Thursday, 29 January 2015

SAYA AKAN TERUS MENULIS




SETIAKAWAN KEWARTAWANAN: Ahirudin bin Attan (Rocky's Bru) wakil NST di London bersama Zainon Ahmad( Allahyarham) Pengarang Bersekutu NST yang melawat London  berkunjung ke kediaman  saya berhampiran dengan Paddington Station ketika saya  direhatkan di London dalam tahun 1994 setelah tersingkir dari jawatan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu. 

THERE IS MORE THAN ONE WAY TO SKIN A CAT

Tajuk "Salam Terakhir Zam Pada Penulisan Politik Semasa" sehingga pagi ini  telah menerima   lebih dari 4,000 ribu pelawat   dan hampir semua komen menyesali tindakan saya,meminta saya meneruskan penulisan, menyeru saya jangan berundur di bawah tekanan disamping  beberapa orang yang bersimpati  memahami keputusan saya itu.

Saya tidak menyangka mempunyai peminat yang bagitu ramai dan terharu dengan kata-kata harapan dan penghargaan dan lebih menyentuh perasaan saya  bila ada rakan rakan wartawan yang menunjukan solidarity dan fraternity kewartawanan   menerusi  talipon,sms, penulisan dan ada yang  datang sendiri ke cafe saya di Putrajaya.Di antara mereka,orang yang selama ini tidak saya  sangka sebagai kawan rapat dalam perasaannya..

Ini mengingatkan  saya kembali pada hari saya  tersingkir  dari jawatan  Ketua Pengarang Utusan Melayu 20 tahun lalu. Wartawan -wartawan yang sering menerima tekanan  kerja dari saya,yang sering  di gertak dan dimarahi oleh saya,merekalah yang pertama masuk ke bilek saya dan menyatakan simpati dan kecewa dan mahu membuat apa sahaja  untuk  mempertahankan saya.

Tetapi  seorang dua yang sangat rapat dengan saya telah  lari lintang pukang menjauhkan diri dari saya malah  mengingatkan pemberita-pemberita muda  jangan lagi  memasuki bilek saya kerana ""merbahaya."

Selain dari itu peristiwa mogok Utusan Melayu  yang trajis pada tahun  1961  yang menyebabkan hancur ikatan  kekeluargaan pekerja Utusan Melayu yang terjalin  berpuluh tahun  sejak Utusan diterbitkan  pada tahun 1939, sewajarnya menjadi pengajaran dalam perjuangan.

Sebelum mogok semua bersumpah setia malah ada yang minum air Yasin tetapi   tidak dapat bertahan kerana pada akhirnya ideologi perut akan mengatasi ideologi politik. Ini menjadi  panduan bertindak dan ingatan kepada saya  sampai sekarang dalam menerima sokongan dan pujian..

Maka itu  saya menasihatkan wartawan-wartawan muda yang masuk ke bilik saya dan  mahu mempertahankan  saya supaya jangan melakukan sesuatu mengikut perasaan,jangan bertindak tanpa perhetongan terhadap nasib masa depan mereka. Saya memberitahu mereka tugas saya pada Utusan sudah selesai sekadarkan yang termampu oleh saya tetapi tugas saudara saudara  masih belum selesai.

Diantara mereka yang menerima nasihat saya sekarang telah memegang jawatan penting di Utusan Melayu dan juga di akhbar lain. Antaranya Aziz Ishak yang menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu dan juga Rozaid Abdul Rahman Pengarang Eksekutif   mStar.

Saya sendiri pada ketika itu   merasakan sudah sampai masanya untuk saya meninggalkan Utusan kerana saya tidak lagi dapat menyesuaikan diri dengan suasana politik baru. Perdana Menteri Dr Mahathir sendiri tidak sedar  anasir anasir ABIM sedang menyelewengkan   nilai nasionalisme Melayu dan  Islam yang sederhana dan liberal yang menjadi pegangan UMNO.Beliau terpukau  oleh Anwar Ibrahim.

Saya  tidak merasa marah  dengan orang orang politik yang rapat dengan saya yang tidak memanggil saya  ketika  saya berada dalam keadaan  genting pada masa itu.Yang saya ingat membuat panggilan talipon bertanya kabar  ialah  rakan rakan rapat saya yang bukan dari kalangan politik  iaitu Dr.Munir Majid, Rashid Hussein dan juga Sasterawan Negara Usman Awang.

