Tuesday, 24 November 2015

MUHYIDDIN TETAP AKAN BERUCAP WALAUPUN DISEKAT

SAMPAI BILA TSMY NAK DUK BELAKANG TUN?
KOMEN:
Dulu azmin, Rafizi dan tony pua tak ada pentas2 khas untuk berucap pun, dewan orang ramai pun out of bound. Tapi tahun 2008 dulu 5 negeri tumbang. Thats what happens when leaders speak directly to the people.

Tapi TSMY sampai sekarang kita pun tak tau apa dia nak buat. Nak dok belakang Tun sampai bila? A leader must lead, full stop. Speak directly to the people, not just umno members. Tell the nation what your plans are.

Soal perhimpunan agong tu, lupakan lah, bukan pentas untuk TSMY, audience dia tak ada kat situ. Ucapan2 bakal disampaikan pun very predictable....ABC...ampu, bodek, cium tangan. Bagi warning kat DAP, kutuk PKR, lepas tu jerit2 hidup umno. Tapi tahun ni ada something different...tak ada yang berani kutuk PAS. Ye lah, nyawa2 ikan kan, kena lah ada talian hayat.
TETAP AKAN BERUCAP
Walaupun disekat dari merasmikan serentak  tiga sayap UMNO iaitu Wanita,Puteri dan Pemuda di Perhimpunan Agung UMNO Disember ini  tetapi Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin  akan mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan ucapannya kepada mereka bagi meneruskan tradisi  zaman berzaman.

Inilah konklusi  yang dapat dibuat oleh saya setelah mengemukakan kemungkinan sekatan itu  akan berlaku dalam perbualan dengan Tan Sri Muhyiddin di Cafe saya  Zam Newsroom Cafe di Ayer@8 Putrajaya baru baru ini.

Bagaimanapun Muhyiddin tidak mahu memberitahu saya bagaimanakah cara beliau hendak menyampaikan ucapannya yang  tentunya  akan lebih menarik perhatian umum.

Presiden UMNO Datuk Seri  Najib Tun Abdul Razak mendakwa  keputusan untuk menggantikan peranan  Timbalan Presiden UMNO  oleh ketua-ketua sayap UMNO sendiri   telah diputuskan oleh mesyuarat MKT UMNO  di bangunan  Parlimen malam ini. Alasan yang diberikannya adalah atas permintaan ketua-ketua berkenaan sendiri.

Najib sedar bahawa alasan yang diberikan olehnya itu tidak dipercayai oleh ahli UMNO apatahlagi orang ramai sebaliknya itu  adalah  hasratnya sendiri yang dalam keadaan  takut dan gementar untuk hadapi ucapan  Muhyiddin.

Muhyiddin  tentunya akan menggunakan  pentas yang sangat penting itu untuk mendedahkan segala-galanya.Beliau  sedar bahawa ucapannya sedang ditunggu oleh  rakyat diseluruh negara.

Halangan kepada Muhyiddin untuk berucap pastinya akan menambah simpati, populariti dan  mengangkat  maruahnya kepada taraf yang lebih tinggi tidak sahaja kepada ahli UMNO,tetapi juga pembangkang  dan kalangan rakyat berbilang kaum di seluruh negara.

Pertanyaan popular ialah kenaapa Najib mahu menutup mulut Timbalan Presiden untuk menyempurnakan amalan  tradisi zaman berzaman yang  tidak melanggar perlembagaan parti.

Sokongan beratus  Bahagian Umno nampaknya tidak memberikan keyakinan,kekuatan dan keberanian  kepada Najib untuk menghadapi Muhyiddin seorang.

Sekatan ini juga menghakiskan lagi kewibawaan Datuk Seri Najib sebagai Presiden UMNO dan menyebabkan semakin ramai rakyat sedar bahawa beliau tidak segagah keterampilannya.

Ketua Pemuda UMNO,Puteri UMNO dan Wanita UMNO janganlah membisu sebaliknhya mestilah mengesahkan dakwaan Najib bahawa mereka sendiri yang mahu memecahkan tradisi UMNO bagi membuktikan bahawa Najib benar-benar King Of Money.



Tan Sri Muhyiddin di bilek kecil Zam  yang menumpang di Zam Newsroom Cafe di Ayer@8 Putrajaya.Beliu sedang membelek buku terbaru Zam  Mahathir Bukan Kawan Saya yang dihadiahkan kepadanya. Zam juga menunjukan buku bergambar Jejak Bertapak Tun Abdul Razak karyanya  yang diterbitkan oleh Yayasan Tun Abdul Razak. 














