Friday, 11 September 2015

THE TALE OF TWO CITIES. NO MORE BANGSA BERMARUAH

COMRADESHIP WARTAWAN UTUSAN MELAYU DAN SIN CHEW

Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr.Ahmad Zahid Hamidi bersama dengan  wartawan-wartawan veteran  di majlis Anugerah Tokoh Wartawan Negara pada 10 September 2015. Dari kiri Kadir Jassin, Chamil Wariya , Ahmad Zahid dan Zam

Pada upacara Anugerah Tokoh Wartawan Negara kepada dua orang sahabat yang seangkatan dengan saya dalam dunia kewartawanan  iaitu Datuk Rijal Arabi  dan Allahyarham Zainon Ahmad, saya terkenang  beberapa orang Tokoh Wartawan Negara yang telah pun meninggal. Diantara mereka  ialah Melan Abdullah, Mazlan Nordin, Samad Ismail dan Pak Sako.

Mereka mempunyai sejarah perjuangan besar di bidang politik dan kewartawanan  dalam kebangkitan nasionalisme negara berbanding dengan saya.Mereka masuk keluar penjara dengan berbagai pengorbanan .

Seorang rakan  saya yang juga Tokoh Wartawan Negara yang telah bersara C.C, Liew tidak dapat hadir  kerana dalam keuzuran.

Rijal dan Zainol memulakan karier mereka dengan NST sebelum melangkah ke media lain.Kurniaan kepada  Zainon Ahmad  bersifat posthumous((Kurniaan di Luar Hayat) yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr.Ahmad Zahid Hamidi.

Kemesraan Ahmad Zahid Hamidi dengan para wartawan terserlah kerana kebanyakan mereka adalah kawan lama dan pernah menjadi gurunya.

Saya merasakan ketidakhadiran  C.C.Liew  bekas wartawan  akhbar Cina paling berpengaruh Sin Chew Daily  kerana kami memulakan karier kewartawanan pada masa yang sama dan juga sama-sama berjuang dalam Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia(NUJ)

C.C.  bermula sebagai pemberita pada tahun  1962 dan saya menemuinya pada tahun  yang sama bila memulakan tugas sebagai pemberita kadet  Utusan Melayu di Kuala Lumpur setelah ditukarkan dari Alur Setar.

Secara ringkas, jawatan C.C.  berakhir sebagai Managing Director and Editorial Director Sin Chew Media Corporation Berhad  setelah menjadi Ketua Pengarangnya dan saya berakhir dengan jawatan sebagai Menteri Penerangan setelah menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu.

Saya tersentuh hati untuk menulis tentangnya apabila membaca kembali   sebuah pesanan ringkas darinya  di talipon bimbit saya yang membuat  saya terharu dalam keadaan negara tergugat  dan  kehilangan kepercayaan dari rakyat.

SMS ini menyebabkan saya merasa berada dalam  perkongsian kebimbangan dengannya  yang  tidak pernah kami rasakan di era pemerintahan lima  Perdana Menteri ; Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak,  Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Ahmad   dan Tun   Dr. Mahathir Mohamad.

Inilah SMS dari C.C.Liew  kepada saya:
At 77, I am thankful to be around to wish one of my very few good friends a happy annual festival.

Ironicallly I am witnessing the demise of a useful but also harmful if in wrong hands, print media. I have strong sense of dejavu now of "Tale of Two Cities",The best  of times,the worst of times!

Wishing you good health,growing old gracefully and rewarding reading writing life.

Jawapan saya kepadanya:
Tq CC for still remembering me. I am sharing your feeling. Together  we saw the history in the making but we never expect something we built together going to ruin. We lost integrity. No more bangsa bermaruah. Wish you good health and long live-Zam

Jawapannya:
" We built together" Great! Full agreement. I salute. I don't communicate much. But U are always in my thought. Rgrds.

Dalam buku sempena 80 tahun Sin Chew Daily yang ditulisnya bertajuk Walking Tall Journalism on Malaysian Soil , yang dihadiahkan kepada saya C.C, mencatitkan :

You and I started our career almost same time. You rose to the apex. You took part in politics and held high office in public service. We have a lot  in common and also some  differences,perhap you will find some instances in this book. But we never had breach in friendship and trust under any circumstances. Good Times all the way.
Salam sejahtera. 
C.C.Liew 27 October 09 P.J. Newsroom

Baranghkali inilah comradeship kewartawanan.
Kami berdua adalah Tokoh Wartawan Negara   dalam persaraan,tetapi saya tidak bersara dari menulis. 

