Thursday, 24 September 2015

SKH SATU ALIRAN : HANYA LEE KUAN YEW BOLEH AJAR ORANG CINA

SEKOLAH KEBANGSAAN DAH JADI SEKOLAH VERNIKULAR
Sekarang ini sekolah kebangsaan pun dah jadi sekolah vernikular, sebab hampir 100% studentnya melayu. Di Sabah dan Sarawak, makin ramai student bumi masuk sekolah Cina. Kenapa macam ini diseluruh negara? Sebabnya sekolah kebangsaan dah jadi " sekolah melayu".
Bermula evolusi ini bila ramai guru melayu sekitar tahun 80an yang berasal dari kampung, tak expose dengan kaum non bumi, telah meMelayukan sekolah kebangsaan. Parents non bumi tak selesa bila sistem sekolah kebangsasn dihijack sedemikian. Elemen agama juga sarat di peringkat sekolah rendah oleh guru guru kampung ni. 
TS Zam sendiri mengakuinya di artikel ini . Sepatutnya sekolah nasional  adalah tempat belajar, bukan tempat nak sebarkan agama dan budaya sesuatu kaum  terhadap golongan minoriti.

LKY: If we made Chinese the  common language, then Chinese culture would be the dominant culture  and it would have led to breakup in society”

Saya  tertarik hati dengan anjuran Menteri Jabatan Perdana Menteri Dato' Sri Abdul Wahid Omar yang mahu kerajaan utamakan sekolah satu aliran. Walapun hal ini telah pernah disuarakan sebelum ini  tetapi apabila datang dari seorang  ekonomis dan profesional  terkemuka maka impaknya adalah berlainan.

Sewajarnya  sekarang ini kita  telah pun mempunyai sekolah satu aliran menerusi proses evolusi seperti  yang dilakukan oleh penjajah British terhadap sekolah-sekolah Melayu,Cina dan Tamil tanpa penutopan tetapi  dengan pengikhtirfan ekonomi diberikan kepada sekolah aliran Inggeris.

Sekolah-sekolah lain aliran tetap hidup tetapi hidup segan mati tak mahu yang menyebabkan ibu bapa memberikan keutamaaan penghantaran anak mereka ke Sekolah Inggeris. Inilah juga stratiji yang diguna pakai oleh Lee Kuan Yew di Singapura.

Kepercayaan pengasas-pengasas kemerdekaan  Malaya  untuk melihat kejayaan Dasar Pelajaran Kebangsaan secara evolusi  tidak tercapai  kerana mereka melupakan hakikat bahawa  masyarakat Cina mempunyai kemampuan kewangan untuk  terus membangunkan sekolah aliran mereka sendiri dan disamping ketidak ketegasan kerjaan dalam menghadapi cabaran mereka.

Maka itu yang menjadi mangsa proses evolusi ini hanya sekolah tamil kerana kelemahan kewangan masyarakat  India di negara ini.

Ada orang Cina yang moderate  dan juga gulongan  Melayu liberal yang befikiran bahwa pelaksanaan sekolah aliran Inggeris akan dapat menjayakan matlamat penyatuan  nasional tetapi kalau  ini mahu dilakukan sekarang berarti kita akan berundur kebelakang untuk memulakan suatu langkah baru setelah lebih 60 tahun merdeka.

Malah cauvanis Cina  dan persatuan- persatuan mereka tetap akan  menentang penghapusan sekolah aliran Cina jika hanya aliran Inggeris dikekalkan sebagai aliran nasional di negara ini. Mereka akan  menuntut  supaya bahasa Cina diberikan taraf yang sama dengan kedudukan Bahasa Nasional.Ini pastinya akan membakar suatu krirsis sosial dan politik yang baru.

Kita hanya akan berjaya untuk melaksanakan dasar ini jika sekiranya kita mempunyai  seorang perdana menteri yang berkelibar seperti Lee Kuan Yew yang sanggup menentang sentimen bangsanya sendiri disamping  sentimen etnik lain di Singapura.

Bagaimanapun masih ada cara untuk memantapkan aliran kebangsaan menerusi Bahasa Inggeris secara berperingkat. Langkah  pertama memperkukuhkannya   ialah dengan menggunakan Bahasa Inggeris untuk pengajaran sains dan matematik  yang telah pun di tentang oleh fanatik bahasa  Melayu dan cauvanis  Cina.

Ahli-ahli Pelajaran Cina memberitahu saya inilah yang paling di takuti oleh mereka kerana akan memberikan  nilai ekonomi kepada aliran kebangsaan  dan akan memberi kesan buruk kepada sekolah-sekolah Cina kerana orang Cina yang pragmatik dan practical minded pasti akan menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan kerana tidak mahu membuang masa persekolahan dan menjamin masa depan.

Jika ini berlaku  maka sekolah Cina akan mati dengan sendirinya dan inilah sebabnya mereka bersama dengan gulongan fanatik Bahasa Melayu menentang rancangan untuk melaksanakan pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris.
Jika dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan maka mereka akan ketinggalan.Fanatik Bahasa Melayu tidak nampak kesan positifnya. Malangnya   kepimpinan negara tidak ada keberanian dan  kemahuan politik yang kuat untuk melakukannya.

