Thursday, 31 December 2015

KENYATAAN AHMAD MASLAN SESUAI KEARAH MENJADI SEBUAH NEGARA GAGAL

Apapun penjelasan yang diberikan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berhubung dengan kenyataan umumnya  rakyat negara ini harus menjalankan dua pekerjaan tidak lagi boleh memperbaiki kesan kerosokannya kepada pemikiran umum.

Tentunya kakitangan dan pegawai - pegawai kerajaan juga mengira diri mereka termasuk dalam golongan  yang dimaksudkan oleh beliau  kerana  pendapatan mereka semakin kurang dengan perbelanjaan  semakin besar kerana kenaikan harga barangan dan  sebagainya.

Ahmad Maslan  tidak menyedari kesan kenyataannya itu  boleh meruntuhkan nilai -nilai yang yang cuba dipertahankan dan diperkuatkan lagi  di kalangan kakitangan kerajaan.

Sikap berkerja kakitangan  kerjaaan sekarangpun  telah merosot bagitu jauh jika dibandingkan  dengan era Tun Dr.Mahathir dan Tun Daim sebagai Menteri Kewangan

Kita sekarang boleh melihat bagaimana kakitangan kerajaan lepak dalam masa kerja di kedai-kedai mamak  terutama di Putrajaya kecuali jika diketuai oeh ketua-ketua jabatan yang diketahui  benar-benar tegas dan keras.

Kenyataan Ahmad  Mazlan itu jelas memperlihatkan  sebilangan  menteri-menteri  tidak memahami  nilai-nilai yang diperlukan untuk mengekalkan tradisi pentadbiran kerajaan bagi  membangunkan masyarakat yang diperlukan untuk menjayakan wawasan 2020.

Hal ini memerlukan penerusan pemupukan nilai -nilai baik yang telah membangunkan maruah negara selama lebih 50 tahun merdeka terutama dalam memantapkan displin kerja dan penggunaan masa kakitangan kerajaan.

Malaysia tidak seharusnya memiliki imej kakitangan kerajaan yang tidak bergaji cukup dan terpaksa membuat kerja-kerja sambilan untuk menambah pendapatan seperti kakitangan kerajaan di  Indonesia atau Thailand.

Inilah gambaran yang telah diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan itu  terhadap cara berkerja  kakitangan kerajaan Malaysia sekarang dan bukan lagi imej bermaruah yang diwarisi dari sejak pemerentahan British.

Ahmad Mazlan telah membuat kenyataan yang tidak secara langsung menjejaskan imej terhormat kakitangan kerajaan selama ini.Ia juga menunjukan nilai pemikiran kepimpinan negara yang sedang dalam keadaan terdesak untuk menghadapi masalah keruntuhan ekonomi dengan berbagai-bagai teori baru yang terlintas difikiran dan mengikut sedap mulut.

Di  Indonesia  kebanyakan kakitangan kerajaan  hanya datang berkerja di waktu pagi dan hilang  di waktu  petang untuk membuat kerja sampingan yang lain.

Saya telah hidup dari sejak zaman pemerintahan Soekarno di Indonesia  dan memahami keadaan masyarakatnya  yang terpaksa membuat dua tiga kerja sehari yang berlanjutan hingga ke era Jukowi sekarang ini.Inilah yang digalakan oleh Ahmad Maslan untuk dicontohi.

Kenyataan Ahmad Mazlan itu tidak membantu untuk membangunkan  masyarakat dengan kualiti yang diperlukan oleh Wawasan 2020 sebaliknya melonggarkan  displin kakitangan dan pegawai kerajaan terutama di kalangan guru yang sekarang pun ramai terlibat dengan kelas tuisyen dan berbagai-bagai perniagaan sambilan.

Kita sedang menambah kriteria untuk melayakan diri menjadi  sebagai  sebuah negara yang gagal.( A Failed Nation)

23 comments:

  1. Jangan hina negara jiran

    GDP Thailand lebih tinggi dari Malaysia. Kita adalah ekonomi ketiga di Asia Tenggara. Sekarang ni bhat lebih tinggi dari ringgit. Penoreh Thai tak menoreh lagi disempadan sebab ringgit dah tak bernilai.

    Tak lama lagi penoreh kita pulak ke sana menoreh . Nurse kita ke Dubai, lulusan IT jual burger dan maid kita eksport ke Bangladesh.

