Wednesday, 14 October 2015

JALAN KELUAR BAGI PAS DAN UMNO MEMBINA SEMULA KEKUATAN BARU

MESTI JUGA BACA "GIVING FALSE INFORMATION IS A CRIME"



















































Pertemuan Maal Hijrah Kepimpinan Tertinggi Pas dengan Pimpinan Utama PERKASA di Ibu Pejabat Pajabat Pas. 

Walaupun bentuk kerjasama antara PAS dan PERKASA  belum dimuktamadkan tetapi tidak dapat dinapikan telah menimbulkan kejutan di kalangan penyeleweng-penyeleweng PAS, PKR dan juga pemimpin-pemimpin  UMNO sendiri disamping pada umumnya membangunkan suatu harapan baru di kalangan  orang Melayu  dan Islam. 

Presiden PERKASA sendiri Ibrahim Ali tidak menyebutkannya  sebagai langkah pakatan politik tetapi dalam facebooknya mengutarakannya  sebagai kunjungan hormat pimpinan PERKASA  keatas Tuan Guru Haji Hadi dan Pimpinan Tertinggi Pas sempena tahun baru Islam(Maal Hijrah).

Ini sebenarnya suatu penghijrahan yang sangat besar dalam politik Melayu dan Islam yang berada dalam keadaan berkecamuk.

Tidak ada pengumuman tentang kerajasma politik tetapi pengumuman kerjasama dalam tiga pekara yang sedang menggelorakan negara  secara langsung menepati perasaan dan suara  terbanyak rakyat yang melampaui bangsa dan agama. 

Tiga pekara itu ialah:
@ Menyambut baik Titah Raja -Raja Melayu mengenai 1MDB
@Menggesa supaya Khairuddin Abu Hassan (pemimpin UMNO) dan peguamnya Mathias Chang dibebaskan.
@ Meminta ketulusan Putrajaya dalam isu Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA)

Presiden PERKASA  Ibrahim Ali sendiri tidak menunjolkan langkah ini sebagai kerjasama politik PERKASA PAS sebaliknya  menunjukan sikapnya sebagai penyokong UMNO tegar yang mendarah  daging  di jiwanya berbanding dengan Anwar Ibahim  yang sebaik sahaja  terkeluar  dari UMNO  tertelanjang sebagai bukan warisan UMNO samasekali.

Maka itu Ibrahim tidak boleh dianggap tidak mewakili perasaan sebahagian besar  ahli  UMNO yang sedang terpendam dan tertekan.

Demikian juga Haji Hadi yang mengenali kelicikan politik Ibrahim Ali tidak menyebutkan bahawa PAS telah bersetuju untuk merintis bersama  PERKASA sebuah NGO kearah pakatan politik.

Bagaimanapun perasaan pakatan ini telah terasa oleh penyokong penyokong UMNO, PAS  dan orang Melayu yang selama ini mimpikan kerjasama politik UMNO PAS dan ia menepati masa ketika orang Melayu berada dalam kekosongan , kekecewaan  menghadapi masa depan yang tidak pasti.


Tidak juga boleh dinapikan PAS dan UMNO walaupun sedang menghadapi cabaran besar tetapi masih  berakar umbi di kalangan rakyat di luar bandar yang mahu kekuatan dipulihkan setelah terancam oleh pemimpin-pemimpin mereka yang lebih mementingkan kuasa dan metrialisme. 

Apa yang dilakukan oleh Hadi dan Ibrahim adalah merawati perasaan  orang Melayu yang sedang berpecahbelah dan membolehkan mereka melihat cahaya di hujung terowong.

Penyokong-penyokong UMNO  yang kehilangan kepercayaan  kepada pimpinan Najib Tun Abdul Razak (Tidak termasuk MB dan ketua-ketua bahagian) adalah sedang mencari tempat di manakah mereka akan beralih haluan dalam pilihanraya akan datang untuk meletakan nasib dan mempastikan keselamatan masa depan negara.

Pemimpin-pemimpin PAS pula sedang  mencari kekuatan baru untuk membangunkan semula kerobekan yang dilakukan oleh pengkhianat-pengkhianat yang lebih mementingkan kuasa dan kedudukan kewangan.

Kita tidak tahu apakah langkah Hadi dan Ibrahim seterusnya tetapi saya percaya ahli ahli UMNO dan orang Melayu nampak ini sebagai jalan keluar dari UMNO sekirannya UMNO gagal dibersihkan dan tentunya menggugat perasaan Parti Amanah Negara. 

Kita tidak tahu sampai bilakah pemimpin pemimpin UMNO terutama MB-MB akan terus bersubat untuk melakukan pengkhianatan di bawah kepimpinan yang diragukan dari Istana hingga keakar umbi.

Kajian jujur dan ikhlas di lapangan akan mendedahkan bahawa UMNO sekarang hanya tinggal nama sahaja tanpa kekuatan dan semangat yang sebenar. Ini semakin terdedah sehingga dalam himpunan Maal Hijrah yang sepatutnya melampaui politik disebutkan peranan UMNO untuk mengingatkan rakyat tentang kewujudannya.

