Sunday, 29 November 2015

TIDAK LAGI HANYA PERJUANGAN RAKYAT

TAMPARAN SULTAN JOHOR KEPADA PIMPINAN KUCAR KACIR

Fendi Ahmad29 November 2015 at 17:11
Tiba-tiba Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah vape diharam terus sama ada dijual mahupun diguna di seluruh Johor.

Tuanku jelas menyindir Menteri Ismail Sabri Ya'akob yang menjadikan vape isu perkauman.

Saya "membaca" titah Sultan Johor ini sebagai satu tamparan nyata kepada kepimpinan PM Najib yang kucar kacir. Isu vape jelas menunjukkan Najib hilang kawalan kepada pak pak menterinya yang saling memberi komen / tindakan yang tidak ada koordinasi. Menteri Kesihatan kata lain, Ismail Sabri kata lain, Menteri Belia kata lain.

Baru isu vape dan asap pun sudah bercelaru, macam mana nak jaga bangsa dan agama ???
SINDIRAN SULTAN PERAK
Seluruh rakyat tentunya  dapat mengenali  pemimpin negara yang bersifat munafik pepat di luar,rencong di dalam yang dititahkan oleh Sultan Perak sempena Hari Keputeraan baginda .Sudah terang lagi bersuluh,nampak jelas satu demi satu wajah-wajah munafik ini  lelaki dan perempuan.

Antara lain,Sultan Nazrin bertitah" kejatuhan dua tamadun besar  iaitu Rome dan Parsi disebabkan kepimpinan negara yang lemah,para pembesarnya hidup mewah(termasuk isteri-isteri ?), raja-raja tenggelam dalam kenikmatan dan lupa tanggungjawab selain melakukan kezaliman,penindasan  serta kekejaman.

Tindakan itu menyebabkan kehidupan rakyat terumbang-ambing dan anggota tentera runtuh moral perjuangan serta luntur semangat kepahlawanan,titah baginda.

Ini telah pun berlaku secara rampant di negara kita apabila pegawai-pegawai tinggi kerajaan,Polis Diraja Malaysia ,SPRM dan Bank negara  di tukar dan ditakutkan  dengan sewenang-wenang  yang menyebabkan keruntuhan moral institusi berkuasa  yang  berprestig pada pandangan umum. Inilah tentera barisan depan negara  di zaman sekarang.

Titah Sultan ini membuktikan bahawa kesedaran  terhadap kejatuhan  moral dan semangat negara sekarang tidak terbatas kepada rakyat biasa sahaja tetapi juga telah sampai keperingkat raja-raja,tidak lagi hanya suara rakyat semata tetapi juga suara istana.

Awang Selamat yang memendam rasa juga melepaskan perasaan terpendamnya diatas titah baginda itu dengan berkata " Banyak ungkapan daripada titah itu penuh mendalam dan tajam,lebih -lebih lagi dalam konteks hariini yang wajar menjadi rujukan seluruh rakyat."

Awang  memberikan ucapan Dirgahayu  kepada Sultan Perak.

Sebagai suatu sindiran  kepada kecemaran kepimpinan negara,Sultan Perak menganugerahkan darjah kebesaran  negeri kepada Allahyarham Dr.Burhanuddin Helmi dan Aminuddin Baki dua tokoh nasionalis yang diketahui mencerminkan kemurnian keperibadian tinggi  dalam perjuangan.

Bagi saya dalam menghadapi  keruncingan krisis penyelewengan  kepimpinan negara sekarang, maka sangat tepat masanya baginda ingatkan rakyat  tentang kualiti pemimpin terdahulu  dibandingkan dengan sekarang.

32 comments:

  1. Ia bukan ditujukan kepada saya !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ditujukan kepada MENTERI KELABU ASAP, Ismail Sabri tu le...bukan awak.

