Monday, 16 November 2015

TAN SRI MUHYIDDIN TAK AKAN DISEKAT HADHIR KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO



NO WAY OF UNSEATING NAJIB. NO WAY!

KOMEN: Mafeeah17 November 2015 at 15:01 : The way I see it, there will not be any major upset or problems  occurring with the Presidency and Premiership of DS Najib. Regardless of whether TSMY attends or not, Najib will still hold on to his positions and there is NO WAY of unseating him. Yes, read the ones in Caps; NO WAY !
Based on the recent voting trend in the suspension of LKS and the Budget yesterday, any fool can see what is happening. When you ask an influential Umno man why Umno wouldn't want to vote Najib out, the answer was pretty simple and straightforward. Why should Umno dispose Najib when fellow BN component parties still support Najib wholeheartedly ? Therefore, Umno will stand by Najib, continue to support him and will ensure Najib remains where he is.


If you don't believe me just go and ask every Umno division delegates this question. So in conclusion, I will tell you that Najib will remain where he is and TSMY's attendance in this Assembly will have ZERO impact on Najib's position. In fact Najib will remain until the next GE14.
Sounds not like me, BUT sometimes we got to face the Reality when it comes to Umno. AND Reality Does Hurt .





Mantan Timbalan  Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan kunjungan lebih dari satu jam  ke ZAM NEWSROOM CAFE  di Ayer@8Putrajaya semalam( 16 November 2015).

Beliau tertarik hati dengan cafe ini yang berlatarbelakangkan gambar Jabatan Pengarang Utusan Melayu yang kecil sempit diawal tahun 60 an dan disampingnya tergantung fewter sebuah sajak Tun Dr.Mahathir dan berbagai buku dan gambar bersejarah dari sejak era Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman sebagai hiasan utamanya.

Saya membawanya masuk kebilek kerja saya yang sempit yang juga dihiasai dengan buku dan gambar -gambar bersejarah mengenai pengalaman hidup saya termasuk gambar penyampaian kurniaan "Wartawan Negara" kepada saya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Tan Sri Muhyiddin kelihatan lebih segak dan segar kerana berat badannya susut , nampak ceria seperti seorang yang tidak bermasaalah.

Dari perbincangan terbuka dengannya ,beliau mempunyai keyakinan bahawa Perhimpunan Agung UMNO pada bulan hadapan akan berjalan mengikut  tradisi dan lunas lunas demokrasi yang telah berakar umbi dalam UMNO sebagai sebuah parti yang telah sekian lama  menghormati hasrat dan inspirasi rakyat dan Raja-Raja Melayu.

Pada pentafsiran saya ini berarti Muhyiddin tidak akan disekat atau ditahan dari berucap di Perhimpunan Agung UMNO itu kerana beliau adalah masih Timbalan Presiden UMNO yang sah.

Sebagai wartawan yang mengenali Tan Sri Muhyiddin sejak beliau menjadi Menteri Besar Johor dan tidak rapat dengannya semasa menjadi menteri .saya mengamati sikap aristokratik dan birokratiknya sebagai orang Johor tidak berubah dan beliau tidak karismatik,sukar mesra dengan sesiapapun  tetapi disamping itu ada kualiti sebagai no nonsense leader, keugamaan yang tinggi, sikap tegas dan tidak akan bertindak diatas fitnah,hasutan, prejudis atau asas yang lemah.

Saya memberitahunya bahawa beliau tidak terpileh sebagai Perdana Menteri kerana Tun Mahathir cepat terpengaruh dengan personaliti dan karismatik sesaorang.Itulah  kelemahannya dan maka itu dia telah memileh Anwar Ibrahim dan Najib Tun Abdul Razak.

Pemilihan Datuk Abdullah Badawi kerana dia telah underestimated cita-cita besarnya dan kerana keugamaannya.

