Friday, 30 October 2015

MUHYIDDIN MESTI DISIKINGRKAN DARI AHLI UMNO

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh dipecat dari jawatan Timbalan President UMNO kerana beliau  dipileh oleh Perhimpunan Agung tetapi  pemecatannya sebagai ahli UMNO secara automatis akan  menggugurkannya dari jawatan penting itu.

Pemecatan sebagai ahli boleh dilakukan jika ada bukti yang kukuh.

Inilah yang sedang digerakan oleh Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan dengan kenyataan siasatan terhadap tujuh pemimpin UMNO  sedang dijalankan  kerana kenyataan mereka  yang boleh menjejaskan parti.

Usaha untuk mengkondisikan ketua-ketua bahagian-bahagian dan ahli ahli UMNO untuk menerima tindakan ini telah pun didahului oleh komando-komando UMNO dengan dakwaan bahawa  75 % ketua UMNO bahagian malah ada yang kata 95% telah pun siap sedia menyokong tindakan ini.

Sementara itu rakan karib Datuk Seri Najib, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob juga lantang bersuara mendesak tindakan tegas tanpa mengira jawatan diambil terhadap mereka yang terlibat.

Barangkali Muhyiddin menyedari perancangan terhadapnya maka itu beliau berhati-hati dalam menerus keritikannya tetapi dalam suatu forum di Johor Baru, baru-baru ini beliau meanggap "pengecut" pemimpin UMNO yang menyokong presiden. Ini  telah mendorongkan penyokong-penyokong Najib menjadi semakin agresif .

Exco Negeri Pahang Datuk Sharkar tidak nampak masalah untuk  penyingkiran Muhyiddin  kerana sebahagian besar anggota MT adalah juga ketua bahagian."Mereka tahu apa untuk dilakukan pada mesyuarat MT akhir bulan ini" katanya ( Star 30 Oktober).

Langkah mencantas Muhyiddin mesti dilakukan sebelum Perhimpuan Agung UMNO tidak lama lagi kerana kehadiran Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden mungkin akan menimbulkan kekecohan  yang boleh menjatuhkan maruah Najib sebagai Presiden UMNO jika berlaku tindakan provokasi antara kedua pihak.

Mencantas Muhyiddin juga perlu dilakukan lebih awal supaya bakal timbalan presiden UMNO dapat  dipromokan sebelum Perhimpunan Agung UMNO menjelang Pilihanraya UMUM akan datang dan supaya  Najib dapat  berkuasa sehingga pilihanraya umum itu.

Ini juga akan  memberi peluang kepada Najib untuk  mengkosolidisasikan lagi kekuatannya dalam parti dan memperbaiki ekonomi negara tetapi ini belum pasti akan dapat mempastikan pemulihan  sokongan orang Melayu kepada  UMNO untuk terus bekuasa kerana semangat bahagian dan ahli-ahi UMNO adalah sangat rendah kerana kerosakan imej kepiminan negara yang sangat  parah.

Saya telah mendengar cakap-cakap ada negeri-negeri yang mahu mengadakan pilihanraya Dewan Undangan Negeri secara berasingan atau bersendirian seperti Sarawak supaya tidak menampakan penglibatan imej Najib tetapi atas kekuatan imej tiap menteri besar sendiri.

Supaya keadaan tidak menjadi lebih buruk maka Muhyiddin dan beberapa orang lagi yang masih merancang untuk menjatuhkan Najib, mestilah bersedia untuk dicantas  kerana merosakan imej parti walaupun niat jujur  hendak menyelamatkan parti tetapi akhirnya kebenaran politik terletak dimana kita berdiri.

Ini adalah oleh  kerana UMNO tidaklah berasaskan kepada ideology rigid sebaliknya pragmatik.Ketua-ketua bahagian  UMO melihat bahawa langkah menyelamatkan kepentingan peribadi  Najib adalah perlu untuk kekuatan parti dari menyelamatkan parti untuk kepentingan seluruh rakyat

Keputusan ini mereka buat  oleh kerana Najib adalah King of Money yang mempunyai pengalaman lama dalam UMNO bahawa Money Is The King.




31 comments:

  1. Golongan Fanatik boleh jawab tak dua isu yg ada pada muhyiddin INI

    NFC kerja siapa ‘pak lah tanggung malu, saya tengok isu NFC muhyiddin lepas tangan.