      Delete
    2. Saya setuju sangat UMNO tafsiran baru. mengikut apa yang telah di tafsirkan maka segala lantikkan mestilah sebulu dan sealiran dengannya . Sekiranya pahlawan yang menentang arus maka akan diberi surat tunjuk sebab tanpa bicara dan akan berakhirlah riwayat politiknya.

      Delete
  2. Tiba-tiba Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah vape diharam terus sama ada dijual mahupun diguna di seluruh Johor.

    Tuanku jelas menyindir Menteri Ismail Sabri Ya'akob yang menjadikan vape isu perkauman.

    Saya "membaca" titah Sultan Johor ini sebagai satu tamparan nyata kepada kepimpinan PM Najib yang kucar kacir. Isu vape jelas menunjukkan Najib hilang kawalan kepada pak pak menterinya yang saling memberi komen / tindakan yang tidak ada koordinasi. Menteri Kesihatan kata lain, Ismail Sabri kata lain, Menteri Belia kata lain.

    Baru isu vape dan asap pun sudah bercelaru, macam mana nak jaga bangsa dan agama ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kabinet sekarang sesungguhnya KABINET KELABU ASAP.

      Delete
  3. Benar Dato, munafiq menjadi pemimpin. Tapi melayu sudah biasa toleransi dengan pemimpin yang begini. Sekampit beras, gula, kopi, susu dan wang Rm50 sudah bolih membeli undi mereka.....mereka sudah hilang malu menjual maruah dengan murah.

    Yan S

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib bluffed Umno by saying that the amount 2.6 billion naming him was not for his personal gains. He indicated that it was for political purpose.

      When he withdrew out he did not transfer the amount into Umno's bank account. His manner is mostly bluff. Moreover, he has been bluffing through his nose and further more he tries to hide and conceal his bluff. This is hypocrite, liar or MUNAFIQ.

      "The signs of the hypocrite are three: when he speaks he lies, when he promises he breaks his promise and when he is entrusted he betrays the trust." (Bukhari and Muslim)

      Delete
  4. Saya sangat setuju dengan pendapat TS Zam dan juga Saudara Fendi Ahmad.

    "....pegawai-pegawai tinggi kerajaan,Polis Diraja Malaysia ,SPRM dan Bank negara di tukar dan ditakutkan dengan sewenang-wenang yang menyebabkan keruntuhan moral institusi berkuasa yang berprestig pada pandangan umum. Inilah tentera barisan depan negara di zaman sekarang."

    Inilah juga impian pembangkang, terutamanya DAP, supaya "tentera barisan depan" ini tercemar integriti dan diperlekehkan. Emej mahkamah nampak tidak berwibawa dan keputusan jatuh-hukum dipertikaikan.

    Inilah akibatnya apabila PM lebih rela memilih para Hulubalang & Menteri yang kurang bijak tetapi setia membuta-tuli. Sejak awal menjadi PM lagi, Najib telah menampakkan ketonggongan apabila mengubah bentuk duit syiling yang tidak sama saiz dengan yang sedia ada. Penggunaan mesin vending/tiket jadi kelam-kabut pada awal penggunaannya. Sehingga hari ini kita terpaksa asingkan yang lama dan baru apabila mahu tukar di bank-bank. Tanpa disedari Rakyat, identiti Melayu (congkak, gasing, wau bulan) terhapus dari duit syiling baru dan digantikan dengan corak liberal yang mungkin berciri 1Malaysia. Nampak macam 'bintang lima' pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sahabat.

      Adakah "signal-signal" yang diberikan Raja-Raja Melayu seolah dipandang sepi PM Najib ???

      Muak mendengar para menteri pembela Najib yang cuba kelihatan bijak berhujah mempertahankan "maharaja" Najib tetapi cukup dangkal hujahnya sehingga lagi memperlihat kebodohan Kabinet huru-hara itu.

      Delete
    2. Najib buat seribu macam masalah kau masih nak salahkan DAP, salahkan Anwar dan salahkan melayu tak menyokong umno. Kau ni jenis melayu umno yang tak pernah salahkan diri sendiri. Melayu macam kau harus dudok dalam hutan saja. Bangang macam PM kau!

