Wednesday, 28 October 2015

SENARIO BARU POLITIK MALAYSIA TETAPI PAS TAK MAHU PEMIMPIN UMNO YANG TERCEMAR

LANGIT BIRU POLITIK MASIH BERJEREBU
Setelah sekian lama berjerebu,hari ini pertama kali langit biru, dan awan putih berarak indah di langit Puterajaya tetapi rakyat nampak jelas langit  politik masih kelabu dan berjerebu,kepada istana dan rakyat jelata,hitam dikatakan putih,yang cerdik dianggap bangang,yang celek dianggap buta,yang  disembuyi dikatakan tiada yang disembunyikan.



Image result for takiyuddin hassan


                         


Ta

Takiyuddin Hassan
Perkembangan terkini:
Suatu lagi perkembangan sihat  tekini berlaku dalam hubungan PAS BN bila bekas timbalan presiden Pas Nasharudin Mat Isa dilantik menggantikan Saifuddin Abdullah sebagai CEO Global Movement of Moderates Foundation. 

BAYANGAN KERJASAMA PILIHANRAYA
Rakyat sudah dapat ramalkan kerjasama antara Pas dan BN  dalam pilhanraya akan datang dengan sikap positif  Setiausaha Agung Pas Dato' Takiyuddin Hassan sebagai  anggota PAC yang sedia merashsiakan siasatan  terhadap 1MDB dan diperkuatkan oleh kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi sedia untuk kerjasama dengan BN

Takiyuddin  setuju sumpah menyimpan rahsia sebagai anggota PAC  dalam  siasatan IMDB seperti yang disyorkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi berbanding dengan sikap DAP  dan Haji Hadi tidak setuju dengan perbuatan  pembangkang mengangkat Plakad " Mana RM 2.6 B" di Dewan Rakyat yang dianggapnya tidak beradab.

Kenyataan Hadi menyebut sedia berkerjasama dengan semua parti adalah pekara biasa tetapi yang istemewa dan luar biasa ialah " Termasuk Barisan Nasional."

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad   melihat ini sebagai bahaya kepada masa depan pembangkang pada pilihanraya akan datang dan segera mencabar Pas jelaskan pendirian samaada berada dengan pembangkang atau BN supaya rakyat senang membuat keputusan. Secara tidak langsung beliau meanggap PAS bertalam dua muka.

Tetapi cabaran ini tidak dapat menutop hakikat bahawa Parti Amanah Negara sendiri mempunyai banyak muka yang akan mengelirukan rakyat. Ia ada muka DAP, muka PKR, muka Pas,muka Anwar Ibrahim dan bermuka-muka.

DAP juga tentunya sedang gementar dengan bayangan kerjasama PAS dengan BN  kerana kacamata cauvanis nya  nampak kerjasama ini sebagai PAS UMNO yang akan memberi kesan buruk kepada  Pakatan Rakyat yang sedang  berada dalam keadaan terumbang ambing.

Bagi DAP  perkembangan ini adalah  kemunduran Malaysia dari politik Malaysian Malaysia yang sedang rancak maju kehadapan.

Presiden BN Datuk Seri Najib tentunya  merasa lega dengan perkembangan senario baru politik Malaysia ini tetapi beliau tidak boleh yakin sebagai positif bagi dirinya atau isterinya.

Untuk melegakan  harapan rakyat dan mempastikan kemenangan cemerlang dan mempermudahkan kerjasama UMNO PAS atau BN,beliau terpaksa mengundur diri sebelum pilihanraya umum akan datang  kerana Pas sendiri tidak mahu pimpinan UMNO  yang telah tercalar dan terbukti tidak licin,tidak cekap,menggugat ekonomi dan menghakiskan  penghormatan terhadap negara.

DAP yang gementar dengan senario politik baru ini haruslah menerima hakikat bahawa ini  adalah harga yang sangat mahal  yang terpaksa dibayarnya  kerana permainan politik  perkaumannya yang agresif yang  tidak menghiraukan Perlembagaan Negara.

Dan pemimpn UMNO pula  janganlah  cuba memberikan gambaran perkauman kepada arah tuju politik baru ini   kerana UMNO sendiri bukanlah suatu parti perkauman seperti yang dimomokan oleh pembangkang.