    1bestari kerja siapa ‘najib tanggung malu isu 1bestari, dia lepas tangan.

    Orang macam ini ke? Yg nak di lantik jadi pm oleh tun m ITU .sila jawab

    Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob terpaksa betul kerosakan di buat nya.

    sila jawab zam

    kami tahu mana kroni boleh diharap Dan kroni menyusahkan umno itu

    Yg ikan bills tangkap ,yg jerung di lepaskan


    Zam jika percaya pada kebebasan media siarkan nya besar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUANGLAH MAHYIDDIN TU.
      Akhirnya yang tinggal cuma penjilat. Bagus juga, at least pengundi PAGOH dalam PRU14 nanti ada banyak pilihan nak pangkah. Mahyiddin tentu mencalonkan diri sebagai CALON BEBAS. Saya sekeluarga pasti undi dia

      Delete
    2. Saya pasti Sdr Zam percaya sgt dgn kebebasan media. Cuma media ni yg tak bebas. Yg patut kita bimbang sekarang ni ialah apabila ada orang sakit jiwa yg asyik menyebut benda yg sama untuk memastikan apa ditulisnya akan tersiar. Jadi sy haraplah sangat yg saudara ni tidak bebas begitu sahaja sebab orang sakit jiwa boleh melakukan macam2.

      Jadi kalau Zam percaya sangat dengan kebebasan orang sakit jiwa, tolonglah Jangan Siarkan apa yg saya tulis ni yea .....

      Delete
    3. Soalnya Najib tidak nafikan 2.6 billion masuk akaun dia.Memburukkan orang lain dengan niat menghalalkan apa yang Najib lakukan.Inikah kebenaran?Berapa kamu dibayar untuk berdusta?

      Delete
    4. Isu NFC mungkin anon 11.45 baru keluar dari gua kot. 1bestari bkn isu sebesar 1mdb n 2.6billion. Pembangkang pn xguna isu 1bestari utk kepentingan politik. Sy rs memang anon ni baru keluar gua. Aduhai...nk menangkan jib sampai rela menampakkan diri bodoh. Xyah layanlah dia Zam, kesian sgt...

      Delete
    5. Saya pun menyampah dgn ayat ' klu zam percaya dgn kebebasan.....' kebebasan itu terkecuali utk org yg sakit jiwa...

      Delete
  2. Perenggan terakhir WAJIB dibaca oleh PM NAJIB ... Maaf kata, mungkin majoriti Ketua Bahagian UMNO semuanya sudah biol, bangang dan berlagak bodoh .. Berlagak bodoh sebab saya yakin mereka ramai yang tidak bodoh tetapi terpaksa berlagak bodoh demi manusia bernama Mohd Najib itu. UMNO BUKAN MILIK NAJIB dan bukan milik Ketua Bahagian ! Kalau Tan Sri Muhyiddin dipecat keahlian dan Dr Mahathir dikenakan tindakan maka secara rasmi BN hilang undi saya dan seluruh keluarga saya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seluruh ahli UMNO Johor akan sokong TSMY... tunggu dan lihat!!

      Delete
  3. So they want action against TSMY, which may include suspension. In fact I will not be wrong to say that some are even screaming for his head to roll. So when that happens, who benefits ? Who is next to move up the ladder ? No need to guess. Have the celebrations already started ?

    Never mind about what TSMY has done in the past for the good of the party. Just find all the things that you think he has done wrong and bring it out to disgrace him. Then we will have better ways to throw this man out. Even if we lose one MP in Parliament, we can still survive. We clearly have the majority. Even opposition heavyweights like Lim Kit Siang, Tony Pua and some others have said the no confidence vote will fail. Look at what happened to Lim Kit Siang. Clear majority. BN will continue to rule. Face it Malaysia. Well, this is what they are telling you. Perhaps indirectly or maybe even directly to your face.

    So to TSMY's supporters, this is what the ruling majority in Umno is telling you. To Wharsapp, WeChat and others step aside. We now have Telegram. The group chat that makes important recommendation and decisions to the Umno leadership. You have to accept the fact that as Jamal Yunos stated, a clear majority of Umno division leaders support this idea on TSMY. Everyone in Umno has to accept this, whether it sings to your ears or shouts at you.

