute him for the paramount role he played in beating-and ultimately wiping out thoroughly  the communist threat emanating from Singapore. He wiped them out essentialy thru sound public policies of world renown.

It had taken Malaysia only years later to repeat the" Spore Feat". This was thru the signing of the Haatyai Peace Accord ii Dec 1989.

WASPADA LKY.........

Di awal tahun 50an ramai pemimpin  Melayu beberapa  kesatuan  sekerja di Singapura disamping wartawan- wartawan dan penulis- penulis Melayu  terdedah dengan pengaruh politik  antarabangsa kerana kedudukan pulau itu sebagai kota metropolitan yang merupakan salah  sebuah  pelabuhan terbesar di dunia.

Selain dari anak tempatan, Singapura juga menjadi tumpuan anak - anak Melayu  Semenanjung  dengan  kesedaran nasionalisme  yang mahu  berada  dalam suasana  yang lebih bebas untuk bertindak dan bersuara   dalam perjuangan menentang penindasan dan penjajahan tanpa sekatan feudalisme,perkauman dan agama.

Seorang peguam muda yang pintar yang baru pulang dari pengajian di England yang mempunyai cita cita besar politik melihat  kesedaran nasionalisme di kalangan orang Melayu yang dijuarai dengan beraninya oleh akhbar Utusan Melayu sebagai jambatan perjuangannya.

Sikap Utusan ini  berbanding dengan akhbar- akhbar  Inggeris dan Cina yang pro penjajah menyebabkan pejuang-pejuang kemerdekaan dan barisan depan komunis yang terdiri dari  pelajar pelajar Cina , kaum pekerka  Cina  dan gulongan terpelajar Inggeris  memandang tinggi  Utusan Melayu..

Lee Kuan  Yew (LKY) mungkin telah pun mengkaji keadaan ini atau mendapat maklumat mengenainya  sebelum pulang ke Singapura untuk memulakan  karier politiknya . Beliau mendekati Utusan Melayu dan wartawan kirinya  Samad Ismail  yang dalam tahanan British untuk menjadi sebagai pembelanya.Beliau kemudiannya menjadi peguam pertama Utusan Melayu yang menyebabkan beliau diterima dan mulai popular di kalangan kesatuan sekerja dan pejuang -pejuang anti penjajah..

Samad Ismail ketika itu telahpun mempunyai hubungan dengan pejuang-pejuang kemerdekaan Indonesia malah pejabat Utusan Melayu di 185 Cecil Street Singapore  menjadi pusat kegiatan penyeludopan senjata ke Indonesia . 

Presiden Pertama Indonesia ,Soekarno dalam ucapannnya dihadapan ribuan manusia  ketika singgah sekejap di Singapura dalam perjalanan ke Mekah  telah bertanya kabar  di mana Samad Ismail dan minta dikirim salam kepadanya.Dalam tahun 40an hingga awal 50 an Samad Ismail  adalah suatu nama besar yang dihormati dan disanjung tinggi di kalangan pejuang kemerdekaan  di Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu.

Jika di baca Memoir Pertama  Lee  Kuan Yew The Singapore Story( muka 158) maka kita dapat menciumi bahawa LKY dalam masa yang sama  juga  rapat dengan Polis  Cawangan Khas  British . Seorang pegawainya Superintendent Richard Byrne Coriddon memberitahu Lee bahawa Samad adalah seorang pemuda Melayu yang cerdik dan seorang  komunis yang paling pintar yang pernah ditemuinya  tetapi beliau  mempunyai keyakinan" sebagai  manusia dalam pertumbuhan kedewasaan , mindanya akan  berubah menerusi pengalaman dan dia berharga untuk dipelihara”

Kalau dilihat dari awal penubuhan PAP yang dirancang dan dibincang antara Samad dengan Lee Kuan Yew dan beberapa lagi pemimpin Melayu dari kesatuan sekerja , nampak kecendorongan LKY untuk menjadikan orang Melayu sebagai rakan perkongsian politiknya di Singapura.