34 comments:

  1. Saya suka berfikir agaknya apa yang PM Najib ini berfikir ? Dia ingat dia jadi PM zaman 1960an di mana apa saja dikata akan mudah diterima ? Dia ingat ini zaman sokong membuta tuli ?

    Najib ini dulu berkata jangan cakap apa yang saya mahu dengar tapi rupanya dia ini kalau pelakon, boleh jadi pelakon terbaik !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakan2 cuba tinjau http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kuasa-pendaftar-pertubuhan-jika-pemegang-jawatan-tidak-lagi-waras-syed-iska

      Delete
  2. Tak siapa nak sekat dia, ucap berucaplah itu sebagai hak dia . Lupa ia.

    Mari kita lihat nya manusia2 disini jangan jadi fanatik
    Tun m 22tahun memerintah
    Kes perwaja
    Kes bank bumiputera
    Kes mata Wang jatuh
    Kes bangunan daya bumi ditipu oleh jepun
    Kes pkfz
    Kes mas rugi
    Kes celcom bankrap
    Kes gagalnya 30% ekonomi bumiputera

    Najib kes dia baru 6 tahun memerintah
    Baru kes 1mbd rugi masih boleh betulkan

    Mahyuddin menteri
    Kes lembu nfc
    Kes 1bestari
    Dua perkara tersebut Gagal di betul kan

    Manusia Mana tak buat silap, jawapan mudah je korang yakin ke mahyuddin bakal jadi pm ke 7, jika aku lihat kes nfc Dan kes 1bestari itu. Korang berfikir lah ia. Kalau aku pilih jadi ahli mt parti aku akan pilih seorang pm yg bertangungjawab walaupun dia lakukan kesalahan dia Dan tak akan lepas tangan Dan dia tak berdiam diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 kes pn dh 42 billion. Matawang malaysia sj jatuh xmau ckp ka, bkn ada krisis matawang mcm tahun 1998. Bab tanggungjawab, kah kah kah

      Delete
    2. Engkau pun sama lembu macam kes lembu tu jugak tapi sekurang kurangnya kita semua sedia maklom yang kes tu melibatkan "lembu" dan tak kan kau pun sanggup nak jadi macam lembu...bodoh !

      Delete
    3. Habis tu kenapa TS Muhyiddin di halang daripada merasmikan perhimpunan sayap wanita, pemuda dan putri? Ini bukan SEKAT namanya?

      Delete
    4. Projek berskala besar yang menelan belanja beratus juta seperti NFL dan 1Bestarinet diputuskan diperingkat Kabinet yang dipengerusikan oleh PM sendiri. Ianya tidak diluluskan diperingkat Kementerian. Harap maklum.

      Delete
    5. sebab tu melayu mundur... sebab orang macam u jadi hamba pemimpin dan tutup mata pada rasuah... gi neraka la woii...

      tambang lrt, komuter dan ktm... aku nak lempaang syeed hmid @lbar dan nejib sial...

      Delete
    6. Manusia mcm ko bukan saja silap fakta malah lupa apa yg disoal Rakyat. Ini berkenaan wang 2.6 billion dalam akaun peribadi Najib.siap dengan money trail yg keluar dlm media asing. Bukan tu jer, SRC pon ada jugak. Kalau derma, tak payah lah buat money trail banyak banyak kan ??

      Jadi skang ni aku nak tanya ko pulak, ada ke money trail dalam akaun Muhyiddin dan Mahathir ? Mungkin dengan kebijaksanaan ko boleh tolong Najib buat money trail dan mintak WSJ, NYT, SR dan BBC siar. Ehh tak payah susah susah. Utusan sama NST pon cukup !!

      Delete
    7. Kalau betul NFC tu kerja Muhyiddin, dah lama Shahrizat sama Najib kerjakan Muhyiddin, kan ?? Kalau boleh silalah. Tapi kalaulah dah telur tu kecut, tak payahlah nak tunjuk jaguh kapal layar bugis ! Buat malu orang bugis. Jadi kondo lembu lagi baik !

      Delete
    8. Benar katamu Anon 9.55, kelulusan projek national seperti I Bistarinet dan National Feedlots disetujui dan diputuskan oleh cabinet.