    So is this how the plot is supposed to end, with TSMY's political career gets thrown out to the bin ? I would think so because TSMY has himself used the word “cowards” to summarise his message to Umno members. While many would predict this being TSMY’s last speech, think again. I don’t think the plot is coming to an end so soon. It will be a cliff hanger ….. but who will be hanging on to the cliff ?

    ReplyDelete
  4. Kalau dah tahu najib tu king of money berdoalah kita agar allah turunkan bala kpd perasuah dan penerima rasuah kerana kedua2 mahluk ini musuh islam bukan bertopengkan islam amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke Bala diturunkan pada pemakan rasuah ?

      Kerajaan Malaysia akan tinggal 10% orang pegawai sahaja.

      Delete
  5. Lim Kit Siang sedang berehat tak payah hadir mesyuarat Parlimen yg sengaja dimintanya untuk melipatgandakan tugasnya memindah pengundi2 di setengah kawasan Parlimen bagi mempastikan kemenangan kpd DAP.Pemimpin2 UMNO pulak sebok dgn kerja2 cantas mencetas sesama sendiri.Apalah nak jd Melayu...

    ReplyDelete
  6. Eloklah dibuang semua yang "berani bersuara" atau "membawa suara rakyat" supaya yang tinggal dalam UMNO nanti adalah tukang angguk yang menjaga tembolok masing-masing sahaja. Membuang atau memecat Muhyiddin Yassin adalah satu tindakan yang dinanti-nantikan supaya selepas ini rakyat mudah membuat pilihan. .

    Sepatutnya pemecatan Muhyiddin dipercepatkan, Ku Nan tidak perlulah membuat suspens tentang tujuh orang yang akan menerima hukuman. Pecat sahaja tujuh orang atau 700 orang atau 7,000 orang yang dicurigai tidak selari dengan UMNO sekarang. Lagi banyak pecat lagi bagus.

    Bagi saya UMNO sudah jauh tergelincir daripada landasan yang dibina oleh generasi terdahulu. Usaha untuk membawa UMNO ke landasan tidak sekuat gelombang yang mahu UMNO keluar dari landasan. Untuk membawa UMNO ke landasan memerlukan wang yang banyak seperti kata popular sekarang, money is king.

    Muhyiddin ternyata tidak berupaya untuk menabur wang supaya orang UMNO berani mengalih haluan kembali ke landasan asal. Muhyiddin tidak berupaya melantik mamat atau mamut menjadi menteri yang menjadi benteng yang sanggup mati dengan haluan yang dipilih UMNO sekarang ini.

    Saya geli hati melihat mereka berkokok berderai-derai mengenai integriti. Memang besar sangatlah kata orang bijak pandai, dunia ini pentas sandiwara dan manusia ada pelakon-pelakonnya yang akan bertukar warna seumpama sesumpah apabila berada di bawah ketua yang berbeza. Dunia...dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Ku Seman...pepatah inggeris ada mengatakan...this world is not a perfect place to live..!!! Jauh di sudut hati...saya amat risau jika raja kpd segala raja sandiwara...pelakon yg maha hebat dan sesumpah jadian yg tiada tolok banding nya...yang telah di bekukan sementara waktu di Sg Buloh...akan dpt membuat kemunculan semula jika tampok pemerintahan beralih arah. Kerana yang akan dominan dlm pakatan ini tentulah parti yang lebih hebat kuasa cash is king nya...dimana senarai billionair teramai adalah kaum mereka...dan yang lain lain hanya akan menjadi pak turut mereka sahaja. Jadilah kita seperti peribahasa melayu...terlepas dari mulut harimau...masuk pula ke mulut buaya !!! Nak menentang kezaliman kecil...terkena pula kezaliman yang lebih besar.

      Delete
  7. Siapa yang benar...
    TSMY@DSNR...

    ReplyDelete
  8. Ini tidak ada kena mengena dengan posting di atas, tetapi tangan saya terlalu gatal untuk menulis tentang kualiti sesetengah menteri kita yang berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Kenyataan mereka menjadi bahan persendaan di media sosial.

    Saya bukan perokok dan saya juga bukan seorang vaper (penghisap rokok elektronik). Tetapi kenyataan Menteri Kesihatan bahawa vape mungkin diharamkan, kemudian Timbalan Menteri Kesihatan kata, tidak mungkin adalah satu jenaka.

