Saturday, 12 December 2015

BUKAN CERITA BARU UMNO TERIMA SUMBANGAN DANA PILIHANRAYA.

BANGSA BERMARUAH TINGGAL SEBAGAI KENANGAN UNTUK DITANGISI

Sumbangan kepada dana pilihanraya UMNO atau BN bukanlah suatu pekara baru yang seharusnya menimbulkan kegemparan oleh kerana telah pun berlaku dari sejak kepimpinan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman.

Dari pengalaman saya sebagai wartawan, di era Tunku UMNO banyak bergantung kepada sumbangan dari taukeh-taukeh MCA pada pilihanraya pertama dan seterusnya ketika bertanding atas nama Perikatan (UMNO, MCA dan MIC).

Maka itulah Tunku terpaksa mengimbangi kepentingan taukeh-taukeh Cina dengan kehendak dan sentimen Melayu dan beliau dikorbankan oleh orang Melayu kerana dasar ini.

Ini dapat dilihat dalam penolakan beliau  terhadap langkah Menteri Pertanian Aziz Ishak mahu  mendirikan kilang baja uria tempatan yang  menyebabkan persengketaan besar dalam UMNO dan  Aziz Ishak disingkikran.

Tunku juga terpaksa menolak langkah Aziz Ishak mahu  menghapuskan orang tengah  dalam pasaran ikan bagi membantu para nelayan Melayu.

Tradisi menerima sumbangan ini  berterusan sehingga  BN menggantikan Perikatan dibawah pimpinan Tun Abdul Razak tetapi tidak menampakan Tun Razak tertakluk kepada orang Cina terutama sekali setelah Tun Tan Siew Sin tidak lagi menjadi Menteri Kewangan.

Dibawah menteri kewangan Melayu, selain dari sumbangan terus kepada Perdana Menteri atau bendahari UMNO ramai pula yang menjadi ejen-ejen tidak rasmi  menjalankan pungutan sumbangan dari syarikat atau individu yang memberikan kepada mereka  kerana mengetahui mereka sebagai orang "menteri" atau kawan baik menteri.

Ejen-ejen ini pula tidak menyampaikan sepenuhnya pungutan  kepada menteri dan menjadi kaya-raya selepas pilihanraya malah seorang rakan menteri dikatakan cuba melarikan RM5 Juta keluar negara dan di tahan  di lapangan terbang Subang tetapi dibebaskan atas rayuan kerana dia kawan baik menteri.

Saya tetap ingat kata -kata Tun Mahathir kepada saya apabila saya mengadu kepadanya tentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Katanya, "Zam,nabi pun tak boleh betulkan dunia ini".

Bagaimanapun  soal sumbangan kepada parti tidak diambil pusing oleh ahli-ahli UMNO asalkan mereka dapat wang yang cukup untuk jalankan kerja-kerja  kempen. Dalam hal ini kita harus berani berterus terang bahawa baik di kalangan pembangkang atau kerajaan,menafikan money politic adalah hipokrasi yang paling besar.

Dalam masa Anwar Ibrahim berada dalam UMNOlah kejadian ini berlaku secara blatant sekali tetapi kerana imej agamanya maka pemimpin Pas pun menghalalkan pembelian  diri mereka termasuk Harakah.

Maka itu kerana apakah kita gemparkan sumbangan RM2.6 billion kepada poket Najib untuk pilihanraya?

RM 2.6 billion  luar biasa kerana selain dari jumlahnya yang sangat besar dan dimasukan dalam akaun persendirian tetapi diakui  datang dari luar negara.

Pengakuan itu sekali gus menyebabkan sesiapapun tidak yakin bahawa pemberian itu adalah sedekah yang ikhlas  dari penderma atau penderma-penderma asing.