23 comments:

  1. Indahnya dan simbolik hbg zam n cc.
    Tapi dtg si bugis hancur luluh semuanya.
    Apa punya bangang kata umno tak terlibat dgn baju merah tapi tak larang org umno pergi.
    Bodoh punya statement.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bodoh bangang pemimpin2 sekarang , cap ayam. Feel very sad of the situation in the country now

      Delete
    2. Rilek bro, i luv pm, i luv pm
      Ayam 4 u
      Ayam 4 u

      Delete
    3. lawak,,lawak..terima kasih PeeMmm. COW TEA 4U....COW TEA 4U...

      Delete
  2. Congratulations TS Zam for the Award. I did not know for what it was but I hope you do not change your direction after this like some bloggers both you, I and the rest know. The truth prevails and not cash, awards and titles.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zam datang sebagai tetamu kehormat untuk memeriahkan majlis. Yang menang anugerah orang lain. Zam dah menang lama dah tahun 2006.

      Delete
  3. You misunderstood. The Award for The Rijal Arabi and late Zainon Ahmad. C.C. Liew and I were awarded Tokoh Wartawan Negara long time ago. Any way Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes I have just realised the mistake. Sorry.

      Delete
  4. Gelak besar Datuk Zahid Hamidi. I thought he probably upset deep down after missing out on Umno Deputy President in MT meeting yesterday. He gonna have to be contented by being TPM without being Umno no. 2 for a long run. His job is not safe nevertheless. He is in precarious state. He has to threat carefully. Anything could happen.
    By the way you look sharp that night Tan Sri Zam with well tailored suit with a head still full of hair. At 76, you don't look your age. People at your age usually bed ridden or confined to wheel chair. You are going to give Tun M a run for his money. May Allah bless you with excellent health in years to come.

    ReplyDelete
  5. sebenarnya pak lah mula2 menghadapi kejutan budaya media baru ia mula kesan pada pada 2005 cuma pak lah ketika itu tak sedari oleh ahli kempin bn, ketika itu web side tumbuh lepas hujan sebelum adanya facebook,twitter dan sebagainya, aku masih ingat lagi 2008 dulu raja petera ketua media baru menyerang bn dulu , kalau tun mahathir masih berkuasa hingga 2008 ,aku yakin dan ramai akan percaya fitnah di buat pembangkang ketika itu konon tun mahathir ada bini dekat singapore itu ramai akan percaya terutama pengundi muda jika mereka tak tahu berfikir

    ReplyDelete
  6. Saya fikir setiap wartawan yang bermaruah harus mengasingkan diri daripada menjadi budak suruhan parti politik. Apabila ada wartawan yang dengan sukarela menjadi budak suruhan orang politik dan parti politik, mereka telah melanggar janji untuk berkerja kepada rakyat dan memberikan maklumat yang sebenarnya walaupun bertentangan dengan dasar parti.

    Oleh yang demikian saya berbangga kerana penerima Tokoh Wartawan Negara setakat ini memperlihatkan kesediaan untuk dilabelkan sebagai "pembangkang" kerana tidak menulis mengikut arahan parti politik. Memanglah menjadi budah suruhan parti lebih cepat mengaut kekayaan berbanding wartawan yang mahu memberikan kebenaran kepada rakyat. Tetapi hakikatnya tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan duit kecuali bagi mereka yang menjadi hamba duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan pendapat ni.

      Delete
    2. Aku sokong mu Ku Seman. Wartawan sepatutnya bebas menyatakan yang BENAR tanpa perlu menjadi HAMBA kepada parti politik. Terutamanya kepada orang politik yang tidak jujur.

      Delete
  7. Politicians who jumped into the fray from the professions esp those who had achieved some measure of seniority, are the ones most likely to be trustworthy at their new career choice. This is due to the fact that they were used to being truthful when servicing their clients, be they doctors, acccountants, lawyers, engineers, architects and not least journalists. Political activities then become a continuation of what they used to do but now with the public becoming their esteemed clients. Their professions also enabled them to amass considerable fortunes they are unlikely to fall into the trap of corruption that being the curse of politicians the world over. I know greed and avarice knew no bounds even to billionaires - its never enough. But for the professionals mayhaps being truthful and not taking bribes on the side are simply well worn habits and old habits die hard. Thats their firewall against common vices and we the served public should take due notice and give due recognition.

    Now I wonder what were the professions practised by the likes of najib, shahrir, IQ 3.85 and other members of the 1MDB cabinet before they become full time politicians? Any guesses?