Saya  bertanya kepada wartawan Joceline Tan  yang menginterviu saya " kenaapa saya tidak merasa sedih bila tersingkir sedangkan  saya telah bagitu lama dengan Utusan  " Joceline yang ketika itu berkhidmat dengan NST berkata " Kerana saudara seorang profesional".

Lebih dari itu ialah apabila saya menyertai Utusan Melayu,saya tidak pernah ingat untuk jadi ketua pengarangnya,sama juga bila  saya menjadi senator tidak ingat untuk menjadi menteri. .

Saya berterima kasih kepada semua orang yang telah memberikan penghargaan kepada saya dan meminta saya terus menulis. Saya berjanji   akan terus menulis tetapi tidak mengenai politik semasa namun demikian kata perumpamaan Inggeris "There is more than one way to skin a cat",banyak cara untuk mencapai  matlamat .
Banyak pekara yang belum saya tulis mengenai sejarah politik  untuk bekalan dan panduan generasi baru.
.
Kepada kawan kawan  wartawan di Utusan Melayu ingatlah darah kita bukan darah bangsawan.Kita hanya bercakap tentang globalisasi tetapi kita berada dalam zaman tradisi yang bukan semua tunjang dan nilainya perlu  dikekalkan lagi.Perjuangan belum selesai.Dinasti mesti dihapuskan dalam semua parti.

Mogok politik seluruh perkerja Utusan Melayu dalam tahun 1961 kerana membantah pengambilan aleh Utusan Melayu oleh UMNO. Ketika itu Utusan di kuasai oleh wartawan -wartawan  nasionalis kiri Melayu yang pro Indonesia.Mogok ini berjaya dipatahkan.

CATITAN: Mogok Utusan Melayu 1961 bukanlah mogok mempertahankan kebebasan akhbar seperti yang disangka oleh banyak pihak tetapi adalah untuk mempertahankan penguasaan gulongan kiri  Melayu  yang pro Indonesia dan mahukan Malaya menjadi sebahagian dari Indonesia. Utusan pada masa itu adalah juga sebahagian dari sayap penting  kepada perjuangan Blog Timur di Malaya  untuk menegakan komunisme dan sosialisme yang akhirnya membawa penderitaan kepada berjuta rakyat di dunia- Zam

Saturday, 24 January 2015

RITA RUDAINI TIDAK TERLIBAT DENGAN KONSPIIRASI JATUHKAN NAJIB

BERITA HIBURAN TERKINI
Rita Rudaini bergambar bersama dengan dua orang cucu Zainuddin Maidin, Zulhailmy ( kiri )dan Zulhilman (kanan) dan seorang lagi pelakon Ezzrin Loy setelah  siap penggambaran   sebuah babak  dari telemovie QIAM di Zam Newsroom Cafe  Ayer @ 8 Presint 8 Putrajaya. 


TENTUNYA kehadhiran pelakon jelita Rita Rudaini bersama  beberapa orang pelakon lagi di Zam Newsroom Cafe Putrajaya baru -baru ini bukanlah untuk berkonspirasi bagi menjatuhkan Perdana Datuk Seri Najib.

Rita dan lain lain  boleh dianggap bersih dari teori konspirasi ini   kerana mereka tidak minum petang atau makan bersama saya sebaliknya berada di cafe ini hanya untuk membuat penggambaran telemovie Qiam yang akan di tayangkan di Astro Oasis akhir bulan ini terbitan One Chinoiz Studios Sdn Bhd..

 Rita disertai oleh pelakon-pelakon Fikrey Bakar, Azri Iskandar,Ellie Suriati,Fimie Don dan Ezzrin Loy

Teori konspirasi  seumpama itu  telah timbul apabila saya  minum pagi bagi pertama kalinya  bersama  dengan bekas Menteri Kewangan  Tun Daim Zainuddin , bloger Kadir Jasin dan beberapa orang lagi bloger di sebuah restoran mamak di Damansara baru baru ini.

Syarikat penerbit telemovie itu memileh  cafe ini yang rekabentuk dalamannya  telahpun  menarik beberapa penerbit program TV

Sejak dibuka setahun lalu, Zam Newsroom Cafe  sering  di kujungi oleh artis,penceramah agama tersuhur,personaliti TV , pemimpin politik dan NGO,pegawai -pegawai tinggi kerajaan , penulis dan wartawan. Pengujung - pengunjung yang kebetulan berada disini telah berkenalan dan  bergambar dengan artis artis terkemuka.