      Anon 23:23 tu, pokok Kelapa disangka pokok Nipah, benda yang masam dirasanya manis. Otak dah kering cuba hendak dilembabkan.

      Delete
    9. DIMANA SILAPNYA. SILAPNYA DULU ZAMAN TUN TIDAK MENYUSAHKAN RAKYAT. TAPI ZAMAN NAJIB SILAPNYA...RAKYAT YANG SUSAH.

      Delete
    10. Betul kata itu putus kabinet. Tapi ada soalan aku Tanya ini nfc lembu bawah siapa kalau bukan kementerian pertanian ,kebinet hanya bagi peruntukan je. Sama je 1bestari bawah siapa kalau bukan kementerian pelajaran. kebenet hanya bagi peruntukan je

      Kerja suami Shahrizat ada faham .jadi nfc itu tangjawab mahnyudin Dan suami Shahrizat untuk menbetulkan keadaan tersebut jika satu syarikat rugi tanggungjawab bersama aku tengok dia lepas tangan je serupa kes 1bestari. Sebab itu cakap' aku kurang yakin pada mahyuddin ganti najib seperti tun m sukakan. Jika umno lantik seorang jadi menteri ke jawatan pm kena tengok dulu hasil kerja dia, jika teruk dia tak layak jadi pm

      Soal aku ini selaku menteri tersebut tak akan menteri itu tidur kot setelah bagi peruntukan oleh Kebenet

      Delete
    11. Hihi...nak gelak pun ada..kesian pun ada...tak payah samakan.dgn tun m la mangkuk....time tun m....rakyat tak susah....tun tak buat keja bodo macam najib...parti umno bukan rosmah punya...yg nak.pertahankan sgt kenapa...soalnya sekarang kredebiliti najib dh hancur.....dia yg bikin sendiri....money is king....so sekarang hg kena makan dengan duit la...2.6 bilion....kalau betul fitnah....bg bukti....selagi tidak dpt dibuktikan tuduhan tue...adakah itu boleh dikatakan finah...

      Delete
    12. Anon 23.23 Sekarang anda Najib dah melakukan kesalahan.

      Adakah dia mengaku...adakah dia telah insaf? Ada dia berani bertanggung jawab?.... Yg nyata dia melarikan diri n menggangu soalsiasat.... Yg menjadi tukang jawab Belaci mcm u...

      Delete
  3. salam Zam.....satu persoalan yang selalu bermain dlm pikiran saya....tapi perlukan jawapan seikhlas mungkin dari Zam jadi saya bharap Zam bolehlah jawap secara jujur dan ikhlas....soalan saya ialah kalaulah semua masalah dan kacau bilau ni berlaku semasa Zam masih seorang menteri dan berkedudukan dalam umno agak2nya apakah pendirian Zam ketika itu???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara ringkas ketika Mahathir krisis dengan Pak Lah saya ambil inisiatif sendiri untuk menemukan mereka berdua tanpa kelulusan MKT dan menimbulkan kemarahan orang Pak Lah dan Pak Lah sendiri , saya juga mengkritik Mahathir kerana enggan menemui Pak menjelang hariraya.Semua ini elah tesiar bersar-besaran dalam akhbar. Banyak lagi yang saya tak perlu nak tulis panjang disini.

      Delete
  4. Do as I say , not as I do because I am money king ha ha ha

    If you do as you do and not as I say then you are a poor wretched life!

    ReplyDelete
  5. Dulu azmin, Rafizi dan tony pua tak ada pentas2 khas untuk berucap pun, dewan orang ramai pun out of bound. Tapi tahun 2008 dulu 5 negeri tumbang. Thats what happens when leaders speak directly to the people.

    Tapi TSMY sampai sekarang kita pun tak tau apa dia nak buat. Nak dok belakang Tun sampai bila? A leader must lead, full stop. Speak directly to the people, not just umno members. Tell the nation what your plans are.

    Soal perhimpunan agong tu, lupakan lah, bukan pentas untuk TSMY, audience dia tak ada kat situ. Ucapan2 bakal disampaikan pun very predictable....ABC...ampu, bodek, cium tangan. Bagi warning kat DAP, kutuk PKR, lepas tu jerit2 hidup umno. Tapi tahun ni ada something different...tak ada yang berani kutuk PAS. Ye lah, nyawa2 ikan kan, kena lah ada talian hayat.