    Kenapa gatal sangat hendak mengharamkan vape? Kenapa tidak mengharamkan rokok yang ternyata memberikan lebih banyak implikasi kesihatan kepada pengguanya dan orang di sekeliling? Vape tetap ada kesan buruk tetapi jauh lebih rendah berbanding rokok.

    Adakah tidak berani hendak mengharamkan rokok kerana rokok menjadi penyumbang besar kepada pendapatan negara melalui cukai? Vape kalau ada cukai pun terlalu kecil dan boleh diharamkan untuk menunjukkan kerajaan prihatin kepada rakyat. Bukanlah ini satu sandiwara?

    Bagi saya mengharamkan vape isu remeh. Tetapi diperbesar-besarkan apabila berlaku percanggahan antara Menteri dan Timbalan Menteri. Kenapa isu seremeh ini tidak diselaraskan supaya tidak kelihatan sandiwaranya?

    Kalau boleh Menteri perlu mengelakkan diri daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan pelik, tidak masuk akal dan tidak berapa cerdik. Bagi saya cadangan mengharamkan vape adalah tidak berapa cerdik kerana membiarkan rokok yang lebih besar bahayanya.

    Kalau tidak percaya sila rujuk laporan yang dikeluarkan oleh Public Health England, King College London atau Queen Mary London yang sepakat mengatakan kesan vape hanya 5 peratus berbanding kesan rokok.

    Sekali lagi ditegaskan saya bukan pejuang rokok atau vape. Saya sekadar mendedahkan tindakan yang tidak berapa cerdik yang boleh dihidu oleh rakyat. Maknanya tindakan yang akan dibuat itu bukanlah kerana kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa billion hasil cukai rokok setahun? Saya rasa banyak juga. Jadi kalau haramkan rokok mana nak cari ganti hasil cukai tersebut? Tanpa hasil tersebut tekanan ke atas bajet dan ekonomi negara akan bertambah given segala akibat yg kita alami berpunca dari kerenah skandal najib n co. Isu kesihatan setelah bertahun-tahun rokok tidak diharamkan adalah "moot". Kalau betul-betul kita concerned tentang kesihatan dah lama rokok diharamkan. Tetapi ini semua adalah rhetorik politik semata, Persoalan kesihatan vape pun sama juga. So, kenapa perlu menambah tekanan keatas ekonomi negara yg akhirnya akan menjejaskan kemampuan berbelanja orang klas bawahan dengan mengurangkan hasil jika rokok diharamkan ketika ini bila hasil dari sektor utama lain seperti minyak n gas, komoditi dsbgainya juga sedang mengecil. Teruskanlah merokok dan bervaping seperti biasa supaya ekonomi negara tidak terjejas dengan semakin teruk lagi. Mungkin buat masa ini terus atau mula merokok boleh dianggap sebagai satu tindakan patriotik untuk menyelamatkan negara dari jatuh bankrap. Begitu juga dengan meminum lebih banyak minuman keras dan apa juga yg boleh menambahkan hasil dari "sin tax". Juxtapose these against berkempen meminta najib berundur yg dianggap sebagai "mengkhianati" amalan demokrasi negara!

      Dilema? Serbasalah?

      Delete
    2. Majoriti penghisap adalah orang melayu...penyumbang terbesar kepada industri ini...hampir RM2 billion kata Allan Foo...president e_vapour malaysia...sekali lagi kita bolih tau peniaga peniaga yg telah mengaut keuntungan atas kelemahan...kesengsaraan dan masaalah kesihatan dan ekonomi yang dihadapi olih orang melayu. Sambil pemimpin dan orang melayu akan terus bertelagah..hentam menghentam..kutuk mengutuk..hina menghina..keji mengeji antara satu sama lain atas isu ini... golongan peniaga ini akan terus mengaut keuntungan dlm memperkukuh kan kuasa ekonomi dan juga kuasa politik mereka !!!..memang betul kata saudara Ku Seman...Cash is King...yang control ekonomi is the true king...or the King Maker. Manakala orang melayu pula...segala tindak tanduk mereka adalah berbentuk self destructive !!! baik dlm berpolitik dan ekonomi. Mungkin semua ini angkara atau agenda tersembunyi the true king maker...dan juga atas kejahilan orang melayu itu sendiri....

