Wednesday, 30 September 2015

PELARIAN KERANA DUNIA ARAB BUKAN LAGI PUSAT KETAMADUNAN MANUSIA

BAHASA ARAB TELAH BEKU SEBAGAI BAHASA ILMU

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Saya telahpun membangkitkan persoalan di ruangan ini beberapa minggu yang lalu tentang mengapakah orang Islam Syria lari ke negara Eropah dan tidak ke Arab Saudi di mana terletak Mekah yang dianggap sebagai pintu syurga, sedangkan Eropah dianggap sebagai pintu neraka.

Saya membangkitkannya setelah mendengar khutbah Jumaat yang mensifatkan Eropah sebagai musuh Islam yang menyebabkan saya tertanya pada suatu pagi kenapa orang Syria menyabung nyawa lari ke Eropah.

Apakah ini menggambarkan musuh Islam adalah orang Islam sendiri dan orang Islam sendiri tidak senang lagi dengan negara-negara Islam.

Sultan Perak, Raja Nazrin Muizzuddin Shah telah membangkitkan pekara yang sama dalam ucapannya di Sidang kemuncak Pemimpin-pemimpin Universiti Negara Islam Dunia di Putrajaya baru-baru ini berasaskan kenyataan seorang pelarian Syria, bahawa mereka akan memberitahu anak-anak mereka, bahawa pelarian Syria lari ke negara Eropah sedangkan Mekah dan bumi Islam lebih hampir dengan mereka.

Kenyataan seorang pelarian Syria yang menyamakan Canselor Jerman, Angela Merkel dengan pemimpin Habsah, Raja Negus yang terkenal sebagai pelindung umat Islam semasa hijrah Nabi Muhamamad SAW telah menyentuh perasaan Raja Nazrin.

Raja Nazrin mahu umat Islam menangani isu pelarian Syria dengan lebih baik dan tentunya dengan menganalisinya secara positif.

Pertanyaan saya tentang mengapakah hal itu berlaku telah disanggah oleh seorang yang pro Arab Saudi dengan mendakwa Arab Saudi juga memberikan perlindungan kepada orang Syria sejak sekian lama tetapi tidak dibesar-besarkan oleh media Barat dan juga difitnah oleh Iran.

Kita harus sedar, bahawa negara-negara Eropah menjadi pusat tumpuan orang Islam termasuk dari Malaysia selain dari kerana kemakmuran dan keselamatannya disana juga pusat segala ilmu yang mencipta sejarah pemodenan dan penciptaan sejarah-sejarah baru dalam keupayaan akal manusia bila bebas digunakan sepenuhnya.

Mekah dan negara-negara Arab lain, bukanlah lagi pusat ilmu sezaman, kecuali untuk mendalamkan ilmu agama.

Dari pembacaan saya sekian lama, kemunduran ilmu di negara-negara Islam Arab adalah oleh kerana para akademik Islam terkemuka dan terbuka (ulama-ulama) dan bijak pandai yang progresif dan dinamik telah melarikan diri oleh  kerana ditekan dan dikafirkan oleh ulama-ulama taksub yang menjadi ulama-ulama Istana.

Bagaimanapun pelarian beramai-ramai orang Islam ke Eropah ada baiknya untuk kepentingan perkembangan Islam dan ekonomi Islam jika mereka bersikap persabahatan dan bukan menjadikan orang-orang Eropah sebagai musuh. Sikap Yahudi dalam hal ini sehingga membolehkan mereka menguasai Barat khususnya Amerika Syarikat harus dijadikan pelajaran.

Sikap persabahatan dan kebijaksanaan dalam hal ini telah ditunjukkan oleh  pemimpin-pemimpin Melayu dan generasi Melayu terdahulu yang mendapat pendidikan Barat. Contoh utama ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail  dan ramai terpelajar Melayu yang pernah belajar di UK yang menyebabkan orang Melayu di sayangi oleh orang-orang Inggeris.

Mereka juga memanfaatkan kepakaran Inggeris sehingga selepas merdeka dengan mengekalkan pegawai-pegawai tinggi Inggeris untuk membantu negara dari segi pentadbiran, pembangunan, keselamatan dan perekonomian.

Bagaimanapun generasi baru Melyu tidak bergaul dengan orang Inggeris seperti generasi Melayu sebelum merdeka oleh kerana pemikiran negatif dan jumud terhadap Barat telah ditanam sebelum mereka ke Eropah.

