Saturday, 12 September 2015

PERHIMPUAN BAJU MERAH BATAL JIKA "SAMSENG KEDAH" HADIR

PAP DICABAR MEDIA SOSIAL  MENANG BESAR TANPA  RM2.6 B

Dalam majlis berbuka puasa anjuran Perkasa tidak lama dahulu, Tun Mahathir menunjukan cara samseng  Melayu Kedah bersongkok yang menimbulkan ketawa besar

    1. Penganjur Himpunan Baju Merah 16 September 2015 Datuk Jamal Md Yunos mencabar Tun Dr.Mahathir agar menyertai perhimpuan itu  untuk membuktikan dirinya sebagai Melayu.

    2. Katanya" Jika dia cukup Melayu maka dia akan turut menghadiri perhimpuNan ini".

    3. Apa yang dijangka akan berlaku ialah jika Mahathir mengumumkan akan hadir  maka pastinya perhimpunan itu  akan dibatalkan seperti  pembatalan  forum NOTHING2HIDE bila diketahui  Tun Dr.Mahathir akan hadir.

  1. Mahathir sewajarnya menyambut cabaran " Pak Pandir Moden" ini kerana inilah suatu kesempatan untuk beliau  berucap bagi meminta Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib turun dari takhtanya dihadapan ribuan orang

Lebih baik juga jika "Pak Pandir Moden"  ini mencabar juga  PM Datuk Seri Najib yang juga Presiden UMNO untuk turut hadir bagi membuktikan dia seorang UMNO tulin dari  keturunan Melayu Bugis yang terkenal berani.

Najib  juga mesti diminta untuk  tidak baling batu sembunyi tangan sebaliknya  menampilkan dirinya bersama baju merah sebagai seorang Wira Melayu


  1. DARI TWITTER:
    Kata orang era Mahathir tanpa media sosial maka senanglah dia menang tapi di S'pore Lee Hsien Leong ada media sosial tanpa dana RM 2.6b, PAP pun menang besar
  2. Baju Merah mahu Tun sertai himpunannya utk bukti Melayu tapi Rahman Brothers syarikat Melayu besar dan termaju raikannya malam tadi tanpa minta bukti kerana dia tahu Mahathir lebih Melayu dari Melayu.
  3. LKY tidak perlu bangun dari kuburnya kerana rakyat S'pore percaya anaknya tidak mengkhianati dan mencemarkan amanah suci bapanya.
  4. Kemenangan durian runtuh PAP di S'pore kerana rakyat percaya kerajaan lebih bersih dari media sosial atas asas warisan PIMPINAN bersih LKY
  5. Umno tidak boleh berselindong atau bermain wayang kulit disebalik perhimpunan baju merah 16Sept. Takut pd bantahan MCA atau takut malu gagal?
  6. Umno Melaka nafi arah tiap bhg kumpul 1,000 orang untuk himpunan baju merah 16 September. Tangkap penganjur yg senaraikan kehadiran wakil2 Umno
  7. Berapa ramai yg dilupakan seperti Ooi Eow Jin sedangkan yg baru dikenang.Antara yang dilupakan ialah Dramatis dari muda hingga ketua Fauziah Nawi.Dunia ini penuh kepalsuan
    1. TK pd Yg DiPertua Negri P.Pinang kurniakan Darjah Datuk kp penggubah lagu teragung yg dilupakan Ooi Eow Jin.Tahniah!

42 comments:

  1. - Personally, I like the idea of Himpunan Red Shirt. It is a noble idea to show the superiority of Malay race.

    - Perhaps, the organizer should invite few outstanding Malay leaders to address the gathering to give it more meaning. Tun M, PM Najib, Imam Masjid Negara, Al-Bukhary Foundation to name a few.

    - Do not put all of them on same podium as it may create uneasiness and defeat the whole purpose, but at different time and locations during the 12 hours journey.

    - Please allow vendors to sell drinks, foods etc to make it more lively.

    - At the tail-end of the perhimpunan, organise groups of volunteers (perhaps, pay them token sum) to collect empty bottles, cups, plastic and papers to enable DBKL to collect the bags.

    - Keep security to the minimal except for PM Najib.

