Sunday, 18 October 2015

KESILAPAN BESAR NAJIB TIDAK PECAT TIMBALAN PRESIDEN UMNO

MESEJ AWANG SELAMAT DARI TUAN NYA CANTAS MUHYIDDIN
KOMEN: Anonymous19 October 2015 at 01:05
Masalah negara sekarang ialah kelemahan Najib memerintah.Dengan memburukkan 22 tahun era pemerintahan Tun Mahathir tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara.Adalah teramat dangkal sekali pemikiran mereka yang merasakan masalah negara sekarang ini mensucikan dosa seorang peliwat,petualang dan pengkhianat bangsa,yakni hero pujaan hati bagi GBS.
Pemimpin ‘terhandal’ BN sertai Tun M, bantah penahanan SOSMA
Sidang akhbaer Tun Mahathir yang disertai oleh Muhyiddin, Tengli Razaleigh L dan Shafie Afdal

Yang tersirat dari tulisan Awang Selamat MM hari ini " Sejarah Berulang" ialah mahukan  Tan Sri Muhyiddin ,Tengku Razaleigh dan Mohd  Shafie Afdal dipecat dari sebarang jawatan parti atau disingkirkan dari UMNO seperti mana yang  pernah dilakukan oleh Mahathir terhadap Anwar dan Tengku Razaleigh.Dosa mereka ialah kerana menyertai sidang akhbar Tun Dr.Mahahir.

Awang Selamat menyampaikan mesej dari "Tuan Besarya"  bahawa tindakan mereka  itu adalah berlawanan dengan semangat dan prinsip dalam parti  yang mana -mana parti politik sekalipun tidak akan membenarkan para pemimpinnya melakukan tindakan yang sedemikian.

Awang Selamat secara deplomasi menyatakan bahawa UMNO yang matang dalam menangani krisis akan dapat menyelesaikan masalah ini   kerana gelora politik bukan asing bagi UMNO.

Dalam kata-kata tidak berperadaban atau secara terus terang " Pecat  mereka,singkir dan humbankan mereka keluar"

Tetapi Awang  Selamat lupa bahawa pimpinan UMNO yang ada sekarang tidak mempunyai kalibar  segagah dan seberani  Tun Dr. Mahathir  sebaliknya dia adalah seorang yang mencari jalan selamat dalam sebarang tindakannya dan tidak berani kehadapan tetapi cekap melihat kesempatan dari tindakan orang lain yang memberi peluang keemasan kepadanya.

Dia telah banyak kali berjaya dan terselamat dengan cara ini.

Najib tidak akan menjadi Perdana Menteri jika tidak kerana  keberanian dan kesanggupan Muhyiddin berkorban.

Harus diingatkan  Mahathir  mengambil risiko yang sangat tinggi dalam mengambil  tindakan terhadap Anwar Ibrahim yang ketika itu sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO mempunyai sokongan yang kuat dari hampir semua anggota Majlis Kerja Tertinggi ( Kecuali seorang dua) dan sokongan dalaman parti  dan sebahagian besar rakyat di luar parti, dan berbagai-berbagai pertubuhan,siswa-siswa dan juga parti-parti pembangkang.

Mahathir bertindak keras dan nikat sebagai seorang doctor  dan sebagai seorang political animal,do or die.Beliau tidak sahaja melakukan  pembedahan tetapi membunuh musuhnya  dihadapan hulubalang-hulubalang hamba setia Anwar Ibrahim.


Jika tidak kerana Ibrahim Ali berada di mesyuarat MKT pada malam itu, Mahahtir tidak lagi menjadi Perdana Menteri.Bila Anwar melawan,Ibrahim Ali menumbuk meja dan "meterbalikan meja"  yang menyebabkan semua oportunis  serta merta berpaling tadah menyokong Mahathir.

Ibrahim Ali dengan berani dan lantang menunjukan  Anwar Ibrahim  sebagai penderhaka yang tidak mengenang jasa dan tidak berterima kasih kepada Dr. Mahathir. Ibrahim Ali buktikan beliau  adalah seorang yang berdarah daging UMNO dan  penyelamat parti dalam keadaan runcing.