Di samping itu, sikap orang-orang Inggeris di UK terhadap orang asing juga telah berubah kerana masaalah yang mereka hadapi dari pendatang seperti masalah yang kita hadapi di Malaysia. Mereka yang kita anggap sebagai sedarah sedaging menjadi perompak dan penyamun di negara kita di samping yang berkerja dengan baik menyebabkan kita hilang perasaan sentimental.

Pembacaan dan juga pengalaman saya menyakinkan saya bahawa orang-orang Inggeris sangat senang dengan orang Melayu, kerana sikap mereka yang lemah lembut, jujur dan tidak kasar malah mereka menganggap orang Melayu sebagai Gentelman Of  The East.

Terserahlah kepada kita untuk berfikir, adakah kita hendak memandang Eropah sebagai pusat segala kejahatan dan maksiat atau pintu ke neraka atau menghadapi realiti secara positif dan bahawa Eropah sekarang adalah pusat segala keilmuan, peradaban dan kemanusiaan (Kebinatangan mereka tersembunyi dengan bijak dan halus).

Dari segi perwatakan dan ke Islaman yang tidak ke Araban, orang Melayu mempunyai kualiti diri, imej dan keupayaan bagi menggambarkan Islam sebagai agama persaudaraan, tetapi saya amat bimbang dengan kecendorongan orang Melayu untuk menggambarkan diri mereka sebagai ke Araban dan bukan ke Melayuan dan ke Islamanan sebenar.

Dalam hal ini para ustaz dan ustazah, alim ulama kita terutama yang berceramah di TV, berhentilah dari menggambarkan Barat sebagai musuh Islam kerana sebenarnya ketamadunan Islam sekarang bergantung kepada keupayaan orang Islam untuk menimba ilmu dari Barat dan menyesuaikan diri dengan Barat.

Negara-negara Arab bukanlah lagi pusat ilmu, malah Bahasa Arab sendiri adalah bahasa yang telah beku dan jumud dari segi ilmu, kecuali dari segi keagamaan.Yang tinggal hanya kegemilangan zaman silamnya.

29 comments:

  1. Wahai para ostat tak malu ker dok selfie guna internet smart talipong etc semuanya ciptaan yahudi n kristian. Lepaih tu dok kondem barat haha wakaka. Panjat pokok kelapa lah weh
    Pelarian arab apabilaa dok di eropah tuntut nak laksana hoodood pulak
    Adoi

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih TS Zam.

    Tiada satu pun fakta yang TS nukilkan di atas, yang saya tak setuju.

    Izinkan saya menambah.
    1. Ianya mengenai Pelajaran 'Agama' di sekolah Rendah Kerajaan.
    Saya harap Ustaz dan Ustazah tidak mengajar anak-anak mengenai 'ibadat atau ritual yang boleh menghapuskan dosa pada kanak-kanak sekolah Rendah. Saya bagi satu contoh yang terjadi kepada anak saya.

    Saya tangkap anak saya, 9 tahun mencuri basikal dari dalam pagar di taman tempat saya diami. Apabila selesai menasihatinya mengenai dosa mencuri, saya kata: "Kalau orang curi barang kita, apa kita rasa?"
    Dia jawab; "Ala Abah. Bila Arith besar nanti, Arith pergi Haji, hapuslah dosa Arith tu".
    Saya tanya, siapa ajar.
    Dia jawab: "Ustazah".

    1. Kanak juga di ajar di sekolah: 'Bangun pagi, berus gigi'.
    Saya rasa ini salah. Seolah-olah, kanak-kanak diajar bahawa tidur akan menyebabkan mulut berbau busuk dan sebab itu mereka mesti berus gigi bila bangun dari tidur.
    Hakikatnya, nafas kita menjadi busuk apabila terdapat sisa makanan di celah-celah gigi, sebelum kita tidur dan ia adalah punca utama kerosakan gigi.

    Oleh yang demikian, saya cadangkan Kementerian Pendidikan mengubahnya kepada; "Sebelum tidur, berus gigi".

    Saya tahu, sepatutnya saya hantar 'nasihat' ini kepada Kementerian Pendidikan atau Kesihatan dan saya akan lakukan, kemudian.

