Thursday, 22 October 2015

TPM ZAHID HAMIDI TIDAK HARUS LIHAT ZIKIR PERDANA DARI KEPENTINGAN POLITIK

PENDIRIAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN DITANYA(lihat komen-komen























  1. TPM dalam lawatan ke kediaman saya baru-baru ini.

  2. Menurut laporan Utusan Malaysia 21 Oktober 2015 Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi akan merasmikan Zikir Perdana  yang pernah menimbulkan kotroversi  di kalangan para ulama di negara ini di Masjid Putra,Putrajaya bulan hadapan.

  1. APAKAH JIKA  ARTIS BERKONSERT KITA PERLU KONSERT UNTUK BERZIKIR? 
  2.  Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia(Pertama)  mendakwa dengan perasmian dilakukan oleh  TPM Zikir Perdana anjurannya   sekali gus mampu menepis  persepsi negatif terhadap amalan kumpulan-kumpuan tarekat.

  3. Tidakkah ini dalam jangka panjang nya akan memecahbelahkan lagi perpaduan umat Islam di negara ini? Adakah kita memerlukan konsert dalam irama yang melalaikan untuk berzikir dengan bantuan para artis untuk menyaingi konsert pop? Akhirnya para artis yang tidak memahami agama secara mendalam menyertai politik  keugamaan yang sempit.Telah berlaku seorang dua artis yang percaya dengan sertai Pas akan terus ke surga .Mengapa kita tidak mahu belajar dari pengalaman. Apakah kita mahu kehadiran sebuah lagi Al Arqam?. 
  4. Apakata ulama terpelajar,moden, dinamik dan progresif di negara ini? Apakah kerana kepentingan politik kita hanya mahu jadi Pak Turut sahaja? 

  5. Bacalah Twitter saya:
  6. TPM Dr Zahid Hamidi tidak harus lihat Zikir Perdana dari segi kepentingan politik tetapi dari aspek sahkan tanggapan Marxism agama itu candu
  7. Buat apa Utusan Malaysia berikan promosi pada Zikir Perdana berbentuk pendekatan backward dalam negara moden seperti Malaysia.Ini bukan Indonesia.
  8. Tidak wajar Zikir Perdana diadakan di Masjid Putrajaya. Adakan dlm masjid sahaja oleh umat Islam yg terpelajar bukan dg tujuan cari wang. di himpunkan ahli zikir dengan bas dan penunjulan dan pameran orang politik dalam himpunan konsert adalah bukan peribadatan yang jujur dan ikhlas.
  9. PROGRAM ZIKIR PERDANA BAKAL DIADAKAN DI PUTRAJAYA BUKAN JATIDIRI ISLAM MALAYSIA. IMPORT DARI MANA?PULAUKAN
  10. Usaha yg di jalankan oleh kerjaan Malaysia sejak merdeka adalah utk membebaskan umat Islam dari pemikiran kepondokan tetapi untuk melahirkan gulongan keugamaan Islam yang terbuka dan global sifatnya.
  11. Pembangunan Islam yg dinamik dan realistik di Malaysia bukan kerana Zikir Perdana tetapi kerana zikir yg tak bersifat pementasan di Malaysia tetapi dari amalanumat Islam yang tidak bersifat konsert di masjid masjid dan surau -surau seluruh negara.
  12. Program Zikir Perdana suatu usaha yg bukan jadi diri umat Islam Malaysia yg akan tambah melalaikan umat Islam negara ini. Tak perlu dipromosi
  13. Pemimpin progresif Islam harus sedar berbagai program termasuk tv dan radio sekarang ini lebih bersifat ritual kearah menjadikan agama sebagai candu dan tidak membangunkan umat Islam untuk menghadapi realiti sekarang.Apa kata Mufti Perlis dan Timbalan Menteri Agama di JPM yang dinamik Dr Asyraf Wajidi Dusuki.
  14. Zikir Perdana yg kontroversi dibenarkan Jakim ada di Masjid Putrajaya bulan depan.Mungkin kerana tekanan politik.Penganjur dakwa TPM hapuskan persepsi negatif terhadap mereka



