Thursday, 12 November 2015

TAK DIKENALI PENDATANG JIKA PANDAI BERBAHASA MELAYU

  1. DARI TWITTER:
  2. NAJIB PERLU SINGKIR KETUA BT

  3. Kita tak merasa langsung orang India sebagai pendatang bila kita dengar kefasehan mereka berbahasa Melayu di di banyak program TV3 dan TV1 sempena Deepavali.
  4. Kalaulah orang Cina faseh berbahasa Melayu seperti orang India, orang Cina tak akan diingat sebagai pendatang.Sebabnya kebenyakan anak orang India ke Aliran Kebangsaan sejak sekolah rendah.
  5. Menjelang Deepavali pemimpim MIC ingatkan orang India tentang mereka dianggap sebagai pendatang.Sebenarnya tiap hari mereka lebih ingat tentang GST, bukan ingat diri sebagai pendatang.Orang Melayu senang sahaja,bila orang bukan Melayu pandai cakap bahasa Melayu,mereka dah lupa dari mana usul asal mereka. Nov 10
  6. Perlu Star kempen supaya orang Cina dapat berbahasa Melayu dg baik utk hilangkan identiti pendatang. Bahasa kenalkan Indonesian Chinese
    MD Star Datuk Wong Chun Wai lupakanlah perjuangan untuk kembalikan English Medium School di Malaysia,lebih baik tumpukan usaha galakan orang Cina berbahasa Melayu dg betul.Lebih 50 tahun merdeka mereka masih cakap bahasa pasar. Shame on you sir!
  7. Dekat Cina, Najib janjikan tak hapus aliran Cina, didepan India dia ingatkan Melayu henti panggil pendatang. Dia peduli apa perasaan Melayu
  8. PM Najib seru henti gelar pendatang kepada bukan Melayu.Ini bercanggah dg KetuaBiro Tata Negara.Najib akan kata apa saja untuk sukakan hati bukan Melayu kerana dia tak lagi disokong Melayu
Untuk pastikan jadi lagi popular,Najib mesti buang Ketua Biro Tata Negara yg timbulkan isu pendatang.Datuk,buat apa kau rejam lagi Najib yang sudah pun dalam kelemasan?

21 comments:

  1. huhu..inilah puncanya aku nak najib undur dulu....bukannya 1mdb yg buat negara kalut...najib x ambik peduli orang yg menyokongnya...xpa la dia pun dpt sokongan pemimpin atasan...kita x perlu malu klu x fasih berbahasa inggeris tapi patut malu kalau x tahu berbahasa malaysia sebagai warganera...harap BN x kalah pru nnti...pengundi sekarang ramai yg dikuasai emosi diri dan membuat tindakan salah tanpa berfikir akibat dan bencana mereka akan hadapi atas emosi mereka..

    ReplyDelete
  2. ada soalan aku tanya pada golongan fanatik ini kenapa tak tukar bangsa melayu masa golongan fanatik memerintah 22tahun gagal dalam perjuang asal 30% ekomoni bumiputera itu ,

    kenapa tukar negara ini milik bangsa melayu kepada bangsa malaysia

    sila jawab, kepada bio tata negara itu sila jawab?

    kepada golongan fanatik 22tahun ,kenapa pendatang yg diktiraf Rakyat Malaysia bukan bangsa melayu gagal kuasai bahasa melayu dengan baik dibenarkan masuki universiti?

    mungkin golongan fanatik 22tahun memerintah boleh menjawab soalan aku ini

    ReplyDelete
  3. Kat Malaysia ni, Cina yang cakap Melayu bunyi Melayu bukan bunyi Cina hanya Kristin Ling dan Pang Chin Fei dan sorang lagi wartawan Cina yang host Melodi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wartawan melodi maksud ko michele? dia tu bukan cina tapi bumiputra sarawak masuk islam....lol

      Delete
  4. Kenyataannya bahasa melayu dah jadi semakin tenat .. bahasa melayu seakan layak ditutur ditepi jamban sahaja .. malahan orang melayu jika dah ada kedudukan sedikit tiba-tiba berasa kelu untuk berbahasa melayu .. lihat sahaja petronas, saya dah lama perhatikan bagaimana pegawainya setiap kali keluar TV, maka bahasa inggerislah dihemburnya .. kononnya bahasa ekonomi .. tapi bila ekonomi lingkup petronas pun turut sama lingkup.