Sentimen Melayu dan agama tidak boleh dinapikan  menyebabkan kemerosotan Sekolah Kebangsaan.

Gulongan pelampau Melayu  tidak sahaja hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Nasional tetapi hendak memelayukan bukan Melayu malah mereka menolak anjuran Perdana Menteri Pertama Tunku  Abdul Rahman supaya istilah Bahasa Melayu digantikan dengan Bahasa Malaysia seolah-olah ini suatu pekara yang terlalu besar untuk dikorbankan sedangkan  dari segi pskilogi dan logik untuk penerimaan adalah lebih berkesan.

Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri Pertama Singapura mendiang Lee Kuan Yew(LKY)  untuk menjayakan sistem pelajaran satu aliran  benar-benar seperti yang dilakukan oleh Inggeris tetapi dengan cara yang lebih drastik.

Apa yang dilakukan oleh LKY disimpulkan oleh Pengarang buku The PAP' s Management of Ethnicity  Raja Vasil :“What the British could not do without causing riots,independent Singapore had done so.”(lihat Men In White page 613)

Dalam buku yang sama bab 35 “ You Are Equal To Me”  Lee Kuan Yew disebut berkata” After 1965, we had to make a dicision on the comman language. If we made Chinese the  common language,then Chinese culture would be the dominant culture  and it would have led  to breakup in society”

Sebelumnya dalam tahun 1980, LKY memaksa Nanyang Universiti bergabung dengan Universiti Singapore dan menjadikannya National Universiti of Singapore yang menimbulkan tentangan keras dari siswa  dan tenaga pengajar Nanyang Universiti yang tidak menguasai Bahasa Inggiers.

LKY menyelesaikan masalah muti racial dengan penggunaan suatu bahasa asing,bahasa yang bukan  milik sesiapapun di Singapura.

Bagaimanapun tindakan LKY bukan berjalan dengan licin. Ia ditentang hebat oleh Dewan Perniagaan Cina yang mahu dinaikan  taraf Bahasa Cina selepas perpisahan dengan Malaysia dan disokong oleh kesatuan,pemilik dan juga pengarang-pengarang akhbar Cina dan pemimpin-pemimpin persatuan kaum Cina.( MIW page 614)

Untuk menyekat mereka dari meneruskan usaha  mengangkat taraf  Bahasa Cina,LKY telah menemui jawatankuasa semua dewan Cina  di bawah pancaran kaca TV dan memberikan amaran kepada mereka bahawa beliau tidak akan membenarkan sesiapapun mengexploitasikan  Bahasa Cina sebagai isu politik. Berikutan dengan itu beberapa orang cauvanis Cina berasal dari Malaysia  telah lari balik ke Malaysia.

Kejayaan Singapura meInggeriskan rakyatnya  sehingga keperingkat LKY  sendiri  bimbang dengan deracination and de-culcuralisation yang akan menyebabkan  tiap kaum di Singapura  melupakan akar umbi mereka.Maka itu dilancarkan pula kempen re-ethnicisation.

Langhkah ini tidak akan  menghidupkan  semangat perkauman  di kalangan generasi baru semua kaum di Singapure kerana mereka telah pun  disatukan  oleh Bahasa Inggeris yang membangunkan perasaan Singaporean Singapore

Semangat inilah juga yang mendorongan seorang calun PAP dalam Pilhanraya Umum Singapore  baru-baru menyatakan beliau bernasib baik tidak menjadi rakyat Malaysia atau Cina.

Apabila seorang anggota Worker's Party menemui saya ketika berkempen di Pasar Geylang Serai dan menyatakan kesal kerana kenyataan calun PAP itu,saya menyatakan kepadanya saya bangga dengan orang ini dan " Malaysia memerlukan lebih banyak orang Cina  sepertinya"










23 comments:

  1. 58 thn merdeka kita masih bicara soal medium bahasa bangsa. Dah terlewat. Nasi dah jadi bubur. Semua kaum dah besar kepala. Ditambah dgn dasar kersjaan yg sering bertukar dan flip flop setiap kali dapat mandat berkuasa.
    Pemimpin umno gagal setelah 58thn.
    Lee kuan yew lebih kedepan dan bijak. Dan tegas. Titik.

    ReplyDelete
  2. But can Malaysia does this? I think can but must be using English not Malay. With English based school, vernacular schools will disappear by itself in one generation time.

    ReplyDelete
  3. SalamTSZM.
    Membaca pos tuan kali ini mengundang pelbagai rasa dlm minda dan jiwa saya.
    Ada kebenaran dan ada juga perkara2 yg perlukan penyatuan bagi memupuk persefahaman dan perpaduan rakyat Malaysia.

    Saya secara peribadi tidak bersetuju sekolah2 vernakular ini dihapuskan kononnya utk melahirkan bangsa Malaysis.

    Saranan Abd. Wahid, KJ dan pejuang2 Melayu ini saya lihat lebih bersifat skeptikal dan prejudis ke atas kaum lain terutamanya org2 Cina.