Cerita Menteri Dalam Negeri bahawa kita tidak terikat apa-apapun dengan penderma atau penderma-penderma itu bukan sahaja tidak dipercayai oleh orang-orang yang bersekolah, malah yang tidak bersekolah pun mentertawakan ini apatah lagi orang Melayu yang berpegang kepada "Ada ubi ada batas, ada budi ada balas"

Boleh juga difikirkan mungkin negara-negara Arab yang  memberikan sumbangan ini adalah proxy kepada kuasa-kuasa besar. Dari sejak sebelum dan sesudah merdeka pun Malaysia adalah proxy  kuasa Barat  tetapi tidaklah didedahkan sumbangan mereka dalam bentuk kewangan sebaliknya dilindungi oleh dasar kemanusiaan dan ketenteraan.

Pendedahan RM2.6 Billion oleh Najib Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO Ini adlah suatu pendedahan yang sekaligus dianggap sebagai melibatkan penjualan maruah bangsa dan negara dan menjustifikaksikan kepada rakyat perbuatan rasuah secara terang terangan.

Jika seorang pemimpin  negara yang berkuasa mencorakan dasar luar negara dan ekonomi boleh menerima sumbangan dari negara asing untuk kepentingan parti maka apakah  salah jika pegawai tinggi kerajaaan menerima sumbangan berjuta ringgit atas alasan untuk membantu pemimpin negara  mendapatkan sokongan pegawai-pegawai dibawahnya.

Tidaklah boleh dinafikan bahawa UMNOlah yang menjuarai ketulusan dalam  menerima sumbangan pilihnarya dari luar negara walaupun dahulu disembunyikan dengan menuding jari kepada orang lain.

Rakyat masih berada dalam prasagka atas tuduhan terhadap  parti-parti pembangkang menerima  sumbangan dalam pilihanraya dari luar negara tetapi UMNO mendedahkan perbuatanya yang niat asalnya mahu disembunyikan tetapi menjadi kes terlalu berat apabila dikaitkan dengan 1MDB.

Saya tidak tahu apakah Perdana Menteri Dr.Mahathir juga pernah menerima sumbangan untuk dana pilihanraya  dari luar negara tetapi kecendorongan untuk mengungkit kesilapan dan keburukan Tun Mahathir bagi menutup atau menjustifikasikan kesilapan Najib tidak akan dapat mempengaruhi rakyat kerana jasanya sangat besar kepada negara dan agama  yang menyebabkan rakyat tidak mahu melihat dosanya.

Dasar bebas luar negara Tun Mahathir yang dipelupori oleh Tun Abdul Razak telah menggoncangkan dunia dan Malaysia dihormati  walaupun berada dalam blog Barat. Dalam keadaan ini pun ekonomi negara maju terus berbanding dengan sekarang walaupun menjadi anak emas baru US.

Dari dulu hingga sekarang dasar negara tetap menentang gerakan militan tetapi tidak terlihat kerana menerima bantuan kewangan dari negara-negara Arab yang menjadi proxy Barat tetapi sekarang sokongan kita telah jelas kepada dunia terutama kepada puak militan kerana kita disogokkan dengan wang dan bukan kerana dasar asal atau kejatian diri kira.

Maka itu kita menjemput bahaya yang besar kepada keselamatan negara kerana imej kita setaraf dengan negara-negara Arab yang menjadi alat kepada dasar Amerika.

Kebijaksaan, kehalusan dan ketertiban diplomasi telah runtuh dan maruah sebagai sebuah negara bebas dan berkecuali telah musnah kerana kerakusan dan ketamakan.

Inilah harga yang sedang dibayar oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang telah hilang perhitungan maruah dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Kepintaran Allahyarham Tun Abdul Razak dan keberanian kecekalan Tun Mahathir dalam membina maruah bangsa tinggal sebagai kenangan untuk ditangisi oleh anak anak bangsa.