    - Ensure PA sound system in right order.

    - Poco-poco and Gangnam-style would be fun.

    - We are Malays. We must show the world we know how to govern. Only then people know we have the moral right to rule.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Don't forget to invite Azeez Raheem tabung haji also. He's a superior Malay.

      Delete
    2. Dont forget Reezal Merican also. Ask him to tell the crowd how exactly our diplomats will spy on our citizens overseas. Now our citizens, students or business people, will not want to have anything to do with the the people from embassy anymore. If you want to spy, do quietly lah , you dont announce. Dungu betul.

      Delete
    3. Am not agree....this rally is ridiculous and with no purpose. Cant see the need for such rally to be held....lepas ni kalau Hindra plak nak buat rally untuk kaum India, jangan plak ada yg bising ya....we are Malaysian....

      Delete
    4. singapore kecil bolehlah. rakyat singapore pernah check account bank pm dia ke? kat sini banyak sangat orang nak kuasa dan gunakan pelbagai cara jatuhkan lawan. singapo melayu nothing. tak layak jadi pm sebab takut. sampai tak berani cakap atas sebab apa pm mereka kaya.

      Delete
    5. Easily to win the election because the country was own by him and the system was controlling the votes... the modern world will benefit lge because their racist nation was work effectively monitoring and control other races to votes them ...orelse will be like jeyaratnam.

      Delete
  2. situasi politik singapura dan malaysia adalah berbeza, komposisi kaum memainkan peranan besar kedua dua negara...kita lihat pru13 lalu hampir 98% cina mengundi DAP pakatan rakyat biarpun selama ini kerajaan BN menjaga mereka lebih baik apa yg kaum bumiputera tidak rasai dan negara aman bagi kaum cina untuk berniaga, kita orang2 melayu hanya mahukan najib undur tapi bukan bermaksud hendak meruntuhkan kerajaan BN, kita orang melayu kenalah pandai berpolitik jangan sampai kita hilang kuasa ditangan orang kafir...kelemahan orang melayu ini adalah kelembutan hatinya disebabkan ini bangsa lain mengambil kesempatan untuk mengambil dan mengawal hak2 orang melayu di bumi melayu sendiri. saya mohon pada tan sri agar berikan sokongan padu buat bangsa kita sendiri biarpun kita ada selisih pendapat, kita yakin masa juga akan mengrungkainya...demi masa depan generasi bangsa agama kita, sekaranglah kita bermula untuk mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya percaya tiada orang yang nak ambil kesempatan kepada kaum kaum lain, semua orang hidup sejahtera saja. kalau betul betul nak bezakan kau melayu kau cina kau india, sampai bila kita nak focus majukan negara? masalah sekarang adalah kita terlalu syok sendiri nak mainkan isu kaum kaum macam ini, tetapi tiada orang nak peduli sama ada negara ada berkembang tidak, asyik nak tunjukkan kuasa kepada kaum lain, padahal apa faedahnya kalau kaum kaum tertentu yang kuat dan berkuasa? ringgit terus jatuh, rakyat terus tiada kerja yang selesa, harga barang tetap tinggi. sejak bila kita boleh betul betul 1malaysia dan focus kepada isu global dan majukan negara?

      Delete
    2. apa masalahnya 93% cina undi dap? katalah 100% cina full swing undi selain dap yg menang tetap cina dari mca. so apa kaitan kita org melayu? atau kita dah anggap mca da jadi melayu?

      Delete
  3. Harap ada Live PERHIMPUNAN MERAH dalam TV1,2,3 dan Astro kalau boleh. Mesti ada gambar pakai drone dari atas.

    Kita hendak lihat jutaan penyokong baju merah dari atas, baru nampak hebat. Boleh juga tangkap gambar kalau ada orang baju merah bawa anak-anak.

    Kalau setakat ambil kamera dari sudut angle-angle tertentu mana boleh pakai.

    Kemudian pihak media tolong interview tuan punya kedai dana sini, ada tak biznes mereka jatuh kerana ada perhimpunan. Ada tak tuan punya kedai semua takut nak tutup kedai. Ada tak pelancong lari gara-gara perhimpunan merah???