Buku Men In White (muka 286 ) menyebutkan bahawa PAP ternyata   sensitif  dengan kepentingan Melayu apabila perbincangan untuk penubuhannya diadakan  di no 38 Oxley Road yang dihadhiri oleh confidante Lee Kuan Yew seorang wartawan radikal Samad Ismail  dan dua orang lagi aktivis kesatuan sekerja iaitu Mofradi Haji Mohamed Noor dan Ismail Rahim yang menjadi penaja kepada penubuhan PAP.  

Samad  berperanan aktif  membangkitkan sokongan orang Melayu kepada  PAP menerusi tulisan –tulisannya di Utusan Melayu dan membawa masuk orang Melayu dan wartawan Utusan Melayu ke dalam PAP seperti Othman Wok dan Baharuddin bin Mohamed Arif.

Jika ideology tidak menjadi punca  perpecahan antara gulongan pelampau kiri dan sederhana  dalam  perjuangan sosialisme PAP di Singapura ,Samad Ismail   mungkin telah berada  dalam barisan pucuk pimpinan   pemerentahan  Singapore  tetapi    Samad kerana radikalismenya dibuang ke Jakarta sebagai wartawan Utusan Melayu .Beliau  membantah dengan berhenti dari Utusan Melayu dalam tahun 1958 dan  ditawarkan berkerja dengan  Straits Times(ST) Kuala Lumpur.

Bagaimanapun beberapa orang wartawan Utusan Melayu lainnya telah diberikan tempat dalam kabinet PAP Singapura dan lain lain jawatan penting dalam kerajaan.

Suatu sumber memberitahu saya  pihak  British dan Lee Kuan Yew  yang merancang tawaran jawatan  ke ST kepada Samad    tanpa kesedaran Samad dengan keyakinan  penerimaan  tawaran itu  menunjukkan kesediaan  Samad  untuk berubah.

Tetapi perhetongan ini silap apabila  dalam tahun 1971, Samad  memainkan peranan penting di belakang tabir  dalam meMalaysiankan ST dengan kerjasama Kesatuan Kebangsan Wartawan Malaysia(NUJ)  yang  menyingkirkan wartawan wartawan asing  dan pegawai-pegawai dagang British dan Australia dari ST. Ketika itu saya menjadi Presiden  NUJ dengan di bantu oleh dua orang  wartawan ST ,Hor Sai Kong dan Philip Mathews yang dikenali  sebagai orang Pak Samad. Kami mendapat sokongan Perdana Menteri  Tun Abdul Razak.

Gerakan ini berlaku dengan pantas   yang menyebabkan suatu perubahan besar berlaku  dengan penguasaan ST oleh anak anak tempatan dari wartawan hingga kepengurusan.

Ketakutan LKY terhadap Samad Ismail tidak berakhir. Beliau semakin cemas apabila  melihat  Samad berjaya membawa rakan rakan Marxist nya  mengelilingi  Tun Abdul Razak seperti  Abdullah Majid menjadi Setiausaha Akhbarnya dan  James Putucheary yang    berperanan membantu  perangkaan Dasar Ekonomi Baru(DEB).

Ketakutan ini meyebabkan beliau mempengaruhi Perdana Menteri  Hussein On sebaik sahaja kematian Tun Abdul Razak  untuk menahan Samad Ismail walaupun  Samad  sebenarnya telah berubah setelah melihat penyelewengan rakan-rakan seperjuangannya  di Indonesia selepas mendapat kedudukan penting dalam kemerdekaan Indonesia. ( bacalah buku  Memoir Pak Samad di Singapura).

Samad   melihat kebenaran dasar - dasar yang di jalankan oleh Tun Abdul Razak dan memberikan  dedikasi sepenuhnya kepada Tun  menerusi pemberitaan dan tulisannya.Beliau juga dikatakan antara penulis ucapan -ucapan Tun Razak di belakang tabir.

Dalam masa krisis cabaran  Menteri Besar Selangor Datuk Haron Idris  untuk merebut jawatan  Presiden UMNO dan juga Perdana Meneri dari Tun Razak ,timbul tuduhan dari penyokong penyokong Harun termasuk  Singa UMNO Syed Jaafar Albar   bahwa Abdul Razak di pengaruhi oleh tiga Abdul yang merupakan anasir komunis iaitu Abdul Samad Ismail,Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid. Ketiga tiga mereka di tahan dibawah ISA.