24 comments:

  1. semacam goyang je mengatur coretan bahasa pakcik zam ttg dana politik najib, adakah terkesan disebabkan repot polis di perak hampir rm1.2 trillion?. satu lg dibisikkan tahun depan akan berlaku pemecatan beberapa tokoh umno yg melawan dasar najib pada tarikh... angka kegemaran dan no bertuah najib + rosmah. lihat juga beberapa drama "terkejut" akan terjadi dlm suku tahun 2016 sebagai 'perasa lalok rakyat' sebelum kes muktamat dijatuhkan pada beberapa tokoh berkenaan. panjang umur pakcik zam scrol balik dan renongkan komen saya ini. plan halus tetapi kejam disusun. semuga allah terus memberikan sedikit zatnya memelihara kenikmatan ini. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Hata Ben Ross.

      Saya sebagai rakyat marhaen. Teruja untuk mengetahui penjelasan lanjut dari intipati komen saudara,

      Saya dan ramai lagi diluar sana ingin tahu apa yang diketahui saudara.

      Saya pohonkan pencerahan yang tuntas dari saudara Hata. Janganlah berteka teki,

      Kongsilah dengan kami.

      Delete
    2. saudara at 12:28 sejujurnya rangka itu diperolehi secara 'santai' dari anggota antara mereka yg punya hubungan besar. sebaiknya kita lihat "drama" pertama yg dikatakan mampu mengalih 'fokus' rakyat dari isu "pembersihan" 2016. drama lebih dari satu. bukan tekateki. saya insan biasa dan belum bersedia menjiwai sekental dsai seteguh rafizi sesabar arwah tgna. ikhlas saya ingin kongsikan... tp biarlah bloggers keluarkan.

      Delete
    3. Kalau setakat standar burung tiong mengulangi secara "santai" dari mereka yang punya hubungan besar, saya lebih mempercayai berita dari burung tiong lagi, dari pembohongan sdra.

      Mohon maaf.

      Delete
  2. Heh heh heh sejak zaman kesultanan melaka lagi dapat derma dari luar...portugis hantar 2 kapal, "empayar melaka" tumbang... Empayar konon...British takluk satu semenanjung tanpa membazir sebutir peluru pun...tabur cash jerrr...lombong2 semua jual pakai AP, pembesar2 kutip cukai (komisen laa tuuuu), towkay cina kaya raya sampai anak cucu...kalau lah sejarah yang sebenarnya di ajar di sekolah, bukan sejarah sugar coated betapa hebatnya pahlawan dan pembesar dulu kala..kalau lah.

    ReplyDelete
  3. Pada hemat saya RM2.6 billion itu adalah sumbangan daripada Uncle Sam menerusi Pak Arab.Itulah harga yang dibayar untuk Malaysia bagi kehilangan 2 buah kapalterbang,serangan di Lahad Datu,drama kehilangan kapal tangki pembawa petrol di Laut Cina Selatan,dan TPPA.Perlantikan Malaysia sebagai 'badut' Amerika Syarikat adalah demi agenda geopolitik mereka untuk menguasai rantau ini dalam persaingan dengan China.Dasar Najib menghancurkan kedaulatan,ekonomi dan sistem pertahanan negara.Saya yakin Malaysia sekarang ini adalah rumah kepada CIA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar betul andaian awak 12:56 ni. Sampai boleh meletakkan harga hampir 700 juta USD kepada ketua negara kita.
      Geli dengar alasan Lahad Datu lah, MH 2 biji lah, kapal tangki lah, dsb. Awak ni penggubal dasar Obama kah?
      Anak saya di sekolah dan kawan2 dia pun ramai yang ketawakan menteri2 kita yang berdolak dalih berbagai alasan dan pulasan yang cuba dicorakkan pada pemikiran rakyat jalanan macam saya ni.
      Saya boleh agak awak pun cuba mencorakkan andaian yang karut dalam pemikiran orang ramai.
      Ha ha ha.

      Delete
  4. Salam TS Zam.
    "Maka itu kita menjemput bahaya yang besar kepada keselamatan negara kerana imej kita setaraf dengan negara-negara Arab yang menjadi alat kepada dasar Amerika."

