Sunday, 11 October 2015

INI BUKAN PROVOKASI TETAPI BUKTI SAYANG PADA PARTI

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tegur kalangan pemimpin BN kerana menimbulkan provokasi yang boleh menyebabkan khalayak meragui kewibawaan agensi penguatkuasaan melaksanakan tanggungjawab berhubung soal 1MDB (Sinar Harian 11 Oktober).

Tidakkah Datuk Zahid terfikir, bahawa keraguan terhadap agensi-agensi itu;  Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, SPRM, Bank Negara dan lain-lain lag,i yang sebelumnya mempunyai integriti yang tinggi telah dihakiskan kredebeliti mereka oleh kerajaan sendiri dengan berbagai tindakan tidak berbudaya dan tidak profesional, tetapi lebih bersifat politik.

Lupakah pada sembahyang hajat pegawai-pegawai SPRM? Rakyat tidak lupa pegawai SPRM ditangkap dan dilepaskan, pegawai tinggi polis dipindahkan dan institusi penyiasatan lenyap tanpa kuburan?

Datuk Zahid bercakap seperti menafikan langsung perasaan rakyat,penyokong-penyokong UMNO, kalangan terpelajar dan gulongan yang tidak berkepentingan terutama selepas Majlis Raja-Raja sendiri menuntut penjelasan segera mengenai 1MDB yang diberikan jawapan pantas yang lebih bersifat hendak memenuhi tuntutan disegerakan bagi mematikan prasangka tetapi menambahkan lagi keraguan dan ketidakyakinan.

Teguran dari dalam bukan bersifat provokasi,dengki atau sakit hati, tetapi simpati yang tinggi dan murni penuh sayang pada parti.

NAJIB TAKUT SUNAMI 2
  • Tweets
  •  

  1. Najib jamin SJK Cina tidak akan dihapus.Semua pihak jgn cakap lagi fasal skh satu aliran demi kerana Najib phobia pd tsunami Cina 2. Utusan faham?
  2. Muka depan Mingguan Malaysia kata 9 juta sertai Hari Sukan Negara.Di muka dalamnya kata 5 juta.Apapun ini kejayaan Khairy Jamaluddin bakal PM Malaysia.



22 comments:

  1. Teguran itu umpama gunung berapi meletus, umpama segala kepongan telah terbolos...

    Hampir setahun isu 1MDB, di pertengahannya seolah pemimpin politik dapat kawal tetapi kini dalam ketika dijangka bangkai gajah dapat ditutup selamanya terdedah dan timbul pula isu baru yang lebih menakutkan.

    Integriti Jabatan Peguam Negara yang sukar disentuh kini tergarit, tercalar melengkapkan seluruh kerajaan itu sudah tidak boleh dipercayai atau memang benar ada badan dan agensi kerajaan yang sedang "diremote" dari jauh.

    Yang paling ditakuti jika Muhyiddin bangkit dan bersuara.
    Nasib baik pakdin lembek.

    ReplyDelete
  2. Sokong 100% pendapat zam.
    Zahid juga nampak spt half past six setaraf dgn jamal ikan bakar, ali tinju dan rakan2.
    Jangan marah. Itulah kenyataan terbukti depan mata. Hanya nampak salah orang lain
    Diri sendiri gelumang dgn tahi.

    ReplyDelete
  3. Salamun alaikum Tajn Sri, semoga sihat selalu. Rasanya dah tak ada lagi menteri2 dan MP2 yang bermaruah, amanah dalam UMNO. Semua dah kena rasuk kuasa dan duit. Itu balasan dunia untuk dorang. Supaya bertambah dosa2 mereka, digambarkan perbuatan jahat mereka lakukan sebagai baik oleh syaitan. Apa saja luahan kritikan kita macam air jatuh atas daun keladi, atau macam pasir atas batu.
    Ada Phd tu pun tak guna kalau otak dah rosak, akhlak dah tak ada. Yang tinggal bangkai bernyawa saja. Macam zombi.

    ReplyDelete
  4. TS Zam ,
    Apa lagi yang kita boleh harapkan dari Zahid hamidi ini , ahli politik yang bertaraf oportunis , tambah pula di waktu nazak macam ini ,saya rasa masa depan umno tak cerah langsung bila dipenuhi pemimpin pemimpin yang macam ini , sudah la tak ada wisdom malah hilang seri kepimpinan yang disegani macam dahulu.

    ReplyDelete
  5. Tan Sri Zam

    apalah yang hendak kita harapkan sangat daripada TPM baru ni.

