Wednesday, 16 September 2015

PERDANA MENTERI MESTI BERANI KEMBALIKAN ISA ATAS TUNTUTAN LEBIH 200,000 ORANG

 PELUANG TERAKHIR KEPADA NAJIB

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib mestilah mempunyai keazaman politik yang kuat  dan keberanian untuk mengembalikan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atas tuntutan lebih 200,000 Perhimpunan Rakyat Bersatu  yang terdiri dari  orang Melayu di Ibu Negara hari ini.

Sekalipun ini merupakan suatu keputusan yang disenaraikan sebagai yang terakhir dari 15 keputusan  perhimpunan itu tetapi sebenarnya inilah pekara pokok yang membawa kepada  Melayu dihina dan  Islam dipijak di negara ini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib.

Beliau telah membuat keputusan menghapuskan ISA ini secara sendirian dengan  harapan mendapat sokongan   bukan Melayu dan juga di kalangan antarabangsa tetapi beliau ditampar dengan Tsunami Cina dan plot antarabangsa untuk menjatuhkannya.

Sejak itu banyak hak dan prinsip Perlembagaan Persekutuan mengenai kesucian agama Islam telah dicabar menerusi mahkamah satu demi satu disamping berbagai provokasi terhadap orang Melayu.

Akhbar The Star menjuarai isu-isu yang bersifat sensitif  terhadap Islam termasuk menghina orang Islam kerana tidak bersahabat dengan anjing,menuduh Sekolah Kebangsaan meletakan kentin di tepi tandas kepada murid bukan Melayu di bulan puasa dan sebagainya.

Malah akhbar ini menggunakan sokongan JPM untuk mempromosikan dasar liberalisme di bawah kempen " Moderation" dengan menggunakan liberalis Melayu untuk memperkecilkan nasionalisme Perlembagaan Persekutuan sebagai fahaman Melayu yang sempit.

JPM tidak pernah membuat teguran secara terbuka dalam hal ini kerana Najib takut tidak popular di kalangan bukan Melayu malah beliau tidak berani untuk mengulangi Tsunami Cina yang terucap olehnya selepas kalah teruk Pilihanraya 2013.

Tidak dapat dinapikan bahawa slogan-slogan dalam Himpunan Rakyat Bersatu hari ini adalah lebih dahsyat dari ucapan Tsunami Cina yang takut untuk diulangi oleh Najib dan orang pun tahu bahawa Najib juga berada di belakang himpunan ini.

Maka itu tuntutan lebih 200,000 Perhimpunan Rakyat Bersatu sempena Hari Malaysia supaya dikembalikan ISA adalah sewajarnya dipatuhi oleh Perdana Menteri demi untuk menebus nama baiknya dan untuk  mengembalikan perasaan ketenteraman dan keyakinan  di kalangan rakyat terhadap kepimpinan Melayu Islam negara ini.

Rakyat  tidak akan membuat keputusan itu  jika rakyat yakin kepada POTA. Mereka melihatnya sebagai AUTA Najib kepada mereka setelah membuat kesilapan dan dosa besar  kepada negara menghapuskan  ISA. POTA tidak mempunyai aura  seperti ISA yang banyak memberikan sumbangan kepada kemantapan dan keselamatan negara.

Tidak dapat dinapikan bahawa  beberapa keputusan yang dibuat oleh himpunan hari ini  juga untuk menyelamatkan  Datuk Seri Najib dari dijatuhkan lebih dahulu dari tempoh yang ditetapkan.

Apapun bergantung kepada samada beliau sanggup mengembalikan  ISA untuk dilaksanakan secara tegas dan bukan dengan sikap  flip flopnya atau  untuk menyalahgunakannya bagi kepentingan peribadi.

Perhimpunan lebih 200,000 orang ini tidak mungkin berlaku jika rakyat tidak benar -benar berhasrat untuk menyampaikan mesej keras  dan memberi peluang terakhir kepada Datuk Seri Najib.


70 comments:

  1. PM kata dia Hepi Hepi di Sabah. Nampaknya PM cukup Hepi pada 16 September 2015. Dia seperti dapat nyawa baru

    ReplyDelete
  2. Selepas himpunan baju merah maka confirm selangor akan terus dibawah pkr, dap. Penang terus kuasa dap sehingga kiamat.
    Melayu bodoh terus pegang serambi mekah.
    Hidup melayu.
    Hidup umno.
    Hidup jibby i luv u..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engkau bukan Tuhan yg nak mengconfirmkan kuasa ditangan sesiapa tau smpai bila.

      hanya yg x ada iman suka mengata org bodoh dan cakap perkara mengarut

      Delete
    2. Pm kata dia mau ahli umno kurang cerdik tapi setia. Bukan yang cerdik tapi tak setia. Kurang cerdik tu bxdxh lah.

      Delete
    3. Kalau nak berparti kena setia lah setelah pemimpin dipilih.

      Delete
    4. Tak perlu setia jika pemimpin dipilih menang secara rasuah..

      Delete
    5. Betul..setia mbuta tuli hingga tk mampu berfikir memilih antara hitam dn putih.
      Antara hak dn batil.
      Benar dn tipu.

      Delete
  3. itu yg kami penyokong harapkan...kepimpinan najib harus lebih berani...tidak terhegeh hegeh dgn bangsa lain...disaat najib diserang dan goyah, akhirnya orang2 melayu juga yg pertahankan beliau...najib harus berpijak dibumi yg nyata...ISA harus dikembalikan dan melaksanakannya dgn berani dan tega

    ReplyDelete
  4. Mesej apa pong dihantar pd pm ia tak akan sampai. Dia tak akan reti dn faham. Tunggu pru 14 sajalah. Tak lama dah. Tapi pm dn mat maslan kata pru lambat lagi. Bukan esok bukan lusa. Biarkan si luncai terjun dengan labu2 nya....biarkan2

    ReplyDelete
  5. Tidak mungkin dapat dinapikan oleh pihak pembangkang sendiri bahawa himpunan lebih 200,000 orang Melayu di Kuala Lumpur untuk Himpunan Rakyat Bersatu tidak dijangkakan oleh mereka sendiri.
    Tidaklah usah menunjukan gambar yang hendak memperkecilkan yang ramai itu. Bukan pembangkang sahaja yang cerdik,orang lain pun tahu yang mana bohong dan yang mana benar.

    ReplyDelete
  6. Tidak mungkin dapat dinapikan oleh pihak pembangkang sendiri bahawa himpunan lebih 200,000 orang Melayu di Kuala Lumpur untuk Himpunan Rakyat Bersatu tidak dijangkakan oleh mereka sendiri.
    Tidaklah usah menunjukan gambar yang hendak memperkecilkan yang ramai itu. Bukan pembangkang sahaja yang cerdik,orang lain pun tahu yang mana bohong dan yang mana benar.

