Friday, 2 October 2015

SEJARAH KEWARTAWANAN DI ZAM NEWSROOM CAFE PUTRAJAYA

Sesiapa juga yang pernah mengunjungi Zam Newsroom Cafe di  Ayer@8 Putrajaya akan dapat merasakan kelainannya. Ia tidak sekadarkan  cafe biasa tetapi  membuatkan anda merasakan suasana dan roh keilmuan dan kewartawanan tanah air sejak berdekad.


Inilah yang meresapi jiwa saya sebaik sahaja  memasukinya dan berhadapan dengan   latarbelakangnya gambar besar  para pemberita sebok berkerja dengan menggunakan typewriter yang sekali gus menggambarkan zaman lalu di sebuah  Jabatan Pengarang  akhbar.

Cafe ini yang dibuka sejak dua tahun lalu adalah ibarat gallery pemiliknya Zainuddin Maidin (ZAM) yang telah berkecimpong di dunia kewartawanan lebih 40 tahun. Dipamerkan typewriternya yang pertama yang digunakan sebagai wartawan sambilan Utusan Melayu di Alor Setar sejak tahun 50 an dan juga typwriter terakhirnya yang digunakan sehingga berakhir tugasnya sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu pada 1 November 1992.

Juga terdapat sudu-sudu yang dikumpulnya dalan pengembaraan ke seluruh pelusuk dunia dalam tugasnya sebagai wartawan Utusan Melayu. Di samping itu di dinding tergantung gambar-gambar bersejarah hitam putih yang berkaitan dengan berita yang pernah diliputinya dan juga sejarah Utusan Melayu.

Sambil menikmati Teh Tarik atau makanan, anda juga akan dapat membaca di setiap meja pameran berita-berita penting yang telah menjadi sejarah penting negara. Di antaranya akhbar jawi  Utusan Zaman keluaran hari kemerdekaan 31 Ogos 1957.

Di suatu sudut tergantung sebuah sajak Tun Dr. Mahathir yang tertulis di atas pewter bertajuk "Menghadapi Cabaran Menatang Bangsa." Sajak ini pernah dideklamasikan di malam deklamasi Angkasapuri 2002 semasa Zam menjadi Menteri Penerangan.

Menghidupkan suasana Cafe ini ialah beratus buah buku dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang menjadi hiasan utama yang boleh dibaca oleh pengunjung tetapi, tidak boleh dibawa pulang.

Pelanggan dimaklumkan dengan nota: Tidak ada WIFI, tetapi berceritalah antara satu sama lain "There is no WIFI in the Cafe, Talk to each other."

Teristemewa di cafe ini ialah Teh Tarik yang serbuknya di bawa khas dari sebuah gerai di Jalan Masjid India yang dikunjungi Zam lebih 40 tahun lalu ketika menjadi Pemberita Jenayah dan Mahkamah.

Selain dari itu, menunya setiap hari ialah Nasi Lemak Kedah, Nasi Tomato, Spagheti dan lain-lain dengan harga yang berpatutan sebagai sebuah cafe.

Pembantu kedai ini Zamani, adalah seorang yang berpengalaman berkerja di beberapa buah hotel antarabangsa. Dia menjalankan cafe ini seorang diri, tetapi InsyaAllah tidak akan mengecewakan anda.

Anda juga boleh memesan atau membeli semua buku-buku tulisan Zam  darinnya dan jika anda bernasib baik Zam berada di cafe ini maka anda boleh mendapatkan autograf bagi bukunya 

Bagaimanapun apa yang tidak boleh dibeli dari cafe ini, ialah suasananya tetapi anda boleh duduk bersantai selama mana anda suka - Oleh Tan Melaka

Gambar diatas sekali Zam Newsroom Cafe  di AYER@8 PRESINT 8 PUTRAJAYA yang terletak berhampiran  dengan  Bank Rakyat,dari hadapan atau belakang.

