Saturday, 17 October 2015

DISEBALIK KEBINATANGAN POLITIK DAP PAS DAN UMNO

        TWITTER
      NGO KELEDEK REBUS JADI LIABILITI PADA UMNO
      Jaringan Melayu Malaysia ini NGO keledek rebus dari mana? Tiba-tiba sahaja muncul menjadi jurucakap kepada Melayu. Cuba kita minta JMM ini bentangkan berapa kerat yang menjadi anggota NGO ini?

      Inilah antara NGO yang menjadi liabiliti kepada UMNO dan pemimpin UMNO. Sebabnya asal sahaja menyokong secara “buta, tuli dan bisu” maka diangkatlah sebagai NGO penyambung hayat UMNO. Saya fikir banyak lagi NGO yang lebih dihormati untuk mengangkat imej UMNO.

      Adalah lebih baik kalau JMM membuat laporan polis terhadap pelanggaran integriti dalam kalangan pemimpin yang banyak berlaku sekarang ini. Buatlah laporan polis yang Bank Negara tidak cekap mengesan derma luar negara RM2.6 bilion masuk ke bank tempatan. Takkan JMM tak perasan kot.

      Pada awalnya JMM ini menempel di media arus perdana dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan membela tuan dan menyerang musuh tuannya. Saya sedikit pun tidak terkejut JMM akan menyasarkan semua pemimpin politik atau agensi yang dilihat tidak subahat dengan tuannya.

      Kali ini Tan Sri Zeti. Lepas ini orang lain pula malah Tan Sri ZAM pun akan tiba masa untuk dihentam habis-habisan kerana tidak mahu subahat dengan mereka. Saya menulis ini sebab saya sayang negara ini supaya tidak hancur lebuR oleh puak-puak tertentu.

      Macamanapun tahniahlah kepada JMM yang kini menjadi NGO yang cukup berpengaruh dalam kalangan media arus perdana. Bagaimanapun saya harap JMM janganlah banyak sangat keluarkan kenyataan, nanti tidak ada ruang untuk berita tentang keperitan rakyat di surat khabar. Kesian rakyat.
    From The Star Today
    : Tears flowed freely a week after the dramatic kidnap of a five-year old boy in Kajang Selangor, when the taxi driver who had brought the boy home was ambraced by a grateful family at the court complex where three alleged kidnappers were charged. Cabbie Hanizan Mohamed Radzi was cleared by police and freed oncourt bond. 
  1. TWITTER
  1. Inilah realiti kemanusian rakyat Malaysia disebalik kebinatangan politic DAP PAS UMNO dan Jerebu parti baru Mat Sabu
  2. Utusan dah tak kenal orang, ingat semua NGO baik, asalkan sokong Najib. Jagalah maruah Utusan Melayu dan kenali nilai MELAYU dan Islam

  3. Jaringan Melayu beri masa tujuh hari utk siasat Zeti setelah buat laporan polis atas pembatalan tiga kebenaran kepada 1MDB. Who are you nak ugut polis? Kamu ingat bawah Najib lawless boleh buat ikut suka. Polis tulong siasat merekaini




  4. Umum tidak lagi excited tunggu finding AG on IMDB kerana dah lihat dan rasa harrassment yg telah berlaku keatas pepegawai-pegawai dlm masa siasatan. AG pun tak dipercayai lagi .Syabas Datuk Saifuddin Abdullah Tembakan pertama bukan peluru kosong.
  5. Pak ungku Aziz yg mulia: saya simpati pd Zeti yg menjadi korban kekejaman politik anak Tun Abul Razak. Saya percaya seluruh rakyat bersamanya
  6. Tak adakah badan2 profesional yg non political termasuk 25 Melayu liberal mahu bela Zeti yg dihina dan mahu dipadamkan segala jasanya ?
  7. Utusan Malaysia besarkan berita NGO mintak siasat Zeti lebih dr berita Raja2 mahu segerakan siasatan 1MDB.Melayu mana iktiraf NGO ini. Hanya Najib & AG.
  8. Ketua Pemuda U Razlan seru Mahathir henti serang Najib.Ini ketua tua,outdated tak hayati perasaan rakyat.Masih ada dreamer dibawah Khairy
  9. Tengku Mahkota Johor said besides his futher, his biggest idol is Cuban revolutionary leader Fidel Castro (Star on line)
  10. Dgn Fidel Castro pemimpin Revolusi Cuba jadi idola utama,Tengku Mahkota Johor eloklah turun dr Istana join politic dan berjuang kearah jadi presiden pertama Malaysia.
  11. Kenyataan Tunku Mahkota Johor bahawa Johor sedia berpisah dr Malaysia jatuhkan maruah MB Johor,PM Najib dan gugat rakyat melampaui Johor
  12. Bank Negara yang dihormati dunia dan tidak diragukan Raja2 diadukan pd polis. Eloklah pula AG dilporkan pd KPN.Biar hancur imej negara
  13. Laporan polis dibuat dakwa BNM salahguna kuasa.Yg betul guna kuasa Peguam Negara.Panggil sidang akhbar tapi lari takut didakwa pemberita


  14. Crown Prince of Johore says Johor has every right to secede from Malaysia. AstagfirullahAladhim apa sudah jadi dibawah pemeritahan Najib?
    Dari OutSyedThe Box (18 OKTOBER): GOVERNOR BANK NEGARA LETAK JAWATAN ESUK?
    And we really dont want to see FLOM as the governor of Bank Negara.  Just rambling folks.  Let me correct that - we dont want to see another crooked mamak put in charge of things either.  Talk is if Zeti resigns, the muallaf guy will get the job.  Not really mamak tapi not 100% straight either.