    Mengapa kerajaan begitu menggalakkan rakyatnya utk bersama2 menyambut Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Devapali tetapi tidak pula berusaha memujuk rakyat supaya mendekati serta mempelajari bahasa dan budaya kaum secara teratur dan telus.
    Bagi saya, rakyat negara ini amat beruntung kerana dapat belajar bahasa ibunda kaum lain secara terancang dan percuma.

    Namun yg jelas sekarang, sekolah2 vernakular dianggap seperti pusat semaian para chauvinist kaum ,terutama org2 Cina.
    Memang diakui terdapat desakan2 secara keras oleh Dong Zhong dsb, tetapi amatlah merugikan bila lapisan generasi semakin diajak mengikut arus permainan perkauman sempit oleh ahli2 politik.

    Saya berhujah atas kapasiti sebagai seorang ayah, punya tiga org anak yg mengikuti sistem pendidikan di SJKC.
    Pada mulanya, saya mmg amat skeptikal dan prejudis kerana dibakar perasaan oleh ' nyamuk2' perkauman tetapi demi masa depan yg semakin mencabar dan memberi kelainan kpd anak2, saya teruskan sahaja.

    Alhamdulillah, ketiga2nya telah fasih serta menguasai bahasa Mandarin dgn baik.
    Sekarang, saya dapati banyak kerja2 atau perkara2 yg berkaitan dgn kaum Cina, dapat diselaras dan diselesaikan dgn lebih mudah dan menyenangkan.

    Sebenarnya, masyarakat Cina amat berbangga dan sangat hormat kepada kaum lain yg 'masuk' menyelami bahasa serta budaya mereka.
    Kita akan dilayan sehabis baik, dihulurkan pertolongan bila memerlukan dan paling seronok, saya sering mendapat special offer di premis2 perniagaan mereka.
    Kerana itulah, pendapat saya, sekolah2 ini perlu dikekalkan tetapi diolah dan ditambahbaik agar ia boleh diharapkan memberi situasi win win utk generasi akan datang.
    Tidak salah kita berkorban mempelajari bahasa ibunda dan budaya kaum lain jika ianya dapat memberi impak maksima dalam proses membina perpaduan lebih erat di negara ini juga di peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt. Saya pun dah Lama berpendapat begitu. Kita selalu saja menyalahkan orang lain. Jom Anak nelayu ramai2 masuk sekolah cina.

      Delete
  4. Negara sekecil Singapore, no brainer pun boleh kawal penduduknya..

    ReplyDelete
  5. Ia hanya memerlukan political will. Wujudkan hanya sekolah satu aliran. Untuk bahasa lain dibenarkan beberapa jam seminggu.

    ReplyDelete
  6. LKY adalah satu potret yang kita dapat lihat dengan jelas bagaimana ia membawa sosio-ekonomi Singapura dan komunitinya ke pesada dunia. Tapi kita masih megah tak tentu pasal dengan membandingkan kemajuan kita dengan Ghana, Sri Langka dan Indonesia. Belum lagi didengar cerita bagaimana kita yang berdiri sama rendah dengan Korea pada tahun 1985 .. tapi sekarang ini Korea telah membesar beberapa kali ganda.

    Seperti Singapura, Korea tidak ada masalah dengan bahasa kebangsaannya .. malahan sektor hiburan dan budaya Korea berjaya diglobalkan dengan mengunakan bahasa kesangsaan mereka .. anak saya tak de masalah untuk ketawa bila nonton "Running Man" yang sarat dengan bahasa dan tulisan Korea.

    Untuk mengkecapi apa yang ada pada Singapura dan Korea sekarang ini, bolehkah kita tiru atau ikut jejak mereka. Persoalannya dalam keadaan sosio-budaya yang kita amalkan sekarang ini, laratkah kita meniru mereka .. maka itu sebelum kita mulakan apa-apa untuk cuba meniru mereka, kita perlu memperbetulkan sistem sosio-budaya kita dahulu .. selagi kita masih mengamalkan gaya enau melepaskan pucuknya .. ugama dilacurkan untuk melindungi diri .. bermuka muka .. kita tidak usah bermimpi untuk menyamai mereka .. tidak lama lagi Thailand dan Vietnam pula akan meningalkan kita. Kita masih seperti biasa cakap melayu pun pelat, cakap inggeris pun tak lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. krana kalo kiasu adala punca bangsa cina maju di seluruh Asian atau asia. Tapi banding dgn Korean Dan jepun yg sy kenal, bangsa cina hanya ketiga kiasu seluruh asia .
      Cina kiasu, work harder and longer and better and more, so average 10h working hour per day.
      Jepun super kiasu, work best and perfect. So 14h perday.
      Korean super ultra kiasu, not only best and perfect. Only No.1 among all is acceptable. Then they don't stop working.
      Malaysian? Tea time!!!Tea time.
      This is what make the difference. Bc God is fair.
      Saya boleh paham knp Kita Takkan berjaya atas policy look east.
      Krn Kita semua Tak cukup kiasu dgn positive.

      Delete
  7. Kita negara Malaysia ..... bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Rakyat Malaysia semua bangsa harus fasih dan meninggikan martabat Bahasa Melayu.

    Satu ketika dahulu Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan yang maju di dalam sistem politk dan ekonomi serantau.

