Sunday, 20 December 2015

KERJASAMA UMNO PAS ANCAM MATLAMAT DAP JAMIN MASA DEPAN MCA

IBRAHIM ALI TIDAK REALISTIK

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali meramalkan kerjasama politik UMNO dan PAS  mustahil akan berlaku kerana perbezaan ideologi.

Dalam hal Ini, saya kira Datuk Ibrahim  Ali tidak realistik .Bukankah Pas boleh berkerjasama  dengan DAP dan PKR sekalipun dari segi ideologi Islamnya jauh berbeza sebaliknya lebih banyak titik pertemuan dalam soal-soal dasar negara; agama,  integriti  dan identiti nasional antara Pas dan UMNO.

Sebenarnya Presiden Pas, Haji Haji Hadi bukanlah lagi  hardcore Islam

Pendirian ideologinya  telah pun dicemarkan sejak bersekongkong dengan Anwar Ibrahim dan DAP  untuk menjatuhkan kerajaan BN yang dianggap menjijikan.

Tidak ada penjualan prinsip  Pas yang lebih  lebih besar selain  dari kesanggupan Hadi berdakap dengan pemimpin homoseksual,leberalis  dan pemimpin yang sah kafir dari UMNO yang dikafirkan.

Kekuatan Pas sejak dari sebelum merdeka adalah diatas imej militan, ketaksuban fahaman dan rhetoric kefanatikan  yang membakar semangat dan  tidak sesoai dengan masyarakat majmuk Malaysia. Maka itu  kita saksikan  perbuatan mockery nya amat jelas sejak penyelewengannya.

Yang dahsyat sekali sumpah Bai'ah  yang menghukum  penyeleweng-penyeleweng sebagai melakukan  zina  tetapi telah menjadi keharusan dan didiamkan kerana kepentingan politik.Apabila agama menjadi ideologi politik maka inilah akibatnya. Dosa boleh diampunkan atas hukuman politik.

Pas telah belajar menjadi lebih pragmatik dan menerima keharusan-keharusan politik  dari pengalaman kerjasama dengan  DAP dan PKR yang telah pun menjadi amalan UMNO dari sejak awal lagi.

Pas juga harus belajar dari  Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali  yang lebih practical dalam politik demi untuk mencapai matlamat.

Adalah lebih baik jika kerjasama politik  antara Pas,UMNO  ini merangkumi Perkasa.Ini  akan membenamkan Malaysian Malaysia DAP yang mendapat dukongan kuat dari  akhbar The Star .

MCA tidak akan menghalang  kerjasama Pas UMNO  kerana masa depannya juga akan  lebih terjamin jika berlaku kerjasama UMNO dan Pas.

9 comments:

  1. Murah Maruah Melayu...?
    4kabilah pegang penjuru...!
    Yg 2 dah tentu..?
    Lg 2 belum tau..!



    ReplyDelete
  2. Sayang sekali, UMNO langsung tidak hantar wakil ke Mesyaurat Agong Perkasa, baru-baru ini. Perkembangan ini sudah tentu akan menghakis sokongan orang Melayu yang sudah lesu, terhadap UMNO. Mengapakah Najib tidak nampak hakikat ini? Atau pun MT masih kebuluran sokongan bukan-Melayu?

    Berbalik kepada jalinan 'mesra PAS & UMNO, saya lebih suka jika PAS bersendirian di luar BN sebelum PRU14. Kedua-dua PAS dan UMNO sangat lemah sekarang. Oleh itu adalah lebih baik mereka 'berpakat' secara senyap-senyap saja. Sebagai contoh, mereka boleh 'berpakat' supaya PAS menang sebanyak mungkin kerusi DUN di Kelantan, Trengganu dan Kedah, manakala UMNO menangi, sebanyak mungkin kerusi Parliament, seluruh Negara.

    Jika mana-mana gabungan Party tidak punyai majority mudah untuk membentuk kerajaan selepas undi dikira, baru PAS ajak UMNO berpakat secara sah untuk menubuhkan kerajaan. Ketika itu PAS boleh saja meletakkan syarat supaya Najib turun untuk 'membersihkan' persepsi buruk terhadap kerajaan baru yang bakal menerajui Negara. Mungkin Haji Hadi boleh letak syarat, dirinya menjadi TPM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TGHA kena letak syarat sebelum kerjasama dgn umno dimana parlimen yg dimanopoli BN/Umno meluluskan undang2 Hudud, ini kena dilakukan krn umno mmg "kaki kencing" spt yg dikatakan olih ahli wanita yg dipecat mrk sendiri mmg "presiden kencing kita" kalau tidak tiada kerjasama/gabungan.... Pas kena beri kata dua dgn tegas kpd presiden umno.....

      Delete
  3. Penyatuan antara air dan minyak, setakat tu sahaja...
    Pada dasar ia lebih kepada keperluan bersatu antara Hadi dan Najib dan belum lagi antara dua parti.

    Umno dalam keadaan sekarang tidak akan meletakan sebarang syarat dan sebarang perbezaan boleh dibincangkan kemudian.
    Manakala PAS mementingkan kulit kerjasama tidak boleh lari wajah BUlan.

