Saturday, 24 October 2015

PERTUNJUKAN CIRCUS MENGEJUT WAKILI SOALAN RAKYAT DI PARLIMEN

Benar ramalan saya, berlakulah drama bangsawan di Parlimen,tiba-tiba MP pembangkang serentak bangun mengangkat placard: Mana RM2.6 b? sebaik sahaja PM menghabiskan pembentangan belanjawannya.Salleh Said Keruak sifatkan ini sebagai circus.Tak sangka akan dipentas. Brillian strategy!




  1. Semangat tinggi MP BN dg pembentangan "Bajet Sejahtera" Najib di demoralisekan dan disakitkan serta merta dg drama untuk "memalukan" oleh pembangkang:ManaRM2.6b?
  2. Tidak sahaja pengumuman belanjawan menyukakan hati rakyat tetapi persembahan circus ini juga gembirakan rakyat. Bajet Seimbang.
  3. Najib said there are some enimies from within and without to destroy the image of the country. Not country,only Najib
  4. Semua orang sedang menunggu belanjawan atau menunggu drama bangsawan?(ramalan yang telah berlaku)



TIMBALAN PRESIDEN UMNO KECAM PENGECUT DALAM UMNO
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membidas sesetengah pemimpin Umno sebagai pengecut kerana tidak bersuara dalam isu krisis negara.
Ia mungkin kenyataan paling keras pernah dibuat beliau sejak digugurkan dari kabinet Datuk Seri Najib Razak Julai lalu.
Muhyiddin menyifatkan, ketika negara dalam keadaan kelam-kabut di waktu ini beliau sahaja yang berani bersuara untuk memperbetulkan keadaan.
"Hanya saya seorang bersuara, yang lain buat apa?
"Saudara semua pengecut, takut kena pecat sebagai ketua cawangan, ketua bahagian dan ada juga wakil rakyat.
"Semua orang amat takut untuk bersuara walaupun keadaan negara dalam situasi begini tetapi tak mahu buat apa-apa. Orang luar tanya saya apa sudah jadi," katanya seperti dilaporkan SInar Harian.
Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda; Berani Kerana Benar anjuran Sinar Harian, hari ini.
Hanya berkata benar
Muhyiddin turut mengeluh terhadap wujudnya rasa ketakutan untuk mereka untuk bersuara.
"Saya bersuara bukan mahu menjatuhkan parti. Saya hanya berkata benar kerana bimbang tentang masa depan negara," katanya.
Menurut Timbalan Presiden Umno itu, Malaysia berada dalam keadaan tidak stabilan dari aspek politik susulan skandal yang melanda Najib.





37 comments:

  1. pelik ya sikap mereka....

    ReplyDelete
  2. panglimo potaseh24 October 2015 at 14:15

    Pembentangan bajet ala Skim Cepat Kaya MLM .. penuh warna warni miliyun dan biliyun semuanya sedap didengar dapatnya bukan setakat belum tentu.

    Saya tertarik dengan janji untuk siapkan beratus ribu rumah mampu milik sebelum 2018 .. wah satu rekod .. ngapa pulak 2018 ye. Tanah tapak rumah dah adake belum .. tanah Sg. Besi yang dapat murah daripada gomen sebab bertujuan untuk bina rumah mampu milik apa ceritanya.

    ReplyDelete
  3. tan sri..rkyat dh tk ghairah nk dngr pembntngan blnjwan mcm dulu lg dah..dh tk pduli apa pun yg nk dibentang dan apa yg nk berlaku pun..yg rkyat tngu hnyalah ucapan 'good bye' sja

    ReplyDelete
  4. Pembentangan Bajet ini hanya bersifat mengalih isu dan menebus dosa Najib. Milion dan Bilion dibentangkan..., soalnya duit yang nak dibelanjakan itu datangnya dari mana..? Sebagai contoh saya amat setuju dgn anon 14:15 dengan isu janji akan menyiapkan beratus ribu rumah mampu milik..., soalnya dah ada ke tanahnya ? Hutang 1MDB yang berbillion tu siapa nak bayar...??

    ReplyDelete
  5. Jangan marah lihat saja selepas 24jam ada cawangan telah menentangnya agar beliau letak jawatan.Sini tambah tol disana l/raya 1500^ km free pula,ada patutkah?.Dimana keadilanya?.Walau bagaimana pun harap bertambah lagi cawangan UMNO seluruh Malaysia membantu TP umno menegakan yang kebenaran.

    ReplyDelete
  6. Salam Tan Sri.