    ReplyDelete
  7. Syabas kepada penganjur Hmpunan Rakayt Bersatu. Semuga kita terus bersatu selepas perhimpunan ini dan dengan perpaduan ini juga kita boleh gulingkan Najib jika dia masih berdegil hendak jadikan negara ini sebuah negara liberal

    ReplyDelete
  8. Bravo kpd Perhimpunan Melayu Bersatu. Kita tengok apa tindakan dr kerajaan untuk orang melayu.

    ReplyDelete
  9. Zaman TDM memerintah tak ada demokrasi, sebab itu orang main belakang kena tangkap.Tetapi zaman TA&DSN memang demokrasi, londeh seluar untuk orang main belakang.US sangat sanjung dengan Malaysia kini.Itulah yang kita mahu.

    ReplyDelete
  10. Semasa Bersih 4.0, berbagai tanggapan telah dibuat terutamanya melalui media massa arus perdana dan juga kritikan pemimpin tertinggi BN.

    Apa kata orang UMNO/BN bermula dari abang Najib sehingga geng-gengnya tentang Bersih 4.0 :

    Bersih 4.0 adalah :

    1. Haram
    2. Hanya orang Cina dan terutamanya DAP yang menguasai
    3. Akan ada huru hara di bandar
    4. Kedai semua akan ditutup, bisnes umat Melayu akan lingkup rugi besar
    5. Malaysia akan dapat malu di mata dunia dan pelancong akan lari
    6. Betulkah semua di atas itu? Ada kebenarankah?

    Tapi bagaimana pendapat orang UMNO atau Melayu diarah yang lain? Mahathir? Muhyddin Yassin? Sultan?

    Apa sebab? Yang Baju Merah hanya sokong Najib dan Kak Mah dan pakar GST.

    Perhimpunan Baju Merah....adakah :

    1. Ikut cakap polis / FRU ketika hendak beria-ia hendak masuk kawasan Petaling Street? Sedangkan padang merbok sudah dihalalkan, kenapa melencong dan terhegeh-hegeh ke Petaling Street? Adakah perhimpunan ini hanya hendak menghentam orang Cina, bisnes Cina atau asal Cina semuanya DAP. Bagaimana Cina MCA? Adakah Cina MCA (BN) tidak terasa dengan bangsa mereka senantiasa di"babikan"?

    Kalau tidak ikut cakap polis adakah mereka ini pengkhianat negara?

    2. Kalau baling kon untuk melempar terhadap pihak FRU tapi terkena peserta baju merah sendiri.... adakah ini dikatakan sifat atau maruah orang Melayu? Mungkin ini hanya segelintir peserta yang tidak ikut arahan ketua, tapi adakah ianya menggambarkan keseluruhan baju Merah? Kalau segelintir perserta Bersih 4.0 buat kacau adakah ianya menggambarkan keseluruhan Bersih 4.0?

    3. Bagaimana pendapat MCA dan MIC tentang Baju Merah?

    4. Apakah perhimpunan baju merah ini betul-betul boleh menyelamatkan diri Najib yang diselaputi pelbagai isu atau ianya berkesan dalam menangani krisis ekonomi?

    5. Adakah hanya orang Melayu sahaja yang mampu menyelesaikan isu ekonomi, politik, isu nilai matawang negara dan lain-lain? Siapa yang rasuah? Siapa yang korup? Siapa yang lucutkan jawatan orang lain? Siapa yang pindah orang dari satu jawatan ke satu jawatan yang lain? Siapa yang mengganggu urusan agensi kerajaan yang hendak buat kerja untuk rakyat? Satu dunia sudah tahu.

    Rakyat Malaysia sendiri dari pelbagai kaum bolehlah menilai apakah permintaan Bersih 4.0 dan apakah permintaan Baju Merah boleh membawa Malaysia ke arah negara maju.

    Kalau orang Melayu hendak berjaya, buangkanlah elemen-elemen membangsatkan orang, mengharamjadah orang, mengasah parang, mengetuk kepala orang dan lain-lain sifat macam orang zaman batu yang sifat liar dan sudah lari dari Quran dan ajaran Nabi Muhammad.

    ReplyDelete
  11. WOOOI Haramjaddah Celaka Babi punya Mamak Sial Celaka ...

    Sebelom nie apa kau kata wahai Celaka ..

    Itu lah sial kau makan duit haram banyak sangat.

    ReplyDelete
  12. Bagaimana Najib nak bawak usul ni di parlimen?
    Setelah mereka sendiri yg memansuhkan akta ini, kemudian mereka pula yg nak hidupkan balik.
    Bagi saya itu sesuatu yg pelik, hairan bin ajaib.
    Apa alasan atau cadangan yang betul2 kuat utk menyokong usul dikembalikan ISA ini?

    Pada saya, kedua2 himpunan baju kuning dan baju merah telah betul2 meletakkan negara di hujung jalan mati.

    DAP dan sekutunya hanya menunggu peluang utk meletupkan peluru berpandu nuklear ke atas BN di PRU, jika usul ISA ini dikemukakan di parlimen.
    Kemenangan mereka di PRU nanti akan jadi kemenangan paling manis, bergaya dan total.

    Inilah akibat mempunyai pemimpin yg bodoh sombong seperti Najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika saya tidak silap PM tidak bawa usul ke Parlimen untuk hapuskan ISA dan diumumkan begitu sahaja. Saya tidak begitu ingat.Sila ingatkan saya semula tentang tariikhnya.

      Delete
    2. Seingat saya pun begitu Tan Sri. Ia tidak dibincangkan di peringkat parlimen , wallahualam.

      Delete
    3. TSZ
      Saya dah buat semakan tentang pemansuhan ISA di Wikipedia.

      Najib istihar ISA dimansuhkan bersama2 Akta Buang Negeri 1959, pada malam 15 September 2011.

      Tidak ada maklumat samada cadangan pemansuhan ini dibawa ke kabinet atau parlimen.

      Jika begini cara Najib tangani satu akta yg begitu penting, saya sikit pun tak terkejut apabila 1MDB menjadi satu kes sensasi.
      Begitu juga dgn isu derma 2.6b, nampaknya Najib mmg suk berlewah2, tidak bertanggungjawab dan langsung tidak memikirkan kesan sesuatu isu itu ke atas rakyat dan negara.

      Saya harap Tan Sri dapat menggunakan mata pena Tan Sri untuk membuat satu post BERKAITAN ISA DENGAN SIKAP NAJIB yg begitu semborono ttg sesuatu isu yg berkaitan dgn negara.

      Delete
    4. Terima Kasih atas keperihatinan dan kerajinan saudara. Jika tidak silap saya penghapusan ISA tidak perlu di bawa ke Parlimen maka itu saya mengesyorkan supaya dikembalikan semula kerana tidak akan menghadapi masalah kelulusan Parlimen.
      Setahun saya dan juga yang disuarakan sendiri kepada saya pegawai-pegawai tinggi polis dan persara-persara polis yang hebat dan pegawai tinggi tentera adalah tidak setuju dengan tindakan itu. Dia pakai ikut sedap hati dia sahaja nak cari populariti.