Disamping itu orang ramai sekarang dapat membeli buku -buku hasil karya Zam yang mungkin sukar di cari atau kehabisan di kedai-kedai buku lain di Sudut Buku bersebelahan Zam Newrooms Cafe  disamping boleh mendapat authograph penulisnya Zainuddin Maidin(ZAM) bagi setiap bukunya.Zam biasanya berada disini dari jam 10 pagi hingga 1 petang dan dari jam 5  hingga 6 petang.

Bagaimanapun dua buah buku barunya belum terjual disini iaitu Saya Bukan Menteri yang telah pun diserahkan untuk penerbitan  Institut Pimikiran Tun Mahathir Unversiti Utara Malaysia . Zam adalah sebagai karyawan tamunya. Sebuah lagi  Saya Bukan Kawan Mahathir masih dalam penulisan dan dijangka terbit pada Mac.

Buku buku hasil karya Zainuddin Maidin yang terjual disini ialah Kisah Sejarah Utusan Melayu Di Depan Api Di Belakang Duri, Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot( Bahasa  Melayu dan Inggeris),Wira Tak Di Dendang ( BM  dan BI), Hari Itu Sudah Berlalu( BI) The Other Side Of Mahathir (Edisi asal Bahasa Melayu Mahathir Di Sebalik Tabir telah habis dijual) ). Buku ini adalah The Best Seller.

Gambar bawah: Sebuah babak dari telemovie QIAM yang sedang dilakonkan di Zam Newsroom Cafe Ayer@ 8 Putrajaya 8                                                                                                                        

Monday, 19 January 2015

SALAM TERAKHIR ZAM PADA PENULISAN POLITIK SEMASA

TUN M :"NABI PUN TAK BOLEH BETULKAN DUNIA"


Amanat President Pertama Indonesia Soekarno: Perjuanganku lebih mudah kerana mengusir penjajah tapi perjuanganmu akan lebih sulit kerana melawan bangsamu sendiri- dari T. Shirt yang dibeli kawan di Yogyakarta.


LIHAT INTERVIU SAYA DENGAN  THE MOLE DI BAWAH SEKAI:









SALAM TERAKHIR.........

Setelah menimbangkan dari semua aspek, kepentingan kedamaian dan ketenteraman jiwa dari ugutan,tekanan dan pencemaran nama di hari tua , maka saya mengambil keputusan untuk berhenti dari penulisan politik semasa  yang  menjadi pengisian utama blog zamkata  sejak  dilancarkan pada 8 ogos 2012.
Setakat ini pengunjung blog ini telah mencapai lebih 1.5 juta dan pelawat setiap hari antara dua ribu hingga tiga ribu  lebih dan pernah mencapai antara  lapan hingga sepuluh ribu bergantung kepada sesuatu isu semasa. 

Sepajang lebih  50 tahun dalam bidang  kewartawanan,  saya tidak pernah menjadi penulis upahan. Berkhidmat kepada Utusan Melayu  dengan kesetiaan kepada dasar kepartian dan kepimpinannya  dan tidak tunduk kepada fiction. Maka itu saya tersingkir dari Ketua Pengarangnya.

Penulisan buku mengenai  Tun  Dr. Mahathir (Mahathir Di Sebalik Tabir) dan Tun Abdul Razak ( Jejak Bertapak Seorang Patriot) adalah atas kemahuan dan kerelaan saya sendiri kerana mencintai mereka sepenoh hati sebagai pahlawan dan negarawan bangsa.

Setelah bersara dari politik, berbagai pihak datang menemui saya  meminta  saya untuk  mengetuai NGO, membantu sebagai penasihat parti, menawarkan jawatan pengarah syarikat atau institusi pelajaran tetapi saya telah menolak semuanya kerana saya mahu bebas dalam persaraan, kecuali meneruskan penulisan.

Namun demikian dalam bersendirian juga saya dianggap mempunyai sandaran.

Kepercayaan dan setiakawan saya kepada kepimpinan  politik yang bersandarkan sejarah dan kejayaan dicemarkan oleh kerana perbezaan fikiran , penilaian dan  ketakutan pada  mimpi ngeri politik masa depan pihak yang semakin sedar akan kemerosotan pengaruh dan kekuatan. Maka teguran tidak lagi dianggap sebagai sokongan.

Saya amat tersinggung apabila kekuatan saya sendiri dianggap sebagai bergantung pada orang lain. Ini bukanlah kejatian dan keperibadian diri saya berdekad dalam dunia kewartawanan. Tun Daim dan Anwar Ibrahim yang bersama  bertanggungjawab dalam menyingkirkan saya dari kedudukan jawatan Ketua Pengarang Utusan Melayu dalam tahun 1993 juga tahu pendirian saya.