    Muhyiddin kini tertanya2...
    "Apa salah dia...hingga tanggung jawab dia sbg Timb Presiden telah dikekang...dll"

    Dia juga berkata...spt yg sdra Zam tulis..."betapa pengecutnya Ketua2 Bahagian/Cawangan ..wakil2 rakyat dsb untuk bersuara...menegak kebenaran".

    Sdra Zam....bnyk yg boleh kita boleh pelajari dari semua ini.

    Bagi sy...org Melayu masih tidak faham dan tidak perbah berlajar apa2 dari sejarah lampau...inilah hakikatnya.

    Muhyiddin sbg Timb Presiden Parti tentu lebih tahu betapa haru biru Parti ini dan betapa rendah Jatidiri majoriti ahli2 dlm Parti terutama mereka2 yg ada jawatan dlm kabinet dan wakil2 rakyat yg cuma mementingkan survival diri semata2 hingga boleh menutup mata pd 1001 kemungkaran yg dilakukan oleh Presiden merangkap PM negara serta disokong tambah oleh TPM...serta Menteri2 yg didlm 'Inner Circle' Presiden.

    Memang mereka ini 'Pengecut'...tidak dinafikan lagi. Dan sy percaya Muhyiddin sendiri boleh menjangkan semua ini.

    Inilah budaya Umno sebenar...ini lah WAJAH sebenar Ketua2 Melayu atau pun mungkin SIFAT MELAYU sebenar...sudah lah tidak bersatu...malah sanggup berdiam diri dan menyokong ketua seperti Presiden ini.

    Sy pun tertanya2 apa hebatnya bangsa Melayu ini....apa yg boleh sy banggakan lagi.
    Hingga suara Timb Presiden Parti pun sudah tidak laku lagi....terus memberi mesej bahawa jawatan Timb Presiden adalah tidak relevan lagi.

    Tidak mungkin mereka buta dgn segala apa yg telah dilakukan oleh Presiden Parti...cuma yg sy nmpk mereka lebih mementing kedudukan atau survival diri semata2.

    Muhyiddin tentu tahu semua ini dan sy berpndgan...adalah lebih baik dia menyusun strategi yg lebih 'solid' dan mengambil langkah2 yg lebih aggresif untuk mengganti Presiden yg merapu ini demi Bngsa...Ugama dan Negara...sebelum mnjadi makin parah.


    Terima kasih

    ReplyDelete
  7. Dengan kadar hutang semasa negara berjumlah RM 600 billion dan semakin meningkat dengan kenaikan nilai dolar, juga tiada pembentangan mekanisme dan strategi pengurangan hutang malah amalan wajib juga iaitu penjimatan, tidak ternampak. Ini antara bukti tidak berlaku anjakan mentaliti dan 'political will' pada Kerajaan dalam menuruskan ekonomi dan kewangan. Bajet 2016 dilihat rapuh, tidak berkredibiliti, boros malah kurang bijak selain kedapatan beberapa tindakan yg dilihat sebagai pemberian ketulan ais didalam gelas yang akan cair sekejap masa dengan cuaca panas iklim ekonomi semasa. Mmg benar kata anon 00:50 bahawa bajet ini bersifat mengalih isu dan menebus maruah dan dosa Najib.

    ReplyDelete
  8. Yg lain tak berani nak cakap sebab nanti jawatan hilang dlm umno ni siapa tak setuju dgn ketua dia akan dikutuk dan dihina serta ditelanjangkan itulah budaya umno yg aku tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih hebat lagi yg berlaku dlm PKR, tak gitu NordinabilaH.

      Parti anak beranak mencengkam taringnya keseluruh isi PKR.

      Sekarang telah terserlah, cawangan2 Umno mempunyai kuasa yg sangat besar utk mengubah dominasi kuasa di tangan Najib.

      Kelancangan Zahid, Rahman Dahlan, Ahmad Maslan dan seangkatan mesti dipatahkan utk membina semula imej Umno.

      Delete
  9. Sesal dulu pendapatan , sesal kemudian umno Dan bn. Bn tolak segera najib. Lepas bajet ni semua kecewa. Sokongan kaki tangan awam hampir sifar. Kat tempat kerja saya nak cari yang menyokong bn macam nak cari ferari lalu kat hiway.entah bila jumpa sekali. ITU kajian says ditempat kerja saya. Tak ramai 70 orang. Dah tinggsl 5 , 6 je sokong bn. Yang lain hanyut

    ReplyDelete
  10. ...skrg ni semakin lebih nampak terang lagi bersuluh sifat sebenar pemimpin2 melayu umno...dari sekecil2 pemimpin hinggalah ke peringkat tertinggi...jika begini lah sifatnya setakat najib seorang saja yg turun tahkta tidak akan merubah keadaan umno...akan lahir lebih ramai lagi najib di masa akan datang...kelambu perlu dibakar kerana telah menjadi sarang...