LKY berharap suatu perubahan besar dalam kepimpinan politik  Malaysia  akan berlaku bila Hussein On berhenti  tetapi  harapannya  musnah  apabila  yang diharapkannya  tidak menjadi  sebaliknya  musuh politiknya Dr.Mahathir yang menggantikan Hussein yang sebaik sahaja memegang jawatan membebaskan tiga Abdul yang didakwa sebagai komunis dsamping 18 orang  orang lagi.

LKY tidak senang dengan Tun Abdul Razak yang dianggapnya sebagai tidak boleh dipegang kata katanya tetapi lebih tidak senang dengan Dr. Mahathir yang pernah dicapnya sebagai ultra Melayu dan Mahathir membalasnya dengan kata- kata "They( Singapore  Chinese) have never known Malay rule and couldn't bear the idea that the people they have so long kept under their heels should now be in a position to rule them.".

Tidak sahaja Mahathir  dan Tun Razak yang tidak selesa dengan LKY dan tidak yakin kepada kejujurannya malah  Tunku juga kecewa bila  beliau mungkir janji untuk  tidak akan menyertai Pilihanarya Malaysia 1964 setelah menyertai Malaysia.

Walaupun Lee Kuan Yew  menapikan sebagai    keputusannya tetapi keputusan rakan- rakannya   kerana ketika itu beliau sedang melawat negara- negara Africa tetapi Presiden Singapura Devan Nair nampak Tunku tidak percaya bila beliau memberitahu Tunku   dalam suatu pertemuan  di Pulau Pinang dalam tahun 1979. Ketika itu  Tunku telah pun bersara (lihat Men in White muka 264))

Sejak penyertaan PAP dalam pilihanraya inilah   Utusan Melayu beraleh menjadi musuh utama  LKY walaupun beliau pernah  membantu mematahkan mogok gulongan radikal kiri ( nasionalis dan sosialis ) di Utusan Melayu Kuala Lumpur   pada tahun 1961 menerusi kadernya di Utusan Melayu Othman Wok dengan menghantar pekerja- pekerja Utusan dari Singapura.

LKY  berharap   Utusan  Melayu akan terus mengekalkan  persahabatan dengannya atau bersikap berkecuali  apabila Singapura  berada dalam Malaysia  tetapi kerana kemungkiran janji  LKY, Utusan Melayu telah membakar nasionalisme Melayu  di Singapura setelah penyertaannya dalam pilihanraya Malaysia. Utusan telah berpaling tadah   dan menjadi juara nasionalisme Melayu di Singapura .

The Man and White (muka 276) menyebutkan “Akhbar yang dulunya menyokong PAP dalam kebangkitannya,telah jatuh ketangan UMNO,menaikan pemidang untuk agama,bangsa dan tanahair, menjadi juara kepada orang Melayu dan menuduh kerajaan PAP sebagai penindas masyarakat Melayu Singapura”

Menteri-menteri PAP  menuduh rusuhan perkauman yang berlaku di Singapura dalam tahun 1964  berpunca dari hasutan Utusan Melayu.

Walaupun   peningkatan politiknya  di Singapura bukan atas permainan isu perkauman  tetapi untuk mendapat sokongan orang Cina dan bukan Melayu di Malaysia beliau telah memainkan sentimen mereka dengan menentang kedudukan raja raja Melayu , menuntut persamaan hak  dan memomokan sesuatu yang berbau Melayu sehingga Tunku Abdul Rahman   yang sedang berubat sakit kayap di London membuat keputusan dari katil hospital  untuk  menyingkirkan Singapura dari Malaysia.

Apabila hal ini berlaku pada 9 September 1965, Tan Sri Ghazali Shafee  berkejar dari Kuala Lumpur  untuk menemui  Lee Kuan Yew di Singapura..

Dalam   Men In White muka 302,  Ghazali Shafee menceritakan  beliau yang   terkejut mendengar berita penyingkiran Singapura itu telah berkejar ke Singapore pada petangnya dan menemui Lee di pejabatnya di City Hall. Dia kelihatan sangat buruk,matanya merah dan bengkak. Sebelumnya dia mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan perpisahan Singapore Malaysia.