KOMEN TERPILEH anonymous 22 Oktober 2015
Orang yang mencari ilmu dan kebenaran yang sejati tidak memerlukan konsert-konsert seperti ini.
Tidak perlu bantuan artis-artis,duta-duta produk atau ostad-ostad glamour untuk mencapai kebenaran
Upacara keagamaan seperti ini dengan sokongan daripada pemerintah adalah bukti betapa penyelewengan
selalunya akan menjadi sahabat akrab antara satu sama lain.
Islam sebagai khalifah di muka bumi tidak akan berlaku hanya dengan memperbanyakkan sekolah tahfiz berserta
aktiviti ritual yang dilambakkan.Akhirnya kita akan menjadi negara ritual dan keagamaan seperti Nepal
on TPM ZAHID HAMIDI TIDAK HARUS
 LIHAT ZIKIR PERDANA DARI KEPENTINGAN POLITIK





35 comments:

  1. Saya ingat dalam konsert Zikir yang lalu turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan Pengerusi Prima Johan Jaafar yang berkupiah putih yang geleng-geleng kepala berzikir macam kena histeria. Johan dah tak tinggal sembahyang kah sejak berzikir? Ha ha ha. Dunia ini penuh dengan sandiwara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik Najib telah mengutarakan imej yang buruk kepada masyarakat umum - terutama yg bukan Islam -dengan menonjolkan diri pada majlis zikir sedangkan dia terlalu terlibat dalam kekecokan moral peribadi.

      Delete
    2. Sangat tepat. Aktiviti seperti ini hanya dilakukan oleh orang yang tidak faham apa itu Islam sebenarnya. Hanya menunjuk-nunjuk. Untuk menjadi lebih Islam, Malaysia seharusnya meningkatkan usaha memperbaiki mutu sistem pendidikan. Lahirkan rakyat yang bukan sahaja mahir dalam bidang masing-masing tetapi berkeperibadian tinggi, sanggup bekerja keras untuk kebaikan masyarakat dan negara. Suatu contoh yang baik ialah TanSri Zeti.

      Delete
    3. BUKAN SANDIWARA..HIPOKRISI..
      Kosert gay muahaha..

      Delete
    4. Benar sekali. Orang seperti Zeti lah yang mengharumkan nama Islam sebagai agama yang bermaruah dan tidak sahaja agama yang ganas tetapi bagi yang sempit fahaman Islam, mereka utamakan tentang Zeti tak bertudung seolah-olah tudunglah sahaja maruah Islam.
      Era Mahathir,dia berani menegur amalam agama yang bersifat ritual tetapi sekarang pemimpin-pemimpin UMNO ikut-ikutan sahaja sedangkan pada hakikatnya Hadi sendiri dah tak nampak DAP kafir lagi. Ini adalah sebenarnya kejayaan dasar sosialisasi UMNO tetapi UMNO tak sedar dan sedang mengalah.

      Delete
    5. 17:02, ahli "otak di kepala lutut" tidak dijemput ke majlis fikir ini ... tak arif ke?

      Delete
  2. Untuk menarik gulongan muda,maka di bawalah artis-artis ke konsert agama tetapi artis tetap artis. Persembahan mereka akan terus bersifat pasaran dan comercialism dan ini akan menimbulkan kekeliruan dan kesalahfahaman di kalangan mereka yang tidak tahu berfikir dan mengenal agama hanya dari segi ritual.

    Umpamanya akan ada yang bertanya kenaapa artis terus menyanyi dan menari nari sedangkan dia dah berzikir.Ini adalah negara terbuka. Ini bukan Arab Saudi dan kerana itu pendekatan kita mestilah bersifat terbuka dan tidak bersifat pengasingan dengan pakaian kita dan juga dengan cara hidup kita. Pakaian sokongkok Melayu adalah lebih smart dari kupiah lebai terutama jika di pakai dengan suit Melayu.
    Di Sarawak dan Sabah orang Melayu kacak sembahyang jumaat atau hariraya dengan pakaian Melayu.

    Tidak mesti usztas yang ada PHD dalam Usuluddin berfkiiran terbuka dan hebat malah mereka juga melihat pendekatan agama dengan sempit kerana mereka tidak membaca buku lain selain dari buku agama.

    Ustazah-ustazah yang bercakap di radio dan Tv kebanyakannya mengulangi benda yang sama yang percaya hanya dengan kembali kepada Allah dan cara hidup zaman nabi dan mencontohi sifat-sifat nabi akan menyelamatkan kita sedangkan cabaran yang kita hadapi adalah berlainan.