Kalau UMNO parti perkauman dan pelampau keugamaan masakan wujud kerjasama dengan MIC dan MCA untuk meletakan asas kemerdekaan yang telah memberikan keharmonian dan kemakmuran dan memajukan pendemokrasian negara secara evolusi sejak berpuluh tahun.

Bagaimanapun keharmonian ini telah diberikan gambaran salah  oleh anasir-ansir politik kosmopolitan Singapura yang diwakili oleh DAP.

Insaalah akan berlaku perkembangan positif dalam politik Malaysia untuk pemulihan imejnya dan  insaallah Tun Mahathir akan dapat menyaksikan pengunduran Najib sebelum pilihanraya akan datang.

UMNO ada stratijinya yang tersendiri bagi mengundurkan pemimpinnya secara terhormat.Sejarah telah membuktikannya.

Nota:
Rencana ini belum dikemaskinikan.Maaf kesilapan ejaan jika ada. Itu adalah kelemahan saya.



38 comments:

  1. Kalau PAS join BN, saya rasa parti2 di sabah dan sarawak akan keluar BN, dan join Pakatan. DAP tak menggelabah pun, dia orang yang terang2 serang PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS tak perlu pun sertai BN. Cukup hanya 'berpakat-pakat' atau pakatan secara tidak langsung demi kepentingan kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh, dimana PAS bertanding, UMNO boleh letak 'kuda-kayu' untuk memberi laluan mudah untuk PAS menang. Letak calon yang bankrupt. Tarik diri disaat akhir, kesilapan isi borang pencalonan dan sebagainya.
      'Pakatan' antara PAS dan UMNO tidak semestinya didaftar ROS, sebagaimana PR/PH sekarang.
      Atau, buat bersefahaman Kerusi ADUN dimenangi PAS, seberapa banyak yang mungkin, di Kelantan atau Trengganu, manakala kerusi Parlimen dimenangi, seberapa banyak mungkin oleh UMNO.

      Delete
    2. Saya amat kurang yakin dgn keikhlasan PAS utk menjalin hubungan/bekerjasama dgn BN dlm PRU.

      Sejak bila pulak, PAS menjadi parti yg begitu beradab?

      Politik?

      Sejarah 'budi bahasa' PAS terhadap pemimpin2 UMNO akan tersimpan selama2nya dlm khazanah politik negara.

      Saya berasa syak, PAN adalah ranting PAS yg lebih liberal, ditubuhkan utk menangani pengundi bukan Islam yg gelisah mengenai undang2 hudud.

      Tambahan lagi, PAS tidak mahu perjuangan berdekad2 mereka menjadi sia2.

      Saya percaya, PRU akan datang, PAS akan kembali bergabung bersama PH.

      Kerana nawaitu PAS selamanya adalah utk menguburkan Umno dan BN.

      Delete
  2. Alhamdulillah...jika apa yang di gambarkan olih Tan sri menjadi kenyataan. Ahkhirnya kewarasan pemimpin pemimpin politik melayu islam mengatasi segala segalanya. Orang kita tak ada banyak pilihan sebenarnya.Pilihan yg ada hanyalah bertaut kembali...kerana musuh kita yang sebenar sangat sangat istikomah utk membuatkan kita bercakaran antara satu sama lain...jalan penyelesaian terbaik...biarlah umpama menarik benang dlm tepong...benang dpt dibuang tepong pula tak tertumpah...namun sekali lagi diingatkan musuh kita akan menggunakan apa jua alasan..cara..dan kaedah yang mungkin betul...mungkin tidak atau pun yg direka dan dicipta sebegitu rupa supaya kita berpecah pecah. Kaedah pecah dan perintah terbukti amat berkesan dari dulu hingga lah sekarang !!! Wise man...will come up with wise idea...as what you have shown Tan Sri.Keep up the good writing. The true you has prevail.