Saya merasa cukup terhina kerana bagitu mudah orang membuat kesimpulan. Sekali saya minum pagi bersama Tun Daim Zainuddin atas jemputan dan menemui Tun Mahathir bersama seorang dua rakan telah dianggap saya berada dalam konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib.

Jika demikian,bolehkah saya juga  membuat kesimpulan dengan TV3 media mesra UMNO menyiarkan ancaman Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim  untuk membongkar keburukan Bekas Meneri Kewangan Tun Daim Zainuddin telah bererti  Najib berkonspirasi  dengan Anwar Ibrahim untuk mengekalkan kedudukannya ?

Pada ketika-ketikanya saya ketawa pada diri sendiri kerana mimpi ngeri terhadap diri saya lebih besar dari diri saya yang sebenanrnya. Saya  tidak mempunyai kawan  sejati dalam politik, kerajaan  atau mana mana pertubuhan kecuali rakan-rakan wartawan.

Saya selalu disebut oleh media sosial sebagai sekutu Mahathir atau rakan Mahathir tetapi Mahathir pernah menyatakan dalam  majlis pelancaran buku 'Jejak Bertapak Seorang Patriot Tun Abdul Razak': "Zam adalah kawan saya tetapi kawan yang ada kalannya menyukarkan ."

Barangkali saya adalah di antara ribuan  wartawan dan penulis yang terus mendukung  idealisme kewartawanan  untuk perjuangan  membetulkan dunia dan manusia   tetapi saya tetap sedar dengan kata-kata Dr Mahathir pada suatu hari apabila  saya  memberitahunya  semasa menjadi Perdana Menteri tentang penyelewengan dan kecurangan orang-orang penting di  dalam pemerentahannya, “ Zam, Nabi pun tak boleh betulkan dunia ini,”katanya.

Saya telah berkhidmat sebagai wartawan  dari sejak  era  Perdana Menteri Pertama Tun Abdul Rahman,Tun Abdul Razak, Tun Husssein Onn hinggalah Tun Mahathir yang membawa saya ke dalam politik  dan setelah bebas dari dunia politik,saya kembali menjadi penulis   di akhbar dan di blog saya sendiri  terutama sekali mengenai  politik semasa.

Saya telah menyaksikan sendiri dari dekat pemimpin bertukar ganti, pemimpin yang mengkafir orang sanggup menjadi 'kafir', Firman  Quran dan Hadis disesuaikan  dengan selera sendiri  untuk kuasa, Kuasa adalah kuasa, manusia adalah manusia, Yang berkuasa mahu   mengekalkan kuasa dengan apa cara sekalipun.

Saya mengucapkan salam terakhir kepada peminat setia tulisan  politik saya  di blog ini.

 Persaraan ini bukan bererti saya akan meninggalkan dunia penulisan tetapi  akan lebih menumpu  kepada  sejarah negara yang saya lalui sendiri, cerita masyarakat, sosial dan agama ,  pengalaman yang tersirat tetapi belum tersurat dalam perjalanan panjang keseluruh pelusuk dunia sebagai wartawan. Kacamata  kewartawanan tetap menjanjikan seribu satu macam kebahagian dalam ilusi, mimpi dan realiti dan tidak hanya politik.
.
Kepada rakan-rakan wartawan yang terus berjuang untuk membetulkan pimpinan negara menerusi penulisan, kuatkanlah semangat. Kehormatan diri tidak kekal dalam wang seguni. Kenalilah  nilai kewartawanan sejati.
.
Dan inilah sebuah sajak dari saya" Bangunkan Semangat Jokowi" yang membuktikan saya masih percaya kuat kepada  journalisme sebagai senjata demokrasi untuk reformasi dan transfomasi:

BANGUNKAN SEMANGAT JOKOWI

Setapak langkahku terhenti
Berjuta melangkah kedepan lagi
Dalam nyanyi semangat Jokowi
Tiada langit tiada bumi.
Tiada dinasti.

Mahathir dan P. Ramlee
Tidak pernah mati
Gagah  suara seindah  fajar pagi
Bangkitkan semangat putera putri
Ranapkan Dinasti

Sekali keris dipacak kebumi  
Minta maaf pantang sekali
Akan terpancarlah  darah rakyat  sejati
Menyamakan warna langit dan bumi

Bangunkanlah  semangat  Jokowi
Mahathir dan P.Ramlee tidak pernah mati
esok pagi akan lebih indah lagi
kerana sinarnya bukan lagi Dinasti.