    Rakyat Malaysia tidak bodoh sekarang. Jangan nanti 500 ribu kata 20 ribu. Yang 2 ribu kata 2 juta pulak......

    Nak dengar Najib ada tak tak kata pada peserta perhimpunan merah ini "se ekor se ekor" atau "wira-wira ku" ataupun apa sahaja bentuk perhimpunan ini bukan budaya Malaysia.

    Najib kata "perhimpunan Bersih" haram perhimpunan Merah "halalkah?", debat bukan budaya kita ........ jadi apa yang pertandingan debat di sekolah-sekolah atau universiti itu bukan debatkah??

    Pihak polis boleh pantau nanti check takut-takut ada baju merah pijak gambar pemimpin politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lah Budaya pilih kasih. dulu masa bersih xda pulak nk suruh itu.. suruh ini. Tapi time baju merah.. semua salah.. kenapa x suruh perhimpunan BERSIH hari tu buat benda yg sama.. sbb 'kenapa' dia tak 'sound' perhimpunan bersih hari tu.. sbb dia ni penyokong bersih.. kan.. kan.. kan

      Delete
    2. Aku sokong himpunan baju merah di KL ni.
      Jangan lupa datang ramai2, pakai baju merah dan bawa sepanduk UNDURLAH NAJIB.
      Nak tengok jugak merah tu naik ke muka tak?

      Delete
    3. Perhimpunan baju merah akan mendapat sambutan hangat ,kalau tujuanya bukan menzahirkan sokongan kapada Najib .

      Orang Melayu menjadi tawar hati ,apabila mengatahwi motif sebenar perhimpunan ini hanya ingin menzahirkan sokongan kapada Najib.

      Dimana letaknya maruah Melayu .

      Delete
  4. Apa pasal kalau nak buktikan kita Melayu, kita kena serta perhimpunan merah. Mengapa tetiba kita kena buktikan kemelayuan kita. Siapa yang dah kacau orang Melayu.

    Saya ingat untuk bersetia bukan begini caranya. Bersetia ini perlu dikaitkan dengan beramanah. Kalau daripada atas, cuba dibuat penilaian adakah pimimpin kita dah buat kerja dengan baik, terutama dari segi sosial, ekonomi dan sekitaran. Contohnya segi ekonomi, memang betul PM ada kata, dalam suasana sekarang kalau kita ada masalah ekonomi negara lain juga sama juga. Tapi kalau kita lihat secara perbandingan rezab kita susut 40% dan ringgit susut 30% dibandingkan tahun lepas .. banyak tu .. negara Asean lain susut jugak tapi dalam anggaran 3-5% saja .. jadi sebab apa jadi seteruk begini. Saya tak perlu huraikan sebabnya .. dah bosan rasanya.

    Berbalik cerita baju merah tadi .. apa kaitanya dalam suasana sekarang dengan Melayu .. kalau pun Chedet muncul .. maka beliau pun akan mengulangi persoalan yang sama. Beranikah Najib bertembung dengan Chedet .. atau perhimpunan baju merah ni acah-acah je .. macam orang-orang ngalau burung .. kita tengok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa masalah sekarang...?? Melayu takde rasanya takde masalah, kaum Cina dan India ok jer....yg masalah besar sekarang ni adalah perangai hodoh pemimpin Melayu yg diketuai Najib.....so why do we need this Merah rally? Motip...?

      Delete
  5. sejarah berulang kembali ingat kata2 saya zam dalam atikal saya dulu
    onn janfar lupa pejuang umno dia disingkir dari umno, walaupun dia salah seorang pengasas utama umno itu....
    tun hussei onn menyokong ku li lawan sama DR mahathir dia kecewakan, tun mahahir cuba pergunakan muhyiddin dia dikecewakan taktik sama tapi gagal, sebab mahuyiddin tahu apa sejarah umno. dia tak nak perguankan oleh siapa saja. sebab itu berdiam diri undi tak percaya dia dibuat walau benda itu tak salah undang2 malaysia.

    tun mahathir tak belajar sejarah hidup dia dia tetap ulang kesilapan sama yg di lakukan oleh pemimpim umno saya sebut itu

    jawapan mudah je macai2 tak terima nya
    1)jangan cuba beza2 cara dulu dan sekarang
    2pandang kehadapan
    3)cipta kejaya baru
    4)ingat sejarah supaya kita rosak

    jika ketiga2 perkara ini kita lupa maka rosak malaysia ini

    ReplyDelete
  6. ada soalan aku tanya pada zam ..
    1)barapa sewa khemah ada peralatan dan audio itu untuk berkempin..

