Tuesday, 15 December 2015

SULTAN JOHOR DAPAT SOKONGAN MORAL DARI SINGAPURA

Nampaknya macam ada persafahaman antara Sultan Johor dengan Kerajaan Singapura  dalam langkah mengharamkan vape,sekurang-kurangnya dapat difahami oleh negara itu  bahawa negeri  Johor tidak mahu mengganggu rakyat Singapura dengan asap vape.

Sultan Johor yang tidak mendapat  sokongan dari kerajaan persekutuan dalam hal ini tentunya merasakan sokongan moral dari Singapura terutama dalam melihat tidak hanya jerebu dari Indonesia sahaja yang merbahaya tetapi asap vape lebih merbahaya lagi

Dari segi moralnya Singapura   lebih mementingkan kesihatan rakyat dari kepentingan wang kerana ia tidak berpegang kepada  falsafah "Money Is The King" sebaliknnya rakyat adalah "King of the King"

Menurut suatu kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura,pengharaman produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape di negara itu berkuat kuasa mulai hariini.

Mereka yang didapati melanggar pengharaman itu  boleh dikenakan denda sehingga S$20,000(RM61,328) atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua -kedua sekali.

Di Malaysia,Kemenetrian Kesihatan juga berhasrat mengharamkan vape tetapi kuasa  Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  lebih besar dan lebih kuat kerana beliau mahu menyelamatkan  ekonomi bumiputra dari kesihatan rakyat pada keseluruhannya.

Nota:
Terima Kasih kepada yang menegur.Memang saya tersilap. Yang sebenar dimaksudkan ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob-Zam.

12 comments:

  1. Zam

    tulisan saudara ada benarnya tapi nampak macam kurang adil...

    tidak boleh tidak apabila kita menyentuh hal vape ini kita mesti juga sentuh pasal rokok...

    Apabila vape ini dihapuskan..pengguna pengguna vape akan beralih kepada rokok seperti dulu dulu...apakah kesannya lebih baik dari vape? Saudara boleh tengok "google" sendiri segala research yang ada berkenaan vape.

    Apabila jualan rokok naik semula seperti dulu...siapa yang untung?...Cuba saudara Zam jenguk jenguk syarikat philip Morris (syarikat yang jual Dunhill Marlboro) di KL...tengok siapa bos bos nya...

    ReplyDelete
  2. bila mufti kata haram vape, ramai yg menentang, bila raja yg kata haram, suma menganguk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oit hg xtau ka raja2 tu bos mufti???

      Delete
  3. Haramkan lah rokok sekali baru lah gentle. Jangan di beza bezakan.

    ReplyDelete
  4. Ismail sabri yaakob @ Ahmad shabery chik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 × 5 = 5 × 2.
      Dua2 bengap. Dapat jawatan menteri pasal mengampu.

      Delete
  5. Tindakan Sultan Johor adalah wajar, sebelum vape dicukaikan kerajaan persekutuan dan menjadi mustahil untuk diharamkan kerana kerajaan persekutuan kaut cukai banyak dari rokok...masalah di Malaysia ni kerajaan persekutuan tidak berani haramkan rokok takut kurang masyuk....

    Di seluruh daerah Nusajaya adalah merupakan kawasan bebas asap rokok...tempat lain ada berani?

    Anees Khan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ka...dalam rumah pun x bleh berasap ka? Ish takkan kot, kalau betoi la...no komen. Tapi nak tanya satu, arak awat tak haram? Kat mana mana tempat pon takkan haramkan arak? Pasai pa aa? Kalau bab berasap marah sangat orang, tapi kalau bab ayaq, pakat buat macam tarak papa saja.
      Pada aku la, kalau nak buat biaq bersungguh. Nak haram, haramkan semua yang lagha dan HARAM kan senang. Ni dak, makan bagi pukat pun pasang..mmm macam mana nak pebetoi kalau lagu ni. Sampai ghuyup la awang hang tunggu.
      Nak Islam, biaq true...jangan dok selam je lebih.
      Maaf le kalau terlajak kate, aku hisap rokok hanya di rumah.

      Delete
  6. Johor dan Singapura dipisah jangan15 December 2015 at 20:12

    Singapura akan kembali ke Johor juga lambat laun seperti Hong Kong yang dicuri oleh British kembali ke tanah besar Cina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heh heh apa gila punya statement.

      Delete
    2. HongKong perjanjian 100thn...
      Sgpore...? Janji dicapati?
      Tanah KTM pun dah bagi...!!

      Mungkin mimpi jd realiTy?
      Hihihihi.....
      Tengok tanahair sendiri...!

      Delete
  7. Vape ini saya kira Sultan ambil perkiraan mahu membendung budak2 baru nak naik daripada terjebak. Rokok pula mmg sudah terlalu mahal dan akan mahal lagi, x semua akan mampu untuk menanggung kos rokok nanti. Cuma yg sedih rokok seludup daripada Indonesia mmg murah dan mudah didapati, jd perokok tetap ada pengganti rokok yang sudah jadi barang mewah. Salah siapa benda seludup seperti mudah ada di pasaran ??? Hahaha, ooh bangsaku !

    ReplyDelete