    Sebab paling utama yang saya tak sokong Najib adalah kerana beliau kelihatan sangat rapat dengan Barat, terutamanya Amerika. Selepas termetrainya TPPA, jelas kita akan "menjadi anak emas baru US" dan secara tidak langsung, menjadi pesaing kepada BRICS.

    ReplyDelete
  5. Kita berharap Majlis Raja-Raja berbuat sesuatu untuk kali ke 2. Apa sudah berlaku sejak ingatan pertama dahulu ? Adakah ianya telah ditongsampahkan rejim PM Najib ?

    Raja-Raja wajib menyoal dan mempersoal PM Najib sewaktu pertemuan Majlis Raja-Raja yang akan datang. Adalah menjadi kewajipan Raja-Raja untuk memastikan bangsa dan negara tidak jadi kacau-bilau dek kedegilan melampau PM Najib ini. Daulat Tuanku !

    ReplyDelete
  6. Saya setuju, dana politik bukanlah isu besar. Banyak parti yang menerima dana politik. Tetapi yang menimbulkan persoalan ialah kenapa dana politik dimasukkan dalam akaun peribadi? Adakah SOP UMNO membenarkan dana politik disalurkan dalam akaun peribadi? Saya percaya yang menjadi kontroversi dalam kalangan rakyat yang fikir di luar kotak adalah adakah duit itu duit untuk UMNO?

    Pendirian saya tidak pernah berubah tentang derma RM2.6 bilion bahawa itu bukan untuk UMNO. Kalau UMNO mengaku (dengan tindakan mempertahankan cara Presiden terima dana) itu adalah sah di sisi SOP UMNO, kenapa tidak tercatat dalam akaun UMNO? Adakah kita boleh menerima penjelasan bahawa itu dana untuk UMNO tetapi UMNO tidak tahu hinggalah didedahkan oleh akhbar luar negara?

    Saya tidak pernah ambil pot dengan "penjelasan" Zahid Hamidi bahawa derma itu datang dari Arab. Saya setuju dengan kebimbangan Tan Sri sekiranya pemberi derma itu adalah proksi kepada kuasa besar yang mempunyai agenda tertentu. Malangnya bagi orang Melayu asal sahaja Arab semuanya baik.

    Kalau derma itu diberikan kepada pemimpin pembangkang misalnya, kesan bahanya tidak seperti pemimpin kerajaan yang membuat keputusan dalam hal-hal yang melibatkan masa depan negara. Apakah salah untuk saya berasa bimbang yang derma atau dana itu (yang disalurkan secara rahsia dalam akaun Presiden UMNO) mempunyai hasrat tertentu?

    Kalau orang nombor dua UMNO tidak tahu kewujudan derma itu, siapakah yang tahu selain Najib? Kalau semua pemimpin tertinggi parti tidak tahu, apakah maksudnya itu? Kalau saya jadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO saya rasa amat hina dan seolah-olah tertipu apabila perkembangan dalam parti (terima derma) tidak disampaikan oleh Presiden. Adakah Salleh Keruak, Rahman Dahlan atau Zahid Hamidi lebih tahu berbanding Timbalan Presiden?

    Semasa perhimpunan agung kali ini banyak perwakilan menyerang ketua nombor dua mereka. Saya tidak terkejut dan Muhyiddin juga pasti tidak terkejut kerana begitulah orang politik, dari dahan yang condong mereka melompat ke dahan yang teguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka ayat terakhir. Monyet memang bijak cari dahan yang difikirnya kelihatan teguh walhal dalamnya sedang membusuk. Apalagi kalau ada pula pisang digantung dekat dahan itu. Alahai monyet !

      Delete
    2. Jelas sekali pandangan Tuan....saya seiring dengan pandangan itu....tidak ada penjelasan lurus drpd PM, hanya dongeng......