    ReplyDelete
  6. Nampak gayanya UMNO sudah jadi milik peribadi Najib dan isteri. Dah jadi serupa atau seakan-akan DAP dimana semua kepimpinan tertinggi mesti mempamerkan taat-setia yang tidak berbelah-bagi terhadap President. Sesiapa yang tidak setuju dengan 1MDB akan dicap sebagai penderhaka dan dipecat dari jawatan dan jika orang itu tidak punyai pengaruh yang cukup 'besar', dia akan dipecat dari menjadi Ahli.

    Ex-YB Wee Choo Keong once said; "I was sacked for not showing love and affection for the dear leader of the Party".

    Dr. Boo Cheng Hau juga di ketepikan atas dasar yang sama. Manakala Norman Fernandez meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi DAP Johor. Kemelut kepimpinan DAP Kedah juga adalah cubaan untuk mengantikan mereka yang 'taat' kepada 'Tokong'.

    Adakah UMNO mahu meniru DAP dan menjadikan Najib sebagai 'Tokong'?

    Oleh yang demikian, sesiapa yang mahu 'cari-makan' dalam UMNO mesti menunjukkan kesetiaan kepada President Party, tanpa ambil-kira samada suka atau tidak cara 1MDB dikendalikan oleh beliau.

    Bila masa pulak 1MDB jadi milik UMNO?

    ReplyDelete
  7. King Of Money..thats right ts..exactly

    ReplyDelete
  8. Tan Seri berani kerana benar pada saya najib takut dan malu dgn perangainya yg buruk hodoh kalau TSMY berucap maja terlondehlah perangai perbuatan dan salah najib pasal 1MDB Duit RM2.6b dan lain2 ingat kami di belakang TSMY teruskan pendedahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang mengatakan, Tan Sri Muhyiddin Yasin tak nak jadi Pedana Menteri dan kenapa dia sebuk-sebuk?

      Memang betul tu....TSMY bukan nak jadi PM. Yang TSMY sebuk-sebuk itu kenapa? Kerana..... PM Najib tidak AMANAH dan telah MENCURI bilion duit rakyat dan telah MENIPU rakyat disiang-siang hari buta.

      Najib jadi presiden Umno, calun tampa bertanding dan kemudian dipilih oleh rakyat dan jadi Pedana Menteri.

      Tan Sri Muhyiddin menang sebagai timbalan presiden Umno, calun bertanding dan dipilih. Sebagai pemimpin mereka misti bertanggung jawab dan berpasakkan AMANAH untuk rakyat dan pati.

      TSMY sebuk-sebuk tu kenapa?...kerana Najib sebagai Pedana Menteri tidak AMANAH dan sebagai ketua Umno telah membabitkan MARUAH rakyat Umno, MELAYU Umno dan institusi Raja-Raja Melayu. Dan telah menyababkan rakyat jelata jijik dan benci kepada MELAYU Umno.

      Sebagai pemimpin nombor dua TSMY tidak boleh berpeluk tubuh, perbuatan tidak AMANAH ini dan tidak bertangungjawab itu akan berlanjutan. Ini boleh menyababkan Umno/Barisan National mungkin kalah dan kuasa Melayu akan terhakis diPRU 14 nanti.

      Sebab itu TSMY sebuk-sebuk memberi teguran kepada Najib supaya cepat-cepat selesaikan masalah skandal 1MDB yang telah memebankan Negara dan Maruah Melayu Umno.

      Kenapa Najib?......kerana Najib yang tubuhkan 1MDB, perancang 1MDB, meluluskan segala perancangan 1BDB, megaluarkan checks dan menandakan tanganinya tampa kelulusan kabinet. Terbukti dalam transaksi-transaksi 1MDB yang dilapurkan meluas oleh media. Wang 2.6 billion atas nama Najib dan billion lagi atas nama proksi syarikat-syarikat menjadi tanya tanda rakyat, untuk siapa?

      Sebab itu TSMY ketua nombor dua Umno yang terdekat selain dari Rosmah, sebuk-sebuk memberi teguran demi teguran kepada ketua nombor satu supaya ambil tindakan segera kerana masa tidak menyabelahi Melayu Umno dan Barisan National.

      Sebab, "sebuk-sebuk" itu lah TSMY disingkir??