    ReplyDelete
  11. Takut nak bersuara sebab mulut dah disumbat duit, dan mengharapkan lebih banyak lagi duit masuk mulut.

    ReplyDelete
  12. Datuk Zam, ketuanan Melayu ada hujjahnya, akan tetapi Tai Gor Jib (Ah Wang) serta anak2 buah rasuahnya bukanlah perwira2 ketuanan mulia itu.

    ReplyDelete
  13. Saudara Zam

    The country needs a better leader – food for thought

    1. There is nothing wrong with the present elected government. The problem now is with one person and that person has to leave the scene for Umno and BN to be voted in come the next general election. BN is still the best platform for all Malaysians at the moment but let not one man make this boat sink.
    2. Money may not buy the people’s votes at all time. You cannot cash-handle all voters. Their anger now has come to reach the brim and its now flowing out like hot lava from a volcano.
    3. The country is facing a deficit-trust all because of the 1MDB, SRC, RM2.6b, RM45m and many other monetary and administrative deviances. And the people are seeing the circus going on to dismantle those who want to uphold truth and justice. The circus going on here is to stop the truth being exposed. But the people are aware of these dirty manoeuvres as not many watch TV3 or read the Utusan these days.
    4. The cost of living has risen all because of the ad hoc measures taken to implement the GST and the drop in value of our currency. Prices of import goods have skyrocketed. Inflation has set in. There is unemployment and also many underpaid wage earners cannot make ends meet in life.
    5. Those receiving BR1M may not know figures of lost that run into millions and billions. Some are contented with the little money they receive in the form of a small bonus, one small pay increment, book vouchers and so forth. Blame them not as they are innocent people. When the money they receive is spent they will look up and say. “I’m not happy anymore. I’m fed up with the government.”
    6. To those who are aware of what’s going on in the country will see things from a different perspective. They want to see the country not mired in all the wrong doings. Please save the country is their earnest request and this can be done at the expense of one man. No leader is indispensable when it comes to the survival of a nation. An ineffective leader must leave the scene.
    7. In the interest of transparency and accountability the people want all major economic issues to be settled for the country to be economically sound.

    As alleged and reported:

    8. 1MDB is in debt of over RM42b. And this is guaranteed by the government. The taxpayers have to bear the debt in “case of default”.
    9. Presenting false information under the Control Exchange Act, as repeatedly recommended by Bank Negara, an elusive character and key personnel in 1MDB ought to have been called by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), police and the attorney-general (AG) and possibly charged for embezzlement and criminal breach of trust. This should include all the accessories to the crime.
    10. The US$1 billion ‘investment’ by 1MDB in 2009 is a hoax. And the so-called 1MDB-PetroSaudi International ‘US$2.5 billion joint venture’ appeared to be a scam as PSI injected no cash into the joint venture, resulting in the latter being abandoned months later.
    11. Out of the US$1 billion remitted by 1MDB, US$700 million went straight to Good Star owned by an elusive character instead of the joint venture, as stipulated in Bank Negara’s approval letter dated Sept 29, 2009.
    12. 1MDB’S subsequent remittances of US$500 million in 2010 and US$300 million in 2011 were similarly fraudulent, as these also ended up in Good Star account.
    13. The RM2.6b and RM45m from SRC issues should be investigated swiftly by MACC and the Police.
    14. This does not yet include all the corruptions, leakages, flow of illegally gained money to off-shore banks, wastages, luxurious living and spending, and so forth by those in power and their associates.
    15. It would be great if all these monies are retrieved or brought back to the country. The huge losses if repossessed could help build our economy and bring back the trust investors have in the country. One man does not make a nation. The people are those who make a nation.