    Umpamanya dulu anak -anak gadis di larang keluar rumah kerana mendatangkan fitnah dan tidak akan di pinang orang tetapi ibu bapa bertanya pada anak gadis kau tak adakah teman lekaki yang seosai ,takkan tak boleh dapat di tempat kerja dan sebagainya kerana bimbang anak gadisnya jadi anak dara tua.
    Sebelum kahwin dah bertunang pun dah jalan bersama. Anak ustaz ke , Pak Haji ke, tok kadi ke atau anak orang agama pun biarkan keadaan ini asalkan selamat.Tak usahlah hipokrit dalam soal ini.
    Fikiran fustazah dan ustaz di TV bukan semua boleh pakai,dah tak sesoai dengan zaman kerana mereka tidak baca buku yang sezaman.Merkea hanya rujuk buku agama dan tak pernah baca buku psiakologi dan fikiran-fikiran besar selain dari orang agama.

    ReplyDelete
  3. Kita patut galakan pemimpin politik mendekati zikir sesuai dengan kualiti dan kuantiti dosa mereka.

    Kebinatangan politik yang mereka amalkan, buas dan ganas perlu kaedah khas, vaganza dan ditunjuk tunjuk...

    Mungkin selepas gagal memujuk PAS bersekongkol dengan UMNO..adalah perlu UMNO bergerak ke depan dengan menunjukkan meteka lebih Islamik dari PAS...

    Paklah dulu dilabel bersih..akhirnya tidaklah bersih pun...
    Zahid dilabel ada asas ugama... kita tengok setakat mana...
    Bukan berpersepsi atau berprasangka buruk tetapi lazimnya akhirnya hancus...
    Anwar dulu selepas dilantik TPM...berapa masjid dia jadi imam...akhirnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sifat kebinatangan??? Betul dan tepat. Tambah lagi dengan sifat kebangangan dan kebangsatan seperti yang dikatakan oleh najib. Zahid dan najib sama saja bangang dan bangsat sifatnya pada masa ini....

      Delete
  4. Sekadar ingin berkongsi pengalaman dgn Tan Sri tentang nikmat zikir...bagi yg mahu meyakininya. Baru baru ni saya tlh menghadapi masaalah sakit jantung dan telah menjalani pembedahan angioplasty...apabila mengetahui jantung saya bermasaalah..hati jiwa dan perasaan jadi gelisah dan tak tenteram. Namun saya kuat kan semangat untuk menghadapi apa jua takdir atau kemungkinan...dipendekkan cerita sebelum..semasa..dan selepas pembedahan saya tenangkan hati jiwa dan perasaan saya dengan zikrullah..mohon kehadrat allah swt agar semua nya selamat dan saya dpt kembali pulih dan sihat seperti biasa. Alhamdulillah dgn limpah rahmat dan kekuasaanya saya pulih. Berhubung kait dgn Zikir Perdana ini saya pun tak pasti apakah tujuan dan niat yg ada pd TPM..hanya allah yg maha mengetahuinya!..yang pasti negara dan rakyat sedang dilanda kegelisahan dan ketidaktenteraman hati..jiwa..dan..perasaan!..biarkanlah zikir ini dgn limpah rahmat dan kekuasaan serta ilmu allah swt yg maha luas dpt menteteramkan hati..jiwa..dan..perasaan kita semua!..manusia itu dgn perancanganya namun perancangan allah jua lah yang akan mengatasi segala galanya..kalau ditanya saya akan faedah dan nikmat zikir..sayalah salah seorang dari insan yg kerdil ini yg tlh dikurniakan allah utk menikmatinya..Aamin ya rabbal Aalaminn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak menghalang sesiapa untuk berzikir dan saudara mendapat ketenangan jiwa,keyakinan dan pemulihan bukan dengan menyertai Konsert Zikir tetapi dengan bersendirian atau beramai-ramai dimasjid bukan sebagai suatu pementasan.

      Saya tidak menolak nikmat dan hikmah berzikir. Saya pun berzikir setiap sembahyang atau bila kelapangan.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  5. Omputih kata action speaks louder than word. Di hong kong, bekas CEO donald tsang kena tahan dengan agensi anti rasuah. Donald tsang ni nominee beijing, tahap very powerful figure, tapi kena sapu jugak, sebab dia orang tak pilih bulu. Di sini, pemimpin2 sibuk nak tonjol imej alim. Tapi yang dinilai oleh rakyat ialah actions, atau perbuatan mereka.

