Tuesday, 22 December 2015

NAJIB DAN HAJI HADI MESTI BERUNDUR DEMI UNTUK PERPADUAN MELAYU DAN ISLAM

Kerjasama kearah perpaduan Melayu menerusi Pas dan UMNO mungkin telah melampaui zaman terutama dengan wujud suatu kesedaran baru diatas ketidakyakinan orang Melayu terhadap kepimpinan negara dan ketidak sefahaman antara parti-parti pembangkang.

Rakyat diakar umbi malah di kalangan rakyat biasa menengah dan atas  yang melihat politik dari luaran sahaja tidak sedar betapa kotornya permainan politik dan sikap  immoral pemimpin-pemimpin  kerana lebih percaya kepada rhetoric mereka.

Mereka terus  berada dalam idealisme untuk melihat sebuah kerajaan utopian yang bersih,cekap  amanah dan sempurna.Walaupun ini sangat ideal tetapi  tidak boleh perkecilkan kerana jika idea ini mengumpulkan perpaduan pemikiran dan harapan maka ia boleh menjadi tsunami yang boleh meruntuhkan tradisi,convention dan kerajaan.Kesedaran ini semakin meluas terutama di kalangan generasi baru.

Orang Melayu melihat gerakan kearah perpaduan Pas dan Umno sekarang  ini lebih kerana dorongan  kepentingan survival masing-masing dan bukan untuk memenuhi idealisme dan  mimpi rakyat .

Saya tidak menolak anasir  survival ini sebagai suatu rahmat atau blessing ekoran dari runtuhnya   nilai-nilai ideologi masing masing.Mempastikan keselamatan kerusi bagi parti masing-masing adalah lebih utama dari idealisme perpaduan dan agama.

Ketamakan kuasa dan kebencian melulu Pas terhadap UMNO telah menjerumuskannya   kelembah kehinaan politik  dengan penggadaian  prinsip-prinsip utamanya,penjualan maruah parti,bersekongkong dengan pemimpin yang tidak bermoral dan tidak Islamic.

Timbalan Presiden Pas sendiri Tuan Ibrahim masih mendabik  dada terhadap kerbersihan partinya tanpa menyedari ekornya bergelomiang dengan najis.Dia melihat UMNO sebagai biawak tetapi tidak melihat diri Pas sebagai ular berkepala dua.

Kelemahan kepimpinan negara dan UMNO  sejak Abdullah Badawi hingga kepada Najib telah meruntuhkan prinsip prinsip negara yang sejak merdeka mengebarkan bendera kebijaksanaan dan kehormatan  bangsa dan agama bermaruah.

Apapun cerita  disebarkan  samaada bersifat fitnah atau benar terhadap kepimpinan Tun Dr. Mahathir, tidak akan dapat menutup suatu era pimpinannya yang tersohor,bergelora dengan kebanggaan dan semangat tinggi  rakyat dan negara mendapat sanjungan luar.

Sebaliknya  sekarang rakyat merasa kehinaan  diri atas beberapa isu terutama sekali keadaan ekonomi.Contoh paling kecil hakisan ringgit dari hari kehari sedangkan PM membuat beberapa kali janji ringgit akan naik semula.Sekarang beliau tidak lagi berani mengulangi kenyataan ini.

Rakyat amat terasa hakisan moral negara pabila mereka mahu berbelanja di luar negara. Di Thailand mereka  diminta oleh pekedai supaya menukarkan  mata wang Malaysia kepada mata wang  lain lebih dahulu pada hal sebelum ini mata wang Malaysia menjadi rebutan.


Membangkitkan  cerita Tun  Mahahtir menulong saudara maranya dan menyalahgunakan wang negara adalah menelanjangkan cyber troopers Najib setaraf dengan media sosial lain yang sering dikecam  oleh kerajaan sendiri kerana  tidak menghormati  etika kewartawanan.