    ReplyDelete
  3. TS Zam,
    Masalahnya sekarang bagaimana nak membuka minda orang melayu yang dijumudkan dengan arabian culture sejak tahun lapan puluhan lagi, Sampai tak boleh nak beza mana satu budaya arab dan nilai nilai universal dalam islam yang banyak terdapat didalam budaya eropah yang yang orang melayu jumud sekarang kata puak kufar dan kafir juga terdapat dalam budaya halus melayu yang orang melayu jumud sendiri mengada ngada tak mahu ikut walau pun itu asal usul mereka.

    ReplyDelete
  4. Tan Sri Zam

    Kebelakangan ini banyak pusat tahfiz ditubuhkan bukan saja mereka yang berkemampuan untuk mencari pahala malah mungkin juga ada yang sebagai satu salah satu cara untuk membayar dosa yang telah dilakukan.

    Kita tak tak kisahlah walau apapun niat mereka apa yang penting penubuhan pusat ini memang bagus tapi apa yang membimbangkan penubuhan secara bebas dengan tanpa sebarang kawalan dan peraturan, besar kemungkinan pusat ini akan disalahguna bukan oleh pihak tertentu bukan melahirkan ahli tahfiz tetapi melahirkan puak instremis agama yang menyongsang dengan membentok ideologi militan atau fahaman yang bertentangan dengan Islam sebagaimana yang berlaku pada pertubuhan Al Arqam, Ayah Pin dan Al Maunah yang menyerang kem tentera di Grik tidak lama dulu.

    Selain itu, ada juga yang membina pusat-pusat pengajian seperti ini terutama sekolah-sekolah pondok dan rumah anak yang hanya semata-mata mencari keuntungan.

    Pihak berwajib perlu memantau, jangan jadi “Dah Teratok; Baru Nak Tergadah.” Dah Lambat !

    ReplyDelete
  5. Tan Sri Zam

    Kebelakangan ini banyak pusat tahfiz ditubuhkan bukan saja mereka yang berkemampuan untuk mencari pahala malah mungkin juga ada yang sebagai satu salah satu cara untuk membayar dosa yang telah dilakukan.

    Kita tak tak kisahlah walau apapun niat mereka apa yang penting penubuhan pusat ini memang bagus tapi apa yang membimbangkan penubuhan secara bebas dengan tanpa sebarang kawalan dan peraturan, besar kemungkinan pusat ini akan disalahguna bukan oleh pihak tertentu bukan melahirkan ahli tahfiz tetapi melahirkan puak instremis agama yang menyongsang dengan membentok ideologi militan atau fahaman yang bertentangan dengan Islam sebagaimana yang berlaku pada pertubuhan Al Arqam, Ayah Pin dan Al Maunah yang menyerang kem tentera di Grik tidak lama dulu.

    Selain itu, ada juga yang membina pusat-pusat pengajian seperti ini terutama sekolah-sekolah pondok dan rumah anak yang hanya semata-mata mencari keuntungan.

    Pihak berwajib perlu memantau, jangan jadi “Dah Teratok; Baru Nak Tergadah.” Dah Lambat !

    ReplyDelete
  6. Yang Berbahagia Tan Sri Zam.

    - It is a well written piece of work of which I give my 100% thumb-up.

    - However, I got the feeling you are still struggling with "... dan kemanusiaan (Kebinatangan mereka tersembunyi dengan bijak dan halus).". That make your thinking the same level as the rest of our ustazs and ustazahs.

    - It is very difficult, right?

    - I know you will disagree with me and come out with justifications.

    - Tell that to the Syrian refugee. He will understand you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya kurang jelas dengan maksud saudara tetapi maksud saya ialah ketidak kemanusiaan mereka ialah sokongan Barat kepada Israel, memecahbelahkan dunia Arab,mencetuskan peperangan di Syria dll yang berselindong disebalik demokrasi.

      Delete
    2. Yang Berbahagia Tan Sri Zam.

      - Israel dapat sokongan Barat sebab dia saja negara yang mengamal system demokrasi ala Barat di rantau itu. Perdana Menteri dan/atau menteri2 Israel dengan senang di singkir dari Knesset bila didapati korup/salah laku. Kita boleh buat begitu ke? Senang ke di singkir pemimpin2 Arab yang korup dengan mudah?