    Ketua GLC lain sama juga perangainya .. yang ketara sekali bekas ahli DAP yg dah jadi penyokong Najib (tak silap saya namanya Tg. Aziz) setakat ini tak ada sepatah bahasa melayu pun pernah saya dengar dari mulutnya. Jadi kalau dah melayu sendiri lupa asal usul, macam mana kaum cina dan india nak hormat bahasa kita.

    Satu lagi yg merisaukan saya ialah banyak komplek perniagaan mahupun taman perumahan yang telah diberi nama bahasa asing .. di Sungai Buloh contohnya, sebuah wilayah dipinggiran KL, banyak taman perumahan baru yang diberi nama inggeris .. kalau ikut garis panduan Majlis Tempatan nama komplek dan taman sesuatu hartanah dilarang mengunakan nama asing .. bagaimana perkara ini boleh terlepas. Kalau perkara remeh seperti ini pun tak dapat kita pertahankan, apa lagi ikthiar yang kita boleh buat.

    Kaum cina seakan terus bergerak dengan bahasa mereka .. mereka tidak perlu tahu bahasa melayu untuk terus hidup di Tanah Melayu ini .. kalau dah melayu pun segan berbahasa melayu, maka itu adalah kemenangan untuk kaum cina .. kalau dah dasar kerajaan untuk menginggeriskan pendidikan negara, maka itu juga kejayaan kaum cina .. mereka tak perlu lagi beri tumpuan untuk mendalami bahasa melayu. Itulah sebabnya kaum cina semakin jauh untuk berbahasa melayu .. malah saya pernah bersua dengan remaja cina yang tak faham langsung bahasa melayu, saya sangkakan mereka pelancong dari China.

    Itulah serba sedikit cerita bahasa melayu di Tanah Melayu yang dah masuk 60 tahun merdeka. Pelik bunyinya .. kita adalah satu-satu negara yang masih terminta-minta supaya bahasa kebangsaannya dikesihani.

    Setahun sekali diadakan bulan bahasa .. untuk memenuhi acara bulan bahasa tersebut, maka dijemput beberapa orang cerdik pandai menulis atau berceramah .. cerita mereka semacam diulang tayang .. syok sendiri .. malah ada yang berani mengatakan bahasa melayu akan jadi bahasa komunikasi utama di Asia Tenggara.

    Entahlah .. aku sangkakan komplek Alamanda di Putrajaya itu adalah bermaksud "alam anda" .. setelah diberi pencerahan oleh pegawai tadbir Putrajaya, rupanya "Alamanda" adalah perkataan yang berasal daripada Sepanyol.

    ReplyDelete
  5. Orang Melayu sendiri pun bila jumpa kawan2 Cina & India cara bercakap dah terikut sama bahasa pasar rojak. Macam mana orang Cina & India nak fasih BM kalau tak tunjukkan cara pertuturan yg betul?

    ReplyDelete
  6. Bangla mai MALAYsia, boleh cakap Bahasa dlm masa 6 bulan. Cinapeks dok MALAYsia 60 tahun, tak bokeh ckp Melayu.

    Chibais .

    ReplyDelete
  7. Duta Cina jugak yg ingatkan Cina2 Malaysia yg kampong depa kat China.

    Bila mau balik kampong?

    Bonk

    ReplyDelete
  8. Rakyat Malaysia yang paling hina di Malaysia ialah yang tidak tahu berbahasa Malaysia. Ini harus menjadi pandangan seluruh rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  9. Dan ada penulis blog yg bercerita tentang Malaysia yg saya pasti dia mahu di baca oleh rakyat Malaysia menulis dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu rojak.