Mereka tidak mengambil kira samaada tindakan itu memberi kesan atau tidak sebaliknya lebih bertujuan untuk membalas dendam sedang dari segi journalisme, sejarah  tidak menarik minat ramai  berbanding dengan berita semasa seperti IMDB atau RM2.6.Bahlol-bahlol ini mahu menarik perhatian ramai dengan berita anjing menggigit manusia.

Cerita- cerita lama adalah  berita lapuk apatahlah lagi bila rakyat menyedari motifnya  untuk menunjukan Mahathir lebih kotor dari Najib tetapi  tidak dapat membersihkan pekong Najib . Pekong lama  telah kering dan tidak berbau lagi tetapi bau bangkai baru membusuk di seluruh negara kerana sukar untuk dikeringkan.

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim menghidu bangkai ini seperti bangkai biawak.

Menilai semua keadaan ini maka yang  menjadi penghalang besar kepada penerimaan rakyat  diakar umbi kepada usaha   perpaduan PAS dan UMNO ialah kepimpinan negara itu sendiri yang dicemarkan oleh masalah  isu  1MBD dan juga RM2.6 b yang terdedah ketika keadaan ekonomi merosot.

Apapun penjelasan tidak akan diterima dengan baik oleh rakyat kerana pasukan pengurusan media Najib telah melakukan  kesilapan dari awal lagi sehingga memberikan kesan kepada merosotnya penonton berita TV3.

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim adalah memberikan gambaran  yang sebenar  harti nurani rakyat   apabila  beliau menegaskan Pas  tidak mahu menangung biawak  hidup dalam  perpaduan dengan UMNO.

Menteri Besar Pas Kelantan menyatakan  kesediaan    Pas untuk memaafkan kesilapan  UMNO di masa lalu tetapi rakyat di kalangan Pas dan juga UMNO malah rakyat  di luar kedua parti ini tidak dapat melupakan  kesilapan baru UMNO dan juga pemimpinnya dalam isu 1MDB dan  RM2.6b.

Jalan penyelesaian kepada permasalahan ini dan demi  untuk menjayakan perpaduan PAS UMNO dan  perpaduan Islam di negara ini maka  Datuk Sri Najib mestilah  berundur dari kepimpinan negara dan demikian juga Haji Hadi harus meletakan jawatan  Presiden Pas kerana kedua mereka sudah hilang kredebiliti dan tidak mempunyai kekuatan untuk  menjadi asas perpaduan Pas dan UMNO  untuk pemulihan maruah bangsa dan agama dan ekonomi negara.


33 comments:

  1. Terbaik,tepat dan kena sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Guru Haji Hadi sebenarnya ingin belajar drpd Tuan Guru Haji Najib bagaimana caranya untuk mendapatkan derma beribu2 juta ringgit dr orang Arab dan boleh dimasukkan salam akaun peribadi.

      Delete
  2. Setuju sgt Tan Sri.....Dua2 ni dah tak boleh pakai.........Saranan tuan Imbrahim saya sokong 100%........Bila dah UMNO laksanakan ..baru proses kerjasama dilakukan.....Rakyat skrg Muak ngan Najib.....itu reality....Kpd Hj Hadi jgn terpengaruh sgt ngn ketua Cash is King tu.....

    ReplyDelete
  3. Najib dan kepimpinan UMNO sudah tidak releven dengan orang Melayu. Mereka telah teruk tercemar dengan salah guna kuasa dan penipuan. Hidup mereka kini penuh dengan pembohongan dan sandiwara. Mereka hanya menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri sendiri bukannya untuk rakyat terutama orang Melayu. Apa keistimewaan yang orang Melayu peroleh semasa pemerintahan UMNO kini? Tanah sekangkang kera pun tidak mampu diberikan kepada anak muda Melayu yang merempat di tanah air sendiri. Orang Melayu kini telah dibangsatkan oleh pemimpin mereka sendiri. Bagi kaum lain maruah Melayu kini hanya bernilai beberapa ringgit dan boleh dijual beli dengan murahan (lihat sahaja bagaimana DAP Pulau Pinang membayar harga diri penguatkuasa Melayu yang dibangsatkan oleh cina). Hatta golongan ulama yang ada dalam UMNO juga boleh dijual beli dengan harga yang murah dan tiada harga diri sehingga tidak mampu menegur pemimpin mereka. Malah mereka turut melakukan penyelewengan sehinggakan dana anak-anak yatim digunakan untuk kepentingan diri.