      Delete
    5. tak ada undang2 dibenarkan dan diluluskan di luar palimen jika tak akta ubah ,sebenar penhapusan isa telah bawah ke palimen tukar undang2 sosma kemudian mendapat sokongan ahli palimen baik pembangkang mahu kerajaan,kita ingat mula2 orang boleh terima undang2 sosma dengan baik tapi dap telah mengunakan kelemahan sosma itu, mungkin zam sudah lupa kot akta palimen malaysia ini,
      Sebab kami ingin kembalikan undang isa itu supaya hormati agama islam dan pelembagaan

      Zam keluarkan apa saya cakap ini

      Kembalikan isa itu

      Delete
  13. Permasalahan yang timbul berpunca dari pm ds najib sendiri. Cubaan meliberalkan melayu dengan jenama 1Malaysia merugikan bangsa melayu sendiri. Amat tidak bertepatan pm najib jenamakan semua perkara dengan jenama 1malaysia. tidakkah beliau terfikir bahawa orang malaysia mula meluat dengan sebutan 1malaysia. Tambahan pula sebutan 1malaysia = 1Israel. apakah mungkin suratan atau sememangnya kebetulan ataupun kerajaan malaysia ini ana yang punya?? Sikap ego ds najib mengatasi desakan orang melayu..Melayu Bersatu nak tengok keegoaan ds najib berkenaan ISA DIKEMBALIKAN. Apakah mungkin..perhimpunan merah tidak ubah seperti topeng penutup muka untuk menghindari habuk jalanan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tahu isreal guna one isreal semasa berkempin parti buruh menang besar dan Taktik sama cuba menjatuhkan parti buruh di isreal betul tak terima dana rasuah dari dana luar betul tak,saya ingat tun mahathir penah terima dana dari luar negara malah veteran pun tahu perkara itu ,anwar tak senang duduk gunakan segala peluang jatuh najib, anwar itu isreal sangup terima dana dari isreal, sebenar anda tak tahu 1malaysia bukan dari iseral pun, kita guna dah guna perkata itu dah lama cuma kita tak gunakan nya cuma zaman najib gunakan balik, contoh satu malaysia dah tahu anda penipu kami gunakan dulu masih kecil lagi, minta maaf kosong2 perkata iklan tv gunakan ia ambil masa saya kecil dulu selalu ucapkan, cuma malayu mudah lupa tak ingat perkata buat, sehati sejiwa perkata ambil dari utars malay

      Delete
    2. Sebutan 1malaysia = 1Israel. Siapa pula cakap 1malaysia dari Israel. Yang merepek sampai tun M dan anwar apa hal. Apa pun resolusi yang terakhir perkara 14 dari mulut dato anuar musa di perhimpunan melayu kelmarin adalah untuk kembalikan ISA. Itupun nasib tak tercicir sebab takut hilang jawatan pulak.. Melayu yang berhimpun tak akan lupa ISA tersebut dan kata kata penganjur pembodek najib tempoh hari.. harap jangan cakap tak serupa bikin bila diberi king nanti.

      Delete
  14. TSZ,
    Nampak nya TS dah angkat sauh dan ubah haluan perahu?

    ReplyDelete
  15. Jangan cepat buat konklusi. Fahamilah tulisan saya.

    ReplyDelete
  16. Orang2 yg pandai menulis selalu kita bolih andaikan mereka2 ini banyak membaca tetapi apa yg mereka baca kita tak tahu mungkin cerita penglipur lara atau cerita2 dongeng kerana cerita2 ini memerlukan tarikan seni tarikan untuk pembaca. Pada pandangan saya TS ZAM ini hanya baca cerita2 macam. Karya heavyweight dia ta baca sebabitu pandangannya cetek .Pernahkah dia menelidiki orang 2 melayu.Untuk pengetahuan TS orang 2 tidak ada menyumbang apa2 terhadap manusia sejagat dan kemaknusiaan .Checklah sendiri dari sekecil rekaan manusia iaitu "jarum" hinggalah kesecanggih rekean manusia 'satelit diangkasa,kapal terbang, heavy industrial products computer dan lain2 rekaan manusia TIDAK ADA SATU PUN YG DIREKA OLIH ORANG MELAYU.FIKIR2 LAH

    ReplyDelete
  17. Baguslah kalau Melayu boleh bersatu. Bolehlah lepas ni bersatu untuk buang Najib dan penyamun-perompak di sekeliling dia. Bagus kalau Melayu boleh tunjuk kepada dunia yang kita ni bangsa yang amar mahruf nahi mungkar. Bukan bangsa yang tutup sebelah mata terhadap kemungkaran, yang taat membabi buta terhadap pemimpin. Hidup Melayu!

    ReplyDelete
  18. ANGKA 200 RIBU KURANG TEPAT, 50 RIBU HINGGA 70 RIBU SAHAJA. Padang Merbok tidaklah sebesar mana keluasannya. Ia mungkin sama atau lebih besar sedikit daripada saiz sebuah padang bolasepak saja. Kawasan jajaran atau tepi padangnya juga tidak seberapa.

    ReplyDelete
  19. Demikianlah juga anggapan saya pada himpunan bersih tempoh hari,tak sampai pun 100,000 tetapi biarlah mereka seronok dan angka setengah juta tu yang menjadi cabaran dan semangat kepad penganjur Baju Merah. Sesiapapun boleh dakwa lebjh besar tetapi pokoknya kebenaran terletak pada pandangan di mana parti kita berdiri.Akhirnya masing-masing syok sendiri.

    ReplyDelete
  20. Apa kata ularmak? Kenapa membisu?

    ReplyDelete
  21. Saudara ZAM yang dihormati.

    Dalam dunia akademik statistik itu penting. Jangan sekali-kali seseorang akademik guna pakai statistik yang diubah suai dalam membuat penyelidikan. Ini merupakan jenayah akademik. Angka jika dimanipulasikan merupakan suatu jenayah akademik.

    Angka yang saudara beri di sini (200 000) sebenarnya tidak tepat. Perkara begini tidak harus berlalu dalam prefessional journalism. Malah dalam professional journalism laporan harus tepat, kecuali dalam kes journalism upahan.atau propaganda politik.

    Jumlah sebenar yang turun dalam rally semalam tidak sampai pun 30 000. Saya hairan kenapa saudara ZAM boleh menggunakan angka 200 000.

    Harap ini diperbetulkan "for professionalism sake". Terima kasih.

