Saturday, 14 November 2015

ANTARA SAYA AHMAD NAWAB DAN MOKHZANI

                                                                                                                                                                         
Embedded image permalink


BARU-baru ini dua orang tokoh muzik terkemuka tanahair; Datuk Mokhzani Pengarah Muzik RTM dan Datuk Ahmad Nawab pemain saxophone dan  penggubah lagu terulung telah singgah di cafe saya;ZAM NEWSROOM CAFE di Ayer@8 Putrajaya.

Pada mulanya hanya Mokhzani merancang untuk datang bersembang-sembang tetapi bila diberitahu kepada Ahmad Nawab,beliau juga ingin turut serta kerana kami  lama tidak berjumpa  walaupun Ahmad terpksa menangguhkan pemergiannnya ke Ipoh untuk pertunjukannya.

Walaupun kami hanya bersembang-sembang kecil kisah lalu,zaman muda yang romantis dan kawan-kawan yang telah pergi lebih dahulu  tetapi tiba tiba muncol suatu idea besar antara Mokhzani dan Ahmad Nawab untuk mengadakan suatu pertunjukan bersama,Ahmad Nawab bermain saxophone dan Mokhzani bermain piano.

Mereka sendiri  kemudian terpesona dengan Idea ini yang datang dengan tiba-tiba dan akan memulakan latihan bersama untuk suatu persembahan  yang sangat berarti bagi mereka kerana seumur hidup mereka tidak pernah mengadakan pertunjukan bersama kecuali bersama dalam Orkestra.

Saya tidak pasti bilakah pertunjukan ini akan diadakan tetapi mungkin akan mengambil kesempatan dari sesuatu pertunjukan besar kerana di Malaysia penghargaan kepada hanya pertunjukan muzik tidak bagitu dihargai oleh ramai seperti di Barat atau di China..

Menurut Ahmad kejadian besar tanpa dirancang sering berlaku dalam hidupnya terutama yang bersifat romantis.

 Sebenarnya dalam kehidupan saya sebagai seorang wartawan,pengarang atau orang poiltik( laluan sementara) , saya lebih rapat dengan para artis dari orang politik dan cepat mesra dengan mereka.

Saya lebih senang dilihat sebagai seorang pengarang atau wartawan  dari seorang bekas menteri.

Kebanyakan artis yang berjaya  yang terjumpa dengan saya telah  membangkitkan semula bantuan saya kepada mereka  ketika saya  menjadi wartawan dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu tetapi saya sendiri sudah lupa siapa yang saya pernah bantu dan meanggap ini sebagai sebahagian dari tanggungjawab saya.

Bagaimanapun hubungan saya dengan Ahmad Nawab dan Mokhzani adalah agak istimewa kerana sumbangan mereka  menyebabkan  saya tidak boleh melupakan mereka. 

Ahmad Nawab saya kenali dari sejak beliau tinggal di Kampung Baharu Kuala Lumpur  dalam awal tahun 60an.Beliau  merupakan kawan rapat kepada Ketua Pengarang Utusan Zaman Allah Yarham Adi Mas (nama sebenar Rashid Ahmad) kerana karier seni mereka bermula sebagai anggota Pencaragam Polis Diraja Malaysia.

Adi menceburi diri dalam lapangan  penulisan dan menjadi penulis  cerpen dan nobel yang terkenal Sering kali di hujung minggu kami bersembang  di rumah Adi Mas di Kampung Baharu.

Atas permintaan saya Ahmad Nawab telah mencipta lagu Koporat Utusan Melayu yang lyriknya ditulis oleh saya bertajuk Suara Keramat dan Mokhzani telah mencipta lagu Sepi Sekali yang lyriknya  oleh saya setelah isteri saya diserang stroke beberapa tahun lalu.

Lagu ini  telah dirakamkan dan berada dalam pasaran diinyanyikan oleh Jamal Abdillah dan Salim.Mereka yang senasib dengan saya lebih dapat merasakannya. 
Lyriknya:

3 comments:

  1. Salam....terkejut saya.Adakah sdr "Rashid Ahmad' (Adi Mas) sama dengan Rashid Ahmad wartawan yang (dengan maaf) sebelah tangannya kurang upaya.?Jika benarnya saya amat terkejut.Dia adalah sahabat lama saya bersama Wahba,Wahid Kasran ketika saya/kami ke Franfurt,Jerman 1994.Jika benar, alfatiha.Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan dihimpun dalam kalangan ahli syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rashid Ahmad yang dimaksudkan itu masih hidup

      Delete
  2. Dalam filem P.Ramlee "Anak Bapak", ada sedutan dialog " ....memang salahlah bang lain yg disoal lain yg abg jwb..astaghfirullahalazim Siti tu ikut Ahmad Nawab..eh eh,mengapa pulak melarat ke Ahmad Nawab......." ha ha....satu filem klasik yang sangat sukar untuk di lupakan.

    ReplyDelete