    Hadi dan PAS hanyalah opportunis yang menggunakan agama untuk kepentingan diri. Mereka juga tidak banyak berbeza dengan UMNO, penuh dengan penyelewengan dan pendustaan. Apa yang mereka berikan kepada orang Melayu terutamanya di Kelantan? Adakah Islam semakin berkembang dan dimuliakan di negara ini? Jika dilihat kepada reaksi orang bukan Melayu di negara ini, mereka bukan sahaja membenci malah membuat pelbagai sekatan kepada perkembangan Islam seperti yang berlaku di Pulau Pinang. Apa yang pemimpin PAS lakukan? Dimana pendirian ulama PAS apabila parti mereka bekerjasama dengan DAP yang dimonopoli oleh kristian dan anti Islam?

    Orang Melayu tidak mahu belajar dari sejarah. Pada zaman sebelum merdeka lagi pemimpin Melayu telahpun melakukan banyak penyelewengan dan menyalahguna kuasa sehingakan mampu diperbodohkan oleh Inggeris dan kaum pendatang. Kuasa dilepaskan, tanah digadai, maruah dijual beli. Perkara yang sama juga berulang sehingga kini. Ada pemimpin yang masih dijulang dan disanjung walaupun diketahui banyak bersandiwara dan rasuah hanya kerana dari keturunan kenamaan, berkahwin dengan anak pemimpin, mempunyai gelaran yang besar hatta yang berkopiah, berserban, berjubah terus dipanggil ustaz dan ulama walaupun tidak diketahui asal usulnya.

    Jadi kemana sudahnya nasib dan masa depan orang Melayu. Adakah mahu terus diperbodohkan, terus diperkotak-katikkan, atau cukup dengan mengambil sikap “biarkanlah”? Bagaimana dengan masa depan anak bangsa nanti?

    Adakah orang Melayu perlukan parti baru untuk mengembalikan hak Melayu yang telah digadaikan oleh pemimpin sedia ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik komen saudara ini. Saya benar2 teruja.
      Tetapi apakah penyelesainya?
      Cukupkah dengan pasrah?
      Jika tidak dimana pengakhirannya?

      Delete
  4. Cadangan yang amat tepat dan bernas sekali dari TS Zam. Saya sokong Tan Sri Zam.
    Kedua-dua President UMNO dan PAS mesti letak jawatan dan biarkan penganti, mereka sambung balik bincang tentang penyatuan itu. Tidak semesti berpakat dalam sebuah Party. Bersefahman politik, sudah cukup. Lepas undi dikira selepas PRU, baru buat pakatan.

    ReplyDelete
  5. apa yang tersirat dan bersarang dalam hati ambo telah di jelmakan oleh artikel ini...

    ReplyDelete
  6. zam yg semakin meroyan atau najib,inilah hasil didikan ikon zam...wahai zam berkata benarlah walaaupun pahit

    ReplyDelete
  7. Terbaik Tan Sri. Tan Sri mungkin pernah jd menteri yg teruk (salah ex-PM yg lantik), tapi dalam penulisan dan kewartawanan - salute!

    ReplyDelete
  8. Thank you Datuk Zam for the voice of Malay integrity we thought too few have the guts anymore ... or still have a good conscience.

    ReplyDelete
  9. I will agree that PAS seems like a double headed snake (ular Berkepala dua). Their leaders speak different things at different places. This is exactly the same scenario when PAS and Amanah went separate ways due to difference in speaking at different places.