    Kearah berpendapatan tinggi negara maju menjelang 2020 dengan 2 kerja dan bayar GST dan PM kita billionaire

    ReplyDelete
  2. Banyak blog blog lain dah TIBAM (Tibai Individu Bernama Ahmad Maslan)CGPA 3.85 pandai pandai bodoh nih! Rasa macam ada computer error kut yang decimal nya sepatut selangkah kedepan CGPA .385

    ReplyDelete
  3. Kita negara yg gagal kerana dipimpin barisan pimpinan taraf komedi dan standard half past six. Pimpinan negara kena over haul semula. Kalu kereta kena tukar enjin. Dah rosak tak pikap dah. Tunggu pru 14. Rakyat dah sedar dan buka mata seluasnya.
    Pak2 menteri masih berfikiran sempit.

    ReplyDelete
  4. Apasalahnya Tok...Sekarang dia beri kita can untuk buat kerja kerja lain. Apalagi kalau kerja gelap yang tak payah bayar cukai!

    ReplyDelete
  5. Ahmad Maslan lagi hebat dari Zahid Hamidi. Zahid patut diganti dengan Ahmad Maslan. Saya akan Cakap dekat PM supaya 2016 jadi lebih hebat dari 2015 dengan adanya Ahmad Maslan sebagai TPM.

    ReplyDelete
  6. Teringat sya Cikgu Shaari seorang guru di Sek Keb Kg Pasir Ulu Kelang lewat 60an, malamnya main muzik di kelab siang mengantok bila mengajor terkantoi ditangkap guru beso.... low klas pya menteri....

    ReplyDelete
  7. hahahaha bro itu "hari selasa" bila tuu???

    -----------

    Cikgu: Ajib, bila kamu nak serahkan buku latihan kamu?

    Ajib: Hari Selasa ni saya akan serahkan, Cikgu.

    Cikgu: Baiklah.

    ------Selepas seminggu-------

    Cikgu: Ajib, hari ni dah hari Rabu, kamu kata nak serahkan buku latihan pada hari selasa semalam. Mana buku nya??

    Ajib: Betul lah Cikgu, kan saya cakap hari selasa.....hari selasa ni saya serahkan sendiri pada Cikgu....."janji ditepati Cikgu"

    Cikgu: Hmmmm.....baiklah Ajib, hari selasa nanti kamu serahkan pada saya ya!

    ------Selepas seminggu-------

    Cikgu: Ajib! Mana buku latihan kamu ni hah??!! Hari ni dah hari Rabu, kamu kata nak serahkan pada hari selasa yg lepas???

    Ajib: Betul lah Cikgu! Hari selasa tuu dah TERlepas, sebab itu saya tak dapat nak serahkan. Tapi takpe Cikgu, Hari selasa nanti saya serahkan dgn nota2 sampingan yg lain. Cikgu perlu yakin dgn saya n tidak melemahkan semangat saya..

    Cikgu: Okay okay okay! Baiklah Ajib! Saya beri kamu peluang utk buktikan diri kamu. Tapi pastikan kamu serahkan semuanya pada hari selasa ini.

    Ajib: Usah khuatir Cikgu. Semuanya akan selesai hari selasa ni. Ini bukan janji, tapi pasti!

    Cikgu: Wah! Berjiwa besar kamu ni Ajib. Lega Cikgu rasa bila kamu cakap mcm tu. Dengan sikap kamu ni....Kamu boleh pegi jauh dalam hidup...Cikgu pasti!

    Ajib: Terima kasih Cikgu kerana yakin pada saya n tak percaya fitnah2 negatif. Saya bersikap terbuka, takde apa yg saya perlu sembunyikan.

    ------Selepas seminggu-------

    Cikgu: Amad, mana Ajib? Dia kata nak serahkan buku latihan pada saya selasa lepas. Hari ni dah hari Khamis!

    Amad: Ajib??? Ohhh!! Ajib dengar katanya keluar overseas.....saya terdengar dari murid2 lain bersembang. Cikgu tak tahu ke??

    Cikgu: Saya pun baru saja tahu ni! Ajib pegi overseas kemana tuu Amad?

    Amad: Errr, saya pun tak pasti Cikgu! Ada yg cakap dia ada di Hong Kong, tapi ada juga yg cakap dia ada di Dubai. Ntah lah Cikgu, saya pun tak pasti! Saya sejak ada 3 kerja ni, saya sibuk sikit Cikgu...

    Cikgu: Ajib!!! %^&*%#@!