    Adam
    UM

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pandangan saya ,anda boleh kira berarak sogo, pwtc, majid negara semua jalah menghala ke padang merbo lagi satu cuba lihat luar kawasan padang merbo itu kita lihat berapa pekiraan nya,, serupa juga kalau kita tahu pandang dari udara baru kita tahu berapa ramai orang atau saudara bawa uav lihat nya, jika lihat bersih hanya tak sampai 100ribu atau jika lihat udara bersih hanya capai 50ribu je,lepaskan anwar tandatang hanya capai 2-3ribu je, kalau tandatang 1juta mesti kertas tandatangan bertimbung-timbung jika saudara percaya pada gambar adit memang tak tak percayai, saya percaya gambar bergerak, saya lihat youtube percaya 200ribu cakap kan

      Delete
    2. Saudara Zam,
      Seorang ahli akademik tidak akan menggunakan statistik berasaskan kepada blog sebaliknya akan mencarinya dari sumber yang sah.Hasratnya untuk menunjukan kepakaran ternyata mendedahkan kecetekannya dan ketidakkrediblitinya sebagai seorang ahli akademik.

      Delete
  22. 200 000 ? Ini angka yang salah. Entah apa tujuan blog ini menggunakan angka 200 000. Saya pun orang Umno. Saya hairan kenapa blog ini mahu sengaja memperbesarkan angka semacam ini. Bukankah ini suatu penipuan?

    ReplyDelete
  23. Saya ingin tahu apakah saudara percaya kepada angka 500,000 himpunan bersih?

    Angka 200 000 ribu itu bukan angka yang di berikan oleh saya tetapi berasaskan angka yang didakwa oleh pihak penganjur dan demikian juga saya pakai angka Bersih 500,000 berasaskan kepada dakwaan penganjurnya yang langung dipakai oleh semua media terutama Malaysiakini dan Malaysian Insider.
    Apakah angka akademik saudara? Dimanakah puncannya?saudara sendiri mengira atau berasaskan lapuran polis.,Sebahgian besar media adalah memakai angka rambang kecuali orang akademik seperti saudara yang mampu mengira satu demi satu.
    Dalam hal ini saya juga melihat ramai ahlli akademik yang menjadi penjenayah politik dengan berasaskan angka sentimen dimana mereka berdiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TSZ..saya tak tahu keluasan sebenar pdg burung tu..ttp saya berada di belakang kawasan pdg tu sebelahan drone camera pdrm. kalau di sumbat rapat semua yang berbaju merah tepi padang ke dalam padang itu..peserta masih boleh berlunjur relax. kehadiran mmg ramai ttp cukup sekadar sebuah sangkar merbuk saja. cina berarak ditgh pekan..melayu berarak masuk ke dalam hutan.. mungkin penganjur ingat orang melayu luar KL masih main burung merbok kott.. akai ada ttp tak boleh pakai.. otak pembodek semuanya..

      Delete
  24. Aku setuju kembalikan isa itu supaya ajar apek dap apa itu demokasi..

    kata tidak Negarawan bodoh tun m itu hanya tahu lindungi kroni apek dia jadi kaya raya Sebab itu dasar 30%ekonomi bumiputera gagal, kalah betul dia negarawan dia dah lama berjaya dasar 30% ekonomi bumiputera itu ,ini perjuang asas pun tun m tak berjaya nak cakap pasal melayu mudah lupa, dia mudah lupa perbuatan dia meperkayakan apek itu

    ReplyDelete
  25. Kenapa masa saya gunakan angka 500,000 untuk himpunan Bersih tidak dipersoalkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang Zam,

      Betul kata anda.

      Cuma saya fikir banyak sedikitnya peserta perhimpunan adalah sangat relatif sifatnya. Memang statistik itu penting. Tapi ini bukan stadium bolasepak England dimana statistik penonton berdasarkan sistem komputer yang canggih dan tepat. Bukan semua 28 juta rakyat Malaysia sanggup ke bandar KL untuk tujuan itu.

      Baik. Kita lihat dari pelbagai aspek tujuan perhimpunan itu.

      1. Bersih 4.0 adakah inginkan sistem politik yang telus dan demokrasi tulen? Lihat objektif tertulis Bersih 4.0. Baca betu-betul.

      2. Adakah Bersih 4.0 hanya tujuan kaum Cina rakyat Malaysia untuk merampas Malaysia dari orang Melayu?? Cina DAP?? Bagaimana Cina MCA dan Gerakan? Bagaimana kaum Dayak, Kadazan, India, Sikh dll yang sokong Bersih 4.0 juga dikatakan hendak rampas Malaysia dari orang Melayu???

      3. Adakah Bersih 4.0, mendapat perhatian dunia baik dari Al-Jazeera, CNN, SkyNews dan media sosial yang lain?

      4. Apakah Himpunan Baju Merah hanya untuk orang Melayu?? atau bumiputera yang lain yang juga beribu-ribu tahun sudah ujud di bumi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak? Adakah Baju Merah hanya eksklusif untuk orang Melayu? Jenis Melayu mana? Melayu Bugis? Melayu Jawa? Melayu keturunan India/mamak? melayu keturunan Bajau? Melayu keturunun Melanau? atau Melayu peranakan Cina? melayu keturunan British?

      5. Adakah perhimpunan Baju Merah ini hanya untuk survival Najib atau survival orang Melayu? Mahathir ni orang Melayukah? UMNO hanya untuk orang Melayu tulen (tulen bagaimana)...??

      6. Kalau hendak survival untuk orang Melayu, adakah orang Baju Merah sanggup hendak beritahu Najib untuk fikir semula sekolah vernacular? Kalau sekolah kebangsaan sudah tentu Bahasa pengantara penting adalah Bahasa Melayu. Adakah baju Merah boleh mengarah semua Bank, MAS, AirAsia, Astro di Malaysia untuk guna sepenuhnya Bahasa Melayu, kalau betul-betul hendak meninggikan martabat orang Melayu dan Bahasa Melayu. Jangan Bahasa Melayu hanya untuk deklamasi sajak dan upacara silat sahaja.

      Jadi ..... kalau semata-mata hendak "membabikan" semua bangsa Cina di Malaysia ini yang selama ini juga bayar income-tax untuk negara, maka saya rasa tujuan objektif baju Merah ini akan hilang entah kemana sebab tidak begitu jelas alirannya.

      Ketinggian martabat sesuatu bangsa terletak kepada jati diri yang sejati, bukan hanya terpekik-terlolong menghina bangsa lain ciptaan Tuhan.

      Adakah Malaysia maju disebabkan semata-mata kerja orang Melayu tanpa bangsa lain? Bagaimana kolej dibawah pengurusan orang Cina seperti Lim Kok Wing Universiti, SEGI College, Taylor College hendak dihapuskan semata-mata kerana orang Cina? Adakah USA maju kerana hanya orang kulit putih tanpa orang kulit hitam, Cina dll? Adakah negara China maju hanya untuk orang Mandarin, bagaimana kaum Hokkien, Kek, Foochow ... macam kita Malaysia ada pelbagai jenis Melayu, ada etnik asli lain seperti Iban, Kadazan, Kayan, Kenyah, orang asli senoi semua ini kira rumpun Melayu di rantau Asia Tenggara.