Beliau bukan sebarang anak Kelantan.Perwatakannya hampir sama dengan Abdullah Ahmad (Dolah Kok lanas) yang setia pada Tun Razak. Mahathir sendiri tidak menyangka yang Ibrahim Ali akan muncul sebagai penyelamatnya ketika beliau berada dalam keadaan yang amat tercabar.Tidak ada pakatan antara mereka sebelumnya.

Bahawa Najib hanya menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan  Perdana Menteri  dan tidak sebagai Timbalan Presiden  UMNO adalah suatu kesilapan besar.Dalam beberapa buku pengurusan  berkesan yang pernah  saya baca apabila sesaorang  pegawai menjadi duri dalam daging  maka ia  hendaklah disingkirkan terus kerana mengekalkannya akan menjadi wabak yang lebih merbahaya.

Tetapi Najib bukan Mahathir. Najib adalah seorang oportunis cekap dan licin  dan dia mahu menjadi silent killer disamping elegant silent. Dia menghetong  Muhyiddin akan" mati" dengan sendirinya tanpa perlu dibunuh selepas dicabar dalam  pemilihan MKT di Perhimpunan Agung UMNO akan datang.

Muhyiddin tidak akan mampu bertahan  kerana sebagai hanya Timbalan Presiden UMNO beliau kehilangan tabung kewangan atau sumber kewangan  untuk ditaburkan sebagai petronage kepada ketua -ketua bahagian atau ahli-ahli parti.Ini adalah budaya UMNO sebaliknya  Datuk Ahmad  Zahid  Hamidi atau Datuk Hishamuddin mampu  melakukannya dari sekarang. Maka itu jauhkanlah dari  mimpi, Muhyiddin akan mencabar Najib sebagai Presiden Parti.

Jika  Awang Selamat mejangka  Najib akan menyingkirkan Muhyiddin dari jawatan Timbalan Presiden UMNO maka i  itu adalah mimpi di siang hari .

Kata Awang Selamat sekarang  Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak menempuh cabaran yang sama ( seperti yang pernah  dihadapi oleh Mahathir) tetapi Najib  tidak akan berani membuat tindakan yang sama kerana beliau mempunyai sejarah kejayaan gilang gemilang sebagai seorang oportunis besar yang licin dan bijak disebalik wajahnya yang selamba.

BANK NEGARA ADA HAK BERTINDAK
Bank Negara Malaysia can take enforcement actions, also known as administrative actions, on parties that are found to have transgressed or have not complied with rules and regulations issued under the Financial Services Act.
"These actions may be taken concurrently with, and are separate and distinct from, criminal proceedings that are under the sole purview of the attorney-general."
The central bank said this in a statement to provide clarity regarding its powers to enforce in compliance with the regulatory laws that are administered by the bank.
Hence, separate from any decision on criminal proceedings, the central bank is authorised under the Financial Services Act 2013 and Islamic Financial Services Act 2013 to pursue administrative actions.
"This would include the imposition of monetary penalties, issuance of an order to comply, making restitution to any person aggrieved by a breach, public and private reprimands and an order to take steps to mitigate or remedy a breach."
"This is to ensure the integrity of, and confidence, in the financial system," said the central bank.
To recap, on Oct 9, BNM announced that it has revoked three permissions granted to 1Malaysia Development Bhd under the Exchange Control Act 1953 (ECA) for its US$1.83 billion investments abroad.
Inaccurate information
In a statement, Bank Negara said it had also issued a directive under the Financial Services Act to repatriate the amount back to Malaysia and submit a plan to the central bank for this purpose.
The bank concluded after investigations that 1MDB had obtained permission for its investments with inaccurate information or incomplete disclosure of material information.
The central bank's statement referred to the decision of the Attorney-General's Chambers which found that 1MDB officials investigated under the ECA did not make any false statement and cleared it of any wrongdoing.
It said the decision "relates to the bank's recommendation to initiate criminal prosecution against 1MDB for breaches under the ECA." -Bernama




45 comments:

  1. Tak sangka ya, mantan Awang selamat boleh kritik Awang selamat. Tiada musuh yg kekal. Dan tiada sahabat sejati. This is politics
    Sebagai pembaca kita perlu bijak melihat apa yg tersurat dan tersirat. Anyway, cash is king

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mantan Awang selamat lebih dulu makan garam dan banyak pengalaman. Orang lama dlm dunia wartawan

      Delete
  2. Kesilapan Najib bukan sahaja kerana membiarkan Muhyiddin kekal sebagai Timbalan Presiden Umno. Dah sah-sah Muhyiddin sebagai seteru, membiarkannya di situ hanyalah tindakan yang lebih berbahaya kepada dirinya.