Ghazali menceritakan apabila melihatnya ,Lee menangis dan beliau juga menangis “.Kami berdua berada dalam keadaan amat dukacita  kerana terpaksa hidup di negeri yang terpisah yang saya atau dia tidak bersedia.Lee pada mulanya marah dan sedih dan kami menghabiskan masa kira kira satu jam untuk saling memujuk antara satu sama lain” 

Disebalik pergeseran yang terus berlaku antara Malaysia dan Singapura selepas perpisahan itu ,hubungan politik antara Lee Kuan Yew dan Ghazali Shafee terus berlaku sehingga keperingkat beliau  menasihatkan Tun Hussein Onn untuk segera melawat Singapura dan menemui LKY sebaik sahaja Tun Razak meninggal dunia.Lee di ketahui sangat berharap Ghazali akan menjadi Perdana Menteri.

Dalam pertemuan inilah LKY memberitahu tentang adanya anasir komunis  dalam media di Malaysia yang diikuti dengan tangkapan   Samad di bawah ISA dan rakan rakannya Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid.

Walaupun Samad Ismail tidak lagi  berada dalam Utusan Melayu tetapi beliau tentunya bergembira dengan sikap Utusan Melayu memushi LKY dan kerana peranannya yang berkesan  dalam membangunkan sentimen kearah penyingkiran  Singapura dari Malaysia yang sekaligus mematahkan cita-cita dan impian   besar Lee Kuan Yew.

Bagaimanapun Samad tidak menyangka bahawa LKY akan terus memburunya walaupun beliu telah membawa diri ke Kuala Lumpur

LKY pula tidak menyangka bahawa Utusan akan menjadi pemusnah cita-citanya .Kata Men In White :” Sesuatu yang ironis apabila akhbar Utusan Melayu   yang paling bersimpati  dengan Lee pada awalnya  tetapi kemudiannya  menjuarai  kritik keras terhadap  Lee Kuan Yew yang p. Yusuf Ishak penaja Utusan Melayu menjadi  Presiden Pertama Singapura dan   wajahnya di  wang kertas Singapura.”

Lee telah menjadikan Utusan Melayu   sebagai jambatan kejayaan  politiknya   di Singapura  dengan harapan orang Melayu akan menjadi rakan perkongsian politiknya  tetapi perubahan suasana politik Singapura dalam percaturannya yang berbagai telah memusnahkan semuanya.Nama nama Melayu tidak lagi ramai dalam kabinet Singapura dan tidak mungkin di masa depan seorang Melayu lagi akan menjadi Presiden Singapura selain dari Yusuf Ishak.

Sejarah politik  LKY  tidak dapat dipisahkan dari  Utusan Melayu. Maka itu nama Utusan Melayu  baik dan buruknya  tercatit dalam hampir semua buku LKY  tetapi yang lebih diingatinya dan menjadi dendamnya yang tidak berkesudahan ialah peranan Utusan Melayu dalam membangkitkan sentimen Melayu  dan bagi penyingkiran Singapura dari Malaysia.

Bagaimanapun perpisahan ini telah memberikan kekuatan baru kepada Lee Kuan Yew  untuk mengalihkan trajidi kepada  suatu peluang besar untuknya membangunkan visi ,mengambil  inisiatif dan menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk  membina  Singapura yang lebih baik,lebih kuat dan dapat  mendahului  Malaysia menjadi negara maju.

Beliau berjaya  membangunkan kekuatan  suatu bangsa baru yang melampaui batas kaum dan agama dan dalam hal ini beliau  tidak sahaja menekan perkauman Melayu tetapi juga membunuh institusi-institusi perkauman Cina termasuk Sekolah Cina dan Universiti Cina,menghapuskan kegiatan samseng, dan mengemukakan kepada dunia sebuah Singapura yang bersih,cekap dan amanah di bawah kepimpinan yang tegas menolak rasuah dan skandal dalam kerajaan dan juga di kalangan pembangkang. 

