Thursday, 26 November 2015

MUHYIDDIN TIDAK PERLU GUNA PENTAS UMNO

PEJUANG YANG AMANAH TIDAK  AKAN ADA DI PWTC

OLEH: KU SEMAN
Jumlah pejuang dan pemimpin yang akan bangkit bersuara berani menyokong atau mencetuskan gelombang perubahan kearah memenuhi harapan ahli-ahli UMNO, penyokong penyokong UMNO dan rakyat seluruhnya di luar  tidak akan ada dalam perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO di di PWTC  bulan depan. 
Oleh yang demikian Muhyiddin Yassin tidak perlu menggunakan pentas perhimpunan agung UMNO kali ini untuk menyuarakan pendiriannya. Beliau akan tersilap pentas apabila sebahagian besar para perwakilan yang terdiri daripada ketua bahagian telah disihirkan dengan wang, jawatan dan pelbagai imbuhan.Suara-suara sihir ini bukan lagi diri sendiri atau suara mereka yang sebenarnya.

Saya bimbang pejuang kebenaran macam Muhyiddin akan diketawakan oleh puak oportunis yang datang menanguk peluang dan bermuka-muka di depan Najib ibnu Razak dan rejimnya. Puak oportunis sudah lihat apa yang berlaku kepada Muhyiddin yang akhirnya bukan sahaja dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi dinafikan secara paling tidak demokratik sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Jangan terkejut kalau tahun lepas Muhyiddin dijulang dan didendang semasa perhimpunan agung UMNO walaupun keras mengkritik sikap UMNO tetapi kali ini ketua bahagian UMNO sudah tidak kenal lagi dengan Muhyiddin. Mereka takut untuk bersalam kerana bimbang terlepas peluang daripada rejim yang memerintah. Inilah dunia UMNO.

Muhyiddin kena mencari pentas lain, pendekatan lain dan khalayak lain kerana bukan semua orang UMNO telah termakan nasi kangkang. Banyak yang ada prinsip dan kenal agama. Banyak yang tidak buta membaca semiotik yang kerapkali ditayangkan di depan mereka. Maknanya banyak orang UMNO yang mahu hidup secara bermaruah dengan menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak amanah. Mereka inilah yang akan bersama-sama Muhyiddin,

18 comments:

  1. Salam, saya mula membeli semula Mingguan Malaysia pada edisi Ahad lepas (22/11/15) selepas ruangan artikel Saudara Ku Seman ada semula.

    Komen saya amat mudah kerana saya sudah mula bosan dengan UMNO walaupun sepanjang usia saya sejak kecil membesar di zaman Perdana Menteri bernama 'Dato' Seri' Dr. Mahathir Mohamad, UMNOlah yang saya sokong, sayang dan yakin perjuangannya.

    Tindak tanduk 'team' PM Najib Razak semakin menunjukkan dia sedang berada dalam FASA KETAKUTAN yang MAKSIMUM !

    Berani kerana benar, TAKUT kerana salah ! NOKTAH !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih setia memboikot Utusan.. Sampai bila? Sampai Utusan pulih dari kecelaruan identiti. Sehingga Utusan kembali kepada perjuangan membela agama dan bangsa, bukan membela individu!

      Delete
    2. Salam, saya mula membeli semula Mingguan Malaysia pada edisi Ahad lepas (22/11/15) selepas ruangan artikel Saudara Ku Seman ada semula.

      Fendi Ahmad. Kita serupa. Ada sdr Ku Seman...Baru saya beli Mingguan Malaysia.

      Delete
  2. Assalammualaikum,

    AlhamdulilLah masih ada pejuang kebenaran di khalayak pengamal media.
    Suatu ketika dulu pengamal media dijulang kerana menjadi mata dan telinga rakyat, membongkar mencari kebenaran atas rasa tanggunggawab.
    Namun regim baru bukan saja menghakis maruah Melayu dan bangsa Malaysia, tetapi juga meluluhkan kebolehpercayaan rakyat terhadap pengamal media.
    Buat Ku Seman, teruskan perjuangan dan buat Zam, AKJ dan lain2, diharap terus menjadi contoh dan membimbing generasi baru.
    Selaku bekas pengamal media arus Perdana, saya juga akan turut sama membantu.
    Ketika byk yg fokus terhadap usaha menyingkir, saya rasa perlu ada juga gerakan menyedia pengganti ampuh dalam semua sektor agar Umno kekal tanpa wujud lompangan kuasa.

    ReplyDelete
  3. Mahyuddin kena bertanjawab atas merosakan dia buat
    Fnc di kementerian pertanian, pak lah dapat malu
    1bestari di kementerian pelajaran ,najib dapat malu

    Kalau aku jadi dia diam kan diri, patut dia malu kerajaan masih ada perikemanusia lagi
    Sepatut dia malu atas perbuatan dia lepas tangan begitu sahaja APA bila orang bawah dia buat silap selaku ketua kena bertangjawab atas perbuatan dia. Yg aku nampak kan najib berani tangungjawab akhibat perbuatan orang bawahan dia menyebab kerugian 1mbd, mahyuddin tak ada sikap seperti itu, saya cakap kalau nak gantikan najib mahyuddin bukan orang sesuai,

    sebab itulah Anak tun Dr ismail berani cakap muhyiddin bukan orang sesuai gantikan najib ,carilah orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hg komen macam budak budak, xnampak cerdik. Ya la najib punahsihat 1mdb dan dia yg tubuhkan mmg dia kena tanggung lah. Jd punahsihat 1mdb tp rugi, jd PM lg terokk la negara. Kalau pembangkang dan Tun M xbangkikan kerugian 1mdb, pakai lagi bertambah rugi la. Hg dgn Tawfik saja kata xsesuai. Pi tanya penyokong2 umno termasuk pembangkang, nk najib ka muhyiddin.