    Kesilapan yang lebih ketara ialah melantik Timbalan Perdana Menteri dengan serta merta. Dalam keadaan bergelora, Najib sepatutnya memusatkan kuasa kepada dirinya. Itu satu lagi langkah yang tidak dibuat oleh Dr Mahathir pada tahun 1998. Dengan melantik Zahid sebagai TPM, Najib mencipta seorang lagi yang berpotensi menjadi seteru. Tidak ada kesetiaan yang kekal dalam politik. Dr Mahathir mengambil masa yang lama sebelum memilih Pak Lah sebagai TPM.

    Dengan dua perbezaan ketara cara bertindak oleh Najib dan Dr Mahathir dalam situasi hampir serupa, nampaknya Awang Selamat tidak teliti dalam gesaannya. Singkir atau gantung jawatan parti atau keahlian yang berkenaan, Umno hanya menempah krisis yang lebih mengancam. Risiko untuk Najib juga lebih besar. Sedangkan kes Anina belum selesai, jangan pula dicipta kes yang lain dengan bertindak semberono. Zahid pun bukan setia sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku yakin najib lebih bersikap berhati2 dia hanya biar mahnyuddin menyalak je akan keluar pengikhinat umno itu, biar lambat asal selamat macam itu cara najib kesan pengiknat Dari umno itu.

      jawapan mudah je era tun m Dan era najib beza kali maklum senang sampaikan, di bandingkan era mahathir cyber baru perkenalkan , dulu boleh tutup media Akbar ada atau beli media Akbar pro pembangkang atau di arah tutup. di cara mahathir menekan orang , kalau buku2 burukan kerajaan akan di rampas, mungkin korang tak tahu mula kena terpias media cyber baru di internet adalah pak lah, orang kedua najib media baru Dan media sosial najib

      Delete
    2. Bila Mahathir tutup akhbar dan haramkan buku-buku,.......berapa umur kau?

      Delete
    3. he.he.he.kau 20:22 Surat kahbar nyamuk di bagi amarah oleh tun m itu . malah anwar pun ada he.he.he. lupa ia tak payah banyak cakap lah contoh paling hebat pun buku 50 dalil kenapa anwar tak boleh jadi pm itu pun tun m Cuba lindungi Anak didik dia he.he.he. akhir sekali tun m di marah oleh kroni barulah tun m pecat anwar itu. sebabnya kroni tak tahan 12% interest, kalau tak tun m masih simpan lagi si anwar itu

      Delete
    4. Tulis macam bangla........

      Delete
    5. Aku faham Maksud ini tulis itu najib kesan pengikhanat umno itu melalui mahnyuddin menyalak satu dunia tampa di sedari oleh tun m itu sikit2 pengikhnat akan hacurkan cuba tengok beberapa orang berjaya dia kesan oleh najib

      Delete
    6. bukan sikap berhati2 yg ditunjukkan bugis tu tetapi lebih kpd mengesahkan sifat penakut telur dlm birkin rosmah yg terpamir....

      Delete
  3. ingat tak pesan saya dulu zam ,sejarah berulang kembali. ingat tak kata pujanga orang tak tahu ingat sejarah diri sendiri, orang itu akan kena sejarah diri dia sendiri

    dulu tun hussei onn suruh Dr mahathir berhenti
    Sekarang tun mahathir suruh najib berhenti
    aku tengok tun mahathir ulang sejarah sama apa di lakukan oleh tun hussei onn itu
    sebab tun mahathir nyanyuk kot

    zam keluarkan apa saya tulis ini jika percaya pada kebebasan media

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 13:52 membodohkan diri sendiri.
      Bangang mana yang mampu ingat pesanan kamu jika guna Anonymous.