    ReplyDelete
  8. Era Mahathir,tidak sunyi dengan berbagai tuduhan t rasuah,penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa tetapi dalam masa yang sama rakyat tetap mendongak kepala dan memandang kehadapan dengan keyakinan dan dont feel being demoralised tetapi sekarang seluruh rakyat merasa tenggelam dalam berbagai tuduhan dan timbunan wang RM2.6billion yang mereka tidak dapat jejak tapak -tapak kehilangannya.Kerajaan memberikan alasan tidak malu kerana pembangkang juga melakukannya. Kita hilang keyakinan dalam jawapan yang membandingkan keburukan atau persaingan untuk menyatakan "keburukan engkau lebih buruk dari keburukan aku."

    Itulah bezanya antara era Mahathir dengan era Najib. Najib tidak dapat memelihara keyakian rakyat diatas kelemahannya tetapi rakyat dapat merasakan bahawa Mahathir dapat melindungi kelemahannya dengan kekuatannya yang tersendiri.

    Kemana kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan aku mudah je boleh kau menyekat media baru facebook ,twitter dan blog dibuat dimalaysia mahu di luar negara yg burukan kepempinan malaysia ini jawapan tidak, kita bukan seperti china ada media baru mereka sendiri, di china mereka buat media baru mereka sendiri dengan belanjakan billon yuan semata menyekat fitnah di buat pada kerajaan komunis chian itu., di china mereka buat media baru mereka sendiri dengan menghabis wang rakyat menyekat media dari barat malah google facebook dan twiter tak benarkan masuk, kita bukan kuasa besar mampu belajar media baru mencipta facebook,twitter dan google sendiri seperti china lakukan, di singapore pun pap kehilangan kerusi palimen di sebab media baru Yg dulunya pap boleh menang kerusi 95% di singapore, tapi sekarang parti pap tak boleh kawal media baru mereka itu mereka kalah 20 kerusi lebih mereka kalah kerusi di palimen siagapore itu disebab media baru, singapore pap hanya 60% mereka berkuasa. tak seperti zaman 60an hingga 2000 pap berkuasa

      Delete
  9. Era Mahathir orang luar segan dan hormat. Rakyat pun rasa megah dan hebat termasuk kaum Cina. Buktinya setiap PRU Mahathir dapat majoriti 2/3 dengan sokongan Cina. Tak ada masalah.
    Tapi era Najib orang luar semua pandang lekeh. Rakyat pun berani perlekeh dan perbodohkan Perdana Menterinya sendiri. Setiap kali Najib buka mulut setiap kali ia diperbodohkan.

    Tak boleh nak salahkan rakyat memang kerajaan Najib kurang cerdik dan kelihatan tak berapa cerdik. Tidak seperti era Mahathir kerajaan lebih cerdik dan kelihatan cerdik.

    Jangan salahkan orang Cina tak sokong Najib. Sebab kerajaan tak berapa cerdik. Orang cina memang cerdik. Mereka tak sokong orang tak berapa cerdik.
    Buktinya Mahathir lebih ultra melayu berbanding Najib. Tapi orang cina tetap sokong. Sebab Mahathir orang cerdik.

    Oleh itu Najib ooi...berwataklah seperti orang cerdik. Jangan biarkan rakyat sendiri perbodoh dan perlekeh pemimpin mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Era mahathir dunia it baru berkembang, macam ini kalau mahathir masih berkuasa macam zaman sekarang silap2 dia jadi macam gadafi ditumbangkan disebab dunia media baru ,di malaysia pak lah orang mula2 kena tempias di website dibuat fitnah dibuat pembangkang dulu , era najib lagi teruk semua orang boleh jadi wartawan tak payah belajar dekat universiti atau kerja dekat dah syarikat media , sekarang cukup jadi wartawan dalam blog,facebook dan twitter walaupun tulisan dia merapu benda positif boleh negetif kan, benda negatif boleh positif kan ikut kemahiran cara penulis blog masing2.

      Kalau kita suka pandang kejaya di belakang , tapi lupa cipta kejayaan kita hadapan macam nak maju, aku ingat lagi ustaz cakap aku cakap telah datang orang islam dikalangan pengikut ali bertanya pada saidina ali kenapa zaman kalifar osman hura belaku tak berlaku pada zaman saidina abu bakar? ali jawab pengikut macam kamu itu merosak umat islam,

      kalau ikut tak pendapat ustaz aku cakap sebab huru hara berlaku pemerintahan osman
      1)Fitnah
      2)tak menerima cara pemerintahan osman
      3)Telalu menbezakan pemerintahan osman dan abu bakar kononya pemerintahan abu bakar lebih baik

      Jika lihat cara pemerintahan osman Paling lama digunakan seluruh dunia islam selain kalifar al rahsid.