      - Dunia Arab bukan lah dunia satu rumpun, macam juga la bila di sebut Barat. Dunia Arab mempunyai banyak puak, berlainan bangsa, berlainan agama, bahasa, politik dan budaya. Mereka berpecah belah sebelum turunnya Al-Quran, hingga lah ke hari ini. It is not an issue.

      - Al-Quran di turunkan untuk puak2 Arab "berkenalan antara satu dengan lain", bukan untuk mereka bersatu sebab mereka tidak akan bersatu hingga ke akhir zaman.

      Barat baru saja timbul dalam sejarah manusia kalau dibandingkan dengan sejarah orang Arab sejak zaman Firaun dan sebelum.

      - Peperangan di Syria menunggu masa saja. Ia terjadi dalam abad ini. Kalau tidak, ia akan terjadi juga tapi di abad lain.

      Apa bedza System Firaun dengan System Beraja di Syria/Jordan/Saudi/Brunei/North Korea/etc?

      System Firaun ia lah system pemerintahan berkeluarga, anak/cucu/cousin akan ambil tampuk kerajaan. Mahu ke Presiden Syria melepaskan takhta kerajaan kalau anaknya belum layak? Perang ke...membunuh ke...dibunuh ke...itu la dia. Lagi satu, apa ke puak agama Alawiyate presiden Syria itu sama dengan Sunni Wal Jamaah?

      - Lupakan Dunia Arab! Itu bukan dunia kita. Dunia kita pun masih tunggang balik, entah menuju ke arah mana?

      Delete
    3. Saudara Saja-saja.

      Jika Malaysia mampu me"lupakan Dunia Arab", adakah Amerika juga mampu melupakannya dan tidak lagi 'menyebelahi' Israel?

      Taliban, Al-Queda, Osama Ben Laden, IS... semuanya bermula dengan bantuan Amerika yang bijak ambil kesempatan atas perpecahan Pak Arab demi KUASA (dominance) dan HARTA.
      Itulah hakikatnya dalam Politik, termasuk di Malaysia. It all boils down to MONEY.

      PASMA, kemudian GHB, dan akhirnya PAN, bukan kerana KUASA<->WANG? Kalau DAP, saja-saja 'sokong', tanpa WANG, mereka yang tersingkir dari PAS, boleh tubuh Party baru? Mat Sabu boleh dilantik jadi President PAN? Siapa yang lantik dia untuk pegang 'Amanah Rakyat'?
      Selalunya, AMANAH diberi oleh Rakyat, bukan di tagih atau dipikul kebahu sendiri.

      Seperti kata TS Zam: Atas nama Democracy, Amerika secara halus masuk-campur dengan membiayai NGO dan Pembangkang di Negara yang tidak 'mesra' dengannya. Di mana ada 'Arab Spring' atau Demo anti-Kerajaan yang berjaya menumbangkan kerajaan, termasuk di Ukraine, ada tangan Amerika dan Barat. Demo di Hong Kong dan Taiwan pun ada 'tangan' Amerika. Malah inciden berdarah di Tienanmen Square pun, ada kaitan dengan pengaruh Mubaligh Evangelist dari Amerika.
      Pada 2011, Russia juga menghadapi banyak demonstrasi anti-kerajaan. Setelah Putin mengubal FARA (Foreign Agent Registration Act), akta yang sama seperti diguna-pakai Amerika sejak 1968, tiada lagi tunjuk perasaan anti-kerajaan di Russia.
      China juga mesti gubal undang-undang yang sama untuk mengekang pengaruh Evangelist di Negara mereka jika mahu kekalkan keamanan.

      Saya rasa Kerajaan China hari ini, lebih takut kepada pengaruh Evangelist di Negara mereka sendiri, daripada puak Uyghur di Xinjiang.
      (Blogger Helen Ang lebih arif dalam hal ini).

      Cuba Saudara Saja-saja amati dengan teliti.
      Mengapa China cari-pasal (rebut Pulau, dll) dengan Jepun, Korea Selatan (melalui Korea Utara), Filipina dan Vietnam?
      Mengapa China mahu membina pengkalan Tentera di Kepulauan Spratly?
      Jawapannya, selain menunjukkan kekuatan, China mahu mengekang pengaruh Amerika di sebelah sini. Setelah apa yang berlaku di Ukraine, Russia sudah tentu menyebelahi China.

      Semua Negara yang bersengketa dengan China, adalah 'rakan-karib' Amerika. Hampir semua Negara ini mempunyai Pengkalan Tentera/Udara/Laut Amerika di bumi mereka.