      Kesimpulannya, perjuangan untuk negara bangsa bukannya kita menimbul sifat syak wasangksa antara satu sama lain, tapi hendaklah sama-sama kita semua kaum bersatu teguh demi menghapuskan gejala rasuah yang begitu serius dan segala macam korupsi yang lain demi keselamatan negara kita tercinta - Malaysia.

      Delete
    2. Terima Kasih atas pendapat yang jelas dan bernas.

      Delete
    3. Gunalah Newton 3rd law baru adil atau Sun Tzu Art of war.

      Delete
  26. Saya fikir Tan Sri betul sebab memetik kenyataan penganjur yang mengatakan 200 ribu orang, walaupun kita tertanya-tanya bagaimana dia boleh tahu angka itu kecuali dengan membilang berapa banyak bas persiaran yang masuk ke KL dari utara, selatan dan pantai timur.

    Polis pula kata 50 ribu. Barangkali kalau tanya penganjur Bersih mungkin mereka kata kurang 50 ribu. Bagi saya isunya bukan angka tetapi ke mana Melayu selepas riuh rendah memperjuangkan maruah di jalanan? Isu utamanya adakah selepas ini maruah Melayu di segi politik dan ekonomi teranjak berbanding kaum lain? Makna maruah adalah apabila mempunyai kuasa.

    Oleh kerana itu saya percaya memperkasakan ekonomi Melayu dan memperkukuhkan politik Melayu (UMNO dan Pas) adalah mengangkat maruah Melayu. Perhimpunan jalanan hanya kosmetik, glamour dan populariti. Jadi, biarlah angka apa pun. Orang politik biarlah mereka. Kita yang ada kewarasan dan pemikiran mesti memikirkan cara untuk mengangkat maruah Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkasa ekonomi tak cukup kalau jatidiri tiada.

      Delete
    2. Saya percaya bangsa yang kukuh ekonomi dan politiknya akan mempunyai kekuatan untuk memperkasakan jatidiri. Kalau masih menjadi bangsa yang merempat di negara sendiri, saya percaya bangsa berkenaan tidak ada masa untuk memikirkan jatidiri. Desakan untuk makan dan keperluan asas lain jauh lebih penting berbanding jatidiri.

      Kalau kita tidak menguasai ekonomi, sampai suatu tahap kita akan rasa tertindas oleh kaum lain yang lebih berkuasa. Akhirnya kita akan mengambil jalan singkat dengan keluar beramai-ramai di jalan raya. Dulu orang Melayu tewas di segi ekooimi tetapi ada kuasa politik. Tetapi sekarang kedua-duanya tewas.

      Saya percaya kalau ada jatidiri tidak ada beratus bas dari luar kuala lumpur termasuk dari Felda yang membawa peserta perhimpunan baju merah. Mereka pasti akan datang sendiri seperti peserta Bersih. Saya tidak salahkan peserta tetapi sekadar membuktikan keperluan asas untuk hidup lebih penting berbanding jatidiri.

      Delete
  27. Saya mempunyai pandangan yang sama. TK

    ReplyDelete
  28. Sebagai seorang Muslim yang agaknya sebaya dengan saudara, saya mohon janganlah bercakap mengenai Islam kalau hendak sangat ISA dikembalikan. Tidak ada langsung satu dalil yang menghalalkan menghukum sesaorang tanpa memberi beliau peluang membela diri. Sebaliknya, berpuluh-puluh hadith yang melarangnya. Sila rujuk al-Bukhari, Muslim and Sunan Abu Dawud. Saya teringat membaca petikan dari ulama zaman kelasik Islam. (Terlupa namanya. Mungkin al-Ghazali. Sila betulkan sekiranya silap. Ia berkata, "Adalah lebih baik melepaskan 100 penyamun dari dakwaan daripada tersilap menghukum seorang yang tidak berdosa." Ungkapan ini telah dipelagiatkan oleh John Locke. Janganlah saudara mencari dosa dizaman kita hampir dengan kubur. Tidakkah saudara renungkan mengapa Umno bergolak sakan sekarang. Dari pandangan saya, Umno telah dilaknati Allah, mungkin kerana telalu hypocrite, dan mungkin kerana terlalu sangat meminta laknat melalui sumpah laknat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya saudara melihat sesuatu dengan analisis minda dan tidak sentimen dengan fahaman keugaman yang sempit dan jumud.

      Saudara harus dapat melihat orang-orang Islam yang dilaknati oleh Allah akibat dari menerima fatwa Tok Guru sesat berada dalam keadaan Zina sekarang kerana bersumpah Bai'ah untuk setia pada parti.Mereka terseksa seumur hidup akibat campurkan agama dengan politik.Barangakali saudara boleh beri fatwa mereka untuk halalkan zina mereka.

      Pas berada dalam keadaan keruntuhan dan kerana pembelotan ahli-ahli yang tidak lagi percaya kepada fatwa fatwa sesat.Kenaapa tidak lihat ini sebagai laknatullah akibat mengakfirkan orang Islam dan malihat masalah dengan kepala lutut..
      Mereka yang membuat fatwa sesat inilah patut dihukum dan di- tahan di bawah ISA dulu kerana telah memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

      Untuk menunggu hukum akhirat umat Islam tidak dapat diselamatkan dari kehancuran di dunia tanpa ISA dan undang-undang yang sezaman yang tidak bersandarkan kefanatikan agama dan kejumudan berfikir.

      Fikiran seperti saudard ainilah yang telah menyebabkan umat Islam terutama orang Arab terus berada dalam keadaan berbunuhan sesama sendiri kerana mengharapkan surga di akhirat tetapi membina neraka bagi umat Islam didunia.

      Delete
  29. TS ZAM ,jangan ingat bahawa apa2 yg geng2 baju merah ini menghina orang2 cina ini ,tidak diperhatikan oleh rakyat ditanah besar CHINA atau rakan kita di Singapura.MEREKA mempunyai maruah juga.Orang melayu ada 16 juta sahaja didunia ini dan orang cina lebih dari SATU BILLION.For your information they are watching perangai orang melayu.Mereka akan menolong bangsa mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. China republik dah buang etnik yg berada kat mesia ni. Da adah tak herankan diaorang. Klau prihatin, kenapa tak amik balik. Alangkan Sweden pon boleh amik pelarian Syria. Apa kata mmana chinese yang volunteer nak balik, China amik balik. Takkan Chinese teruja nak jadi rakyat kat western countries je kot? balik la negara asal kalau rasa tak selesa di tempat lain. Negara China ni pon pelik, kenapa la tak panggil rakyat dia yang merempat kat negaraa lain. Tanah Chin kan luas.Tak payah la cucu cicit bersempit2 kat negara orang. Tanah melayu sempit la sangat. Kesian cucu cicit yang nak balik, tapi di halau atau tak dialu-alukan. Tapi, kenapa ya, Chinse selalu nak pi west saje, not mainland yang luas tu? Bayangkan kalau UK pelawa chinese ni pi sana....legaaa! Berduyun2 orang hanut ni nak pi.