    Kerjasama ini sangat baik tetapi mereka perlu sanggup hilang identities asal dan risikonya jika kali ini jika ada perbezaan yang tidak boleh diselesaikan, ia akan jadi perpecahan yang lebih teruk.

    Dari segi kepartian, PAS akan banyak berkorban tetapi Dari segi untung, umno yang dapat lebih !!

    Kerjasama demi bangsa, ugama dan negara...
    Slogan itu jika digunakan sebelum sebelum ini secara amanah sudah tentu umno dan pas tidak selemah sekarang...

    ReplyDelete
  4. Setakat ini saya nampak jalinan hubungan pas dan umno tidak akan membawa untung kepada pas.

    Sebaliknya jika ia menjadi realiti sebelum dan sehingga pru 14 , umno lebih banyak mendapat untung . Ini kerana umno atau bn mungkin akan kalah besar jika tidak dibantu oleh pas atas sebab-sebab kemorosotan pengaruh ketika ini.

    Sebahagian besar penyokong umno dan golongan atas pagar dipercayai akan mengubah pendirian untuk tidak menyokong bn kerana isu isu besar ketika ini seperti gst, 1mb, 1.6billion dll sangat mempengaruhi sentimen dan pemikiran rakyat .

    Jalinan hubungan antara pas dan umno ini juga akan memberikan impak positif kepada najib dan negatif kepada hadi. Apatah lagi Presiden pas itu kebelakangan ini kelihatan tiada istiqamah dalam perjuangan menegakkan ideologi pas seperti pemimpin terdahulu parti itu .

    Dalam konteks ini nampak jelas pemimpin umno lebih smart bermain politik berbanding pemimpin pas . Sama sama kita tunggu hasilnya .

    ReplyDelete
  5. Kenapa PAS perlu bekerjasama dengan UMNO, sebuah parti yang teruk tercemar dengan masalah korupsi dan penyelewengan bukan sahaja pada peringkat tertinggi malah hingga ke peringkat akar umbi. Lihat sahaja imej UMNO di peringkat paling rendah, penuh dengan kesombongan, angkuh dan mementingkan diri sendiri.


    Bukankah kalau hendak memilih kawan, kena pilih mereka yang terbaik atau lebih baik agar dapat mencontohi kebaikannya. Kalau yang dipilih lebih teruk atau jahat mungkinkah kita akan turut mengikuti kejahatan dan kesesatannya.


    PAS mempunyai masa yang mencukupi untuk bangun dan membina semula imej Islamik dan lakukan penambahbaikan agar dapat diterima oleh masyarakat Melayu. Lupakan kerjasama dengan DAP dan PKR yang tidak memberi sebarang keuntungan kepada PAS. Lupakan golongan anwarinas yang banyak mencemar imej Islamik PAS dan jangan sesekali berhasrat untuk bekerjasama dengan UMNO kerana ia akan lebih merosakkan PAS.


    PAS perlukan penjenamaan semula dari sebuah parti Islam yang ditakuti kepada sebuah parti Islam yang moden, berwawasan, mesra rakyat, telus, berintegriti dan mampu memenuhi aspirasi rakyat. Buka keahlian parti kepada golongan profesional Melayu Islam dalam pelbagai bidang yang dapat menyumbang idea bagi melahirkan sebuah parti Islam yang kuat. Insya Allah masyarakat Melayu akan memberi sokongan padu kepada PAS dalam PRU akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi tidak perlu UMNO untuk kuatkan PAS dan jadikan parti itu pilihan nombor satu bangsa Melayu.Beliau cuma perlu tarik balik amanat kafirnya itu dan memohon maaf kepada semua orang Melayu.Dengan melakukan ini secara psikologinya dan politik,PAS akan pasti menjadi tempat orang Melayu yang dah muak dan benci kepada PKR,UMNO dan Amanah.Malangnya, Hadi sepertimana yang kita semua kenali bukanlah seorang yang bijak,apatah lagi kasyaf.Sangat sesuailah dia bergabung dengan Najib yang tidak bersih,tidak cekap,dan tidak amanah.Seorang penagih itu senang berkerjasama sesama sendiri.

      Delete
    2. Setuju dgn tuan, kalau kita berkawan dgn penjual minyak wangi kita pn terpalit wangi, kalau dh berkwn dgn kaki korup mcm umno kita dikira bersebahat dgn kemungkaran... umno melaungkan bergabung demi islam/melayu, ape melayu PKR camno pulak? tak selesai jugak penyatuan melayu, masih ade permusuhan sesama melayu PKR dgn melayu Umno/Pas... tiada ertinya gabungan melayu hanya semata2 nk menyelamatkan Najib yg telah hilang keyakinan rakyat dgn isu2 yg beliau sendiri cipta.... cuma isu gabungan sebagai "Damage Control" ciptaan Najib dlm kecelaruan pentadbiran beliau

      Delete
  6. La... ada perlu ke PAS ni yang suka label and hukum on behalf of God.
    Dah la boleh jamin masuk syurga. Undi PAS masuk syurga. Ada warranty card kot. Klu tak ikut void. Wau....

    ReplyDelete