    ReplyDelete
  14. tak Ada kebebasan bersuara hanya kaki hampu seperti blog Che det
    kalau berani letak orang lawan bertanding jawatan president umno .
    sila letak orang bertanding di kerusi presiden umno

    hanya Ada 12bulan lagi saya tak nampak pun calon2 Dari kroni tun m bertanding jawatan president parti umno

    kroni tun m atau kroni najib siapa kalah bertanding sila hormati keputusan pertandingan

    jangan cakap seperti menyalak bukit

    jika zam percaya kebebasan media siarkan APA saya cakapkan ini

    ReplyDelete
  15. This is the culture of Umno, where no one will stand up to the truth. So it will be expected for Muhyiddin to be alone. I disagree when someone says the problem is with Najib alone and not Umno. As you can see, there are more and more people from Umno defending Najib. The opposite is for Muhyiddin and the truth. But then one may ask, what is the truth and why need to defend the truth for Umno ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. How about the truth of selangor state investment aset which has been transfered to two individuals which is amounting to almost to Rm30 billions !!!...and non of the oppo wakil rakyat has dare to open their mouth in seeking the truth...and what kind culture are they practicing...macam tikus membaiki labu...kata dulang paku serepih...kata orang awak lagi lebih...i had the feeling this present oppo are only taking us for a ride.

      Delete
    2. Talking about truth, you have proof that RM 30bil was transferred to two individuals ? I hope you can furnish this info so that this blog becomes famous for this revelation. And do also give the names of these two individuals. We need to expose them !

      Delete
    3. Hello friend, the DAP reps in selangor already voiced out the issue. If it is not resolved satisfactory, you can expect more from the DAP. What did SPRM say? Any wrongdoings? Did azmin interfere in any investigation?Remember BN Menang Rakyat Senang...and now gotta pay more for tolls? Who is taking you for a toll ride? Any rich arab aristrocat out there paying for your toll bills?

      Delete
    4. This must be one of those disturbed characters that surround najib. When ask for evidence, they go silent. All I can say is: Podah deii !

      Delete
    5. Who is taking me for toll ride ? ...well...there is always one person that came across my mind...your honorable Tun Mahathir...who has bind us and the present government with an aggreement that only benefit his cronies...i supposed !!!...unfortunately he has become your darling now.

      Delete
    6. Dear anon...16.45
      Sudah gaharu...cendana pula...sudah tahu bertanya mula...a classic example of a person in a denial syndrom...yg buat salah hanya orang lain..
      yg betul aku. Kuman seberang laut nampak...bangkai gajah depan mata buat bat tak nampak plus the stingking rotten small !!!

      Delete
    7. Dear Anony...@ 16.45
      Sudah gaharu...cendana pula...sudah tahu bertanya pula...or perhaps buat buat tak tau !!!...a classic example of oppotoons mentality...kuman seberang laut nampak...bangkai gajah depan mata buat buat tak nampak plus the rotten stingking smell...denial syndrom...hanya aku saje yg pandai dan betul dan tak pernah buat dosa...orang lain semua bodoh...salah dan penuh dgn dosa.

      Delete
    8. Mmg tak syak ni style pendekar bugis lapuk. Bukak sajak, silat macam2 lagi. Tapi bila mintak bukti dia cerita lain. Tak da pun bangkai gajah depan aku tapi kuman keliling honey ko tu nampak sangat. Bodek, mengampu bak kata pepatah pendekar bugis macam jemuan. Mana tak bau bila terkentut asyik pikir pasal apa lagi media asing nak siarkan. Tapi hang ni mmg aku respek.dah berkuman tapi tekad nak defend honey hang. Syabas ! Kalu sekali DEIG ada masalah mmg aku tak mau defend. Tapi hang .... Aku tabik !

      Delete
  16. Kisah Najib hampir sama spt cerita ANAK KU SAZALI. Pandai menipu kemudian jadi penjenayah akhirnya dihukum.

    ReplyDelete
  17. Lupakan umno dan bn, parti 47%. Kalau pemimpin tak berani, rakyat harus berani. Berani masuk parti2 PH dan mulakan gerakan pembaharuan demi anak cucu. Kalau tak berani, kekal bersama umno, dan sambutlah duit BR1M bagai dapat SPM 10A.

    ReplyDelete
  18. Umno dah nazak kerana Najib.... hanya budaya sogok $$$$ yang boleh menyelamatkan Najib sekarang. Harap rakyat TOLAK Umno, Najib dan BN kali ini. Tak pernah kami undi pembangkang sebelum ini. KALI INI KAMI TIDAK AKAN UNDI UMNO ATAU BN. Dah meluat dengan rasuah dan penipuan. Masa depan bangsa dan negara boleh hancur kerana perangai kaki bodek dan yang berkuasa sekarang.... Entah di mana akhlak mereka sebagai Muslimin......

    ReplyDelete
  19. Program Transformasi umno lama tak dengar dah. Hot hot chicken shit.