Saya masih ingat apabila Abdullah Badawi dipilih sebagai Perdana Menteri,Muhyiddin berkata kepada saya" Saya setakat ini sahajalah,Zam" berbanding dengan Najib yang mengatakan kepada saya " Saya dapat undi lebih dalam UMNO" bila saya katakan padanya"biarlah Pak Lah jadi Perdana Menteri dahulu",

Sebelum dia meninggalkan cafe saya,saya membawanya ke bilek sempit saya dan menghadiahkan buku saya terkini " Mahathir Bukan Kawan Saya"







15 comments:

  1. "Saya memberitahunya bahawa beliau tidak terpileh sebagai Perdana Menteri kerana Tun Mahathir cepat terpengaruh dengan personaliti dan karismatik sesaorang.Itulah kelemahannya dan maka itu dia telah memileh Anwar Ibrahim dan Najib Tun Abdul Razak."

    Please don't count out TS Muhyiddin just yet TS Zam. He is still Umno No. 2. Please don't count your proverbial chicken before they get hatched. Anything can happen in politics.

    ReplyDelete
  2. I am not discouted TS Muhyiddin but I am talking about the past. Now everybody including Mahathir and some opposiion see him as the most potential to be PM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik la......Tuan Zam. Insha Allah, kalu ke Putrajaya nak jugak singgah di Cafe Tuan.

      Delete
    2. Najib lembab membuat perbandingan antara caca dan permata:

      There is a saying, befriend to the one who regards himself as your enemy. Be friendly to your enemy and politically explore it to your benefit. If Najib had applied his leadership values through cultural practice of diplomacy in comradeship and articulation, he won't be engulfed by this unprecedented mass.

      Najib should have personally look more insight of Muhyiddin's and act wisely with moral-rational values for his political judgment.

      It was reported that seven or more Umno members will be investigated under the created penal code of the president and the presidential men.

      The charge will be about their "disloyalty" to Umno in relation to "1MDB's scandal". In addition to that, their assumption of advisory words contrary to the president.

      Many believe the verdict is already minded. They are all assumed guilty of betraying the presidential Umno. In other words, they were first guilty until proven Innocent underlying by their meaning of "loyalty", the so-called derived from their collective and suspicious definition.

      Many wonder what would the Disciplinary Action Committee in obligation to do? Many also doubt the committee will act in a positive mannerism.

      However, if Muhyiddin is permitted to show cause before the committee, would the committee conducts the hearing without prejudices? Many doubt it too.

      Would the committee engaged into observing the ethical meaning of loyalty or disloyalty based on the victim past demonstration and commitment. Many doubts it. It be no surprise to many if yet it reaches the committee.

      Let's look into some of Muhyiddin's track records. The following events should be consciously mapped on record with regard to Muhyuddin's loyalty to his party by leadership.

      Najib was seemed stronger by virtue of him being number one among the three Vice Presidents of Umno then. He collected the highest number of votes. A potential marked for a deputy Prime Minister.

      However, the sentiment for Muhyiddin's durability as deputy was overwhelming.

      At that time Muhyiddin's political machineries were at its highest ability, subtly organized, connected and was ready for his disposal. He was a pragmatic and a signature chief, across the board the delegates were with him.

      Pak Lah had full consideration for Muhyiddin. Muhyiddin was a tested, abled matured and "dare to fail" leader.

      On record, he was abled to unite Umno Johor from the dismaying political episode. In spite of that, Johor economic growth was second to Selangor. He was a marked for Pak Lah's deputyship. Apparently, Tun's compelling self deputation for Najib overpowered Pak Lah's discretion.

      Regrettably, at one particular juncture, prior to Pak Lah's appointment as the Prime Minister, Muhyiddin signed up for his political blank check which spelt him out as a non ambitious politician. He abided by Pak Lah's, (the coming Prime Minister) prerogative whoever his deputy were. Further, he pledged not to contest for Umno deputy presidentship. His vow of loyalty holds and remains to this day.

      The reason was simply then, to maintain political stability and harmony in Umno. Power struggles in Umno had let Umno to disunite as shown in the past. Umno can't effort to go against each other through the craziness of power struggle.