BCA ( Bersih,Cekap Amanah) yang pernah menjadi janji pilihanraya Malaysia,masih tinggal  hanya sebagai slogan kerana tidak menggunakan tangan besi seperti LKY.

Apapun mahu dikatakan tentang LKY  tetapi  beliau tidak meninggalkan Singapura yang miskin dan pincang sebaliknya beliau meninggalkan Singapura yang kukuh, aman dan  makmur yang   dapat melimpahkan kekayaannya kepada Malaysia disamping  warisan kematangan  kepimpinan yang  mengutamakan  kerjasama ekonomi dan keselamatan antara kedua negara walaupun perselisihan timbul dari masa kemasa.

LKY pernah mengamanatkan sekiranya berlaku penyelewengan dalam pemerentahan Singapura maka beliau akan bangun dari kuburnya (lihat The Best Of Lee Kuan Yew di Google). Siapakah yang akan terus memegang amanat ini selepas anaknya Lee Hsien Loong.

Demikianlah sekadarkan untuk mengenang suatu zaman besar yang telah berlalu dalam hubungan Lee Kuan Yew dan Utusan Melayu yang penuh dengan gelora,

Saya turut merasakan kehilangan pemergiannya kerana saya telah mengikuti jejak perjuanganya sejak awal dan mengkaguminya  sebagai seorang pemimpin besar yang berjaya menghadapi berbagai cabaran dan dapat membangunkan suatu bangsa dan negara yang kuat dan bermaruah di tengah tengah nusantara Melayu..

Friday, 20 March 2015

GENERAL-GENERAL HILANG DARI DEMONSTRASI

KOMEN:
ADAKAH HADI MASIH BERMARUAH?
Tan Melaka 28 Mac 2015:
Presiden Pas Abdul Hadi Awang menolak tuduhan SUA DAP Lim Guan Eng bahawa beliau tidak bermaruah,tidak jujur dan pengkhianat.
Apakah lagi maruah yang ada pada Hadi  dan Pas apabila menukarkan perjuangan Negara Islam kepada Negara Kebajikan( atas nasihat Anawar Ibrahim?) ,tidakkah ini pengkhianatan, menggadikan kuasa kepada Anwarinas,tidakkah ini sesuatu yang tidak bersifat kejujuran,menerima seorang homosexual sebagai pemimpin utama Pas untuk sekian lama. Tidakkah ini penjualan maruah demi kerana mengejar kuasa?.

Sekarang Hadi tidak lagi dihormati oleh Anawrinas dalam parti Pas. Di mana maruah hendak dibanggakan?

Sebenarnya Haji Hadi berdosa besar kepada Allah,kepada penyokong  Pas dan kepada umat Islam negara ini kerana bersama dengan Nik Aziz  membawa sokongan kapada Anwar Ibrahim yang hampir menenggelamkan UMNO sebagai parti Islam yang sebenar,yang telah berjaya menegakkan maruah Islam dan menjalankan kepimpinan Islam walaupun berkawan dengan parti kafir.

Orang Islam telah menentukan maruah Haji Hadi.Sudahlah Hadi. Bungkus!

GENERAL- GENERAL HILANG...

Berbagai perancangan ,tindakan dan usaha dilakukan sertamerta sebaik sahaja  peliwat Anwar Ibrahim dilindungi oleh tembok penjara untuk menyinarkannya sebagai seorang pejuang rakyat yang setaraf dengan Mandela dan Ghandhi.

Tetapi harus diingatkan  Mandela merengkok dalam penjara selama lebih 27 tahun dengan hukuman kerja berat   dan Anwar hanya baru beberapa hari sahaja berada di dalam,  telah mendapat keistimewaan anaknya sendiri dapat memantau keadaan kesihatannya. Rakan-rakan Mandela meneruskan perjuangan berani sehingga ditahan bertahun-tahun bersamanya  tetapi general-general yang sekian lama di barisan depan  dalam perjuangan  bersama Anwar  telah menghilangkan diri.