    So now PAS may again split into two when you have too many heads speaking different things at different places. To make matters worse, Umno now comes in between and tries to speak the same thing as one head of the double headed snake.

    Whatever said, Umno is better than DAP since Umno is able to accept PAS' antics while DAP could not after some time and rejected PAS. This means Umno will be able to control PAS better than DAP.

    And Umno is not alone in courting PAS. Beware that PKR would also love to court PAS and this will pose competition for Umno. So is there going to be a three-way cooperation or shall I say a three headed snake ?

    Politics here is very lively because even the biawak seems favourable than the very rare double headed snake. Wait till you get a three headed snake and see who's better !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehkah aku,memaafkan Umno....tahun 90 an sewaktu aku di sekolah menengah hak aku utk dptkan buku teks dinafikan sbb bapaku penyokong Pas. Baja padi subsidi bapaku dinafikan. Bantuan utk baiki rumah kayu kami yang buruk juga dinafikan.

      Macamana dgn anak cucu Memali?

      Delete
  10. Terbaiklah Tan Sri. Apa yg Tan Sri coretkan adalah realiti.Tahniah...

    ReplyDelete
  11. Saya bersetuju dengan saranan tan sri apakata tan sri juga berhenti Dari membuat ulasan berbaur fitnah Dan seolah-olah seperti menyimpan dendam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Khapiz, tak payah Tan Sri menyatakanlah! Bau bangkai ah jib gor telah merentasi samudera ke seluruh pelusuk dunia oi! Cuma hidung mu tersembat; hati mu macam mana ya?

      Delete
  12. Saya setuju 100% dengan analysis Tan Sri.

    ReplyDelete
  13. Nanti Tuan Ibrahim tu, lepas si Najib jumpa dia jadi ok la tu.Cash is King.

    ReplyDelete
  14. Kenapa ekk, MCA, Gerakan, dan DAP boleh kamcing apabila isu yang melibatkan kepentingan bangsa mereka dicabar?

    ReplyDelete
  15. Harap tulisan Zam ini bukan kerana nak buka jalan kepada Zahid ke depan.

    Jika ikut sejarah, presiden Umno banyak yang berundur secara sukarela. Hanya Tun Razak yang meninggal ketika dalam perkhidmatan. Yang lain semua letak jawatan. Jadi bukan sesuatu yang luar biasa jika Najib pun letak jawatan. Cuma Najib terserlah sebagai orang yang tak mahu terikat kepada tradisi. Contoh terkini ialah pada PAU yang lalu. Jadi mungkin hanya jadi harapan kita sahaja Najib letak jawatan. Dengan Akta MKN yang diperundangkan lagi empat minggu, lagilah Najib seronok terus berada di takhta perdana menteri.

    Sejarah PAS mencatat beberapa orang presidennya ditolak oleh parti. Asri Muda yang pernah jadi menteri pertanian adalah salah seorang presiden yang ditolak PAS. Hadi Awang yang mungkin dijanjikan jawatan kerajaan sepertimana Nasharuddin mungkin menerima nasib serupa. Amanatnya lebih 30 tahun dulu masih belum terpadam dari jiwa akar umbi PAS yang mungkin menjadi senjata makan tuan.

    Ramai yang kecewa dengan langkah PAS untuk bekerjasama dengan Umno kerana mengharapkan PAS untuk menjadi alternatif dalam memartabatkan agama, bangsa dan tanahair. Kalau PAS jalin kerjasama dengan Umno, orang Islam Melayu yang menolak Umno tidak mempunyai parti yang boleh diundi dalam pilihanraya.