      Muhyiddin dropped off his political gut and instincts to do that. What it meant, he offered his priceless and undivided loyalty to his party, Umno first.

      Integrity, honesty, rational values and morality are pivotal characteristics of good governance by leadership. The combination of all these is loyalty with integrity.

      Hope Najib and the First Lady have acquired those characteristics for the betterment of this beloved nation.

      Delete
  3. Machinery Tan Sri Muhyiddin nampak lemah dan tak teratur. Tak nampak traction lagi. Sekarang dah berapa bulan sejak dipecat.

    Bukan nak puji Anwar. Tapi tengok bagaimana dia gerakkan jentera dia lepas kena pecat.Of course, mamak kecil tak boleh lawan MAMAK BESAR. Siapa boleh lawan Tun M. Kalau Anwar lawan pahlawan bugis, anytime boleh menang.

    Dah tentu duit main peranan. Tapi karisma pemimpin lebih penting. Rakyat/Manusia fitrahnya lebih kepada superficial quality. Pengisian tak penting. Sebab tu Tan Sri Muhyiddin kena play to the gallery. Tapi sekarang momentum dah kurang. Orang dah lupa. Majlis penasihat yang diketuai Tan Sri Aziz pun nampak syok sendiri aja. Lepas PRU14, mungkin jadi catatan dalam sejarah aja lah.

    ReplyDelete
  4. Salam Tan Sri,.....TS Muhyiddin berada dalam situasi sangat bertuah sebenarnya,kerana tidak terpilih sebagai pembawa kerosakkan kepada negara.Dua PM selepas Mahathir membuktikan bukan senang untuk memikul amanah besar memimpin negara,apatah lagi 'standard' yang ditinggal oleh Tun M yang cuba dinafikan oleh 2 PM yang kononnya lebih bijak dan benar.Hasilnya adalah kita undur ke belakang.Apa yang TS Muhyiddin boleh lakukan adalah jangan cuba jadi 'John Wayne' sekiranya dipilih menjadi PM.Mahathir sendiri adalah seorang yang 'low profile' sebelum menjadi PM.Ikut lah contoh Gandhi yang membebaskan India dan tidak menjadi PM,sebalik Nehru yang jadi,atau ikutlah Mandela yang cuma memimpin negaranya sekejap sahaja setelah berjaya dalam satu perjuangan yang panjang.Ada perjuangan yang besar perlu digalas oleh TS Muhyiddin. Pemikiran Tun M yang berjaya membangunkan Malaysia adalah sebenarnya harta intelek negara.Apabila dibuang harta intelek ini,maka rosak binasalah jadinya.

    ReplyDelete
  5. The way I see it, there will not be any major upset or problems occurring with the Presidency and Premiership of DS Najib. Regardless of whether TSMY attends or not, Najib will still hold on to his positions and there is NO WAY of unseating him. Yes, read the ones in Caps; NO WAY !

    Based on the recent voting trend in the suspension of LKS and the Budget yesterday, any fool can see what is happening. When you ask an influential Umno man why Umno wouldn't want to vote Najib out, the answer was pretty simple and straightforward. Why should Umno dispose Najib when fellow BN component parties still support Najib wholeheartedly ? Therefore, Umno will stand by Najib, continue to support him and will ensure Najib remains where he is.

    If you don't believe me just go and ask every Umno division delegates this question. So in conclusion, I will tell you that Najib will remain where he is and TSMY's attendance in this Assembly will have ZERO impact on Najib's position. In fact Najib will remain until the next GE14.

    Sounds not like me, BUT sometimes we got to face the Reality when it comes to Umno. AND Reality Does Hurt !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agreed...najib will remain in office till next GE. And so will umno and bn...up till the next GE. After that, we shall have a new non umno led govt. I just came back from kampong after deepavali break. Even my kampong folks who have been with umno all these years openly condemning the party. No amount of BR1M can sooth their anger over 1MDB and GST issues. They may not understand the 1MDB issue fully, but their "understanding" is even more harmful to umno, i.e....dia orang sapu billion billion tuu...kita dapat BR1M sekerap ja, betul laa macam nik aziz cakap. On the GST, the "understanding" is....lepas gst semua mahal. And my kampong is within Gerik seat, a truly umno area since merdeka. And now we have Yapeim issue, and it will hurt the kampong folks even more. Umno sudah di penghujung jalan, not only with urban folks, but also with rural folks. Those who still balik kampongo go can sense this already.