      Delete
  9. Kabinet bodoh hanya akan melakukan tugas-tugas bodoh yang bersesuaian dengan kebodohan mereka yang tidak ada limit itu."Zaman kerajaan tahu segalanya sudah berakhir", inilah kata-kata hebat daripada Najib di saat-saat awal menjadi PM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sudah dengar Tok Jib kata mavam tu, rakyat diutamakan pon dah tak dengar

      Delete
  10. Assalammualaikum wmt,
    Najib dan konconya dah tak ada cara lain selain TERPAKSA memecat TSMY dari UMNO. Kalau TSMY masih ada dlm UMNO, Najib tergugat. Sekurang-kurangnya akan terjejas kalau ada pertandingan kerusi Presiden. Walaupun Najib mungkin menang kerana ada 'duit' banyak, tapi UMNO akan berpecah.

    Lagipun kalau TSMY masih Timbalan Presiden, beliau terpaksa diberikan tugas meresmikan Perhimpunan Agong Pemuda, Wanita dan Puteri. Ketika itu TSMY mungkin boleh bersuara. Inilah yg sangat ditakuti oleh Najib dan konconya. Mereka 'negeri' kalau-kalau TSMY menyentuh soal pemecatannya dari kabinet yg berpunca dari masalah kerana menegur Najib dlm urusan mentadbur-urus 1MDB yg jadi BARAH kpd UMNO, bangsa Melayu, negara Malaysia dan agama Islam.

    Bagaimanapun, jika pemecatan TSMY dari UMNO bagi maksud mengelakkan perpecahan, PEMECATAN itu sendiri nanti tidak terkecuali menjadi sebab UMNO akan berpecah lagi. Perpecahan dah tak dapat dielakkan selagi Najib masih berada dikerusi-kerusinya sekarang.

    Apapun, tindakan Najib menyingkirkan TSMY dari UMNO memang diduga dan itulah yg sepetutnya beliau lakukan demi mempertahankan kuasa politiknya.

    Kalau ikutkan sejarah yg tercatat dlm UMNO, Tun Dr. Mahathir pun pernah kena pecat dari UMNO. Tapi atas ketentuan Allah swt, Tun M berjaya kembali dan seterusnya menerajui UMNO dan negara dgn jayanya lebih 22 tahun.

    Semoga TSMY juga akan mengikut jejak langkah Tun M, setelah MT UMNO dibawah Najib memecatnya nanti.

    Manusia hanya mampu merancang. Ketentuannya adalah hak mutlah Allah swt yg Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
    Wallahhu'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno berpecah sebanyak 4kali
      1)umno tak menbenarkan menbuka keahlian pada kaum lain belaku pepecahan pertama umno tertubuhnya parti negara
      2)pepecahan dengan ulamak umno Tertubuhnya pas
      3)pepecahan umno tertubuhnya semangat 46
      4)pepecahan umno tertubuhnya parti keadilan

      Cuba anda lihat sejarah 3 Dan 4 siapa buat. Yg ke 3 itu pergaduhan rebut kuasa.
      4)murid lawan guru, Stategi murid Dan guru sama je ,mana tak nya. bakata peribahasa murid kencing berlari , guru kencing berdiri. Faham je peribahasa itu akan

      Delete
  11. Sesungguhnya yang haq akan mengalahkan yang bathil.

    Kesian Tan Sri Muhideen Yasin.

    ReplyDelete
  12. Mesia dipilih destinasi utama di asia oleh world tourist orgn.
    Not bad lah you jibby.
    Congrat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi yg datang melancong tahun ni dah merosot da.
      Thank you .....

      Delete
  13. Ini empat daripada sembilan soalan yang diberikan oleh UMNO Bahagian Senporna kepada Ku Nan:

    * Adakah bersuara demi kepentingan rakyat kini bukan lagi keutamaan kepada parti?

    * Adakah syarikat 1MDB menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding Umno?

    * Adakah 1MDB ini milik Umno?

    * Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti Umno?

    Ini adalah soalan maut yang tidak boleh dijawab oleh UMNO waima Najib Bin Razak sekalipun. Memang benar, kenapa pemimpin UMNO begitu beriya-iya sangat mempertahankan 1MDB seolah-olah syarikat pelaburan itu milik UMNO. Apa yang saya tahu syarikat itu milik kerajaan. Tetapi inilah masalah UMNO terlalu cepat perasan itu milik mereka sama seperti derma RM2.6 bilion kepada Najib, UMNO yang heboh kononnya hak mereka.

