Friday, 16 October 2015

TIDAK SEMESTINYA ZAHID TAK TANGKAP SAYA

Datuk Ahmad Zahid Hamidi sedang beramah  mesra dengan isteri saya Zaiton di kediaman kami di Putraja pada 15 Oktober 2015

Setelah sahaja  gambar- gambar kunjungan  Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr.Ahmad Zahid Hamidi  ke rumah saya tersiar  menerusi  facebooknya sendiri dan juga di twitter,banyak  yang bertanya mengapa Zahid ke rumah  saya?

Ada yang menalipon, SMS atau bertanya menerusi orang tengah.

Tentunya pertanyaan ini timbul kerana saya dianggap sebagai krtikal terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib,menteru-menteri  dan mempertikaikan teguran Zahid kepada pemimpin  parti terhadap 1MDB sebagai menimbulkan kontroversi sebaliknya   bagi saya kerana sayangkan parti.

Bagaimana pun soal ini langsung tidak timbul dalam pertemuan kami malah sebenarnya Zahid telah pun lama menyatakan hasrat untuk berkunjung ke rumah sejak lama dahulu kerana beliau tetapi meanggap saya sebagai bosnya.Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri ketika saya menjadi Menteri Penerangan.

Walaupun saya telah bersara tetapi di mana-mana majlis atau pertemuan beliau tetap merujuk saya sebagai bosnya. Terbaru dalam ucapannya  di Majlis Anugerah Wartawan Negara kepada Datuk Rijal Arbi.

Ditegaskannya berulang kali  " Kalau dulu sesaorang itu  guru saya maka  hingga hari ini dia tetap guru saya, kalau dulu dia penghulu saya maka hari ini pun dia tetap penghulusaya  dan dulu  Tan Sri bos saya maka hari ini tetap bos saya"

Dalam keadaan saya takut dihampiri atau dilihat bersama dengan saya oleh bekas-bekas pegawai-pegawai  saya dan juga mereka yang berkepentingan maka kehadiran Zahid  di rumah saya tentunya mengejutkan mereka.

Bagaimanapun dengan  kunjungan Zahid ke rumah saya , tidak semestinya berarti Zahid tidak akan menangkap saya atau  Zahid juga  tidak akan ditangkap( ha ha ha)  seperti apa yang berlaku pada Tan Sri Samad Ismail, Abdullah Majid dan juga Abdullah Ahmad(Dolah Kok Lanas) orang dalam Tun Abdul Razak yang  ditahan di bawah ISA sebaik sahaja  Hussein Onn menjadi PM  atas hasutan dari Singapore  ( baca buku memoir  Lee Kuan) 

Bagaimanapun suatu yang pasti bagi saya walaupun Zahid  seorang pemain politik yang pintar.licin , cekap  dan juga seorang nasionalis tetapi  sebagai seorang berpendiikan tinggi agama saya percaya naluri keugamaan itu tetap memandunya dalam apa juga tindakannya.Demikian juga Muhyiddin Yassin walapun beliau tidak mempunyai pendidikan agama setinggi Zahid tetapi latar belakang keluaganya adalah  orang agama.

Kami sekeluarga mengucapkan amat berbesar hati atas kunjungan Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke kediaman kami dan kami mendokan semuga Allah Subhanuwataala merastukan keselamatan dan kejayaan cemerlang bagi perjalanan politiknya  yang krikil.



Embedded image permalink








24 comments:

  1. Jangan terlalu seronok dan berharap tan Sri.....najib sewaktu tpm pun begini juga!!!harap tan Sri terus istiqomah dalam menyuarakan pendapat tanpa mempunyai emosi sentimental.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah Tan Sri. Rambut sama hitam hati lain2. Jgn terpedaya.

      Delete
  2. Nampaknya zam dah jadi antara kalangan orang penting di kalangan orang2 utama di negara ini. Di harap zam tetap pendirian dan jangan jadi spt lalang ikut angin bertiup.
    Kemuliaan seseorang adalah kerana mempunyai prinsip dan teguh pegangan bukan pangkat dan cash is king!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk apa saya nak lari dari prinsip hidup saya tanpa ikatan atau konspirasi dengan sesiapa. Yang seronok ialah bersama kawan-kawan dengan teh tarik dan jalan sana sini cara rakyat biasa dan tidak perlu tinggal hotel 5 or 6 star.
      Saya juga tak suka orang hormat berlebihan.. Sebagai wartawan habis dunia dah di jelajah.
      Nak jadi menteri balik tak mahu ta[pi nak jadi wartawan di lapangan bolehlah tapi dah tua.
      Dalam pada itu kita jangan terlalu khayal dengan prinsip sebab betapa pun hebat manusia ada kalanya terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan.contohnya ialah beberapa orang sosialis yang telah korbankan pegangan mereka dan sanggup bersekongkong dengan homosexual; dan sebagainya. Kita buat apa yang kitafikir betul pada nilai kita. Kebahagian kita tidak bergantung pada pandangan orang tetapi bagi apa yang kita rasa sendiri.