      Pada krisis kepimpinan UMNO 1987-88, Tun Hussein dan Tunku Abdul Rahman menyokong 'Team B' menentang Dr.M. Memang lumrah politik, seorang PM didesak berhenti.
      Oleh itu, apa salahnya, Najib didesak berhenti?
      Dengan segala pekong dan kemelut: dari issue melibatkan pembelian kapalselam, Razak Baginda, Altantuya, Cincin RM20juta, Depak Carpet dan pinjaman Bank Rakyat, dan hari ini, 1MDB. Sudah tentu akan menjadi bahan kempen Piliharaya oleh Pembangkang.

      Permusuhan Tunku terhadap Dr.M, kita boleh faham. Mungkin Tun Hussein marah kerana pembebasan kesemua tahanan ISA sebaik saja beliau menyerahkan jawatan PM kepada Dr.M. Ada yang ditahan dibawah ISA atas nasihat Lee Kuan Yew.

      Selepas dua bulan jadi PM, Dr.M telah mengarahkan TLDM 'membina kem' di atas Terumbu Layang-Layang, dan beliau turut bermalam di 'pondok' bersama anggota PASCAL, tidak berapa lama kemudian.

      Jika Tun Hussein tidak menunjukkan kemarahan dengan cadangan Dr.M, Timbalan beliau pada 1978, untuk berbuat demikian, hari ini, Amboyna Cay sudah berada dalam gengaman Malaysia.

      Amboyna Cay jauh lebih besar dan telah pun diduduki Vietnam ketika Dr.M mengantikan Tun Hussein pada 1981.

      Delete
  4. Bila mahathir pecat anwar, majoriti rakyat anggap itu isu umno, bukan isu negara. Isu negara masa tu ialah ekonomi, dan rakyat yakin mahathir dapat selesaikan isu ekonomi, sebab itu rakyat sokong mahathir. Sekarang ni lain. Isu 1MDB ialah isu negara, bukan isu umno. Umno pecat la muhidyin kaa, shafei kaa, selagi isu 1MDB tak selesai, selagi isu derma tak selesai dengan cara cukup menyakinksn rakyat, PRU nanti umno bungkus. Pembangkang goyang kaki pun boleh menang, macam kat perak dulu letak bekas posman pun boleh menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 14.02

      Sangat setuju dengan pandangan anda

      .

      Delete
    2. Anon 14:02

      Saya pun setuju pandangan Saudara, kecuali bab "umno bungkus'.

      PAS sudah berpecah menjadi serpihan, Amanah. Jika PAS yang 'berpakat' dengan UMNO dibelakang takbir, Harapan Pakatan untuk menang PRU 14 akan tinggal sebagai harapan saja. PAS boleh kuasai Kelantan dan mungkin, Trengganu. Manakala UMNO boleh 'kuasai' seberapa banyak mungkin kerusi Parlimen dari Negeri yang dikuasai PAS itu.
      Lagi pun, dalam berpolitik, Cash is King.

      Delete
    3. anon 14:02

      setuju

      Delete
  5. mahathir berfikir atas dasar kemanusiaan. deal with the human side. najib sebagai oportunis befikir atas dasar duit. tarik sumber duit mereka jatuh. tetapi kerana terbelengu dgn strategi duit, kadang kadang manusia sanggup buang duit demi kemanusiaan. itu la sbb mahathir lebih cekap dari najib. dan of course, mahathir abis degree, dan najib tak abis degree cuma abis kan duit kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  6. Ayat terakhir "wajah selamba" tu memang saya setuju 100% ! Sungguh tebal muka PM kita ni. Apa komen hulubalang Najib mcm Rahman Dahlan dan Salleh Keruak pasal tinjau pendapat Merdeka Centre yang menunjukkan pertama kali Najib sudah hilang kepercayaan Melayu. Cina sama India dah lamaaaa dahh. Malu tengok Najib berucap di pentas MCA dan Gerakan, merayu rayu dan lupa Melayu terasa.