    2)berapa wang dibayar siaran iklan tv parti di siangpore itu..

    3)berapa wang dibayar siaran ikalan media baru...

    4)berapa wang siaran TV secara lansung mereka berdebat itu...

    5)berapa wang di belanja beli bendera dan baju peraih undi, walau pun dekat singapore itu tak ada postar...

    6)berapa cyber army dibayar untuk setiap parti politik

    7)pengangkutan untuk peraih undi dibayar ke walau kawasan kecil je...

    8)kawasan setiap penundi kecil singapore je cuba zam ambil samakan bahagi pulau "di pulau pinang dengan singapore itu itu boleh jadikan contoh berapa juta mereka belanjakan tak termasuk postar itu hanya termasuk bendera dan pakaian.

    8)berapa progaram parti bersama rakyat di buat di singapore berapa belanja mereka keluarkan tak kira progaram derma darah,progarma kesihatan ke,progaram, makan bersama rakyat ke

    zam boleh samakan kempin bn di perlis,bahagi pulau di pulau pinang dengan
    mungkin zam pakar politik dan ahli veteran umno boleh jawabnya baleh bercerita dengan saya ini sebab saya tak berapa pakar pasal politik ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Campur semua sekali tidak sampai RM2.6 Billion

      Delete
    2. ha.ha.ha jawapan saya minta-minta amat kecewakan saya ini sebagai peranasis potltik di malaysia ini
      saya baru menulis pemikiran dan perbezaan dr mahathir dan tun mahathir
      saya baca pemikiran dulu sebelum, selepas,kini dan selamanya

      Delete
    3. Mungkin pengunjung blog ini boleh banding kempin pap di singapore dengan kempin bn perlis atau pulau pinang dibahagian pulau tak termasuk belanja gumdam style dan postar parti politik itu ,kita tengok mana lagi mahal, saya hanya minta pendapat je bukan berdebat

      Delete
  7. zam boleh saya tanya kenapa tun m pakai songkok jenama copy paste je dan songkok zaman p.ramlee tinggi je

    ReplyDelete
  8. Alaa...rosak apa dah jahanam jadi tahi dah.

    ReplyDelete
  9. baju kuning hari tu ramai cina yang datang pasal kat kl memang ramai cina. tak dengar dan baca pulak blogger tulis pasal bas yang angkut peserta bersih pi kl. kalu angkut ahli pas dulu ada la. angkut ahli umno ada juga pi majlis pm. ni nak pi kl sertai perhimpunan baju merah, harap kat pas juga untuk bersolidiriti. himpunan baju merah ni nak sokong sapa ek? kalu lihat permainan pemimpin cina, memang nak juga sokong perhimpunan baju merah ni. agar pemimpin cina tak main isu yang rasis dan agama. bahaya kalu main isu ni. tapi kalu nak lihat sokongan ini sebagai tanda sokongan kepada ahjibgor, rasanya tak payahla. nanti ada yang perasan dan tido lena.

    ReplyDelete
  10. Betulkah cara begini untuk memenangi hati dan minda rakyat . Tan Sri sebagai bekas wartawan kanan tentu cukup arif dengan perang saraf. Cara begini kah pendekatan gerak saraf perang saraf yang efektif . Saya bimbang ia akan jadi counter productive kepada kempen projek imej najib .

    ReplyDelete
  11. Udah gile belaka. Mana dia melayu penyatu. Tonjol kan diri. Sape sape le weh. Dap cina dah udah kedepan. Ade pulak melayu yang sokong. Ngape gamak melayu jadi gitu. Sunat tak putus agaknya. Ngape ngape melayu jadi gini ........to long to long to long

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah kerja komunis alaf baru.... menanam perasaan benci dan menghasut pemikran orng kita... berkelahi sesama sendiri... pas pkr dilagakan... najib tun juga.... sedangkan mereka jelas bersatu pd pru13 dan bersih4....