      Delete
  6. Tan Sri ZAM
    Agreed that Najib will remain as PM until this term ends. After that Najib will have to look for a new job Insyaallah. Many UMNO division leaders too will have to line up at the Labour Office in order to register for job opportunities. Then again they may not ! The painfully shy Arab donor's money will certainly comes in handy if ever it comes to that.

    ReplyDelete
  7. Perdana Menteri, Najib bin Razak membuat keputusan tepat memecat Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan. Yang paling tepat ialah memecat sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana Muhyiddin tidak mengangguk terhadap perkara-perkara yang menimbulkan keraguan. Beliau bertanya tanpa mengetahui bahawa dalam budaya UMNO bertanya itu bermaksud menentang.

    Najib bin Razak memerlukan Timbalan Perdana Menteri yang memperlihatkan kosmetik (TS Zam kata karismatik) sebagai sebagai laksamana Hang Tuah yang berbuat apa sahaja memenuhi kehendak Sultan Melaka. Maka Zahid bin Hamidi calon yang sangat tepat.

    Muhyiddin kena belajar daripada Zahid bin Hamidi, untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri, bunyinya mesti menggegarkan walaupun tidak ada peluru. Misalnya peluru pertama Zahid mengenai seorang tua yang menjadi dalang "menggulingkan" kerajaan tetapi sampai hari ini orang tua itu tidak muncul dan tidak dinamakan.

    Tetapi Zahid kena ingat juga, dia hanya dipilih oleh seorang untuk menjadi orang nombor dua kerajaan yang sepatutnya diisi oleh orang nombor dua parti yang dipilih secara demokratik. Muhyiddin Yassin masih orang nombor dua yang dipilih oleh rakyat dalam pemilihan agung UMNO.

    Bagaimanapun hayat Muhyiddin dalam UMNO pasti tidak akan lama. Jawatan Timbalan Presiden UMNO juga tidak akan lama kerana adalah mustahil Presiden akan membiarkan Muhyiddin menjadi orang nombor dua parti yang dipecat dari orang nombor dua kerajaan. Sepatutnya Muhyiddin dikenakan tindakan tata tertib supaya keahlian dan jawatannya digantung dan tidak dapat menghadiri Perhimpunan Agung UMNO Disember ini dan merasmikan sesi sayap parti.

    Saya menjangka Muhyiddin tidak akan diberi laluan merasmikan mesyuarat sayap parti seperti kebiasaannya dilakukan oleh Timbalan Presiden yang juga Timbalan Perdana Menteri. Lagi pun kini orang UMNO telah menjauhkan diri daripada Muhyiddin kecuali sejumlah kecil yang menghargai integriti beliau semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

    Bagaimanapun watak Muhyiddin dalam drama UMNO sangat penting kerana beliau yang membuktikan derma RM2.6 bilion bukan milik UMNO. Beliau orang nombor dua UMNO pun tidak tahu tentang kewujudan derma itu. Maka orang lain yang berada pada kedudukan di bawah Muhyiddin tidak usah tunjuk serba tahu mengenai derma itu kononnya milik UMNO.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tuan tapi hari tu TPM Datuk Zahid Hamidi ada beritahu dia sudah pun berjumpa penderma 2.6 bilion tersebut. Kalau TS Muhyiddin yang paling dekat dengan PM pun tak tahu pasal derma tersebut masakan Datuk Zahid yang duduk di bawah beliau tahu?

      Delete
    2. Dalam soal ini adakah kemungkinan Najib bin Razak sudah lama "membuang" Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan secara tidak rasmi sudah lama melantik Zahid bin Hamidi sebagai timbalannya?