    ReplyDelete
  10. Dah sah datang ke Tanah Melayu membaya budaya dan Bahasa.

    Kini 2015 masih ada lagi sekolah Tamil, Telugu , kalau boleh, Malayalee pun mahu sekolah mereka dan radio, TV surat khabar mereka juga. Begitu juga orang Cina dan ramai tidak reti Bahasa Melayu laju di lintas oleh Bangla.

    Memang pun Cina dan India pendatang. Datang membawa budaya mereta untuk diamalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg patut ada srk ialah peribumi sabah sarawak,tk kisah le srk(iban) atau srk (kadazanduson atau bajau) bukan srk(t) atau(mandarin)

      Delete
  11. aku rasa pelik Kenapa korang melenting CepAt cina x Pandai bahasa melayu.. Actually cina tu Pandai bahasa melayu..bila diA cakap english banyak perkataan yg dia Guna tu kena ciplak masuk bahasa melayu. So ok la tu. Dia Pandai bahsa melayu, Cuma dia berminat mengunakan secara asli. Dari Dok menangis cina Tak Pandai bahsa melayu, Cuba berhentikan pencurian perkataan dari bahasa english dengan menambah 'meng' dan 'kan'. Apabila Megah dengan benda curi, saya rasa itu Lebih memalukan.

    ReplyDelete
  12. Sesetengah orang Cina dan India sengaja mengasingkan diri daripada asimilasi budaya dan bahasa di negara ini. Pengasingan itulah yang membuatkan mereka merasa diri sebagai pendatang. Mereka tidak berusaha untuk menguasai bahasa kebangsaan yakni bahasa Melayu dengan baik. Sebaliknya berjuang memperkasakan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris.

    Penguasaan sesetengah dalam kalangan Cina dan India terhadap bahasa Melayu sangat teruk. Apabila bertutur tidak sama dengan orang Melayu di negara ini, dengan sendirinya mereka rasa terasing. Malah mereka rasa seolah-olah sebagai pendatang.

    Orang Cina sesetengahnya memperjuangkan budaya, bahasa dan sistem pendidikan Cina seolah-olah negara ini adalah China. Ini sikap yang ekstrem kerana Malaysia mempunyai Perlembagaan yang menjaga kedudukan bahasa Melayu. Malaysia ada sistem pendidikan yang sesuai untuk semua tetapi Cina memperjuangkan sistem pendidikan sendiri.

    Sikap yang tidak selari dengan aspirasi nasional inilah yang membuatkan orang Cina dan India sendiri menganggap mereka sebagai pendatang. Kalau mereka menguasai bahasa Melayu, budaya Melayu dan menyokong sistem pendidikan kebangsaan, katakan kepada orang Melayu yang menuduh mereka pendatang: Buktikan di mana pendatangnya kami?

    Dalam keadaan sekarang bolehkah orang Cina atau India berkata demikian? Kalau tidak boleh jangan bangkitkan apa-apa kalau dikatakan pendatang. Tidak menghormati bahasa kebangsaan, budaya kebangsaan dan sistem pendidikan kebangsaan adalah ciri-ciri pendatang.