    ReplyDelete
  3. Sbb tu jgn sokong Parti Anak Syaitan nie...pemimpin semua keturunan syaitan...penting perut sendiri bukan rakyat marhen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS sudah sedar setelah 'berkawan' dengan DAP dan PKR kerana diperdaya dengan putar-belit kaki main pungkoq.
      Yang jelas "pentingkan perut sendiri" adalah mereka yang tersingkir dari jawatan, kemudian buka party baru. Sekejap PASMA, kemudian Gerakan Harapan Baru (New Hope Movement?) dan akhirnya PAN dan Pakatan Rakyat menjadi Pakatan Harapan. 'Harapan' atau 'Harapan Baru' bermaksud New Hope dan ungkapan 'New Hope' ini amat synonim dengan Gerakan Evangelist dibarat, terutamanya di Amerika. Kita tahu, kebanyakan kepimpinan tertinggi DAP berfahaman Evangelist. Puak Evangelist ini amat dipandang serong di Negara China, terutamanya di Hong Kong dan Taiwan. Sebab itu di Tanah Besar China mereka tidak benarkan lambang salib didirikan dan beratus Gereja dirobohkan kerana tidak dapat kelulusan. Baru-baru ini, di Singapura juga, mereka menyeleweng dana Gereja demi kemewahan pemimpin Agama. Mahkamah mendapati mereka bersalah. Kepada masyarakat Buddha yang lebih tua, mereka amat risau, anak-anak muda, menukar agama kerana terpengaruh dengan dakyah puak Evangelist ini. Sebab itu ramai golongan tua Cina menyokong MCA.

      Berbalik kepada perpecahan dalam PAS:
      Selalunya apabila sesaorang tersingkir dari Party, maka tamatlah riwayat Politiknya. Tanpa pembiayaan, mustahil mereka mampu membuka Party baru. Dari puji-pujian pemimpin PAN terhadap Guan Eng dan bapanya, kita boleh mengagak ‘kiblat’ mereka. Ianya sama dengan ‘kiblat’ penjilat ‘Cash is King’.
      Kelazimannya, sesuatu 'Amanah' itu diberi dan dituai setelah sekian lama mendapat kepercayaan sesaorang atau sekumpulan orang. Bukan diangkat keatas bahu sendiri untuk dipikul, tanpa persetujuan atau kerelaan mereka yang akan memberi sesuatu amanah itu.

      Delete
  4. klu betullah apa dikatakan tan sri najib akan letak jawatan seblum pru alhamdullilah...sekarang dia pun tgh rancak dgn pembangunan yg cuba dia tinggalkan sebagai legasi contoh keretapi berkelajuan tinggi KL-Singapura. kita sebagai orang emlayu kenalah bijak berpolitik...jgn sampai bangsa lain memandang rendah dan mengambil kesempatan sekiranya kita lemah berpecah belah....jgn ikut nafsu dan emosi.

    ReplyDelete
  5. Saya fikir lebih baik Pas tidak menyertai BN atau UMNO. Lebih baik Pas menjadi pembangkang yang tidak sekutu dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Dalam keadaan UMNO yang terpalit banyak masalah moral, etika dan integriti, elok Pas menjadi pembangkang supaya boleh menegur UMNO.

    Memang benar dalam UMNO juga ada alim ulama. Tetapi lihatlah siapa yang berani mempersoalkan sesuatu perkara yang menimbulkan kesangsian dari sudut integriti? Yang mempersoalkan isu itu bukan ulama. Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal bukan bertaraf ulama seperti Jamil Khir Baharom.

    Saya sekadar hendak bertanya UMNO khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di mana letaknya perjuangan "agama, bangsa dan negara" atau selalu disebut alif ba ta apabila Kuala Lumpur menjadi bandar raya yang penuh dengan pusat judi, pusat hiburan dan pusat pelacuran? Di Jalan Tun Razak muncul pula sebuah pusat hiburan bertaraf dunia tetapi sepatah haram kenyataan daripada UMNO tidak kedengaran. Apakah bersuara tentang pusat hiburan itu bukan ali ba ta?

    Pas sudah dimasukkan dalam mesin basuh untuk menyucikan segala macam kekotoran, UMNO bila lagi? Apakah orang UMNO dan penyokong UMNO masih bvermimpi UMNO tidak perlu dicuci?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn ku seman pas tidak perlu bergabung dgn mana2 parti....pas perlu jadi diri sendiri seperti diera arwah ustaz fadil noor,lepas pru 14 nanti pasti melutut ustak jamil khir baharom pada lebai pas Dan berita itu pasti tidak dihighlight oleh utusan....tunggu

      Delete
    2. Salam Tan Sri Zam.