      Delete
    2. Haha...madir bukan kawan saya..

      Delete
    3. Betul...sdra Zam.

      "What people think of you is not anymore important....but what you think of yourself matters".

      Kadang2 kita kena puaskan hati kita dulu dpd berfikir untuk memuaskan hati org lain.

      Delete
  3. Esok Zahid lantik Zam sebagai Peg Khas dia kot, lepas tu sy nak kena jumpa Zam pula, mana tau kot2 dapat jadi driver Zam pulak ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Susah tok kalau nak bekerja (menulis) selepas ini...termakan budi.

    Zahid menggunakan diplomasi untuk melenturkan "musuhnya" tanpa menggunakan "derma" tetapi "budi" dan "budi bahasa".

    Alangkah baiknya kalau Dato bisikan kepadanya supaya kembali ke pangkal jalan bersama Muhyiddin.

    ReplyDelete
  5. Tak tahu apa nak cakap Datuk Zam. Assalaamualaikum, wal khairu was sharru bi ma syi'atillah.

    ReplyDelete
  6. 'Muhyiddin Yassin walapun beliau tidak mempunyai pendidikan agama setinggi Zahid tetapi latar belakang keluaganya adalah orang agama'

    nabi noh dgn anaknya & nabi ibrahim dgn ayahnya. paderi2, rabbi2 & ulamak2 banyak yg melelong.

    ReplyDelete
  7. Biar dia jumpa kawan baik lama zam itu, najib jumpa hadi semasa dia sakit ,tun mahathir jumpa anwar semasa bapa dia meninggal dunia tak salah pun kita lawat orang janji kita terikut2 ideologi Korean utara memegang ideologi nepotisma utara itu yg anwar Dan dap perkenalkan dimalaysia ini

    ReplyDelete
  8. Salam Tan Sri ZAM dan juga Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan para pengkomentar sekalian.

    1. Agak lama juga saya tidak melontarkan komen di ruangan komentar blog Tan Sri memandangkan kesibukan tugas melaksanakan amanah dipertanggungjawabkan kepada saya.

    2. Umum tahu, DSAZH bijak berpolitik. Gerakannya tersusun walaupun kadang kala ternampak beliau kehilangan arah. Kebijaksanaan beliau berpolitik dapat dilihat berdasarkan kedudukan beliau sekarang, iaitu berada di kerusi nombor dua dalam kerajaan selepas Dato' Sri Najib Tun Abd Razak.

    3. Begitu juga jika diambil kira keputusan pemilihan UMNO pada 2013 lalu yang mana DSZAH menang jawatan Naib Presiden UMNO dengan jumlah undi dari Bahagian yang paling tinggi berbanding lain-lain calon iaitu Dato' Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

    4. Lebih menarik lagi, DSAZH yang dahulunya penyokong kuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), sehingga menjadi 'budak suruhan' bekas Timbalan Perdana Menteri itu untuk 'menyerang' Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 1999, kini berada di posisi hampir kepada jawatan Perdana Menteri Malaysia.

    5. Cuma yang membataskan beliau ketika ini adalah posisi beliau dalam UMNO kerana ketika ini beliau adalah Naib Presiden parti, sekaligus menyukarkan beliau menjawat jawatan Perdana Menteri sekiranya Dato' Sri Najib berundur kelak. (Jika Dato' Sri Najib berundur, secara automatik, Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO akan mengisi jawatan Presiden parti sekaligus dilantik sebagai Perdana Menteri)

    6. Meneliti tulisan Tan Sri kali ini, saya kira Tan Sri beranggapan DSAZH pemimpin yang layak untuk berbuat sesuatu dalam memulihkan kecelaruan politik negara. Tan Sri dilihat menaruh keyakinan agar DSZAH mengambil tindakan yang sewajarnya kerana beliau dalam posisi terbaik untuk memperbetulkan keadaan disebabkan timbulnya pelbagai dakwaan mengenai kepimpinan negara.