      Delete
  12. Kita hanya boleh cakap dengan perasaan marah,tunjuk kekuatan dengan persatuan silat,baju merah pandai karate dan kemudian berpindah-pindah tempat dari Bukit Bintang ke Padang Merbuk. Inipun pengundura yang menjatuhkan maruah Melayu. Itulah akibat langkah ikut emosi.ikut emosi pak pandir moden

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan abang Zam.

      Betullah kata Datuk Seri Mohd Najib yang sesiapa Melayu yang tinggalkan UMNO, maka "bangsat"lah Melayu itu. Asal UMNO original itu memanglah bagus untuk masa depan orang Melayu.

      Tapi ..........kalau yang pimpin UMNO itu ada ciri "bangsat", maka sudah tentu yang ikut atau sokong dia pun sama-sama "bangsat'"lah.

      Lihatlah betapa maharaja lawaknya kita terlompat-lompat silat niat ingseng mata aji na li seng, bak kapunten....(bak kata pelawak S.Shamsuddin).





      Delete
  13. Betul tu ZAM. Ikut emosi, mati. Ikut rasa, binasa. Ikut hendak, terhentak. Melayu sekarang bukan macam Melayu dahulu kala, Sikit, sikit mengamuk. Melayu sekarang tinggi pelajaran dan jati diri. Melayu sekarang lawan cara professional, berhemah dan beradab. Itu membezakan Melayu dengan bukan Melayu.

    ReplyDelete
  14. Apa kata baju merah demo kat kedutaan indon? Tiap tiap tahun kita hisap jerebu indon. Apa pemimpin kita buat? Ada bawa pi UN? Asyik bagi nasihat, jangan keluar rumah, pakai mask, jumpa doktor kalau batuk...alahai, nasihat macam tu pemimpin tahap ahmad maslan pun boleh bagi.Dah bising soal justo dan dap jejas keselamatan negara, tapi yang jerebu jejas kesihatan negara, buat tak tau pulak. Piiirah.

    ReplyDelete
  15. - Orang Melayu kita memang kuat.

    - Ahli ahli silat kita pecah kan simen dan batu dengan kepala. Menangis Cina tak dapat jual mesin Hitachi yang pecah simen dan batu. Padan muka Cina.

    - Orang Melayu kalau marah, bukan main main. Suatu masa yang lampau seorang Melayu gaduh dengan apik Cina dekat pasar di Kota Melaka, kalau tak silap masa zaman Hang Tuah, kurang lebih la tu, tapi bukan pasal handphone. Melayu tu buka silat dan cabut keris, biasa la. Apik Cina cabut lari. Melayu tu kejar dia, lalu bunuh siapa saja dekat pasar. Bila kena tangkap, dia kata dia marah dengan si "Ah Mok" sebab tipu dia. Dari saat tu bila orang yang terlalu marah dengan mem"khinzir" buta, kita panggil dia meng"amuk" or "amuck/amok" in English. Itu lah saja yang kita dapat contribute pada bahasa Inggeris, itu pun pasal Cina juga.

    - Biar la Melayu tunjuk kuat di Bukit Bintang. Biar la Melayu tunjuk kuat di jalan jalan raya. Cina pakai baju kuning, Melayu pakai baju merah. Cina tunjuk kuat, Melayu pun mesti tunjuk kuat. Tapi sejak bila pula warna merah ni symbol warna orang kita Melayu? Tapi itu lain cerita la, janji kita ramai ramai pakai baju..merah pun, merah la.

    ReplyDelete
  16. Datuk,hentikanlah hangpa panggil dia pahlawan bugislah,Melayu bugis yang terkenal berani..
    Karena ia meloyakan tekak golongan marhaen bugis yg sememangnya berani.
    Harap lahir dalam golongan berada tidak boleh masuk bakul sampah angkat sendiri memanggil diri sendiri pahlawan bugis.Sekali lagi meloyakan...Depa ni nobody kalu tidak lahir sebagai anak orang kebanyakkan dan tidak akan dapat jalan yang terlalu mudah untuk sampai ketahap sekarang.Boleh dikatakan semua tersedia atau di bagi laluan mudah
    . Real bugis naik dengan inisiatif sendiri tanpa perlu ada kaki kipas,kaki ampu sekeliling atau yang disediakan karpet merah sejak zaman belia lagi.Dan yang terakhir gaya Pahlawan bugis kalu tendang bola tidak seperti gambar yang biasa media wawarkan.Hentikanlah...