Di mana Kit Siang, Guan Eng, Azmin Ali, Haji Hadi ,Mat Sabu,Husam dan lain lain  dalam demonstrasi- demonstrasi yang diadakan dari masa ke masa untuk membela Anwar, dari pembakaran lilin di hadapan  Penjara Sungai Buluh hingga ke demonstrasi di depan Sogo Kuala Lumpur yang  diadakan setiap minggu.

Lilin -lilin yang dipasang di depan penjara pun telah terpadam satu demi satu dan demonstrasi selanjutnya hanya disertai oleh tentera- tentera upahan , askar askar simpanan dan siswa -siswa bahlol yang belum mengenal dunia sebenar.

Isu isu baru akan muncol satu demi satu  seperti IMBD, Hudud ,Beng Hock dan lain lain yang lebih bersifat semasa  yang akan melindungi penjara Sungai Buluh dan banduan -banduan didalamnya.

Selain dari itu Malaysia bukanlah negara pengangur seperti  Indonesia kerana setiap orang sebok dengan kerja masing-masing dan tidak cukup kalau upah  demonstrasi hanya sekadar sebungkus nasi,sebungkus rokok dan sedikit wang.Di Malaysia jika wang upahan tidak dinaikan maka semakin kuranglah demnstran kerana banyak lagi kerja menunggu dengan  upahan yang lebih besar.

Wednesday, 11 March 2015

PERSAMAAN LEE KUAN YEW DAN DR.MAHATHIR



FROM THE STAR

Published: Wednesday March 18, 2015 MYT 1:45:00 PM
Updated: Wednesday March 18, 2015 MYT 1:53:09 PM

PMO: Lee Kuan Yew remains critically ill, condition has deteriorated further


SINGAPORE: Former prime minister Lee Kuan Yew (pic) remains "critically ill" and his health has deteriorated further, according to a statement by the Prime Minister's Office (PMO) on Wednesday.

This comes after the PMO had issued an update on Tuesday saying that Lee's condition had worsened due to an infection.

It had added that Lee is on antibiotics and the doctors are closely monitoring his condition.

Lee, 91, has been hospitalised in the Singapore General Hospital since Feb 5, when he was admitted for severe pneumonia.

Before this week, the previous update on Lee's health had been issued on Friday, when the PMO said his condition remained "largely unchanged" from a stable state.

Prior to that, the PMO had released a statement on March 6 saying Lee had improved slightly and continued to be watched closely by his doctors. - The Straits Times/ANN

PERSAMAAN LKY MAHATHIR
Pemberita- pemberita banyak menyimpan ingatan tentang hal -hal paling menarik  yang didengar dan dilihat  walaupun tidak di  ditulis kerana tidak ada nilai berita atau yang dianggap sebagai remeh temeh untuk siaran.

Di awal tahun 60an, saya dan kawan kawan sering  melancong ke Singapura  atau saya  mengikuti Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu Othman Wok . Pak Othman pernah membawa saya menemui Yang Dipertuan Singapore Yusuf Ishak sebelum beliau menjadi menteri dalam kabinet Lee Kuan Yew(LKY). Saya tidak tahu beliau adalah kader PAP.Yusuf adalah  penaja Utusan Melayu pada tahun 1938.

Pada masa itu, Singapura di bawah LKY mulai menampakan hasil ketegasannya  untuk mendisplinkan rakyat ,tindakan keras terhadap pembuang sampah dan mereka yang meludah di sana sini, pergerakan rakyat dipantau,gansterism dibenteras,urusan rakyat dengan kerajaan dipermudahkan membuatkan rakyat merasakan bahawa mereka diuruskan oleh sebuah kerajaan yang cekap dan amanah.

Rakyat merasakan tangan besi LKY di mana-mana dan di geruni.

Singapura mempelupuri  kerja -kerja memperbaiki jalan raya di waktu lewat  malam supaya tidak menggangu lalu lintas  di waktu siang .Ketika itu  Malaysia belum lagi memikirkan langkah ini,.