    7. Ini kerana DSAZH bukan sahaja Timbalan Perdana Menteri bahkan menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri, salah satu Kementerian berpengaruh yang di bawahnya terletak Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM). PDRM, selama ini telah terbukti mempunyai kewibawaan dan integritinya dari segi penguatkuasan undang-undang negara. So, the ball at his feet right now. Bila-bila masa sahaja DSAZH boleh merubah rentak permainan - game changer.

    8. Dengan reputasi beliau yang berlatar belakang pendidikan agama Islam yang tinggi, sudah semestinya DSAZH menyedari bahawa apa yang berlaku ketika ini khususnya yang melibatkan kepimpinan Dato' Sri Najib hendaklah diselesaikan secepat mungkin agar tidak membawa impak negatif kepada rakyat dan agama itu sendiri.

    9. Berkemungkinan DSAZH memahami keadaan ini namun pergerakannya agak tersekat sementelah Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi berada di dalam parti sebagai Timbalan Presiden UMNO. Jadi beliau memerlukan lebih masa untuk mengambil sesuatu tindakan yang jika tersilap langkah, bukan sahaja Dato' Sri Najib dijatuhkan malah kemungkinan besar juga impiannya untuk menduduki kerusi nombor 1 negara semakin jauh dari tercapai.

    10. Sehubungan itu, bagi mengukuhkan kedudukannya dalam UMNO serta kerajaan, DSZAH buat masa ini sedang menemui kepimpinan dan ahli-ahli parti di peringkat negeri seluruh negara. Satu tindakan yang baik untuk meraih sokongan tatkala pelbagai peristiwa berlaku dalam negara akhir-akhir ini.

    10. Jika beliau sudah berasa kukuh dan mendapat hidayah dari Allah, insyaa Allah DSAZH akan tetap menjadi PM tanpa perlu menunggu sehingga Pilihanraya Umum Ke-14 akan datang. Kerana ia hanya akan lebih merisikokan bukan sahaja dirinya bahkan parti secara keseluruhannya jika sesuatu tidak dilakukan segera sepertimana kehendak rakyat Malaysia.

    p/s: Bagaimana saya boleh menolong Tan Sri dari segi memperbaiki kesilapan ejaan pada artikel tulisan Tan Sri sebelum ia disiarkan untuk bacaan umum? Anggaplah ia pertolongan ikhlas dari saya dalam membantu Tan Sri menyumbangkan jasa kepada negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan dan terima kasih banyak.

      Delete
    2. Mohon alamat email Tan Sri jika tidak keberatan utk saya berkomunikasi secara personal dgn Tan Sri.

      Delete
  9. Dia tetap orang anwar.Liwat tetap liwat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagilah komen yg ilmiah sikit...org dh kedepan awak masih dgn gaya lama

      Delete
    2. PAS dan PKR tu ilmiah mana dia faham.

      Delete
  10. TSri,

    Nampak betapa bangganya TSri dengan kunjungan TPM.Saya sudah lama mengikuti tulisan TSri.Nada tulisan TSri akan bebeza jika menyentuh DS Zahid selepas ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah ukuran kebanggaan saya mengenai lawatan ini. Tulisan saya?. Siaran gambar-gambar?

      Masa saya kenduri pindah ke kediaman saya ini pun beberapa tahun dahulu beliau dia hadir.

      Gambar-gambar lawatannya terbaru pun, bookfacenya yang terbit lebih dahulu dan saya ambil dari orangnya.Saya tak suruh sesiapa ambil.
      Apakah tulisan saya mendoakan keselamatannya sebagai kebanggaan saya.Dia kawan lama saya sejak dia jadi penulis sambilan Utusan..
      Tidak semestinya dilihat beliau sahaja yang dapat menukarkan fikiran saya,tetapi tidakkah saya mampu tukar fikirannya?
      Ya mungkin tulisan saya mengenainya akan berbeza dari masa kemasa maka itu saya pernah dianggap bergaduh dengan Mahathir semasa jadi menteri tetapi semasa saya menjadi wartawan pun,Mahathir dah kata secara terbuka "Zam kawan saya tetapi kawan yang ada kalanya menyusahkan"
      Saya tidak pernah membanggakan diri dan demikian juga isteri saya dan anak-anak saya malah mereka tidak mahu diketahui sebagai anak Tan Sri.Mereka menyembunyikannya dimana pun mereka bekerja sehingga akhirnya diketahui juga.
      Masa saya jadi menteri piun saya tak suka orang sambut2 saya tetapi nak buat macam mana.
      Kawan-kawan Teh Tarik saya tahu sikap saya. Jika tidak masakan Tan Sri" pergi minum Teh Tarik di gerai Jln Masjid India setiap minggu. Ada orang kata Tak Sri tak patut datang sini.Tetapi saya kembali ke asal.Inilah tempat saya semasa menjadi reporter lebih 40 tahun dahulu.Saya peduli apa dan saya juga tidak peduli siapa.