      Sy setuju dgn pndgan sdra Ku Seman...betapa tidak perlunya Pas bergambung dgn Umno.

      Tetapi...demi Politik...Kuasa dan Survival...Ketua2 tertentu dan Ahli2 Pas tidak peduli lagi semua ini...malah tidak lagi menitik berat pd penubuhan asal parti...iaitu;

      'Mengutamakan dan Menegakan Syiar Islam dan sbg Parti alternatif pd Umno buat org Melayu'.

      Memang Pas sudah bercelaru dan telah menjadi lebih bercelaru bila telah berkawan dgn Kit Siang dan Anwar bermula pd GE12.

      Sbg contohnya... Hudud telah dipermainkan dgn terang2 secara sedar oleh Ketua2 mereka sendiri.

      Hudud telah menjadi spt 'lagu Raya' yg cuma berkumandang pd musim Pilihanraya sahaja....lepas itu sepi bisu.

      Kerana itu sy juga menganggap Pas bertanggung jawab memperlekehkan Hukum Hudud....yg cuma dijadikan 'Modal' untuk menarik undi org2 Islam walau pun tahu ianya tidak akan dilaksanakan.

      Tidak kah ini merupakan suatu pembohongan yg besar oleh Pas.

      Pas memang mengarut.

      Hata..apa pula alasan Pas untuk bergabung dgn Umno diPiliharaya akan datang jika tidak kerana survival diri ketua2 semata. ..kerana Hadi dan ramai ahli pun tahu dan maklum betapa mengarutnya Umno yg diperintah oleh bapa segala lanun dan org2 setia dia.

      Dgn sikap Hadi yg kini kelihatan condong menyokong Najib... ianya jelas menunjukan Pas adalah satu parti yg tidak berpendirian...

      Ini telah bercanggah dgn Islam dan sudah tidak betul bila sanggup menyokong semua pembohongan oleh Ketua Umno ini.

      Terima kasih.








      Delete
  6. Saya Aaminn kan untuk kata-kata Tuan di dua perenggan tearkhir :)
    Itulah harapan kita semua, PM Najib sudah berada di tarikh luput yang 'extended' sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sdra Fendi..

      Terima kasih kerana menyokong.

      Seperkara lagi....org Melayu terutama Ketua2 kita tidak kira dari parti mana sekali pun... 2x5 sahaja...survival diri dan kuasa yg diutamajan.

      Cukup mengarut sekali....retorik hingga ketahap menipu.

      Kepentingan Bangsa dan Ugama cuma dibibir mulut sahaja.

      Ketua2 dan ahli2 diperingkat bawah...bnyk yg Pak Turut...demi survival diri juga hingga Ketua yg kuat bohong...menipu...mencuri pun disokong...dijilat dan ditatang dgn apa cara sekali pun.

      Hhmmm...siapa kata Bangsa Melayu Hebat....bila mana Jatidiri dan Maruah ditahap yg rendah atau tiada ada lagi.

      Org Kedah kata...."sembang saja deraih tapi standard mcm kucing kurap saja".


      Terima kasih.

      Delete
  7. Soal PAS tak penting, yang penting ekonomi sekarang. RHB announce nak buang 1800 pekerja....majoriti melayu. Apa dah jadi dengan ekonomi kita? Kata fundemantal ekonomi bagus. Ada sapa2 dalam PAS boleh urus ekonomi? Nak cakap pasal ekonomi pun tak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh sedare.....jangan underrate sangat PAS tu. Tengok lah Kelantan, dah berpuluh tahun di bawah PAS tak bengkrap pun. Hasil utamanya adalah rakyat yg diekspot untuk menjana hasil di luar negeri, satu strateji ala ala filipina, bangladesh dan indonesia yg buleh dikatakan berjaya. Jangan najib tiru pendekatan pengurusan ekonomi negara macam ni cukuplah....kalau tak mampuihlaa...!

      Delete
    2. Ya...ramai dieksport ke gombak....dan kedai2 mamak makan gaji masak tom yam dan paprik

      Delete
    3. Dan ramai Mek Kelate jadi GRO di JB.....baik sokmo!