Suatu pagi sebaik sahaja kami bangun setelah selesai bersarapan di sebuah  gerai kecil di lorong belakang di Arab Street ,mamak gerai serta merta menyapu sekitar kami duduk tadi dan kami bertanya apa pasal, kami tak ada buang sampah ? Jawabnya " you orang mahu tahu,satu puting rokok pun saya kena"

Kami juga menyaksikan sekitar kawasan -kawasan perumahan haram  dilindungi dengan tanaman memanjat atau rimbunan  untuk melindungi pandangan buruk sebelum kawasan  itu di bakar. Tanaman rimbunan itu sehingga di kenali di Sungai Buluh pust jualan tanaman di Kuala Lumpur sebagai  pokok Lee Kuan Yew.

Lebih 15 tahun kemudian apabila saya dan rakan -rakan wartawan mengikuti lawatan Timbalan Perdana Menteri Dr.Mahathir ke Labuan, di ketika pagi masih sepi , kami melihat  kereta Mahathir lalu di hadapan rumah tumpangan kami. Kemudiannya kami bertanya kepada Pak Ali pengawal peribadinya,kemana Mahathir pergi pagi pagi buta,? Pak Ali memberitahu pergi melawat sebuah toilet untuk melihat bersih atau tidak.

Pengarah Muzium Negara, Shahrom Yub memberitahu saya  bahawa Mahathir setelah melawat muziumnya  telah  menaliponnya terus untuk memberitahu banyak kertas  bungkusan  ice cream bertaburan  di belakang muziumnya.

Sementara Datuk Bandar Kuala Lumpu Datuk Alias Omar  memberitahu saya bahawa beliau juga pernah ditalipon oleh Mahathir kerana lampu- lampu menuju ke Parlimen di penuhi dengan serangga.Beliau menalipon terus kepada Alias kerana tidak dapat menghubungi menteri yang bertanggungjawab. Tindakan Mahathir ini  menyebabkan menteri berkenaan tersinggong.

Ini adalah pekara yang remeh temeh tetapi sikap kepimpinan yang hands-on sebeginilah yang menjadi cerita dari mulut ke mukut dan menjadi  mesej  sangat berkesan untuk membentuk sikap dari pegawai ,kakitangan  hingga ke rakyat biasa.

Kedua- dua pemimpin ini mempunyai matlamat yang sama untuk membina  negara yang berdisplin,cekap dan amanah tetapi cara  Dr.Mahathir  terutamanya dalam percaturan politik adalah lebih berperikemanusiaan dari LKY

Wednesday, 4 March 2015

KEMUNCAK ASEAN MESTI AJAR AUSTRALIA SEBAGAI KAKI BULI


KOMEN:

NAJMI
6 MAC 2015

NAJIB TIDAK BERKALIBER SEBAGAI PEMIMPIN ASEAN

Ternyata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib tidak berkaliber besar sebagai pemimpin ASEAN apabila beliau tidak mengambil kesempatan untuk menjuarai pembelaan terhadap Indonesia yang sedang menghadapi tekanan dan penghinaan dari Australia dan Dunia Barat kerana mahu menembak mati dua orang pengedar dadah warga Australia.

Ini adalah suatu kesempatan "mas" yang tidak dapat dilihat oleh Najib sebagai peluang untuk mendapat penghormatan dari rakyat Indonesia, untuk mengeratkan hububungan dengan Presiden baru Indonesia Jokowi dan memberikan impak besar kepada kepimpinannya.

Inilah kualiti kempinan negara yang dimiliki oleh Rakyat Malaysia sekarang.



INDONESIA PATUT BERTERIMA KASIH PADA AUSTRALIA

TAN MELAKA
5 MAC 2015
Presiden dan rakyat Indonesia sewajarnya berterima kasih kepada Australia kerana bantahan terhadap hukuman mati keatas dua rakyatnya telah menghantar mesej  keras  kepada  pengedar - pengedar  dadah di seluruh dunia  tentang hukuman yang menunggu mereka di Indonesia.

Di Malaysia ramai warga asing telah dihukum gantung tetapi tidak ada pengumuman mengenai mereka yang menjalani hukuman  kerana Malaysia takut kepada reaksi dunia . Dulu  diumumkan kepada media.Sewajarnya gambar mereka yang telah menjalani hukuman juga disiarkan di akhbar dan juga telivisyen.