    ReplyDelete
  7. betul tu..najib seorang oportunis...tu psl dia dia umumkan sjkc dikekalkan di perhimpunan agung mca lalu....najib juga mansuhkan ISA biarpun tahu akta ini perlu untuk mengekang jenayah2 yg berat...akta hasutan juga hampir dimansuhkan jikalau tidak didesak akar umbi umno...najib sanggup melepaskan akta yg selama ini melindungi rakyat dan membuat rakyat terdedah kepada ancaman jenayah...masa depan generasi kita juga digadai apabila najib pertahankan sekolah jenis kebangsaan selepas apa yg berlaku hari ini kesilapan pemimpin masa lalu buat...mungkin najib akan kekal berkuasa beberapa tahun lagi jikalau diizinkan...tapi apa yg ditinggalkan beliau akan memeritkan generasi masa depan....masa sekarang ramai yg hnya berpegangkan emosi dan spekulasi...bertindak bila rakyat memanggil jgn bertindak bila nafsu diri memanggil.

    ReplyDelete
  8. kesimpulannya najib tiada kaliber menjadi pm, betul

    awang selamat sudah menunjukkan belang.

    ini adalah baik bagi saya yg selama ini minat membaca bisik2 walaupn kebelakangan ini agak sudah tidak gemar membaca tulisannya. akhirnya saya jelas dgn pendiriannya.

    ini juga bagi saya adalah signal, bahawa muhidin akan dipecat x lama lagi. utusan nampaknya sudah menjadi suara umno, my mistake, suara najib. jadi chances muhidin dipecat amat kuat, atau mungkin najib mahu test water terlebih dahulu.

    ura2 tan sri zeti juga akan bersara.

    Allah sajalah yg tolong negara kita. wallahualam.

    ReplyDelete
  9. tepat sekali Tan Sri menangkis tulisan Awang Selamat.

    Awang Selamat hari ini juga sudah menjadi seperti Najib Razak.

    Suka main 'selamat'....

    ReplyDelete
  10. Tulisan awang selamat dalam ruangan beliau dalam mingguan hari ini mengenai isu vape jelas menunjukkan beliau kurang selesa mengenai perkembangan budaya vape ini....saya bukan penghisap vape Dan menyokong kesukaan mereka,tapi tulisan beliau menunjukkan budaya vape harus diberhentikkan secara total Dan penjualan rokok harus ditingkat secara maksima,semuanya demi cukai!!!Dan saya nak bertanya kepada awang selamat tak cukup lagi ke bermacam cukai yang bos anda mahukan daripada kami??cukai zalim menggila ini kami tahu bukan masuk pembangunan negara tapi demi membayar hutang sial syarikat 1mdb tu.....berhenti perbodohkan rakyat!!!!

    ReplyDelete
  11. Saya rasa sungguh malu dengan kepimpinan Umno yang ada sekarang ini Tan Sri terutamanya kepimpinan tertinggi parti. Anak lelaki Dato' Shafie Apdal kahwin pun tiada seorang pun pemimpin tertinggi Umno yang sudi hadir hatta pemimpin Umno Sabah. Mereka semuanya dijemput bukannya tidak dijemput tetapi tiada yang seorang pun yang muncul untuk memeriahkan majlis bekas Menteri kanan kerajaan dan salah seorang pemimpin tertinggi Umno itu.
    Perbezaan politik nampaknya telah begitu teruk dan membarah sehingga membawa kepada terputusnya hubungan silaturrahim. Keadaan ini jauh lebih teruk daripada keadaan pada tahun 80-an dulu yang mana pada ketika itu Presiden Umno Dr. Mahathir juga berseteru dengan Timbalannya Musa Hitam tetapi tidaklah sampai hingga menjejaskan hubungan sesama Insan. Saya masih ingat cerita Musa Hitam ketika dia hendak menyampaikan kad undangan perkahwinan anaknya di pejabat Dr. Mahathir dan berharap Dr. Mahathir sudi datang walaupun sudah 'tidak lagi sebulu'. Apa yang memeranjatkan Musa apabila Mahathir membalas "Oh, that is politics, this is friendship. I will come.."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita tu terbalik bro.