    Apakah kita tidak yakin kemampuan Bahasa Melayu untuk menuju sebuah negara maju? Saya tak setuju dengan sebahagian kaum Cina yang malu untuk berbahasa Melayu walhal mereka rakyat Malaysia, begitu juga dengan setengah orang Melayu elit yang taksub berbahasa Inggeris.

    Bukan saya menidakkan Bahasa Inggeris, ia tetap penting, tapi takkanlah Bahasa Melayu menjadi bahasa anak angkat sendiri di bumi Malaysia.

    Negara Jepun maju kerana bahasa Inggeris? Negara Jerman? Negara Peranchis? Negara China? Lihat sains dan teknologi angkasa lepas mereka.

    Saya rasa sebahagian kaum Cina negara ini sudah merendah-rendahkan Bahasa Melayu....lihat sahaja bila ditemuramah dalam TV.... berbahasa Inggeris. Walau pihak TV berbahasa Melayu, mereka tetap jawab dalam bahasa Inggeris.

    Ketika kalangan pelajar di universiti ....anak orang Russia, orang Australia, orang Korea, orang Jepun, orang China begitu fasih berbahasa Melayu ..... anak Cina Malaysia??? masih segan???

    Sebenarnya ada juga di kalangan pimpinan politik negara kita Malaysia sendiri pun lebih suka berbahasa Inggeris walaupun sering melaungkan "Hidup Melayu"!!

    Kenapa kerajaan US, menggalakkan anak rakyat mereka belajar bahasa Cina di universiti ? Adakah bahasa Inggeris tidak cukup? Semuanya ini adalah menurut perkiraan politik dan ekonomi.

    Kalau kita hendak meninggikan martabat bangsa Malaysia (nation of Malaysia) kita tidak harus takut atau malu menggunakan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

    Contoh :

    1. Chancellor Jerman bila berucap di Kongress Amerika ... berbahasa Jerman. Dia tak kisah wakil Repulikan atau Demokrat itu faham atau tidak. Bukankah teknologi audio/penterjemah sudah ada)

    2. Presiden Korea Selatan berucap dalam bahasa Korea Selatan ketika bediri bersama Obama ketika lawatan Presiden USA itu ke Korea, live dalam TV.

    3. Presiden China berucap dalam bahasa China di PBB. Presiden Palestin dalam bahasa Arab di PBB New York. Presiden Sepanyol dalah bahasa Sepanyol.

    4. Najib bercakap dalam bahasa ........ (malu nak berucap dalam bahsa Melayu di PBB New York)

    Sebab itulah laungan Hidup Melayu, Bahasa Melayu bahasa kita hanyalah atas angin sahaja, sekiranya pimpinan poltik UMNO sendiri malu berbahasa Melayu ketika berucap di persidangan antarabangsa.

    Adakah Presiden China (graduate dari USA) tidak fasih berbahasa Inggeris? Adakah Chancellor Jerman gagal dalam bahasa Inggeris? Presiden Peranchis? Presidan Korea Selatan? PM Thailand?

    Tidak. Mereka semua fasih berbahasa Inggeris.... tapi bila berucap di pentas politik dunia, mereka begitu patriotik dengan bahasa mereka. Najib ada sifat patriotik dengan bahasa Melayu ketika di PBB New York???

    Orang Baju Merah, sila ambil perhatian. Tak lupa juga Ambiga sila cakap penuh dalam bahasa Melayu. Nicole David sila cakap penuh bahasa Melayu. Takkanlah susah sangat bahasa Melayu. Bukan ertinya bila berbahasa Melayu mereka menjadi orang Melayu atau jatuh martabat.

    Orang Cina di Indonesia dan Filipina tidak ada masaalah dengan bahasa kebangsaan Indonesia dan Filipina.

    Sekiranya orang Cina Malaysia hendak jadi rakyat Jerman adakah mereka terhegeh-hegeh menyuruh Chancellor Jerman tukar bahasa pengantara di sekolah Jerman ke bahasa Inggeris? Bangsa Cina rakyat Peranchis ada berani?

    Meninggikan martabat bahasa Melayu diperingkat dunia adalah bukti kita ada sifat patriotik dengan negara Malaysia. Baru orang pandang tinggi terhadap kita. Orang negara lain tidak bangga dengan Cina Malaysia yang fasih berbahasa Inggeris, tapi bangga dan sanjung tinggi kalau Cina Malaysia fasih berbahasa Melayu secara akademik dan sosial.

    Kalau pelajar China dari Beijing/Shanghai fasih berbahasa Melayu dengan tahap tinggi.... apakah pelajar Cina Malaysia masih terkebil-kebil nak bertutur bahasa Melayu?? Malulah kita jadi rakyat Malaysia ......


    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tidak boleh terus berfikiran bagini.Kita bukan Jepun,bukan Cina dan Bukan Korea yang ketamadunannya jauh mendahului kita malah Jepun mengambil budaya Cina diserapkan ke dalam budayanya lebih awal.