      Delete
    3. Kisah derma politik hanya sandiwara untuk mengalih perhatian masyarakat, untuk membentuk persepsi bahawa penerima tidak bersalah. Apa yang pasti duit tersebut serta lain-lain dana yang diterima mempunyai hubung kait dengan urusniaga 1MBD dan SRC International serta lain-lain syarikat di dalam dan di luar yang digunakan sebagai perantara penyelewengan. Kini rakyat yang dipaksa membayar semula pinjaman yang dibuat oleh 1MDB menerusi cukai-cukai termasuk GST.

      Rakyat Malaysia terutamanya orang melayu sepatutnya menyedari bahawa kemelut yang melanda bangsa adalah disebabkan golongan feudal yang sejak sekian lama cuba bertindak menjadi pelindung kepada kaum tersebut sedangkan hakikatnya mereka hanya menggunakan orang melayu untuk berkuasa. Itulah kelemahan utuma orang melayu yang mudah percaya dengan penampilan luaran golongan feudal yang pandai berpura-pura.

      Delete
    4. Mungkin anda tak APA ITU politik, memasuk Wang dalam akuan pribadi perkara biasa di lakukan parti2 politik diMalaysia INI, malah perlembagaan umno benarkannya jika mendapat persetujuan majis tertinggi anda baca fasar 27 pelebangan umno ,lagi satu mahyuddin bukan seorang je ahli mt, ramai Lagi ahli mt jadi mojoriti bersetuju cuma sebilangan je tak bersetuju isu derma dimasuk me dalam akaun itu , ketika umno di haramkan dulu 'akaun pribadi Dan akaun syarikat selamatkan umno Dari dilumpurkan oleh undang2 ros itu ketika ITU 11ahli umno bawa isu penipuan undi tersebut ke mahkahmah , makahmah hanya haramkan je akaun amanah umno, mahkamah tak mengharamkan akaun akaun pribadi Dan akaun syarikat, baca undang2 ros ITU betul anda akan tahu fakta sebenar

      Delete
  7. Ref.Ku Seman_agak-agaknya dana ini memang dana politik bagi menhancurkan UMNO dari dalam.Kemungkinan terlalu lama BN memerintah Malaysia dah lebeh setengah abad siapa tahu.Mungkin satu perancangan oleh pihak tertentu?.

    ReplyDelete
  8. Duit sebanyak rm2.6 bilion dalam akaun peribadi najib ditemui oleh pasukan penyiasat yang menyelidik tentang 1mdb. Duit itu mempunyai jejak dari 1mdb. Penemuan itu disiar oleh akhbar wsj. Jelas di situ duit rm2.6 bilion bukan dana politik dan bukan dari sumber luar. Jadi istilah dana politik, derma dan dari negara luar adalah kekeliruan yang disengajakan. Rujuk semula wsj tentang duit rm2.6 bilion dan jejak duit itu di seluruh dunia hingga berakhir dalam akaun peribadi najib. Kalai wsj fitnah, samanlah. Mudah aja.

    ReplyDelete
  9. Salam Tan Sri.

    Dgn berkata RM2.6b adalah duit derma untuk Dana Politik lah yg seluruh rakyat Malaysia telah dipesongkan dari isu yg sebenarnya.

    Isu disini ..yg ribuan kali telah disebut/disoal oleh Tun M ialah ini duit negara yg disyaki telah 'DILENCONGKAN' melalui syarikat 1MDB atau SRC kedlm akaun Presiden.

    Ini yg berlarutan sekian lama...bila kerja2 audit dan siasatan PAC. BNM. SACC dan Polis telah dibantutkan oleh org berkenaan agar pekong sebenar tidak dibongkar dan menjadi dia seorg Ketua Negara yg terlibat dlm PENYELEWANGAN CBT.

    Disini...cerita derma Politik oleh Arab yg baik hati adalah rekaan umpama Hikayat 1001 mlm untuk mengalih pandangan ramai dari isu sebenarnya kerana takut dgn tuduhan CBT.

    Lupakah kita dgn "money trail' yg dibongkar oleh WSJ..dan bila PMO bertindak mengikut BNM serta pegawai nya kerana memberi maklumat sebenarnya.
    Lupakah kita bahawa buku akaun 1MDB tidak dpt ditutup dan 1MDB telah kerugian sbnyk RM42b serta ada berbilion duit yg lesap entah kemana spt 'ghaibnya' dia org Pengarah SRC?