    Dia baru saja makan budi (dilantik sebagai TPM walaupun secara konvensyennya Timbalan Presiden UMNO yang sepatutnya memegang jawatan itu).

    Jadi dia terpaksa menunjukkan rasa terima kasih kepada pemberi budi.

    Walaupun rakyat biasa meluat dengan kenyataan itu ia tidak penting kepada beliau.

    Yang penting pada beliau ialah pemberi budi rasa seronok dengan kenyataan itu.

    Itu lah yang berlaku dalam parti pemerintah hari ini. Segala-galanya hanya untuk menggembirakan orang yang melantik.

    Maka betul lah seperti bidalan, ikan mula mereput dari kepalanya.

    ReplyDelete
  6. TPM cakap macam rakyat kebiasaan tak berkepentingan politik ini tidak faham dan tiada ada perasaan.

    TPM, said Keruak dan Rahmab Dahlan asyik "melalak" ntah apa apa walhal PM Najib senyap tanpa bicara pasal titah perintah Majlis Raja-Raja itu.

    ReplyDelete
  7. Dia menunding jari ke arah dirinya sendiri, tuan.

    ReplyDelete
  8. Hanya buah pikiran pembodek dan penjilat dialu-alukan. Masih nak bagi undi kat dia orang ni?

    ReplyDelete
  9. Tan Sri Muhyiddin usia sudah hampir 70, agaknya sudah tak larat sangat mahu jd jagoan bersilat. Tapi rentak beliau kelihatan penuh berkira (calculated risk) disamping Shafei Apdal. Ada rezeki adalah, tp kalau kita semua pakat doa siang malam, InsyaAllah, tersungkur jugalah rejim Pak Jibby

    ReplyDelete
  10. As salam Tan Sri, sebenarnya rakyat bukannya meragui integriti agensi-agensi penguatkuasaan sebaliknya rakyat sudah hilang kepercayaan kepada sesetengah pemimpin yang mencabul sikap integriti agensi - agensi berkenaan. Rakyat sudah hilang kepercayaan kepada SPRM bukan kerana SPRM tetapi tangan ghaib yang mencabul SPRM. Begitu juga PDRM.

    Rakyat yang waras dan tidak terasuk dengan propaganda mentah sesetengah pemimpin UMNO tidak akan lupa tindakan yang paling kelakar menukarkan pegawai kanan SPRM yang terlibat dalam siasatan 1MDB. KIni JPM menjadi gudang untuk membekukan pegawai penguatkuasa yang berintegriti. Seorang lagi bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Hamid Bador yang juga ditukarkan dari PDRM ke JPM.

    Pemimpin-pemimpin tinggi UMNO berkata penukaran pegawai kerajaan adalah satu perkara biasa. Tetapi yang luar biasanya tukar dua hari kemudian dikembalikan ke jabatan asal selepas menerima kritikan hebat daripada rakyat. Kalau benar pertukaran itu bukan dibuat di atas pertimbangan profesional, kenapa melayan kritikan daripada rakyat?

    Suatu kesilapan sesetengah pemimpin UMNO ialah menganggap semua rakyat adalah si pemakan dedak yang tidak boleh berfikir dan menelan semua pembohongan mereka. Sekarang ini setiap hari ada sahaja perancangan yang tidak jujur jadi kantoi. Kebenaran tentang salah laku urus tadbir 1MDB tidak perlu dicari kerana sedikit demi sedikit terbuka dengan sendirinya.

    Tan Sri, biarlah mereka yang berkenaan berkokok semahu-mahunya. Saya fikir rakyat sudah tidak ambil endah kokokan mereka. Saya juga tidak lagi endahkan kokokan mereka kerana saya bukan si pemakan dedak yang tanggungjawab sosial saya kepada rakyat bukannya pemimpin yang diragui IPU integritinya.

    Buktinya apabila Majlis Raja-Raja menegur supaya isu rakyat 1MDB diselesaikan segera dan pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan, ada pemimpin UMNO kata, titah Raja-Raja telah difahami dalam konteks yang salah. Saya tak fikir rakyat begitu dungu untuk memahami titah yang menggunakan bahasa yang mudah dan sangat jelas itu.

    Saya fikir bahasa orang politik lebih sukar dan tidak boleh difahami (atau tidak boleh dipercayai) kerana berubah-ubah mengikut suasana. Rakyat memang keliru dengan bahasa putar belit dan putar lagi bahasa orang politik untuk menerangkan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion. Saya fikir sesetengah pemimpin UMNO kena masuk kelas komunikasi bagi membolehkan mereka menyampaikan mesej dengan bahasa yang tepat, jelas dan tidak berubah-ubah.