    ReplyDelete
  6. Saya tidak ada masalah dengan acara berzikir atau selawat. Tetapi kalau nak berzikir, zikir sahajalah. Buatlah dengan ikhlas. Untuk apa mengundang artis? Sudah ketandusan sangatkah orang lain yang lunak berzikir? Satu lagi yang paling menimbulkan persoalan apa perlunya acara perasmian? Yang merasmikan pula adalah Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi yang sedang mengumpul pengaruh politik.

    Maka saya pun mulai prejudis terhadap keikhlasan penganjuran zikir perdana ini akan menjadi zikir politik. Kalau perhimpunan baju merah dengan campur tangan UMNO boleh membawa beratus-ratus bas dari luar Kuala Lumpur, tidak mustahil akan beratus bas juga yang membawa orang UMNO dari luar untuk memenuhi Putrajaya kerana penglibatan Zahid.

    Saya fikir orang yang merasakan diri mereka cerdik pandai atau alim ulama perlu membuat anjakan, takkan semua majlis hendak ada acara perasmian dan yang merasmikan pula adalah orang politik? Cubalah keluar dari pemikiran lapuk asal ada acara mesti ada perasmian. Asal ada acara mesti orang politik dilibatkan.

    Saya harap pembaca-pembaca atau pembahas jelas bahawa saya bukan menentang acara berzikir. Tetapi saya mempersoalkan ketulusan pihak yang menganjurkan acara keagamaan ini. Apakah kalau tidak dirasmikan oleh orang politik acara berzikir ini tidak berjaya?

    Apa itu berjaya? Orang banyak datang berpusu-pusu yang diangkut seperti banyak acara pemimpin politik melawat ke kampung-kampung? Saya fikir penganjur tidak perlulah menipu diri dan rakyat, Kalau yang datang hanya seratus orang yang benar-benar menghayati adalah jauh lebih baik setengah juta tetapi mereka datang kerana ada Timbalan Perdana Menteri.

    Bukan pemimpin politik tidak boleh datang, tetapi datanglah tanpa protokol. Tetapi masalahnya sekarang ini sembahyang Jumaat pun sudah ada protokol orang VIP di barisan paling depan. Mengenai Zikir Perdana, hasilnya sudah pastilah "berjaya". Berani nak kata tak berjaya acara yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara...islam itu asalnya asing dan sembunyi sembunyi..dgn senario dimana perpaduan umat dan ugama islam berada pada tahap yang membimbangkan dan dipandang sinis olih musuh musuhnya...it is about time that we gather and show of force !!! dgn berzikir beramai ramai memohon pertolongan dan bantuannya...dgn tidak menetapkan dihati akulah yang betul dan engkaulah yg salah...kerana yang dicari ialah kebenaran dan kebenaran itu adalah hak allah.Mungkin agak melucukan dan saudara akan mentertawakan saya jika saya nyatakan disini adalah menjadi harapan saya utk melihat diatas pentas itu nanti dpt dihimpunkan semua pemimpin pemimpin dan tokoh tokoh figura melayu islam dari segenap lapisan tak kira dari kumpulan mana bersama sama melaungkan kebesaran allah swt...sambil show of force dan kesepakatan...on common ground...kpd penganut islam dan bukan islam utk diteladani dan digeruni !!!...dan bukankah ibadah haji itu disamping menunaikan rukun islam dan mencari keredhaan allah swt...ia juga adalah perhimpunan show of force and solidarity umat islam yang hebat...dan sentiasa dikagumi dan digeruni...dan itulah yg dilakukan olih baginda saw apabila telah berhijrah ke Madinah....does it involved politics here?...wallahhuaalam.

      Delete
  7. Kalau program sebegini diganti dengan program melawat kampung Selama 3 bulan duduk di kampung kawasan masing2 seperti pra prk alangkah indahnya!!!dah lama saya tak melihat muka depan utusan yb2 beraksi sebagai pencuci jamban Dan penoreh getah.....

    ReplyDelete
  8. Zahid hamidi sudah mengatur gerak langkah sebagai p.m akan datang...nampaknya kem najib sudah goyang dengan move kuda kepang jawa,jika tidak masakan blogger bangang najib the unspinner kritik artikel tan Sri mengenai zahid!!!