      Delete
  30. Sdr Zam
    Rujuk jawapan anda kepada Umar Khair.
    Siapa yang jumud? Hadith-hadith berkenaan dikeluarkan kerana menentang amalan Jahiliyyah yang jumud. Gunalah otak sikit. Adakah dinamakan amalan progressive apabila mempasungkan orang tanpa diberi peluang membela diri? Ini lah amalan fascist dan amalan police state dimana polis terlalu malas membuat siasatan dan amalan diktator yang takut hilang kuasa.
    Tiba-tiba saudara masuk pula cerita PAS. Tak kena mengena. Dah nyanyuk ke? PAS pun sama teruknya macam Umno. Tapi itu cerita lain.

    ReplyDelete
  31. Tidak semua yang pernah di tahan di bawah penyalahgunaan ISA tetapi tanpanya mungkin kita berada dalam tangan komunis , pelampau Islam atau di bawah penjajahan Indonesia.

    Saya sendiri pernah berkawan dengan ejen-ejen Indonesia yang berkerja di Utusan Melayu dan juga pelampau Islam yang kemudiannya di tahan di bawah ISA.

    Mereka menerima wang dari Indonesia dan salah seorang darinya setelah dibebaskan di bawah tahanan ISA selama dua tahun mengakui bahawa dia pernah meletakan wang puluhan ribu ringgit dari Indonesia di bawah tilam saya untuk diberikan kepada pejuang-pejuang Islam Pas. semasa bermalam dengannya di sebuah holet. Dia mati sebagai pejuang Pas.
    Mereka yang terlibat dengan kes bagini sukar untuk ditahan jika memerlukanj bukti lebih dahulu.
    .Saya kenal dan berkawan rapat dengan Pak Sako dan lain-lain lagi malah Utusan Melayu adalah menjadi kubu anasir-anasir Indonesia dan komunis. Said Zahari yang ditahan selama 17 tahun adalah ketuanya untuk memanjangkan Melayu Raya yang dibelakangnya komunis.Dia mengambil saya berkerja di Utusan
    . Saya kenangkan jasanya tetapi saya melihat kebenaran LKY menahannya tetap[i terlalu lama.Ini kejam.
    Saya tidak perlu berikan semua bukti tetapi tidak semua yang ditahan di bawah penyalahgunaan kuasa ISA.ISA telah berjasa besar kepada agama Islam dan Melayu di negara ini. Hanya mereka yang mengenal sejarah dapat melihat kebebarannya dan mereka yang fanatik agama hanya melihat dibawah kangkang.

    Tidak boleh dinapikan perjuangan Pas ada kena mengena dengan usaha untuk mengakkan negara Islam secara kekerasan dan juga menerusi demokrasi tetapi menerusi demokrasi orang yang terpelajar semakin meninggalkan mereka.Banyak hadis yang ditafsirkan mengikut nafsu politik tanpa kewarasan pemikiran. Saya langsung tidak percaya kepada tafsiran saudara yang sama dengan guru-guru sesat dan menyesatkan dalam Pas dahulu dan juga sekarang.

    ReplyDelete
  32. Tan Sri, Sebagai seorang tokoh wartawan , saya rasa Tan Sri telah menunjukan anggapan yg kurang 'sceptical'. Benar ke 250,000 orang telah berkumpul pada 16 Sept? Sekiranya benar pun, tak semestinya ianya mewakili pandangan umum masyarakat melayu dalam.konteks isu ISA. Kita juga tidak harus mengabaikan 'international obligations' serta imej kita di mata dunia. Saya berpendapat Tan Sri seolah olah masih lagi dalam 'mindset' era perang dingin zaman 60an dan 70an. With due respect janganlah kita seolah-olah 'trigger happy' nak suruh kerajaan menangkap 'orang itu dan ini' tanpa perbicaraan. Takut -takut kena pada diri serta anak cucu sendiri nanti!

    ReplyDelete
  33. To Umar Khair and Anonymous 19:23

    Don't waste your time arguing with someone whose head is messed up by his jingoistic prejudices. He doesn't understand that you're talking about the principle of justice versus pragmatic nationalistic concerns. Principles are permanent whereas pragmatic solutions are at best momentary and are therefore often illusory.

    Umar, if I understand you correctly, you're concerned about the bad image given to Islam by people who speak like ustazes in one breath and then advocates Fascist ideas with the next breath. I'm with you, but please don't argue with idiots. They'll think you're an idiot too. Heck, this Zam doesn't even understand what's going on in the Middle East despite his pretensions to being a great journalist. He thinks the bloody Arabs are fighting for akhirat. Even a schoolboy knows they're fighting for dunia.

    Now, I'm feeling like an idiot for wasting three paragraphs on someone who'll never understand what I'm talking about.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The school boy also knows they became refugees in Europe and malay will have no nearby place to go if the country became like theirs.

      Delete
  34. - "Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib mestilah mempunyai keazaman politik yang kuat dan keberanian untuk mengembalikan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atas tuntutan lebih 200,000 Perhimpunan Rakyat Bersatu yang terdiri dari orang Melayu di Ibu Negara hari ini.

    Sekalipun ini merupakan suatu keputusan yang disenaraikan sebagai yang terakhir dari 15 keputusan perhimpunan itu tetapi sebenarnya inilah pekara pokok yang membawa kepada Melayu dihina dan Islam dipijak di negara ini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib."

    - Ya ke? Macam ada yang x kena la.

    - Tun M pun x tau apa hala tuju Baju Merah.

    - Yang aku nampak dalam gambar2 dan video2, yang cakap pasal maruah Melayu dan Islam tu macam orang UMNO yang sudah kalah bertanding di kawasan masing masing.

    - Maruah Melayu...kenapa ada cerita ni dengan tiba2? Ada ke orang Melayu di tindas selama ni? Yang aku tau, orang Melayu yang korup dan rasuah ada la, tapi yang kena tindas macam x ada la.

    - Islam dihina...siapa berani menghina Islam? Amerika? Denmark? Germany? Aku rasa yang hina Islam ada lah orang PAS atau Ridhuan Tee? Tetapi mereka tu orang yang kecil kecil saja. Orang yang terbesar di dunia yang menghina Islam adalah PM Najib, bukan nya DAP.

    - Kalau Islam di hina, Islam sudah lama pupus di dunia ini. Jangan lah kita orang Melayu ada menyimpan angan angan besar untuk menegakkan agama Islam. Jauh sekali. Menghancurkan Islam mungkin ada. Islam x perlukan orang Melayu. Itu agama Allah, jangan main main. Sebelum ada Melayu, sudah ada Islam.