    ReplyDelete
  17. Kita sentiasa bersangka buruk dgn Singapore kerna Cina yg lebih menonjol di sana.. namun bukanlah sesuatu yg pelik kerna Cina adalah majoriti... sesuatu yg tidak boleh dinafikan Singapore adalah antara yg terbaik dalam pengurusan negara yg x de sumber bumi tu... rasuah yg rendah dan integiriti yg tinggi yg masih kurang di Malaysia... saya rasa sentimen bangsa jarang dimainkan di sana... tak keterlaluan kalau saya kata kehidupan melayu di sana juga baik cuma golongan artis melayu shj yg susah sikit sbb pasaran yg terhad sehingga terpaksa mencuba nasib di Malaysia... byk perkara yg boleh kita contohi dr Singapore... wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekayaan dia diagihkan sebesa langkawi... seramai warga kl... x perlu pikir memartabatkan agama.., selagi bole untung jalan... kita nak berurusan dengn yahudi dan perniagaan x halal x bleh... dana tabung hj.. kwsp.. asb... khazanah.. dll... ada dasar2 nya yg x diamalkan dinegara2 maju... kali nak compare.. compare dengn negara2 islam lain...

      Delete
    2. Sebolehnya kita jgn jadi LURUS BENDUL sgt... yg dimaksudkan mencontohi Singapore tu adalah pada perkara2 yg bagus la... pentadbiran yg cekap, rasuah yg rendah, prihatin dgn nasib rakyat, tegas dgn kebersihan... semua tu kan selari dgn ISLAM... ada sesetengah tempat ku lihat MUSLIM tanpa ISLAM... dan ada sesetengah tempat ku lihat ISLAM tanpa MUSLIM... tanpa mentaliti kita lebih mementingkan SIMBOL dr ISI... apa2 yg ada bunyi arabik atau lambang arabik terus dikaitkan dgn ISLAM... sdgkan ISLAM tu rahmat seluruh alam... wallahualam

      Delete
    3. Benarnya tinjauanmu saudara Abu,
      Singapore terus maju berbanding Malaysia - pada pandanganku - atas 2 perkara printing: (1) perpaduan sistem pendidikan mereka satu aliran nasional (2) tegas dalam menafikan dan menolak retorik radikal agama semacam gerakan islamist al-Qaedah dan ISIS.

      Delete
    4. Sedari kecil mmg telah ditanam dlm minda bhw Lee Kuan Yew sbg watak yg jahat... tp bila dh dewasa semakin berubah pendirian aku pd LKY... mmg betul LKY tak setuju dgn hak keistimewaan melayu sbb itu semua akan menjahanamkan melayu sbb MANJA & x mampu berdikari... tetapi LKY tak bermaksud hapuskan sekaligus cuma secara berperingkat... beliau seorang yg berpandangan jauh... lihat shj kat malaysia, ramai yg menggunakan hak keistimewaan melayu utk mengaut keuntungan politik dan duit... melayu singapore lebih berdikari namun mmg lah x kelihatan sgt sbb melayu adalah minoriti di singapore....wallahualm