      Di Arab Saudi, ada Democracy, Saudara Saja-saja?
      Kaum wanita mereka, dibenarkan memandu kereta?
      Mengapa Amerika tidak serang Arab Saudi untuk menegakkan DEMOCRACY?

      Ya, Saudara Saja-saja.
      Amerika mempunyai Pengkalan Tentera di Arab Saudi.

      Untuk pengetahuan Saudara Saja-saja.
      Saya sudah berhenti ambil peduli kepada Pak-Pak Arab ini sejak Fatah dan Hamas saling berbunuhan sesama mereka.

      Pada pendapat saya, pengaruh yang dibawa Amerika (melalui TPPA) lebih merbahaya daripada sokongan Duta China (diiringi ahli MCA) di Petaling Street. Saya rasa Beijing, tidak akan sokong DAP kerana kepimpinan tertinggi mereka, hampir kesemuanya berfahaman Evangelist, sama seperti puak yang banyak menimbulkan masaalah di Hong Kong dan Taiwan.

      Delete
    4. Saudara RD.
      -"Jika Malaysia mampu me"lupakan Dunia Arab", adakah Amerika juga mampu melupakannya dan tidak lagi 'menyebelahi' Israel?"

      Amerika x akan melupakan Dunia Arab selagi ia mengimport minyak dari situ. Mungkin satu hari nanti bila Amerika sudah cukup dg minyak sendiri atas penguasaan "fracking technology"nya, Dunia Arab x penting lagi.

      Penduduk Yahudi di Amerika hanya 5%, Arab/Muslim 3-4%. Tapi, Lobbyist Yahudi cukup berpengaruh dan menentukan arah 'foreign policy' Amerika. Maka itu, Amerika akan terus menyebelahi Israel.

      - Aku penyokong USNO > UMNO hingga kePRU13 yang lalu, bukan AMANAH. Makanya, walaupun Mat Sabu dilantik olih Tuhannya untuk pegang amanah rakyat Malaysia, aku tetap x akan undi dia.

      - "Di Arab Saudi, ada Democracy, Saudara Saja-saja?". Tidak ada.

      Kaum wanita mereka, dibenarkan memandu kereta?. Tidak.

      Mengapa Amerika tidak serang Arab Saudi untuk menegakkan DEMOCRACY?. Telaga minyak Amerika ada disitu.

      Delete
  7. 1. Di Malaysia pelajaran Ugama Islam diajar sejak dari tadika hingga ke Menengah Atas.

    2. Kenapa kita masih gagal mendisiplinkan anak anak ISLAM tersebut.

    3. Kenapa masih ada yang jadi pencuri, penagih dadah hinggakan sanggup buang bayi gara gara bdrzina.

    4. Apa Jakim dan Kementerian buat. Masih ditakok lama.

    5. Islam bukan semata2 Ibadat sahaja tetapi adalah Ad-Din. Pegawai Pelajaran di Kementerian jangan hanya tau ambil gaji saja tiap2 bulan. Pro aktif lah sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda masih buta lagi hal dunia ini di thailand rata2 beragama buddah pembuang bayi berleluasa, di amerika pembuang baby berleluasa rata2 beragama kritish, di korena utara keburularan berlaku sehinggakan mereka sangap makan baby mereka sendiri, di rusia pembuangan baby berleluasa agama tak salah, agama pembimbingan, di rusia pembuangan baby, media barat menenutup sebelah mata je, dimalaysia ramai ambil tahu isu pembuangan baby itu erti masyarakat malaysia masih ada kasih sayang antara manusia
      Anda tak boleh salah agama sebab anda sendiri buta pasal dunia, saya ingat kata2 ahli pujanga,
      saya dunia adalah kejam dan dunia ada kasih sayang
      Pandai2 lah anda lihat kaca mata anda

      Delete
    2. Wahai Enche Anon 0311.

      ANDA SILAP TAFSIR KOMEN SAYA.

      MAKSUD SAYA JIKA DI MALAYSIA ANAK2 MELAYU ISLAM YANG TELAH DIPUPUK DENGAN AJARAN ISLAM YANG MURNI KENAPA MASIH ADA KEGENJOTAN DALAM MELESTARIKAN AJARAN ISLAM HINGGA KEAKHIR HAYAT.