ZAM 

FROM ROCKY'S BRU:

All the best Tan Sri  bro. I was reminded of the song Vincent when writing( Lihat Rocky's Bru)
" Now I understand what you tried to say to me And how you suffered for your sanity And How you tried to set them free. They would not listen,they did know how. Perhaps they'll listen now."
I still hope you will come back soon and kick ass,Zam

Catitan: Rocky lah yang mula bersuara runtuhkan dinasti yang diikuti oleh Tun Mahathir dan saya. Hapuskan Dinasti!- ZAM



INTERVIU DENGAN THE MOLE( Portal Berita Rocky's)


Thursday, January 22, 2015
  • zainuddin maidin
Zainuddin at his cafe in Putrajaya.
Former information minister Tan Sri Zainuddin Maidin has discontinued writing on current politics at his three-year-old blog Zamkata, citing threats and intimidation as among the reasons.

The Mole had a chance to meet the former Utusan Malaysia chief editor, also known as Zam, at his News Room Café in Putrajaya yesterday. Among others, he spoke about his views on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and the alleged conspiracy against him, things on social media that are bugging him and his plans.

Excerpts from the interview:

Q: You have been blogging on politics since 2012 and had your followers. Why did you decide to stop when people are actively discussing political issues and turning to blogs?

A: I don’t think I can continue to present a clear picture.. I feel there is always an end in politics. And, I have been receiving hints and signals that are quite disturbing, so I decided it was better for me to quit. I felt that they were quite threatening. I just want to have a peaceful life.


Q: Who is threatening you? And what kind of intimidation did you get?

A: Hints here and there. I don’t like being labelled as anyone’s ally. I wish to be free because I belong to no one. There were allegations that I was involved in a conspiracy just because I had breakfast with a few people.


Q: There is a photo circulating in social media of you with people seen as anti-Najib. Rumours are that the meeting was to plan on a plot to topple Najib. Don’t you think that has put you in the spotlight?

A: The morning that (former finance minister) Tun Daim Zainuddin invited me for breakfast I didn’t know that other bloggers would be there. Daim is someone I respect, someone I never hate, even though he was involved in removing me from Utusan. I accepted it and I have no hard feelings because I’m a professional.

But as I said, I thought only Daim, (blogger) Syed Akbar Ali, (former NST editor-in-chief) Datuk Abdul Kadir Jasin and I would be having breakfast. If I knew everybody else was there, I would not have attended.

Q:  What was discussed?

A: It was just a catch-up session between old friends. We talked about the economy, national issues and other petty stuff. But never did we discuss or plan anything to bring down Najib.

Q: Some people think you are sulking and afraid of the intimidation. How do you really feel?

A: I am not sulking or scared. There are people who told me to keep on fighting. I’ve been through so much.... yes these things are exciting but in the end, you will be alone.

Q: So no one can convince you to write on politics again?

A: Maybe... this is a silent protest. But now I know who my friends are and I really appreciate them.

Q: Is it true there is a conspiracy between (former prime minister) Tun Dr Mahathir Mohamad and Daim to bring down Najib?

A: No, they are just worried about Najib's leadership. There are a lot of things that Najib has done that are damaging. For example, he made a unilateral decision to abolish the Internal Security Act. He almost abolished the Sedition Act too but decided to keep it after some intervention.

Another example is how could you (Najib) let a man whom you despise, discredit, (whose political career) you want to kill, and you want to put in jail, but you brought him back on national TV just to strengthen your integrity? So now (opposition leader Datuk Seri) Anwar Ibrahim suddenly has credibility? Maybe next time Anwar can also campaign for BN in the election.......

Q: Do you think this is the work of the prime minister, as alleged?

A: It is his media troopers, his media advisors. And it does not matter if the PM agrees or disagrees because it has caused a large damage to BN. The people cannot separate the power that controls TV3, NST, Utusan, and we cannot say that Najib is not involved. He (Najib) doesn’t have the sensitivity. He should put a stop to this.

Q: What do you think of the coverage given by the Media Prima Group to the opposition to discredit Daim?

A: It is distasteful and ugly.

Q: Personally, do you think Daim is a corrupt?

A: In politics, no one is clean.

Q: Do you agree with Kadir’s criticisms of Najib?

A: I agree when he said Najib’s media team is not effective. For example, when (former South African president) Nelson Mandela died, Najib could not attend his funeral because he was away in Japan. But his media team did not immediately produce any reason to his absence until a few days later. Only Mahathir went. It was offensive to the Africans because we were close to Mandela.

