Thursday, 15 October 2015

"UMNO MEMBERS CAN DO AND SPEAK OUT" AND MUHYIDDIN OUT " CUKUPLAH ISMAIL SABRI!

Gembira dapat beri syarahan mengenai Dunia Kewartwanan dan Cabaran Baru kp Siswa BA UPM baru2 ini.Ini syarahan kali kedua sejak menjadi Tenaga Adjung UPM.Saya juga masih jadi Karyawan Tamu Insitut Pemikiran Tun Dr. Mahathir UUM.

  1. Najib mahu bina Saifuddin wakili imej moderation Umno tapi akhirnya dia jumpa moderation dlm PKR.

  2. Ismail Sabri kata Umno members "can and do speakout".Kerana percaya inilah Muhyiddin Out. Cukuplah Mail, orang dah penat ketawa
  3. Sharir Samad kata Menteri2 kanan yg kritik Najib ada ajenda.Yg tak ada ajenda hanya Shahrir sahaja
  4. Menteri Wahid Omar kata Isu IMDB selesai sebulan lagi. AG kata dah selesai.Raja2 dan rakyat nak percaya yg mana ? Zeti AG SPRM atau menteri?
  5. Muga2 Allah panjangkan umur Tun Abdul Hamid Tokoh Maal Hijrah hingga dapat melihat kembalinya kepimpinan yg meyakinkan.Amin!
  6. Pas kata tiada kerjasama rasmi dg Perkasa. Biarlah tidak rasmi,kalau gagal pun tidak rasmi dan terus jadi teka teki.
  7. Kerjasama Pas Perkasa dianggap perkauman tapi bila kerjasama DAP PAS dianggap keluar dr perkauman. Inilah hukuman politic perkauman

7 comments:

  1. menarik cerita saifudin tu....sebelum2 ni kita akar umbi berkali kali bagitau najib jgn percaya ngan dia ni...tindak tanduk gerak geri dia x digemari akar umbi...tapi najib buat dek je malah diletakkan sebagai calon di temerloh...najib degil keras kepala...najib ni mmg dgr kata2 konsultan2 dan orang2 yg ambik kesempatan saja...percayalah suatu hari nnti bila najib xda kuasa mereka tinggalkan najib keseorangan.sepatutnya najib dgr majoriti akar umbi yg perjuangannya sejati dan setia.

    ReplyDelete
  2. Apa kerugian yang bakal ahli-ahli biasa hadapi kalau keluar dari UMNO? Ada sesiapa boleh bagi pencerahan.

    ReplyDelete
  3. najib dah terlambat.. orang melayu sudah tidak yakin dengan apa yang dia cakap..
    ibarat lebih gula dalam manisan. lagi lama dia mentadbir..semua kena kencing manis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Sekarang ini apa sahaja yang Najib cakap atau buat, semuanya dilihat sumbang (walaupun adakala ianya mungkin baik) sebab majoriti orang Melayu dah menyampah dan meluat dengan cara kepimpinannya. Come PRU 14, UMNO is definitely 'finished' with Najib around.

      Delete
    2. koi setuju juga... ni orang temerloh cakap

      Delete
  4. Saifuddin tak fit in dengan akar umbi umno. Audience dia ada di PKR dan Pakatan.Akar umbi umno tak boleh relate atau faham dia. Mereka lebih selesa dengan ismail sabri dan ahmad maslan. Ramai anak anak muda pelbagai kaum akan mengikut saifuddin, terutamanya budak budak u. Itulah bezanya umno denhan pkr.

    ReplyDelete
  5. - UMNO itu hanya sebuah parti sahaja. Tapi orang2 Melayu dari kampung macam ibubapa ku dan aku menyokongnya.

    - Kaum2 dalam UMNO ini baru saja berusia 60 tahun, tapi sudah nampak belang mereka. Kenapa?

    - Kaum UMNO ini pandai berpolitik untuk "menjerat" bangsa Melayu, untuk terus berkuasa. Mereka takut2kan Melayu bahawa Melayu akan jadi kaum bangsat dinegeri sendiri kalau tidak sokong UMNO....maksudnya orang2 Cina dan bangsa lain akan "merogol anak bini" bangsa Melayu! Siapa yang tidak takut berada dalam keadaan begini? Pandai kan UMNO.

    - Mereka gunakan agama Islam sebagai "umpan" supaya jerat mengena mangsa. Orang Melayu ditakut2kan kita akan jadi Kristian, Hindu dan Buddha bila UMNO tidak memerintah. Pandai kan UMNO.

    - Kaum2 dalam UMNO ini sama juga dengan kaum2 Quraish semasa zaman Rasullulah S.A.W, seribu empat ratus tahun yang lalu. Di-mana ke kaum Quraish ini pada hari ini? Bukan ke dalam Al-Quran banyak cerita2 kaum yang sudah lenyap...kaum itu adalah dari kaum2 yang sudah lupa....mereka jadi zalim, gila kuasa, bertuhan wang ringgit, arak judi dan melakukan seks luar batasan. Kaum2 itu diganti dengan kaum lain. Ini lah kada dan kadar.

    - Kita masih ingat bagaimana suatu masa dulu pun, ada suatu kaum yang kaya dan gagah hingga dapat menakluki dan menjajah negara2 lain. Sekarang, kaum ini boleh terdapat diperkampungan orang2 Portugis di Melaka. Ini lah hukum alam.

    - UMNO sudah bertukar dari baik jadi zalim, lupa daratan. Kaum UMNO ini gila kuasa, bertuhankan wang ringgit, melakukan seks dan pembunuhan gila, "judi" (ia-itu menggadaikan nasib negara sebagai pertaruhan), "arak" (unsur2 duit haram yang berleluasa dari arak, dadah, rasuah, curi dsbnya).

    - Aku dan kerabat ku memang penyokong tegar UMNO selama ini. Ada juga antara kami yang masih menyokong UMNO selama-lamanya.

    Tapi, aku pula.....UMNO sudah mati!....UMNO mati dalam hatiku, walaupun UMNO akan tetap memerintah negara ini selepas PRU14.

    ReplyDelete