      Orang Jepun dan Korea pernah berperang dengan menggunakan senjata moden sehingga di musnahkan oleh Bom Atom tetapi kita hanya tahu berperang dengan keris dan parang dan terus berbangga dengan cerita karut Hang Tuah,Hang Jebat,Mat kilau dan sebagainya..
      Sehingga Mei 69 pun kemampuan Melayu untuk berperang hanyalah dengan parang

      Kita mesti kekuar dari kepumpong sentimen Bahasa Melayu, buat apa nak bercakap dalam Bahasa Melayiu di UN jika dapat disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Ini adalah jingoisme . Kita mesti mengakuui hakikat keterbukaan pemikiran adalah bergantung kepada Bahasa Inggeris. Bukan bahasa Arab atau hanya bahasa Melayu yang masih memerlukan terjemahan buku -buku dari bahasa Inggeris.Bangsa Arab sekarang bukan Bangsa yang maju.

      Nilai orang Melayu yang berpendidikan Inggeris generasi dahulu adalah berbeza dengan kelulusan aliran Melayu. Lihatlah Pak Ungku Aziz, Zeti, Tun Mahathir,Tun Razak,Professor Ismail Hussein, Samad Said, Rais Yatim dan lain-lain eleitis Melayu profesional badingkan dengan yang hanya mendapat pendidikan aliran Melayu dan yang hanya terdedah pada dunia Melayu dan pembacaan hanya dalam bahasa Melayu dan Arab.

      Adakah Indonesia sebuah negara yang maju? Cina yang baru keluar dari komunisme telah jauh lebih maju dari Indonesia kerana mereka lebih dahulu bertamadon dan memiliki tamadon yang terua di dunia.

      Tidaklah perlu kita membezakan lagi jika mereka boleh maju dengan bahasa sendiri maka kita juga boleh. Ketemandonan kita tidak berasaskan kepada kegemilangan silam yang berasaskan ilmu tetapi cerita dongeng sejarah dan kekuatan jampi serapah
      Jepun pun menyedari kelemahan mereka apabila mereka mencuri nilai-nilai ketemadonan Cina termasuk bahasa Cina.
      Jika hakikat ini tak mahu diterima maka tingallah Melayu sebagai bangsa yang terus beku malah sekarang radio dan TV sedang memupuk orang Melayu pagi petang siang malam dengan ajaran-ajaran agama yang passive yang tidak dapat membangunkan pemikiran yang dinamik dan positif kecuali hanya seorang dua ustaz.

      Delete
    2. zam korean pada zaman 70an dasar industari moden mereka dimulakan, malaysia pada 1982 dasar industari moden baru laksanakan, indonesia industari moden mula lebih awal pada zaman sukarno telah gagal disebab campur tangan komunis indonesia hanya jadi negara pertanian dan indonesia gemar luas pengaruhnya ketika sukarno dulu , korean ada semangat ubah diri sebab mereka hanya satu bangsa duduk korean itu senang urus nya mereka cipta tulisan mereka sendiri berasas dari tulis cina , china tamadun memang tinggi dari dulu lagi..

      bagi saya kesilapan dasar bahasa melayu dasar cintai bahasa kebangsaan tak diteruskan tun m itu kononya cina dan india hanya bercakap bahasa inggris, dia meremeh bahasa melayu cuba angkat tun ku, Bahasa inggiris hanya bahasa cyber moden je, lihat ilmu sains pinjaman dari bahasa arab dan latin je, cuma buku dalam bahasa sanis banyak dihasil dalam bahasa inggris itu banyak pinjam bahasa arab,greece dan lain2

      Di korean dan jepun bahasa inggris level Mereka lebih teruk dari malaysia tetapi apabila mereka belajar universiti luar negara mereka dapat biasa diri mereka sendiri ramai lulus bahasa inggris dengan baik

      Saya ingat lagi mereka cakap apek berbahasa inggris dengan baik sebenar level apek berbahasa inggris memang teruk, anggak heran kan ada dikalangan pemimpim melayu percaya finah 'orang melayu tak boleh bahasa inggris dengan baik dibuat supaya orang melayu tak boleh berkerja syarikat antarabangsa di buat golongan apek itu sendiri apabila mereka mengkuasai jawatan penting di syarikat antara bangsa , yg mengherankan apek tak boleh berbahasa inggris dengan baik pun bagi jawatan penting ini belaku pada semasa tun m jadi pm
      Bahasa inggris hanyalah bahasa cyber dah buku2 sanis banyak di terbitkan dalam bahasa inggris, sebab kita tak mampu lakukan alih bahasa inggris kepada bahasa melayu, sekarang dunia moden hanya gunakan google translate dah tahu maksud nya, bahasa sanis bahasa bercampur angak pelik sebab ia bercampu2 arab, greece, latin dan cina tak ada sangat bahasa inggris dalam nya semua pinjam bahasa luar, sebab apa saya berani cakap bahasa inggris hanya bahasa dunia cyber je. Sebab tamadun barat bemula di rome dan greece

      Delete
  8. Very simple explaination. Kita ada MB dan KM disetiap negeri dan jika mereka yang sezaman dengan LKY jika berkaliber seperti LKY maka sekurangnya mereka akan dapat melahirkan kakitangan kerajaan negeri yang berdisplin dan negeri yang bersih,tidak ada masalah sampah sarap dan parit tersekat.