Also, during the elections we could see people holding placards saying “I love PM”. That is just not acceptable. And the worst is the picture in NST (on Wednesday) showing non-Malaysians deeply watching Najib’s announcement on the revised budget. What do these people know about the economy? They don’t even understand proper Malay or English.

Najib also was pictured taking a ride on the LRT last Friday but that was cheap publicity. It looked staged.

Q: What do you think of Najib's leadership?

A: Weak. I’m not saying that I don’t support him but after the ISA was abolished, I felt disappointed. A lot of people disagree with his decisions. He also likes to let issues die down instead of rectifying them.

Q: What are your thoughts on blogs and social media, as well as local news portals?

A: What’s bugging me is that they have discarded the 5Ws and 1H of journalism.

Q: What would you do if you are the information and communications minister?

A: I am like (former Singapore prime minister) Lee Kuan Yew. I believe in controlling. If Singapore can control the media, why can’t we? These so-called news portals like Malaysiakini and Malaysian Insider have gone overboard and depend on rumours instead of facts. Journalists are supposed to find the right information but now that we have allowed these portals to exist, it is hard to turn back. The damage has been done.

Q: Now that you have stopped writing politics, what is your next move?

A: I have written a book “Saya Bukan Menteri”(I am not a minister) and waiting for them to be circulated in a university. I’m also writing a book called “Mahathir Bukan Kawan Saya” (Mahathir is not my friend) which will be ready in March. I will continue blogging on national issues and history, and perhaps a little bit on international politics. I also spend five hours a day in my café. I will autograph my books people buy next door.


Wednesday, 14 January 2015

DAIM DAN MAHATHIR TIDAK AKAN DEDAHKAN MAKLUMAT "MENYELERAKAN" TENTANG NAJIB

Presiden KVUM, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail menyampaikan sumbangan kepada enam beradik yatim piatu mangsa banjir  rumah mereka dinaiki air hingga paras bumbung di Sungai Rabit, Temerloh baru-baru ini. Turut hadir Penasihat KVUM, Tan Sri Zainuddin Maidin (kanan) dari kiri Setiausaha KVUM Rosle Azmi,  Timbalan Presiden KVUM, Tuan Haji Ali Jaafar, Bendahari  Che Zam Mohd Tahir dan Mat Piah Teh Deris.

Keenam beradik anak yatim piatu itu kini dijaga oleh bapa saudara mereka Zulkifli Abdul Rahman yang terdiri  Mohd Syarul Mohd Nor Azlan, Norsuhaida Mohd Nor Azlan, Nor Syarimia Mohd Nor Azlan, Mohd Syuhairi Mohd Nor Azlan, Norsyurah Mohd Nor Azlan dan Mohd Syuhaizan Mohd Nor Azlan.


DAIM DAN MAHATHIR....
Dari awal lagi saya sebagai wartawan tua yang mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam perang serap telah mejangkakan bahawa serangan peribadi  TV3 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pastinya umum akan merujukannya sebagai arahan serta mendapat keizinan dari Perdana Menteri  Datuk Seri Najib .

Dengan mudah orang di tepi jalanpun akan membuat kesimpulan demikian  kerana sudah menjadi rahsia umum bahawa media perdana NST,Berita Harian ,TV3 dan juga Utusan Malaysia adalah di tangan UMNO yang menerima arahan penting  dari Jabatan Perdana Menteri atau terus dari Perdana Menteri dari masa kemasa.

 Apabila TV3 terutamanya menggunakan pemimpin-pemimpoin pembangkang untuk mengancam  Tun Daim kerana sejarah lamanya ,maka saya nampak ini bukanlah suatu  permaianan politik atau perang sarap yang bijaksana tetapi merupakan permainan politik yang kotor,tidak beretika,tidak profesional  dan sangat rendah caranya dan kualitinya yang tidak sepatutnya datang dari Jabatan Perdana Menteri.

Saya mengakui hak Datuk Seri Najib untuk menjawab semua kritikan terhadap pemerentahannya oleh  Tun Daim Zainuddin  dan juga Tun Dr.Mahathir  dan kawan rapat Tun Daim, A.Kadir Jasin tetapi media yang dianggap sebagai suara  rasmi UMNO  tidak seharusnya sampai kepada taraf menyerang peribadi dan menampakan seolah-olah Najib berada dalam keadaan berperang dengan Tun Daim atau Tun Dr.Mahathir.

