Tuesday, 8 December 2015

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN TIDAK BERSALAH.

Komen:
PENDERMA RM2.6 BILLION BERNAMA ALADDIN
Penderma RM 2.6 Billion dari Negara Arab yang dirahsiakan selama ini sebenarnya bernama Aladdin. Wang tersebut diperolehi oleh Aladdin melalui jin dari lampu ajaib. Walaupun sukar diterima akal logiknya tetap ada memandangkan cerita Aladdin dan Jin Lampu Ajaib telah diterima di seluruh dunia.
TIMBALAN PRESIDEN UMNO AKAN DIPECAT
Besar kemungkinan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin akan dipecat  sebelum perhimpunan Agung UMNO Khamis ini  atau atas suatu usul  oleh seorang wakil yang akan dibincangkan di perhimpunan itu untuk menunjukan betapa demokratiknya Datuk Najib Presiden UMNO.

Pemecatan ini akan dibuat berasaskan ucapannya di Sultan Sulaiman Kelab yang dianggap sebagai melanggar atau mensabotaj parti. SUA UMNO Tengku Nan mungkin memikirkan Muhyiddin termasuk dalam perangkapnya tetapi Muhyiddin pun telah mendapat  maklumat awal, maka kerana itu beliau ambil sikap do or die.

TIDAK BERSALAH
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyidin Yassin tidak bersalah dalam  memberikan ucapan Pra Perhimpunan Agung UMNO Khamis  ini  kerana beliau telah dilarang untuk berucap di perhimpunan itu.

Tentunya berjuta orang menyaksikan siaran langsung ucapan itu dari Sultan Sulaiman Kelab malam tadi berbanding dengan hanya orang UMNO yg akan dengar ucapan Presiden Najib.

Siaran langsung ucapan Presiden UMNO menerusi  diberbagai siaran TV perdana kelak  tidak akan dipedulikan oleh orang ramai kerana beliau adalah seorang Presiden yang  berada dalam keadaan integritinya dipersoalkan malah ucapan Muhyiddin  malam tadi telah mengotorkan semula usaha pembersihan yang dilakukan dengan  gopah gapah untuk membantunya

Dakwaan Najib bahawa isu IMDB dipolitikan untuk menimumbulan anggapan negatif terhadapnya mungkin benar tetapi cara pengurusan krisis dalam isu ini  dan tindakan-tindakan yang diambil  dengan menggunakan kuasa Presiden Parti dan  PM yang dipileh oleh rakyat  amat sukar untuk memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadapnya.

Ya! Muhyiddin telah dianggap melanggar keputusanUMNO  tetapi jika perbuatan beliau diangap sebagai bersalah maka salah juga keputusan MKT di bawah penguasaan sepenuhnya  Datuk Seri Najib melanggar tradisi yang dihormati  dan dipraktikan sekian lama untuk menunjukan pendemokrasian dalamannya dan juga untuk menunjukan UMNO sebagai contoh parti politik paling demokratik di negara ini

Kesilapan Najib adalah lebih besar kerana tangannyalah yang menghancurkan perjalanan demokrasi mulia dan suci yang berjalan dengan cara berbudaya didalam UMNO selama ini.

Yang jelas kepada umum  "by hook or by crook" beliau sanggup lakukan untuk survivalnya. Adakalanya rakyat merasakan mereka dianggap sebagai terlalu bodoh dari seorang yang meanggap dirinya sebagai bangsawan Bugis dan dari gulongan elitis.

Bahawa lain lain pemimpin UMNO juga tidak akan diberikan peluang untuk berucap tidak boleh mengesahkan larangan kepada Muhyiddin.Kepada umum yang cerdik sudah terang lagi bersuloh kerana matlamatnya adalah untuk menutup demokrasi bagi  Muhyiddin.

Berucap di luar adalah cara  terhormat bagi Muhyiddin yang telah diinanyai dan inilah stratiji  beliau  yang bijak yang telah dimaklumkan kepada  saya ketika bertandang ke Cafe saya Zam Newsroom Cafe di Putrajaya baru baru -baru ini.

Ternyatalah  kecekapan penggunaan tekonologi Muhyddin telah mendahului Presiden dan lebih berkesan.Muhyiddin lebih bijak dari Najib yang sedang dalam kelemasan.

Ternyata cyber troopers Najib juga  tidak bersedia untuk menjawab serentak atau lain-lain cara untuk menyekat  sertamerta   ucapan Muhyiddin yang amat meyakinkan rakyat .