    ReplyDelete
  8. Jangan sangka Ahmad Maslan tu BODOH.
    Dia pandai.
    PANDAI MENGAMPU.
    AHMAD MASLAN KATA DIA PRGANG TIGA KERJA.

    SEBENARNYA DIA PEGANG EMPAT KERJA.
    YANF KEEMPAT SEBAGAI PECACAI NAJIB RAZAK.

    ReplyDelete
  9. Seingat saya penjawat awam memamg di larang buat dua kerja, sebab ianya akan memberi impak negatif pada pekerjaannya sebagai penjawat awam yang gajinya dibayar melalui cukai daripada rakyat.

    Sejak sepuloh tahun yang lalu saya juga dapati disiplin penjawat awam semakin longgar .. cuba lah anda lihat sendiri setiap waktu daripada pagi hingga petang di restoren mamak berdekatan Sogo. Restoren ini sentiasa di penuhi oleh penjawat awam daripada pejabat disekitarnya .. mereka sedikit pun tidak berasa segan, minum dengan badan di salut dengan unifom kerja mereka.

    Terdapat juga jabatan kerajaan yang diberi tanggungjawab meluluskan projek tetapi dalam satu masa jadi juruperunding untuk projek itu .. malah lebih dahsyat lagi jadikan pejabat kerajaan sebagai pejabat konsultantasi mereka, tanpa sedikit pun merasa malu dan bersalah .. akibat nya konsultan yang sebenar tak dapat projek. Menurut penjawat awam ini jika pelan itu mereka yang buat dan sudah tentu tidak ada masalah untuk diluluskan oleh mereka.

    Yang mengherankan, penampilan mereka ini tampak islam, ada yang beberapa kali terbang ke Mekah .. entah lah .. nampaknya pentadbir kita ini semakin hari semakin teruk dan melalut .. sesuatu yang drastik perlu dilakukan segera.

    Lihat saja apa yang berlaku di Kota Raya .. apa yang polis dah buat .. pengadu yang kena pasung?. Apa jadi dengan laut Pahang yang dah bertukar warna tu .. dengan selamba mereka kata satu siasatan akan dilakukan ngapa warna laut tu berubah .. dan pasukan penyiasat akan ditubuhkan.

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Saya tak nafi bahawa kebanyakan menteri yang kita ada sekarang taraf kualiti sangat merosot berbanding menteri menteri ditahun tahun 70'an dan 80'an. terutama dalam isu isu yang memerlukan rundingan diplomasi dan perancangan strategis . kita lihat dulu isu besar walau pun melibatkan negara asing akan dapat selesai dengan baik melalui rundingan dan diplomasi , malangnya sekarang sekiranya timbul isu kadang kala diguna cara gangster dengan mereka pun turun berdemostrasi walaupun menteri malah sama naik kadang kadang lebih perkauman berbanding pembangkang sehingga lupa mereka itu menteri kerajaan untuk semua rakyat ,ini baru dalam satu isu banyak lagi isu isu lain yang telah menonjolkan menteri menteri memang tiada kualiti untuk memimpin negara termasuklah TPM sekarang .Walau bagaiman pun bagi rakyat memang menteri sebegini adalah beban seperti membela biawak hidup tapi bagi Najib adalah satu keuntungan kerana mempunyai menteri sebegini umpama lembu lembu senang dicucut hidung kerana tidak mengancam kedudukannya walaupun terbukti wang RM2.6 Billion masuk akaun beliau seorang, mereka ini(menteri lembu)akan buat apa disuruh walaupun terpaksa jilat tahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa ia kenapa zaman tun m dulu polis banyak makan rasuah Dan terpaksa buat dua kerja sila jawab. Sekarang polis tak ada lagi makan rasuah selepas kerajaan naik kan gaji mereka berfikir lah kalau orang tak tahu bersyukur

      Delete
    2. Kepala hotak hang mcm maslan. Skang ni siapa ler nak makan rasuah bila dah disuap ngan derma ?? Haih bangang betoi mu ni !