    LKY tidak akan berjaya sekiranya beliau tidak berpegang kepada nilai pimpinan yang jelas yang tidak berasaskan mencari popularity dari soal sampah hingga meludah dan berjudii.

    Kata LKY " I believe that it is better to be feared than to be loved".

    Masalah komunisme ,cauvanisme dan masalah kaum perkerja di Singapura diperingkat awal yang dapat dicengkam dan dibenamkan oleh LY bukan kecil dan bukan mudah tetapi seperti yang disebutkan oleh buku terbaru Anthony Oei Blazing The Freedom Trail " Sosial revolution he led successfully and his prodigious achivements in nation -building remain an open book for it is an unforgettable story.He left a "gold standards"

    ReplyDelete
  9. Di singapore sekolah agama di benarkan tapi di kawal oleh kerajaan mereka, di malaysia baik sekolah cina dan sekolah swasta cina mahu kerajaan, sekolah cina ada tahun 1890 angak susuh hapuskan nya, nanti ada orang nak politikan nya, anwar dan tun m tahun 80an-90 mereka cuba hapuskan sekolah cina angap lambang perkuaman mereka tak boleh berbahasa melayu dengan baik di bandingkan masyakat india boleh berbahasa melayu dengan baik sekolah aliran tamil. Ini sesuatu cukup memalukan, bagi satu sapatut di zaman tun m itu mana2 orang malaysia yg tak boleh bercakap baik tak lulus upsr, pmr dan spm ujian fasih bahasa melayu mesti di laksanakan pada zaman tun m itu. sepatutnya dasar itu di mulakan tun m itu sendiri , saya lihat orang cina boleh menulis bahasa melayu tapi tak fasih berbahasa melayu dengan baik 58tahun negara merdeka kenapa boleh jadi macam itu, jika adakan ujian percakapan mereka semua pasti gagal ujian itu, lulus bahasa melayu semata2 nak masuk univesiti ini tak bagus pada bangsa malaysia ini,

    Zam berfikir perkara tersebut?
    Saya lihat papan kertas minta kerja
    Chinases olny
    Can speak manderin
    Bukah kah ini resis mereka lakukan siapa tetapkan nya bukankah bahasa inggris dan melayu di terima jika mereka minta kerja sila fikirkan ia

    ReplyDelete
  10. SalamTan Sri.

    "Hanya LKY sahaja yg boleh mengajar bngsa Cina." Sy tidak nmpk begitu....cuma yg sy lihat LKY biasa sahaja.....tetapi Ketua Melayu yg sebebarnya terlampau 'Lemah atau Terlalu Mengalah'.

    Jika ketua Melayu bersikap lebih TEGAS....kemelut begini tidak akan terjadi.

    Bila kita terlampau mengalah....mereka tidak lagi segan atau takut.

    Salah siapa.

    Kita terlalu berkompromi dan apologetik dlm bnyk hal....ini akibatnya.

    Mereja berkata lain dan berbuat lain...seperti kata sdra....sikap Rasis mereka disembunyi dgn cukup cekap sekali....dan org Melayu pula dituduh Rasis.

    Apa kewajaranya bila mereka mahu semua rakyat dikenali dgn Bangsa Malaysia...tetapi masih mahu Sekolah Kebangsaan Cina dikekalkan....sedangkan Sekolah Kebangsaan yg mengguna medium Bahasa Malaysia (Bahasa Malaysia adalah Bahasa Rasmi Negara) sudah ada.

    Disini pun kita sudah dapat menilai siapa mereka sebenarnya.

    Cukuplah berbudi pd bangsa ini....Peribahasa Melayu sudah berkata.."Baik biar berpada2...Jahat jgn Sekali".....cuma sy tukar sikit kpd..."Jahat jika Perlu".

    ReplyDelete
  11. Sebelum hendak diadakan satu aliran bahasa. Bahasa Melayu Malaysia contohnya.

    UNDANG2 INTERNAL SECURITY ACT MESTI DIWUJUDKAN SEMULA. JIKA TIDAK MALAYSIA AKAN HANCUR DARI SEGI IDENTITY DAN EKONOMI.

    ReplyDelete
  12. There are 80,000 Malay students in Chinese school system, enough to fill up national stadium at bukit jalil. Something is very RIGHT with Chinese schools. Why don't you guys go and find out what is right with Chinese schools. Ask the Malay parents for answers, if you haven't already done so.

    ReplyDelete
  13. biar ada englis skool ler.. lagi byk pilihan..

    kalau europeans do even compulsary conversion requirement to refugees from middle east to enter europe, amacam.. korang bole terima...??

    bila ckp, pakai otak sket...

    ReplyDelete
  14. Why do people speak in English at international conventions, forums and the media ? Because they can express themselves better and find the right words to describe the meaning of the message they want to deliver to most of their audience, if not all. Hence, the examples of German chancellor, Korean PM etc who use their own language to express themselves better and then rely on translators to translate their messages. Honestly, do you ever bother to listen to something that you don't understand or rely on a dubbed voice ? I don't. I just rely on media reports in English or don't bother at all.