      Kita kena pandang kehadapan cipta kejayaan baru bukan ingat kejayaan masa lepas, sejarah boleh pengajaran, kejayaan tak boleh dibeza-bezakan ia akan merosakan malaysia itu

      Delete
    2. Woi mahathir bukan gadafi lah
      Kerusi empuk bgn putrajaya yg megah itu legasi siapa?
      Pm najib hanya main facebook dgn rakyat. Hanya bebudak berfacebook.
      Wake up lah jibby

      Delete
    3. Ostat yg ko cakap ni yg mana satu?
      Ostat raja lawak atau ostat wal retard?
      Jangan marah

      Delete
    4. macai fanatik sendiri tak tahu berfikir dan tak penah baca pasal gadafi ,Kalau gadafi punya baik dan banyak menumbang pada rakyat libya dan dunia islam pun berjaya ditumbangkan oleh media baru disebab mereka cemburu kekayaan anak gadafi itu walau pun negara libya kaya raya, aku sendiri yakin kau fanatik tun mahathir atau anwar tak tahu berfikir salah dan silap orang semua di pandang baik 07:35 macai, kalau najib tak betul aku belasak dia ada faham, tun mahathir dulu tak ada orang tegur dia menyebab dia berasa bongkok aku pergi ucapan dia dia cakap pentakbiran dia lebih baik dari pak lah dan najib, kalau lebih baik kenapa duit kita jatuh disebab Rm 4.80 dengan dollar us rizab kita hanya 40billon pada 1997-98 dan terpaksa minta bantuan jepun dan menambat ringit untuk pulih ekonomi kita ini, kalau dulu ada media baru habis tun mahathir dan anwar itu disebab bil out di lakukan oleh nya itu, jika kau tanya pada aku ia aku hormati tun mahathir berjaya bangunkan malaysia moden, jika lihat cara pengurusan ekonomi dia tak berepa baik, duit dibelanjarkan tak beri impak pada produk buatan malaysia hanya menberi impak pada produk buatan jepun made in malaysia. Tun mahathir berjaya bangunkan bangunkan projek megah dan infasuktur awan class dunia tapi gagal bangunkan produk berdaya saing mampu berdikari tampa mengharap bantuan kerajaan, dasar 30% ekonomi bumiputera pun gagal sebab kayakan kroni orang kita sikit kaya bermewah2 dan gila perempuan. Anda faham kan apa aku maksud itu

      Delete
  10. - "We lost integrity. No more bangsa bermaruah.". It is a very painful statement.

    - For a ruler to rule, he has to possess moral authority. Without which he can still rule, but differently.

    - Such ruler, however, can still use all the apparatus of the government at his disposal like Police and such to keep him going. Lets take few examples.

    - When Colonel Ghaddafi of Libya took over the government, people support him morally. Thus he had the moral authority to govern and rule Libya for sometime. Then he descended into moral accesses which ended up with him on the street and shot on the head. He was a Muslim.

    - Nelson Mandela put up a struggle but ended up languishing in prison serving time, without money and power. But, he believed his struggle was morally justified. He became the President and given the moral authority to govern and rule. He died very respected. He was a Christian and black.

    - After the Second World War, Churchill, full of arrogance and power, declared that "Britannia shall rule for a thousand years". But, Britannia lost the moral authority to rule and govern when a fakir in a loin-cloth challenged Britannia on the street of Manchester, England. He was so poor that someone had to cover his naked body during that winter. Mahatma Gandhi was an Indian and Hindu.

    - PM Najib is no Nelson Mandela. He is no Mahatma. He IS Ghaddafi.

    - UMNO under PM Najib has lost the moral authority to govern. Forget about his authority to rule, he got none.

    - Putrajaya is just a collection of buildings and roads. It is not a place that can give any PM a moral authority to govern and rule. But, it has many nice offices, though..

    - Putrajaya is a prison to make money, power and sex. There you are, PM Najib.

    - It is not what Putrajaya can give you, but what you can give to Putrajaya that will make the difference whether you have the moral authority to govern or not, failing which you shall remain as a Prime Minister in name only.

    - I am not going to vote UMNO no more. Sayonara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too. Saya atas pagar di Baling kedah. 2008, undi ABU, umno kalah. 2013 undi Azeez, sebab tak nak anwar jadi PM. Next time, ABU balik. Meluat dengan umno dah. Ramai atas pagar macam saya, yang tak mau lagi diperbodohkan oleh umno

      Delete