      Dalam bahasa mudah, Zahid lebih selari dengan Najib sebab itu dia lebih tahu berbanding Muhyiddin walaupun rankingnya di bawah Muhyiddin ketika itu. Bagi saya pendekatan Zahid lebih banyak menakutkan rakyat misalnya tentang guling kerajaan padahal itu tidak mungkin berlaku.

      Kalau pembangkang menang sekalipun, itu bukan guling kerajaan. Definisi kerajaan bukan sahaja BN. Kecualilan berlaku seperti di Mesir di mana tentera mengambilalih kuasa. Tetapi di negara kita selagi ada Yang Dipertuan Agong tidak ada berlaku apa yang dijaja sebagai mengguling kerajaan.

      Apabila Zahid kata dia telah berjumpa dengan penderma yang sangat pemurah itu, saya tidak terkejut kenapa Muhyiddin tidak dapat berjumpa. Ini kerana bagi Muhyiddin sepatutnya derma itu tidak dimasukkan dalam akaun peribadi kecuali untuk tujuan peribadi.

      Delete
    3. Seumpama Najib dan Zahid dah berganding bahu berazam berhijrah ke gerbang neraka .... auzubillah min dzalik

      Delete
  8. Salam...sebagai anak jati Johor (Muar, Sungai Mati) mengenali Allahyarham bapa TSMMY. Sebagai MANTAN guru,pensyarah,pemimpin kesatuan guru saya mewakili bekas warga dan warga KPM mengucapkan syabas dan selamat berjuang terus dan sihat walafiat kepada TSMMY.Semasa TSMMY menjadi TPM merangkap Menteri Pendidikan banyak perubahan di KPM khususnya kebajikan dan peluang kenaikan pangkat telah terserlah. Walaupun ketika TSMMY berada di KPM saya telah bersara pilihan kerana ketika itu berkhidmat di luar negara)saya gembira kerana banyak perjuangan kesatuan guru masa lalu telah direalisasikan semasa TSMMY menjadi Menteri Pendidikan. Namun beberpa bulan sebelum TSMMY disingkirkan daripada jawatan TPM dan M.Pendidikan saya telah mengirimkan naskah buku motivasi,informasi,biografi "Travelog Guru: Seribu Warna Seribu Makna" kepada pegawai khasnya untuk diberi penghormatan untuk kata pengantarnya. Saya menyahut seruan TSMMY agar para pesara guru dapat jua memberi sumbangan kepada warga KPM dalam apa jua bentuk termasuk penulisan buku pengalaman. Namun hajat saya tidak kesampaian. Saya pasrah dan reda.

    ReplyDelete
  9. Najib is going to hold his balls tightly and firmly. As someone remarks, " if you are in power you better be powerful if not you are a bloody-full." Najib has unlimited power at his disposal, to discharge whom he wishes. He is doing just that, be powerful!

    So far Najib has shown his compelling shamanic of realpolitik. He has been at work to the fullest. To let it be acknowledged that he is still in power within the term stipulated as the elected Prime Minister. To step down ,I am not, despite prior attempts to foot him down.

    His stance received tremendous applauded by his political associates with mindfulness thoughts, he is doing the right thing politically. In their minds they recorded Najib's declaration that, "cash is king".

    In turn, his blinded band of political subservients are tipping Najib to come up with a decision to dismiss the ousted Ministers from their party elected seats. An effort to further nail them to the cross politically.

    The Prime Minister who make himself to be, is a very powerful executive. When he says done, it is done. He is conscious of all things and his directive is at his pleasure. He had dismissed whom he thought would take up against him. With all ensuing consequences, he bears no political and moral regret.

    This is our Prime Minister, Mr. Razak, the president of Umno, and his band of misfits thus the political beatniks, yours faithfully.

    The tainted Umno will further face and bear its political consequences if the misfits decide to cast off their Deputy President and Vice President in next coming general elections.

    ReplyDelete