      Mahathir juga bukan kawan rapat saya seperti yang orang sangka. Tanyalah dia berapa kali saya pergi lawatinya sejak bersara,bertembong disana sini adalah tetapi antara kami berdua ada jalinan perasaan dan pandangan yang tidak perlu kata-kata atau perukaran fikiran kerana persamaan dalam sesuatu isu.Itulah yang menampakan persahabatan kami dan menyebabkan orang kata " Saya orang Mahathir"
      Najib juga kawan lama tetapi saya terpisah darinya kerana dia memisahkan diri dari pemikiran rakyat.

      Delete
  11. Salam Tan Sri.

    Sy percaya...lawatan Zahid kekediaman sdra bersebab.

    Biarlah..... ia menjadi rahsia pd sdra sahaja.

    Mungkin satu...dua atau tiga sebab.

    Pertama;
    Zahid percaya pd kata2 "mata pena lebih tajam dari pedang". Ini mungkin cara dia untuk 'melembutkan' mata pena sdra kerana....dia dan Bugis seringkali terasa 'tikaman2' oleh pena sdra dan pembahas2 disini saban waktu dan hari.

    Kedua;
    Faktor Tun M..sdra mengenali Tun M lebih rapat dari Bugis dan Zahid...dan sy percaya Zahid ingin memberi sesuatu mesej pd Tun...dan sdra adalah 'conduit' yg terbaik.

    Sy cuma membuat spekulasi...tetapi jika tiada 'ribut masakan pohon bergoyang'.

    Apa pun...demi ugama...bangsa dan rakyat....sdra tepuk dada tanya selera...kerana dlm percaturan politik...kawan boleh jadi lawan...dan sebaliknya...namun maruah dan harga diri wajar diutamakan.

    Zahid...cerdik dlm politik....sebab itu...DIA TIDAK BOLEH DIPERCAYAI.
    Tanya Tun M... Muhyiddin dan Peliwat...mereka lebih tahu dan tentu setuju bahawa dia kawan yg boleh menjadi lawan.

    Contoh jelas ialah bila dia sanggup menerima...jawatan TPM sedangkan Muhyiddin masih Timb. Presiden Parti.

    Fikirlah.

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam politik tidak ada siapapun boleh kita percaya di mana kawan boleh menjadi lawan dan lawan boleh menjadi kawan dan bukan hanya Zahid seorang. Saya tahu latar belakang setiap orang dari dekat sejak jadi wartawan.
      Insaalah saya akan mencuba yang terbaik supaya saya terus dapat menulis dengan ikhlas,bebas dan berkesan.

      Delete
  12. Pertanyaan mudah saya. Adakah Tan Sri ambil kesempatan untuk bluntly bagi tahu Zahid bahawa bukan saja orang ramai malah ramai ahli Umno sendiri tidak percaya dengan Najib tentang 1mdb dan derma 2.6 bilion?

    Jika ya, apa jawapan beliau utk pertahankan Najib?

    Jika tidak, saya anggap Tan Sri mensia-sia kan kesempatan untuk direct talk dengan orang kedua paling berkuasa itu. SPRM sendiri sebut, siasatan mereka membabitkan orang paling berkuasa. Tan Sri sepatutnya minta penjelasan Zahid tentang kenyataan Timbalan Pengarah SPRM ini.

    Atau, Zahid cuma jawab kopi yg Tan Sri jamu amat sedap, terima kasih, gitu?

    ReplyDelete
  13. Sungguh membanggakan kunjungan Datuk Zahid, inilah kualiti kehidupanya yang tidak lupa pada bekas bosnya. Seorang anak murid yang tidak lupa pada gurunya.Saya bangga dengan sikap Datuk Zahid dalam perkara ini. Alangkah bagusnya kalau setiap pemimpin sepertinya untuk mendapatkan tunjuk ajar dan nasihat dari yang tua.

    ReplyDelete