      Delete
    2. La ni umno dipenuhi pemimpin haprak diketuai oleh Dato Cash is King

      Delete
  12. Eloklah kalau Muhyidin keluar umno. Sekarang musim orang buat parti baru. Kepimpinan UMNO telah diserapi tangan ghaib. mafia india dan triad Cina yang mencuri segala sistem pemerintahan UMNO. MIROS ganti Jabatan KEselamatan Jalan RAya, Magic, Cradle, Inovasi itu, Inovasi Ini mencuri duit untuk orang India dan Cina. Talents Corp bawa balek Cina Cina dan India musuh melayu.
    Kontrak mega semua di bagi kepada Cina Gamuda, IJM atau benggali syed mokhtar. Tiada yang selamat lagi bagi orang Melayu.
    Bajet diukur untuk mengkayakan lagi kapitalis Cina yang dulunya hanya kuli kuli sehelai sepinggang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah orang melayu malas.nak jadi bos aje

      Delete
    2. Jadi bos lah bagus..melayu punya kuasa, melayu lah bos..ada paham? Ini tanah melayu ma..

      Delete
    3. Mana ada malas, dan mana ada tangan ghaib....ko ni supertitious laaahh! Susah nak hadapi kebenaran: Melayu ni bila di letak depan mata duit bertimbun-timbun, amoi lemoi, kemewahan mengalahkan millionaire, terus hilang pertimbangan. Segala iman anti rasuah, zina, riba, duit haram semua terbang keluar tingkap. Tambah kalo rakan sebelah, atau atas sikit, atau bawah sikit dah ambik n dah nampak senang lenang sampai ada yg terbang ke sana ke mari pun naik private jets, memang hilang pertimbangan, tak kesah lah educated SPM ke, BSc, MA ke malah PhD pun memang boleh rosak. Melayu UMNO ke, tak UMNO ke sama je bila terbeliak bijik mata tengok kemewahan yg dioffer yg takkan tercapai dengan usaha sendiri. Raja-raja dulu pun macam tu jugak dikerjakan dek British. Bagi mereka pencen seciput pun dah gadaikan negeri. Apasal kita kehilangan Temasek?? Dari raja sampai ke peon, sama je. Nons yg tau hal ini ambik kesempatan lah. Can you blame them when their objective is to get control of the economy and eventually of politics? We lost control of nafsu kita.....n we may lose everything. We have never changed. But change we must if we want to retain control and gain respect in our own Tanah Air.

      Delete
    4. Saya setuju dengan pendapat FXSpec.
      Satu lagi sifat yang kita mesti kikis ialah, HASAD DENGKI sesama Melayu.

      Delete
  13. Kedua-dua mereka ini adalah pemberita yang bagitu berpengalaman.Apabila menulis sesatu artikal mestilah memaparkan keupayaan menarik pembaca,maka dengan itu mestilah dimasukan pokoknya ,bunganya,dan pemandanganya.Inilah kuasa pena yang terdapat pada wartawan lebeh-lebeh lagi mereka berdua dan ada lagi banyak.Kelentong mereka kena dengan masa dan tempat ,tak dapat dinafikan.Jadi kitalah sebagai pembaca hendaklah berhati-hati menapis apa maksud yang hendak diutarakan,bukan tentang cerita yang dipaparkan.Kebanyakan pengkomen hanya meluahkan komen dengan bagitu berahi sekali tampa memahami apa tujuan penulisan tadi.Harap berhati-hati membuat kesimpulan.

    ReplyDelete
  14. Kalau Najib tak turun lagi, maka negara ini makin hari akan merosot walaupun dia suka mengumum apa pun kepada rakyat.

    ReplyDelete
  15. Masalah negara sekarang ialah kelemahan Najib memerintah.Dengan memburukkan 22 tahun era pemerintahan Tun Mahathir tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara.Adalah teramat dangkal sekali pemikiran mereka yang merasakan masalah negara sekarang ini mensucikan dosa seorang peliwat,petualang dan pengkhianat bangsa,yakni hero pujaan hati bagi GBS.

    ReplyDelete
  16. mahyuddin akan dipecat sebelum PAU nanti, utk membolih zahid memangku timb presiden dan seterus nya merasmikan pemuda,wantia dan putri UMNO. najib saja biar mahyuddin dgn angan2 nya bersama mamak tu...

    mahyuddin tidak macam pak lah, org beriman, kerana dia tidak menepati janji nya, jadi mahyuddin setara dgn anwar sifat nya....