    Tun M lagi tahu.. Ini bukan duit derma dan dia berkata/memperli lebih kurang .." Arab yg gila sahaja beri duit derma sebanyak itu".

    Berbohong apa sngat bila dah mencuri.

    Terima kasih.

    Jika sdra ZAM tidak post lontaran ini pun sy ok.

    ReplyDelete
  10. Memang party politik hidup dengan DERMA tapi duit RM2.67 billion itu, saya tak percaya Derma daripada Pak Arab atau Alladdin. Itu duit yang Najib pinjam daripada KWSP untuk dilaborkan ke dalam Petrosaudi tetapi duit itu hilang di tengah jalan! Petrosaudi kata tka terima, alih-alih dia mengalir masuk ke dalam akaunNajib!.

    ReplyDelete
  11. Mungkin TSZam tidak tahu.
    Runme Shaw, tuanpunya Shaw Brothers
    dapat Tan Sri disebabkan
    dana politiknya kepada Umno,
    bukan sumbangan filem-filemnya.

    ReplyDelete
  12. TS saya pernah menghadiri seminar SPRM (bpr) ketika itu mengatakan duit derma yg diterima oleh penjawat awam adalah rasuah kenapa org tak derma kpd buruh itu ikhlas tetapi kenapa nak dema kpd org berkuasa mesti ada udang sebalik batu duit itu haram
    Tun adalah pemimpin yg berjiwa besar dan berjasa kepada negara dulu org umno marah pembangkang kutuk Tun tetapi hari ini kerana kuasa dan duit org Umno sendiri kutuk Tun amat memalukan
    Menteri2 Sabah paling banyak kutuk Tun dia harus ingat mereka itu pun sebenarnya baru kenal umno cuma nak ampu najib itu saja

    ReplyDelete
  13. ZK

    Your Quote : (siap dengan typo error awak)

    Pendedahan RM2.6 Billion oleh Najib Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO Ini adlah suatu pendedahan yang sekaligus dianggap sebagai melibatkan penjualan maruah bangsa dan negara dan menjustifikaksikan kepada rakyat perbuatan rasuah secara terang terangan.

    Unquote :

    The scandal was in tight seal (2013-2014) without anyone knowing, not even No.2 not the MT, let alone the Cabinet! WSJ blew it all over his face and he denied initially at the start of 2015 with all his antics even roping Haron Din in!

    When the pandora box was opened wide, bugis let loose all his barking dogs with all loose-silly excuses!

    When all effort to make people buy their antics failed, they entered new ideas ie. from 1 Source to Penderma pederma or Mereka mereka...

    However, its a concerted effort for people to stay focus on 2.6 Billion so as 42 Million question not entered into the foray why? Because, any Arab-Unta would not donate a petty amount and giving through SRC, a company own fully by Ministry of Finance but ran by a GHOST now! So, how to give a FRESH excuse?

    OK, ayat tuh tak kena "...pendedahan oleh Najib..." tapi dia kantoi bigtime! Tuh yang orang dok kata penipu No. 1 Malaysia!

    Buat SUMPAH LAKHNAT pun tidak akan ada yang percaya but he can give it try. But one thing that is so sure dia kena SUMPAH SERANAH saban hari adalah di FB atau dimana saja, with or without his presence and, the chances of one two curses to stick probably is 99.999%!

    Bugis's face said it all how depressing he is and I have a living people-watching as in Kadir Jasin as prove!