    The country is in deep sh*t.  All the people who were in a position to expose the crooks have been fired, removed, arrested, transferred and stuff. A dark night has set in upon the nation.  It will come to an end. But many will suffer in the process. This process of suffering has begun.

    And let me bore you again - it affects the Malays more than the others. Melayu jadi miskin dulu.  
  15. I hope all these rumours of Zeti resigning on Monday (tomorrow) are not true.  If Zeti resigns it will mean the Forces of Darkness have won another round in this present debacle. Zeti has a critical role to play to conclude this particular mess.

8 comments:

  1. Jaringan Melayu Malaysia ini NGO keledek rebus dari mana? Tiba-tiba sahaja muncul menjadi jurucakap kepada Melayu. Cuba kita minta JMM ini bentangkan berapa kerat yang menjadi anggota NGO ini?

    Inilah antara NGO yang menjadi liabiliti kepada UMNO dan pemimpin UMNO. Sebabnya asal sahaja menyokong secara “buta, tuli dan bisu” maka diangkatlah sebagai NGO penyambung hayat UMNO. Saya fikir banyak lagi NGO yang lebih dihormati untuk mengangkat imej UMNO.

    Adalah lebih baik kalau JMM membuat laporan polis terhadap pelanggaran integriti dalam kalangan pemimpin yang banyak berlaku sekarang ini. Buatlah laporan polis yang Bank Negara tidak cekap mengesan derma luar negara RM2.6 bilion masuk ke bank tempatan. Takkan JMM tak perasan kot.

    Pada awalnya JMM ini menempel di media arus perdana dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan membela tuan dan menyerang musuh tuannya. Saya sedikit pun tidak terkejut JMM akan menyasarkan semua pemimpin politik atau agensi yang dilihat tidak subahat dengan tuannya.

    Kali ini Tan Sri Zeti. Lepas ini orang lain pula malah Tan Sri ZAM pun akan tiba masa untuk dihentam habis-habisan kerana tidak mahu subahat dengan mereka. Saya menulis ini sebab saya sayang negara ini supaya tidak hancur lebuh oleh puak-puak tertentu.

    Macamanapun tahniahlah kepada JMM yang kini menjadi NGO yang cukup berpengaruh dalam kalangan media arus perdana. Bagaimanapun saya harap JMM janganlah banyak sangat keluarkan kenyataan, nanti tidak ada ruang untuk berita tentang keperitan rakyat di surat khabar. Kesian rakyat.

    ReplyDelete
  2. Benarkah Saifuddin Abdullah tidak memberikan kesan kepada UMNO? Kalau saya jadi pemimpin UMNO, saya tidak akan bercakap sepatah pun tentang Saifudin kerana dia tidak bernilai apa-apa. Tetapi yang saya hairan banyak pemimpin UMNO memberi kenyataan tentang Saifuddin yang kononnya "tidak jejaskan UMNO". Bukanlah itu kerja membuang masa? Tetapi kalau kita membaca kenyataan angkuh UMNO itu secara analitikal, kita akan mendapat maksud di sebaliknya. Kalau Saifuddin tidak memberikan satu kesan kepada saya, saya tidak menulis komen ini. Sebab ada sesuatu maka saya menulis.

    ReplyDelete
  3. Konsep persekutuan malaysia berasaskan perjanjian di antara negeri negeri. Saya rasa betul cakap TMJ, kalau syarat2 dan terma2 dilaggar, mana2 negeri boleh undur. Eloklah kalau ada lawyer yang nak jelaskan kandungan perjanjian, supaya semua faham.

    ReplyDelete
  4. Saya berasa amat 'marah' jika mendengar sesiapa saja yang ingin 'buat' negara sendiri. Sudah lupakah mereka dengan perpatah: Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.

    Saya rasa sikap Tunku Mahkota sebagai bongkak dan besar kepala. Inilah akibatnya apabila kita punyai PM yang lemah dan dibelenggui banyak 'pekong di dada' atau dalam bahasa Omputih, 'skeleton in the closet'.
    Tidakkah Tunku Mahkota sedar bahawa Baginda sedang memberi peransang kepada penderhaka di Sabah dan Sarawak untuk juga keluar dari Persekutuan?
    Tidakah Tuanku sedar bahawa bukan semua Rakyat Johore, tanpa mengira kaum, akan setuju dengan Tuanku?
    Tidakah Tuanku sedar bahawa Rakyat di Negeri lain mungkin bangkit memberontak untuk menentang hasrat Tuanku dan ini akan mencetuskan perang-saudara? Akhirnya, meletakkan Institusi Raja, Agama dan Bangsa dalam bahaya.

    ReplyDelete
  5. pudin kata umno xde ruang pembaharuan politik?
    pudin, aljub kat luar ka, kat dalam ka... dia calon pm. ko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pudin sekadar nak bersuara. Soal siapa calon pm pkr tak relevan dengan pudin. Umno kata dia sampah, so buat apa nak peduli pasal sampah. Kalau saya ahli umno, yang patut saya piikirkan ialah; berapa ramai budak budak U yang akan ikut pudin masuk pkr. Tapi saya bukan ahli umno, so tak perlu fikir hal ni.

      Delete
  6. Melayu kat Malaysia ni kebanyakkannya spesis ayam..taboq dedak..suma pakat kerumuin..dah nak kena semelih baru nak menggelupoq..piiirrahh!! Setakat sembang bole la!!

    ReplyDelete
  7. JDT juara Liga Johor18 October 2015 at 00:24

    Elok lah Johor keluar ...boleh lah JDT jadi juara tiap tiap tahun main antara daerah johor hehe.. JDT boleh jadi juara Liga Super Johor, Piala FA Johor dsb..
    Jangan harap nak main kat Liga Super Malaysia lagi muahahaha..
    Kita buat tol sape nak masuk pahang/melaka kena bayar tol...

    ReplyDelete