Tidak dapat dinapikan selain dari kehadiran beribu orang  di Sultan Sulaiman Kelab , maka berjuta lagi menyaksikannya dan juga mendengar  ucapan Muhyiddin menerusi youtube  dan lain lain khidmat TV sukarela yang tidak mahu ketinggalan memberikan peluang kepada rakyat mendengar suara kebenaran.

Langkah  menyekat  Muhyiddin berucap ternyata suatu keputusan yang tidak bijaksana malah telah  mememberi kelebihan kepada Muyiddin.

Kehadiran Muhyiddin   ke Perhimpuan Agung UMNO Khamid ini  tentunya dengan  aura  yang lebih besar kepada  kepada rakyat dan kepada perwakilan UMNO walaupun mereka berada dalam keadaan tertekan dan tak boleh bertepuk tangan tetapi beliaulah suara berani rakyat yang sanggup mengorbankan dirinya demi  untuk kebenaran dan demokrasi.

Perwakilan UMNO tidak akan meneriakan Hidup Muhyiddin seperti teriakan palsu kepada Najib di Perhimpunan Agung UMNO itu  tetapi teriakan lebih ikhls adalah  didalam hati sebahagian besar  perwakilan UMNO dan rakyat seluruh negara yang diringi dengan perasaan berkabong  atas kematian demokrasi dalam UMNO sempena dengan Perhimpunan itu.

Nota:
Saya mohon maaf atas kesilapan tarikh Perhimpunan Agung Umno 
dan banyak kesilapan ejaan dan sebagainya dalam posting ini  kerana di poskan dalam keadaan untuk mengejar masa.


32 comments:

  1. kalau le najib bagi peluang TSMY cakap kat PAU.. tentu tak ramai nak bukak TV3 dan perwakilan lebih sibuk melobi dan beli belah dari dgr ucapan TSMY.

    ReplyDelete
  2. Salam Tan Sri.

    Harapnya begitulah....yg penting sekali akar umbi sanggup meredah dan bersuara menentang Najib...bukan kerana mereka menyokong Muhyiddin atau Tun...tetapi kerana Parti tidak mahu Presiden atau mana2 Ketua yg Mungkar.

    Akar umbi mesti sanggup bersuars untuk Najib faham yg dia tidak lagi layak memimpin.

    Semua ini mesti dilakukan "demi Ugama.. Bangsa dan Negara".

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Media sosial sekarang adalah mainstream media. Media umno dan kerajaan seperti rtm, tv3, nst, bh, utusan sudah menjadi media orang kampung yang tak ada astro atau wifi. Yang di kampung ada astro atau wifi tak lagi pandang rtm atau utusan. TS, you are a part of social media, so tahniah kerana berjaya mengangkat martabat media sosial mengatasi media propaganda. Saya lebih percaya laporan dan analisa TS dari media umno.

    ReplyDelete
  4. Jelas TSMY adalah pemimpin UMNO yang berakal. Ucapannya penuh dengan keikhlasan berlandaskan fakta dan kepentingan rakyat.

    Syabas!!

    Saya mengikuti ucapan beliau melalui social media yang jadi musuh ketat rosmah dan najib.

    ReplyDelete
  5. Zam tak dijemput hadir ke pau ke? Takkan Zahid tak jemput?

    ReplyDelete
  6. Saya tidak pernah dijemput untuk hadir ke Perhimpuan Agung selepas tidak lagi menjadi menteri kecuali majlis-majlis UMNO yang lain tetapi saya langsug tidak merasa tersinggung kerana sudah berpuluh tahun hadir setiap kali perhimpunan itu sebagai wartawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sah....Melayu dlm Umno bnyk isu...jika bekas Menteri pun tidak pernah dijemput.

      Delete
  7. Untuk menonton rakaman ucapan TS Muhyiddin, bolehlah layari portal berita Free Malaysia Today. Ucapan sepanjang 1 jam 15 minit. Setakat ini rakaman itu masih ada, tidak tahulah kalau selepas ini dilesapkan kerana ternyata ucapan beliau sangat dinanti-nantikan dan tidak retorik. Benar seperti kata TS Zam tak berucap di PWTC pun tetap sampai kepada rakyat. Ucapam Najib belum tentu sampai, kalau sampai pun belum tentu melekat kepada rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol tu Ku Seman....Makcik pon dah meluat nak dgor terpekik terlolong ucapan retorik manusia2 yg tak sedar diri nie. Berlori2 kutukan yg diluahkan dlm fb....masih tak tahu maluuu...Produk aper yg depa tepek kt muka hingga dah tak dpt rasa....betapa tebalnya muka depa noo...