    Hahaha

    ReplyDelete
  9. blog zamkata 'kebebebasan bersuara dah tak ada 'seperti blog cet det 'siapa kuat menghampu dia lah akan terima masuk betul tak zam.

    he.he.he

    ReplyDelete
  10. Saya tak faham apa maksud saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari apa katakan 'apa saya cakap itu mungkin zam tahu apa maksud dia, che det untuk orang kaki hampu. tun m sendiri tak berani berhadapan perang cyber di buat oleh dap itu. sebab itu 'saya berani cakapkan blog che det khas untuk kaki hampu Dan untuk menyamar.
      beranikan che det hadapi tegurun Dan serang tentera cyber jawapan ada di che det sendiri dia tak mampu hadapi . anda sendiri perhatikan nya sendiri.
      itu jawapan 'saya bagi ini
      untuk jadi pm zaman sekarang bukan seperti zaman dulu. mungkin zam tahu apa saya cakap kan dulu semua mampu sorok sekarang sukar sorok. sebab itu 'saya cakapkan mahyuddin tak sesuai jadi pm, zahid tak sesuai jadi pm, tun m jika jadi pm pada zaman ini dia tak sesuai jadi pm pada zaman ini.

      ciri2 orang jadi pm pada zaman ini
      orang menahan keritikan pedas orang itu akan jadi pm
      orang bersedia hadapi serangan pribadi Dan serangan maruah keluarga orang itu akan jadi pm
      orang bersedia perang cyber orang itu akan jadi pm.
      orang bersedia hadapi serangan pribadi akan jadi pm.

      mungkin semua orang semua tak bersetuju apa yg saya cakapkan ini 'saya bukan kaki hampu najib saya sendiri berani keritik najib itu sebab terlalu leka dengan 1malaysia dulu. 'saya tak mahu pisang berbuah dua Kali sebab leka dengan pujian

      najib dah dibiasa dengan serangan pribadi Dan keluarga sejak dia dilantik jadi menteri mungkin perkara itu beliau sukar dijatuhkan tak seperti anwar ibraham gagal hadapi buku 50dalil kenapa anwar tak boleh jadi pm .dengan tenang. sebab berani cakap anwar tak layak jadi pm sungguh dia hadapi masalah morel melampau dia cepat gelabar jika rahsia terdedah. macam mana anwar hadapi masalah jika rahsia umno terdedah seperti sekarang jika dia lantik jadi pm
      Cuba anda fikirkan lah buka mudah hadapi media sosial pada masa sekarang

      Delete
  11. Aku ingat masa zaman aku sekolah dulu, program-program berbentuk keagamaan yang diadakan di sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, tidak ada program berbentuk sebegini diadakan. Ya, tidak ada. Lepas tu masuk universiti, bekerja, berkeluarga, hujung minggu bersembahyang secara berjemaah di masjid dan surau, kerap kali menyertai program berbentuk keagamaan di sana, belum pernah lagi jumpa majlis zikir secara besar-besaran goyang kepala, goyang badan sehinggalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ianya seperti sudah menjadi acara wajib di negara kita saban tahun.
    Ilmu agama saya taklah setinggi mana untuk mengatakan ianya dibenarkan dalam Islam atau tidak cuma dulu tidak ada benda-benda ni semua. Kerajaan dan pemimpin dulu sangat sensitif pasal perkara ni. Bagi saya program seumpama itu agak ganjil dan aneh dan tidak berapa sesuai untuk umat Islam di negara kita yang rata-ratanya bermazhab Shafie.
    Apakah pendapat sebenar Majlis Fatwa Kebangsaan pasal perkara ni. Pendapat para mufti pula macam mana? Mereka perlulah tampil untuk memberi penjelasan. Mereka perlu tampil memberi nasihat kepada kerajaan akan perkara yang di anggap 'luar kelaziman'. Mereka tidak seharusnya mengikut arus dan telunjuk pemerintah jika ada sesuatu yang dirasakan tidak kena. Kita tidak seharusnya menerima saja trend atau produk dari luar yang masuk ke negara kita tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.
    I agree with Tan Sri Zam and some of the commentators here. Zikir supposed to be personal and private. It is between us and God. It usually done after prayers either in Jamaah or in private. Why do we need a grand show solely for zikir purpose? And the shaking of head and body stuff? The practise seems strange and weird. Deviant practices have that kind of moves as well.