      Delete
  8. Menteri JPM, Shahidan Kassim menafikan yang Najib Razak seorang Perdana Menteri yang zalim dan kuku besi. Katanya, semua yang dilakukan oleh Najib adalah dalam bidang kuasanya. Saya setuju dengan Shahidan kerana Najib hanya memecat Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan menteri kabinet Shafia Apdal. Itu kuasa mutlak Perdana Menteri.

    Yang lain seperti menukarkan dua pegawai kanan SPRM yang menyiasat 1MDB ke JPM bukan dilakukan oleh Najib tetapi oleh Ketua Setiausaha Negara. Hasilnya kita mempunyai KSN yang lembik kerana pertukaran itu hanya dua hari, kemudian pegawai itu dikembalikan kepada SPRM apabila ada gelombang bantahan yang besar.

    Begitu juga pertukaran Timbalan Pengarah Cawangan Khas dari PDRM ke JPM. Bukan dilakukan oleh Najib. Menamatkan perkhidmatan Peguam Negara Gani Patail yang hanya tiga bulan sahaja sebelum bersara juga bukan kerja Najib. Semua ini dilakukan oleh orang lain yang berkuku besi. Malah menangkap dan mendakwa orang yang membuat laporan polis terhadap 1MDB juga bukan Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Hutang 42 billion pun bukan najib. 2.6 billion pon bukan duit najib tapi sedekah pak arab. Khairudin,mathias kena sosma pong bukan najib. Baju merah berdemo pong tak der kaitan dgn najib.
      Setuju sangat dgn pandangan mu seman.

      Delete
    2. ya betul itu lebih baik kita hapuskan aje suruhanjaya sprm kemudian tubuhkan bpr balik macam dulu, suruh bpr tangkap ikan bilis yg jerung dilepaskan macam kes perwaja, pkfz dan lain2 sehinggakan pak lah terpaksa tutup bpr sebabnya banyak menipu kemudian tun m marah pada pak lah sebab tutup bpr, betul tak, golongan fanatik pun ikut sama marah sebab bpr ditutup. betul tak

      zam siarkan tulisan saya jika percaya pada kebebasan media
      he.he.he zam siarkan besar2 muka depan he.he.he

      Delete
    3. Saudara Ku Seman masih di Utusan? Maaf saya bertanya.

      Delete
    4. Sudah lah kau masih nak menyalahkan Tun dan puji Pak Lah dan si peliwat......melayu dangkal yang sombong,dan hanya akan menyokong spesis seperti hadi,mat sabu dan GBS.PAS dan PKR adalah berjiwa pecacai,....disuruh jadi MB pun tak sanggup.DAP pecah dan perintah,tapi PAS pecah dan tidak perintah.

      Delete
    5. As salam Sdr Fendi, terima kasih kerana mengikuti perkembangan penulisan saya sejak dulu. Saya masih di Utusan menjalankan tugas sebagai Pengarang Mingguan Malaysia. Cuma saya tidak menulis kerana tidak tahu apa yang hendak ditulis.

      Delete
    6. aku setuju kalau Ada balik bpr letak di bawah jabatan pendana menteri macam era tun m .kemudian letak kan kroni tun m dalam bpr macam dulu . akan nampak hasilnya hanya tangkap ikan bilis he.he.he

      Delete
    7. Sdr Ku Seman yg dihormati. Kerana sdr sdh tidak menulis, Mingguan Malaysia sudah rugi RM2. Kerana saya tdk lagi membeli. Semoga Sdr dilimpahi rahmat Allah swt.

      Delete
  9. To all the 'DONKEY' in the world of islam including all our 'school boy' ularmak PLEASE WAKE UP! Jangan asyik nak berpolitik sahaja.
    https://www.youtube.com/watch?v=xjkVNG37ZVQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz Nasharuddin should free himself from the PAS Islamist ideology because it does not understand the idea of al-Wasatiyyah in the Sharia.

