Friday, 9 October 2015

JALAN JALAN CARI MAKAN SELAM PERASAAN RAKYAT SARAWAK

LEBIH BAIK PEMIMPIN PUSAT JANGAN DATANG BERKEMPEN
  1. Dari Twitter:
  2. Baru-baru ini saya  melawat ke Sarawak selama lima hari bersama dengan beberapa orang rakan dan meninjau hingga kependalaman Sarawak menemui berbagai peringkat rakyat dan makan berbagai makanan harian mereka.

  3. Walaupun lawatan ini singkat  tetapi kami cukup dapat merasakan perasaan rakyat termasuk pesara-pesara pegawai tinggi polis. Tidak sahaja pembangkang dari Semenanjung  dianggap rasis malah beberapa  pemimpin-pemimpin  kerajaan pusat juga dianggap demikian. 

  4. Pada keseluruhannya rakyat Sarawak  masih berpegang kepada prinsip kemerdekaan yang diasaskan oleh Tunku  Abdul Rahman, Tun Abdul Razak,Temenggong Jugah dan lain-lain.

  5. Di bawah ini adalah catitan saya dari twitter mengenai lawatan itu.
  6.  

  7. Perasaan thp Najib di Sarawak sama dg rakyat di S'menanjung dr tinjaun saya tapi tentunya SB lebih tahu.BN menang jika KM nampak bebas.
  8. Walau Sarawak dlm Malaysia tapi disini saya lebih rasakan keharmonian,kedamaian dan keyakinan.Pusat jgn kacau.Biarkan mereka kempen sendiri
  9. S'wak hadapi pilihanraya dg yakin.Tak perlu bantuan kempen pimpinan pusat.Biar KM urus. Gambar : Saya bertemu rakan2 lama diKucing
  10. Hishamuddin kata jika Raja2 hilang keyakinan pd Najib mereka akan terus terang. Raja raja bukan politician tapi beradab dan bersopan
  11. Walaupun dikampug kecil di tengah hutan di Daerah Sematan Sarawak tapi terdapat tong sampah utk penduduk.Wakilnya KM
  12. TYT Gabenor Sarawak Tun Taib Mahmud dan KM Adenan di sidang Majlis Raja2 Melayu yg sentuh isu 1MDB dan ringgit baru-baru ini.
  13. Akhbar popular di Sarawak The Borneo Pos paparkan reaksi sokongan thp desakan Raja2 Melayu atas isu 1MDB
  14. DiParlimen Najib akan berhadapan MP pembangkang dan BN yg sekarang sedar pimpinannya memerlukan keyakinan baru dr Majlis Raja2.
  15. Najib Tun Abdul Razak sedang memimpin kerajaan yg diragukan oleh Duli2 Yang Maha Mulia Raja2Melayu. Sedarlah seluruh MB dan Ketua2 Bhg Umno

  16. Bersama dg penjual ketam goreng di pasar dan bertemu Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sematan Nazari di kedai De' Ketam yg popular di Sematan.
  17. Indahnya alam dr feri Sematan ke Lundu melalui kampung2 sepi dengan gunung biru tanpa jerebu. Sematan terletak di hujung peta kuching
  18. Akhbar di Sarawak lebih berani bebas dan bertanggungjawab pd rakyat beri tempat pd Raja2 Melayu di muka 1.Syabas!


  19. Gadis Iban ini juga pandai membuat roti jala cheese warna hijau. Di Semenanjung warnanya kuning
    1. Seorang gadis Iban cantik namanya Ros pembuat roti canai di Perdana Cafe berhampiran Balai Polis Sarikei Sarawak.


  1. Di Sri Aman ketemu OCPD Mat Jusuh (kiri)dan doctor2 wanita Semenanjung di Restoran Tandang Sari yg popular

  2. Terjumpa che Badrul pensyarah UITM di Kg Buntal Sentubong Sarawak (kiri). Beliau berasal dari Kedah dan tidak mungkin kembali lagi ke kampung asalnya kerana sudah berkahwin dengan orang Sarawak dan selesa hidup di Sarawak. 
  3. Kaum nelayan di Kg Buntal ini telah bertambah rezki hidup mereka apabila orang-orang Cina datang membuka kedai-kedai makanan laut disini dan membeli hasil laut tangkapan mereka..Nelayan disini juga pandai makan ikan buntal yang dihilangkan racun
  1. Green Peace membisu seribu bahasa bila Malaysia di lemaskan jerebu tapi bantah penebangan hutan bersistem di negara ini khsusnya di Sarawak .Hipokrasi biadab Politic Barat

2 comments:

  1. Salam Tan Sri, satu tinjauan yang bagus dan membuka mata...orang luar sarawak boleh ambil iktibar daripadanya. Saya sebagai orang Sabah sangat malu menteri2 persekutuan dari Sabah yang kuat mengampu, pikir tak guna otak atau mungkin dah tak berotak pun, sokong pemimpin gila kuasa membabi buta.

    ReplyDelete
  2. Tahnah....teringat kenangan lama saya melawat Lundu Sematan 1984

    ReplyDelete