      DIMANA SILAPNYA?

      SEBAB ITU SAYA MOHON PIHAK PEGAWAI2 KEMENTERIAN BUAT SESUATU UNTUK PENAMBAH BAIKAN.

      BUAT ANDA YANG SAYA RASA CETEK PEMIKIRAN. " JANGAN HAKIMI ISI BUKU DARI KULITNYA"

      SEKIAN

      Delete
  8. TSZM
    Mutakhir ini terdapat begitu banyak lambakkan pos2 mengenai Tanah Suci Mekah dan Madinah.
    Sebagai penganut Islam kita amat bersyukur jika dapat pula menjejak kaki di sana.
    Namun, terdapat juga netizen2 yg terikut2 hingga menjadikan agama sebagai mainan atau peraduan demi meraih banyaknya likes/sokongan.
    Sebagai contoh baru2 ini di FB, meriah betul netizen2 menyatakan sokongan ke atas satu pos berkenaan Kaabah.
    Penghantar bertanya, adakah semua org Islam mahu ke Mekah, bertemu Kaabah.
    Ada penanda aras pada soalan ini, samada Ya atau tidak.
    Kemudian penghantar pos menegaskan pula, jawab dgn jujur, jgn ada dusta di antara kita.
    Apakah maksud atau tujuan sebenar pos sebegini?
    Walaupun telah meraih lebih 1 juta likes dan beratus2 ribu komen, saya anggap ini satu pencabulan ke atas maruah umat Islam.

    Umat Islam diperbodoh hanya utk mempopularkan/viralkan diri penghantar pos tersebut.

    ReplyDelete
  9. Memang ketika ini kita memerlu kan contoh dari keluarga di Raja. Kementerian Pelajaran tidak tegas dalam menyekat penyebaran budaya arab seperti bertudung dan berseluar panjang untuk bersukan.
    Sedangkan kita boleh gunakan contoh wanita melayu yang ayu dan tradisional tidak memakai tudung ciptaan melayu cetek.
    Ada sebab kenapa Turki mengharamkan pemakaian tudung kerana hijab dan tudung adalah budaya arab paling sinonim dengan ketidak rasional dalam pemikiran apabila yang menjadikan manusia bertamadun adalah fikiran murninya bukan setakat pemakaian uniform ugama.
    Tidak ada dalam islam yang menyuruh anak perempuan belum baligh memakai kain putih dikepala.
    Tidak ada dalam Islam yang menyuruh perempuan melayu memakai kain putih sampai ke perut. Sekolah sepatutnya menekankan budaya dan pemakaian melayu bukan fesyen oleh si anu dan si ani yang tidak mempunyai makna dari segi ugama atau budaya melayu.
    Murid di suruh bersukan memakai baju lengan panjang dan kain putih dikepala. Apa ini? Rukun negara kata masyarakat yang saintifik dan liberal..
    Ini pegawai Kementerian caca marba takut dosa konon.. siapa yang ajar?
    Tenguk orang Arab menjadi pelarian ke negara kristian eropah.
    Masih mengagungkan orang dan budaya Arab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr Rukun Negara
      Saya bersetuju dengan pandangan saudara bahawa pemakaian tudong oleh murid2 perempuan sekolah rendah telah dipaksakan pelaksanaannya disekolah rendah. Disekolah rendah yang dihadiri oleh cucu saya ( Bangsar ) sekiranya beliau tidak memakai tudung, pengawas murid akan menegur seolah-olah ia satu kesalahan besar. Padahal murid perempuan sekolah rendah ramai yang belum baligh lagi. Hal ini sudah tentulah menjadi sop sekolah dan direstui oleh guru besar.
      Jika ke masjid atau surau pula kerap sekali kita dapati orang Melayu yang berjubah seolah-olah jadi orang Arab. Budaya Melayu semakin luntur. Sepatutnya yang dipenti gkan ialah pakaian menutup aurat ketika beribadat setelah
      Cukup umur.
      Seolah-olah guru besar ingin menjadikan sekolah kebangsaan seperti sekolah agama. Ini adalah antara sebab sekolah kebangsaan tidak digemari oleh bukan Melayu.