    ReplyDelete
  13. Perkataan Inggeris pun sejak dua-menjak ni banyak yang telah di Melayukan secara semborono tanpa merujuk terlebih dahulu kepada DBP. Walaupun perkataan Melayu yang sama maksud atau seakan-akan sama telah pun ada dalam lexicon Melayu tapi perkataan-perkata Inggeris yang diMelayukan masih lagi diperkenalkan secara membuta-tuli malah turut digunakan secara meluas.
    Apakah perkataan-perkataan Melayu yang ada sekarang ini terlalu dangkal atau old fashion untuk digunakan? Solidariti, kondisi, koreksional, rasionalisasi, semua ini telah pun ada perkataannya dalam Bahasa Melayu yang mempunyai maksud yang sama ataupun hampir sama. Perkataan-perkataan Inggeris yang di Melayukan sebenarnya tidak perlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!.RTM antara yang kuat merosakkan bahasa Melayu dalam pemberitaannya.Kapal ditukar kepada vessel,tempat kepada venue,angka seperti A 380 (tiga lapan kosong) disebut dalam bahasa Inggeris,dan banyak lagi.Ini hanya contoh yang sedikit saya dapat ingat.Walhal mereka ini kita tahu bukannya fasih sangat bahasa Inggeris pun.Kita memiskinkan bahasa sendiri,sedangkan kita sebenarnya kaya dengan bahasa.Saya bukan penentang bahasa Inggeris,tetapi menyokong penuh anak bangsa menguasai bahasa asing.Sikap kita yang seperti tidak ada arah ini akhirnya kita hilang Perdana Menteri, atau 'Prime Minister' dalam bahasa Inggerisnya.Apa yang kita ada hari ini adalah 'crime minister' yang akan memiskinkan lagi bangsa ini.

      Delete
  14. Salam Tan Sri.

    Syabas.
    Sedap...cukup sedap sekali...bila membaca semua twit2 yg sdra paparkan diatas..

    Cukup puas hati sy bila sdra berkata2 demikian rupa mengena sikap org2 Cina..sikap KETUA Melayu No 1 kita....siapa sebenar Wong Chun Wai dan 'the Star' yg memang Dajal sekali.

    Tidak perlu sy huraikn lagi pendirian WCW....terhadap keajaan Melayu sebab sdra pun tahu betapa jengkil dan talam 2 muka org ini yg mengguna 'Star' untuk kerja2 menghasut.

    Sy pernah menulis terbang betapa licik WCW yg menjadi suara kuat DAP dan kumpulan org2 Cina yg anti apa saja Melàyu .

    Dia memang rasis.

    Terbang ketua Melayu No 1 pula....tidak payah ditambah lagi dgn apa sdra kata.

    Dia memang sebijik seperti watak Peliwat yg didlm jel....depan Cina dinyanyi lagu lain... Depan India lain pula...depan bangsa sendiri lagu lain yg dinyanyikan pula.

    Memang org2 ini bahaya pd bangsa dan ugama sahaja....boleh bermuka2 dan sanggup berkompromi.

    Tidak masuk akal.....bila dilahirkan dan tinggal lebih separuh abad masih tidak boleh bercakap Bahasa Melayu tetapi begitu sensitive sekali bila diabel Pendatang.

    Huhhh!!!!
    Manusia jenis apakah org2 ini sebenarnya.
    Dan Ketua Melayu yg jenis apa pula yg boleh menerima semua ini.


    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbang......???!

      Delete
    2. Maaf...Ejaan salah.

      Di baca 'tentang'...,bukan terbang....(auto spelling).

      Terima kasih

      Delete
  15. everything is bangsa bangsa bangsa. Neonazi betul. And these are the same people who back up their assertion with religious connotations even though it's not written in their scriptures to do so. And so many fall prey to this just due to lack of intelligence. Basically that's the crux of the matter. U r unintelligent and regressive when U see everything through a racial lens, oh malay, chinese, indian, dayal, melanau, iban, kadazan, murut etc.
    and for your information - and God knows U need all the information - the PM is a PM for all races. Not just for the malays. I may not agree with the PM, but the most prevalent dissenting views coming from his people are almost all racially based and not due to his failing characters. That in itself proves the character of the majority of the voices calling for his sacking.

    ReplyDelete
  16. Kalau rakyat malaysia keturunan cina dan india tak boleh cakap bahasa Melayu dengan baik pada aku itu pendatanglah kenapa kita nak hormati mereka keranan mereka tak pernah nak hormati perasaan orang melayu kenapa org bangla baru 2 tahun boleh faseh cakap melayu apa najib ingat mereka nak pangkah bn ke maaflah

    ReplyDelete