      Delete
    2. Saya pun tak sudi tengok dsn tp dah tengok ucpn tsmy

      Delete
  8. Syabas Tan Sri Muhideen Yasin.
    The best from you so far.
    The best Defence is ATTACK.
    Doa saya agar Allah memberikan kemenangan kepada Tun, Tan Sri dan seluruh ahli UMNO yang ikhlas dalam perjuangan menegakkan kebenaran.

    ReplyDelete
  9. UMNO sudah kena 'hijack' dengan geng jemuan.

    ReplyDelete
  10. Elok juga TSMY dan ahli-ahli panel terkenal adakan dialog di Kelab Sultan Sulaiman setiap hari sepanjang PAU untuk mengupas lebih mendalam isu-isu berbangkit. Dulu seorang Putera Arab yang derma tetapi sekarang beberapa orang Arab yang menderma.

    ReplyDelete
  11. Adakah gelombang TSMY akan kuat seperti gelombang 1997 dulu (walaupun lain tema ceritanya)?

    Adakah gelombang itu sampai ke Perlis atau ada tempias ke Sabah/Sarawak?

    Mungkin saya rasa malam di Kelab Sultan Sulaiman itu belum cukup untuk meremang bulu roma pendengar. Mungkin cuma dengar keluhan semata-mata?

    Kalau kenyataan masih bersifat defensif dan sepoi-sepoi bahasa yang tersirat sana-sini atau penonton hanya sekali-sekala bersuara, maka saya rasa agak lambatlah pergerakan TSMY...... mungkin Najib masih lagi tak terkesan dengan gerakan TSMY ini.

    ReplyDelete
  12. Kata Tan Sri...Dakwaan Najib bahawa isu 1MDB dipolitikan untuk menimbulkan anggapan negatif terhadapnnya ada kebenarannya...ehmm...siapa pula yang berada di pihak yang berani kerana benar? fening...fening.Yang benarnya we are already divided!!!..divide them and rule them is very real.Andai kata dipanjangkan umur olih Allah swt...mungkin saya bernasib buruk dpt melihat ianya berulang jadi keatas bangsa melayu...history does repeat itselve!!!...dan sekali lagi pelaku wataknya...ehmm...MELAYU.

    ReplyDelete
  13. Tan Sri,

    kita sebenarnya sedang menghitung faktor2 yang membawa kepada kejatuhan UMNO dan bukan faktor yang membawa kepada kebangkitannya.

    Tindak tanduk yang ditunjukkan oleh sang penguasa dan sekutunya yang masih dalam sindrom penafian adalah petunjuk kepada kita semua bahawa UMNO sedang mereput dari kepalanya.

    ReplyDelete
  14. Penderma RM 2.6 Billion dari Negara Arab yang dirahsiakan selama ini sebenarnya bernama Aladdin. Wang tersebut diperolehi oleh Aladdin melalui jin dari lampu ajaib. Walaupun sukar diterima akal logiknya tetap ada memandangkan cerita Aladdin dan Jin Lampu Ajaib telah diterima di seluruh dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...betul tu. kita dipaksa menerima cerita bahawa 2.6b itu bukan rasuah. jadi kita juga mesti menerima cerita bahawa wang tu Alladin yang bagi kerana cerita Alladin telah ditetima di seluruh dunia...hahaha

      Delete
  15. Sikap Tan Sri Muhyiddin yang secara perlahan-lahan bertindak sebenarnya menonjolkan kebijaksanaannya. Beliau mencipta momentum bertindak secara sedikit-sedikit sejak dipecat PM Najib. Ini berbeza dengan cara gerilla yang diguna DS Anwar pada tahun 1998.

    Kaedah Muhyiddin ini sebenarnya umpama satu kanser yang menimpa PM Najib. PM Najib sebenarnya semakin sakit jiwa dengan kaedah Muhyiddin ini. Makin lama sakit jiwa PM Najib semakin menggila dan Ku Nan si Setiausaha Agongpun sudah mula nampak gila. Kesian mereka semua ini.