      Delete
  10. PAS dah lapuk...Umno dah rosak... Kedua-dua parti ini akan ditolak oleh rakyat. Rakyat mahu perubahan - bukan rasuah bukan hudud. Sebelum ini kami undi BN. Kali ini tidak lagi. Cukuplah dengan sikap putar alam orang Umno dan putar belit orang PAS. Rakyat bukan bodoh lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya setuju. UMNO banyak berpolitik guna WANG, putar alam dan putar belit. Tetapi itulah hakikatnya dalam berpolitik. Tanpa WANG, mana mungkin ramai yang mahu berkecimpung dalam politik. Sebab itu ahli politik Pakatan menaikkan gaji mereka, melebihi atau sama dengan ahli politk kerajaan.
      Bagi orang Melayu, walaupun kami meluat pada UMNO, kami lebih takut kepada DAP.
      Kedua-dua, DAP dan PKR adalah 'Party anak-beranak'. Jika bukan nepotisma, apa lagi.
      Kata Omputih: Nepotism is futile breeding grounds for cronyism.

      So how?

      Delete
    2. Pas dan PKR sahaja yang sesuai guna "kami lebih takut kepada DAP",sebab itu mereka sanggup jadi pecacai.Manakala orang UMNO yang takut dengan DAP ini adalah melayu bangsat yang berjiwa macam pecacai.

      Delete
  11. Rohaizad Puchong.28 October 2015 at 18:41

    Awak ingat orang akan terima muka-muka pembangkang anak murid kaki sapu pungkok,sapu balak,makan gaji dengan DAP,sapu sana sapu sini.

    Orang bukan bodoh nak terima bagitu mudah orang yangt tak pernah memerintah. Rakyat Malaysia tidak akan mencuba sesuatu yang telah dilihat berpecahbelah lebih teruk dari BN sendiri belum memerintah.i.

    Awak boleh lah bermimpi pembangkang akan berkuasa tetapi ini bukanlah mimpi rakyat walaupun mereka tolak Najib. Masa depan negara ini ialah rakyat bersama BN dan PAS yang telah bersih dari pengikut main pungkok.

    ReplyDelete
  12. PAS tak relevant la.
    No need. No meaning.

    ReplyDelete
  13. katalah pas menang kawasan utara Dan pantai Timur kemudian tun m akan salahkan najib. kemudian aku cakap padan muka tun m sebab suka sangat jaga perangai kroni yg merosakan umno itu Dan lakukan provokasi pada umno lagi ,

    aku ingat lagi bos aku cakap 'sekali sekala biarkan pembangkang berkuasa di malaysia time itu menyesai pun tak guna.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah bermimpi.PAS tidak akan memerintah Malaysia.Lebih sesuai berperanan sebagai pemecah belah ummah dan menjayakan agenda DAP.

      Delete
  14. Cakap la atau komen apa pun, politik negara ini simple aje... Mana bangsa yang banyak duit atau kuat ekonominya? Bangsa Melayu kah? Setakat berlagak naik motor besar atau kapcai, bolehlah! Ramai Melayu berlumba-lumba nak jadi kaya sekarang. Nak keluar duit poket sendiri untuk perjuangan, janganlah harap. Semuanya pakai 'cash'' bang..! Najib cukup tahu ni! Baik dia pakat sembang-sembang dengan Jlow, ada juga hasil 'glokal'nya. Yang bawah terhangguk-hangguk tu, bagi umpan 'dedak' saje le. Tak kira la yang lebai ke atau yang 'alim-alim kocing'. Semua kena kencing...! Aduhai bangsaku!

    ReplyDelete
  15. Alrightttt....kempen " PAS ganti UMNO" dah masuk fasa kedua.

    ReplyDelete
  16. Saya fikir elok UMNO mengambil iktibar daripada Liberal Democratic Parti (LDP) di Jepun yang menguasai politik Jepun secara berterusan sejak 1955. Tetapi pada 2009 parti yang sudah berada dalam zon selesa ini tumpas kepada pembangkang, Democratic Party of Japan (DPJ). Kejatuhan LDP disebabkan tidak berubah mengikut zaman dan mengabaikan pengundi muda yang sudah menolak gaya politik tidak matang LDP.

    LDP seusia dengan UMNO dan berada pada posisi UMNO ketika ditumbangkan pada 2009. Bagaimanapun LDP cepat sedar dan tidak terus bermimpi dan hasilnya LDP berjaya merampas kembali kuasa politik di Jepun. Saya tidak fikir ini akan berlaku kepada UMNO kalau ditakdirkan kalah dalam PRU.