    - ISA tu apa? Ada kah ISA perkara pokok untuk kembalikan maruah Melayu dan tegakkan agama Islam? Siapa kata? Tun M kata begitu ke? Atau Quran yang kata begitu? Sudah jauh kita, sampai x tau hujung pangkal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai pembangkang mengunakan senjata mata jika tersalah guna anda akan luka, guna taktik sama untuk tun m he.he.he.orang bijak tak akan kena taktik sama tak terkena buat kali kedua, aku masih ingat lagi dulu anwar dan macai2 menang sebab guna fakta tun m untuk jatuhkan pak lah, aku masih ingat lagi macai pkr gunakan fakta tun m itu, he.he.he.pekara sama buruk isteri pak lah , kemudian taget pak lah cara sama tak berubah-rubah pun, anda masih buta apek2 dap buruk2 islam media baru, macam kami tak tahu kenapa 1998 dulu wang rm 4.90 kita jatuh apek dap tak naik harga barang jawapan apek dap ini takut, bila najib bagi kebebasan sikit je apek dap mula menghina islam, inkah demokasi rom empaya dap suka kan lgbt, kebebasan berhimpun, menghina agama, itu dap dah bagi peha nak betis
      Orang melayu tak ditindas tapi orang melayu fikir anak cucu dia apa nak jadi jika masa depan orang melayu 30%ekomoni bumi yg gagal di buat tun m itu, orang jadi golangan lgbt, orang murtat agama islam, kahwin sama jenis, cuba anda lihat anda seperti setuju tun m hadir bersih seperti setuju golongan lgbt itu dulunya tun m memerangi golongan lgbt tapi anak sendiri gagal dia perangi, adakah tun sudah nyanyuk lupa perjuangan asal dia 30%ekonomi bumiputera dan aku masih ingat lagi tun m memerangi golongan lgbt tapi sekarang seolah2 setuju perbuatan anak dia mariah mahatir itu, kami ingai lagi dulu dipalimen minta luluskan kondom percuma bagi pada pelacur dan jarum suntikan pada penagih dadah ingat nagara apa dan minta bukan2

      Najib dah bagi kebebasan pada macai dap ini tapi dah lebih minta bukan2 termasuk kroni tun m apek kaya raya itu

      Isa mesti kembalikan itu saja senjata keramat malaysia

      zam Tolong siar apa cakap ini jangan cuba selindungkan fakta cakap ini

      Delete
  35. I like to face the dreamer and I dont think I am wasting my time in facing him so that he realises where actually he is.
    Pls don' t see faraway , just see how many in Malaysian who were sosialistic and Islamic in thingking but surrender to pragmatic solution to survive and to share the decadent of capitalisme and live immorally.

    Before They were just like you ,shouting highly " principles are permanent" but only continue with acting . Pura2.. I dont want to mention their name but I used to laugh at them and expose them, might be you are of them or potential candidate to become like them.

    Theoritically the are hebat, but not strong as their words.

    Your understanding Of Middle East just like a student of political sains. I Shook hand with Gadafi dan Saddam and stay in one of their palaces with journalist freinds.Just like in haven before akhirat.Our movement were restricted.This is my understanding of Timur Tengah. Might be Palestine and Syria are different cases.
    .
    I never thought I am a great journalist . That what you feel as your are suffering of inferiority complex.when talking to me. Your angry voice reflect your unintlectual character but just a great dreamer..
    "
    Sorry about spelling mistake or whatever but i i think " intelek palsu like you can understand.

    ReplyDelete
  36. Polis menyatakan perhimpunan itu disertai kira-kira 35,000 orang, Logik angka ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tidak mempertahankan angka 200,000 himpunan Baju Merah tetapi saya juga tidak percaya 500,000 kehadiran Baju Kuning.Kedua-duanya angka rambang. Mungkin kiraan polis benar.

      Delete
  37. Brother Zam

    1. I see no relevance between the Red Shirt Rally and ISA. Please don't cook up imaginary stories.Pet unicorn does not exist in this world.

    2. Why scream at DAP and the Chinese when Umno itself is corrupt and destroying the Malay race? Where will the Chinese votes go now? To Umno and BN or to the Opposition? MCA and Gerakan is finished now. Umno is drowning with poor leadership. And the fanatics among us are screaming at other races.This is stupidity of the highest degree.

    3. This ISA thing is outdated and abused. At times it's used to clamp down on voices of opposition. It has to be revamped.

    4. Islam does not accept any form of punishment before putting the accused on trial. As a Muslim we have to adhere to Islamic teachings - the Quran..

    5. I am a Malay. Please stop demonizing the Chinese for our own weaknesses.The Chinese have nothing to do when our own kind are into drugs, pre-marital sex, unwanted pregnancies, baby throwing, mat and minah rempits, wife beating, incest, rape, high divorce rate, backward in studies, lazy, child neglect, spendthrift, like to borrow but refuse to pay back, poor in business... and so forth. Blame our leaders and ourselves NOT the Chinese or other races.

    6. The Red Shirt Rally was a shame to our race. A waste of money and time. We say in Malay, "conteng arang di muka sendiri."

    7. As a race let's be honest to ourselves. Our weaknesses are all out of our own doing. The Chinese have no say in our "bad" habits and values. .

    Thank you and Salam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isa mesti kambalikan, apek dap dah bagi betis nak pehe ada faham
      Isa undang2 menjaga kerhamonian di malaysia dan siagapore itu ada faham
      Kalau isa kejam sangat ke? kenapa ibraham ali , mat sabu, lim kim siang tak mati bawah isa itu anda fikirkan lah, malah penganas komunis dan pelampau agama pun tak mati dibawah isa itu mereka kembali bertaubat atas perbuatan mereka itu jika negara china dah lama mati ditembak pengikhianat negara tampa mayat di kembalikan ada faham,
      Bersih 1234 tak bazir ke 2.5billon yg dapat bersih itu kalau bagi anak yatim lagi bagus . Bersih tak gangu orang melayu meniaga ke pasar malam jalan tun ku dan pertamah itu ke?
      Macam ini siapa bawa china doll ke malaysia sampai anwar tertarik sekali china doll itu kalau bukan kongsi gelap apek dap
      Kalau cakap masalah siosal negara amerika ada masalah siosal menbinbangkan yahudi kuasai ekonomi mereka hinggakan amerika mesti ikut yahudi jika tidak tak dapat dana parti2 politik di amerika itu, di malaysia tak akan benar dasar ikut cara apek dap itu ada faham

      Delete
  38. Baju merah dok bising...NAZA dah buang orang..CIMB pun sama..Affin bank pun sama...Maybank dah nak tutup beberapa cawangan..100,000 graduan menganggur...apa ali rustam, ibrahim ali, annuar dan ahmad maslan boleh buat untuk menyelamatkan ekonomi negara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakena mengena dengan baju merah pembuangan pekerja tu? Tanpa baju merah berkumpul pun kompani cina memang tak ambil pun pekerja melayu kecuali dengan gaji yang rendah dan layanan yang tak samarata dengan pekerja cina.Bodoh sangat sebahagian melayu yang bercakap bagi pihak cina yahudi.