    ReplyDelete
  16. Kedua pemimpin muka tembok, tiada perasaan bersalah. Pas berjaya pecahbelahkan masyarakat melayu dengan berpeluk dengan kafur harbi. Umno Najib gila kuasa, tidak mahu mengaku telah gagal sebagai pemimmpin, ekonomi teruk, rakyat susah dgn kos sara hidup yg tinggi tapi masih cakap bersemangat, menjerit jerit masa PAU. Perwakilan bodoh semua tepuk tangan. So apa lagi harapan kita kepada pemimpin yang mahu menongkat langit mcmni. Biar Allah yang menentukan kesudahan mereka ini. Keduanya gagal tapi masih tak sedar diri

    ReplyDelete
  17. salam brader Zam.

    Mmg terbaik dan tepat cara brader sampaikan scenario skrg.

    Saya org biasa dan pemikiran org biasa 'the man on the street' adalah seperti brader cakapkan d sini.

    - we love BN and no other
    - now BN looks very confusing
    - we are not going out to vote this time
    - BN govt is the proven govt
    - BN leaders are confusing us
    - all we hear now is money, money, money..
    - we dont watch TV3 anymore
    - we dont read pro BN blogs anymore
    - we dont trust what our leaders say anymore
    - we are all lost!
    - we dont see our childrens future anymore.. its so chaotic now..

    Saya setuju dgn apa brader cadangkan d sini supaya BN terus relevant!

    ReplyDelete
  18. TS salam. Yang dipersoalkan sekarang ialah integrity DSNj Sehingga kini segala ikhtiar Dan usaha gagal. Apa Yang dilakukan oleh beliau Dan timnya hanyalah sekadar mengalih perhatian khalayak. Living in the state of denial.

    ReplyDelete
  19. Tan Sri,
    Sebenar benarnya politik parti apa pun di semenanjung Tanah Melayu ni dah tak boleh pakai lagi. Tak ada satu pun yang boleh pakai. Tak payah lah nak gabung begini begitu. Kita rakyat dag bau busuk yang bakal mendatang dan rakyat akan benarkan penggabungan pas-umno ni jadi kenyataan. Kalau pun jadi kenyataan jugak (dengan ada nya element RM), kedua mereka ini akan ditunjukkan kemarahan rakyat bila mana peti undi di buka pada pilihanraya seterusnya. Kita rakyat memang sangat sangat menantikan saat ini.

    Keparat keparat politik Islam ke, politik cash is king ke kita dah tak mahu dengar lagi apa rancangan mereka. Telinga dah sebu. Hati dah tawar. Kita nak tukar tunggu parti baru yang bukan umno, bukan pas, bukan amanah, yang bukan keadilan, yang bukan mca, yang bukan mic, yang bukan perkasa, yang bukan yang ada sekarang. Politik zaman Batu in dah tak laku. Terlalu banyak retorik tanpa hasil. Parti baru ni kena buat cepat, rekrut ahli cepat cepat dan ramai ramai untuk kerja pancing undi rakyat sebelum bugis lembik ni bubar parlimen (kalau sayangkan bangsat, agama, marwah dan negara). Rakyat akan sokong. Mintak aje Dr Mahathir jadi penasihat parti. Rakyat sokong.

    Dulu bila Dr Mahathir nak bersara kita rakyat pun bertanya jugak ada ke daripada pemimpin umno ni yang berbakat besar (kena besar bakat nya, Tan Sri sebab Dr Mahathir bukan sebarang pemimpin) untuk sambung legasi kemakmuran Malaysia selepas Dr Mahathir ( mintak maaf saya memang lebih suka sebut Dr Mahathir saja daripada Tun Mahathir ). Ternyata memang tak ada. Kita bukan baru ni risau, dari tahun 2000 dah mula risau. Kerisauan kita telah diterjemah pun dengan segala sampah yang dihidangkan abdullah dan Najib bermula dari ketidakupayaan abdullah menangani masalah yang diterbitkan anwar Ibrahim.