      Delete
    3. Anon Bangang 10:21
      Kau baca balik baik-baik apa yang aku tulis.

      Kalau UMNO baik, tidak rasuah, tidak dipenuhi dengan pemimpin yang tamak dan hanya mementingkan diri sendiri, menunjuk-nunjuk kemewahan dan bercakap serperti orang bodoh, saya pasti orang Melayu tidak akan menyokong Party yang ditubuhkan untuk menyelamatkan seorang kaki-main-pungkok.
      Jika pemimpin UMNO ikhlas berkhidmat untuk Rakyat dan tidak tamak membolot hampir segala project dan kontrak yang ditawarkan kerajaan, saya pasti Rakyat tidak akan menyokong Party yang mengamalkan Nepotisma tahap kronik seperti PKR dan DAP. Jawatan tertinggi tidak ditandingi dan sendiri lantik. H@#$%^#(&*h

      Jika Najib masih PM atau kebanyakan kabinet dapur tidak buang sebelum PRU 14, saya akan undi PAS.

      Delete
    4. �������� RD ��������

      Delete
    5. Singapura kekal dalam Piala Malaysia!6 December 2015 at 04:29

      by the way Fandi Ahmad, pastikan Singapura kekal dalam liga bolasepak malaysia. Singapura itu sebahagian dari Tanah Melayu.
      Alasan Annuar Musa, kelantan tak mampu pergi singapura tak boleh jadikan sebab menolak Singapura.
      Lagipun Singapura menang Piala Malaysia dengan semuanya budak budak melayu muda sahaja tanpa pemain impot!
      FAM jangan bunuh anak muda melayu Singapura. FAM patut belajar macam mana Fandi Ahmad boleh bawa anak melayu muda mengalahkan pemain pemain impot.
      Kelantan jangan dengki dengan dengan anak melayu macam cerita Singapura di langgar todak.. sorry kalau salah Fandi Ahmad hehe...

      Delete
  5. Yang ramai di kedai mamak hisap vape adalah anak-anak Melayu,baunya megangguorang lain.Seolah -olah tiada kesalahan seperti rokok. Tanda orang Mewlayu sedang merayakan kebebasan membunuh diri yang diizinkan oleh pemerintahan Najib demi untuk kepentingan politik.Apakah ini akan mempastikan undi pada BN?
    Tahniah kepada Sultan Johor,pursue dengan langkah ini dan jangan bertolak ansur. Orang Melayu yang jadi mangsa atas ketamakan hanya dua tiga orang Melayu dan kepentingan Najib untuk kekal berkuasa dengan pecacainya menjual alasan kepentingan ekonomi Melayu.
    Haramkan atau sediakan kawasan khas untuk penghisap dadah baru ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jagalah anak2 sendiri!!! Jgn sampai anak hisap vape pungomen nak kena kawai! Habih yg bapak tak ada otak hisap rokok kadi anak ikut la. Bangang betui....ni pun nak salah gomen😇

      Delete
  6. Vape becomes popular right now because cigarettes now are super expensive. Smoking increasingly becomes expensive habit a few could afford. For the past year, cigarette prices are becoming more and more absurd as if the government are short of money and trying to cash in on smokers. I think the government should look themselves in the mirror. They're the one whose responsible for making making cigarettes seriously unaffordable thus making vape popular.
    Both habits actually are bad but the hazards of cigarette smoking at least are well-known, well-documented and well-researched as compared to vape. Vape is a new phenomenon which requires an in-depth study by KKM since its increasing in popularity and unhindered indulgences among the youths are quite worrying.

    ReplyDelete
  7. What is "Government" and who is the Government ? Raja-Raja Melayu is established by Article 38 by the constitution and Raja-Raja Melayu is part of the Government.

    We have been assuming that whoever got the majority seats collectively in the parliament is the Government but it is not by constitutional definition.