Bahagian Pemberita Jabatan Pengarang Utusan Melayu  di Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur pada tahun 1963



Pembantu kedai Zamani senantiasa gembira mengalu-alukan  pengunjung. Gambar di bawah buku-buku untuk bacaan pelanggan, sudu-sudu hampir dari seluruh dunia koleksi Zam, dua typewriters lamanya dan tergantung  Pewter sajak Tun Dr.  Mahathir                                                                                                                                                                                                                                 
Bahagian luar Zam Newsroom Cafe untuk perokok

25 comments:

  1. Zam bukan saja tokoh wartawan tetapi mempunyai bisnes minded.
    Tahniah zam cafe yg lain dari yg lain.
    Terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya tak tahu bisnes. Dijalankan oleh anak saya dan saya mempunyai bilik kerja kecil disini dan menggunakan cafe ini untuk berintraksi dengan para pelanggan..

      Delete
  2. zam buku malay delema dan buku 30% kegagalan ekonomi bumiputera di bandar harus letakan sama2 supaya rakyat menilainya sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya buku itu ditulis oleh awak sendiri dengan memakai nama sesebenar maka saya sedia meletakannya di cafe saya supaya orang daat menilai sejauh mana hebat nilai pemikiran awak dibandingkan dengan pemikiran dan kejayaan Dr.Mahathir..

      Elok juga awak letakan gambar awak dibuku itu supaya semua orang dapat kenal dan tidak hanya berani bersembunyi dalam memberikan fikiran.

      Delete
  3. Salam zam...saya selalu pergi cafe zam tapi selalu tutup...tak dapat merasa teh tarik...jadi pergi kedai sebelah...belek2 buku zam...tapi semua dah ada...apa buku terkini selepas ini?

    ReplyDelete
  4. Benar.Hari Ahad hanya dibuka setengah hari dan ditutup bila pembantu kedai tidak sihat atau ada urusan penting dan juga pada hari cuti tertentu kerana dia tak pernah cuti dan jalankan kerja seorangan. Belum ekonomik untuk tambah perkerja. Maaf kerana ketidak selesaan yang dihadapi.Insaalah bila keadaan telah mengizinkan akan dibuka setiap hari dan hingga ke malam. Belum ada buku baru dan yg tertbaru ialah Mahathir Bukan Kawan .saya.Yang akan diterbitkan oleh UUM " Saya Bukan Menteri"

    ReplyDelete
  5. Saya perhati tan sri kdg2 over sensitif dgn komen pbaca. Harap ts tak perlu jawab atau layan semuanya. Buat tak pandang aje.jawab yg perlu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tan sri...
      sy nk. tnya. skit......
      sebab pe TUN dtg perhimpunan BERSIH??
      tp xdtg perhmpunan MERAH???

      Delete
  6. Sebab perhimpunan MERAH nak pertahankan Najib dan bukannya nak pertahankan Melayu dan BERSIH boleh membantu politiknya untuk turunkan Najib yang dianggap-lebih bahaya dari DAP

    ReplyDelete
  7. TS Zam selalu pekena teh tarik masjid india kedai sebelah mana? Saya nak pergi putrajaya agak jauh sikit. Kalu di jln masjid india tu dekat sikit dr tempat saya. Kalu tak keberatan beritahu saya boleh jumpa utk otograph.buku. terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Timbalan menteri umno yang nak lempang cina bercakap baru berfikir bukan berfikir sebelum bercakap. Dia ni boleh ikut geng nazri menteri umno half past six. Sedih tengok menteri umno bertaraf ketua jawatankuasabkampung jkk. Bilalah nak cerdik. Kerajaan kena sensitif pada semua kaum bukan melayu saja. Kalu nak tunjuk melayu sangat tunggu perhmpn umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya semua menteri kabinet kerajaan persekutuan yang dilantik najib macam tak de class. Hancus. Alahai kesian orang perak Sultannya the best, MB nya bagus tapi menteri kabinet dari perak very useless HANYA PANDAI MENGAMPU

      Delete
  9. Saya pernah pergi ke restoran Zam, pagi pukul10.30 untuk bersarapan.

    Lokasi A, restoran hebat, dekor menarik dan sempurna sekali. Memang tiada WiFi.

    Cuma yang saya sedar atau perasan, saudara Zam wajar mempelbagaikan hidangan, walau pun menjadi seperti satu restoran Nasi Campur Melayu atau seperti Restoran Mamak sekali pun.

    Sebabnya kerana ada persaingan dari restoran Teh Tarik Place dan fast food yang lain lain dan kelihatan ramai org kesitu pula.