      Delete
  9. "Sudah terang lagi bersuluh",selagi ahli-ahli UMNO hanya tutup mulut dan mata kerana terlalu patuh maka kemusnahan UMNO makin terserlah,Genarasi baru dalam UMNO akan benci dan melarikan diri dari parti ini.Bagi TSMY anda cakaplah sesatu sama ada maseh sayangkan parti atau sebaliknya,sekira sayang bangkitlah menentang kejahilan atau lepaskan jawatan dan tinggalkan parti.Jangan biarkan junior mental toucher anda.Lakukan sesatu rakyaat sedang menanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi ahli Umno Bang Din pun punya cita-cita tinggi tapi kurang bijaksana. Dari Johor pun dah jadi penyamun, taada lain fulus9. Taada berkat.

      Delete
  10. Tentu ada sebab TSMY berdiam diri, dengar khabar SPRM pun dah ada fail atas kaum keluarga dia. No man is that loyal to a party and remain silent when he knows of the wrong doings that is happening unless Ah Jib Gor and SPRM have a upper hand on TSMY.

    alfie

    ReplyDelete
  11. Pro najib ramai yang mengendap blog zamkata nie . Tahniah la Zam. Sekurangnya mesej you sampai pada mereka. Kalau mereka celik tapi buta, dengar tapi pekak itu masalah mereka... Symptom of denial...

    ReplyDelete
  12. Datuk Zam & Datuk Tan Sri Muhyidin yang terhormat,

    Ah Jib Gor telah luputnya keMelayuannya pada hemat kita rakyat jelata.

    ReplyDelete
  13. Anon 11.43...dah baca komen Tsmy?

    ReplyDelete
  14. PM najib dah x kisah apa nak jadi pada negara.....hanya mencari jalaƱ melepaskan diri.Umno hancur dia x peduli lagi....

    ReplyDelete
  15. Saya sangat setuju dengan komen "Anonymous25 November 2015 at 13:14" bahawa khalayak atau pejuang pemimpin yang amanah tidak ada di PWTC semasa berlangsungnya perhimpunan agung UMNO. Saya yakin kalau ada pun yang datang untuk menegakkan kebenaran, jumlahnya amat kecil dan tidak mampu mencetuskan gelombang perubahan.

    Oleh yang demikian Muhyiddin Yassin tidak perlu menggunakan pentas perhimpunan agung UMNO kali ini untuk menyuarakan pendiriannya. Beliau akan tersilap pentas apabila sebahagian besar para perwakilan yang terdiri daripada ketua bahagian telah disihirkan dengan wang, jawatan dam pelbagai imbuhan.

    Saya bimbang pejuang kebenaran macam Muhyiddin akan diketawakan oleh puak oportunis yang datang menanguk peluang dan bermuka-muka di depan Najib ibnu Razak dan rejimnya. Puak oportunis sudah lihat apa yang berlaku kepada Muhyiddin yang akhirnya bukan sahaja dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi dinafikan secara paling tidak demokratik sebagai Timbalan Presiden UMNO.

    Jangan terkejut kalau tahun lepas Muhyiddin dijulang dan didendang semasa perhimpunan agung UMNO walaupun keras mengkritik sikap UMNO tetapi kali ini ketua bahagian UMNO sudah tidak kenal lagi dengan Muhyiddin. Mereka takut untuk bersalam kerana bimbang terlepas peluang daripada rejim yang memerintah. Inilah dunia UMNO.

    Muhyiddin kena mencari pentas lain, pendekatan lain dan khalayak lain kerana bukan semua orang UMNO telah termakan nasi kangkang. Banyak yang ada prinsip dan kenal agama. Banyak yang tidak buta membaca semiotik yang kerapkali ditayangkan di depan mereka. Maknanya banyak orang UMNO yang mahu hidup secara bermaruah dengan menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak amanah. Mereka inilah yang akan bersama-sama Muhyiddin,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanah sangat ke TSMY ni . Kalau dah ahli politk perwatakan nya tak lari jauh.

      Delete
  16. Sesiapa yang tidak suka Najib jangan pula terhegeh-hegeh di PWTC dan kawasan sekitarnya sepanjang Perhimpunan Agung UMNO nanti. Kita tengok bukti dan realitinya nanti berdasarkan kehadiran perwakilan dan orang ramai berbanding tahun yang lepas2, siapa lebih banyak pengaruh, Najib atau Muhyiddin

    ReplyDelete