    So ask yourselves why do our leaders and even DS Najib speaks in English at international conventions and not use BM ? Because they want the world to understand and take note of their messages. There is nothing wrong with this at all. Do not equate this with not being patriotic.

    I will readily accept the single medium school because I come from there. Many of us including the Chinese and Indians accepted single medium schools from Merdeka to the early 90s. However, the reverse is happening today. Why are national schools no longer attractive to the very same parents who were educated in Sekolah Kebangsaan but choose to send their children to SJK ? Go and find out from the non Chinese parents why do they prefer to send their children to Chinese medium schools. Yes, Singapore can do it. So we ask why we cannot do it or did not do it many years ago ? I can also ask the same question on other things. Singapore can develop their economy better than us. Singapore can practise merit better than us, Singapore has better universities than us. Singapore has better leaders than us. So are we going to copy them ? Don't just copy one thing but then ignore the rest.

    ReplyDelete
  15. Saya sudah banyak kali bercakap dalam banyak forum dan menulis dalam akhbar tentang peri pentingnya sekolah satu aliran sebagai alat perpaduan. Tetapi disebabkan kuasa membuat keputusan di tangan orang politik yang melihat dari sudut politik, tidak hairanlah selepas setengah abad merdeka Malaysia ada sekolah vernakular.

    Saya percaya keputusan orang politik mengekalkan sekolah satu aliran bukanlah dibuat di atas kepentingan perpaduan tetapi kepentingan politik. Memang benar orang politik Melayu sebahagian besarnya tidak sejujur Lee Kuan Yew yang mengambil tindakan tidak popular demi kelestarian bangsa dan negara.

    Maka kalau ada pemimpin kita bercakap tentang perpaduan, itu tidak lebih retorik politik untuk memancing undi bukan Melayu terutamanya Cina. Mereka bukan tidak tahu bahawa sekolah vernakular menjadi pemangkin polarisasi kaum. Tetapi mereka buat juga kerana kepercayaan dan pemikiran politik yang sempit dan sengkek.

    Oleh kerana itu apabila seorang tokoh ekonomis seperti Wahid Omar menyuarakan perkara yang sama, saya percaya kesannya akan berbeza. Tokoh bahasa dan tokoh budaya sudah lama menyarankan sekolah satu aliran. Tetapi di negara kita siapalah yang hendak dengar suara ahli bahasa dan ahli budaya.

    Bab penghantar bahasa Inggeris kita galak sangat hendak mencontohi Singapura. Tetapi Singapura juga membuat sekolah satu aliran. Kenapa tidak mencontohi Singapura dalam bab kesungguhan membina perpaduan kaum? Beginilah malangnya sebuah negara yang jatuh ke tangan orang politik yang hanya berpolitik tetapi tidak memikirkan masa depan bangsa dan negara.

    Bagi saya gagasan Satu Malaysia itu sendiri sudah bercanggah dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang menggariskan kebudayaan kebangsaan adalah budaya Melayu dan budaya kaum lain yang tidak bertentangan dengan budaya Melayu dan Islam. Tetapi realitinya Dasar Kebudayaan Kebangsaan tidak lebih sebagai Quran buruk yang tidak ada siapa dalam kalangan prmimpin memanfaatkannya.

    Maka sekolah satu aliran tidak lebih mimpi yang dikitar semula walaupun kali ini dicetuskan oleh ekonomis yang dilihat jujur mengutarakan pandangannya. Tetapi siapalah Wahid Omar kerana beliau bukan pemimpin utama yang menentukan dasar negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu aliran? Maknanya tiada lagi sekolah agama? Status sekolah pondok? Sekolah berasrama? Satu aliran peperiksaan masuk u? Tiada lagi matrikulasi? Gitu?
      Sekarang ni sekolah kebangsaan pun dah jadi sekolah vernikular, sebab hampir 100% studentnya melayu. Di sabah dan sarawak, makin ramai student bumi masuk sekolsh xina. Kenapa macam ni diseluruh negara? Sebabnya sekolah kebangsaan dah jadi " sekolah melayu". Bermula evolusi ini bila ramai guru guru melayu sekitar tahun 80an yang berasal dari kampung, tak expose dengan kaum non bumi, telah memelayukan sekolah kebangsaan. Parents non bumi tak selesa bila sistem sekolah kebangsasn dihijack sedemikian. Elemen agama juga sarat di peringkat sekolah rendah oleh guru guru kampung ni. TS Zam sendiri mengakuinya di artikel di atas. Sepatutnya sekolah adalah tempat belajar, bukan tempat nak sebarkan agama dan budaya terhadap golongan minoriti.