    Jadi kita memang tunggu parti baru. Zaid Ibrahim tengah merisik Dr Mahathir tu. Umno ni kita dah boleh berhenti mengharap la. Memang dah tak boleh harap dan tak ada harapan. Pas ...selagi tak berhenti melawak tak payah cuba nak raih sokongan rakyat. Yang ada ni pun akan tidak menyokong. Sebenarnya orang Malaysia am nya dan Melayu khas sedang bingung memikirkan perkara ni.

    Bagi orang Melayu satu parti baru, sampah sampah umno, pkr, pas ni semua jangan dibenarkan jadi ahli. Nanti rosak tak hilang.

    Pendapat saya lah Tan Sri
    Mudah mudahan jadi kenyataan.
    Aamiiinn.

    ReplyDelete
  20. Jawapan mudah je tak boleh terima perubahan pentakbiran negara ini sikap pemimpim veteran umno itu dari zaman berzaman dari zaman tun hussian onn sampai zaman tun m berjangkit ke zaman najib ,jika macam ini sikap pemimpim veteran umno tak diubah ramai orang muda tak hormati pemimpim umno veteran umno itu ini kah teradisi yg diajar oleh tun m tak menghormati tun razak. Zam dunia berputar setiap perbuatan kita akan di dibalas dunia mahu di akhirat, tun m dah kena balik perbuatan tak menghormati pemimpim negara ketika tunku memerintah malaysia ini, mungkin itu adalah balasan tuhan pada tun m itu. Anda fikirkan apa saya cakap kan ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang tidak tepelajar berfikiran demikian. Umpamanya apabila sesaorang yang dibencinya di timpa kemalangan dianggap sebagai pembalasan Allah sedangkan orang yang tidak berdosa kepadanya atau orang tidak berdosa dam menghkhianati orang lain pun ditimpa kemalangan.
      Jasa Mahathir terlalu besar kepada bangsanya dalam menebus nasib orang Melayu yang hampir jatuh ketangan orang China dalam masa pemerentihan Tunku dengan sikap tolak ansur,tak apa dan sebagainya sehingga tercetunya 13 Mei.Maka itu Tun Razak mewariskannya sebagai PM Malaysia.
      Belajarlah berfikir secara seimbang dan tidak terus ikut sentimen kerana marah dan kenbencian.

      Delete
    2. Macam inilah' 13 mei bermula dikampung ke? Di Bandar mungkin siapa tahu jawapan nya.
      Buku Malay delima itu untuk APA ? mungkin siapa tahu jawapan nya?.

      Dah bagi peluang 22tahun kenapa gagal 30% ekonomi bumiputera mungkin siapa boleh tahu jawapanya?

      Melayu berjaya jadi terpelajar tapi berjaya menjadi hamba pada tokey apek mungkin siapa tahu jawapannya?

      Umno terpaksa minta wang dari tokey2 besar untuk pilihanraya terpaksa dijanjikan projek mungkin zam tahu cara atasi nya tapi umno gagal minta Wang dari usahawan usahawan bumiputera kenapa jawapan gagal Menbina 30% ekonomi bumiputera?

      Ini persoalan harus dijawab oleh pemimpim veteran umno ketika era tun m itu. Mungkin ramai boleh jawabnya

      Saya tulis bukan berdasar kebencian tapi saya tulis berdasarkan APA saya lihat.

      Setiap manusia tempat kembali ke tempat asal dia' serupa dengan perjuangan asal dia,tapi APA bila seorang lupa perjuangan asal dia yg bina Dan tak berpegang dengan perjuangan asal dia tak guna dia menjadi peminpin.