    - KU SEMAN

    ReplyDelete
  11. Adakah kita merenungkan pada masa kritikal terkini, keikhlasan dan kebijaksanaan Tuan Bendahara Tun Perak?
    https://m.facebook.com/thepatriots2020/posts/324578457736186:0

    ReplyDelete
  12. Penyokong totok Najib ni tidak lain ....
    1. provokasi
    2. persepsi
    3. provokasi
    4. persepsi

    dah naik meluat melihat penjilat Najb dalam TV arus perdana ...asyik perkataan persepsi, persepsi persepi ....tah tah jadi pepsi-cola...

    ReplyDelete
  13. tan sri..sya org kg, pesara dan memerhati dari jauh. apa yg saya nampak, rasuah dn salah guna kuasa sudah diberi perspektif baru..iaitu kalau pemberi itu ikhlas, maka penerima itu , w/pun sebagai penjawat awam, tidak salah..sungguh beruntung sekarang ini,para pegawai penguatkuasa spt kastam, imigeresen, polis, sprm dll..boleh menerima derma kerana itu bukanlah rasuah..kalau saya masih lagi berkhidmat, tentu sekali saya akan mencari derma iklas sebanyak-banyaknya, supaya saya juga boleh jadi kaya..contoh sudah pun terbentang luas

    ReplyDelete
  14. Saya menunggu reaksi daripada sekian banyak tokoh ulama yang kita ada untuk bersuara mengenai banyak perkara yang terang-terang menyalahi Islam sejak akhir-akhir ini. Saya faham mungkin mereka tidak arif dalam soal tata cara kewangan tetapi orang kampung pun boleh melihat banyak berlaku ketidakjujuran sesetengah pemimpin. Takkan ulama tidak merasakan semua ini?

    Ulama dalam UMNO saya fahamlah. Mungkin tidak berani bercakap benar sebaliknya bertungkus lumus mencari hadis dan nas untuk mewajarkan segala perlakuan ketua mereka. Tetapi di mana ulama yang tidak diikat oleh politik? Takkan hanya Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin sahaja yang berani bersuara?

    Ulama, kamu bersuaralah demi kebenaran. Kamubersuaralah demi agama Islam. Tidak malukah kamu membiarkan bukan Islam yang bercakap mengenai pelanggaran integriti? Saya terharu dengan posting terbaru Dr Asri yang mendoakan kesejahteraan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti dan menganggap tindakan Zeti sebagai satu jihad.

    Ulama mesti faham yang kepincangan yang berlaku dalam negara yang kita sayangi sekarang ini bukanlah politik. Ini satu jenayah yang melibatkan masa depan rakyat dan negara. Kalau ulama berkata mereka enggan campur tangan dalam soal politik, itu memang bagus. Tetapi yang berlaku sekarang bukan politik.

    Saya harap ulama janganlah menjadi sesetengah wartawan yang memetik "separuh-separuh" dan tidak menulis yang benar seperti yang terdapat dalam Etika Kewartawanan. Mereka juga menafikan rakyat mendapat maklumat sebenar, juga tertulis dalam Etika Kewartawanan.

    Wartawan bertanggungjawab kepada rakyat bukan menyelamatkan sekelompok pemimpin yang dicurigai integriti mereka. Apa lagi dalam sebuah negara Islam seperti Malaysia, tanggungjawab wartawan menjadi lebih besar untuk lestarikan Islam sebagai satu cara hidup.

    Wahai ulama, bersuralah. Tegurlah kepincangan yang berlaku di depan mata kamu. Tegurlah kewujudan tangan ghaib yang mencabul integriti agensi-agensi penguatkuasaan. Ulama sejati tidak boleh dikembirikan suara kebenaran yang ada kepada mereka. Maka. bersuaralah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JPM bukan ada penasihat agama ke, bukan ada menteri agama ke dan bukan ada jabatan agama ke ?

      Delete
  15. Di Surau dan di Masjid rakyat telah bercakap, mereka semua dah meluat dengan UMNO

    ReplyDelete
  16. Dato Zahid jangan buat bodoh atau in denial. ..

    UMNO semakin hari menjadi parti politik yang tidak menarik lagi...

    Zaman memuja pemimpin sudah berlalu. Dato Zahid jangan tertinggal keretapi pulak...

    ReplyDelete
  17. Kelab Cinta Cina12 October 2015 at 23:05

    Kuseman, kenapa ulama melayu senyap? Sebab mereka bukan bijak pandai cuma ular dalam semak je..
    Sekarang ni orang sibuk dengan Swift Transfer, units saham, rasionalisasi..hehe.