      Delete
  16. Saudara Adzam...'Dilayan sehabis baik', 'special offer' dll seumpama itu, bukankan itu bukti rasis? malu rasa kalau ada rasa bangga diperlakukan sedemikian, kita bukan pendatang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara ridzuan zain.
      Saya tidak akan melompat jika itu tanggapan saudara terhadap layanan sehabis baik yg saya terima drpd rakan2 Cina.
      Saya hanya menyampaikan drpd pengalaman sendiri merasai kemanisan hidup bermasyarakat.
      Jika saudara menganggap ianya rasis, saya tidak akan menbantah atau menghalang kerana ia hanya berlegar dlm minda saudara bukan minda saya.
      Seperti org yg menelusuri ilmu, kekaguman dan kekagetan biasanya akan dtg bertumpu2 di benak.
      Kewajaran akan terasa bila kemanisan ilmu datang melunak segenap sudut kehidupan sehingga kita kadang2 tidak mampu berfikir dan berkata2.
      Yang terkeluar hanyalah kelembutan pujian kpd Pencipta.
      Renungkanlah peradaban yg dibawa dan terbina selepas termeterainya Piagam Madinah.

      Delete
  17. Akhir 70an dan awal 80an banyak pelajar lepasan SPM bahasa pengantar Bahasa Melayu di hantar ke US/UK/Canada atau ke UITM, tapi tidak ada masalah berbahasa Inggeris ketika belajar di sana. Jadi apa masalahnya belajar di sekolah kebangsaan? Ramai lepasan luar negara ketika itu sekarang banyak jadi CEO, Pengurus Besar Professor Madya dsb. Ramai juga anak kampung tu. Mana ada "speaking-speaking" masa Darjah Enam di kampung dulu.

    Bukan masalah belajar sains/fizik/kimia dalam bahasa Melayu, tapi sistem pembelajaran subjek Bahasa Inggeris itu sendiri perlu diperbaiki. Adanya Sains/Matematik dalam bahasa Inggeris, tapi pelajar Melayu tak juga kemana Englishnya.

    Yang peliknya ada sebahagian syarikat pegangan bangsa Cina bila iklan kerja, perlu kelayakan bahasa Mandarin, walhal kita dalam Malaysia. Apa syarikat itu hanya berurusan dengan bangsa Cina sahaja dalam Malaysia ini? Inilah yang peliknya ketika mereka tidak memandang Bahasa Melayu dalam urusan mereka. ini sudah kira "double-standard".

    Sekiranya bangsa Cina begitu janggal berbahasa Melayu, apa bezanya loghat "apek Inggeris"?

    Kalau hendak benar-benar inginkan kepakaran bahasa Inggeris, mungkin tahap silibus bahasa Inggeris SPM kita mesti sama tahap dengan "O" Level dari Cambridge England.

    Kalau tak, hari-hari kita cakap "....youlah, I lah, never mindlah, kipidaplah, no worrylah kawan.....cuba trylah"

    Orang England pun bangang bila dengar Professor dari India cakap bahasa Inggeris (atau Indian English) dalam dewan kuliah. Sama juga orang Peranchis/Sepanyol bila berbahasa Inggeris agak janggal bunyinya. Semua itu, tidak menjadi masaalah, sebab mereka mengajar di universiti US/UK/Canada/Australia/New Zealand negara berbahasa Inggeris.

    Tapi di universiti Jepun, Jerman, China, Peranchis adakah berbahasa Inggeris bila mengajar subjek kejuruteraan?

    Kalau negara maju dalam sains jadi ukuran dengan bahasa mereka, kenapa Brazil bukan gunapun bahasa Inggeris, tapi maju dalam aeroangkasa?

    Kenapa negara maju seperti USA, berbahasa Inggeris, tapi tidak juga semua pelajarnya berjaya dalam pelajaran. Ada juga yang bodoh. Adakah bodoh mereka kerana tidak cekap bahasa Inggeris? Tidak.

    Semua bahasa berbeza, tapi kalau cakap berkenaan 1+2, 3+9 tak ada bezapun perkiraannya. Bahasa Melayupun mempunyai jawapan yang sama. Adakah bahasa Melayu tidak mampu jawap soalan matematik dalam bahasa Melayu?

    Adakah orang Inggeris sekitar abad ke 12, 13, 14 maju kerana bahasa mereka (walaupun ketika itu tidak pandai mandi)? Tidak Mereka ke negeri Arab belajar ilmu sains/astronomi dalam bahasa Arab. Kemudian balik ke negara asal dan terjemah ke dalam bahasa Inggeris. Mereka rajin menterjemah.

    Kalau kita menterjemah ilmu orang Inggeris, China, Jepun ke dalam bahasa Melayu....adakah kita masih tidak yakin suatu hari nanti Bahasa Melayu akan menjadi bahasa ilmu?

    Bahasa Inggeris sekarang bukannya maju kerana bahasa, tetapi mereka beratus-ratus tahun dahulu rajin menterjemah ilmu sains/matematik dari negeri Arab dan juga menterjemah Quran.

    Kalau tidak yakin dengan bahasa Melayu, maka saya percaya lambat laun bahasa ini hanyalah bahasa sampingan pada masa akan datang. Ketika orang Latin Amerika begitu kuat degan bahasa mereka walaupun di Los Angeles, orang keturunan Peranchis begitu kuat berbahasa Peranchis walau pun di Quebec, Canada.

    Adakah kita orang Melayu sendiri akan melenyapkan bahasa Melayu ?

    Kalau bangsa Afrika maju suatu hari nanti, adakah kita akan meninggalkan bahasa Inggeris dan meninggikan martabat bahasa Afrika?

    ReplyDelete