      Delete
  11. Zam selaku wartawan tak penah lihat orang bawah, zaman tun m dan pak lan saya penah lihat guru saya melakukan dua kerja satu hari malah,ada kaki tangan awan buat dua kerja, bila kerajaan dah mampu banyar gaji besar ramai tinggalkan kerja part time itu,lupa kenapa zam tak bising dizaman tun m dan pak lah ketika penjawat awam buat dua kerja pada hari sabtu Dan ahad Dan kerja selepas 4jam ada antara mereka meniaga dipasar malam, guru buat dua kerja murid pandai juga malah ada masuk univesiti, lupa ingat tak zaman pak lah dulu dia benarkan siapa kaki tangan awan meniaga malah siapa pinjam meniaga di benarkan tak ada siapa sibuk. Tak siapa pun Halang terutama golongan fanatik itu. Kita kira untung jepun mereka kerja 8jam 1jam rehat semua 8jam Dan mereka digalakkan tambah kerja 4jam.di malaysia kerajaan kerja 7jam satu jam rehat semua 8jam untuk kerajaan swastar kerja 8jam rehat 1jam semua 9jam. Adakah kerja 8jam itu buat apa gaji dah besar pun tak cukup sebab APA pentingkan top talifon lagi Dan suka beli barang bukan2.
    Zaman tun m polis pun terpaksa buat dua kerja ada yg buat kerja halal Dan ada buat kerja haram macam rasuah sebab gaji mereka tak cukup makan Dan tangung keluarga saya penah hidup zaman tun m zaman saya tahu segala2 nya. Kalau orang tahu bersyurkur cakap macam itu. Di malaysia bangla pun pun buat dua kerja. hari berkerja biasa dia orang kerja bersih kebun Dan bandar raya. Hari cuti dia ambil upah potong rumput. Kenapa Rakyat malaysia ini memakin hari semakan malas ia. Macam mana nak jadi negarawan maju kalau tak mahu kerja lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh.. baik punya ampu? Dpt berapa idiot? 3.85 ringgit?

      Delete
    2. Anon 17:53, kerja lebih voluntarily utk cepat kaya dgn kerja lebih kerana terpaksa, tak cukup makan... adalah berbeza,faham kot?

      Delete
    3. Nampaknya...commentator tidak merasa denyut nadi rakyat marhaen...yg semakin terhimpit akibat kos sara hidup yg semakin menekan...

      Delete
    4. Kalau dulu zaman tun m, guru boleh buat dua kerja kenapa sekarang tak boleh sila jawab, gaji mereka hanya kecil sama macam kerani Dan mereka terpaksa buat dua kerja

      Delete
  12. Dulu kakitangan kerajaan kerja 6 hari seminggu. Lepas tu Cuepacs minta hari sabtu cuti sebab kakitangan perlu ada masa bersama kerluarga dan melawati ibu bapa di kampung.Ada masa melancung dalam negeri dan tambah pendapatan industri pelancungan tempatan . Ni menteri yang paling bodoh piang panggil buat 2 kerja . Dia dah bagi gst, tarik subsidi , harga barang naik ... menteri kita banyak yang nak buat kerja senang , gaji besar tak guna otak kiri dan kanan ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dulu dizaman tun m ramai boleh buat dua kerja, kenapa zaman sekarang tak boleh ada kah Rakyat kita malas

      Delete
    2. Woii bodoh ! Masa Tun M ada ke menteri cakap boleh buat dua kerja ? Tapi skang timb menteri dah boleh cakap macam otak kurang upaya.

      Delete
  13. Kalau rakyat kene kerja siang dan malam , mana ada masa untuk keluarga???

    Rakyat terpaksa menanggung beban disebabkan pengurusan ekonomi oleh kerajaan dah gagal.

    ReplyDelete
  14. Dan kita digalakkan untuk pakai barang second hand untuk jimat kos sara hidup. Tak lama lagi ada kot Kedai Bundle 1 Malaysia. Kita akan setaraf pelarian rohingya, somalia, afghan, pekerja kontrak indon...pakai baju bundle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen saya mungkin off topik.... tapi tak ada salahnya pakai baju bundle kalau ia memang boleh menjimatkan belanja. Sewaktu bermastautin di eropah, kesan bergaul dengan rakyat tempatan saya mempraktikkan budaya kitar semula yang mereka amalkan - termasuklah kitar semula pakaian, beli baju di second hand shop - tentu saja yang berkeadaan baik. Advisor saya di sana yang memiliki PHD pun selamba je masuk kedai bundle. Pada setiap musim bunga dan penghujung musim panas, saya tak ketinggalan ke bazar pakaian terpakai anjuran komuniti setempat bagi mendapatkan pakaian terpakai anak-anak untuk musim panas dan musim sejuk serendah 50 cent - 10 Euro. Orang Malaysia je pandang baju bundle dengan pandangan geli terkadang yang extrem seakan jijik, tapi orang negara maju tak kisah pun!

      Delete