    Orang Melayu dah ada saluran lain selain nst, utusan malaysia, berita harian.
    Melalui akbar tradisional ini mereka hypekan orang India seperti Mydin, Syed Mokhtar, Azeez Rahim, Subahan Kamal.

    Ini adalah operasi terancang. Untuk orang melayu menerima orang india2 ni memegang tampuk kuasa di Perak, Nor Yakob di Kementerian Kewangan, malah kini Ali Hamsa di KSN.

    Sebab itu gini malaysia tertinggi 0.7 kerna mereka ini merompak hak melayu dan menjadikan bangsa pendatang multi jutwan seperti didedahkan oleh RockyBru.
    Inilah kejahatan pemimpin UMNO yang didedahkan oleh RockyBru.

    Gambar tokey judi Vincent Tan cium Presiden Mahathir tersebar luas. Begitu gambar Timbalan Perdana Menteri Zahid memeluk dan mencium Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.

    Pemimpin Pertubuhan Melayu Bersatu rupanya ahli Cinta Cina muahahaa

    ReplyDelete
  18. Jawapan mudah je kenapa tun m tak nak hapuskan sekolah cina jawapan mudah je sebab pengampu cina juga kenapa tun m suruh anwar itu hapus sekolah cina sebab sebab nya tun m senang nak salah orang jika dia dipersalahkan itu sikap baling batu sembunyi tangan. Di singapore pun ada sekolah agama. Di semenanjung malaysia hanya berjaya hapuskan sekolah agama kristin Katolik di bagus tapi dia gagal hapuskan sekolah jenis cina semua salah 22tahun memerintah tun m suruh anwar hapuskan sekolah cina lepas itu tun m akan salahkan anwar itu cara tun m gunakan orang. He he.he betul tak zam. Walapun aku tak suka anwar dari dulu lagi sebab masalah morel dan rembat saham bumiputera ,ahli umno dah tahu anwar perangai anwar itu dulu lagi cuma tun m pekak telinga dan mata dia, sebab dia dengar cakap sampai ketika anwar cuba nak naik kadar Interest 12% tun m di marah oleh kroni barulah tun m pecat anwar itu ingat kami tak tahu semua nya itu, anwar kadar interest 12% tinggi mebebankan rakyat, tun m pandai pergunakan orang sebelum dia dipersalahkan, dah tua macam itu patut bertaubat ingat surau. bukanya fitnah orang

    Dari kes pkfz dari zaman tun m dah ada penyelewengan kes itu bawa Ke zaman tun pak lah kes pkfz itu di siasat oleh bpr tapi kenapa ada orang lepaskan cina itu sehinggakan pak lah terpaksa ubah bpr menjadi suruhanjaya sprm dan kenapa ada orang lepas apek itu boleh malah tun m sangup jadi saksi menipu dan menbukti apek itu tak bersalah kenapa ia, beranikan kes pkfz buka balik, yg tangkap ikan bilis jerung di lepaskan malah tun m sangup ke mahkamah untuk lepaskan apek itu. Mungkin zam boleh cerita kes itu pada pada kami. tak salah saya zam dulu dun bn ketika itu, mungkin zam tahu cerita sebenar

    Zam tolong siar apa saya tulis kalau zam percaya pada kebebasan media

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara, jawaban mudah anda merupakan pengumpatan dari akal yang kurang waras. Hal sekolah Cina itu amat rumit selok beloknya .. Alasan mu itu saje pandangan ego mu.

      Delete
    2. Tipikal penyokong abang Non yang tak mengaku menyokong si peliwat.

      Delete
  19. Caea berpolitik dalam negara ini sangat jauh beda ngan negara lain.disini politik disangkutkan ngan mentabir kerajaan.di indon yang org melayu cakap bodoh cara berpolitiknya jauh lebih baik.amanah dan tidak menhalalkan segala cara.disana pru 5 thn sekali.orang politik begaduh pd saat pru sahaja.disini yang mengakut pandai hahri hari org politik begaduh dan wang rakyat diguna untuk mempertahankan kuasa sapa yang menang.sampai wang rakyat disamun utang luar negara dibengkakan sampai tak larat bayar.1mdb diguna sarang menyamun penguasa.padahal rakyat masih miskin.negara mengaku kaya.pm dan sama ngan marcos.sadam husin dan bazar al arsad.dinegra ini yang kaya hanya org BN.kalo negara ini tak cepat regormasi politik setahun lg dah bengkrab.

    ReplyDelete