    Buktinya selepas berlaku tsunami politik yang menggoyangkan UMNO pada 2008, UMNO tidak membuat banyak perubahan untuk mengubah kepada kedudukan yang lebih baik. Walaupun UMNO berjaya menambah kerusi Parlimen dalam PRU 13 tetapi gagal kembali seperti sebelum PRU 12. UMNO gagal merampas Selangor dan Pulau Pinang yang menjadi nadi ekonomi negara ini. UMNO hanya berjaya menggulingkan kerajaan Pas di Perak dengan faktor teknikal.

    Kalau ada pihak yang menakutkan rakyat bahawa ada dalang mahu menggulingkan kerajaan, UMNO terlebih dahulu mengguling kerajaan di Perak. Maksud mengguling kerajaan adalah menukarkan kepada kerajaan baharu. Tetapi yang dimaksudkan oleh pihak tertentu adalah gerakan massa mahu menukar individu yang jauh tersasar maksud mengguling kerajaan sebenarnya.

    Parti politik yang kalah dan menang bukanlah perkara besar. Di Amerika, sama ada Demokrat atau Republikan menang atau kalah, rakyat tidak mengalami apa-apa perubahan. Di Amerika, tidak ada pemimpin yang menakut-nakutkan rakyat kalau Demokrat kalah rakyat akan menjadi pada kedana, atau kalau Republikan kalah akan berlaku rusuhan.

    Pemimpin politik kita sebenarnya belum matang kerana masih bergantung kepada taktik menakut-nakutkan rakyat untuk terus kekal berkuasa. Di Amerika, tidak sekali pun digunakan istilah "mengguling kerajaan" apabila Republikan kalah kepada Demokrat. Mana ada tanda-tanda guling kerajaan akan berlaku kecuali seperti di Mesir di mana pihak tentera memainkan peranan utama.

    .

    ReplyDelete
  17. orang berundur Cara terhormat di hina contoh pak lah sebab dia tak boleh pertahan diri dia walau pun bn menang 2\3 . orang tak mahu berundur macam tun m tak berundur ketika desakan Dari ahli umno dulu. Kalau perkara kecil macam ini najib tak tahan tak gunalah dia jadi pm. Saya lihat tak Ada pun najib berundur. Macam INI mana nak jadi pm kena tahan tekanan Dari veteran Dan Rakyat. dia memikir masa depan Rakyat bukan memikirkan kesenangan jangka singkat untuk rakyat

    Macam ini mungkin zam tahu tak sebab APA. dia orang INI Marah pada bn semua sebab gst sebab tun m Cuba lindungi dia orang INI tak mahu menbayar cukai. Saya ingat lagi daim Cuba buat gst di Malaysia tapi gagal Dan anwar peliwat Cuba buat gst tapi gagal semua atas terkanan Dari kroni tun m. Sudahlah zam tak payah lindungi kroni rosakan umno itu. Cukuplah kroni apek INI kaya-raya sehinggakan orang bumiputera tak Ada apa2 anda fikir APA saya cakapkan ini 13mei berpunca di bandar
    Bukan berpunca di kampung. buku Malay di delema di tulis selepas 13 mei. Orang bagi peluang ubah nasib melayu selama 22tahun telah gagal. Tun razak berjaya ubah nasib melayu kampung .tapi tun m di beri tanggungjawab ubah nasib melayu di bandar telah gagal. Memang betul tun m berjaya ubah Malaysia jadi moden. Berjaya kita lihat kedai melayu berdiri megah di bandar tak Ada. Saya dapat lihat berdiri kedai bumiputera megah pada zaman pak lah Dan najib. Di zaman tun m hanya kroni berkuasa terlalu banyak pengikhatan terhadap bumiputera ITU masih tun m masih keras kepala dia lebih hebat. Kalau tun m lebih hebat hanya memodenkan Malaysia tapi meletakan bumiputera kebelakang APA hebat nya 25% ekonomi bumiputera jatuh jadi 18% APA hebatnya .

    Dengar kata2 pujanga ini
    jika seseorang pemimpim gagal dalam perjuangan asal yg dia lahirkan maka tak layak dia di gelar negarawan

    Zam jika percaya pada kebebasan media siarkan atikal saya ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa Najib bayar kau wahai pendusta?

      Delete