    ReplyDelete
  14. Wujud kepincangan dalam sistem demokrasi di negara ini:
    Pertama dalam pemilihan jawatan PM. Pemilihan hanya dibuat oleh segelintir ahli sebuah parti politik dan bukannya oleh majoriti rakyat. Untuk menukar PM pun perlu dibuat oleh segelintir ahli tersebut. Jika rakyat hendak tukar PM perlu tunggu sehingga tempoh perkhidmatan beliau tamat dan dalam tempoh tersebut beliau boleh melakukan pelbagai tindakan untuk kekal berkuasa. Oleh itu sistem ini perlu diubah. Jawatan PM hendaklah dipilih secara terus oleh rakyat menerusi undian dan hadkan tempoh perkhidmatan beliau selama 3 penggal @ 15 tahun.
    Kedua tentang kuasa dan imuniti yang diperoleh dari jawatan PM. Beliau kini terlalu berkuasa dan terlalu banyak imuniti hinggakan mengatasi kuasa undang-undang. Kuasa dan imuniti ini hendaklah dihapuskan dan sekiranya beliau melalukan kesalahan hendaklah dituduh dibawah undang-undang sedia ada sebagaimana rakyat biasa.
    Ketiga berhubung jawatan-jawatan utama dalam kerajaan. Ramai pegawai kerajaan yang memegang satu-satu jawatan utama bagi tempoh yang lama (hingga lebih 10 tahun) kerana mendapat sokongan daripada PM. Ada yang telah pencen tetapi masih memegang jawatan tersebut secara kontrak yang dipersetujui oleh PM. Ini menyebabkan mereka terhutang budi dan tutup sebelah mata bila berlaku penyelewengan. Amalan ini perlu dihapuskan kerana bukan sahaja menyekat peluang orang lain malah menyekat percambahan idea dan inovasi.
    Keempat berhubung pemilihan Ketua Negara. Perlu ada had umur untuk menjadi ketua negara @ Agong. Tidak terlalu muda dan tidak terlalu berusia. Ketua negara perlulah mampu menjalankan tugasnya dalam pembangunan negara termasuk menasihati kerajaan bila melibatkan isu-isu rakyat dan bukan hanya sebagai simbol sahaja.
    Demokrasi di negara ini sepatutnya lebih hidup dan berubah mengikut acuan dan budaya bangsa bukannya mengikut kehendak segelintir manusia dalam parti politik tertentu.

    ReplyDelete
  15. Zam Cuba siasat APA saya cakap ini, walau pun saya tak bukti hanya dengar cakap ahli veteran umno Dari zaman berzaman Dari tun Ku hingga zaman najib termasuk tun mahathir, anwar Dan parti pembangkang itu semua penah terima Dana Dari luar, hanya orang tak penah mencuburi politik tak tahu perkara INI. Wang ITU sokong proxy mana negara menyokongnya, malah isreal dan amerika penah bising isu derma parti politik pun parti politik mereka terima Dana Dari luar negara ITU negara demokasi belanja pilihanraya bukan murah segala mahu Wang, lepas pilihanraya pun diperlukan Wang, juga sebab parti perlu Wang derma laksanakan program parti

    Satu nasihat saya kalau orang tak penah cuburi politik dia tak tahu perkara derma, kebanyakan orang tak tahu berpolitik berfikir Wang ITU datang Dari langit.

    Ada ahli veteran cakap pada saya INI ahli politik sebenar pengemis kaya minta sokong rakyat.
    minta duit pada negara luar terutama proxy Dan kroni dalam negara Dan luar negara.

    Saya Penah terdengar Tak tahu perkara benar atau tak ,tun m penah terima derma Dari luar negara Dan saya penah juga terdengar ada derma Dari negara Arab Dan Dari Libya ketika era gadafi lagi cuma perkara tak ebarkan

    ReplyDelete
  16. Saya tak percaya TS Zam tak tahu 2.6B tu datang dari mana. Tak ada nye Tok Arab ke Pak Arab ke nak bagi pada Najib. Duit tu duit KWAP. Duit asal 4B (bagi pada SRC tahun 2011) tapi masing2 (Jho Low dll) dah ambik bahagian. Cer tanya KWAP dah dapat balik ke duit 4B yang bagi pada SRC tahun 2011 dulu tu?

    ReplyDelete