Tuesday, 24 November 2015

APA SALAH MKT UMNO BERMESYUARAT DI PARLIMEN

Bukan saya sahaja yang terkejut tetapi ramai orang tertanya-tanya  mengapa Majlis Tertinggi UMNO bermesyuarat di  bangunan Parlimen hariini kerana biasanya mesyuarat itu  diadakan Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn.

Alasan kerana ramai ahli MKT menjadi anggota Parlimen yang diberikan oleh Setiausaha Agung UMNO  Tengku Adnan Tengku Mansor  tidak logik dalam zaman kecanggihan teknologi  komunikasi sekarang untuk membolehkan  MP UMNO berkejar ke Parlimen jika mereka diperlukan hadir segera.

Lagipun Pejabat UMNO dengan Parlimen sangatlah dekat.

Soal ancaman keselamatan juga tidak timbul oleh kerana telah pun diumumkan oleh SUA UMNO bahawa Timbalan Presiden  Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO Shafiee Apdal tidak akan di  pecat tanpa siasatan menyeluruh.

Muhyiddin sendiri tidak nampak apa alasan untuk membolehkan pemecatannya tetapi barangkali beliau masih berfikir dari segi nilai tradisi dan peradaban parti.

Jika tanpa pengesahan benar atau salah dalam  isu  IMDB,  Muhyiddin boleh dipecat dari Timbalan Perdana Menteri maka tentunya lebih mudah untuk mengadakan alasan bagi pemecatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dalam keadaan Najib adalah King of Money.

UMNO bukanlah  lagi parti yang berperadaban tinggi yang berjijak diatas kemurnian etika dan  ideologi tetapi menghalalkan cara untuk mengekalkan kuasa.

Mungkin MKT telah mendapat maklumat, rusuhan seperti yang berlaku selepas Anwar dipecat oleh MKT di Ibu Pejabat UMNO Menara Dato'Onn dahulu akan   berlaku jika Muhyiddin dipecat.Maka itu  Parlimen adalah kawasan selamat dan lebih  mudah di kawal.

Maka itu persetankan  anggapan ramai perbuatan ini sebagai diluar tradisi dan jika parti-parti pembangkang juga nak adakan mesyuarat jawatankuasa parti mereka di Parlimen, bolehlah dibenarkan.

Hanya terasa oleh saya seperti Parlimen dijadikan benteng bagi protection penyalahgunaan kuasa parti politik.





11 comments:

  1. TSZ, mungkin dah jadi bubur asura.Tunggulah saja kehancuran UMNO ini yang mana ianya di musnahkan oleh genarasi baru dalam parti ini.Kepada orang lama dalam UMNO bersabarlah dengan kerenah ini.Semasa ulang tahun ke25 UMNO ada sabuah buku "25 Tahun UMNO" karangan TS ASI menjadi kebanggan saya dengan perjalanya yang dipaparkan ole beliau.Mungkin sekira ada umur boleh pula TSZ mengarang pula mungkin 65 tahun kemusnahan UMNO.Minta maaf kerana terlau kecewa dengan mangkuk-mangkuk ayun yang ada sekarang.

    ReplyDelete
  2. 1) yang penting mesyuarat pertama dijalankan terlebih dahulu supaya kali kedua dan seterusnya jika keperluan akan dijalankan atas dasar pernah di adakan.

    2) juga satu keperluan mencipta pelbagai isu remeh untuk mengalih perhatian kepada isu sebenar dan lebih besar, 1MDB.

    3) Pembangkang tidak menunjukkan tentangan kerana mereka juga boleh menggunakan dimasa akan datang kerana Parlimen adalah hak rakyat dan bukan hak parti.

    ReplyDelete
  3. Salam Zam, the real ulterior motive is to LIMIT the presence of the UMNO grassroots yang tak sokong PM dengan menyusah mereka yang akan datang berduyun duyun dengan bas kat sana. Itu aje, kalau buat kat PWTC ramai orang2 kampong akan buat 'show in numbers'yang tak sokong Ah Jib Gor.

    alfie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak suka ada saja nak cari salah orang! Inilah Melayu penuh dgn hasad & dengki!

      Delete
  4. Tan Seri tak salah umno bermesyuarat di Parlimen tetapi untuk adil maka saya mencadangkangkan semua parti politik diberikan kebenaran utk mengadakan mesyuarat jangan ikut nafsu org lain tak boleh dan saya juga mohon agar NGO pun boleh mengadakan mesyuarat disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. TSZ

      Komen Nordinabilah ni nampak manis dan liberal.

      Ini bukti benar, selepas Umno buat mesyuarat MT di parlimen, pembangkang dan NGO2 pun nak buat perkara yg sama.

      Kata2 sahabat kita ni adalah permulaan kpd desakan2 yg seterusnya.

      Regim Najib sekarang betul2 beri peluru kpd pembangkang dan puak liberal.

      Delete
  5. Nak perlingkup UMNO ramai. Pandan muka lingkup UMNO lingkup Melayu. Horey! Nak harap PAS dengan PKR pun sama-sama lingkup.

    ReplyDelete
  6. Hishamuddin kata umno must stop being in denial that the party is losing trust (malaysiakini hari ni). So hisham, are you part of the problem, or part of the solution?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Tan Sri....Bagaimana pula dgn Pandikar Amin,adakah beliau bersetuju diadakan perjumpaan di Parlimen.Bagaimana pula sekira pembangkang pun akan mengadakan perjumpaan saperti apa yg umno buat.Makin haru biru parlimen nanti.Adakah speaker bersetuju atau akan meletak jawatan.....kita lihat sandiwara najib

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Tan Sri....Bagaimana pula dgn Pandikar Amin,adakah beliau bersetuju diadakan perjumpaan di Parlimen.Bagaimana pula sekira pembangkang pun akan mengadakan perjumpaan saperti apa yg umno buat.Makin haru biru parlimen nanti.Adakah speaker bersetuju atau akan meletak jawatan.....kita lihat sandiwara najib

    ReplyDelete