Walaupun mungkin Hadi meragukan kemurnian   Ibrahim Ali sebagai orang UMNO yang telah tercalar imej dengan rasuah,penyelewengan kuasa dan kronisme  tetapi PERKASA masih  belum terbukti sebagai sebuah parti yang telah dinajiskan sebaliknya Ibrahim Ali telah membuktikan dalam kekecewaan rakyat beliau berupaya bangun dengan gigih meminta pertulongan di sana sini untuk memulihkan kekuatan bangsanya.

Keupayaan kepimpinan  Ibrahim Ali untuk terus berupaya  tengelam dan timbul dalam keadaan  yang serba mencabar tidak boleh diperkecilkan dan boleh meyakinkan sekiranya beliau berkerjasama dengan PAS atas titian yang ikhlas jujur.

Dibelakang Ibrahim Ali tersembunyi tenaga-tenaga besar nasionalis, pejuang-pejuang negara yang terbilang yang tidak menunjolkan diri mereka,pegawai- pegawai tinggi tentera,polis, hakim-hakim dan  pegawai- pegawai kerajaan dan pemimpin besar Melayu yang sedang dalam kemurungan  melihat kemusnahan   politik UMNO di bawah pimpinan politik sekarang.

Mereka adalah orang-orang yang menjiwai semangat dan inspirasi Allahyarham Tun Abdul Razak,

Itulah  kaliber Ibrahim Ali yang sekiranya dikongsikan bersama dengan Hadi atau lain-lain pemimpin PAS  akan membolehkan  suatu langkah besar dan berani yang melampaui batas agama dan kaum.

Bila PAS bergabung dengan DAP dengan sekelip mata sahaja  boleh menghapuskan  imej extremisme  agama dan cauvanisme Cina kedua parti itu dengan silap mata politik  maka tidaklah seharusnya dilihat kecurangan dalam kerjasama PAS dan PERKASA.Politik perlu  pragmatik untuk menjadi  realistik dan praktik  dengan keadaan semasa.





15 comments:

  1. Maaf. Sy ahli UMNO Jerai/Yan dah meluat dan tak akan undi BN lagi. Kami meluat dgn pemimpin UMNO. Begitu juga PAS, pemimpin PAS macam pelesit berjubah. Ubahlah UMNO...ubahlah PAS....atau satukan mereka, kami tak akan undi BN atau PAS lagi. Kami berazam dalam kekecewaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS itu ahli takfir sedangkan UMNOJibby itu adalah kufur nikmat. Nah, bagaimanakah Melayu yang mukmin akan terima manfaat daripada pakatan kedua kaki politik itu?

      Delete
  2. Mungkin TGHA boleh terima kerjasama dgn Pak Yem tapi dimata n hati penyokong Pas beliau pengkhianat terutama pengundi Pasir Mas.......

    ReplyDelete
  3. - Aku berterima kasih pada UMNO yang telah memberi aku peluang dapat mengundinya selama ini untuk perjuangan negara. UMNO telah banyak berbudi selama 60 tahun ini.

    - Walaupun aku akan terus menceritakannya kegemilangan UMNO pada anak cucu ku, UMNO sudah tiada bagi ku.

    - Selamat tinggal UMNO. Jasa mu tetap dalam kenangan ku.

    - Walaupun UMNO dapat Presiden baru, itu tetap UMNO juga. Pisang tidak akan berbuah dua kali! Cukup la.

    - Aku rela dan reda UMNO memerintah hingga PRU14. Habiskan lah harta negara dan rakyat yang ada. Habiskan la selagi boleh. Angkut lah harta harta tu dengan sesuka hati.

    ReplyDelete
  4. Cuba zam perhatikan dan berfikir apa saya cakap ini , mana kahairudin dapat wang sedang dia alami masalah bankrap dah tentu dia di pergunakan oleh orang tertentu mana dapat duit pergi melancong euro dan amerika untuk buruk negara.

    dalam politik jika kita pandai elak diri kita pergunakan kita berjaya, dalam politik Jika kita pandai bermuka-muka jika seorang itu nak pergunakan kita, bagi saya tun m tak akan pergi mahkamah bela khairuddin menyatakan dia tak bersalah tun m hanya pergunakan dia je, kasian aku tengok khairudin itu senang pergunakan tun m, mungkin zam tak kenal tun m betul Dengan . Jika dulu khairuddin boleh jatuhkan anwar itu najib boleh belajar dari kesilapan anwar itu. Silap buku bertemu luas, mungkin khairuddin ada sikap dendam pada najib sebab tak tolong dia lakukan bilout pada khairudin ini, syarikat dia bankrap pun boleh salahkan najib orang macam ini zam tak guna pun, senang je tun m itu pergunakan dia, sebab itu saya cakap kasihan khairuddin itu senang dipergunakan orang untuk orang untuk jatuhkan orang, apa tun m boleh upah perguam pada khairuddin, saya yakin tun m bikin cerita gempak konon nya khairuddin tangkap dengan didakwa akta sosma di mahkamah ,saya sendiri yakin khiruddin akan buat sidang akbar dia itu untuk perbodohkan orang lakonon bodoh dia jika zam tak percaya tengok nanti lakonon bodoh khairuddin semata2 dapat wang dari siapa saja boleh bayar hutang dia , saya yakin tun m menbayar pelakon bodoh seperti khairuddin itu maklum bini artis terkenal dah tentu laki bini pandai berlakon