    ReplyDelete
  17. Pada aku bukan najib sahaja ditelajangkan bahkan umno tu pun harus dikalahkan dan dihancurkan dgn itu barulah melayu bersatu kerana umno parti rasuah dan tempat kumpul harta

    ReplyDelete
  18. zam apa berlaku 'undi tak percaya pada najib gagal, rancangan tun m gagal ,mungkin zam boleh keluarkan cerita itu he.he.he

    jika zam percaya pada kebebasan media

    ReplyDelete
  19. Apa benda ini,?seronok sangat,undi itu dalam ajenda ke 25 ,belum pun dibincangkan. Inilah jenis penyokong Najib tak membaca. Maka itu selalu jadi penyokong yang outdated tak sezaman.Nak keluar apa benda cerita, belum muktamad.
    Saya sendiri pun malah Mahathir pun tak pernah percaya bahawa undi tak percaya itu akan berjaya.Kalaujawak ikuti blog saya ,maka awak tahulah saya percaya atau tidak pada kebebasan media dan kalau nak tahu kebebasan media bawah Najib jadikanlah Utusan sebagai contoh.
    Masa saya jadi Ketua Pengarang,walaupun sokong BN tapi tetap juga keluarkan berita2 pembangkang dan Mahathir pun tak kacau.Sekarang berita pembangkang tak disiar tetapi hanya jawapan disiarkan. Awak boleh pergi tulong beria nasihat pada bahlol bahlol media Najib supaya beri sedikit kebebasan pada Utusan supaya pasaran Utusan tak terus merudum. Awak puntak payahlah ikut perangai bahlol-bahlol ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,....terima kasih Tan Sri kerana buat kali ke 3 komen saya dipilih untuk diletak di atas.GBS=golongan bodoh semulajadi.Depa ni tak suka baca,dan kalau baca pun tak faham.'Short term memory' sahaja,jadi depa ni tak suka kepada fakta.Depa bukan ingat pun kisah di era Tun Mahathir.

      Delete
    2. macam ini zam Ada setengah negara demokasi 'pembangkang Ada stsen TV dan akbar mereka sendiri. di Malaysia pembangkang tak Ada keupayaan bina media mereka sendiri sebab masing2 ajenda mereka sendiri disebab sikap mereka itu, sedangkan hamas yg miskin pun mampu bina media mereka sendiri. APA tun m lakukan pergi media sinar dekat situ Ada kebebasan bersuara, macam INI zam Cuba zam sekali2 baca media pembangkang semua Jenis menyalahkan orang je. zam sebab APA utusan Dan media prima tak nak buat luputan pada pembakang mereka bertindak ganas .walaupun cerita kebenaran. macam INI zam kalau Akbar pro bn tak akan dia cerita aktiviti pembangkang saya baca utusan sejak saya kecih sampai saya besar.

      macam ini zam tun m gagal paksa ahli bn buat undi tak percaya memang betul memang undi tak percaya boleh lakukan. dap kelihatan bijak menghalang nya sebab dia tak nak dimalukan Dan masuk perangkap tun m itu,dap tak nak pisang berbuah dua Kali ,dulu tun m gunakan anwar untuk jatuhkan pak lan sekarang , mereka belajar Dari kesilapan tersebut tak dipergunakan , mereka sekarang main saikologi. saya tak sangka tun m Cuba gunakan cara sama kali dua mereka bijak tak akan terkena buat Kali kedua terkena
      mereka tahu tun m pandai ambil kesempatan. jika najib jatuh undi tak percaya bn sendiri akan lantik pm mereka sebab undi mejoriti ditangan bn.bagi pemikiran dap tak Ada bawa faedah pada dap ITU ia lebih untungkan tun m ITU jika berjaya menbawa faedah lebih pada tun m itu. APA dap mahukan kerajaan berpaduan segala dasar terpaksa tergantung 1tahun lebih tak Ada jawatan kementerian terpaksa bagi pada pembangkang, jika zam ikut tengok undi tak percaya pada najib apa mereka mahu kerajaan perpaduan Dan jawatan kementerian penting bagi pada ,mereka baru mereka setuju .bn tak akan benarkan nya malah mahyuddin lama politik tak benarkan nya sebab ITU undi tak percaya ITU gagal . sebab ITU saya cakap tun m itu 120 ahli dari orang bn Dan pembangkang baru najib berjaya jatuhkan Dan minta jawatan penting menteri, Cuba zam berfikir adalah bn akan benarkannya