Tindakan menembak mati dua orang warga Australia itu akan sekaligus  mengangkat maruah Presiden dan Rakyat Indonesia kerana terbukti  Australia  tidak lagi ditakuti dan dihormati sebagai polis Amerika Syarikat.

KEMUNCAK ASEAN MESTI AJAR AUSTRALIA

Sidang Puncak ASEAN yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan depan dengan Malaysia sebagai pengerusinya , wajar membicangkan penerusan sikap Aurstralia  untuk membuli negara ASIA terutama negara yang dianggapnya  lemah yang  tidak mahu mendengar cakapnya.

Terkini Ausrtalia  membuat berbagai ancaman memperkecil dan menghina   Indonesia untuk menyekat Indonesia menjalankan  hukuman keatas dua orang rakyatnya  yang dihukum mati kerana mengedar dadah di Indonesia. Apa yang berlaku kepada Indonesia mungkin akan berlaku kepada Malaysia. Seorang rakyat Malaysia yang dihukum gantung  sedang mendapat perlindungan di Australia

Ternyatalah apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir  15 tahun lalu  tentang  sikap Australia  suka membuli negara -negara  Asia terutama Indonesia   masih benar sampai sekarang walau pun perdana menterinya masa itu  Paul Keating telah meminta  maaf kepada Mahathir kerana mensifatkan Mahathir sebagai Keras Kepala ( Recalcitran).

Kecaman itu dibuat Paul Keating  kerana Mahathir tidak mahu menghadhiri sidang punck APEC sebaliknya mahu diwujudkan East Asia Economic  Caucus.

Dalam satu interviunya dengan ABC ,Mahathir  memberi amaran kepada Australia supaya berhenti dari mengajar negara negara lain  menjalankan sendiri urusan negara mereka jika hendak berbaik-baik dengan negara -negara Asia.

Mahathir  khususnya menyebutkan  kesukaan Australia membuli Indonesia  terutama  mencampuri soal Timur Timur.

Berikutan kecaman itu Mahathir juga memberi amaran akan  mengambil tindakan balas dalam hubungan perdagangan dengan Australia yang menyebabkan Keating meminta Maaf  tetapi bila John Howard menggantikannya  hubungan menjadi buruk semula kerana dirasakan Indoneisa lemah.Mahathir menuduh Australia tidak hormati janjinya.

Indonesia selalu menjadi mangsa buli Australia .Sampai bilakah Indonesia  akan terus membiarkan Australia  untuk membuliny sebuah negara besar dengan lebih 200 juta penduduk hanya kerana takutkan Australia  sebagai Polis Amerika.

Presiden baru Indonesia  Jokowi sewajarnya hadhir di Sidang Punck  ASEAN di Kuala Lumpur bulan depan dengan mendongak kepalanya setelah menembak mati  dua orang penjenayah Australia dan bukannya dengan menunduk kepala kerana tunduk kepada tekanan kulit putih yang merasakan lebih kuat dan lebih mulia.Hentikan Australia dari menjadi Juara Rasis di Asia

Demi untuk maruah Malaysia ,Sidang Puncak ASEAN   kelak seharusnya dapat memikirkan langkah yang sewajarnya untuk mengadakan suatu ajenda khusus bagi membincangkan sikap sombong dan suka membuli  Australia terhadap negara negara Asia supaya dapat mengajar Australia menjadi negara yang berperadaban tinggi   menyesoikan dirinya dengan persekitaran Asia dan khususnya ASEAN.

Memang ajenda  ini sukar untuk datang dari Malaysia yang bertambah akrab dengan Australia sejak Najib Abdul Razak menjadi Perdana Menteri tetapi ajenda  ini boleh dikemukakan oleh Indonesia yang maruahnya sedang tercabar sekarang.

Pegawai-pegawai WISMA PUTRA pun tidak boleh lagi diharap untuk sensitif  pekara ini kerana mereka tidak lagi berada dalam sentimen nasionalisme  Asia  kerana turut tenggelam dalam khayalan asmara dana dengan Obama.

Dengan tindakan berani dan berkesan diambil terhadap Australia maka barulah akan memberikan pengisian kepada slogan ASEAN" Our People,Our Comunity,Our Vision".