    Maaf memberi pandangan sebab saya mahu saudara Zam juga berjaya dalam busines ini kerana saya terbaca yang saudara ada berkata bahawa saudara bukanlah ahli dalam bidang perniagaan dan kerana itu saya memberi saranan begini sebab saya tidak mahu saudara rugi.

    Pernuagaan makanan memang seronok tetapi mesti untung.

    Maaf jika ianya menyinggung.
    Kalau saudara Zam buat untung banyak maka Zam Newsroom akan berkekalan sampai keanak cucu, dan ada legasi.

    Maaf.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dapat merasakan keikhlasan dalam teguran saudara dan ingatan saudara yang baik terhadap masa depan cafe ini dan saya langsung tidak tersinggung sebaliknya amat2 menghargainya.

      Untuk menambah menu agar sukar buat masa sekarang kerana saya mempunyai hanya seorang perkerja sahaja.Semua restoran yg lain menghadapi masalah perkerja lari atau berhenti.Saya tidak bermodal besar. Saya bersukur kerana Zamani kekal dg saya dan membuat kerja yang seharusnya dilakukan oleh sekurang-kurangnya tiga orang.
      Saya ambil perhatian atas syor saudara yang baik dan akan cuba improve dari masa kemasa.
      Teirma Kasih kerana kunjungi cafe saya dan perkenalkanlah diri kepada saya supaya kita dapat berkenalan lebih rapat lagi. Maaf lewat menjawab kerana ke Sarawak just to kill times bersama rakan-rakan.
      Penambahan menu harus di sesoikan dengan konsep cafe ini tetapi tetap akan ditambah secara perlahan-lahan..
      Terima Kasih kerana mengunjungi Cafe saya dan perkenalkan diri supaya kita dapat bersembang lebih panjang.

      Delete
  10. Datuk Zam, congratulations on your creative synthesis venture:

    "We don't go into journalism to be popular. It is our job to seek the truth and put constant pressure on our leaders until we get answers."

    -Helen Thomas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Or we get frustration. Sometimes I think who am I to carrect the world.

      Delete
  11. Salam abang Zam,

    Sudahlah Pak Jib kita ni perangai teruk macam .... he .he sanggup bermesra dengan penjenayah antarbangsa.

    Lihat : http://www.timesofisrael.com/malaysian-pm-calls-for-new-dawn-in-muslim-jewish-relations/

    dan juga : http://idaman78.blogspot.my/2015/10/akhbar-times-of-israel-puji-najib.html

    Apa umat Islam di Pekan dan Baju Merah terpekik "Alluhu Akabar" tidak sedarkah perbuatan Najib di New York?

    ReplyDelete
  12. Asslamualaikum Tan Sri, Saya sokong usaha bisnes Tan Sri - Saya paparkan tulisan mengenai cafe Zam Newsoom di blog saya- suaramuhajirin313.blogspot

    ReplyDelete
  13. cafe yang cantik dan bersih,semoleknya lah pembantu cafe berpenampilan lebih kemas,Terima Kasih,

    ReplyDelete
  14. Saya ambil perhatian dalam hal ini. Teguran yang benar.

    ReplyDelete
  15. Tan Sri Zam..

    Alhamdullilah kerana tidak tersinggung..inshAllah saya akan berkunjung lagi...mungkin minggu hadapan....kira kali ke 5 sebenarnya.

    Saya akan datang dengan rakan2 lagi.

    Saya doakan kejayaan saudara dalam bidang ini juga.

    InshAllah...semua ini kuasa dia belaka.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum wbt,

    Tuan Zam yang saya hormati,

    saya ingin bertanya,

    Di zam cafe ada ke ruang khusus untuk mini mesyuarat? Wifi?

    Boleh kah saya dptkan contact no zamcafe?

    tq tuan.

    ReplyDelete
  17. Maaf cafe ini kecil sahaja dan tidak ada bilek khas untuk mesyuarat,tidak ada Wifi.Untuk keterangan lanjut sila hubungi pembantu cafe Zamani no 0129830147

    ReplyDelete
  18. ZamNewsroom Cafe in precint 8,Putrajaya by the lake,Ayers@8, is the place for those who love quiet discussions,solace and reading.Surprises whom you can meet there. Simplicity.

    ReplyDelete