    Satu lagi soalan menarik, adakah dengan menyokong secara buta, tuli dan bisu terhadap 1MDB akan menguatkan UMNO? Jawapannya sama sekali tidak. Menyokong 1MDB hanya menguatkan atau menyelamatkan individu. Oleh kerana itu mulai sekarang UMNO kena belajar membezakan antara individu dengan UMNO atau antara UMNO dengan kerajaan.

    Menyelamatkan individu bukan menyelamatkan UMNO dalam PRU 14. UMNO kena sedar bahawa majoriti rakyat bukan tidak suka kepada UMNO tetapi mempersoalkan integriti individu. Kalau di negara yang prinsip integritinya tinggi, individu yang menjadi liabiliti kepada parti dengan secara rela mengundurkan diri.

    Tetapi itu di negara orang. Jangan harap perkara yang sama berlaku di negara kita. Sekarang rakyat sudah nampak perjuangan sebenar UMNO untuk menyelamatkan individu bukan memperjuangkan kepentingan rakyat. Ini bukan berpolitik secara matang apabila ada pandangan yang berbeza terus dianggap penentang, sedangkan perbezaan itu akhirnya mewujudkan persamaan.

    Ada pihak berkata, jangan mengkritik di luar, kritiklah di dalam dengan menggunakan saluran dalaman. Soalnya adakah saluran dalaman yang akan mendengar sesuatu yang tidak menyenangkan pemimpin yang mereka lindungi? Lagikan kuasa agensi penguatkuasaan pun sudah diceroboh untuk kepentingan individu, inikan pula saluran dalaman parti.

    ReplyDelete
  14. Senang cerita: Kalo najib menyerah kalah, dia terus ke dalam. Sedungu-dungu dia pun, tidaklah dungu sangat untuk membiarkan dirinya ditolak ke dalam. So, what smarter strategy we should use then?

    ReplyDelete
  15. Baca Sunday Star berita pasal Datuk Zahid kata sudah ronda 9 negeri untuk beri penerangan kepada ahli umno pasal situasi sekarang dan dia kata akar umbi sudah mula faham dan bersatu.

    Soalannya, Zahid jumpa siapa? Kalau setakat jumpa yang org2 berjawatan di peringkat Bahagian baik tak perlu buat konklusi macam itu !

    Lagi satu wartawan tanya dia pasal posting Tan Sri Zam yang ini, rasanya baik wartawan dan baik Zahid hanya memahami posting ini secara tersurat dan tidak tersurat. Kelakar !

    ReplyDelete
  16. macam mana cara nak keluar umno?

    Nak join DAP la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok la tuh.
      Kalau masuk UMNO, tanpa 'cable' yang kukuh, susah nak jadi kaya-raya. Baik masuk DAP seperti mana geng-kecewa-tersingkir dari PAS. DAP banyak towkey kaya-raya, dalam dan luar negara, sumbang dana atau 'derma' politik. Pada masa yang sama, DAP sedang cari Melayu sebagai boneka. Kalau pandai berdebat dan petah berkata-kata, silap-silap boleh ganti kaki-main-pungkoq sebagai bakal-PM, ambil-alih tempat Najib, PRU14 nanti.

      Mat Sabu, pada saya tak layak untuk ditonjolkan sebagai bakal PM. Dia banyak 'tengkorak dalam almari'. Dari isu Tabung Memali, bilik hotel Kota Bahru no. 121, hinggalah tuduhan beliau bahawa Anwar Ibrahim seorang peliwat di Parliament pada 1997, bersama Karpal Singh. Malah gelaran Al-Juburi diberi sendiri oleh Mat Sabu ketika itu, berdasarkan perwatakan alim dan warak yang dibawa oleh kaki main pungkoq itu.

      Kalau ada sesiapa ingin menguji samada Mat Sabu ber'Amanah' ataupun tidak, tolong tanya beliau mengapa tuduh Anwar seorang peliwat di Parliament, pada 1997.

      Delete
  17. Pecat TSMY atau tidak sama saja. Bukan hanya UMNO akan berpecah tetapi rakyat biasa juga sudah resah. Nak slmtkan UMNO, DSN harus diturunkan... nk slmtkan DSN, UMNO harus dikorbankan...undi di tangan rakyat... awas ...majoriti rakyat sedang resah

    ReplyDelete