    Actually, this collective-majority seats is the administrators of the Government, as a custodian to administrate and to govern on behalf of the Government.

    Therefore who is the Government? The Government is the FEDERATION as stipulated. Raja-Raja Melayu is the living soles of the Federation/Government. While the power to govern is the administrators of the Administration.

    On the basis of this constitutional justification, Sultan Nazrin underlines that the Prime Minister, his premiership has gone beyond the function and power constitutionally vested onto him to administrate by the constitution of Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Telahan YAM Sultan Perak adalah berdasarkan sejarah tamadun manusia .. diambilnya Rome dan Parsi sebagai sumber rujukan sesebuah empayar besar yang akhirnya lebur adalah tepat sekali. Jadi terpulanglah PM dan gerombolannya memikirkannya .. tapi jangan pikir terlalu lama.

    Dua kali saya bertembung dengan Sultan Perak ini digedung buku terbesar negara di KLCC .. saya kagum, hampir sebakul buku diborongnya .. sempat saya menghulurkan tangan bersalam dengannya .. malah baginda sempat bertanya "apa khabar". Tuanku teruskan lah membaca dan sebarkan ilmu yang diperolehi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya awal tahun ini pernah bertembung dengan Sultan Nazrin di kedai buku yang dimaksudkan juga.

      Saya beranikan diri menegur Baginda dan kami berborak sambil berdiri dan topiknya ialah pasal buku. Memang terserlah kebijakan dan cintanya kepada ilmu pengetahuan.

      Paling menarik perhatian saya ialah Sultan Nazrin masuk ke kedai tersebut tanpa diiring sesiapa, keseorangan dan bergerak pantas dengan memegang kertas kecil ada senarai buku yang ingin dicarinya.

      Saya tanya Baginda kenapa Tuanku seorang, dia jawab 'lebih mudah, cepat dan orang tak perasan, jadi tak susahkan sesiapa' ... INi satu jawapan yang cukup terpuji.

      Saya teringat pula pendedahahan Datuk Abdul Hamid Bador, bekas orang nombor dua Cawangan Khas yang mengatakan ada isteri pemimpin besar negara yang menyusahkan anggota polis kerana terpaksa 'kerja menunggu dan mengawal' di luar kedai kerana wanita itu 'bershopping.'

      Delete
    2. panglimo potaseh1 December 2015 at 18:13

      Saya setuju, baginda bergerak pantas dengan kertas kecil .. berpakaian kemas .. bebas pengiring .. sambil bersalam sempat bertanya khabar dan fokus kearah kita .. mungkin begitulah jika dah banyak membaca berbagai buku .. jiwa semakin lapang ..

      Delete
  9. Salam TS Zam.

    Satu lagi kebangangan yang saya kerap dengar di TV1 dan TV3: Pegacara kerap menyebut 'Bangsa Johor'. Bukannya saya anti-Johor, tapi saya anti-perpecahan dan anti-bodoh. Setakat sebut anak-Johor, anak-Kedah atau anak-Kelantan, Rakyat Johor, kira ok juga, kerana kita lahir di situ.

    Di Amerika pun mereka tidak sebut Bangsa Texas/Utah/California, Bangsa Virginia.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul sejak bila ada bangsa johor??? Knp Tan Sri tak komen apa pun??? Adakah sbb dia hentam Najib , tuan support Sultan!

      Delete
    2. Komen saya, kiranya masih ada Tun Mahathir ditampuk pemerintahan ,pekara ini tidak mungkin berlaku, Semua ini terjadi kerana Datuk Seri Najib tidak lag PM yang dihormati

      Delete
  10. Salam Tan Sri Zam dan sdra RD.

    Nmpak jelas...2 org Sultan rasa meluat dgn Pahlawan Bugis Celup ini termasuk menteri2 kabinet dia.

    Dulu Menteri Pelancungan buat hal....dah kena 'sound' jadi bisu.