    ReplyDelete
  16. Saya ada teori lain mengapa Penderma arab ini tidak boleh menjadi pengetahuan umum. Ini kerana kalau namanya tersiar mungkin puak IS akan menangkap, mendera dan membunuhnya. Ini kerana dikatakan derma itu untuk tujuan memerangi IS dan juga membantu Umno.

    Jadi apa macam, ok tak teori ini untuk dipakai sebagai jawapan kepada soalan 2.6 billion. Aduhai, kenapalah aku bagi tahu korang semua teori ni. Habis lah duit poket aku !

    ReplyDelete
  17. Kenapa banyak yang dengki dan sakit hati dengan Najib yang berjaya mendapat derma RM2.6 bilion dan disalur ke dalam akaun peribadi? Kepimpinan melalui teladan, pemimpin lain pun boleh mengikut jejak Najib dan SPRM kena memadamkan antaranya "Duit parti dimasukkan dalam akaun peribadi" hingga tiga tahun lalanya bukanlah penyelewengan atau salah guna kuasa dengan syarat penderma meminta berbuat demikian. Kalau ada penguatkuasa menerima "derma" dan dimasukkan dalam akaun peribadi bukan lagi satu kesalahan. Berterima kasihlah kepada Najib.

    ReplyDelete
  18. Next move tan sri? Kalau dapat jadi presiden umno pun, berbaloi ka habiskan masa dan tenaga selamatkan reputasi umno? After pak lah turun, undi BN turun jugak, sebab brand umno/BN dah rosak teruk hingga ke akar umbi. Unless, boleh buat clearance sales di peringkat ketua bahagian sekali. Otherwise, konpirm gedebuk.

    ReplyDelete
  19. Teori RAHMAN kalau 3-4 tahun lepas kita bersungguh katakan ianya bukan 'teori' yg menamatkan pemerintahan UMNO-BN tetapi sekarang nampanya TEORI RAHMAN seakan WAJIB berlaku andai PM NAJIB terus berkuasa dengan disokong 'rebah' oleh Ketua2 Bahagian UMNO dan Pak2 Menteri lantikan beliau yang semuanya tidaklah sampai 250 orang.

    NASIB kita seperti ditentukan 250 MANUSIA ini sahaja ???? TIDAK, maksima 3 tahun saja lagi, lepas itu bersedialah dipencenkan ramai2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro dia org tak kisah pencen. Dah berguni-guni bang .... itulah rahsia kejayaan !

      Delete
    2. Jgn baca "laju" sangat. Dipencenkan ramai2 tu bukan maksud diorang dapat duit pencen hahaa

      Delete
  20. Kepada semua ahli UMNO bawahan yang tidak ada apa-apa yang hadir ke PAU sekarang ini,anda sebenarnya umpama semut kecil.Jadi saya ingin menyeru anda semua demi Islam,bangsa dan negara....'gigitlah'!!!Caranya ialah dengan tinggalkan persidangan ini.

    ReplyDelete
  21. PAU ini jelas membuktikan yang UMNO bukan lagi parti yang mampu membela nasib bangsa, agama dan negara.

    ReplyDelete
  22. Semoga TSMY berjaya dalam misi beliau.

    ReplyDelete
  23. Hope, it is going to be a continuous moment of self-criticism and repentance among Umno's members. Moreover, from TSMY's keynote speech which calls for the party to be resilient, it would hope to echo for self assessment and be noble.

    Umno can't carry on with its contaminated thus adulterated image under current Najib's leadership.

    For more than 7 years each and every individual delegate and Umno's members and the Malay community on the whole have been effected by this adversity. The infection has led Unmo's souls under political bondage and distress.

    Contrary to Najib's addressed speech, it could have complement Muhyiddin calls for Umno members to unite with consensus to bring in victory despite Najib's unprecedented administration and known wrong-doings. Unfortunately, it was not.

    Muhyiddin's speech aimed at the shameful Umno's member who could collectively have come to an agreement in fellowship. Then to march together as an unanimous force to bring back attachment for brotherhood, along to uphold integrity and thus to uprightly face the next general election.

    Apparently, Najib's Keynote address was more of a confrontational representation in nature, subjectively and assumed at loggerheads. Najib had his chance, instead he had burned and smeared the souls in Umno.

    In addition to that, Najib's Umno keynote speech said nothing about his leadership pledges to the Malay community or 'Malays will' under his leadership. His speech is not for the development but to butcher and destroy Malay Umno for unity.

    ReplyDelete