    ReplyDelete

  20. So 1MDB's RM42 billion debt is NOT included dalam budget. KENAPA? Nak tipu rakyat lagi ke? . Their interest servicing alone is about RM2.0 billion every year. Siapa yang bayar interest ini? Duit dari sumber mana lagi? Perosak negara menjadi pemimpin.... ini yang terjadi. Cakap bohong tak habis? Khazanah punya liabiliti pun tak disebut dalam bajet....Kenapa? Allah selamatkan bangsa dan negara kami......

    ReplyDelete
  21. macam INI zam kena akui nya umno dirosakan oleh tun m itu sendiri.
    tun m di biarkan dirinya dipergunakan oleh siapa saja termasuk kroni dia Dan pembangkang kerena kemarahan tun m sendiri Tampa berfikir apa belaku. saya ucap taniah lah negarawan senang di bodohkan oleh dap Itu. jika Tanya pendapat ahli bijak pandai politik 'jawapan sama akan diberikan seperti saya berikan. untuk memusnahkan umno bukan Dari dap ITU tapi Dari umno pemimpin umno sendiri Dan selalu menyatakan pendapat dia sentiasa betul pembangkang akan gunakan keadaan INI Tampa di sedari oleh ahli umno ITU.

    cukuplah zam 'tun m gagal Bela nasib orang melayu dibandar hanya berjaya modenkan Malaysia ini, zam tengok sendiri nasib orang melayu Penang ITU 29kampung melayu di musnahkan Dan jual. cuba buka Mata anda besar inlah hasil tak mahu memajukan bumiputera secara bersunguh2. hanya tahu buat buku Malay delema tapi gagal merelesasikan dasar DEB kena ingat 13mei bermula Dari bandar bukan Dari kampung. sepatut orang beri tanggungjawab 22tahun harus malu dengan pembuatanya 'gagal 30% ekuaiti bumiputera,gagal 30% ekonomi bumiputera. sepatut ia menjadi penajaran pada najib Dan mana2 pemimpim umno jangan leka dengan selogan di cipta oleh pemimpim itu.

    jika zam percaya pada kebebasan media keluarkan atikal saya tulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr anon 17:18. Perlu banyak buat semakan. Lebih2 lagi disaat2 penghujung persaraan Tun. Memang beliau berkali2 membuat kenyataan bahawa beliau puas memimpin negara selama 22 tahun. Kejayaan memacu negara kepentas dunia sehingga dikagumi. Semua kaum mengecap kek ekonomi. Negara dicemburui sehingga digelar Harimau. Tapi beliau mengakui dan berterus terang hanya satu kegagalannya: MENGUBAH MENTALITI MELAYU. Saya turut bersedih.

      Delete
    2. Semua salah Tun. Yang betul engkau saja la ye. Engkau tak boleh berak pun salah Tun juga agaknya.

      Delete
  22. Pakatan Harapan...like chicken kokok berderai derai but the tail are full of shit...harap kan pegar...pegar yang ada harapan akan balun semua.Haaaarapan setinggi gunung...hancuuur menjadi debu...Rm30 billiunnn DEIG...buat bodoh je...macam tak bolih nak jawap!!!...atau memang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau DEIG ada masalah, dah berbulan jadi tajuk utama utusan, nst dan tv3. Di pihak Pakatan jangankan 30 billion, kalau ada kes rm300 pun boleh jadi tajuk muka depan media umno. Kalau media umno pun dah terdiam, maknanya tak ada cerita la tu. Nak spin cam ner pun, tak boleh sidetrack isu derma 2.6b.

      Delete
    2. Kalau DEIG ada masalah, dah berbulan jadi tajuk utama utusan, nst dan tv3. Di pihak Pakatan jangankan 30 billion, kalau ada kes rm300 pun boleh jadi tajuk muka depan media umno. Kalau media umno pun dah terdiam, maknanya tak ada cerita la tu. Nak spin cam ner pun, tak boleh sidetrack isu derma 2.6b.

      Delete
    3. Allo bruder ada ke task force, PAC, MACC, BNM, SELCAT siasat DEIG dan Kjan Sgor ? Kalau ada silakan. Kalau tak da tlg lah tutup mulut basi hang. Tak tahan bau lerr !

      Delete
  23. Bajet 2016 boleh umum. Bajet 2.6 tidak boleh umum. Bajet sebelum umum adalah dibawah OSA. Begitu juga Bajet 2.6. Sebab itu PM sendiri tidak boleh umum. Inikan pula orang lain.

    ReplyDelete