    ReplyDelete
  12. Toksah cerita panjang-panjang la Tan Sri..jalankan Kempen Boikot 1Malaysia jer sebagai cara nak ajaq kesombongan, kemunafikan dan kezaliman depa. Depa tu mabok kuasa..orang mabok besa la..dia buat apa pon mana ada pikiaq-pikiaq.

    ReplyDelete
  13. Setakat yang saya faham mengenai ajaran islam semua ibadat perlu dilakukan dengan penuh tawaduk dan ikhlas kepada Allah, bukan menunjuk-nunjuk (riak) , ujub atau lebih teruk dari itu takabur . Bukan ada protokol kerana semua manusia di sisi Allah adalah sama kecuali yang takutkan Allah, iaitu yang tidak melanggar titah perintah Nya . Zikir boleh beramai-ramai tapi bukan macam pertunjukan konsert. Kita ada menteri agama dan penasihat agama di jpm selain majlis fatwa dan jakim. Namun kita tak tahu lah bidang kuasa dan tugas mereka setakat mana . Apa yang boleh diharapkan jangan sampai Allah terlalu marah dan seperti pernah berlaku pada umat umat dahulu - dihancurkan sehancur hancur nya .

    ReplyDelete
  14. panglimo potaseh23 October 2015 at 00:23

    Saya melihat amalan islam kebelakangan ini mirip gaya hidup kristian seperti yang terdapat dalam drama tahun 70an "little house in the prerie".. seperti mewakilkan sesaorang baca doa makan, tidur .. melagukan ayat yg dianggap suci, cara berpakaian dan tudung, air suci .. tetapi air suci kristian ini tidak didagangkan seperti yang diamalkan ustaz kita.

    Di TV saban masa kita boleh dengar ceramah yang kadangkala disampaikan dengan berbagai gelagat .. mereka berkelakar sehingga tersasul bercerita betapa nabi berkenduri dengan roti jala .. bergabung dengan artis seakan mengejar "rating TV"

    .. di masjid dan surau tak kurang rancaknya .. para ustaz ini seakan bersaing .. kita dapat lihat bajet masjid dianggarkan 65% lari masuk dalam poket pak uztas ini .. begitulah hebatnya apabila ugama itu dah jadi bahan komoditi .. dipolitikan, ugama sebagai alat untuk menyorokan kepalsuan dan dusta. Ustaz kita seronak untuk tegakkan ugama sebab lebih mudah dan audien nya adalah melayu .. pada asasnya malas membaca. Bilakah ustaz ini nak sebarkan islam .. kaum cina malah orang asli lebih syok masuk kristian berbanding islam .. mengapa???



    ReplyDelete
  15. Belum buat dah komen dengan prasangka. Elok rujuk kepada pakar. Kelebihan menganalisis info sebagai.wartawan perlu diguna untuk melihat masalah hari ini.berpunca dari hati dan penyelesaian melalui agama ialah dengan zikir mencuci hati. Banyak program dirasmikan TPM termasuk program ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya sangat elok kalau program ini dirasmikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan atau mana-mana tokoh agama, kalau tergedik sangat semua acara termasuk keagamaan wajib ada acara perasmian. Tetapi sangat elok lagi kalau tidak ada acara perasmian. Kalau Zahid nak datang, datang dan duduk bersama-sama orang ramai. Bukankah itu tandanya pemimpin berjiwa rakyat? Sebab itu saya selalu tekankan bahawa sesetengah pihak dalam kalangan kita kena buat anjakan minda, kerana yang penting isi program bukannya acara perasmian. Oleh kerana tidak penting maka jangan adakan perasmian. Perkara begini tidak perlu nak rujuk dengan pakar pun. Fikir sendirilah kalau masih dianugerahkan Tuhan ada pemikiran.

      Delete
  16. Maaf ada komen yang menyokong Konsert Zikir Perdana ini yang ter delete oleh saya. Harap yang berkenaan tulong kirimkan semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan Sri. With due respect , we would like to advice that you seek the advise of learned ulama on matters of religion. Rasulullah s.a.w encourage gathering of remembrance, and this is recorded in so many hadith of s.a.w.
      I will not forget hearing you personally objecting to female rtm news presenters doning hijab ,when it is Allah swt command that they do.
      Hence it is my sincere advice as a muslim to another that you seek the counsel of scholars like Dr Afiffi in Oxford University , or prof Alan Godlas of USA or sheikh Hamza yusuf also of Usa and many others.I refer you to these foreign scolars as obvious you do not view local pondok ulama with much respect.