Walaupun saya sering dikatakan sebagai orang Mahathir tetapi  saya berharap saya tidak dianggap sebagai sekutu Tun Daim kerana menyokong pandangan bloger A.Kadir Jasin dalam posting terbarunya yang melihat bahawa kecaman terhadap Tun  Daim oleh Kumpulan Media Prima itu akan menikam balik Datuk Seri Najib  dan menghakiskan lagi kewibawaannya.

Saya melihat ini semata mata dari segi profesionalisme dan juga pengalaman masa lalu.

Bagaimanapun saya percaya Tun Daim dan juga Tun Dr.Mahahtir sebagai pemimpin  berwibawa yang dihormati tinggi oleh rakyat Malaysia dan Antarabangsa tidak   akan menggunakan cara yang paling tidak terhormat untuk mendedahkan maklumat yang dikatakan oleh A.Kadir Jasin lebih menyelerakan mengenai  Datuk Seri Najib yang  dipunyai oleh mereka.

Kata Kadir  “Kalau mereka kata mereka ada maklumat 'juicy' (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka,” tulisnya  di blog kadirjasin.blogspot.com -

Saturday, 10 January 2015

KENYATAAN MENTERI PERTAHANAN YANG TIDAK BERHEMAH

THE STAR BENAMKAN BERITA ERIC PAULSEN

SELURUH UMAT ISLAM PERHATIKAN SIKAP AKHBAR THE STAR YANG PERJUANGKAN MODERATION DAN ANTI EXTREMISME MEMBENAMKAN BERITA PERIHAL PENGARAH EKSEKUTIF LAWYERS FOR LIBERTY ERIC PAULSEN DAKWA JAKIM MEMPROMOSIKAN EKSTREMISME SETIAP JUMAAT. STAR HANYA BURUKAN  MELAYU DAN ISLAM YANG EKSTREM.INILAH HIPOKRASI AKHBAR INI YANG MENUNJOLKAN 25 MELAYU TERNAMA-MAZLIN KL.

SYABAS KHAIRY:
Kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin bahawa kecaman keras terhadap insiden pembunuhan di Charlie Hebdo Paris tidak bermaksud Malaysia  merestui perlakuan akhbar itu sering menghina agama Islam telah dapat memperbaiki kecemaran  imej negara kerana kenyataan melulu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib yang mengutuk sepenohnya perbuatan ganas itu dan  Hishamuddin Hussein yang menampakan Malaysia berada dalam keadaan bersalah- Firdaus Ahmad.

KENYATAAN MENTERI PERTAHANAN......
OLEH:  TAN MELAKA10 January 2015 
Adakah kenyataan Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein bahawa serangan keganasan pelampau Islam yang berlaku di Paris juga mungkin berlaku di Malaysia merupakan suatu kenyataan yang berhemah?

Tidak dapat tidak kenyataan ini menyebabkan orang ramai terutamanya orang Islam bertanya apakah di Malaysia juga ada akhbar yang memprovokasikan orang Islam dengan siaran gambar kartoon Nabi Muhammad SAW.
Hal ini memang pernah  berlaku di era Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri di mana New Straits Times menyiarkan kartoon Nabi Muhammad SAW dua hari berturut- turut tetapi kerana Penasihat atau Ketua Pengarangnya  ketika itu  rapat dengan JPM maka dibiarkan tanpa sebarang tindakan. Kartoon itu dipetik dari sebuah akhbar Scandinavian yang juga dipetik oleh akhbar di Paris yang menjadi mangsa  serangan baru-baru ini.

Atau adakah kemungkinan akan berlakunya kejadian itu di Malaysia pada pandangan Hishamuddin kerana Perdana Menteri Malaysia memberikan sokongan tanpa berbelah bagi  kepada kutukan negara negara Barat terhadap tindakan ganas itu  ?

Atau adakah hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat  yang semakin rapat menyebabkan  Malaysia  terlihat di mata pelampau sebagai  bersekongkong dengan AS dalam menentang mereka yang mahu mempertahankan maruah Islam dan Rusullullah ?.

Saya rasa kenyataan Hishamuddin itu tidak kena masanya.Kita tidak seharusnya menimbulkan prasangka  bahwa kita  berada dalam keadaan yang sama dengan France yang medianya bersikap Islamophobia, biadap  dan sering  memprovokasi orang Islam  dengan berbagai penghinaan dan sindiran sejak sekian lama.

Adakah kita juga  merasa terancam oleh pelampau Islam  kerana telah  mempunyai kumpulan  orang Islam yang memprovokasikan orang Islam sendiri untuk meluaskan amalan demokrasi Barat, kebebasan dan liberalisme dengan  menentang martabat dan kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Negara? 