      Delete
    2. Orang melayu banyak keliru dengan penggunaan tudung kepala. Dlm quran tidak disebut berkenaan tudung kepala. Quran kata perempuan mesti tutup dada mereka dgn selendang dan berpakaian longgar. Tudung kepala sebenarnya bermula dinegara ini setelah dipengaruhi revolusi Iran pd 1979. Sebelum iitu masyarakat melayu hanya memakai selendang sebagai menutup kepala. Fesyen bertudung ini berkembang pesat bukan kerana tuntutan agama tetapi lebih pd fesyen. Buktinya semua wanita yg bertudung tidak ikut syarat spt dlm quran. Tudung yg dipakai kelihatan ketat dan tidak menutup dada. Dlm quran penekanan lebih pd menutup bhg dada bukan kepala, Tapi dlm kitab Bible soal tutup kepala diterangkan secara terperinci.

      Delete
  10. Hujung minggu khamis sampai sabtu, pak pak arab kaya raya terbang pi Dubai....macam macam ada di Dubai.

    ReplyDelete
  11. Mungkin komen ini tidak sesuai dengan isu yang dibincangkan tetapi anggaplah sekadar berkongsi pemikiran:



    Jangan korbankan orang cerdik sebagai Hang Nadim

    Semalam sebuah portal berita menyiarkan berita sebuah NGO, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook, Wan Ahmad Fayhsal kononnya membuat kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri, Najib Razak.

    Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Pengarah Pertiwi JMM, Khalijah Mohamed di Balai Polis Pandan Indah, Kuala Lumpur pukul 2.30 petang. Hari ini saya tercari-cari dalam akhbar kalau-kalau berita yang sama disiarkan. Mujur tidak ada. Sebabnya JMM adalah anak emas media arus perdana.

    Saya banyak mengikuti tulisan dan forum oleh Wan Ahmad Fayhsal. Beliau seorang yang berpemikiran kritikal, di luar tempurung dan mampu mencetuskan satu dimensi yang berbeza terhadap sesuatu isu. Saya sangat menggemari tulisan beliau termasuk posting dalam Facebook yang boleh dianggap “wajib” dibaca oleh mereka yang mahu keluar dari tempurung.

    Oleh kerana itu saya terkejut apabila JMM membuat laporan polis bahawa Wan Ahmad Fayhsal memfitnah Najib Razak. Saya tidak pernah pula terbaca fitnah yang disebutkan, sebaliknya sebuah kupasan yang akademik tentang politik dan isu-isu semasa.

    Saya faham kenapa JMM berbuat demikian. Tetapi tindakan tersebut boleh dianggap mahu “membunuh” seorang Hang Nadim yang lebih cerdik daripada raja. Saya selalu mengingatkan diri saya, biarkah kita sedikit bodoh tetapi jangan mengheret orang lain turut menjadi bodoh.

    Saya fikir kita wajar membanteras puak-puak yang mencari kepentingan tertentu dengan menganggap seolah-olah semua orang lain bodoh. Tindakan JMM sangat memalukan kerana Wan Ahmad Fayhsal bukan memfitnah tetapi menganalisis secara kritikal.

    JMM menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat laman Facebook Wan Ahmad Fayhsal. Sekiranya SKMM mengikut telunjuk puak yang tidak mahu berusaha menjadi cerdik ini, SKMM akan menghakis keyakinan sebagai pihak berkuasa yang berkerja demi rakyat, sebaliknya berkerja demi individu.
    - KU SEMAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Saudara Ku.
      Jika Saudara tak komen, saya pun tak tahu siapa dianya Wan Ahmad Fayhsal ini.

      Delete
    2. Usahkan analisis kritikal dikatakan fitnah....BERTANYA pun dikatakan fitnah!

      Delete
    3. antara kelemahan orang melayu;
      1. baik tak kena tempat, cenge (garang/tegas) pun tak kena tempat.
      2. tidak boleh terima (tak mau mengaku) yg orang lain cerdik dari kita.

      dalam umno, banyak dah jadi hang nadim.