      Delete
    2. cara orang2 umno mempertahankan pemimpin2 mereka, umno, bn dan kerajaan memang kelakar. Omputih kata, if you have nothing to say, then better dont say anything at all. Menghentam Tun, TSMY, JWW Birch, Frank Sweetenham, atau Sultan Mansor Shah ke 50 tidak akan menambah keyakinan rakyat terhadap umno. Cara yang betul ialah berhujah berlandaskan fakta. Dan dalam dunia politik, selain fakta, persepsi juga sama penting. Sejak isu 2.6B dan 1MDB tersebar luas, tiada fakta yang meyakinkan dikeluarkan untuk tatapan rakyat. Malah, hujah2 bertaraf 5B dikeluarkan olen "pemimpin2" (bodoh, bangang, biol, bahlol dan budak2). Sebab itulah persepsi rakyat terhadap umno makin serong. Dan seolah2 untuk mengaburi persepsi ini, TDM, TSMY dan lain2 yang mempersoalkan kepimpinan sekarang ditembak siang malam. Tembak menembak ni dah pun backfire, rakyat makin meluat dengan umno.

      Delete
    3. Saya sokong komen2 di atas.

      Penyebab kerencatan Umno dan keyakinan rakyat adalah Regim Najib.

      Sekarang, nampak nyata mereka beraja di mata, bersultan di hati. Tidak boleh dikritik waima ditegur sedikit pun.

      Paling menyedihkan, setiap kenyataan mereka dlm sesuatu isu hanya mengundang lebih banyak kemarahan dan kebencian kpd Umno dan BN.

      Delete
  4. Salam Tan Sri.

    Isu disini...adalah Najib dan UMNO.

    Tidak payah kita membuat apa2 spekulasi lagi kerana Najib akan dijulang lagi semasa PAU Disember ini.

    Pentas PAU buat kali ini tetap milik Najib dan Zahid.

    Najib telah membuktikan dgn terang2 dgn apa yg dia cakap pd Tun M....

    " Cash is King".

    Buat Ketua 2 Bahagian yg majoriti...dan Ketua2 Cawangan yg lebih kurang 20ribu org seluruh negara....tahun ini merupakan tahun bertuah kerana mendpt duriah runtuh yg cukup lumayan.

    Memang berbaloi menjadi ahli politik dibawah pimpinan Najib dan Zahid...mereka tidak menghampakan.

    Demi Bangsa...Negara dan Ugama....?

    Apa kejadahnya?

    Demi Najib. dan ..Zahid ...ini yg sebenarnya.
    Inilah 2 org KETUA yg cukup hebat berbanding PM2 dan Timb PM sebelum ini. Satu gandingan yg mantap...jujur...amanah..dan demokratik....peka dan berketurunan org baik2 dan asalnya pahlawan....dari Bugis dan Jawa.

    Rakyat terutama org Melayu yg berugama Islam wajar merasa bangga dan megah dgn mereka berdua.

    " May Allah damn both of them "...

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes CASH IS KING. Yes RM IS KING because NAJIB IS ALREADY KONG.

      Delete
  5. Datuk Zam, kalau masa dulu UMNO mempunyai jentera kewibawaan, pada hari ini tuan Jibby dan kelompok kroninya hanya merupai keldai bathil yang memperbodohkan rakyat manusia.

    ReplyDelete
  6. Tahap keyakinan rakyat terhadap umno makin turun. Nilai ringgit menurun sepanjang 2015. Tapi yang heran nya, index BMI puteri umno steady, maintain di tahap tinggi. Apa dia orang lantak tiap tiap hari?

    ReplyDelete
  7. Tan Sri....PM dan Menteri banyak berbohong dan telah khianat pada ahli Umno...mereka semua adalah tergolong orang orang munafik....

    ReplyDelete
  8. sekarang ini pun ada ketua bahagian yang dh termuntah makan dedak.. namun lebihan dedak hanya digunakan untuk populariti diri sendiri dan tidak untuk memperkuatkan umno di cawangan cawangan..

    ReplyDelete
  9. Dengar citer ramai nak turun pertahankan TSMY masa PAU 3 DIS......macam tu la diaorang cakap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekas penyamun dah tak laku.

      Delete
  10. Saya mencadangkan pemimpin2 dan ahli2 UMNO yg nk Najib berundur terdiri dari ketua2 caw, ahli2 UMNO dll berhimpun d luar PWTC semasa Najib berucap merasmikan PAU nnti....kita ramai2 dan juga wartawan berkumpul di luar dewan...kita x bagi dia kluar unless dia letak jawatan

    ReplyDelete
  11. Hari ni TSMY minta apa yang patut beliau kemukakan jika diberi peluang berucap. Pendapat saya nyatakan kepada semua ahli yang hadir PAU bahawa tiap mereka juga adalah pemimpin atau ahli politik. Justeru sebagai ahli politik amat wajib bagi mereka tidak terlibat dengan sebarang sekandal atau perspektif negatif awam yang rumit-rumit kerana ini akan memberi setback yang besar. Samada betul atau salah bukan lagi menjadi isu kerana terasnya kebolehpercayaan awam telah teruk terjejas dan parti tidak wajar menanggung public opinion yang memburuk. Sebagai ahli politik, tiap ahli perlu bebas daripada tanggapan buruk rakyat yang rumit-rumit. Sebagai ahli politik mereka haruslah bijaksana dan tidak hanyut dalam perspektif buruk, samada benar dilakukan 100%, sebahagiannya atau tidak langsung. Ahli politik perlu matang dan menanggung beban point of view kebolehpercayaan diri masing-masing tanpa mengheret parti.

    ReplyDelete