    Zam tolong keluar apa saya tulis ini jika percaya pada kebebasan media

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni macai mahkamah dah putus khairudin tak bangkrap. Jangan hanya baca utusan n tv3. Baca biaq luas sikit jgn dok bwh katak tempurung.
      Tlg siarkan zam bagi moron ni baca

      Delete
    2. Cuba kamu terangkan bagaimana Rosmah & anaknya, Reza Aziz dapat buat filem Hollywood & beli apartment mewah di Amerika ratusan juta US$....????

      Delete
    3. Dan coba mu terangkan mcm mana budak apek jho low bergambar dgn majib rosmah sambil melancung.
      Coba mu terangkan..

      Delete
  5. panglimo potaseh15 October 2015 at 08:16

    Langkah Tok Heng sangat mudah dibaca .. sudah agak lama Tok Heng tidak memanjat tangga perlimen .. setiap kali Tok Heng nak memanjat tangga perlimen dia akan melompat-lompat terlebih dahulu .. kali ni untuk menang di tempatnya Pasir Mas .. itulah perkara terbaik yang perlu dilakukannya, memeluk Guru Hadi .. mungkin inilah "The Final Leap" lompatan terakhir untuk jagoan Tok Heng.

    ReplyDelete
  6. betulkah datuk khairuddin tu bankrap?
    kalo dah bankrap kenapa senang pula dia keluar masuk luar negara.... ?
    kalo benarlah dipergunakan macam yg dikata, dipergunakan untuk dedahkan kebenaran melibatkan kepentingan keseluruhan rakyat malaysia, saya rela dipergunakan untuk itu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bankrap sebab hutang cimb semua rakyat malaysia tahu perkara itu.. Orang kalau dah berhutang sangup lakukan apa saja untuk bayar hutang dia ..Kalau dedah kebenaran kenapa tak dedahkan dokumen dalam blog be je Dan dedah pada tokongkini Dan pada pembankang saya lihat sekarang tak ada satu dekomen betul di keluarkan semua dah palsu akan kenapa khairudin tak berani buat demikian seperti mana umni haidah lakukan pergi pada pembangkang untuk jatuhkan anwar itu.sebelum umni haidah dedahkan pun Ramai ahli umno semua tahu perangai anwar itu tun m je buat2 pekak .. Tak akan polis Thailand menipu kot cakap dokuman itu palsu fikir sikit najib tak ada kuasa pada polis Thai itu.
      Jika and berfikir matang anda akan temui kebenaran nya jika anda fikir cara fanatik terhadap pemimpin anda akan anda akan di perbodohkan buat selama2 nya. saya penah hentam najib sebab lupakan dasar 30% ekonomi bumiputera saya bukan jenis fanatik . jika salah saya cakap salah.. Cuba korang berfikir. kalau betul tun m betulkan Malaysia ini ,tun m sedaya upaya betulkan dasar 30% dasar deb baik apa dia silap dulu suruh najib perbaiki nya bukan bergaduh untuk bela kroni telah kaya raya Dan telah rosakan umno itu itu
      Anda fikir apa salah cakap ini

      Delete
  7. Cadangan kerjasama PAS dan UMNO tak relevan lagi. Umno akan kalah di kedah, perak, terengganu, melaka dan negeri9. PAS akan kuasai kedah dan terengganu, dan kekal kelantan. Pakatan tetap pakatan, walau nama berubah, dan tetap dapat undi rakyat. Kalau dulu bekas posman boleh kalahkan umno di perak, sekarang bekas drebar lori pun boleh...itulah tahap meluatnya rakyat terhadap umno. Melayu dan berubah, tapi umno masih old fashion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan fesyen lama yang baik. Diorang sombong bodoh tamak haloba dan dengki khianat. Siapa mahu pimpin kita pula?

      Delete
  8. Macai 3.21 bodoh! Kalu khairuddin mahu bodek dia boleh bodek najib boleh dpt habuan dana 2.6 billion mcm shahrir n mat maslan 3.5 dapat. Bodel madir dpat apa?
    Bodoh ko macai 3.21

    ReplyDelete
  9. Politik orang Melayu hukumnya adalah HARAM,kerana hanya membawa kerugian kepada Islam,bangsa Melayu dan tanahair.Politik tidak akan menyatupadukan orang Melayu.

    ReplyDelete