      Delete
    4. hari ini telah mengakibatkan peluasan bencana kehilangan adab. Kebiadaban ini telah melahirkan banyak kerosakan dalam pemikiran dan akhlak manusia serta alam tabii. Dalam pemikiran dan akhlak, kejahilan atau kebebalan dan kemalasan intelektual dikaitkan (sebagai alasan) dengan pengkhususan; kedayusan moral disebut sebagai toleransi dan kesederhanaan; pembaziran dimaknakan dengan rekreasi atau mempertahankan kedudukan; korupsi akhlak dan ekonomi atau kedua-duanya sekali dimaafkan sebagai lumrah kehidupan moden; dan penjahanaman alam sekitar disebut sebagai harga tabii kemajuan.
      - Dr.Wan Mohd Nor Wan Daud

      Delete
    5. (sambungan)..... Ledakan ilmu yang dikatakan berlaku masa kini sebenarnya lebih tepat disifatkan sebagai ledakan maklumat kerana dalam banyak hal maklumat yang pelbagai dan kadang-kadang saling bertentangan itu bukan sahaja tidak bermakna, malah lebih banyak menimbulkan kekeliruan. Maklumat yang tidak benar, walaupun mungkin bermakna besar kepada pemiliknya bukanlah ilmu, tetapi sekadar perasaan (dugaan), syak, atau zan. Perasaan (atau dugaan), syak dan zan atau gejala lain yang anti-ilmu akan hancur jika ditentangi oleh ilmu.

      Delete
    6. Nak add 'Friends' dengan Wan Ahmad Fayhsal, dah tak boleh.

      "Unable to Send Friend Request
      This person has reached the friend request limit and can't accept any more."

      Pelik. Nampaknya, Kerajaan berani bertindak terhadap Melayu je.
      Pasal itu perompak dan pembunuh bukan-Melayu bermaharajalela. Peguam dari Party Pembangkang pula, membela dan mempertahankan perompak dan pembunoh dari tindakan Polis.

      Delete
    7. minta maaf ... inilah dia teks yang berhilangan pada permulaan komen 14:09:

      Ketiadaan budaya ilmu bersepadu dalam tamadun hari ini telah mengakibatkan peluasan bencana kehilangan adab ...

      Delete
  12. Jawapan aku mudah je di arab suadi dah ramai warga asing berada di sana mereka seperti euro arab suadi banyak masalah warga asing mereka oleh cuba lepas tangan , arab suadi dengan euro mana lagi jauh mereka pergi ke Greece Bermati-matian bina boat di greece dan jalan darat ke turkis ke euro , mereka lari diri ke greece kemudia ke euro, lihat Spanyol, protugis dan greece menghadapi masalah ekonomi yg membinbangkan jadi mereka tak mahu menerimanya perlarian Mahu perkerjaan mahu bukan mahu peperangan, di kalangan negara arab semua menghadapi masalah ekonomi dan masalah penganas mesir, iraq dan libya semua berjaya di hancur kan oleh barat mereka menyekat mereka masuk karana takut 2 ada penganas menyusuk masuk , jika mereka lari ke negara arab mereka tak akan dapat perkerjaan, boleh arah negara jirah semua bermasalah ekonomi dan keganasan. Untuk pergi arab suadi perlu melalui negara seperti iraq, mesih dan isreal mana menerima pendatang asing

    Cuba zam tengok negara mana mereka pilih Hanya syria sangup lari sebab nya kerana perkerjaan tak sangup menghadapi peperangan hanya negara ini terima dia orang ini
    Germen
    Perancis
    British
    Belanda
    Sewdia

    mereka tak tinggal lama di greece ,spanyol, protugal, itali dan lain negara euro hadapi menghadapi masalah ekonomi anggak menbinbangkan tak mampu tampung pelarian syria ini

    ReplyDelete
  13. Isu azan dimasjid dan surau di pulau pinang satu lagi bukti bangsa melayu terlalu sensitif dan tidak berilmu. Semuanya nak dijadikan.isu perkauman membantai kaum lain. Semuanya atas nama agama tapi diri sendiri dalam keadaan jahil. Bahkan hampir pada kufur. Di mana wisdom dan wasatiyah yang dilaungkan. Cukuplah bermain api perkauman kerana spin politik parti. Keputusan azan di penang itu adalah hak mufti negeri itu tidak ada kaitan parti politik. Muftibperlis jjuga menyokong isu azan tetsebut dan menyatskan ia tidak bercanggah dengan ajaran nabi.

    ReplyDelete
  14. Malaysia negara yang amalkan islam.sama pulak disini.belom pernah ada prndatang haram cina dirazia.emrgresen dan rela beraninya ngan indon dan bangla yang kononya muslim.adakah berita kat tv kaum cina dirazia.sememangnya islam tak tolong islam.takut ngan org kafir

    ReplyDelete