    Lepas ini Menteri mana pula dan Sultan mana pula yg akan bersuara...Majlis Raja2" dah pun bersuara pasal 1MDB sebelum ini...tetapi nmpk mcm Pahlawan Celup ini buat2 bodoh saja.

    Tak lama lah kot....

    Terima kasih

    ReplyDelete
  11. Al-Tuanku pun kaya-raya juga. Agaknya siapa yang bagi kelulusan projek tu...

    ReplyDelete
  12. Based on some comments above, I am astonished or rather surprised with the down to earth approach of the Sultan of Perak who could shop without any tight escorts and bodyguards, apart from having conversations with people around. The fact of having "Royal Blood" does not alter this Sultan's way of life outside the Palace. On the same note, I am not troubled if the VVIP has heavy security for his/her safety. But I am rather disgusted when they parade their wealth and show off their belongings as though God gave it to them or they have some exotic blood in them.

    They have certainly mastered the concept of enjoy while you live. Forget that when you are dead, you become nothing. Just enjoy as long as you live ! That does not sound bangang, right ..... ?

    ReplyDelete
  13. Sejak bila Sultan Johor berminat dgn vape pulak. Ttp bab ugama, cth kalimah Allah, jual pasir ke Singapura, Pantai Lido dijual kpd developer China, dll yg semua org tahu, knp tak dengar sebarang komen dpd istana Johor???? Isu kalimah Allah knp biar Sultan Selangor keseorangan? Mana sultan2 yg lain - kononnya Ketua Agama??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda yg hang sebut tu ada ke menganggu kesihatan dan kesejahteraan orang ramai ? Kalau nak diikutkan, rokok pon patut diharamkan sbb soal kesihatan. Tapi dari segi undang2 tak boleh sbb kerajaan dah benarkan penjualan terkawal. Pasal tu kena lepas. Tapi vape pulak tidak terkawal. Menteri BN pon dok bertelagah sama mereka pasal kelabu asap !

      Satu lagi yg hang kena paham ialah bila seorang Sultan / Raja dah buat kenyataan, tak perlu yg lain buat komen masing2. Itu sebabnya ada Majlis Raja2 untuk benda yg semua sepakat dan setuju. Contoh pasal 1mdb. Ada faham ka ??

      Delete
    2. panglimo potaseh3 December 2015 at 16:49

      Aku lihat vape ni satu biznis yg diterokai oleh melayu .. pasarannya sangat besar dan boleh bunuh biznis rokok yg di kuasai oleh bukan melayu. Lepas ni kita akan lalui lagi banyak perkara pelik tentang rokok dan vape ... yang dah tentu selamat ialah minuman keras, judi, pelacuran, jual pasir, jual tanah rezab melayu, membalak dirizab hutan, lombong boksit, cameron highland, belum lagi masuk kes rasuah, pecah amanah, yapiem, mara, one itu one ini dan entaj apa-apa lagi.

      Delete
  14. Kebodohan itu tidak ada hadnya.Jangan biarkan mereka bermaharajalela.Sejak merdeka inilah tahap paling teruk pernah kita alami,bila PM melaksanakan dasar transfomasi 'BANGANG'nya.Majlis Raja-Raja Melayu wajib hentikan kebodohan ini.Teguran sebelum ini adalah tidak cukup,jika dibandingkan dengan tahap kerosakkan yang mereka bawa kepada rakyat dan negara.Ini bukan lagi soal tidak mahu mencampuri hal politik,ini adalah soal kegagalan politik itu sendiri dalam mengurus tadbir negara berdaulat ini.Dalam situasi sekarang ini,rakyat ingin melihat buat julung kalinya Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung bertindak menyelamatkan rakyat jelata dan negara dari dasar 'bangang' ini.Daulat Tuanku!!!

    ReplyDelete
  15. KBDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pun suka beli buku sorang- sorang- dia. X pornah den nampak sorang- pun menteri boli buku. Habib Jewels adolah.

    ReplyDelete