      Ya. Berzikir ramai ramai melalaikan manusia dari membuat maksiat.

      As Tan Sri is so very concerned on the well being of the people of Malaysia, i humbly ask you, whilst you were the information minister, did you read scientic studies by reputable universities and bodies in USA,in UK.in Germany. Japan n many other conuntries on the some negative effects of music and musical video.

      It is not too late to do a serious and an unbais study of the subject of human need for entertaiment.if you have not.

      With due respect Tan sri.

      Delete
  17. Zikir perdana adalah satu majlis yg umno.boleh menyelam sambil minum.air
    Boleh tunjuk dgn ramai yg hadir sbg tanda sokongan pd najib. Bull shit!!
    Org politik umno n pas dah tak de modal nk cari undi
    Agama adalah satu kaedah yg berbaloi. Sapa tolak apa2 kaitan dgn agama boleh dituduh kafir n munafik. Kan mudah tu?
    Apa saja atas nama agama semua kena terima
    Betoi la agama dah jadi alat politik. Faham agama atau tidak soal nombor 2. Yg penting semua berkait agama kena sokong
    Hudud Pas tak sokong jatuh kafir! Kan..kan
    ...kan

    ReplyDelete
  18. Saudara...islam itu asalnya asing dan sembunyi sembunyi..dgn senario dimana perpaduan umat dan ugama islam berada pada tahap yang membimbangkan dan dipandang sinis olih musuh musuhnya...it is about time that we gather and show of force !!! dgn berzikir beramai ramai memohon pertolongan dan bantuannya...dgn tidak menetapkan dihati akulah yang betul dan engkaulah yg salah...kerana yang dicari ialah kebenaran dan kebenaran itu adalah hak allah.Mungkin agak melucukan dan saudara akan mentertawakan saya jika saya nyatakan disini adalah menjadi harapan saya utk melihat diatas pentas itu nanti dpt dihimpunkan semua pemimpin pemimpin dan tokoh tokoh figura melayu islam dari segenap lapisan tak kira dari kumpulan mana bersama sama melaungkan kebesaran allah swt...sambil show of force dan kesepakatan...on common ground...kpd penganut islam dan bukan islam utk diteladani dan digeruni !!!...dan bukankah ibadah haji itu disamping menunaikan rukun islam dan mencari keredhaan allah swt...ia juga adalah perhimpunan show of force and solidarity umat islam yang hebat...dan sentiasa dikagumi dan digeruni...dan itulah yg dilakukan olih baginda saw apabila telah berhijrah ke Madinah....does it involved politics here?...wallahhuaalam.

    ReplyDelete
  19. Program zikir nilebih kpd politik nak menunjukan kerajaan ni islam org politik ni alim ini semua kepura puraan saja allah lebih mengetahui amin

    ReplyDelete
  20. Anon 10.27,

    Mike ngaji pondok di Gunong Semanggol ke pesantren? Takde pulak dalam sejarah Nabi buat zikir ramai-ramai utk tunjuk kekuatan umat Islam mase lawan puak kafir Quraish. Tan Sri Zam kan dah kate bukannye nak halang majlis zikir..tapi janganlah dibuat atas tujuan politik atau setaraf konsert dengan jemput artis sebagai crowd puller. Orang kafir takkan respect dgn orang Islam yang banyak jadi musang berbulu ayam. Cakap macam orang Islam tapi perbuatan lebih terok dari orang kafir.

    ReplyDelete
  21. What are you talking about 'Show of Force'? Apakah dengan menghimpunkan figura Melayu akan menggerunkan pihak lain dan dunia akan mengkagumi kita?Inikah caranya untuk Islam menjadi khalifah di muka bumi?Allah tetap Maha Besar tanpa kamu berhimpun dan melaung begitu rupa.Hebatnya Islam BUKANKAH kerana penguasaan ilmu dan keupayaan hebat dalam pelbagai bidang kehidupan,berserta keadilan,keselamatan,kedamaian dan kasih sayang?Hakikatnya 'kepercayaan' ini memecah belahkan ummah,dan berbunuhan sesama sendiri.Orang Islam menjadi pelarian yang meminta perlindungan daripada pihak yang kita hendak gerunkan.

    ReplyDelete