      Delete
    3. Hai...Tan Sri pun tak payahlah terikut ikut dgn perangai bahlol bahlol tu jugak!...pesan orang dulu dulu ikutlah resmi padi...semakin berisi...semakin tunduk.Zaman sekarang barang baik belum tentu bolih laku!...kalau tak masakan saban waktu ramai yang masih terus tertipu dgn bermacam macam produk skim cepat kaya...gores dan menang yang semuanya hanya bergantung kepada omong yg bagus sahaja!..produknya langsung ngak ada pak...hehehe.

      Delete
    4. Terima Kasih atas teguran saudara. Bagaimanapun orang seperti ini jik a kita biarkan akan mempengaruhi orang lain pula,ubat palsu mereka akan terus dibeli.

      Delete
  20. As salam Zam..saya telah membaca utusan sejak kecil..sehari tanpa utusan seakan tdk lengkap hidup.. Dan pada hari ini,utusan sudah semakin tdk bebas..saya telah jarang membaca utusan dan amat sedih dgn pengarang2 artikel mukasurat tengahnya..Siapakah Awang Selamat skrg ini?amat mengecewakan..

    ReplyDelete
  21. Pada asas pemikiran sebagai orang melayu walau apa pun alasan, sandaran atau 'argument', Siapa sebenarnya pengkhianat umno Dan orang melayu, apatah lagi agama Dan negara?

    ReplyDelete
  22. Pd pandangan sy yg tak berapa cerdek ni, pengkhianat umno dn org melayu adalah segelenter melayu yg tak penah bersukur dn tak pernah diuntung kata org dulu2.mereka sangup jolok org melayu diatas sampai tersungkur dn tertiarap daripada menyokong bangsa sendiri.tidak seperti sikap org cina mereka sangup mati ,menipu bangsa lain utk membila sesama cina mereka.

    ReplyDelete
  23. Tapi nasib baik juga Anwar di tangkap.Bayangkan apa jenis pemimpin Anwar akan jadi jika dia jadi PM..semasa jadi TPM pun dia tak ada guna.,kacang lupakan kulit.Rakan2 seperjuangan ditolak tepi.Malah Anwar ni jelas sekali "selfish dan sanggup khianat negara ,sanggup melutut pada Israel dan USA.minta bantuan.Isteri dia juga tak tau malu rapat dgn org pengganas Raja Jamalul Kiram .Anwar ni cakap mmg ada bakat "stand-up artist"..tapi sekadar cakap..dia boleh pukau org dgn kata2 dia.tapi tak guna.Semasa dia jadi wakil rakyat PKR ,tak guna langsung ,sibuk dgn hal kes liwat dia.Rakyat marah dia tak peduli..betul sikap tak berhati perut.Setidaknya Mahatir buat apa yang baik untuk rakyat...alah kalau kita ada dikerusi Mahatir kita pun akan cuba buat begitu,entah2 lagi teruk.Setidaknya Mahatir bijak bangunkan negara.Sekarag baru kita lihat betapa bernilainya jasa Mahatir..bila nampak kebebalan dan bodohnya PM yang ada sekrg...wallahualam.

    ReplyDelete
  24. Soal pokok ialah kita rakyat perlu pilih pemimpin yang baik tiada rekod buruk,jujur dan mmg bukan mata duitan bukan kapitalis.Ynag nak perjuang bangsa Melayu dan hapuskan kejahatan dalam politik UMNO.Dah banyak sangat korupt dalam UMNO.Mesti ada seorang Umar al-khattab yang tak takut ambil tindakan,tangka rakan UMNO yang tak jujur.Buat cleaning house...soalnya kita perlu pilih "mahatma gandhi " kita.....itu permulaan segala2nya.

    ReplyDelete