      Delete
  18. mungkin zam boleh jawab kenapa 30% ekonomi bumiputera gagal ,Mahu kah syrarikat besar melayu menbantu bumiputera aka tin kosong kroni hanya kaya apek je , sila bagi data syarikat melayu tersebut bantu bumiputera, syarikat melayu mahu mendapatkan projek pada kerajaaan bila kaya tak nak bantu bumiputera ,bila bankrap salahkan kerajaan sebab tak tahu berdikari. Sikap tak nak tolong menolong sesama bumiputera menyebabkan dasar 30%ekonomi bumiputera gagal, saya ingat lagi ketika dr mahathir mahu meletak jawatan ketika perhimpunan umno terakhir sebelum pm meletakan jawatan dulu beliau telah menagis dan sedih beliau gagal dalam dasar 30%ekonomi bumiputera asas perjuang dr mahathir bina telah telah gagal ramai ahli tak memahami nya mt sendiri menyuruh dr mahathir meletak jawatan di sebab asas perjuanganya telah gagal 30%ekonomi bumiputera gagal capai setelah di bagi peluang 22tahun , walau zam tak bersetuju tulisan saya ini , saya melihat najib perlu menbetulkan kesilapan beliau.. jika beliau gagal maka gagal pejuangan di buat oleh tun razak, tun mahatir, tun pak lan dan najib maka gagal perjuang mereka berempat, . Bagi umno tetap jadi pilihan orang melayu disebabkan perjuang orang melayu ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya era tun.. beliau melahirkan ramai koporat bumi... secara x lansung ramai anak muda mendapt peluang pekerjaan dan jawatan baik yg tidak mudah diperolehi dari kompeni non bumi...
      Malang sekali di zaman najib ni... bumi sudah ramai yg senang.., kalo tidak pon bertuah menjadi anak2 orng senang... mereka tidak tahu jasa MARA, Felda, ATM PDRM Bomba yg menaikkan taraf hidup terutam orng pedalaman kelantan kedah sabah... bagaimana jabtn2 kerajaan dikembangkan utk mewujudkan pekerjaan kepafa bumi... betapa menafaatnya UTC... kita bole rasa golongan pertengahan dikalangan bumi semakin besar... tamadun cara pemikir sesuatu suku bangsa bukan bleh berlaku dlam sekelip mata... tamadun cina arab kulit putih sudah bermula sejak bila... sedangkan orng melayu bila... tapi kebelakangan apa yg umno perjuangkan selama ni semakin hancur... hanya kerana hasutan dan persepsi buruk yg dimainkan ahli2 politik dan kuasa luar... yg melihat malaysia sesuai utk pembesaran singapura...

      Delete
    2. Mahathir melahirkan jutawan bumiputera mee segera tak mampu bertahan lihat je kes celcom dulu mampu beli mas akhirnya kedua2 syarikat dijual balik pada kerajaan, cuma seorang berjaya dan anak sendiri berjaya yg lain semua gagal macam mana dasar 30% ekonomi bumiputera nak berjaya. ... di makan sekejap kenyang lepas 1jam lapa balik, anda faham kan maksud saya ini

      Delete
    3. Pemimpin satu hal la. Kalau mereka dah cuba sedaya upaya dan kita nampak mereka dah cuba tetapi tak berjaya juga, agak-agaknya apa yg silap? Contoh Tun M.....sampai menangis dia cuba tapi masih gagal. Pak lah....sampai tertidor. Najib, dia cuba ke tak?

      Soalnya, apa sebenarnya yg tak betul? Dah bagi, orang melayu ambil, jadi kaya, mewah tak ingat dunia. Datang masaalah ekonomi, mereka pun sama belayar. Kenapa? So, selagi orang melayu tak ubah sikap tamak, boros, dengki, malas nak dalami ilmu... payahlah nak capai apa pun.

      Sepatutnya by now dah tak payah lagi guna hak istimewa (walaupun kekal sebab ia adalah hak) untuk berjaya. Orang lain buleh berjaya against all odds. Whats wrong with us Melayu???

      Kegagalan Tun M yg nyata adalah dia tak pandai pilih orang. Pilih DPM, habis hancur semuanya. Pilih PM, tengoklah apa yg terjadi sekarang. Pilih usahawan Melayu untuk berjaya terus-terusan dan tolong Melayu lain, tak nampak hasilnya pun. (Tapi yg bangsa lain Ok pulak ya). Agaknya thats just Tun M. He has the M touch but not the midas touch when applied to other Melayu....entahlah!

      Delete
  19. Boleh share dengan pembaca sekelian.

    Rujuk YouTueb apa kata orang UMNO sendiri :

    https://www.youtube.com/watch?v=2zgsqIS6GxA

    ReplyDelete