Atau adakah kebimbangan ini timbul kerana kerajaan sendiri telah  membiarkan kumpulan 25 orang Melayu ternama mencabar undang-undang Islam di negara ini? Ini semua mesti di jawab oleh Hishamuddin yang  membuat kenyataan yang boleh menimbulkan ketakutan yang tidak perlu di kalangan rakyat negara ini.

Friday, 9 January 2015

ANTARA KUTUKAN NAJIB DAN KUTUKAN MAHATHIR.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib dan juga  Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamed bersama mengutuk serangan ke atas pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo di Paris yang membunuh 12 orang yang menunjukan kepada dunia bahawa Malaysia tidak bersama dengan sebarang tindakan keganasan puak pelampau.

Bagaimanapun terdapat perbezaaan dalam kesederhanaan yang dapat difahami  dengan jelas dalam kutukan bersama itu.

Najib mengutuk tindakan itu tanpa berlapik, mengutuk sepenuhnya (Outright Condemantion) tetapi Mahahir disamping menegaskan bahawa pembunuhan itu tidak sepatutnya berlaku,beliau  berkata " Ini adalah akibat  dari akhbar itu tidak menghormati agama Islam dan Nabi Muhammad SAW."

Katanya, "Walaupun  orang Islam tidak sepatutnya membunuh tetapi sudah tentu ada yang akan marah dengan tindakan provokasi yang dilakukan sebelumnya."

Demikianlah  Tun Mahathir membina penghormatan terhadap Malaysia sebagai  sebuah negara Islam yang  merdeka dan  bermaruah dalam menghadapi usaha-usaha memburukan Islam oleh pihak Barat dari masa kemasa.

Demikianlah kesederhaaan di bawah pimpinan  Tun Mahahtir   dan terserahlah kepada seluruh umat Islam di negara ini  terutama kaum terpelajar dan pemimpin pemimpin  Islam. para ulama dan para  pejuang Islam di negara ini  untuk memberikan penilaian terhadap  wasatiah Islam  Datuk Seri Najib.

Tuesday, 6 January 2015

LAPORAN SALAH MALAYSIAKINI TENTANG ZAM

Ex-minister accuses PM's Office of lying about jet

Former minister Zainuddin Maidin has accused the Prime Minister's Office (PMO) of lying about the use of a government VIP jet by Prime Minister Najib Abdul Razak and his family.

"After reading the PMO's reply, I find it hard to believe them. Is the PMO telling the truth? I doubt it," Zainuddin said in an updated posting in his blog today.
For this news and more, subscribe for only RM0.83 a day.
If you're already a subscriber, click login
PENJELASAN ZAM
Berita di atas  adalah laporan salah Malaysiakini. Sebenarnya ini
 bukan komen dari saya tetapi dari   seorang pengikut blog saya 
di bawah tajuk" Justifikasi Penggunaan Pesawat Kerajaanoleh PM". 
Saya telah memberikan keutamaan kepada komen ini dengan 
meletakannya di atas sekali: 

After reading the PMO reply (lihat dalam komen) I find it hard to believe them. Is the PMO telling the truth? I doubt. They cannot go on telling lies. And they cannot keep on telling lies. Why can't the truth be told? Just tell the truth as TRUTH IS GODLY IN NATURE.

Saya berharap dengan penjelasan ini,tidak ada pihak yang membuat komen diatas berita yang salah dan saya juga berharap Ketua Pengarang Malaysiakini dapat membetulkannya - Zainuddin Maidin





MALAYSIAKINI REGRETS THE ERROR

Zam: I did not accuse PMO of lying

Former minister Zainuddin Maidin has not accused the Prime Minister's Office of lying about the government jet used by Najib Abdul Razak.

In a blog posting, he said Malaysiakini had wrongly attributed the quotes to him in the article 'Ex-minister accuses PM's Office of lying about jet' published yesterday, which gave an impression to the contrary.

He also referred to a quote, attributed to him, which read, "After reading the PMO's reply, I find it hard to believe them. Is the PMO telling the truth? I doubt it."

"This report is wrong," said Zainuddin.

"This is not my comment but that of a reader (who posted it) under the title 'Justifikasi penggunaan pesawat kerajaan oleh PM (PM’s justification on using government jet)," he said.

Zainuddin explained that he had published the comment at the top of his blog in order to give it prominence.



Editor's note: Malaysiakini regrets the error and has made the necessary changes to the abovementioned article-Malaysiakini 6 Disember 2015