      Delete

  39. Rujukan Anonymous 18 September at 4.02.
    Saudara tidak melihat Baju Merah atau Baju Kuning relevance dengan ISA. Ini samalah seperti saudara tidak dapat melihat pengekalan ISA di Singapura yang tidak memerlukan kebangkitan himpunan Baju Merah dan Baju Kuning yang bersifat perkauman Melayu dan China sebaliknya maju kehadapan dalam perpaduan dan keyakinan yang lebih tinggi selepas pilihanraya baru baru ini.

    Saya tidak menapikan bahawa ada pemimpin UMNO atau BN yang rasuah tetapi saya juga tidak dapat menapikan bahawa ramai yang dalam pembangkang yang melarikan wang berbilion ringgit yang dipungut semasa dalam kerajaan BN dan membiayai pembangkang.Mereka pandai menuding jari kepada orang lain sehingga saudara sendiri tertipu.
    Saya berkawan dengan mereka semasa dalam UMNO. Mereka memakai suit yang berharga antara RM 50,000 hingga 70,000. Mereka hadiahkan talileher kepada saya berhaga lebih RM1,000.Mereka mempunyai rumah di Knight Bridge dan juga di Basewater London(saya sudah pergi kerumah mereka) yang dibeli dengan harga berbelas juta Pound.

    Ramai yang terus tinggal di luar negara dan mempunyai banyak perniagaan dan harta di luar negara.Mereka memilik ini semua ketika masih belum berkuasa penuh dalam BN. Bagaimana jika mereka mempunyai kuasa mutlak.?

    Saudara harus adil,jangan hanya melihat kejahatan dalam UMNO tetapi dalam partri lain juga termasuk kelemahan orang Pas apabila memerlukan wang untuk hidup.Orang yang lari dari Pas sanggup makan gaji dengan DAP berpuluh ribu RM sebulan.

    Keluarlah dari khayalan dari terus bermimpi manusia bersih hanya dalam pembangkang dan semua manusia kotor dalam UMNO.

    Saya berkawan dengan orang-orang sosialis dan Pas di masa muda,Ikut mereka naik hotel turun hotel walaupun saya tidak ambil bahagian tetapi ini semua memberikan pengajaran kepada saya tentang kelemahan manusia. tidak sekuat kata kata mereka.
    Ada seorang yang dapat wang dari Indonesia masa konfrantasi beli tanah di Petani Thai.

    Yang bersih dalam perjuangan sosialisme di Malaya mungkin hanya seorang dua,mungkin Kassim Ahmad dan Syed Hussein Ali dan Dr.M.K Rajakumar dan Dr. Tan Chee Koon..

    Bagaimanapun saya tidak menolak kemungkinan hardcore sosialis , komunis atau Islamis yang kunonnya berpegang kepada permanent principles,akhirnya akan membunuh berjuta manusia dengan kejam untuk menegakan principles mereka seperti Pol Pot di Kemboja tetapi mereka sendiri hidup dalam kemewahan seperti yang berlaku di Rumania.Saya pernah berjabat salam dengan pemimpinnya semasa melawat negara itu sebagai wartawan bersama dengan Tun Dr.Mahathir. Lupa namanya tetapi dia dibunuh oleh rakyatnya ketika saya berada di Mekah.
    Jadilah seorang realis dan keluarlah dari mimpi untuk melihat sebuah kerajaan euthopian

    ReplyDelete
    Replies

    1. Tambahan:

      Saudarra berkata sebagai orang Islam kita berpegang kepada ajaran Quran? Apakah semua orang Islam mematuhi ajaran Islam? kenapa orang Pas yang Bai'ah tak ceraikan isteri mereka dan masih hidup dalam keadaan berzinaKenaapa Tok Guru sanggup beria fatwa sesat,kenapa Hadi kafirkan orang Islam. Ini juga mematuhi ajaran Islam?

      Saudara terlalu khayal ,tidak semua orang Islam berpegang kepada ajaran Islam. Apakah saudara tidak percaya Anwar Ibrahim seorang Homosexual?

      Delete
    2. Brother Zam

      1. Muslims must go back to the Quran.Islam is a peace-loving religion. But the the Muslims have given the religion a bad name. All human beings are treated equal in Islam. The light (nur) of Islam should reach all mankind. This has to done peacefully not with agression.

      The clerics (ulama) are just ordinary human beings. They have no place in the Quran. They exist to seek power and followers. Many are the "cari makan" kind of clerics We have local clerics who have come up with silly decrees (fatwa). Muslims must be given the freedom and rights to disagree with them.

      2. Let Anwar stay in peace in prison. After all it's not a death sentence. If he has done wrong he has to repent and change. Allah is All-forgiving if the repentance (taubat) is (sincere (nasuha). If he has done no wrong then let those who have accused him of wrongdoing be punished by Allah - God is All-merciful. As good Muslims we should not be judgmental when there is a any controversy. Anwar's 5 year sentence will end in 40 months (after one-third remission). He will be out of prison when he is 71. Hope he is changed man then.

      3. Hadi or Harun are just opportunists. I don't regard them as clerics. They (plus a few holding high posts in Kelantan PAS) are the spoilers for PAS. PAS with them around will fall flat in the next GE.

      4. Umno too has lost its usefulness. It has become a corrupted party. Money talks in Umno today. It has become a party for cronies, opportunists and power hungry Malays. Umno is now devoid of good leaders. Time is is ripe for Umno to be defeated. The people just want a change.

      5. The country needs GOOD, HONEST Malays to lead. They can come from any political parties. Malaysians have to change their mindset. Vote for CLEAN leaders.

      6. The country is now in a sorry state. We have a leadership crisis. We need a better leader for the good of of our future.

      7. Those who have no faith in God will have faith in God when he is about to breathe his last. I have noticed this happening. Life is quite a mystery ... yeah... when we pit the human mind with the metaphysical world.

      Thank you and Salam.

      Delete
    3. Power hungry malay....i think you're a bit confused here...with power comes along money! Its Dapigs thats are hungry for more money...in order to have more money they need more power. Because their money is no more king to the malay leaders.Their money simply cannot dictate anymore.

      Delete
  40. If we are going to argue on numbers, lets start by looking at what holds for the present government and if the opposition has enough numbers to change the government. A rally of many digits is definitely an eye opener but it will stay that way if people are just going to look and see and then forget the whole episode when someone comes with a new rally.

    The bottom line is that there must be a plan being devised for the next parliament sitting to see if the present PM is set to continue or be replaced with another PM. But I don't think there is anything happening to this or perhaps I am wrong; something is happening behind the scenes that we all don't know. If the MPs are going to stay the way they are and not do anything, I don't think any rally is going to matter for now; putting aside the numbers. But what would be great is that if we could all come out and tell our MPs what to do with the present direction that they are taking with regards to the position of our PM and whether they are going to accept the budget as it is tabled in October. But then, wouldn't we be having 222 rallies multiply by two for each MP since there will be Yellow and Red or perhaps more colours ? I certainly hope we do not see colourful stars above our heads !!

    ReplyDelete