      Saya lihat tun m dia ketika dia memerintah , dia tak berpegang dengan perjuangan asal dia Dan gagal ingat balik perjuangan asal dia Dan tak bersungguh2 menjayakan perjuangan asal dia, seperti APA dia tulis dalam buku malay delima Itu

      Delete
    3. saje bertanya pada bro ....agak2nya duit mara 10 b, siapa yang tak bayar...salah tun jugak ker...yang bangsa melayu ni lepas sekolah berduyun2 mintak kerja govermnt , ...yang takut nak meniaga sebenarnya bansa kita jugak kan...dimomok kan oleh bapak kita dulu konon nya takut rugi....agaknya salah tun jugak la, macamana nak bina 30 pratus ekonomi bumiputra kalau orang melayu semua sebuk kerja dengan gomen jer....orang melayu diberi pinjaman oleh mara pun tak bole bayar...Dapat pinjam duit berlagak ,ada yang tak bayar lepas tu bangga plak sampai crita kt satu kampung konon dapat tipu duit goment....oooh bangsa ku ,

      Delete
  21. Bolehkah aku,memaafkan Umno....tahun 90 an sewaktu aku di sekolah menengah hak aku utk dptkan buku teks dinafikan sbb bapaku penyokong Pas. Baja padi subsidi bapaku dinafikan. Bantuan utk baiki rumah kayu kami yang buruk juga dinafikan.

    Macamana dgn anak cucu Memali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika ramai orang Melayu menyokong Pas pada masa itu maka negara ini telah jatuh pada ulama-ulama yang bodoh,dogmatik,kolot dan tidak tahu memerentah negara sebalinya hanya tahu memerentah pondok.
      Bapa Saudara salah seorang yang telah menjadi mangsa kefanatikan manusia-manusia ini sebaliknya UMNO telah meletakan Islam pada tarafnya yang tinggi dengan membina ribuan banyak profesional Melayu selain dari saudara seorang yang mungkin tidak berjaya.
      Jika ramai orang Melayu menyokong Pas pada masa itu maka Malaysia tidak akan berada pada keadaan sekarang. Mana parti yang memerentah pun akan bersikap demikian untuk mendapat sokongan kepadanya dengan hanya memberikan faedah kepada penyokongnya.
      Ingatkah apa yang dilakukan oleh Hadi sebaik sahaja memerentah Terengganu.membalas dendam,membuang orang-orang UMNO, menginanyai kelas kindergatern UMNO dan sebagainya sehingga orang Terengganu menolak Pas.Di Selangor juga orang UMNO tidak diberikan bantuan.
      Khayalan dan kebencian saudara menyebabkan saudara gagal melihat masalah dengan seimbang.

      Delete
    2. Hal Memali? Mu cuba pi tanya si Hadi Awang apa telah dia buat apa dengan duit sedekah yg banyak dpd. seluruh Malaysia utk balu dan anak yatim Memali. Ataupun boleh minta pendedahan ke orang kuat PAS Cikgu Non!

      Delete
    3. YANG TUDUH UMNO TU KAFIR ORANG PASKAN,,,YANG SEMBAHYANG DUA IMAM TUPUN PAS...ingat tak crita yang pengikut ibrahim libya serang polis dulu dengan senapang patah...habis tu takkan polis jadi tunngul plak,,diam jer...kes memali tu melibat orang kampung yang ekstrem kt guru dia orang sampai samggup mati pasal ibrahim libya....kalau korang lupa aku bgitau anggota polis tu pun ada keluarga jugak untuk diberi maakan dan kasih sayaang.,

      Delete
  22. Ketika Sanusi Junid sebagai Menteri Pertanian berkempen minum air kelapa muda di tahun 80'an dulu,orang PAS lah yang kuat sekali mengejek dan menghina idea itu.Sekarang ramai orang PAS berniaga air kelapa muda.Apakah idea ekonomi hebat yang datang dari tok tok guru PAS, setidak-tidaknya untuk penganut isle PAS?Bagi yang sibuk dengan 30% tu, kau sudah dijanjikan surga,kenapa masih risau hal duniawi?

    ReplyDelete
  23. Betul2, hampir 3 bulan. Saya sama ada tidak menonton berita atau tonton berita tv1 atau astro. Skrg ni program tv3 lain pun saya dah kurang2kan menonton...

    ReplyDelete